kepelbagaian pelajar

8
1.0 Pengenalan Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.[wp-like-locker] Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas. 1.1 Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru: Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu. Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami iaitu: 1. Pelajar visual: (belajar dengan melihat) 1. Huruf atau perkataan 2. Benda, gambar atau gambar rajah 3. Demostrasi, tindakan atau lakonan b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap) 1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain 2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan 3. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu): 1. Menulis atau melukis sesuatu 2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa

Upload: mimi-hamimi

Post on 19-Jan-2016

515 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: kepelbagaian pelajar

1.0 Pengenalan

            Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas  kerana setiap individu adalah unik

dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun  bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan

individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi,

fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu

kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di

dalam kelas.[wp-like-locker]

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan

ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu

kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian

pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar

yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan

persekitaran.

            Sebagai seorang guru, adalah penting untuk  mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar  atau

komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar,

bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah

berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada

gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya

pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat

dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama,

latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan

menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil

pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya

pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih

berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud didalam

sesebuah kelas.

1.1 Gaya pembelajaran pelajar   yang perlu diketahui oleh guru:

Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses  pengajaran dan

pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar

dengan ilmu.  Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh

pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami  iaitu:

1. Pelajar visual: (belajar dengan melihat)

1. Huruf atau perkataan

2. Benda, gambar atau gambar rajah

3. Demostrasi, tindakan atau lakonan

b.      Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)

1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain

2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

3. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu):

1. Menulis atau melukis sesuatu

2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi

semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan

kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian,

kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan

unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:

1)      Alam sekitar

      (cerah -kelab; bunyi seperti muzik – sunyi; formal – tidak formal; panas – sejuk)

2)      Emosi

( berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi – tidak bermotivasi)

Page 2: kepelbagaian pelajar

3)      Sosiologi

( Ingin belajar bersendirian – dalam pasangan/kumpulan)

4)      Fizikal

(auditori; visual;

tekstual mobiliti tinggi – kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif – reflektif; global -analitik).

2.0 Analisis artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction by Carol Ann Tomlinson

Artikel yang dipilih ini bertajuk ‘Mapping a Route toward Differentiated Instruction”. Artikel ini ditulis oleh Carol Ann

Tomlinson dan dihasilkan pada tahun 1999. Beliau merupakan seorang Professor dari Universiti Virginia, Charlottsville dan beliau

juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di universiti tersebut.

Artikel dalam kajian ini menekankan tentang kepentingan mengaplikasikan kepelbagaian kurikulum (differentiated

curriculum) dan kepelbagaian cara atau arahan (differentiated instruction) dalam sesi pengajaran dan pengajaran supaya hasil

pembelajaran dapat diperolehi dan prestasi pembelajaran dapat dipertingkatkan.

Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P;) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses P&P; mencapai objektif pembelajaran dengan memberikan tiga situasi

pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau menerangkan satu persatu cara P&P; yang

diambil oleh tiga guru tersebut dan kemudiannya, membuat perbandingan antara satu sama lain.

Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh

tiga guru yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat dengan jelas perbezaan cara P&P;

yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat

menarik perhatian pelajar dan seterusnya perlu ditekankan dalam supaya proses P&P; mencapai objektifnya.

Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan proses P&P; beliau dengan

mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk

menjawab soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal semasa peperiksaan. Daripada

senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama ini lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar

semata-mata. Guru tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau. Walaupun guru

tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa adanya

konsep kepelbagaian samada kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran

tersebut tidak akan tercapai.

Dalam senario kelas kedua, iaitu dalam kelas Mrs Baker, beliau mengajak pelajar untuk terlibat dalam perbincangan,

kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran tersendiri dalam sesi P&P.;

Beliau juga membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang-orang Rom terdahulu dengan

membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang perundangan dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian

pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi P&P.; Di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs Baker menggunakan

cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan daripada Mr Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik

beratkan dalam bilik darjah beliau. Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain arahan dalam sesi

pembelajaran tetapi apa yang kita boleh lihat disini ialah, beliau lebih menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan

kepada pelajar dan bukan kepada penekanan konsep “curriculum differentiated” dan “differentiated instruction”. Oleh itu, guru ini

juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal mengaplikasikan konsep kepelbagaian.

