kenegaraan ( hak istimewa orang melayu).docx

Upload: syiqah-sapian

Post on 04-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    1/12

    1

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang mempunyai sistem pemerintahan

    mengikut acuan sendiri yang berasaskan kepada Perlembagaan. Perlembagaan merupakan

    suatu kumpulan undang- undang dasar yang menentukan bagaimana pemerintahan sesebuah

    negara itu dijalankan.1Perlembagaan menyatakan secara jelas mengenai pembahagian kuasa

    antara semua badan dengan institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran

    sesebuah negara serta perlaksanaan kuasa tersebut dijalankan. Hampir semua negara moden

    mempunyai perlembagaan termasuklah Malaysia. Perlembagaan di Malaysia pada awalnya

    dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan

    Tanah Melayu mula disahkan pada 11 Julai 1957 oleh Majlis Mesyuarat Undangan.2Namun

    begitu, setelah melalui beberapa proses perbincangan dan penelitian, cadangan perlembagaan

    itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan pada dan diluluskan

    pada 15 Julai 1957.3Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 27 OGOS 1957. Kini,

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu lebih dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan

    atau Perlembagaan Malaysia.

    Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,15 bahagian dan perkara 153

    banyak menerangkan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga,

    terdapat perkara lain dalam perlembagaan persekutuan menyentuh sedikit sebanyak mengenai

    hak- hak orang Melayu seperti perkara 3, 32, 38 dan lain- lain dalam Perlembagaan

    Persekutuan. Usul ini telah diterima oleh orang bukan Melayuseperti Cina, India dan lain-

    lain pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

    1 Abdullah bin Ayub.(1978). Cara Pemerintahan Melayu (1957-1963).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. hlm.12

    ibid.hlm 2003Ruslan Zainuddin, Mohd.Mahadee Ismail dan Zaini Othman.(2010).Kenegaraan Malaysia edisi kedua.Kuala

    Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd. 2010, hlm.214

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    2/12

    2

    Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai hak-hak istimewa orang Melayu, haruslah

    ditafsirkan dahulu apa itu Orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan, perkara

    160(2) mendefinisikan orang Melayu sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazim

    bercakap bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Hari

    Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau pun ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di

    Singapura pada Hari Merdeka. Secara ringkasnya, seseorang itu dikatakan Melayu apabila

    lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di

    Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil iaitu bermastautin di

    Persekutuan atau di Singapura.

    Istilah orang Melayu dalam perlembagaan jelaslah menunjukkan bahawa dua aspek

    kemelayuan dianggap penting. Pertama ialah ciri-ciri agama, bahasa dan budaya manakala

    aspek kedua pula ialah aspek geografi atau pertalian negara kita, Malaysia. Dengan kata lain,

    seseorang yang mengamalkan ciri atau aspek pertama tetapi tidak mempunyai kaitan dengan

    tanah air ini bukan Melayu dalam konteks perlembagaan Persekutuan (Malaysia). Oleh itu,

    seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut tetap berasal dari Indonesia atau Brunei ia

    bukanlah orang Melayu dalam konteks perlembagaan kerana kedua- dua negara ini bukan

    anggota persekutuan. Pertalian atau aspek geografi juga dianggap penting dalam definisi

    orang Melayu kerana perlembagaan turut menjamin pelbagai pihak dan keistimewaan yang

    layak dinikmati oleh seseorang yang bergelar Melayu.

    Senario ini banyak menimbulkan persoalan bagi mereka yang kurang mengetahui

    sejarah Malaysia pasti tertanya tanya mengapa orang Melayu diberi keutamaan yakni

    keistimewaan berbanding bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia? Hal ini demikian kerana

    orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu (Malaysia) dan hak- hak istimewa

    orang Melayu ini telah lama wujud. Ini bukanlah suatu peraturan yang baharu diadakan

    bahkan telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan sebelum

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    3/12

    3

    perang dahulu diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu.4Hak- hak istimewa

    orang Melayu ini tidaklah berlaku secara mutlak tetapi diseimbangkan dengan kepentingan

    orang bukan Melayu seperti kaum Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang

    sedemikian, perkara ini tidak boleh sama sekali dipertikaikan kerana termaktub dalam sejarah

    pembentukan Malaysia. Perkara ini juga telah diterima oleh orang bukan Melayu pada awal

    penggubalan Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan ini dibuat secara adil,

    seimbang dan mencapai kata sepakat banyak pihak.

