kembara ilmu ke lokasi penggambaran ‘kisah tok...

3
Kembara Ilmu ke Lokasi Penggambaran ‘Kisah Tok Kadi’ Sebut saja ‘Kisah Tok Kadi’, tentu dengan cepat wajah Ustaz Shahrul akan muncul kembali dalam fikiran kita. Drama bersiri yang dijayakan oleh pelakon popular dari seberang tambak, Beto Kusyairy bersama pelakon-pelakon popular Singapura seperti Sufian Ahmad, Lydia Asyiqin dan Fazlyna Abd Aziz, baru sahaja selesai siarannya di televisyen tempatan baru-baru ini. ‘Kisah Tok Kadi’ memaparkan tentang kerjaya dan kehidupan seorang kadi yang bergelar Ustaz Shahrul. Bagi kami dan beberapa orang lagi rakan pelajar dari Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim, ‘Kisah Tok Kadi’ telah meninggalkan satu kenangan manis yang sukar kami lupakan. Beberapa minggu yang lalu, kami telah diberikan peluang untuk berkunjung ke lokasi penggambaran drama ‘Kisah Tok Kadi’. Bukan sahaja itu. Bahkan kami juga telah diberikan peluang untuk menemu bual dan mewawancara pelakon-pelakon yang terlibat pada hari itu. Bayangkanlah perasaan kami. Walaupun kami sangat teruja, pada waktu yang sama kami juga agak gementar. Maklumlah, biasanya kami hanya menonton tayangan drama di rumah. Kali ini kami berpeluang berada di lokasi pula. Peluang yang datang bergolek itu tentulah tidak kami lepaskan. Bahkan, kembara ilmu kami menjadi lebih menarik apabila kami diberikan peluang untuk muncul dalam sebuah babak di samping pelakon-pelakon ‘Kisah Tok Kadi’. Walaupun hanya sebagai watak-watak tambahan, namun pengalaman ‘beraksi’ di depan kamera di samping pelakon-pelakon popular sangatlah kami hargai.

Upload: lengoc

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara Ilmu ke Lokasi Penggambaran ‘Kisah Tok Kadi’ahmadibrahimsec.moe.edu.sg/qql/slot/u529/Instructional Programmes... · Beberapa minggu yang lalu, ... Tidak sia-sialah sesi

Kembara Ilmu ke Lokasi Penggambaran ‘Kisah Tok Kadi’

Sebut saja ‘Kisah Tok Kadi’, tentu dengan cepat wajah Ustaz Shahrul akan muncul kembali dalam fikiran kita. Drama bersiri yang dijayakan oleh pelakon popular dari seberang tambak, Beto Kusyairy bersama pelakon-pelakon popular Singapura seperti Sufian Ahmad, Lydia Asyiqin dan Fazlyna Abd Aziz, baru sahaja selesai siarannya di televisyen tempatan baru-baru ini. ‘Kisah Tok Kadi’ memaparkan tentang kerjaya dan kehidupan seorang kadi yang bergelar Ustaz Shahrul. Bagi kami dan beberapa orang lagi rakan pelajar dari Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim, ‘Kisah Tok Kadi’ telah meninggalkan satu kenangan manis yang sukar kami lupakan. Beberapa minggu yang lalu, kami telah diberikan peluang untuk berkunjung ke lokasi penggambaran drama ‘Kisah Tok Kadi’. Bukan sahaja itu. Bahkan kami juga telah diberikan peluang untuk menemu bual dan mewawancara pelakon-pelakon yang terlibat pada hari itu. Bayangkanlah perasaan kami. Walaupun kami sangat teruja, pada waktu yang sama kami juga agak gementar. Maklumlah, biasanya kami hanya menonton tayangan drama di rumah. Kali ini kami berpeluang berada di lokasi pula. Peluang yang datang bergolek itu tentulah tidak kami lepaskan. Bahkan, kembara ilmu kami menjadi lebih menarik apabila kami diberikan peluang untuk muncul dalam sebuah babak di samping pelakon-pelakon ‘Kisah Tok Kadi’. Walaupun hanya sebagai watak-watak tambahan, namun pengalaman ‘beraksi’ di depan kamera di samping pelakon-pelakon popular sangatlah kami hargai.