Manakala, guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian pelajar dalam sesi P&P; beliau. Beliau

bijak mencari dan mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang

berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti

perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan,

daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses P&P; lebih menarik. Beliau juga bijak untuk

mengolah isi pelajaran dengan membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajar-pelajar

tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau

memberikan penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran

seperti ini, proses P&P; akan mencapai objektif pembelajarnnya.

Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya akan tercapai sekiranya

penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat

penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses P&P; berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap

pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat

Page 3: kepelbagaian pelajar

tersebut dan berusaha untuk mempel

bagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.

Kesimpulannya, kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai kebijaksanaan

seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan penyelesaiannya dengan menggunakan kepelbagaian cara

pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini supaya, pelajar terlibat secara aktif dalam proses P&P; dan tahap

kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. 

3.0 Corak dan Gaya Pengajaran dan Pembelajaran  

Dalam artikel yang ditulis oleh Carol Ann Tomlinson, terdapat beberapa corak dan gaya Pengajaran & Pembelajaran

(P&P;) yang berlainan digunakan dalam tiga konteks dalam bilik darjah yang berbeza. Dalam bab ini, analisis melihat secara

terperinci tentang corak-corak dan juga gaya-gaya P&P; yang dijalankan oleh tiga orang guru yang berbeza ditonjolkan dalam

artikel yang dipilih serta melihat pro dan kontra setiap corak dan gaya yang digunakan dalam kurikulum atau rangka pengajaran

yang disediakan mengikut setiap guru-guru di dalam artikal ini.  Situasi atau senario yang diberi dalam artikel ini adalah berkaitan

dengan corak dan gaya pengajaran tiga orang guru iaitu; Mr Appleton, Mrs Baker dan Ms Cassell

3.1 Dari Konteks Mr Appleton

 Pertama sekali, analisis akan dijalankan kepada kelas Mr Appleton. Mr Appleton yang merupakan guru yang mengajar

mata pelajaran sejarah dan dalam kes ini, Mr Appleton sedang mengajar tentang sejarah Roma. Dalam pemerhatian yang

dijalankan, didapati bahawa Mr Appleton menggunakan kaedah P&P; yang berpusatkan kepada guru atau pun lebih dikenali

sebagai ’teacher-oriented’. Ini bermakna Mr Appleton merupakan guru yang akan menyediakan semua data-data yang akan

disampaikan kepada para pelajar menggunakan alat bantu mengajar seperti powerpoint presentation. Dalam senario yang diberi,

didapati bahawa Mr Appleton mencadangkan kepada para pelajar untuk mencatat nota sementara dia memberi penerangan dan

mengarahkan mereka menjawab soalan di akhir bab yang diajar. Mr Appleton juga turut memberikan kuiz berdasarkan teks dan

nota mereka serta menyediakan senarai tentang apa yang perlu para pelajar baca untuk kuiz tersebut.

            Daripada corak dan gaya P&P; Mr Appleton yang diterangkan di atas, ianya jelas bahawa pembelajaran yang diterima oleh

para pelajar, kurang berkesan. Analisis menunjukkan bahawa, sepanjang proses P&P; berjalan dalam bilik darjah Mr Appleton, para

pelajar tidak dilibatkan sama sekali. Dalam erti kata lain, Mr Appleton tidak memberi peluang para pelajar untuk menyuarakan

pendapat, mengutarakan soalan dan sebagainya. Semua fakta-fakta dalam topik tersebut memang disampaikan dalam kelas tapi

pembelajaran yang bermakna tidak wujud. Para pelajar cuma duduk diam dan melihat ke hadapan serta menyalin nota namun

sebarang perbincangan atau soalan yang menjana pemikiran tidak berlaku dalam proses P&P; yang dijalankan oleh Mr Appleton.

