kepimpinan yang berkesan boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku kakitangan organisasi

28
KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TINGKAHLAKU KAKITANGAN ORGANISASI KEPIMPINAN YANG BERKESAN IALAH KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ORGANISASI, SIKAP SERTA TINGKAHLAKU KAKITANGAN. JABATAN PENDIDIKAN JAS MANI DI IPG KKB Oleh Mohd.Yazid Bin Deraman Ketua Jabatan [email protected] . RINGKASAN EKSIKUTIF Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di Institut Perguruan Kota Bharu, Pengarah adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat organisasi.

Upload: ahmad-syazwan-omar

Post on 30-Jul-2015

269 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

KEPIMPINAN YANG BERKESAN BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA TINGKAHLAKU KAKITANGAN ORGANISASI

KEPIMPINAN YANG BERKESAN IALAH KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ORGANISASI, SIKAP SERTA TINGKAHLAKU

KAKITANGAN. JABATAN PENDIDIKAN JAS MANI DI IPG KKB

Oleh

Mohd.Yazid Bin DeramanKetua Jabatan

[email protected].

RINGKASAN EKSIKUTIF

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang

berkesan. ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik

atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan

mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di Institut

Perguruan Kota Bharu, Pengarah adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan

orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin IPKB

adalah perancang, misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan

terhadap pencapian matlamat organisasi.

Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengamn kualiti kepimpinan.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang dapat

menigkatkan martabat organisasi. Berdasarkan fakta dibuktikan dalam penulisan ini,

kepimpinan di organisasi saya sekarang telah memainkan peranan penting dalam

kepimpinanya untuk mengubah organisasi dan juga sikap kakitangan.

Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di IPKB mempunyai perkaitan dan

pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru pelatih) dalam usaha mencapai

Page 2: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

wawasan pendidikan negara bertaraf dunia dan merialisasi wawasan Plan Induk

Pembagunan Pendidikan. Kepimpinan yang berkesan kakitangan kometmen tinggi

dedngan moto,Gigih, Iltizam, Cemerlang, IPKB akan meneraju perubahan.

Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif

kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok,

mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan tidak boleh lari dari

pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam

pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang

mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah

pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses

mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan

ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan

sesuatu kepimpinan.

Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya bergantung kepada

gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung kepada

kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesaan dipimpin oleh pengetua yang

cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang Long dalam

kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi

dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan

yang berkesan. Pakar pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk

kepimpinan yang tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka

kepada perubahan dan kedaan persekitaran..

Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan bersepadu, ini kerana

pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan.

Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan anggota

organisasi melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan

objektif yang dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu

inovasi memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat dilaksanakan,

Page 3: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang berkesan . Pemimpin yang

berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku kakitangan dari sedia wujud

kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan mempunyai matlamat pencapian. Ini

dilakukan dengan mencipta wawasan organisasi, menanam semangat

bertanggungjawab melaksankana perubahan pada pekerja dan menyemai budaya dan

strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan terbukti

boleh mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya .

Kepimpinan Berkesan

(Husin.1993) dalam buku, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, membezakan

keberkesanan sekolah ialah kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengetua yang dinamik

dan bersungguh merupakan pembolehubah membawa kejayaan sekolah. Pengetua

berkesan ialah pengetua yang memainkan peranan sebagai pemimpin yang

mempunyai wawasan jelas tentang organisasinya dan kaki tanganya. Menurutnya ada

4 peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan perubahan sikap

kakitangan:-

1             Mempunyai kemahiran teknikal, pemimpin misti bertindak sebagai jurutera perubahan.

Tumpuan misti kepada teknik pengurusan dan pentadbiran yang cekap, mahir

manupulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.

Kemahiran termasuk, perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.

2             Pemimpinan berperanan sebagai jurutera manusia. Peminpin sewajarnya mahir dan

cekap dalam aspek perhubungan manusia dalam organisasi, termasuk membina dan

memngekalkan moral tinggi dikalangan kakitangan, mengalakkan inovasi, kreativiti dan

memberi sokongan kepada kakitangan.

3             Pemimpin utama organisasi, memyumbang kepakaran . Ia misti mahir dalam

pengurusan, kurikulum, dignosis keperluan kakitangan, penilian, atau pencerapan yang

berkesan.

Page 4: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

4             Pemimpin simbolik, sebagai ketua yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan ,

tujuan atau wawasan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Pemimpin turun kebawah,

melihat sekitar organisasi, mengetuai upacara rasmi, cuba mengenali kakitangan

dengan lebih dekat

5             Pemimpin budaya. berusaha mencari, mentafsir dan memperkokohkan nilai,

kepercayaan dan unsur budaya menjadikan organisasi itu unit. Mengadakan aktiviti

sosialisasi kakitangan dan pelajar, pelasjar dengan budaya organisasi. Upacara

memberi hadiah, penghargaan dapat mengekalkan imej dan prestasi organisasi.

