kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru

Upload: mansor2012

Post on 10-Mar-2016

321 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kepentingan kaedah pengajaran

TRANSCRIPT

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri . Dalam penulisan ini, pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam proses P & P di bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula adalah kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan berguna iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994). Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan . Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan khusus pelajar lemah.

Penggunaan Keratan Akhbar dalam PengajaranSatu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar disandarkan kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:i. merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.ii. menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.iii. membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.iv. menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.v. Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.vi. menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.vii. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu mengajar berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasiyang terkeluar daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk belajar.

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada awal tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada setiap hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas.

Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai latihan sebelum mereka diuji untuk PLBS.

Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akanmeminta pelajar tampil ke hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut.

Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap. Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun (365 buah keratan akhbar).

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.Kerja Kumpulan Membina Soalan Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini memerlukan kreativiti dan mencabar minda pelajar.Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan itu benar-benar memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda.

Menelaah teks komsas untuk aktiviti membina soalan Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan. Pengalaman di bilik darjah mendapati pelajar mampu membina soalan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan. Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula diadakan. Guru akan mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan soalan kuiz dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat mencungkil kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka yang soalan mereka tidak terpilih akan berusaha pada sesi pembelajaran lain supaya soalan yang dibina akan terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini akan mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat kerana masing-masing pelajar bersaing antara satu sama lain membina soalan yang berkualiti untuk dipilih sebagai soalan kuiz.

Kaedah Hafalan Sifir Bahasa Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar lemah dalam aspek ini, kaedah hafalan boleh diperkenalkan.Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik, mempunyai kaitan dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat. Dalam penulisan, penggunaan kata sendi nama dan kata hubung banyak digunakan. Maka, pelajar mesti cekap dalam kedua-dua penggunaan kata itu bagi menghasilkan penulisan yang baik, terutamanya dari segi penggunaan kata dalam ayat. Kata sendi dan kata hubung biasa sangat digunakan dalam penulisan sebagai perangkai kata atau penanda wacana. Perangkai kata digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan, ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Sekiranya pelajar tidak menguasai perangkai-perangkai kata itu, sukar untuk mereka menggunakannya dalam penulisan.Semua guru bahasa akan mengajarkan golongan kata yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, tetapi kerap kali pelajar lupa akan fungsi kata bagi setiap kata atau bertukar antara satu sama lain. Contohnya, antara sendi nama dari dan daripada. Berdasarkan pengalaman penulis, diperhatikan bahawa pelajar kerap bertukar antara kedua-duanyanya. Contohnya; 1) *Ahmad menerima surat dari kawannya. 2) *Dia tinggal tidak jauh daripada rumah ibunya.

Kedua-dua perkataan sendi nama di atas telah disalahgunakan. Ayat (1) sepatutnya menggunakan kata sendi daripada manakala bagi ayat (2), kata sendi yang betul ialah dari. Hal itu berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak benar-benar faham akan fungsi atau penggunaan kata sendi berkenaan. Kata sendi dari hanya boleh digunakan untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi daripada pula digunakan untuk hal-hal lain, seperti orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku inilah memerlukan suatu perkaedahan dalam pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah, salah satunya melalui aktiviti sifir bahasa.

Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

1) Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini digunakan untuk mengajarkan kesemua jenis golongan kata.2) Fokus diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebihdahulu kerana kedua-dua kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau perangkai kata. Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.3) Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta dengan fungsi atau cara penggunaannya untuk dihafal di rumah.4) Semasa di bilik darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10 minit pertama sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan fungsi kata sendi nama atau kata hubung.5) Pelajar yang tidak berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja rumah. Pelajar dikehendaki merujuk kepada lima katasendi nama atau kata hubung dengan menyatakan fungsi setiap kata tersebut.6) Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik darjah hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.7) Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan sebagai aktiviti seperti sebelumnya.8) Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua golongankata telah dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar.

Kaedah ini sangat berfaedah kepada pelajar. Suasana yang menyeronok di bilik darjah dengan sedikit `tekanan (denda) dapat membantu pelajar menguasai tatabahasa, terutama golongan kata. Dengan menggunakan sifir bahasa pelajar akan bersedia sebelum memulakan sesi pembelajaran. Lebih daripada itu, aktiviti ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Mereka akan membuat hafalan sebagaimana mereka menghafal sifir (kalian) untuk matematik.