Corak dan gaya P&P; Mr Appleton juga tidak menitik beratkan tentang kepelbagaian pelajar yang mungkin wujud di dalam bilik

darjah seakan-akan semua individu di dalam kelas tersebut adalah sama. Ada kebaikan tentang cara Mr Appleton dalam

memberikan tip atau garis panduan untuk membuat persiapan menjawab soalan kuiz pada masa akan datang. Namun begitu,

secara keseluruhan, para pelajar tidak mendapat ilmu itu sepenuhnya dan mereka hanya akan membaca untuk menjawab soalan

dan bukan untuk pemahaman mereka.

3.2 Dari Konteks Mrs Baker

            Situasi atau senario kedua akan melihat kepada bilik darjah Mrs Baker. Mrs Baker ialah seorang lagi guru yang mempunyai

corak dan gaya P&P; yang berbeza. Mrs Baker juga ialah seorang guru sejarah yang turut mengajar topik sejarah Roma seperti Mr

Appleton. Namun begitu, kedua-dua mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan ilmu dalam kelas

mereka. Mrs Baker menyediakan para pelajarnya dengan pelan perancangan grafik yang akan membantu dalam proses

pembelajaran mereka. Pelan perancangan grafik ini adalah untuk para pelajar mengisikan pelan tersebut semasa membaca teks

mereka untuk memastikan mereka dapat merekodkan semua isi-isi penting dalam topik yang sedang mereka pelajari. Mrs Baker

mennyampaikan gambar-gambar tentang sejarah Roma dan menerangkan para pelajar tentang kepentingan Roma dalam

membentuk peradaban bahasa, seni dan undang-undang mereka. Sebagai susulan daripada P&P; yang disampaikan, Mrs Baker

mencadangkan agar mereka berpakaian Togas dan membawa makanan Roma, menonton filem yang berunsurkan empayar Roma,

bercerita tentang hiburan orang-orang Roma dan sebagainya. Untuk projek pula, Mrs Bakers menyediakan 10 topik seperti baju

atau fesyen orang Roma, simbol, menulis puisi tentang Roma serta topik yang dicadangkan oleh para pelajar dan sebagainya.

            Mrs Baker ialah seorang pendidik yang mahukan pembelajaran menjadi sesuatu yang seronok dan menghiburkan. Dalam

konteks ini, tidak salah jika seorang guru itu ingin menjadikan proses P&P; itu sesuatu yang bersifat mesra dan berpusatkan pada

pelajar, masalah utama yang wujud ialah proses P&P; kurang berkesan dari segi fakta atau input utama yang ingin disampaikan.

Mrs Baker menyampaikan maklumat yang ada namun bukan ke tahap yang diharapkan. Proses pengajara

n haruslah menekan kepada fakta dan bukannya kepada kreativiti para pelajar dalam membuat poster, memakai pakaian toga dan

merasa makanan orang Roma zaman dahulu. Sebagai pengetahuan sampingan mungkin ini adalah relevan, namun isi utama topik

Page 4: kepelbagaian pelajar

itu tidak disampaikan secara baik kepada pelajar. Kemahiran kreativiti dan cakupan topik sepatutnya diseimbangkan dalam bilik

darjah untuk menghasilkan pembelajaran bermakna.

3.3 Dari Konteks Ms Cassell

Ms Cassell merupakan seorang lagi guru yang dianalisis dalam artikel yang dipilih. Corak dan gaya penyampaiannya

begitu berbeza sekali daripada Mr Appleton dan Mrs Baker. Ms Cassel adalah seorang guru yang mementingkan fakta-fakta dalam

pengajarannya dalam bilik darjah. Oleh itu, Ms Cassell menyediakan set konsep-konsep utama dalam topik-topik yang ingin diajar

olehnya kepada para pelajarnya. Set konsep-konsep ini mudah dan membantu para pelajar dalam merancang, mengatur dan

menyimpan fakta dalam apa yang telah mereka pelajari. Dalam setiap topik-topik yang diajar, Ms Cassell telah menyenaraikan

