kepentingan kerjaya (subash balan)

16
PENGENALAN Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identity keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989). Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Fadale, 1974). Membuat pemilihan antara pilihan-pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahun-tahun lamanya. Tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada masa

Upload: anndava-subash

Post on 14-Aug-2015

1.885 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

PENGENALAN

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa

puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin.

Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan.

Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada

dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep

kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identity keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan

Siti Nordinar, 1989). Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat

persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiri

dengan pendidikan, mengenali kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu

pilihan. Oleh itu, kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan

pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan

faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan (Fadale, 1974). Membuat pemilihan

antara pilihan-pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahun-tahun

lamanya. Tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat

banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada

masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang

pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan

kerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering menghadapi masalah

dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan tidak dapat

membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya

yang dipilih, kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Masalah-masalah ini berkait rapat dengan kurangnya kematangan kerjaya (Rohany,2003).

Masalah kurang kematangan kerjaya ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar apabila

berada di institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran dan dalam bidang pekerjaan.

Page 2: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah dia menamatkan pelajaran atau

latihannya. Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan, dan

tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu

memilih dan membuat keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang

cetek tentang pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya

yang dipilih dan melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, 1996)

Personaliti pelajar mempunyai pengaruh kepada pemilihan kerjaya pelajar. Seseorang itu

tertarik kepada sesuatu pekerjaan disebabkan personaliti dan beberapa faktor lain yang

terkandung dalam latar.

Menurut Zunker (2006,p.9) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi

pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Omar

Awang(2008,p.1)menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan di dalam

kehidupan seseorang. Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan

diri seseorang individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja

sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Terdapat

pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasi mengikut

bidang masing-masing.Berikut diterangkan perkara tersebut. Pendidikan kerjaya merupakan

program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokus kepada kerjaya.Perkara ini

bermula dari peringkat awal,mungkin pada peringkat rendah dan berlanjutan hinnga ke

peringkat dewasa.pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang

dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran,tetapi pendidikan pendidikan

kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama

ada dari segi peribadi,psikologi,social mahupun ekonomi. Dari sudut lain pula pendidikan

kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi

penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar

Page 3: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan. Pendidikan kerjaya merangkumi semua

usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi,melatih,memberi kaunseling,

dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan.Ia juga memberi

penekanan kepada nilai instrumental semua jenis , pendidikan dalam menolong individu

melibatkan diri, menyumbang dan memenuhi tuntutan sebagai warganegara. Pendidikan ini

mempunyai misi agar setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam konteks

social,individu, dan sistem kerja. Dalam konteks ini amatlah berkait rapat dengan kewajiban

menunutut ilmu bagi memperolehi kerjaya yang cemerlang.Melangkah kealam pekerjaan

bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan ilmu yang cukup untuk meronai

kehidupan di alam pekerjaan ini.Oleh itu pendidikan mula ditekankan di peringkat sekolah lagi

bagi membekalkan murid dengan pengetahuan tentang kerjaya. Pendidikan kerjaya ialah

program pengajaran yang menyeluruh dan tersusun yang membolehkan pelajar memperoleh

ilmu pengetahuan,kemahiran dan atribut-atribut lain bagi membina rancangan peribadi yang

bersesuain dengan dan kebolehan mereka.Pendidikan kerjaya sebahagian daripada proses

pendidikan yang member focus kepada kejayaan penyesuaian diri individu dalam dunia

pekerjaan.Perancangan kerjaya yang terbaik dapat menyediakan individu yang terbaik dalam

duni pekerjaan.Kertas ini akan membincangkankan aspek kerjaya secara lebih teperinci seperti

definisi kerjaya dan pendidikan kerjaya,kepentingan,komponen utama,contoh pelaksanaan dan

cadangan untuk meningkatkan kualiti proram kerjaya dengan lebih effektif. Komponen

pendidkan kerjaya ini perlu dikenalpasti kerana ia akan menentukan kandungan pendidikan

kerjya itu sendiri.Kandungan pendidikan kerjaya dibentuk daripada lima komponen asas yang

penting yang membantu individu berkembang di sepanjang kehidupannya.

