kepimpinan yang berkesan

9
1.0 Bincangkan bagaimanakah seorang pemimpin sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi sekolah berkesan yang member impak kepada kecemerlangan sekolah. 1.1 pendahuluan Negara kita Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran pendidikan secara sentralisasi, dasar dan hala tuju secara menyeluruh sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah- sekolah di seluruh Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala dasar yang ditetapkan. Dalam hal ini juga, Perdana Menteri Malaysia ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004) melaluli ucapannya, turut menyeru pentadbir perkhidmatan awam di Malaysia supaya mempunyai kualiti kepimpinan yang boleh dijadikan suri teladan kepada staf yang lain di samping merealisasikan wawasan dan pemikiran strategik negara. Oleh yang demikian, berjaya atau gagalnya sesuatu dasar kerajaan tersangat bergantung kepada keberkesanan kepimpinan pengetua atau guru besar di peringkat sekolah dan institute pendidikan di seluruh Negara. Menurut pendapat Bass(1990) pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua atau guru besar. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan

Upload: wan

Post on 16-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

asas kepimpinan

TRANSCRIPT

1.0 Bincangkan bagaimanakah seorang pemimpin sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi sekolah berkesan yang member impak kepada kecemerlangan sekolah.

1.1 pendahuluanNegara kita Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran pendidikan secara sentralisasi, dasar dan hala tuju secara menyeluruh sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah-sekolah di seluruh Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala dasar yang ditetapkan. Dalam hal ini juga, Perdana Menteri Malaysia ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004) melaluli ucapannya, turut menyeru pentadbir perkhidmatan awam di Malaysia supaya mempunyai kualiti kepimpinan yang boleh dijadikan suri teladan kepada staf yang lain di samping merealisasikan wawasan dan pemikiran strategik negara. Oleh yang demikian, berjaya atau gagalnya sesuatu dasar kerajaan tersangat bergantung kepada keberkesanan kepimpinan pengetua atau guru besar di peringkat sekolah dan institute pendidikan di seluruh Negara. Menurut pendapat Bass(1990) pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua atau guru besar. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.

Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi, masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan kepimpinannya.1.2 Penampilan dan tingkah laku sebagai teladanKeperibadian yang unggul dan mencontohi Nabi Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang unggul memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang yang dipimpin serta mudah mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada mereka. Bakat adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada masa kini. Penampilan dan tingkah laku seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan seseorang. Menurut teori tingkah laku menyatakan bahawa memberi tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses kepimpinan. Kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku baik seperti menunjuk ajar ppara guru di sekolahnyadalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Beliau juga perlu memberi semangat, mendorong dan memberansangkan guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Kata-kata ransangan yang baik jiga digunakan dengan sempurna sudah pasti dapat membuka minda orang bawahan untuk meningkatkan profesionalisma serta meningkatkan produktiviti. Elemen ganjaran atau pujian amat sesuai digunakan untuk meningkatkan motivasi mereka. Oleh itu, Guru Besar sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan sekolahnya. Dengan ini secara tidak langsung ia boleh meningkatkan prestasi kerja semua orang bawahannya sekaligus meningkatkan keceerlangan sesebuah intitusi tersebut. 1.3 Mewujudkan suasana kerjasama dan berpasukanKerja berpasukan merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Oleh hal yang demikian, seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama dan berpasukan di kalangan guru dan kakitangan. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Menurut Burns (1978), Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan yang dikemukakan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperni Bernard Bass (1990), mengatakan seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan trasformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kapada mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasinya. Sebagai pemimpin pentadbiran Guru Besar perlu member pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah. 1.4 Komunikasi berkesanKomunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah hubungan antara pekerja dan pemimpin. Komunikasi ini mahupun secara verbal ataupun non-verbal adalah amat penting kerana ia dapat memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Hal ini kerana komunikasi yang wujud perlulah berkesan dan memberikan impak yang besar kepada orang bawahan pemimpin tersebut. Maka dengan itu seseorang pemimpin itu haruslah memiliki kemahiran berkomunikasi dengan baik untuk mengawal semua orang bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Menurut Kamus Dewan 1989, m.s 648, komunikasi merujuk kepada perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan. Dapat dijelaskan maksud komunikasi disini ialah komunikasi merupakan satu kaedah yang dapat membolehkan seorang individu berhubung Dengan wujudnya komunikasi yang berkesan, arahan-arahan yang diberikan oleh Guru Besar dapat di sampai dengan jelas. Dengan itu, kepimpinan di sekolah dapat menyakinkan guru-guru tentang peranan mereka sebagai pendidik. Dalam hal ini, Guru Besar perlu membeir arahan yang difahami dengan jelas kepada guru-guru. mereka akan melakukan kerja tanpa ragu-ragu dalam melaksanakan arahan yang diberikan kepada mereka. Abdul Halim Othman (1993) menyebut Fiedler terhadap pengukuran stail kepimpinan seseorang pemimpin. Bagi mengukur stail kepimpinan beliau telah memajukan satu jenis ukuran yang dikenali sebagai skala rakan sekerja yang amat digemari. Dua stail kepimpinan yang ekstrem telah dipilih oleh Fiedler iaitu stail orientasi tugas dan stail orientasi pekerja. 1.5 Kuasa ketua Pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannya sesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satu syarat penting untuk paradigma tersebut ialah adanya serangkaian ketentuan yang harus ditaati oleh bawahan dalam menentukan bentuk dan tingkat peranan dalam pengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik. Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui kuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain daripada itu menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kuasa ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan pengetua pada aspek berikut seperti menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan, mampu membuat keputusan, Ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan akademik, Iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan proses pembelajaran murid dan merancang keperluan staf/kakitangan. Penyelesaian masalah dalam situasi berbeza Situasi yang berbeza memerlukan jenis sikap yang berbeza di pihak pemimpin. Maka adalah tidak tepat untuk bercakap tentang pemimpin yang baik atau buruk kerana keadaan yang biasa berlaku ialah pemimpin berprestasi baik dalam situasi tertentu tidak baik dalam situasi lain. Begitu juga sebaliknya pemimpin tidak berprestasi baik tetapi baik dalam situasi lain. Kekuatan model ini terletak pada usahanya menggabungkan stail pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentu keberkesanan kepemimpinan.1.6 Hubungan pemimpin-ahliGuru Besar perlu mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus, mudah didekati, kerap member motivasi, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru. Pengetua sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Pengetua boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat. Pengetua juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang dingin,masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu. Pengetua sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan. Selain itu, pengetua boleh membantu guru dan orang lain menjelaskan harapan dan visi supaya mudah dicapai. 1.7 Stuktur tugasan Selain itu, untuk mencapai kejayaan dalam organisasi, Guru Besar juga harus pandai menentukan tanggungjawab seseorang guru atau pengikutnya. Ini boleh dilakukan melalui pembahagian tugas atau menurunkan kuasa kepada pihak tertentu untuk menjalankan tugas ketua. Banyak faedah yang diperolehi oleh Guru Besar terutama dalam pengurusan seperti banyak masa boleh ditumpukan untuk perkara lain bagi tugas yang lebih penting seperti meningkatkan produktiviti organisasi, melatih dan mengurangkan tekanan kepada guru-guru. perkara-perkara yang boleh diturunkan kuasa atau diarahkan kepada pengikut adalah seperti mnyelesaikan masalah ringan, kerja-kerja berkaitan laporan, tugasan yang rutin dan teknikal serta tugasan yang boleh membangunkan pengikut seperti memberi latihan dan bimbingan kepakaran pengikut tersebut. Dalam hal ini, situasi akan menjadikan pengetua dihormati dan disanjungi dikalangan guru-guru sebagai menghargai peranan mereka. Penghormatan ini akan meletakkan pengetua di kalangan pengetua yang berkesan kerana berjaya menunjukkan peranannya dalam mengurus staf supaya menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya dan juga kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini Howell(1989) menegaskan bahawa pemimpin berkarisma mempunyai kesan yang mendalam kepada pengikut-pengikutnya. Kepimpinan Pengetua akan membentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan menunjukkan rasa penuh yakin kepada kebolehan mereka untuk menyempurnakannya. Guru-guru akan menunjukkan kebolehan mereka dengan lebih pro aktif kerana mempunyai motivasi yang juga lebih kepada orientasi kerjaya. Mereka akan menjalankan tugas dengan lebih tekun dalam perkhidmatan. Teori ini menekankan tingkahlaku ketua akan diterima oleh kakitangan lain jika mereka melihat tingkahlaku itu sebagai sumber terdekat untuk mendapat kepuasan. Tingkahlaku ketua yang boleh mendorong kakitangan ialah pemimpin yang dapat memberikan kepuasan kerjaya kepada kakitangan denganmenyediakan sokongan, ganjaran, bimbingan dan penyeliaan untuk mencapai prestasiyang memuaskan.2.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, pemimpin merupakan seseorang yang amat penting dalam dalam sesuatu kumpulan. Kepimpinan timbul dari perkataan pimpin yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai (Mohd Shuhaimi, 1992). Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi (Noraini danAhmad, 2011). Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses struktur,kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta wawasan dan tanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya. Dalam sekolah pemimpin utama ialah pengetua. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengetuai pengurusan dan pentadbiran sekolah agar mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan di sekolah. Gaya kepimpinan pengetua akan mempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah juga dipengaruhi oleh stail kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik dilaksanakan maka kemungkinan besar para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu para guru tidak akan berasa senang hati dan ini menyebabkan matlamat sekolah tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utama dalam sesebuah organisasi sekolah. Oleh itu, untuk menghasilkan kepimpinan yang efektif atau berkesan pelbagai taktik kepimpinan yang telah dilakukan antaranya ialah komunikasi berkesan, cara pembuatan keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui pujukan rasional, taktik perundingan, bermotivasi, bertanggungjawab dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada pemimpinnya, sekiranya pemimpin tidak mengamalkan taktik kepimpinan yang efektif maka matlamat dan objektif organisasi itu tidak akan berjaya untuk dicapai.