perkara-perkara yang perlu disampaikan kepada para pelajarnya dan juga kemahiran-kemahiran yang perlu dijana oleh dirinya dan

juga para pelajar sepanjang proses P&P; untuk membantu dirinya dan juga para pelajarnya membuat persiapan. Mr Cassell juga

telah menyediakan set-set soalan yang akan membantu para pelajarnya dalam berfikiran kritikal untuk proses memahami apa yang

disampaikan dalam kelas. Ms Cassell akan mengubahsuai set-set konsep dan fakta serta apa yang ingin disampaikan dalam kelas

mengikut kepelbagaian para pelajarnya selaras dengan masa. Perancangan rangka pengajaran yang telah dibuat oleh Ms Cassell

mempersiapkan para pelajar untuk memahami konsep-konsep penting dalam sejarah Roma. Mereka digalakkan mencari sendiri

konsep-konsep tersebut untuk membantu mereka menghafal dan memahami dengan lebih berkesan. Tarikh dan konsep fakta

mengikut kronologi amat penting dalam mata pelajaran sejarah dan ini merupakan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam corak

dan gaya P&P; Ms Cassell.

            Analisis mendapati bahawa corak dan gaya P&P; Ms Cassell adalah yang paling berkesan sekali berbanding Mr Appleton

dan Mrs Baker. Penegasan terhadap ’pembelajaran bermakna’ ditonjolkan dalam rangka pengajaran Ms Cassell. Sejarah

merupakan subjek yang amat mementingkan fakta dan pelajar ditekankan untuk memahami konsep serta penghafalan isi-isi

penting. Ms Cassell telah menyenaraikan kesemua konsep-konsep penting dalam topik-topik yang perlu disampaikan kepada para

pelajar. Namun begitu, Ms Cassell tidak memberikan konsep-konsep itu kepada pelajar secara bulat-bulat. Ms Cassell

mengarahkan mereka untuk mencari konsep-konsep tersebut sendiri untuk membantu mereka menghafal dan pada masa yang

sama memahami isi penting dalam konsep-konsep tersebut. Rangka pengajaran P&P; Ms Cassell juga tidak tetap dan boleh

berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa Ms Cassell sentiasa berinovasi dan merancang selaras dengan kepelbagaian pelajar di

dalam kelasnya. Selain daripada itu, Ms Cassell juga akan bertanya soalan yang menjana pemikiran kreatif, contohnya seperti

’Bagaimana perbezaan hidup dan budaya anda sekiranya anda tinggal di tempat dan zaman lain?’ dan soalan seperti ini, akan

membuka ruang untuk para pelajar mengaplikasi dan berpeluang untuk menjana kreativiti sendiri.

4.0 Perbezaan Strategi Pengajaran &Pembelajaran;

            Terdahulu telah dinyatakan bahawa setiap guru mempunyai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran tersendiri.

Masing-masing berusaha untuk menghubungkan pengetahuan kepada pelajar, berusaha untuk menjadikan suasana pembelajaran

lebih bermakna seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan artikel Mapping a Route Toward Differentiated

Instruction, Carol telah memberikan beberapa cara berbeza yang  telah diguna pakai oleh tiga orang guru bagi subjek yang sama

iaitu subjek Sejarah- Empayar Rom.

4.1  Bilik Darjah Pertama – Mr. Appleton

Mr. Appleton lebih berorientasikan kepada kaedah deduktif. Hal ini kerana beliau lebih gemar memberi penerangan dan

memberikan idea-idea dankonsep yang perlu diketahui oleh pelajar bagi menguasai subjek ini. Kaedah deduktif yang digunakan

oleh Mr. Appleton akan memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal pengajaran. Para pelajar akan dibimbing

supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan. Selain daripada itu juga, jelas dapat diperhatikan Mr.Appleton lebih

berorientasikan kepada mengingat fakta dan menghadapi peperiksaan bukan untuk menjadikan P&P; lebih bermakna dan diingati.

Dalam aspek ini faktor kefahaman pelajar adalah tidak penting melainkan fokus kepada peperiksaan semata-mata dan mengingat

fakta.