    Konsep atau maksud Kedudukan Istimewa Orang Melayu di bawah

    perlembagaan persekutuan perkara 153(a) adalah Yang Dipertuan Agong dikehendaki

    melaksanakan dasar-dasar bagi kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan

    Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan,

    kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan. Perkara 153(b) juga

    menyatakan bahawa tanggungjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang Dipertuan Agong

    (YDPA) dengan berhati hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan

    awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit

    yang dinikmati oleh sesiapa pun. Hal ini bertujuan memastikan tidak ada mana-mana pihak

    berasa ditindas atau diabaikan. Secara umumnya, kedudukan istimewa ini adalah hak-hak

    khusus atau khas untuk orang Melayu dan juga bumiputera di Malaysia dan YDPA

    bertanggungjawab menjaga hak- hak istimewa tersebut.

    4Abdullah bin Ayub.(1978). Cara Pemerintahan Melayu (1957-1963).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Hlm.155.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    4/12

    4

    HakHak Istimewa Orang Melayu

    1.0 Hak Tanah

    Antara hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan ialah

    hak tanah. Perlembagaan persekutuan ialah undang- undang boleh dibuat oleh Kerajaan untuk

    mengadakan kawasan tanah yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu.5Kerajaan yang

    dimaksudkan ialah kerajaan negeri kerana hal bersangkut paut mengenai tanah di bawah

    pentadbiran kerajaan tersebut. Tanah khas orang Melayu juga dikenali sebagai tanah rizab

    Melayu. Namun begitu, kuasa membuat undang-undang ini terhad kerana jika kerajaan negeri

    hendak mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan tanah rizab orang Melayu, ia

    terpaksa juga membenarkan suatu kawasan lain seluas itu juga dibuka oleh semua orang. 6

    Sebagai contoh, jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan sebagai tanah rizab

    Melayu, maka satu kawasan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar

    juga hendaklah disediakan untuk diberi milik kepada orang ramai termasuk orang Melayu.

    Kedudukan istimewa orang- orang Melayu, Perkara 89 dan 90 dalam Perlembagaan

    Persekutuan berhubung dengan tanah rizab Melayu yang memberi kuat kuasa undang-

    undang Perlembagaan kepada undang- undang sedia ada bertujuan untuk melindungi tanah

    rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Berikut merupakan

    perkara 89 berhubung ( Perlembagaan Persekutuan )dengan tanah rizab Melayu :

    (1)Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayusebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu

    boleh terus menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang

    yang ada maka tanah itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan

    Perundangan Negeri itu dengan sesuatu enakmen-

    5Ibid.

    6Ibid.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    5/12

    5

    (a)yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada semua ahli Dewan Negeriitu dan dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang

    hadir dan mengundi; dan

    (b)yang dipersetujui dengan ketetapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen yangdiluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli Parlimen

    itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli

    yang mengundi.

    2.0 Jawatan Dalam Kerajaan

    Orang Melayu juga diberi keistimewaan mengenai jawatan dalam kerajaan.