Kepimpinan pengetua yang berkesan dapat memperbaiki tabait kerja kakitanganya ke

arah kemajuan sekolah. membimbing, menunjuk ajar dan sentiasa memupuk semangat

kerjasama. Disamping itu juga sentia memberi sokongan kemahiran pengajaran,

pengurusan bilik darjah dan memberi galakan inovasi serta mengemukakann idea-idea

baru pada kakitangan. Pengetua juga sebagai jurulatih atau guru kepada guru.

pengetua juga harus meningkatkan pengetahuan, kemahijran, kepakaran, prestagi

kakitangan. ,membina pada profesioan mereka. Para penyelidik dan ahli tiori dalam

pendidikan mengatakan pengetua yang berkesan menyelia dan membimbing guru,

berperanan sebagai pemerhati, penyelaras, pembimbing dan sebagai tempat rujukan

dalam organisasi.

Mengikut (Jaafar 1992) terdapat garis-garis panduan yang boleh digunakan untuk

menjadi pemimpin berkesan dan membawa perubahan keoada organisasi dan

kakitanganya :-

1. Kebanyakan pemimpin terdiri dari mereka yang berpengaruh, pintar, agresif,

berinisiatif dan mempunyai kenyakinan diri dan kebolehan menyelia. Pemimpin

periu membuat keputusan, penilian diri dan peningkatan kenyakinan diri.

2. Mengetahui dan mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan. Memahami

gaya tersendiri untuk mengekalkan keadaan fleksibel supaya dapat

menyesuaikan dengan pelbagai situasi yang berkenaan.

Page 5: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

3. Mempercaya perkara yang baik tentang orang lain. Pemimpin yang berkesan,

persenel yang bijak , bertanggungjawaab dan ingin menyelesaikan.

4. Memenuhi keperluan kakitangan. Pemimpin berkeupayaan mendorong,

menyakin kakitangan untuk berusaha mencapai matlamat organisasi.

5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Pemimpin berkesan membentuk matlalmat

untuk dijadikan panduan staf, menguatkuasa peraturan yang terancang dan rapi

untuk melaksanakan tugas.

6. Bertindak sebagai pemimpin. Bertindak seperti yang dijangka dan yang di

inginkan oleh pengikut agar sanjungan setaraf dengan pemimpin

Kajian tentang Teacher Perceptions of principle’s leadership as Related to School

Efekteniveness (Geltner 1981). lima peranan Pengetua yang berkaitan dengan

keberkesanan pentadbiranya:-

1. Ahli Falsafah sekolah - Pengetua merupakan orang penting kehidupan mereka

di sekolah. Dia menyampai dan mempercayai matlamat dan tujuan tugasnya.

Guru berkongsi kepercayaan dan sokongan melalui perpaduan yang wujud.

2. Sebagai Model Pendidikan – Sebagai model dapat mengubah tingkahlaku

guru.

3. Penyokong pendidikan- Sumber untuk mendapat sokongan. Sokongan

pengetua berkesan dan mendalam kepada guru dan profesion semenjak

bertugas dan sentiasa kekal dan diperkukuhkan.

4. Rakan sependidikan (Educational partner). Sebagai rakan sejawat oleh guru

dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Berpengetahuan dalam prestasi

pelajar, berusaha secara kolektif mencapai matlamat pengajaran.

5. Memulakan perubahan pendidikan (Educational innovator). Peneraju

pelaksanaan inovasi sekolah. Perubahan wujud hasil pengembelengan guru dan

Page 6: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

pengetua. Guru merasakan mereka terlibat membuat keputusan refomasi

sekolah.

Kesimpulannya, seorang pemimpin adalah seorang pendorong yang berkesan. Ia

mampu mendorong anak buahnya dan dapat mengubah mereka kearah yang baik,

lebih hebat dari kedaan asal. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai

pembolehubah yang sangat penting pada organisasi, kerana tampanya organisasi akan

menjadi longgokan manusia sahaja. Pemimpin yang berkesan dan berwibawa

berperanan besar mencetus idea, inovasi,kreatif dan imaginasi ke arah pembentukan

generasi pendidik yang berketrampilan dan cintakan perubahan.

Kepimpinan berkesan IPKB - Meneraju Perubahan

Wawasan kepimpinan IPKB dewasa peka kepada perubahan pesat dunia pendidikan.

Pemimpin IPKB yang lepas dan sekarang sentiasa bersedia menganjak paridma.

melakukan lonjakan guantum dengan merubah dan meruntuh tembok penghalang

utama yang menolak perubahan ( Resist Change).Ken Blanchard pengarang buku

”Thed One Minutes Manager” menyatakan :-

Bila memikir perubahan kita sering memikir perkara yang lepas, bukan perkara

yang kita dapat.