Pengajaran Mr. Appleton juga jelas berorientasikan kelas dan secara menyeluruh. Hal ini jelas dinyatakan oleh Carol bahawa

sepanjang masa Mr. Appleton lebih banyak berhujah, menerang dan bercakap dari membiarkan pelajar-pelajar bercakap dan

mengutarakan pendapat sendiri. Dalam kaedah ini, Mr. Appleton lebih banyak menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada

kelas,isi pelajaran,masa dan latihan yang sama.

Ciri-ciri bilik darjah tradisi adalah ketara sewaktu Mr. Appleton mengendalikan kelas. Antaranya ialah:

i)                    Pelajar-pelajar akan membaca buku teks dan mencatat nota

ii)                   Menjawab soalan yang telah disediakan pada akhir bab dalam buku teks

iii)                 Menjawab soalan bersama-sama pada keesokan harinya

iv)                 Mencatit nota yang telah diberikan dan menjawab kuiz

Page 5: kepelbagaian pelajar

v)                  Memberikan senarai semak peperiksaan sebelum peperiksaan berlansung

Hal ini membataskan interaksi serta potensi pelajar-pelajar didalam kelas dan dilihat bersifat komunikasi sehala iaitu

berpusatkan guru. Setiap aktiviti dan soal jawab diadakan secara kelas atau menyeluruh menyebabkan aktiviti pengayaan dan

pemulihan sukar dijalankan. Malahan penggunaan ABM juga adalah minimum dan interaksi antara pelajar dan bahan juga

minimum.

4.2  Bilik Darjah Kedua – Mrs Baker

Bagi kelas Mrs Baker, suasana pembelajaran adalah lebih selesa dan wujud komunikasi dua hala antara pelajar dengan

pelajar dan pelajar dengan guru. Hal ini dapat diperhatikan apabila beliau banyak menyusun aktiviti yang membantu para pelajar

memahami serta memperkembangkan potensi masing-masing. Mrs. Baker menerapkan 4 teknik atau kaedah pengajaran didalam

kelasnya iaitu:

Kaedah/ Teknik Aktiviti

a) Koperatif dan Kolaboratif

- membuat catatan dalam organizer, berpakaian seperti

zaman Rom, bawa makanan,

b) Tugasan/Projek

- Menyediakan 10 jenis projek iaitu mencipta poster,

menyenaraikan kepentingan dewa dewi serta

kepentingannya, mencipta brochure, menulis puisi, rekaan

pakaian,binaan model bangunan,memakaikan anak patung

dengan pakaian Rom, dan melakar peta empayar jajahan

Rom.

c) Simulasi

- Membawa minda pelajar ke zaman berkenaan

- Membawa tradisi dan kebudayaan Rom dalam kelas

d) Perbincangan

- Pelajar mengemukakan pendapat

- Pelajar memberi topik tambahan berkenaan tugasan

Berdasarkan kaedah dan teknik pendekatan dari Mrs. Baker lebih berorientasikan kepada pemusatan pelajar. Pelajar

digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Pelajar diperuntukkan masa yang banyak untuk meneroka dan

menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru selaku fasilitator. Corak komunikasi juga lebih aktif  kerana guru

mengamalkan kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta melontarkan pendapat. Namun begitu aktiviti penerapan

P&P; tidak mempunyai matlamat yang jelas malahan kesuluruhan aktiviti telah ditetapkan dan tidak menjana pemikiran kritis dan

kreatif para pelajar. Selain itu juga, didapati beliau turut mengandaikan bahawa pelajar-pelajarnya adalah sama dari aspek

kefahaman dan minat. Pembelajaran yang diutarakan juga hanyalah sekadar aktiviti dan tidak menggalakkan pelajar berfikir secara

logik berdasarkan realiti kehidupan sebenar.

