pengurusan masa yang berkesan

Upload: alia-van-der-woodsen

Post on 04-Mar-2016

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengurusan masa

TRANSCRIPT

SM IMTIAZ YT KUALA NERUSTAMAN DESA YT

JALAN LAPANGAN TERBANG

21300 KUALA TERENGGANULAPORAN PROGRAM MOTIVASI & PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

TARIKH : 9 MEI 2015

TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT KUALA NERUS

MASA : 9 PAGI 1.00 TENGAHARIProgram : Motivasi & Pengurusan Masa Yang BerkesanTarikh : 9 Mei 2015

Tempat : Dewan SMIYT Kuala Nerus

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus dalam menguruskan masa dengan lebih sistematik. Pelbagai pendekatan seperti perkongsian pengalaman daripada bekas-bekas pelajar Imtiaz telah dilaksanakan dalam menjayakan program ini. Kebanyakan pelajar ini adalah mereka yang telah berjaya di dalam pelajaran serta turut memperoleh pekerjaan yang hebat. Diharapkan agar perkongsian di antara bekas pelajar Imtiaz dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus dapat memberi banyak manfaat dalam pengurusan masa seharian mereka di sekolah dan kehidupan di asrama.PERJALANAN PROGRAM

Pada 9 Mei 2015 telah diadakan program Motivasi dan Pengurusan Masa Yang Berkesan. Pihak sekolah telah menjemput beberapa orang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun. Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Noor Elyani bt Alias sebagai wakil Puan Pengertua. Program ini telah dimulai dengan sesi forum bersama empat orang ahli panel bermula jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi. Seterusnya program diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) dengan membentuk sebanyak 10 kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator. Selepas itu, dua kumpulan telah dipilih untuk membuat perbentangan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing. Program ini berakhir pada jam 1.30 petang dengan sesi bergambar bersama tetamu jemputan. Disediakan oleh,

(FANNAS BINTI MALEK)

PENGARAH PROGRAM MOTIVASI & PENGURUSAN MASADisemak Oleh,

.

(NOOR ELYANI BINTI ALIAS)

PK HEM

SMIYT KUALA NERUS

Disahkan oleh,

.(SHARIFAH FATZHIYAH BINTI SYED AHMAD)PENGETUA

SMIYT KUALA NERUSLAMPIRAN

Barisan ahli panel yang dijemput untuk program motivasi dan pengurusan masa yang berkesan.

Wakil pelajar mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sebagai pembuka majlis.

Sesi 1 : Forum Sharing Moment bersama bekas pelajar Imtiaz

Sesi 2 : LDK bersama fasilitator

Sesi 3 : Pembentangan dalam kumpulan hasil perkongsian dalam LDK

Sesi Q & A pelajar dan para fasilitator

Wakil pelajar membacakan doa penutup