KOMPONEN PERTAMA;

MENGENAL POTENSI DIRI.

Page 4: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

Kaunselor akan menerangkan kepada pelajar tentang asas utama dalam pendidikan kerjaya

iaitu mengenal potensi diri.Antara aspek-aspek yang penting dalam menilai kebolehupayaan

diri,kaunselor akan membantu pelajar untuk menjalankan ujian minat kerjaya,ujian ,ujian

personality,dan ujian nilai pekerjaan.Pelajar akan diminta kaunselor untuk menerangkan

tentang cita-cita dan kehendak kerjaya yang mereka ingini di masa hadapan.Kaunselor akan

memantau pencapaian akademik pelajar dan akan menilai sama ada kerjaya yang dicitakan

bersesuian atau tidak dengan pencapaian akademik.

KOMPONEN KEDUA;

PENETAPAN MATLAMAT.

Dalam komponen kedua ini,kaunselor akan meminta pelajar supaya membina matlamat dalam

diri sendiri.Proses pembinaan matlamat ini terbahagi kepada dua iaitu proses mendapat kan

maklumat kerjaya,dalam proses ini kaunselor akan membantu pelajar untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan kerjaya yang bersesuain dengan kemampuan akademik

mereka melalui pengedaran risalah-risalah yang berkaitan dengan kerjaya supaya mereka

mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kerjaya yang dicitakan selepas tamat alam

persekolahan.Proses kedua ialah membuat keputusan kerjaya,iaitu kaunselor akam meminta

pelajar untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan kemampuan diri dan melihat tahap

pencapaian akademik sama ada sesuai atau tidak dipadankan dengan kerjaya yang diingini.

KOMPONEN KETIGA;

MOTIVASI DIRI.

Dalam komponen ketiga,terdapat dua langkah motivasi diri.Pertama,kaunselor akan meminta

pelajar untuk memuhasabah diri untuk member motivasi dalam diri sendiri supaya kerjaya yang

ingin dicapai dapat dihasilkan dengan baik.Dalam hal ini kaunselor akan menerangkan maksud

Page 5: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

motivasi diri,jenis motivasi,formula kejayaan,tabiat berjaya,dan cerita-cerita motivasi yang

sangat mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya individu.Kedua sekiranya pelajar merupakan

seorang pelajar yang cemerlang di sekolah,kaunselor akan meminta mereka berkongsi

kejayaan mereka dengan pelajar lain supaya mereka lebih bermotivasi untuk terus berjaya

mencapai cita-cita yang mereka inginkan dalam hidup.

KOMPONEN KEEMPAT;

TEKNIK ASAS

Dalam komponen keempat,kaunselor akan membantu pelajar untuk berjaya mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting seperti SPM atau STPM yang menjadi

salah satu syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke university.Antara teknik-teknik asas

pembelajaran yang berkesan dipengaruhi oleh teknik membuat nota,teknik mengingat,teknik

menghadapi peperiksaan,pengurusan masa dan teknik mengurus tekanan psikologi.

KOMPONEN KELIMA;

TEKNIK LANJUTAN

Bahagian akhir komponen pendidikan kerjaya yang akan diterangkan oleh kaunselor ialah

teknik lanjutan yang terdiri daripada teknik menghadiri temuduga yang melibatkan proses

sebelum,semasa dan selepas temuduga serta teknik menulis resume yang mengandungi jenis

dan cara menulis resume yang baik untuk rujukan pelajar.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KERJAYA.