4.3  Bilik Darjah Ketiga – Ms. Cassell

Bilik darjah Ms. Cassell dilihat lebih berkesan dan meninggalkan impak yang mendalam kepada pelajar. Beliau lebih

menekankan kepada pembelajaran yang bermakna disamping aktiviti yang boleh memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh. Beliau bertindak sebagai perancang yang menggerak dan menghidupkan suasana dalam bilik darjah bagi tujuan P&P.;

Selain itu beliau turut bertindak sebagai pengurus yang bijak mengendali sumber yang ada dalam bilik darjah dan menepati

kurikulum yang sedia ada. Disamping itu juga beliau bertindak sebagai pengelola yang mengelola aktiviti, sumber dan penilaian

secara analitikal serta memahami kepelbagaian yang wujud dalam kelasnya. Beliau bijak mengawal situasi serta menjadikan P&P;

sesuatu yang bermakna.

Selain itu juga,Ms. Cassell telah menerapkan tiga teknik dalam aktiviti P&P; bagi subjek Sejarah iaitu:

a) Eklektik

     -     Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif yang lebih

            seimbang, sesuai dan berkesan.

                                b)  Penyebatian/Infusion

                                      -   mengintegrasikan beberapa kemahiran iaitu  menganalisis, mentafsir, 

                                           menaakul dan memahami seterusnya mencapai objektif

                                  c)  Pembelajaran Masteri

                                        -     memastikan pelajar-pelajar  menguasai topik dan percaya dengan

                                               kebolehan setiap pelajar.

 Secara keseluruhannya Ms. Cassell memusatkan proses P&P; lebih kepada pelajar dan tidak hanya kepada guru. Beliau

membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam setiap aktiviti yang telah disediakan. Selain itu juga, beliau turut

berusaha memenuhi keperluan yang mempunyai pelbagai kebolehan yang mampu mempertingkatkan tahap pencapaian mereka.

Page 6: kepelbagaian pelajar

Ms. Cassell telah meluangkan masa beliau dengan memahami dan berusaha menghubungkan pelajar-pelajar dengan ilmu

pengetahuan dan bukannya mengisi tempayan yang kosong.

5.0 Aplikasi dan kesesuaian dalam kontek Malaysia

‘Mapping a Route Toward Differentiated Intruction’ oleh Carol Ann Tomlinson menekankan tentang kepentingan

mengetahui apa yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran tersebut. Beliau memberikan 3

situasi di mana situasi yang pertama iaitu kelas Mr. Appleton merupakan situasi yang biasa dilihat di sekolah di Malaysia.

Mr. Appleton menekankan tentang mengingati fakta iaitu ‘fact-based curriculum’ di mana beliau hanya menekankan

tentang fakta, bukan kata kunci, konsep atau perkara lain yang membolehkan pelajar berfikir di luar kotak. Murid sekadar

mengingati fakta untuk menghadapi peperiksaan kelak tetapi dalam masa yang sama, murid sebenarnya tidak memahami dan

mengetahui apa sebenarnya yang perlu mereka belajar. Lulus dalam peperiksaan menjadi peransang untuk mereka ‘belajar’.

Situasi pembelajaran di Malaysia secara realiti sebenarnya sangat menitikberatkan jumlah ‘A’ yang didapati di dalam

peperiksaan. Guru-guru di sekolah berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dan menekankan aspek latihan

(latihtubi) yang banyak supaya murid dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan. Ibu bapa di rumah juga sanggup

menghabiskan wang supaya anak mereka dihantar ke pusat-pusat tusyen swasta supaya anak mereka akan dapat mencapai

keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan peringkat pusat.

Namun begitu, salah satu teras di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan  (PIPP) adalah membangunkan modal

insan. Ini bermakna, murid tidak lagi wajar diberikan semua maklumat oleh guru tanpa mereka sendiri cari ataupun ‘spoonfeed’ di

dalam kelas. Murid perlu berusaha keras untuk mendapat pengetahuan yang diperlukan tanpa mengharapkan kepada guru 100%.

Guru  pula bertindak sebagai pembimbing, pemberi motivasi dan pengawas di dalam kelas iaitu kelas yang tidak lagi

berorientasikan guru tetapi berorientasikan murid. Ini akan dapat mewujudkan generasi yang mempunyai jati diri yang kukuh,

berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020  kerana

telah dilatih di dalam sekolah lagi untuk berfikir di luar kotak ( think out of the box) dan tidak takut untuk menghadapi cabaran atau

kegagalan. Mereka akan bangkit semula dan mencuba lagi sehingga berjaya.