    Peruntukan pekerjaan dalam sektor kerajaan mempunyai nisbah tersendiri yang

    mengutamakan orang Melayu. Sebahagian daripada jawatan- jawatan kanan di Persekutuan

    Tanah Melayu diuntukkan kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu mengikut kadar

    tertentu. Pada masa ini jawatan- jawatan Perkhidmatan Awam (Malayan Civil Service) dan

    Perkhidmatan Keadilan dan Undang- Undang (Judicial and Legal Service) diuntukkan

    mengikut kadar empat orang Melayu: seorang bukan Melayu.7 Peruntukkan jawatan

    Perkhidmatan Awam tersebut iaitu pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan

    masih lagi relevan pada zaman sekarang cuma mengalami sedikit transformasi. Seperti yang

    kita ketahui, Perlembagaan Persekutuan mengalami sedikit perubahan dan pindaan mengikut

    arus perkembangan pemerintahan Malaysia yang dikendalikan oleh bahagian eksekutif,

    legislatif dan kehakiman. Namun begitu, hak istimewa orang Melayu dalam jawatan

    Perkhidmatan Awam masih terpelihara di bawah tanggungjawab YDPA atas nasihat dan

    rundingan bersama Perdana Menteri serta Jemaah Menteri.

    7Ibid.,hlm.157

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    6/12

    6

    3.0 Pendidikan dan Peruntukkan Biasiswa

    Bagi mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam pelbagai bidang, pembelaan

    terhadap pendidikan dan peruntukkan biasiswa juga terdapat dalam Perlembagaan

    Persekutuan. Perkara 153(3) bagi menentukan, mengikut Fasal (2) perizaban bagi orang

    Melayu, dan mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak mengenai jawatan- jawatan

    dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan

    pendidikan atau latihan atau kemudahan- kemudahan khas, Yang Di-Pertuan Agong boleh

    memberi apa- apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-

    mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian X atau kepada mana-mana pihak

    berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain- lain

    keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas itu; dan Suruhanjaya dan pihak

    berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.8

    Kini, kita dapat saksikan bahawa kebanyakan institut-institut pendidikan terutamanya

    Institusi Pendidikan Tinggi Awam, sekolah mahupun institusi lain mengutamakan kemasukan

    pelajar berbangsa Melayu dan bumiputera. Kuota pengambilan pelajar bangsa Melayu dan

    bumiputera lebih banyak berbanding kaum kaum lain di Malaysia. Senario ini juga sama

    dengan peruntukkan biasiswa yang mana menitikberatkan orang Melayu, bumiputera Sabah

    dan Sarawak terlebih dahulu. Situasi ini tidak bermakna orang bukan Melayu dipinggirkan

    kerana kebajikan mereka juga turut dijaga oleh kerajaan kita. Hal ini setiap keputusan yang

    diambil bagi menetapkan kuota pengambilan pelajar- pelajar warganegara Malaysia tidak

    mengira bangsa masih berlandaskan ketinggian perlembagaan Malaysia dan rundingan dari

    pelbagai jabatan khusus jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan Institusi

    Pengajian Tinggi( IPT).

    8Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Perlembagaan Persekutuan (hingga 15 0gos1989).Kuala Lumpur:

    MDC Publisher Sdn.bhd.hlm .116

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    7/12

    7

    3.0 Lesen Perniagaan dan Perdagangan

    Selain itu, mendapatkan lesen perniagaan dan perdaganganjuga merupakan hak- hak

    istimewa orang Melayu. Orang Melayu berhak mendapat lesen-lesen perniagaan dan

    kebenaran menjalankan premis perniagaan. Hal yang sedemikian membolehkan orang- orang

    Melayu memajukan perusahaan yang tertentu seperti perusahaan pengangkutan, industri kecil

    sederhana, perniagaan dan lain-lain. Hak untuk orang Melayu untuk mendapatkan lesen

    perniagaan juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) dalam Perkara

    153(4) fasal 6. Bukan sahaja orang-orang Melayu bahkan juga penduduk bumiputera.

    Dengan adanya sokongan dari pihak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan, orang Melayu

    boleh membaiki taraf hidup dan bersaing dalam pelbagai bidang terutamanya bidang

    ekonomi negara kita yang kebanyakannya dikuasai oleh orang bukan Melayu seperti kaum

    Cina dan India.

    Keistimewaan yang tersebut membolehkan orang Melayu belajar selok-belok

    perniagaan, bersaing secara sihat dan memajukan diri bahkan menjana pendapatan.