Aktiviti Minda Kreatif

Kreativiti pelajar dapat dicungkil seandainya guru bijak menjalankan aktiviti yang boleh merangsang minda pelajar. Kadang-kadang pengajaran dan pembelajaran secara biasa tidak mampu menajamkan kreativiti pelajar.

Pelajar yang dikategorikan sebagai remaja merupakan golongan yang mempunyai tingkat sensitiviti yang tinggi. Sensitiviti yang ada pada para remaja membolehkan mereka mengungkapkan kata-kata yang menghasilkan pelahiran perasaan dan membangkitkan rasa keindahan bahasa. Kalangan pelajar atauremaja dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun berupaya merumuskan kata yang berkesan sehingga terbentuk satu rangkai kata yang boleh memberikan maksud dan kesan mendalam berupa kata-kata hikmat. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk penulisan karangan kerana markah bonus ada diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mampu memasukkan kata hikmat dalam penulisan karangan.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Para pelajar diminta secara spontan menghasilkan ungkapan penarik atau kata-kata hikmat secara spontan dalam sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar diberikan masa selama lebih kurang 25 minit untuk berfikir dan mengungkapkan kata. Pengalaman penulis mendapati hasilnya sangat mengagumkan apabila majoriti pelajar dapat menghasilkan kata-kata hikmat sendiri. Diperturunkan beberapa contoh kata hikmat yang dihasilkan oleh pelajar.

i. Jadikan hari ini sebagai permulaandan hari esok sebagai penentuan hidupanda.

ii. Orang yang berjaya dengan cemerlangdalam hidupnya ialah orang yang tidakpernah memikirkan tentang kegagalan.iii. Setitis air tidak boleh menjadi selautanair, tetapi sedikit ilmu boleh menjadiselautan ilmu.

iv. Latihan berterusan telusnya kemahiran.

v. Setiap langkah adalah permulaan yangakan menyelesaikan permasalahan.

vi. Menyeru manusia kepada kebaikan adalahsukar berbanding mengajak manusia kearah keburukan.

vii. Pengalaman lalu tidak boleh dijadikanpengalaman yang abadi untuk dicontohi.

viii. Semalam merupakan kenangan manakalahari esok merupakan harapan dan pastikanharapan itu akan menjadi kenyataan.

Aktiviti ini menjelaskan bahawa, pelajar peringkat sekolah pun mampu berfalsafah jika mereka diberi peluang. Pembaharuan dalam P & P dapat menggalakkan pelajar untuk menulis kata-kata hikmatnya sendiri yang sudah tentulah akan dapat membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

Bimbingan Khusus Pelajar Lemah

Guru juga tidak seharusnya melupakan pelajar yang lemah di dalam kelas yang diajar. Mereka tidak boleh diabaikan dan usaha hendaklah diambil menangani kelemahan pelajar. Untuk aspek penulisan umpamanya, guru boleh meminta pelajar menulis karangan dengan bimbingan guru. Misalnya, dalam penulisan ringkasan karangan, guru boleh membimbing pelajar menulis ringkasan karangan dengan cara menulis karangan yang tidak lengkap pada papan kapur. Dua kaedah boleh dijalankan oleh guru seperti di bawah.

1) Mengosongkan bahagian isi dalam karangan yang perlu dilengkapkan oleh pelajar.

2) Mengosongkan bahagian pangkal ayat untuk pelajar memasukkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Pengajaran seperti ini hendaklah dilakukan oleh pelajar tanpa jemu-jemu oleh guru. Pengalaman penulis dalam pengajaran kaedah ini sangat menakjubkan apabila didapati pelajar mampu menulis karangan dengan baik setelah menjalani latihan buat beberapa ketika.Kesimpulan Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah diutarakan semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.Para pelajar akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Keseronokan dalam menjalankan aktiviti akan menyebabkan mereka minat untuk belajar dan guru dapat menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam P & P, supaya nanti institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam usaha membangun modal insan minda kelas pertama sejajar dengan teras kedua yang terdapat dalam PIPP. Seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Bibliografi

Edgar Dale 1978. The Good Mind : Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Izani Hj Daud 2010. Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 05: 5 Mei. hlm. 24-25.__________ 2009. Sifir Bahasa. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 04: 4 April, hlm. 38-39.

Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pellegrino,Richard & Politis,Michael 1999. Improving Your IQ..New York : A Simon & Schuster Macmillan Company.