Setiap orang mempunyai tolerensi yang berbeza terhadap perubahan

Sekali pun perubahan telah berlaku, kita secara fitrahnya mahu meletak perkara-

perkara kembali kepada keadaan asal.

Stiven Corvey (1989) dalam bukunya. The Saven Habits of Highly Effektives People.

menyatakan dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status ‘

Orang-orang yang paling berkesan’ iaiatu tahap ’memenangi peribadi’.dan ’memenangi

publik’. Tiga tabiat (habit) yang fundsmental bagi seseorang memenngi diri peribadi

adalah:-

Page 7: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Jadilah proaktif (Be Proactive)

Mula dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the end in mind)

Buat dahulu perkara pertama (Put first things first)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersonal) tabiat yang perlu diamalkan

ialah:

Fikir menang-menang (Think Win-Win)

Fahami dulu kamudian minta difahami (Seek first to understand and then to be

understood)

Sinergy (Synergize)

Tajamlah mata gergaji (Sharpen the saw)

Berdasarkan kepada kenyataan diatas, perubahan tidak akan terjadi tampa pengerak

atau penyebabnya. Cabaran pendidikan masa kini sangat memerlukan kepimpinan

IPKB berubah mengikut peredaran dan cabaran pendidikan alaf baru. Sebagai negara

yang sedang berkembang pesat mencapai wawasan 2020, sektor pendidikan dan

wawasan IPKB menjana tenaga pengajar memerlukan perubahan dan anjakan

paridma yang dapat merintis ke arah alaf baru dalam segala aspek.

”Sememangnya tugas ini amat berat, saya memerlukan pasukan benar-benar komited,amanah, jujur dan

sanggup berkerja keras untuk memastikan segala perancangan kita dapat kita laksanakan dengan cekap

dan berkesan, dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.,”

YB Dato Sri Hisamudin Tun Husin On-Perutusan Tahun Baru 2006.PIPP ms 30

1.Pendidikan Bertaraf Dunia

”Pendidikan bertaraf dunia, merupakan satu komitmen kepimpinan IPKB masa kini

dalam menyumbang dan memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ditingkat ke

arah standart yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Dalam

wacana Dasar Pendidikan negara, pendidikan bertaraf dunia meletakkan , membawa

Page 8: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

implikasi dan impak yang serius kepimpinan pendidikan guru masa kini. Instuitut

Pendidikan Guru dan kepimpinannya , telah bersedia dengan wawasan melahirkan

genarasi pendidik guru yang mengamalkan, budaya fikir, kritis, kreatif dan inovasi.

Hanya manusia yang berdaya fikir dapat bersaing di medan antara bangsa, menjana

idea ke arah penbangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

’ Kita perlu ingat bahawa sini tampa sempadan ini, anak-anak kita tidak lagi bersaing sesama mereka,

tetapi bersaing dengan seluruh masyarakat dunia.’

YB Dato’Sri Hasamudin Tun Husin .Perutusan tahun baru 2006-PIPP ms 118

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Misi Nasional dalam jangka 15 tahun akan datang beriltizam menjadikan Malaysia

menjadi negara maju yang teguh, bersatu, memberi penekanan yang tinggi melahirkan

modal insan kelas pertama selaras dengan dengan sistem

nilai, budaya dan pengayatan Islam Hadari dan era globalisasi .Untuk memastikan

wawasan negara tercapai Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dirangka

sebagai garis panduan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan

menyeluruh dalam menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Kepimpinan

pendidikan masa kini terutama kepimpinan IPKB harus berubah ke arah, selaras

dengan plan PIPP dan memfokuskan pengurusan masa depan bagi membentuk dan

menyediakan landasan yang kukuh membentuk generasi bangsa Malaysia yang akan

datang dan corak pembangunan negara . Kepimpinan IPKB tidak terkecuali, dalam

merencana idea dan perancangan yang koperehensif bagi merialisasikan wawasan

ini.. Kepimpinan IPKB peka pada perubahan dalam membantu pembentukan sikap

kakitangan dalam penghayatan PIPP. Pemimpin di organisasi IPKB telahpun memberi

fokus utama dalam perancangan sedia ada agar enam teras ini di hayati dalam

progranm-program Institut dengan cemerlang .Menjadi misi dan visi IPKB untuk

Page 9: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

menyediakan bakal guru masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti

perancangan dalam PIPP.

’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujusn untuk memperkemaskan pelaksanaan program

pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan’

YB Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi- Perutusan pelancaran PIPP

’Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program

pendidikan serta memantapkan proses pembinaan modal ibsan secara menyeluruh dan berterusan

supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.

YB Dato’Sri Hishamuddin Tun Hussen- Perutusan pelancaran PIPP

Perubahan pendidikan guru di IPKB.