    Keistimewaan untuk mendapatkan lesen dan kebenaran menjalankan perniagaan dan

    perdagangan juga mampu merapatkan jurang ekonomi semasa awal penggubalan

    Perlembagaan Persekutuan. Seperti sedia maklum, sebelum kemerdekaan dan pada awal

    penggubalan Perlembagaan Persekutuan iaitu sekitar tahun 1957, orang Melayu

    kebanyakannya menguasai bidang pertanian dan bekerja seperti petani, nelayan dan

    sebagainya manakala orang bukan Melayu seperti Cina dan India menguasai perlombongan,

    ekonomi dan perniagaan yang lebih banyak menghasilkan pendapatan.

    Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk

    Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun

    1970, golongan bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia,

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    8/12

    8

    manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar

    37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Dengan wujudnya hak istimewa

    orang Melayu pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan (Malaysia), orang-orang

    Melayu dapat bersaing dan tidaklah ketinggalan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang

    ekonomi yang dikuasai oleh orang bukan Melayu. Oleh itu bantuan, dari segi ekonomiturut

    disumbangkan oleh kerajaan dan mengutamakan kebajikan orang-orang Melayu. Hal tersebut

    juga telah berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum pada awal penggubalan

    perlembagaan Persekutuan.

    5.0 Unsur Tradisi

    Unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh dikatakan

    sebagai salah satu hak- hak atau kedudukan istimewa orang Melayu. Secara amnya,

    Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) mempunyai empat unsur tradisi. Dalam konteks

    Perlembagaan Malaysia, perkataan tradisi digunakan untuk menerangkan unsur-unsur

    tempatan yang dikekalkan oleh perlembagaan.9 Maksudnya di sini ialah unsur-unsur

    tempatan merujuk kepada orang Melayu dan tradisi yang diamalkan oleh mereka sebelum

    kemerdekaan dan sebelum Perlembagaan diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 1957.

    Jika dilihat sepintas lalu, unsur tradisi banyak mengaitkan orang Melayu tetapi jika

    diperhatikan secara mendalam unsur- unsur tradisi tersebut turut menitikberatkan penduduk

    peribumi Malaysia. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas menyebut

    bahawa ada empat unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Sistem beraja,

    agama Islam, bahasa Melayu dan hak- hak istimewa orang oran Melayu. 10

    9

    Abdul Aziz Bari.(2001). Perlembagaan Malaysia Asas

    asas dan Masalah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.hlm.10010

    Ibid.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    9/12

    9

    Unsur-unsur tradisi ini dimuatkan dalam perlembagaan adalah berperanan

    menstabilkan sistem politik negara kita. Seperti yang kita ketahui, sistem beraja kita pada

    sejarahnya merupakan sistem beraja mutlak tetapi telah ditukar kepada raja berpelembagaan.

    Yang Dipertua Agong( YDPA) ialah seorang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja

    mengikut sistem giliran dan peraturan yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. YDPA

    inilah berperanan sebagai ketua negara Malaysia.

    Bahasa rasmi bagi negara kita pula merupakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa

    ibunda orang- orang Melayu sendiri. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa Rasmi dan ini

    juga diterima oleh orang bukan Melayu. Hal ini demikian kerana, negara kita tidak menyekat

    penggunaan bahasa ibunda orang bukan Melayu seperti bahasa ibunda kaum cina dan India

    berkembang di negara kita cuma Bahasa Melayu menjadi bahasa utama rakyat Malaysia.

    Agama rasmi negara kita pula ialah agama Islam yang majoritinya dianuti oleh orang Melayu

    tetapi tidak melarang orang bukan Melayu untuk menganuti agama- agama masing- masing

    seperti agama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Syed Muhammad al Naquib al Attas

    pernah mengeluarkan hujah bahawa hubungan dan kesan yang ditinggalkan oleh Islam

    terhadap bahasa Melayu sangat mendalam. Hal ini dapat ditafsirkan bahawa agama

    mendasari adat dan Bahasa Melayu.