Sekadar renungan bersama...Akibat menyakiti hati ibuJenazah terbiar lama (Disalin daripada e-mail yang kuterima suatu masa dulu)

SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sana kira-kira 20 tahun lalu.

Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan perumahan berhampiran tempat kediaman saya.

Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.

Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah yang memang saya kenali.

Sebaik tiba di sana orang ramai telah memenuhi ruang tamu.Segala persiapan telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap sedia di sisi jenazah.

Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan, sedangkan rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham.Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.

Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian... Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham. "Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya.

"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.

"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk ke arah perut.

"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi.

Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali. "Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham.

"Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata lelaki itu.

"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu.

"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya. Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata saya cuba mententeramkannya.

Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang.

Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah anak kesayangannya.

"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.

"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.

"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.

"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.

"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia. Tapi dia tetap macam tu.

"Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata.

Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara."Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati. Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.

Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah ditinggalkan.

"Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil mengesat mata.

"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.

Lebih kurang lima minit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti memberi salam di muka pintu.''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah saja Allah lorongkan kebaikan."

Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya. Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.

Semoga kita mendapat iktibar daripada kejadian ini ...

**Ada juga anak menipu dan membohongi ibu yang menyebabkan ibu memendam rasa kerana hati yang terluka. Seorang ibu yang beriman akan tetap menyembunyikan rahsia hatinya, tetapi hati kecilnya menanggung derita yang tiada siapa mengetahuinya...

Sumber: http://pimpintangan.blogspot.com/2010/07/akibat-menyakiti-hati-ibu.html (dengan izin)Posted byIzani Hj Daud, M.MLSat03:32No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestTuesday, 9 October 2012Orang Jitra yang Baik Hati

Pada tanggal 6 Oktober 2012, lebih kurang jam 8 malam, di tepi jalan sekitar Hospital Besar Jitra, Kedah (berhadapan Kedai Dobi Sayang), tayar kereta saya di bahagian depan sebelah kiri (Naza Citra) telah tergelincir ke dalam longkang besar. Tayar kereta kami tersangkut pada kedua-dua tebing longkang. Saya, isteri dan anak-anak agak panik kerana tidak mengenali sesiapa di kawasan kejadian itu, lebih-lebih lagi inilah kali pertama kami menjejak kaki di Jitra. Pada mulanya kami sekeluarga cuba mengangkat tayar itu, tapi tidak berdaya. Tanpa melengahkan masa, kami meminta pertolongan seorang haji lingkungan umur 60an yang berada berhampiran Restoran Sri Impian di situ. Haji itu secara spontan memanggil rakan-rakannya yang lain untuk membantu, katanya, Sahabat.sahabat mari kita pakat tolong. Haji meminta persetujuan saya untuk membenarkan seorang pemuda India masuk ke dalam kereta, sambil kami semua menolak kereta ke belakang. Alhamdulillah, tayar kereta yang tergelincir ke dalam longkang dapat ditarik keluar. Saya sangat bersyukur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang menolong. Semoga budi baik kalian, Allah s.w.t. jua yang akan membalasnya. Setelah bersalam-salaman kami pun meneruskan perjalanan.Posted byIzani Hj Daud, M.MLSat10:16No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestMonday, 1 October 2012Unsur Bunyi