Di sinilah pembelajaran secara aktif berlaku. Murid akan terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

(P&P;) iaitu mencapai syarat yang dikemukakan oleh penulis untuk pengajaran yang berkesan. Dua syarat yang diperlukan ialah

kefahaman murid dan penglibatan murid di

dalam aktiviti di dalam kelas. Penggunaan ‘chalk and talk’ semata-mata tidak lagi sesuai diadakan di dalam kelas kerana

pencurahan fakta dan konsep semata-mata kepada murid akan hanya mengganggu proses pembelajaran. Kaedah pengajaran

berasaskan guru akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak begitu mengambil berat akan apa yang diterangkan oleh guru,

berbanding dengan pengajaran yang berasaskan oleh murid di mana murid akan bergerak dan berfikir secara aktif di dalam

menyelesaikan sesuatu tugasan.

Kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah kelas juga memberi peranan terhadap jenis aktiviti yang akan dilakukan di

dalam kelas. Walaupun murid telahpun dibahagikan mengikut tahap intelektual mereka berdasarkan keputusan peperiksaan akhir

tahun tingkatan sebelumnya tetapi masih juga ada perbezaan di antara murid-murid di dalam kelas. Golongan pelajar yang terdiri

daripada pelajar yang bijak, pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah perlu diambil kira oleh guru sebelum merancang

sesuatu aktiviti. Kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence) sepertimana yang dikemukakan oleh Howard Gardner juga perlu

diberi perhatian. Disinilah bermulanya episod di mana guru perlu bijak mengaplikasi pengetahuan dan mengapdatasi apa jua yang

boleh dimanipulasikan supaya apa yang dirancang sepadan dengan kemahiran dan tahap murid. Guru tidak hanya menitikberatkan

jenis aktiviti yang diadakan tetapi juga perlu memikirkan persoalan adakah aktiviti tersebut memberikan manfaat kepada murid.

Justeru, apa yang diperkatakan oleh penulis di akhir penulisan beliau iaitu ‘Differentiation is not much the “stuff” as the

“how”. If the ”stuff” is ill conceived, the “how” is doomed’ perlu diambil kira. Seperti yang ditekankan tadi, di dalam kelas terdapat

pelbagai jenis murid yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Guru perlu menganggap murid sebagai perseorangan (individual)

yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kepelbagaian kaedah pengajaran dapat juga menarik minat murid untuk belajar dan

mengelakkan mereka berasa bosan di dalam kelas dan seterusnya menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Maka, guru perlu bijak mengkategorikan murid berdasarkan kebolehan mereka dan menjalankan aktiviti yang

bersesuaian dengan tahap mereka. Perjalanan bagi aktiviti terbabit juga perlulah dirancang dengan teliti kerana kegagalan murid

untuk memahami objektif pembelajaran akan memberi kesan kepada kelancaran di dalam kelas. Guru perlulah sentiasa

memastikan murid mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan dan dipelajari.

Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam kelas di Malaysia, bukan

sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Demi

mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah hendaklah berani menyahut cabaran dengan

mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka.

Page 7: kepelbagaian pelajar

6.0 Penutup

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu guru dalam

menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha

untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta

gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang

wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-

pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan

kepada peperiksaan semata-mata.

Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar

tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam

sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar

belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga,

kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat

pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Bibliografi

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Malaysia

Mel Silberman (1996) Active Learning: 101 Strategies to Teach Any Subject. United States of America : Pearson Education Inc.

Bryan Coombs (1995) Successful Teaching. Oxford: Heinmann Publisher (Oxford) Ltd.Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. & Distributors Sdn. Bhd.

Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd

Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia, pada Disember 17, 2009

Diambil dari http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu, pada Disember 17,2009

Diambil dari http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf, pada Disember 17,2009

http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html