kempen bina diri remaja - menuju sahsiah gemilang

5
KERTAS KERJA CADANGAN KEMPEN BINA DIRI REMAJA Tema: “MENUJU SAHSIAH GEMILANG” Disediakan oleh: ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 23-Jun-2015

660 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Memberikan kesedaran mengenai bahaya gejala sosial serta bimbingan dan pendidikan agama Islam sebagai cara hidup kepada masyarakat daerah Kuala Selangor khususnya golongan remaja.

TRANSCRIPT

Page 1: Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang

KERTAS KERJA CADANGAN

KEMPEN BINA DIRI REMAJA

Tema:

“MENUJU SAHSIAH GEMILANG”

Disediakan oleh:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG

Page 2: Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang

KEMPEN BINA DIRI REMAJA

MUKADDIMAHKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

Suasana sosial di negara kita pasti memberikan pelbagai reaksi masyarakat tempatan. Pelbagai isu dapat di dengari bahkan ditonton dipelbagai peringkat masyarakat. Ia secara meluas dipaparkan dimedia cetak dan elektronik. Atas suasana yang begitu membimbangkan ini, sejauhmanakah ia telah meresap dan berada dipersekitaran kita?

Kami diperingkat ABIM Cawangan Kuala Selangor dan Tanjong Karang amat terpanggil untuk bersama-sama membantu dalam memberikan kesedaran, pendidikan serta bimbingan kepada remaja dalam usaha menyediakan mereka untuk menempuh zaman yang penuh dengan fitnah dan mehnah ini.

Atas keprihatinan inilah, diperkenalkan Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang. Pelbagai ceramah, program dan usaha dakwah serta modul-modul terbaik dibina oleh ABIM bagi membolehkan pemahaman agama serta penghayatannya dapat direalisasikan disetiap peringkat lapisan masyarakat. ABIM berpandangan, tidak ada ubat, tidak punya cara lain melainkan mengembalikan Islam sebagai cara hidup serta penghayatan ibadah khususnya solat dalam diri remaja-remaja di sekitar daerah Kuala Selangor.

MATLAMATKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

Memberikan kesedaran mengenai bahaya gejala sosial serta bimbingan dan pendidikan agama Islam sebagai cara hidup kepada masyarakat daerah Kuala Selangor khususnya golongan remaja.

SASARANKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

Utama: Golongan remaja sekolah rendah dan menengah yang berumur bermula dari 11 tahun sehingga 17 tahun sekitar daerah Kuala Selangor. (Tahun 5 sehingga tingkatan 5).

Umum: Golongan belia, ibubapa, penjaga remaja serta seluruh masyarakat dipelbagai peringkat sekitar daerah Kuala Selangor.

PENDEKATANKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

1. Ceramaha. Selangkah Ke Alam Remaja (Sasaran: Pelajar berumur 11 hingga 13 tahun)b. Aku Teruna Terhebat (Sasaran: Pelajar lelaki sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)c. Bahagia Menjadi Gadis (Sasaran: Pelajar perempuan sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)d. Kenali Diri, Pasangan dan Anak (Sasaran: Ibubapa atau penjaga)

2. Programa. Menuju Sahsiah Gemilang – MeSsaGe (Sasaran: Pelajar berumur 12 hingga 13 tahun)b. Aku Teruna Terhebat – ATT (Sasaran: Pelajar lelaki sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)c. Bahagia Menjadi Gadis – BMG (Sasaran: Pelajar perempuan sahaja berumur 14 hingga 17

tahun)d. Remaja Nafas Baru – RNB (Sasaran: Pelajar bermasalah dadah, rokok dan arak)e. Eksplorasi dan Latihan Kepimpinan Sekolah – PELaPiS (Sasaran: Kepimpinan Pelajar serta

Pembimbing Rakan Sebaya sekolah berumur 14 hingga 17 tahun)

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG [1]

Page 3: Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang

KEMPEN BINA DIRI REMAJA

HARAPANKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

Kami di ABIM Cawangan Kuala Selangor dan Tanjong Karang amat berharap agar usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama dari badan-badan bukan kerajaan yang lain khususnya persatuan-persatuan belia serta jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta khususnya dalam memastikan perubahan dalam masyarakat bermula dari awal peringkat umur remaja. Semoga usaha ini diberkati Allah dan diberikan natijah yang baik kepada diri, keluarga dan masyarakat.

KETERANGANKempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang

1. CERAMAH 'SELANGKAH KE ALAM REMAJA'Ceramah berjangkamasa 1 jam 30 minit. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar tahun 5 hingga tingkatan satu yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun. Sesuai dengan tajuknya, ia merupakan satu pendekatan ceramah berbentuk interaktif yang melibatkan seorang penceramah berpengalaman (Kamarul Azami bin Mohd Zaini - http://kamarulazami.blogspot.com). Beliau seorang penceramah profesional dan merupakan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (http://iqclassmanagement.blogspot.com). Beliau juga merupakan Yang Di Pertua ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com).

Ceramah ini akan menyentuh tentang persahabatan dalam dunia remaja, cabaran menjadi remaja, persekitaran remaja yang perlu diberikan perhatian, serta hubungan remaja yang harus diberikan keutamaan. Ia juga termasuk hal-hal berkaitan hubungan cinta monyet di zaman remaja serta kesan buruk sekiranya tidak diberikan perhatian yang serius.

Peserta juga akan diberikan beberapa tips untuk memastikan diri mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan suasana seperti tips bersahabat, tips mengekalkan motivasi serta tips membina jatidiri. Pendekatan yang bakal penceramah gunakan adalah berbentuk holistik dan aspek keagamaan akan diberikan keutamaan.

2. CERAMAH 'AKU TERUNA TERHEBAT'Ceramah berjangkamasa 1 jam 30 minit. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar lelaki sahaja bermula dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Sesuai dengan tajuknya, ia merupakan satu pendekatan ceramah berbentuk interaktif yang melibatkan seorang penceramah berpengalaman (Kamarul Azami bin Mohd Zaini - http://kamarulazami.blogspot.com). Beliau merupakan seorang penceramah profesional dan merupakan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (http://iqclassmanagement.blogspot.com). Beliau juga merupakan Yang Di Pertua ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com).

Ceramah ini akan menyentuh tentang gejala sosial yang dihadapi oleh remaja masa kini serta kesan penglibatan remaja dalam kehidupan mereka. Ia juga termasuk hal-hal berkaitan dengan penyakit hasil dari penggunaan dadah, hubungan luar nikah serta merokok. segala penyakit yang diberikan disertakan dengan gambar sebagai bukti dan memberikan kesedaran kepada pelajar.

Peserta juga akan diberikan beberapa tips untuk memastikan diri mereka memulakan perubahan sekiranya sudah terjebak dan memberikan motivasi agar mereka sentiasa berfikir ke arah yang jauh lebih baik. Pendekatan yang bakal penceramah gunakan adalah berbentuk holistik dan aspek keagamaan akan diberikan keutamaan.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG [2]

Page 4: Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang

KEMPEN BINA DIRI REMAJA

3. CERAMAH 'BAHAGIA MENJADI GADIS'Ceramah berjangkamasa 2 jam. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar perempuan sahaja bermula dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Sesuai dengan tajuknya, ia merupakan satu pendekatan ceramah berbentuk interaktif yang melibatkan seorang penceramah berpengalaman iaitu Ustazah Hazlina Abd. Razak. Beliau merupakan seorang penceramah profesional, mantan Pengerusi HELWA Selangor dan merupakan Pengasas Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah (http://darulwardahselangor.blogspot.com) yang telah menempatkan mereka-mereka yang telah mengandung anak luar nikah serta berhadapan dengan konflik keluarga juga muallaf.

Ceramah ini akan menyentuh tentang gejala sosial yang dihadapi oleh remaja masa kini serta kesan penglibatan remaja dalam kehidupan mereka. Ia juga termasuk hal-hal berkaitan dengan penyakit hasil dari penggunaan dadah, hubungan luar nikah serta merokok. segala penyakit yang diberikan disertakan dengan gambar sebagai bukti dan memberikan kesedaran kepada pelajar.

Peserta juga akan diberikan beberapa tips untuk memastikan diri mereka memulakan perubahan sekiranya sudah terjebak dan memberikan motivasi agar mereka sentiasa berfikir ke arah yang jauh lebih baik. Pendekatan yang bakal penceramah gunakan adalah berbentuk holistik dan aspek keagamaan akan diberikan keutamaan.