debik - bunyi orang menepuk sesuatudebing - bunyi gendang (beduk)debuk - bunyi orang meninju (menampar dengan kuat,barang jatuh ke tanah, pukulan (tumbukan yang kuat (di badan)debum - bunyi benda besar jatuhdebup - bunyi barang (besar atau berat) jatuhdebur - bunyi barang besar jatuh ke airdebus - bunyi hembusan angin, burung mengibaskan kepaknyadebut - bunyi angin keluar dari lubang yang sempitdecap - bunyi orang mengecap makanandecing - bunyi duit syiling dijatuhkan ke batudecip - bunyi unggasdecit - bunyi anak burung, ayam, tikusdecuh - bunyi air (cecair) berkocakdecup - bunyi benda kecil yang padat jatuh ke airdecur - bunyi air memancardecut - bunyi anak kecil menghisap botol susudedas - bunyi letusan yang kecildembam - bunyi buah nyiur jatuhdemberang - bunyi tembakan senapang (bedil)dembun - bunyi benda berat jatuh (bunyi menepuk tilam)dempang - bunyi benda kosong (tong) jatuhdempir - bunyi yang nyaring seperti canangdempung - bunyi benda jatuh ke airdencang - bunyi yang bergemerencangdengih - bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut), bunyi orang sesak nafasdenging - bunyi dengung yang halusdengkang - bunyi seperti katakdengking - bunyi seperti salakan anjing kesakitan (kerana dipukul)dengkus - bunyi menarik (menghembuskan) nafas dengan hidungdengung - bunyi kumbang, kapal terbang, gong yang dipaludengus - bunyi hembusan nafas yang kuat (seperti bunyi hembusan nafas lembu, kerbau)dengut - bunyi yang bergema memanjang (seperti burung puyuh, gong yang dipalu)dentam - bunyi besi dipukul (pinyu ditutup dengan kuat, mercun dibakar)denting - bunyi duit syiling jatuh ke batudentum - bunyi meriam atau bom (lebih besar daripada dentam)dentung - bunyi guruh (tong atau gendang dipalu)dentur - bunyi letupan kecildepak - bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai)depus - bunyi hembusan anginderai - bunyi air hujan jatuh menitikderak - bunyi dahan patah (buluh dibelah,daun pintu bersanggit)deram - bunyi yang kuat menggegar seperti bunyi gendang besar (aum harimau, guruh)derang - bunyi gendang besar,tambur atau pinggan mangkuk jatuhderap - bunyi orang berjalan serentakderau - bunyi hujan dibawa anginderik - bunyi papan bersanggit (lebih kecil daripada derak)dering - bunyi giring-giring (loceng kecil,loceng basikal, telefon)deris - bunyi kain koyak (rumput kering dipijak)derit - bunyi lantai pelupuh dipijak (engsel yang tidak berminyak)dersik - bunyi angin, desirderu - bunyi tiupan angin yang kuat (ribut, guruh)derus - bunyi barang digesek (daging disayak)desah - bunyi benda digosok (air hujan jatuh ke dedahun,nafas orang sakit lelah) detar - bunyi benda yang bergeatar (bergegar,bergentar)detas - bunyi benang putus (kulit telur pecah,air hujan menitik ke atap