    Sesetengah pihak berkemungkinan menyoal dan menimbulkan konflik mengenai

    unsur-unsur tradisi terutamanya kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan

    Persekutuan. Hal ini tidak seharusnya timbul kerana ia memberi identiti negara Malaysia

    semasa awal pembentukan negara kita dan pelaksanaan perlembagaan. Faktor-faktor ini

    penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara ini dikekalkan

    meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum.11 Laporan

    Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira

    11Ibid. hlm. 101.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    10/12

    10

    faktor- faktor sejarah, tradisi dan ekonomi yang wujud pada tahun 1957 terbabit. Tradisi

    Melayu dikekalkan kerana mengambil kira tradisi orang Melayu yang telah lama diamalkan

    dan orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu atau Malaysia.

    Unsur-unsur tradisi ini sama sekali tidak menjejaskan pembangunan dan usaha

    Malaysia untuk menjadi negara maju bahkan orang bukan Melayu masih boleh menerima dan

    menghormati budaya serta tradisi masing- masing. Mungkin boleh dikatakan bahawa

    pertalian di antara unsur- unsur tradisi itu rapat: satu unsur tidak boleh diketepikan tanpa

    mengetepikan unsur yang lain.12Buktinya, Malaysia masih dapat mengekalkan unsur-unsur

    tradisi tersebut dan budaya kaum-kaum lain masih terpelihara dan tidak dipinggirkan sama

    sekali malahan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Senario ini

    membentuk identiti Malaysia dan rakyat dapat bersatu pada meskipun berbeza agama, bangsa

    dan budaya. Ciri-ciri kemelayuan ini, tanpa syak lagi adalah asas bagi kelicinan perjalanan

    Perlembagaan Malaysia dan menolak sebarang percubaan dalam keharmonian kaum. Orang

    Melayu menganggap unsur- unsur ini sebagai jalan yang penting untuk menjadikan mereka

    setanding dengan masyarakat lain dan untuk mendapatkan kembali kedudukan mereka yang

    telah hilang akibat pemerintahan penjajahan British selama satu abad serta pemakaian

    undang- undang British yang amat menekankan prinsip persamaan.13

    KESIMPULAN

    Hak-hak atau kedudukan istimewa orang Melayu diterima oleh orang bukan Melayu

    pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan . Hal ini demikian kerana kedudukan

    istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dibuat secara adil,

    seimbang, menitikberatkan semua faktor faktor terutamanya ketuanan orang Melayu

    12

    Ibid. hlm.106.13Muhd. Salleh Abas dan Salleh Buang(edt).2003. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia.Kuala

    Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. hlm.55.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    11/12

    11

    sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan sejarah pembinaan negara Malaysia. Perkara ini

    juga dibuat secara rundingan dan mencapai kata sepakat banyak pihak seperti orang Melayu,

    kaum Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, pegawai- pegawai British dan sebagainya.

    Hak- hak istimewa orang Melayu ini juga bukannya dilaksanakan secara mutlak tetapi secara

    adil dan saksama kerana masih mengambil berat kepentingan kaum lain dan juga penduduk

    peribumi Malaysia.

    Secara keseluruhannya, hak-hak istimewa orang Melayu merupakan tanggungjawab

    Yang Dipertua Agong (YDPA) untuk memeliharanya. YDPA mempunyai tanggungjawab

    khas untuk memelihara hak- hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia daripada terhapus. Hal ini sangat penting kerana hak

    istimewa orang Melayu ini merupakan salah satu identiti negara kita dan ianya terlakar dalam

    sejarah bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal atau asli Malaysia yang tidak boleh

    dipinggirkan. Ironinya, sehingga sekarang orang bukan Melayu masih boleh menerima

    kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Ini menunjukkan sistem

    pemerintahan Malaysia berasaskan perlembagaan berjaya di laksanakan dan dipraktikkan

    oleh pemerintah dan rakyat.

  • 8/14/2019 KENEGARAAN ( HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU).docx

    12/12

    12