4. CERAMAH 'KENALI DIRI, PASANGAN DAN ANAK'Ceramah berjangkamasa 1 jam sahaja ini mensasarkan peserta dari kalangan ibu bapa dan penjaga serta tidak dilupakan para guru pendidik di sekolah. Sesuai dengan tajuknya, ia merupakan satu pendekatan ceramah berbentuk interaktif yang melibatkan seorang penceramah berpengalaman (Kamarul Azami bin Mohd Zaini - http://kamarulazami.blogspot.com). Beliau merupakan seorang penceramah profesional dan merupakan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (http://iqclassmanagement.blogspot.com). Beliau juga merupakan Yang Di Pertua ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com).

Hasil pengalaman beliau sendiri menganjurkan latihan bermula tahun 1999 sehingga hari ini, pelbagai pengalaman berhubung membina diri anak-anak yang ingin beliau kongsikan bersama ibu bapa dan penjaga. Beliau akan memperkenalkan beberapa tips dan cadangan bagi memastikan pendidikan dan kesedaran terhadap pembesaran anak-anak diberikan sepenuh perhatian.

Ia merupakan satu perkongsian pengalaman yang berharga memandangkan beliau sendiri pernah terlibat sebagai salah seorang perunding yang membina modul remaja untuk pelajar-pelajar di bawah asnaf Lembaga Zakat Selangor. Melalui pengalaman itulah, beliau lebih terbuka mata melihat kecenderungan serta permulaan hidup remaja dengan pelbagai masalah dipersekitaran mereka. Melalui pengalaman ini, beliau akan mengetengahkan beberapa corak bimbingan ibu bapa yang kurang tepat untuk diperbaiki dan diberikan nafas baru.

5. PROGRAM 'MENUJU SAHSIAH GEMILANG' (MESSAGE)Program ini modulnya disusun dalam 2 bentuk. Pertama, 1 hari bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 2 hari 1 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama sehingga 5.00 petang hari kedua. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar tahun 5 hingga tingkatan satu yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila dapatkan kertas kerja penuh di http://abimdks.blogspot.com.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG [3]

Page 5: Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang

KEMPEN BINA DIRI REMAJA

6. PROGRAM 'AKU TERUNA TERHEBAT' (ATT)Program ini modulnya disusun dalam 3 bentuk. Pertama, 1 hari bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang, 2 hari 1 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama sehingga 5.00 petang hari kedua atau 3 hari 1 malam bermula 5.00 petang hari pertama sehingga 3.00 petang hari ketiga. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar lelaki bermula dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila dapatkan kertas kerja penuh di http://abimdks.blogspot.com.

7. PROGRAM 'BAHAGIA MENJADI GADIS' (BMG)Program ini modulnya disusun dalam 2 bentuk. Pertama, 1 hari bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 2 hari 1 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama sehingga 5.00 petang hari kedua. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar perempuan bermula dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila dapatkan kertas kerja penuh di http://abimdks.blogspot.com.

8. PROGRAM ‘REMAJA NAFAS BARU’ (RNB)Program ini modulnya disusun dalam 1 bentuk iaitu selama 3 hari 2 malam. Ia bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam 3.00 petang hari ketiga. Mensasarkan peserta dari kalangan pelajar yang bermasalah ketagihan rokok, dadah dan arak bermula dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila dapatkan kertas kerja penuh di http://abimdks.blogspot.com.

9. PROGRAM 'EKSPLORASI DAN LATIHAN KEPIMPINAN SEKOLAH' (PELAPIS)Program ini modulnya disusun dalam 1 bentuk iaitu selama 3 hari 2 malam. Ia bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam 3.00 petang hari ketiga. Mensasarkan peserta dari kalangan kepimpinan pelajar dan pembimbing rakan sebaya dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang secara umumnya berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila dapatkan kertas kerja penuh di http://abimdks.blogspot.com.

HUBUNGI KAMI

ABIM Cawangan Kuala SelangorNo 3, Jalan Raja Nala Rumah PKNS 2Taman Malawati, 45000 Kuala SelangorSelangor Darul Ehsan

No: Perhubungan – 019-277 0412 (Kamarul Azami – YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor)

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG [4]