kepentingan kegiatan kokurikulum di sekolah

Upload: hei-yii-tiong

Post on 10-Mar-2016

391 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh karangan

TRANSCRIPT

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di SekolahKegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnyaaktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan sertapasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya.

Kegiatan kokurikulum dapatmengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapatmembentukdisiplin diri.Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan.Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapatmelatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum akanmengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulumkepada murid-murid di sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, para hakim yang adil dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Kepentingan Amalan Gotong-royong.

Hadirin yang dihormati,

Amalan bergotong-royong begitu penting diamalkan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana amalan gotong-royong ini dapat memudahkan kerja kita. Contohnya kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah yang luas dapat dilakukan bersama-sama. Ini sudah pasti meringankan beban kerja yang banyak untuk membersihkan kawasan sekolah tersebut.

Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Misalnya, anggota masyarakat boleh mengamalkan semangat tolong-menolong dalam menyiapkan kerja-kerja semasa majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan silaturahim dapat dieratkan.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Seterusnya, amalan ini dapat menjimatkan masa bagi menyiapkan sesuatu kerja. Contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah boleh dilakukan secara beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan murid-murid. Oleh itu, kerja-kerja itu dapat disiapkan dengan cepat.

Akhir sekali, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai positif dalam diri kita. Misalnya, gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah dapat memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar dan mementingkan kebersihan. Kesannya, kita akan menjadi warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong memberikan banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, amalan ini perlulah dipupuk dan dijadikan amalan hidup. Sekian sahaja syarahan saya pada pagi ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Soalan: Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa mengikut ibu bapa kamu menghantar abang kamu mendaftarkan diri di universiti. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.Nur Amira Farhana binti Amir,No. 12, Jalan Pine 3,Taman Pine,27000 Jerantut,Pahang.___________________________________________________________Guru Kelas 6 Sejahtera,Sekolah Kebangsaan Temin,27000 Jerantut,Pahang. 5 MEI 2014Cikgu,Tidak Hadir ke SekolahMerujuk perkara di atas, saya Nur Amira Farhana binti Amir dari kelas 6 Sejahtera ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari iaitu dari 6 Mei hingga 8 Mei 2014.2. Untuk makluman cikgu, saya terpaksa mengikut ibu bapa saya ke Kedah untuk menghantar abang saya ke Universiti Utara Malaysia. Abang saya mendaftar kemasukannya ke university tersebut pada 7 Mei 2014. Dia akan mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam bidang perakaunan selama empat tahun.3. Saya mengikut ibu dan bapa saya ke Kedah kerana tiada orang yang akan menjaga saya di rumah sepanjang ketiadaan ibu dan bapa saya. Demi keselamatan, ibu bapa saya membawa saya bersama-sama.

4. Tentang pelajaran saya, usahlah cikgu bimbang kerana saya ada membawa beberapa buah buku rujukan untuk dibaca sepanjang saya berada di sana. Saya juga berjanji akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh cikgu walaupun saya tidak hadir ke sekolah. Saya akan bertanyakan perkara tersebut kepada kawan-kawan saya di sekolah.

5. Saya akan kembali semula ke sekolah pada 9 Mei 2014. Saya berharap agar perkara ini dalam pengetahuan cikgu. Segala kerjasama dan keprihatinan cikgu saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.Yang benar,Amira(NUR AMIRA FARHANA BINTI AMIR)Murid 6 SejahteraFaedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialahdapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum jugadapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kitadapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula,kegiatan kokurikulumakan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali,badan kita akan menjadi sihatapabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen

Kerangka Karangan

-Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.-Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.-Dipamerkan di dalam almari kaca.-Dibeli oleh seorang lelaki.-Diletakkan di ruang tamu rumahnya.-Aku digunakan dengan lasak setiap hari.-Rosak akibat petir.-Dibuang

Contoh Karangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau bagaimanapun, selalunya aku digunakakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.

Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia mungkin sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku kepada tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00.

Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyebabkan aku berasa sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.

Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga. Semasa hujan pada suatu malam, aku terpadam akibat kilat. Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat teruk. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walau bagaimanpun aku berasa bangga kerana dapat juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini semasa hayat ku.

Autobiografi: Aku Sehelai Kain Pelikat

Kerangka Karangan

-Dimasukkan ke dalam kotak yang cantik berwarna-warni.-Dihantar ke sebuah pasar raya-Dipamerkan di dalam pasar raya itu.-Dibeli oleh seorang lelaki yang agak berumur.-Tuan baru ku amat menyayangi ku.-Digunakan olehnya untuk bersolat.

Contoh Karangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang kain yang terletak di Temerloh, Pahang. Aku dipanggil kain pelikat. Aku dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan kukuh supaya aku tahan dan selesa dipakai. Setelah aku dibuat sempurna, aku diletakkan di dalam kotak kecil yang cantik dan berwarna warni. Kemudian, aku bersama kain sejenis ku yang lain dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar untuk diedarkan ke kedai-kedai pakaian di seluruh dunia.

Aku dihantar ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Aku berasa agak kecewa kerana diedarkan di dalam negara sahaja sedangkan aku sebenarnya ingin melancong ke luar negara. Aku berasa cemburu melihat akan kain-kain lain yang dihantar ke pelabuhan untuk dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi, Jepun dan German. Namun aku sedar ini sudah ditakdirkan dan aku harus merelakannya dan bersyukur.

Di pasar raya itu aku dipamerkan di sebuah almari kaca yang berlampu kerana aku adalah kain yang berkualiti dan mahal. Ramai pengunjung suka melihat ku yang cantik tetapi mereka tidak tidak mampu membeli ku. Aku gembira berada di situ kerana tempatnya selesa dan aku dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berkunjung ke pasar raya itu.