Pendidikan kerjaya bertujuan untuk member makna kepada semua pendidikan dengan

menghubungkaitkan kandungan pelajaran dengan dunia pekerjaan. Melalui pendidikan

kerjaya,semua pelajar mestilah meninggalkan sistem persekolahan dengan atribut yang

Page 6: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

menarik kepada bakal majikan atau kebolehan-kebolehan yang boleh digunakan untuk berkerja

sendiri. Sekolah tidak sepatutnya di pertanggungjawab menyediakan pekerjaan,tetapi sekolah

mestilah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap produk pelajar keluaran mereka

memiliki kemahiran yang sesuai ddengan sesuatu pekerjaan . Walaubagaimana pun pendidikan

kerjayaialah satu konsep yang bukan sahaja di tujukan kepada remaja malahan juga kepada

orang dewasa yang berminat untuk mempertingkat kemahiran,mengemas kini pengetahuan dan

jika perlu atau bersesuaian mendapatkan latihan semula untuk pekerjaan yang baru.

Pendidikan kerjaya tidak boleh di anggap sebagai pendidikan akedemik atau vokasional kerana

perkara ini memerlukan kedua duanya untuk menyediakan sikap,pengetahuan, dan kemahiran-

kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan sesuatu kerjaya. Pendidikan awal kanak-

kanak,pendidikan menengah dan pendidikan tinggi adalah tempat dimana remaja dan orang

dewasa boleh memperolehi ilmu yang bersesuaian dengan dunia kerja. Pendidikan kerjaya juga

dapat mengembangkan semangat pelajar untuk terus berusaha mendapat keputusan yang baik

dalam pembelajaran. Hal ini kerana kerjaya yang cemerlang memerlukan kualiti pelajar yang

baik supaya dapat mengimbangi diantara keperluan kerjaya dengan kemahiran pelajar.

Pendidikan kerjaya sepatutnya menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar sejak memasuki

alam persekolahan dan seharusnya mengaitkan pembacaan,penulisan dan pengiraan dalam

pelbagai cara kehidupan dewasa dan mendapatkan sumber pendapatan.selari dengan

perkembangan pelajar melalui pembelajaran di sekolah, kemahiran-kemahiran, pengetahuan

dan sikap yang perlu untuk Berjaya dalam sesuatu kerjaya mestilah ditekan dan diterap dalam

semua matapelajaran di sekolah,bukan semata-mata melalui kelas berasingan yang khusus

untuk mereka yang ingin memulakan kerja. Pendidikan kerjaya tidak seharusnya dilihat secara

sempit, iaitu mengaitkan dengan pekerjaan semata-mata, tetapi seharusnya mampu

mengintegrasikan segala ilmu yang dirperolehi melalui proses pembelajaran kea rah suasana

rumah, komuniti, sekolah dan tempat kerja agar lebih mencabar dan produktif. Pendidikan

kerjaya juga seharusnya mampu menggalakkan individu untuk membuat pemilihan kerjaya

Page 7: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

sementara member makna dan motivasi kepada pembelajaran dan pengalaman.pendidikan ini

juga seharusnya mampu menggalakkan mereka supaya menangguhkan pemilihan kerjaya yang

kekal sehinggalah segala fakta tentang diri dan pekerjaan diperoleh. Pendidikan kerjaya

seharusnya mampu meningkatkan kepentingan sekolah dengan member focus kepada

tanggapan pelajar terhadap kerja dan dirinya sebagai pekerja.pendidikan kerjaya mestilah

mengiktiraf kewujudan kepelbagaian kaedah pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar

dengan lebih baik melalui pengalaman sendiri dan yang lain pula melalui pendekatan yang lebih

teoritikal.berasaskan ini,pendidikan kerjaya seharusnya tidak dihadkan kepada pembelajaran

dalam bilik darjah semata mata.pendidikan kerjaya adalah berkaitan dengan keseluruhan

persekitaran dan pengalaman pembelajaran sejak dari kanak-kanak sehinggalah tahun-tahun

produktif seseorang individu. Pada zaman kanak-kanak,pendidikan kerjaya seharusnya

memberikan kesedaran tentang keadaan dunia pekerjaan di samping kepentingan pekerjaan itu

sendiri dalam sesebuah masyarakat.apabila kanak-kanak bergerak melalui zaman

persekolahan,ia seharusnya memiliki pengetahuan yang lebih mendalam tentang dunia

pekerjaan dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut

apoabila meninggalkan dunia persekolahan.Mereka sepatutnya berkebolehan untuk kembali ke

sekolah pada bila-bila masa sepanjang kehidupannya bagi mempertingkatkan keupayaan

supaya sesuai dengan keperluan kerja yang sentiasa berubah atau untuk memperkeya

keperibadiannya.

PELAKSANAAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH.

Terdapat pelbagai program pendidikan kerjaya yang telah dijalankan di sekolah. Pertama,

sekolah menengah menjalankan program pameran kerjaya. Pameran kerjaya di sekolah telah

diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Perancangan untuk program pameran kerjaya ini

Page 8: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu pelajar sijil pelajaran malaysia

dan sijil tinggi pelajaran malaysia yang lebih mengkhususkan pelajar tingkatan 5 dan 6.

Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang kerjaya dan peluang untuk

melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan.Terdapat banyak badan awam dan swasta

dalam kementerian pengajian tinngi terlibat. Pameran dari pusat pengajian tinggi ini bertujuan

untuk menerangkan kepada pelajar syarat untuk memasuki universiti dan pusat pengajian tinngi

yang lain. Dengan adanya program sedemikian ia dapat menyuntik semangat pelajar untuk

mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang mendatang. Selain itu pelajar yang

lebih berminat kepada bidang kemahiran telah diberi taklimat oleh badan pendidikan kemahiran

seperti Giatmara Pongsu Seribu, institut latihan perindustrian, Kolej komuniti dan lain. Program

kemahiran ini memberi semangat bahawa pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran

juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Program ini juga mendedahkan tentang

jurusan –jurusan yang ada di setiap pusat pengajian tinggi tersebut serta peluang yang bakal

menanti mereka selepas mengikuti proram tersebut. Program ini telah memberi kesan yang

positif terhadap pencapaian akademik sekolah kerana, selepas pelajar mengikuti program

kerjaya ini, mereka lebih bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk

memasuki pusat pengajian tinggi yang mereka kehendaki.

Kedua, Unit Bimbingan Dan Kaunseling juga menjalankan ceramah dan bengkel kerjaya

khas untuk semua pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 6. Pengisian bengkel kerjaya ini telah

menjemput kaunselor dari Sekolah Menengah yang lain untuk menyampaikan motivasi.

Bengkel dimulakaan dengan penerangan terhadap aspek kerjaya dan slot. Kaunselor memberi

gambaran awal tentang bidang kerjaya pilihan yang akan ditempuhi pelajar selepas tamat alam

persekolahan. Selepas itu, kaunselor membahagikan kumpulan dan membuat latihan dalam

kumpulan bagi slot mengenal personaliti dan kerjaya yang sesuai. Kaunselor juga memberi

ceramah untuk memperbaiki kelemahan diri dengan ceramah. Pelajar diberi pemahaman yang

Page 9: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

jelas berkenaan cara-cara menetapkan matlamat hidup dan memuhasabah diri untuk menjadi

lebih baik. Ceramah ini telah memberi suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat untuk

belajar dan menjadi personaliti tertentu selepas tamat persekolahan.

Ketiga, Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah yang bertemakan “CITA-CITAKU”.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu

kategori menengah rendah dan kategori menengah atas. Lukisan dinilai oleh guru pendidikan

seni visual sekolah dan pemenang ditentukan melalui lukisan terbaik. Hadiah kepada

pemenang disampaikan oleh pengetua sekolah pada perhimpunan mingguan sekolah tersebut.

Pertandingan ini bertujuan untuk menyemaikan dalam diri pelajar tentang cita-cita pelajar perlu

ditanam sejak awal lagi bertepatan dengan matlamat unit bimbingan dan kerjaya iaitu berusaha

berusaha membantu pelajar untuk mencapai cita-cita murni mereka. Pertandingan ini mendapat

sambutan yang menggalakkan dari pelajar.