IPKB organisasi pendidik guru tertua di Malaysia dan terunggul di Kelantan Sebagai

orfganisasi latihan guru yang dinamik. dimana segala perubahan yang berlaku

sekarang adalah direncana, dilaksana dan dipantau oleh kepimpinan untuk

meningkatkan keupayaan sebagai intitusi perguruan yang pertama dan yang utama.

Dari dulu dan sekarang IPKB membukti keunggulan dan kewibayaan melahirkan ribuan

tokoh pendidik dan pemimpin masyrakat. Jika dicantum dengan sejarah dan masa

depan ,IPKB kini misti menghadapi cabaran lebih hebat lagi untuk menghasil guru

permulaan di alaf bara negara maju selari dengan wawasan 2020 dan hasrat

kepimpinan negara. Perubahan masa kini menuntut kepimpinan yang berkesan dan

kakitangan yang dinamik yang berperestasi cemerlang segi keilmuan, sikap, gaya

pemikiran. Kepimpinan IPKB sekarang telah berusaha dan bergerak membina landasan

budaya profesionalime keilmuan pada kakitangan dengan kompitensi pengkulihan,

konsultasi, penyelidikan dan pembinaan modal insan minda kelas pertama. Perubahan

meningkatkan kualiti kecemerlanan pendidikan guru yang dibuat kepimpinan sekarang

telah disokong secara kolektif dan strategik oleh kakitangan . Antara perubahan dan

cabaran di IPKB ke alaf baru:

Page 10: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

1. Pentadbiran dan mengurusan berteraskan kualiti pengurusan berpandukan

pengurusan kualiti MS ISO 2000.

2. Pengurusan strategik berasakan misi/visi/objektif dan piagan pelanganag.

3. Naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Perguruan.-Mengeluarkan Diploma

Perguruan, Ijazah Pendidikan.

4. Budaya IPKB- Fokus kecermerlangan dan kepakaran setiap jabatan dan institut-

sebagai panda aras kecemerlangan

5. Sumber rujukan padagogi- Kursus dalam perkhidmatan dan kursus pendek

disekolah.

6. Pusat latihan guru bestari kepada guru sekolah .menegah dan rendah di

Kelantan

7. Program kembar dengan universiti luar negara- University of Hertfordshire

England.- B.Ed (Hons) Primary Mathemetics., Universiti Mahjong –B.Ed Tesl)

8. Program kembar dengan universiti dalam negara. UITM dan USM.

9. Pusat latihan guru J-Qaf dan Guru SAR Kelantan.

10. Perkongsian pintar dengan Universiti Malaysia Kelantan.& Universiti Terbuka

Malaysia.

Kepimpinan IPKB melalui pengurusan strategik

Kepimpinan yang berkesan melalui pengurusan yang strategik diamalkan di IPKB

untuk memastikan organisasi IPKB bersaing dengan dunia mencabar ini.

Untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan kepimpinan yang

berkesan, pengurusab berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas menjadi

teras kepada kejayaan (Edaris Abbu Bakri-2005-Pengurusan Strategik

Page 11: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

konsep dan aplikas. Pemimpin terdahulu di IPKB telah memimpin dengan cemerlang

dan meletak asas yang kukuh kepada kepimpinan sekarang bagi meneraju perubahan

dam pendidikan guru. Kajian kepimpinan IPKB (Yazid 1997.) bertajuk ’Gaya kepimpian

IPKB dengan iklim organisasi’ menggunakan Iventori Diskriktif Tingkah Laku Ketua

(SBDQ – Sepervisory Behevior Description Questionnaire) berdasarkan kepada

tingkahlaku pertimbang (consideration), Pendayautama Struktur (Initiating), Penekanan

kepada pengeluaran (Production Emphesis) dan sensiviti sosial (Social Sensitivity).

Keberkesanan gaya kepimpinan ini di lihat pertalian dan kesan kepada iklim organisasi

dengan menggunakan Iventeri Persepsi Terhadap Iklim Organisasi ( WES-Work

Environment Acale). Dapatan kajian membuktikan kepimpinan yang berkesan telah

memberi kesan kepada perubahan organisasi , sikap dan tingkah laku kaitangan untuk

mengekalkan kecemerlangan insitusi dibawahnya.(Lampiran I ). Selepas kajin tiga

pengarah meneraju kepimpinan IPKB iaitu Tn.Hj Abd.,Rahman, Th.Hj Mohamad

Othman dan Tn.Hj Sallehudin Abd Wahab. Mereka ini adalah Pengarah berwibawa dan

cemerlang dan telah memimpin IBKB dengan cemerlang dalam menongkak arus dan

menghadapi cabaran pendidikan hari ini.

Bagaimana kepimpinan IPKB memain peranan untuk menangani, membawa dan

mengekalkan perubahan organisasi dan memastikan kakitangan berkhidmat dengan

selari dengan Moto IPKB, GIGIH, ILTIZAM, CEMERLANG. Pemimpin IPKB (Pengarah)

mempunyai kualiti sebagai pemimpin yang berkesan meneraju perubahan IPKB. Ketiga

pengarah sebelum ini memimpin Instuitut ini berdasarkan kepada kepimpinan yang

berkualiti.dan pengurusan strategk yang berkesan.

1              Merujuk kepada Razali Mat Zain (1989) dalam buku’ Tiori Kepimpinan

Dalam Pengurusan’ saya menganalisa peranannya dan kekuatan yang ada pada

kepimpinan IPKB

          i. Kepimpinan sekarang mempunyai ciri kepimpinan yang berupaya

menetapkan matlamat, mengarah serta menyelaras tugas, aktiviti Institut dan

Jabatan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau

dengan kerjasama Ketua-ketua jabatan dapat mempengaruhi kakitangan berusaha

Page 12: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

mencapai objektif IPKB melahirkan guru berwatak, berketerampilan dan berkesan

dalam profesion perguruan.Pelbagai program dilaksanakan dimana Pengarah menjadi

Penasihat atau peraju dan hasilnya mendapat kejayaan baik peringkat, Institut, Negeri

atau Kebangsaan (Lampiran II.)

        ii. 

ii Memberi Kepuasan kakitangan dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Membuat pemantauan program dan aktiviti atau hasil kerja pekerja, Teguran ditempat

kerja atau melalui mesyuarat Staf dan Ketua Jabatan dan ia mencadang

penambahbaikan membaiki prestasi tersebut.

iii Yakin dengan kepimpinan, membuat keputusan secara berhemah, memenuhi dan

memberi perhatian keperluan ahli, Minat luas pelbagai aktiviti organisasi dan

kakitangan. Tiada sifat pemarah malah bersifat kesempurnan, merasa puas dengan

pekerjaanya.

2        Sabri Saleh (1998) ’ Kepimpinan Sekolah Berkesan’ dalam Seminar Sekolah berkesan,

di Perlis ,1998. menjelaskan tiga kualiti pengetua yang berkesan dan ciri-ciri saya

melihat digunakan dalam kepimpinannya.

          i.        Pengarah saya mahir dan jelas halatuju dan fokus (Misi, Visi) organisasi dan

mampu, berani merencana tindakan untuk merialisasinya. baik dalam mesyuarat,

arahan, percakapan dan sikapnya ialah ke arah untuk mencapai misi dan visi Institut.

Kepada organisasi dan kakitangan beliau meletakkan harapan yang tinggi mencapai

hasrat yang dibena bersama. (Lampiran.III)

    ii.            Ia Menetapkan tempah masa (time –Frame) menyiapkan satu tugasan, Pelbagai

langkah drastik beliau lakukan, terutama mendapat sokongan dan kerjasama

kakitangan terutama ketua jabatan dan

   iii.            pensyarah. Beliau sentiasa merujuk dan bertindak berdasarkan Piagam Pelanggang

IBKB dalam perlaksanaan MS ISO ( Lampiran IV ).

       iv.        Beliau akan pengesahan matlamat yang hendak dicapai. Sekiranya ada

kelemahan dan kecuai tindakan pembetulan akan dilakukan dengan

        v.        segera. Pengerusi atau ketua jabatan yang berkenaan dengan program akan

berbincang dengan beliau dan melapor secara rasmi dalam mensyuarat Majlis

Page 13: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

pengurusan pentadbiran profesianal (Lampiran.V) dan mesyuarat majlis kualiti dan

penambahbaikan kualiti ( Lampiran V I)

3              Dr.Robiah Sadin (1998.ms 49) dalam bukunya ’Asas Pentadbiran” Pemimpin berkesan

adalah ketua kumpulan, pemandu,menyelaras kegiatan ,pemimpin membuat tindakan

dengan mengerakan strukrur berasaskan intarksi pelbagai bahagian , mempengaruhi

kegiatan setiap bahagian untuk mencapai keberkesan organisasi.

          i.            Pengarah meneraju kepimpinan untuk membina,menyelaras manual prosedur

kerja bersama ketua jabatan dan ahli majlis IPKB. Ia.merupakan dokumen yang

penting di gunakan oleh kepimpinan kepimpinan Instutut dalam memastikan perjalanan

mengikut perancangan dan landasan yang. Pembahagian tugas, perancangan Jabatan

atau bahagian dengan peruntukan dipohon nadi utama pengerakan aktiviti Institut dan

meneraju perubahan. Pengarah

        ii.            menunjukan komitmen tinggi mengurus aktiviti jabatan dan beliau akan membuat

semakan dan pemantauan terancang melalui penilian program pertengahan tahun dan

akhir tahun dan dilapor dalam mesyuarat perancangan. (lampiran. VII)

4              Mohd.Alshari (1998) Kertas kerja ’Kepimpinan berkualiti pengerak kearah

keberkesanan pengurusan organisasi efektif) dalam Kolikium Nasional

5              Angkatan Kepimpinan Abab ke 21, Usaha mementukan kemantapan sistem kualiti MS

ISO 9000, merupakan usaha penambahbaikan .Konsep KAIZEN ditekan untuk

menjamin organisasi terus bersaing.

              i.        Memimpin dan mengurus melalui sistem kualiti.(MS.ISO-9000). Pengarah

ialah Timbalan Wakil Pengurusan dan Timbalan Pengarah pengerusi pelaksana dan

Ketua Jabatan sebagai Pemegang Dokumen Kualiti MS ISO.Mengurus melalui majlis

kualiti MS ISO 9000.Untuk memastikan pejalana MS ISO mengarah berupaya

meningkatkan kemahiran dan keterampilan tinggi dan berkualiti mengurus IPKB. Belia

memberi keutamaan komitmen, dan pengurusannya dan pengayatan budaya kualiti

kepada kakitangannya yang berkonsep kepada keperluan pelanggang. Melalui,

mesyurat majlis kualiti, Pra –MKSP, pemegang dan pengerak prosedur kualiti ,audit

dalaman, audit pematuhan, pemantauan pajlis kulliti .BPG. Laporan penambaibaikan

kepimpinan IPKB kosisntesi menyediakan perkhidmatan berkualiti

Page 14: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

( lampiran VIII)

            ii.        Sistem yang mantap dan menyesuaikan dengan keperluan

pelanggang.Organisasi penyelidikan di IPKB sebagai pusat pengajian tinggi dan

pendidikan guru yang unggul, berasaskan kepada empat peranan iaitu pengajara,

penyelidikan, penerbitan, dan perhidmatan. Kepimpinan IPKB memastikan setiap

jabatan membuat kajian tindakan terbaharu jabatan , Institut dan BPG. Pengarah

melibatkan diri aktif dalam Mesyuarat pemantau, program keilmuan penyelidikan dan

sokongan dalam menyiapkan penyelidikan amalan IPKB. Pengarah bercita-cita

menjadikan warga Institut mempunyai budaya penyelidikan dan menjadikan organisasi

penyelidikan penyelesaian malasah secara ilmiah dan sumbangan kepada globalisai

ilmuan.Seminar penyelidikan peringkat Inastitut, Zon dan kebangsaan merupakan

program tetap IPKB. Penerbitan melaui majalah Kijang Mas , Jurnal

penyelidikan ,Jurnaal ekademik IPKB menjadi tanda aras kepakaran penyelidikan dan

sumbangan pensyarah. (lampiran IX)

6        Hussin Mahmood (1993.ms 136) mengulas kajian oleh Leithwood dan Montgomery

pengetua berkesan ialah mengalakkan staf menilai dan meningkatkan lagi

kecekapam profesional, memberi sokongan staf perubahan amalan kerja harian,

mengumpul maklumat amalan baru organisasi dan melibatkan diri dalam pelaksanaan

program. Kompentensi pensyarah dan pekerja- Staf , merupakan eset penting yang

bagi menjamin pelanggang mendapat perkhidmatan yang memuaskan.Kepimpinan

IPKB

7        sekarang faham akan keperluan memenuhi kehendak pelanggang, pensyarah yang

ada kopentensi layak menyampikan kepakarannya. jika hendak mencapai Misi, visi dan

objektif organisasi. .Kepimpinan IPKB,mestikan satu analisa dibuat status kepakaran

kakitngan dan keterluan untuk menigkat kepakaran dan standard ditetap oleh ISO di

patuhi. Merit

kopentensi alat yang digunakan oleh oleh kepimpinan IPKB dalam program

Pembangunan Latihan Staf pensyarah serta kakitangan diberi peluang berkursus dan

mendapat kepakaran bidang di Institut , dalam negeri, dan luar negara.Ilmu dan

Page 15: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

kepakaran ini diterjemah dalam Pengajaran & Pembelajaran dan melatih guru berwatak

yang diperlukan di sekolah.,( Lampiran X )

8        Menurut Dato’Abdul Shukur Abdullah (1998) masa merasmi Kolokium Nastional

Angkatan Kepimpinan Abab 21 mengatakan salah satu ciri-ciri kepimpinan berkesan

ialah menentukan iklim organisasi yang positif dan kondusif. Kepimpinan IPKB

mengambil berat tentang persekitaran kerja dan belajar yang kondusif. Bilik kuliah

dinaik taraf ddengan kemudahan ICT, perpustakaan bertaraf IPT, Kemudahan Internet

dijabatan, dan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat. Penswastaan kebersihan

dan berkerja berdasarkan kepada konsep gotong diamalkan di IPKB. Bawah

kepimpinan IPKB akan mengambil bahagian pertandingan 3K, Kebersihan, Keceriaan

dan Keselamatan oleh Kementerian, kerana yakin organisasi dan kakitanganIKB telah

dapat mengubah minda dan memberi sumbangan kepada persekitaran kerja yang

kondusif.

9        Untuk menghadapi cabaran dan bersaing dalam era globalisasi kepimpinan IPKB

melangkah dengan bijak untk memastikan Institut ini menjadi pusat pembelajaran

melalui e-mail, word widewebs, teknologi digital, interner, SD-ROM dan bahan

multimedia intrektif. IPKB telah mengadakan ’link

program dengan Universiti of Herffordshire England, melalui program Study Net

(www.studynewt.herts.ac.uk). Keterampilan pensyarah dan kakitangan mengunakan

teknologi sangat diambil berat oleh Pengarah. Kursus-kursus dijalankan dalaman atau

diluar setiasa dijalankan.kepada kakitangan yang mahir atau belum mahir. Borang

metrit kopentensi digunakan oleh pentadbir mengukur tahap pengunaan ICT

kakitangan. (Lampiran XI.)

10    Mohamad (1999.m.s.9) bukunya ‘Cermin, Pengurusan Pendidikan) ..Kepimpinan yang

berkesan dan meneraju perubahan misti berfokus artikulasi kurikulum, dan

penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran. Di IPKB Pengarah akan

memantau pelaksanaan kurikulum dan aktiviti pengajaran, melalui Ketua-Ketua Jabatan

dan Majlis Pepereksaan Pendidikan Guru dan Mesyuarat Pengurusan Profesional

memastikan stadard penjaran pesyarah dibilik kuliah. Tahap pengajaran pensyarah.

diukur melalui standard kualiti yang ditetapkan iaitu penilian oleh ketua jabatan dan

persepsi guru pelatih kepada pensyarah melalui soal selidik di akhir semester. Ketua

Page 16: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

jabatan akan membuat penilaian dan analisis, persepsi pelajar , penilian kepada

pensyarah dan melapor kepada mesyuarat jabatan, MPPP dan majlis kualiti . Pesyarah

yang tidak melepasi standard diarah oleh pengarah untuk mengambil tindakan supaya

tahap kecemerlangan dikekalkan. Pensyarah mencapai standard di kehendaki

meningkatkan lagi ke standard lebih tinggi. (lampiran XII).

Kepimpinan IPKB memastikan produk dihasilkan mematuihi kehendak

pelanggang..Pemerhatian saya, Pengarah dan kepimpinan IPKB menggunakan MS

ISO sebagai ukuran standard hendak dicapai, tetapi prosedur analisis S.W.O.T

digunakan bagi menangani perubahan organisasi dan kakitangan selaras dengan

kehendak objektifnya. (Lampiran XIII)

SEBAGAI SATU PROSES . DENTIFIKASI KEPERLUAN

DAN PROSEDUR DIRANGKA . AUDIT PERSEKITARAN

SECARA ’LINER ATAU SECARA . PEMBIKNAAN WAWASAN

’CYCLICAL UNTUK MENJADIKAN . PERUMUSAN MISI

Page 17: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

UNGGUL,EFEKTIF DAN EFISYEN. . PENENTUAN MATLAMAT & OBJEKTIF

AKTIVITI, PROSES DAN PREOSEDUR . PEMBENTUKAN STRATEGI

. PELAKSANAAN DAN PENILAIAN

Rajah Analisis S.W.O.T oleh C.W.Hill 1995. Cesec In Strategic Management, New Jersey.

Pengarah dan ketua-ketua jabatan akan membuat penilaian bedasarkan beberapa

perkaran keperluan dalam analisis SWOT.

  Keperluan menyesuaikan polisi

  Keperluan menghadapi pelbagai respon masyarakat terutama pelanggang

  Keperluan memenuhi kehendak dan permitaan kakitangan.

  Keperluan menghadaapi perubahan.

Untuk mencapai tahap perubahan organisasi selaras dengan perubahan dUnia

pendidikan masa kini C.I.P.P ( Stufflebeam) digunakan. Analisa SWOT dan model

semak CIPP penambaihbaikan kerangka kerja .(lampiran XIV) digunakan organisasi

IPKB untuk memperlihatkan perubahan organisasi dan kakitangan ke arah

menghasilkan guru yang berkualiti.