Rujukan: Kamus Dewan, Edisi Ketiga

Secara mudahnya, peribahasa Melayu yang merupakan salah satu pancang dan cabang bahasa Melayu, mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni. Atas kepentingan pendidikan, pengajaran peribahasa Melayu amat wajar dilaksanakan secara terancang dan bijaksana bagi menghindari halangan dan kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu yang memang banyak terkandung dalam kitab orang Melayu. Oleh itu, seorang pengajar atau guru hendaklah berusaha untuk mempermudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Banyak teori pendekatan yang telah dikemukakan oleh ramai ahli penyelidik dan pendidikan boleh digunakan dalam pengajaran peribahasa Melayu, antaranya ialah pendekatan kontekstual, induktif, deduktif, dan banyak lagi. Pendekatan pengajaran yang dipilih guna mestilah bersesuaian dengan kandungan dan objektif pengajaran yang turut disertakan kaedah, teknik dan bahan yang sejajar dengan pendekatan tersebut. Pengisian pengajaran dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik pasti dapat meransang dan membantu meningkatkan pemahaman terhadap maksud dan konsep sesuatu peribahasa itu. Oleh kerana bahasa Melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar peribahasa Melayu diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa, iaitu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk kembali dan dikembangkan. Justeru itu, bagi meningkatkan minat, kefahaman dan penggunaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar baik di sekolah rendah, menengah atau universiti, satu reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan berkesan perlu dirancang oleh guru atau pengajar. Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual. R.J Wingfield (1968:231) pula berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya.Sementara itu, Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak pengajaran simpulan bahasa bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka. Cover, D.J (1971:51-53) berpendapat bahawa peribahasa boleh diajar dengan empat teknik supaya pelajar dapat menguasai peribahasa Melayu dengan baik iaitu : 1. Guru perlu menggunakan nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa yang terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 2. Dalam kemahiran lisan, pelajar-pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa. Seterusnya guru menanya semula peribahasa tersebut dan berbincang tentang peribahasa yang telah dibaca. 3. Guru menggunakan teknik karangan di papan tulis. Guru mencatat peribahasa di papan tulis dan membimbing pelajar-pelajar dalam perbincangan sambil mencatatkan isi-isi dari peringkat demi peringkat yang akhirnya menghasilkan satu karangan yang lengkap. 4. Guru menggunakan petikan dialog. Guru memilih petikan yang pendek yang mengandungi peribahasa untuk dihafal oleh pelajar-pelajar. Teknik ini boleh membantu pelajar-pelajar mengingat konteks peribahasa yang digunakan apabila diperlukan. Pun begitu, sejajar dengan perkembangan arus dunia moden semasa dan cabaran dunia pendidikan khususnya terhadap bahasa Melayu, satu pendekatan pengajaran yang lebih inovatif dan kreatif perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Antara pendekatan yang sering dan rancak digunakan ialah melalui bahan beranimasi. Animasi merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, animasi mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan pelajar. Animasi juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan animasi yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami jika disampaikan dengan mengunakan bahan animasi. Selain itu guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan pilihan seperti permainan bahasa interaktif, keratan tanyangan video seperti siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau ungkapan oleh wartawan Karam Singh Walia, yang mengandungi peribahasa Melayu yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Selain itu, pengajaran peribahasa juga harus dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang menarik. Penggunaan ICT boleh diterapkan untuk menghasilkan ilustrasi yang menggambarkan maksud peribahasa. Pengajaran secara visual ini, seperti tayangan klip video dapat memudahkan murid memahami maksud peribahasa dengan lebih mendalam. Penggunaan kuiz peribahasa Melayu juga boleh diterapkan sebagai aktiviti pengukuhan. Selain itu, penerapan aktiviti permainan dalam pembelajaran dan pengajaran juga merupakan salah satu pendekatan yang berkesan. Permainan dalam pengajaran bertujuan menghidupkan suasana pembelajaran yang melibatkan setiap orang murid serta mewujudkan pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu secara holistik. Sebagai contoh, permainan Domino beraplikasikan persembahan MSPowerPoint merupakan satu set aktiviti pengukuhan yang dijalankan secara berkumpulan dan melibatkan setiap orang murid. Dalam permainan tersebut, setiap murid akan diberikan sekeping kad domino yang mengandungi peribahasa serta maksudnya. Murid dikehendaki mencantumkan kad yang ada pada diri mereka dengan rakannya yang lain sehingga setiap kad tersebut dapat dipadankan. Permainan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan harus diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya mencantumkan kad domino dalam masa yang terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN :http://ow.ly/KNICZ

Pantun Peribahasa

Budak-budak kupas bawang,Taruh mari di dalam mangkuk;Jangan bawa resmi keluang,Tak boleh tengok buah di pokok.

Buah langsat kuning mencelah,Sayang senduduk berbunga pagi;Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

Buah berembang di atas para,Anak kumbang si ampai-ampai;Memakai subang kusangka dara,Rupanya memang ditebuk tupai.

Bunga Bakawali di Teluk CengalBuat ubat seribu guna;Kilas di air sudah kukenal,Yang mana satu jantan betina.

Burung jelatik burung jeladan,Ketiga dengan burung tempua;Sama cantik sama padan,Ibarat pinang dibelah dua.

Burung disebut si burung merak,Menjadi ratu istana rimba;Untung sabut timbul nampak,Untung batu tenggelam hamba.

Cari rebung tanah seberang,Letak mari di atas tikar;Kalau menyambung hendaklah panjang,Kalau menebar hendaklah lebar.

Cedok air dengan baldi,Cedok nasi dengan senduk;Baik dibawa resmi padi,Semakin berisi semakin tunduk.

Cendawan tumbuh di batang,Diambil orang setiap hari;Bagai bulan di pagar bintang,Pengantin duduk suami isteri.

Cik Yam duduk di pintu,Sambil menjahit baju kurung;Sahabat diam memang begitu,Macam gunting makan di hujung.

Dari Siam pergi Kelantan,Dari Kelantan ke negeri China;Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tiada guna.

Daun sireh jangan dikait,Kalaulah kait mematah layu;Telunjuk lurus kelengkeng berkait,Itu pepatah orang Melayu.

Dayang Juita menanam padi,Rumah buruk tangga sembilan;Air mata jatuh ke pipi,Macam pungguk rindukan bulan.

Daging punai di dalam dulang,Kasi makan datuk Temenggung;Jangan bawa resmi udang,Ekor berdetik tahi di hujung.

Gunung Daik bercabang tiga,Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada,Buat jahat jangan sekali.