Page 2: Kembara Ilmu ke Lokasi Penggambaran ‘Kisah Tok Kadi’ahmadibrahimsec.moe.edu.sg/qql/slot/u529/Instructional Programmes... · Beberapa minggu yang lalu, ... Tidak sia-sialah sesi

Memang jelas, pengalaman yang kami raih memang sangat menarik. Banyak perkara yang telah kami pelajari. Pertama sekali, kami dapat melihat sendiri kerja-kerja di balik tabir dan mengenali peranan yang dimainkan oleh pelbagai kru penggambaran seperti pengarah, jurukamera, juruaudio, jurusolek, penulis skrip dan sebagainya. Yang jelas, bilangan tenaga pekerja di balik tirai lebih ramai daripada bilangan pelakon yang tampil di depan skrin. Ternyata, bukan mudah hendak menghasilkan sesebuah drama televisyen. Selain itu, kami juga dapati bahawa skrip memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah drama. Skrip mendukung tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan mesej yang baik kepada penonton. Bahkan, kami dapati skrip ‘Kisah Tok Kadi’ juga banyak memuatkan pengajaran mengenai adat dan budaya masyarakat Melayu. Contohnya, adat meminang, peranan bunga telur, kepentingan bunga manggar dan sebagainya. Menurut para pelakon yang kami temui, skrip juga secara tidak langsung mendedahkan mereka pada pelbagai perbendaharaan kata yang baik dan menarik. Satu lagi perkara yang mengagumkan kami ialah tahap disiplin yang ditunjukkan oleh kru dan para pelakon sepanjang sesi penggambaran. Setiap individu amat jelas akan peranan masing-masing. Setiap kali pengarah memberi isyarat untuk memulakan rakaman, dengan cepat setiap orang mengambil tempat masing-masing. Dengan kerjasama setiap individu, sesi penggambaran walaupun rumit tetap berjalan dengan lancar. Sesi wawancara kami diterajui oleh Deanna dan Faris. Farisha dan Ally menjadi pencatat nota. Rushidah pula ditugaskan untuk memetik gambar manakala Nurul dan Irfan pula membuat rakaman video.

Pada mulanya memang kami gamam seketika apabila duduk bertentang mata dengan pelakon-pelakon popular ini. Maklumlah selama ini, kami hanya melihat wajah mereka di dada akhbar dan di kaca televisyen. Kali ini, dapat berjumpa dan beramah-tamah pula. Tambahan lagi, kami tidak menyangka akan diberikan peluang untuk mewawancara sehingga empat orang pelakon utama pada hari itu. Mujurlah mereka sangat ramah. Maka sesi wawancara pun berjalan dengan lancar dan santai. Tidak sia-sialah sesi perbincangan yang kami adakan di sekolah sebelum itu. Pelbagai soalan dapat kami ajukan kepada mereka. Mujur juga sebelum itu kami pernah menjalani aktiviti main peran semasa di dalam kelas. Dapatlah pengalaman itu kami jadikan sandaran.

Page 3: Kembara Ilmu ke Lokasi Penggambaran ‘Kisah Tok Kadi’ahmadibrahimsec.moe.edu.sg/qql/slot/u529/Instructional Programmes... · Beberapa minggu yang lalu, ... Tidak sia-sialah sesi

Daripada wawancara tersebut, kami dapat memahami jalan cerita ‘Kisah Tok Kadi’ dengan lebih baik. Kami juga dapat mengenali watak-watak yang dimainkan setiap pelakon dengan lebih jelas. Menurut Beto Kusyairy, skrip dan jalan cerita yang menarik serta peluang untuk memainkan watak seorang Tok Kadi menjadi daya tarikan utama kepada beliau. Beliau tertarik dengan kisah-kisah benar yang dijadikan telah dijadikan inspirasi bagi drama ‘Kisah Tok Kadi’ ini.

Fazlyna Aziz pula berkongsi pengalaman keseronokan beliau memainkan peranan yang agak berbeza daripada apa yang pernah dibawakan sebelum ini. Jika sebelum ini beliau sering diminta membawakan watak serius dan garang, kali ini, beliau terpaksa menyahut cabaran untuk menitiskan air mata di hadapan kamera pula. Sebelum kami akhiri wawancara tersebut, Sufian Ahmad sempat juga berpesan, “Kalau ingin tingkatkan penguasaan bahasa Melayu, rajin-rajinlah tonton drama Melayu. Selain meningkatkan penguasaan kosa kata, dapat juga belajar tentang adat, budaya dan masyarakat.” Peluang untuk bertemu bual dengan pelakon-pelakon ‘Kisah Tok Kadi’ ini sangat kami hargai. Bukan sahaja kami pulang membawa kenangan manis, bahkan juga pengajaran yang berguna. Siapalah tahu ia juga bakal menjadi pencetus minat kami untuk berjinak-jinak dalam bidang lakonan, penerbitan atau penulisan. NurulJannah Bte Jamil (4N1) Muhammad Faris B Nurhadi (4N2) Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim