kepentingan kokurikulum dalam pembangunan sahsiah murid

Upload: tan-byong

Post on 03-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kepentingan Kokurikulum Dalam Pembangunan Sahsiah Murid

    1/2

    Kepentingan Kokurikulum Dalam Pembangunan Sahsiah Murid

    1) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penulisan kali ini akan menyentuh mengenai peranan murid

    dalam menggunakan segala peluang dan potensi diri menerusi kegiatan kokurikulum.

    2) Pertamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Mohd Tahirbin Haji Ismail dan semua warga guru dalam menjayakan Hari Kemuncak Kokurikulum 2010.

    3) Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah hadir pada Hari Kemuncak

    Kokurikulum tersebut. Sebenarnya program tersebut diadakan adalah untuk semua murid sebagai

    menghargai sumbangan anda dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun 2010.

    4) Pelbagai aktiviti telah diatur bagi menjayakan majlis ini, dari upacara perarakan, majlis rasmi,

    penyampaian hadiah, jualan, persembahan kebudayaan hinggalah kepada karaoke. Semua aktiviti yang

    dijalankan adalah melambangkan komitmen guru-guru dan kesungguhan sebahagian murid di sekolah

    ini bagi memastikan kegiatan kokurikulum menjadai teras penting dalam pembangunan sahsiah diri.

    5) Situasi ini adalah sejajar dengan paradigma untuk melahirkan insan yang sepadu dan seimbang

    dengan memberikan penekanan terhadap kedua-dua komponen, iaitu akademik dan kokurikulum dalam

    sistem pendidikan kita hari ini.

    6) Pada hari ini kegiatan kokurikulum semakin mendapat perhatian dalam sistem pendidikan negara.

    Banyak peruntukan telah disalurkan melibatkan puluhan ribuan ringgit. Peruntukan Khas Uniform,

    Peruntukan Kerajaan, SUWA dan banyak lagi, kesemuanya untuk memberi peluang kepada murid tanpa

    mengira kaum agar mempunyai peluang yang sama rata dan tidak terpinggir dalam program

    pembangunan insan menerusi kegiatan kokurikulum

    7) Oleh itu saya berharap segala peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua murid dengan

    cara melibatkan diri secara aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Carilah

    peluang dan ruang yang sesuai dalam bidang kokurikulum mengikut minat, kecenderungan,

    kemampuan dan cita rasa anda.

    8) Ceburilah kegiatan kokurikulum sama ada dalam pasukan beruniform, persatuan, kelab ataupun

    kegiatan sukan dan permainan. Fokuslah terhadap aktiviti yang anda ceburi supaya penglibatan anda itu

    nanti mencapai satu tahap pengiktirafan yang tertinggi.

    9) Pada peringkat KPM dan KPT penglibatan murid dalam kokurikulum semakin diutamakan.

    Pengambilan murid ke MRSM, SBP, Matrikulasi, IPTA dan pemberian biasiswa semuanya mengambil

    kira merit penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.

    10) Melihat kepada peluang yang ada, komitmen guru-guru yang tinggi dan peruntukan kewangan yang

    besar oleh pihak kerajaan, saya tidak nampak mengapa murid harus memandang sepi kegiatan

  • 7/28/2019 Kepentingan Kokurikulum Dalam Pembangunan Sahsiah Murid

    2/2

    kokurikulum ini.

    11) Sebagai makluman, Universiti Harvard adalah antara universiti terbaik di dunia. JPA juga ada

    menghantar pelajar tajaannya ke sana. Universiti ini antara lain telah menetapkan bahawa syarat

    kemasukan dengan kelulusan akademik sahaja tidak memadai.

    12) Oleh itu calon yang memohon kemasukan ke universiti tersebut perlu mempunyai ciri-ciri seperti

    ahli muzik, saintis, usahawan, ahli sukan dan sebagainya bukan sekadar penglibatan bahkan yang

    bertaraf dunia.

    13) Begitulah gambarannya betapa pentingnya kokurikulum di kalangan warga akademik yang paling

    tinggi tarafnya pada masa ini. Namun demikian jangan pula nanti anda bergiat aktif dalam kokurikulum

    hanya sekadar untuk memenuhi syarat kemasukan ke IPT semata-mata.

    14) Jika ini paradigmanya, maka hasrat menjadikan kokurikulum sebagai wadah untuk pembentukan

    sahsiah diri, kepimpinan dan modal insan tidak akan kesampaian.

    15) Ada juga pelajar dan ibu bapa yang menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka berpendapat

    akibat aktif dalam kokurikulum boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.

    16) Pandangan ini sebenarnya tidak begitu tepat kerana sekiranya ada yang gagal akademik kerana

    terlalu banyak menghabiskan masa dalam kokurikulum, maka ini bukan masalah kokurikulum. Ia

    masalah pengurusan masa. Janganlah kokurikulum pula dipersalahkan.

    17) Seorang Profesor Universiti Harvard, Harry R. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without A Soul,

    kajian membuktikan bahawa penglibatan dalam kokurikulum yang seimbang tidak menggugat prestasi

    akademik.

    18) Masalah kita ialah apabila pelajar merosot akademiknya, seringkali fokus kita ialah kokurikulum

    adalah puncanya. Sepatutnya, fokus kita ialah kualiti akademik ditawarkan kepadanya. Jika masalah

    pelajar itu ialah akademiknya, maka perbaikilah akademiknya, bukannya menyekat kokurikulumnya.

    19) Menyekat pelajar terhadap kokurikulum diminatinya bukanlah caranya untuk meningkatkan

    minatnya terhadap akademiknya, bahkan boleh jadi juga menimbulkan lagi kemerosotan akademiknya.

    20) Akhir kata, nasihat saya kepada semua, kokurikulum mesti dilihat dengan paradigma bahawa ia

    mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap

    kepada akademik, dan seterusnya sebagai sebahagian daripada cara hidup.