Kesimpulan

Pemimpin IPKB membuktikan keberkesabnasn kepimpinan meneraju perubahan

organisasi dan kakitangan dengan misi, visi yang jelas dan kualitinya dipaparkan

melalui personaliti, kepercayaan dan mental. Setiap Kepimpinan organisasi terutama

pemimpin IPKB, mempunyai keupayaan menigkatkan keefisyen, kecekapan

pengurusan untuk memastikan organisasi cemerlang dan terus bersaing. Kepiminan

Organisasi yang berkualiti sekarang meneraju perubahan, sentiasa membuat

penambahbaikan berterusan, konsisiten dan berfokus kepada keperluan pelanggang.

Perubahan dunia pendidikan, ledakan teknologi maklumat, memerlukan peminpin IPKB

Page 18: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

yang berinovasi, efektif dabn berkualiti.

Sebagai organisasi yang telah mendapat sijil MS ISO tahun 2004, mistilah mempunyai

kepimpinan berteraskan semangat ISO 9000, Komitmen pihak pengurusan menjadi

keutamaan dalam menentukan orgasisasi ke arah sistem kepastian kualiti. Komitmen

kepimpinan IPKB mistilah meliputi aktiviti dan tindakan pengurusan dan penglibatan

pemimpin mistilah secara total.. Sistem kualiti yang diamalkan oleh IPKB akan

menjaminkan penghasilan produk (guru permulaan terlatih) yang berkualiti dan

memenuhi kehendak pelanggang (sekolah) Keupayaan IPKB menyediakan pengurusan

berkualiti, sistem yang

mantap akan menjamin sebuah organisasi terus berfungsi lebih efektif.dan berdaya

saing.

Kejayaan IPKB sekarang ini berpunca dari kepimpinan berkesan, dan wawasan yang

jelas., pemimpin yang berfikiran luas,berpandangan jauh, pemimpin berdaya maju,

berinisiatif, kreatif, berinovasi dan semangat yang tinggi. Peminpin yang yakin pada

kepimpinan dan melaksanakan tugas di amanah, produktif, keikhalasan dan

kematangan bertindak sesuai dengan perkembangan semasa dan kehendah

kakitangan. moto ’kepimpinan melalui teladan’ , perancangan berperingkat dan

berterusan, penglibatan semua warga dalam semua aktiviti, penghargaan pada

kakitangan, keputusan secara kolektif dan pendekatan musyarah serta hubungan baik

dengan agensi luar meletakktan kewpimpinan IPKB cemerlang dan dihormati.

Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung kepada individu dalam organisasi,

menggunakan kemudahan yang kondusif,tampa pembaziran tenaga dan sumber.

Wawasan pengarah saya, menjadikan IPKB intitusi bestari dari segi hubungan

insan,sahsiah, penampilan sebagai guru unggul, Intitusi latihan guru yang dinamik,

perubahan yang berlaku direncana, dilaksana dan dipantau secara sistematik supaya

menjadi intitusi pendidik guru, yang bitara, yang pertama dan utama. (Lampiran XI )

Page 19: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukur Abdullah (1991), Pengurusan Organisasi, Perpektif pemikiradan Tiori,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Brent Davies, Linda Ellison,Shukur Mohd.Dom (1999), Pemasaran Strategi Sekolah. Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan Neghara Malysia Berhad.

C.NortcoteParkison, MK Rustomy, SA Sapre. (1992), Idea-idea Hebat Tentang

Pengfurusan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Edaris Abu Bakri. (2005), Pengurusan Strategi, Konsep Dan Aplikasi Untuk Pendidikan.

Kuala Lumpur : UtusanPublication & Distributors Sdn.Bhd.

Husin Mahmood, ( 1993), Kepimpinan Berkesan Sekolah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Jaafar Muhammad (1988) , Asas pengurusan . Petaling Jaya: Fajar Bakti

Johd West-Burham.Tengku Aziz (2004), Mengurus Kualiti Sekolah, Kuala Lumpur : Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Page 20: Kepimpinan Yang Berkesan Boleh Membawa Perubahan Kepada Tingkahlaku Kakitangan Organisasi

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007),Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

2010. Putra Jaya : Pustakaan Negara Malaysia.

Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap kecekapoan, Pengurusan Dan

Pentadbiran. Ipoh : Multimedia Es Resources SAdn.Bhd.

Mohamad Abd.Rahman, (1999),Cermin Pengurusan Pendidikan, Selangor: Pustaka Ilmi.

Razali Mat Zain (1996) , Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan

Oublication and Distributors Sdn.Bhd.

Robiah Sadin ( 1998),Asas Pentadbir Pendidikan. Selangor, : Pustaka Cipta Sdn.Bhd.

Sharifah Madinah (2007), Faktor Pengetua, Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd.

Yazid Deraman ( 1997). Thesis Sarjana; Gaya Kepimpinan Dengan Iklim Organisasi,

Kuala Lumur : Universiti Malaya.

Yahya Don, (2005), Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Profesional Publishing

Sdn.Bhd.