Pada suatu hari aku dikunjungi oleh seorang lelaki yang agak berumur. Setelah melihatku seketika, dia bersetuju membeliku dengan harga RM80.00. Aku berasa gementar kerana aku tidak tahu sikap tuan baru ku ini sama ada baik terhadapku nanti atau sebaliknya. Aku dibawa menaiki sebuah kereta buatan Malaysia iaitu Proton Exora. Aku diletakkan di tempat yang selesa dan selamat di dalam kereta itu. Aku sedar tuan ku amat menyayangi ku.

Tiba-tiba tuan aku berhenti di sebuah masjid di tepi sebatang jalan raya. Kemudian, dia membawa ku ke masjid itu. Setelah selesaikan mengambil air sembahyang, tuan memakai ku untuk bersolat. Aku amat gembira kerana inilah kali pertama aku dapat berbakti kepadanya. Lebih bermakna lagi aku digunakan oleh insan untuk bersujud kepada Allah yang Maha Esa.

Kini aku bersyukur kerana mendapat tuan yang baik. Aku berharap tuan aku sentiasa menggunakan aku untuk bersolat dan beribadah hingga ke akhir hayatku.

Autobiografi: Aku Sehelai Baju

Aku sehelai baju.

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.

Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.

Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Fakta: Menjaga KebersihanBina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit

*Mencuci tangan -sabun

*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran

*Memastikan kebersihan -belas -air bersih

*Menutup makanan -lalat

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.

Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialahdapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum jugadapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kitadapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula,kegiatan kokurikulumakan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali,badan kita akan menjadi sihatapabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.Melengkapkan Cerita: Aku dan rakan-rakan menyertai latihan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun

Mulakan cerita dengan: Aku punAku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.

Aku segera menghampirinya untuk bertanya akan puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang bengkak dan lebam. Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. Kaki Alia cuma terseliuh sahaja, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.

Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .

Melengkapkan cerita: Serina Demam PanasTiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....*** *** *** *** ***

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut.Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Manakala, suaminya pula tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....*** *** *** *** ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalananpulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan aku, wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar dari kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Surat Kriman Rasmi: Tidak Dapat Hadir Ke SekolahAnda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut.

Kampung Dada Kering,Kechau,27200 Kuala Lipis,Pahang.___________________________________________________________________

Encik Daud bin Ngah Derani,Guru Kelas Tahun 6 Amanah,Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,27200, Kuala Lipis,Pahang. 14 Mei 2012

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.

2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapamembawa nenek sayake Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.

3. Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah.Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4. Untuk pengetahuan cikgu,saya anak tunggal dalam keluarga saya.Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti.Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Hasifzakwan(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang PerabotPersatuan Alam SekitarSekolah Kebangsaan Seri Tualang,28000 Temerloh,Pahang.___________________________________________________________________

Tuan Pengurus Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,28000 Temerloh,Pahang. 15 April 2012

Tuan,Lawatan Sambil Belajar

Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar ingin memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.2. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk: i. melihat sendiri dengan lebih dekat proses perabot-perabot dihasilkan di kilang. ii. mengetahui jenis-jenis kayu yang sesuai yang sering digunakan untuk membuat perabot. iii. menambah ilmu pengetahuan tentang pembuatan perabot kayu. iv. mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam sekitar.Ini akan membantu kami dalam pelajaran terutama mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Alam Sekitar.3. Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuan amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama dan model yang menarik serta terkini. Selain itu,harganya pula amat berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan.4. Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut: Tarikh : 19 April 2012 Masa : 9.00 pagi Kenderaan : Bas5. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,.....................................(SITI AISHAH BT SAHARI)Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang.

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa

Berikut ini adalah contoh karangan UPSR bagi tajuk " Cara-cara Menghormati Ibu Bapa .. " yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan kita.Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.

Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara mendengarnasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi bimbingandan panduandemi kebaikan kita sendiri.

Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguhagar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementaramereka masih ada.

** Isi-isi bagi karangan jenis ini juga boleh disesuaikan dengan bentuk soalan berikut :Cara-cara menghargai jasa ibu bapaCara-cara membalas jasa ibu bapa

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu BapaIbu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan cara-cara kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya. Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita. Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu. Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

KARANGAN UPSR (catatan) Bercuti Di kampong SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung. Selasa, 1 Julai 2012 Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu. Rabu, 2 Julai 2012 Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.

Khamis, 3 Julai 2012Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak.

Jumaat, 4 Julai 2012 Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.Sabtu, 5 Julai 2012 Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang.

KARANGAN UPSR (CERITA) Tindakan Apabila Rakan Tercedera SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas. Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup.

Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu. Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih. Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.

KARANGAN UPSR (Cerita) : Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan SOALAN : Setiap orang pastinya ada sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan. Contoh Jawapan Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri. Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu. Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dari atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri. Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan. Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

KARANGAN UPSR (SYARAHAN) : FAEDAH MENABUNG

Selamat sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Menabung. Hadirin yang saya hormati, Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan di dalam tabung atau di bank. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil kerana menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara faedah menabung ialah dapat memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Amalan berjimat cermat seperti membawa bekalan air dan makanan ke sekolah membolehkan kita menyimpan baki duit saku yang diberi oleh ibu bapa ke dalam tabung. Ini akan menjadikan kita insan yang berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati. Di samping itu, menabung dapat membantu kita atau keluarga apabila ditimpa kesusahan ataupun di saat kita memerlukan wang. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah ataupun untuk membeli ubat-ubatan di kala kita sakit.. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati. Di samping itu, menabung boleh memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya. Hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya, amalan menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini secara tidak langsung akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan. Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa menabung itu mendatangkan banyak faedah.

Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.