Keempat, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, menjalankan Program Pemantapan Kerjaya

yang dikenali sebagai program “Masih Ada Yang Sayang”. Program ini memfokuskan pelajar

yang bermasalah di sekolah berpandukan buku rekod pemantauan sekolah. Program ini

bertujuan untuk membentuk tingkahlaku pelajar bermasalah ini kepada yang lebih baik. Guru

kaunselor menerangkan tentang peluang pekerjaan yang berkaitan unit awam seperti kerjaya

sebagai pegawai polis,pegawai tentera, pegawai bomba dan lain –lain unit keselamatan sera

bagaimana untuk menyertai pasukan tersebut dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.

Program ini amat berkesan, setelah mendapat respon positif daripada pelajar yang banyak ingin

memilih berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara. Program ini diadakan di dewan

sekolah tersebut yang disertai oleh badan disiplin dan badan kaunseling sekolah.

CADANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH.

Page 10: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

Terdapat beberapa cadangan yang agak sesuai untuk menambahkan keberkesanan yang lebih

menyeluruh terhadap program kerjaya di sekolah antaranya ialah; Pertama, Program

Pendidikan Kerjaya perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah lagi dan tidak hanya

tertumpu kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Hal ini bertujuan untuk memberi maklumat

tentang kerjaya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini akan lebih memudahkan

pembentukan terhadap pelajar di peringkat menengah kerana mereka sudah mempunyai asas

di peringkat rendah.

Kedua, pengajaran subjek kerjaya sebagai subjek teras dalam kokurikulum. Pelajar

diwajibkan mengikuti kelas kerjaya pada setiap kali program kokurikulum. Ianya perlu dijalankan

di setiap kali program kokurikulum dijalankan pada jangka masa tertentu. Subjek ini boleh

dikelolakan oleh Unit Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah yang dipandu oleh kaunselor

sekolah dalam satu sesi kerjaya ringkas sebelum memulakan aktiviti kokurikulum. Selain itu

juga penubuhan kelab kerjaya juga diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program

kerjaya di sekolah. Kelab ini perlu sentiasa peka terhadap sumber-sumber kerjaya yang

sediada dan yang terkini untuk disampaikan kepada semua pelajar. Kelab ini boleh di anggap

sebagai media kepada pelajar untuk mengetahui tentang hal-hal kerjaya.

Ketiga, Menubuhkan makmal kerjaya di setiap sekolah. Makmal kerjaya ini perlu

disediakan dengan kelengakapan yang lengkap untuk membantu pelajar dalam bidang kerjaya

seperti dipenuhi maklumat-maklumat kerjaya, terdapat borang penilaian personaliti yang dapat

membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai, dan terdapat seorang penjaga makmal yang

mahir tentang ilmu kerjaya untuk membantu pelajar yang menggunakan makmal tersebut.

Page 11: KEPENTINGAN KERJAYA (SUBASH BALAN)

PENUTUP

Pendidikan kerjaya adalah sangat penting kerana bermatlamat untuk merangsang dan

menggalakkan individu dalam mencari maklumat, memproses maklumat dan mengintegrasikan

maklumat. Pendidikan kerjaya juga mampu mempertingkatkan keupayaan individu dalam

membuat keputusan, memberi alternatif untuk membuat tindakan melalui program yang

terancang bagi melengkapkan individu dengan kemahiran-kemahiran yang berguna untuk

memulakan sesuatu kerjaya. Pendidikan kerjaya juga berperanan memberi maklumat yang

berterusan, membuat keputusan dan tindakan melalui latihan semula dan peningkatan

kemahiran.Umumnya,pandidikan kerjaya sama penting dengan bimbingan kerjaya dan

kaunseling kerjaya. Dengan memiliki pendidikan dalam bidang kerjaya, ia akan dapat

memudahkan pelajar lebih bersedia untuk menerokai bidang kerjaya. Pendidikan kerjaya amat

penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat memaksimakan potensi

diri di tahap yang optima berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki. Oleh itu, pendidikan

dari hari ke hari akan meningkat keperluannya dalam diri setiap individu, jesteru itu seharunya

kita bersama-sama sentiasa memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan

yang positif.