instructional tech part a

Download Instructional Tech Part A

If you can't read please download the document

Upload: siti-umminor

Post on 14-Sep-2015

44 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

contoh assignment

TRANSCRIPT

A1 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYPERANAN GURU DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN AKSES KENDIRISiti Khalijah binti Dosah [email protected] Terbuka MalaysiaPENGENALANDalam menyiapkan Tugasan A ini, saya telah telah mengumpul maklumat dari pelbagai sumber dan kaedah untuk melihat perhubungan antara peranan guru dan teknologi dalam kelancaran pembelajaran abad ke-21. Antara bentuk pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran akses kendiri.Secara umumnya, pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Pelajar mengakses maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, media elektronik, komputer, bahan interaktif, capaian internet serta networking. Pelajar juga belajar secara bebas tanpa kawalan secara langsung daripada guru. Bahan-bahan sesuai dengan pembelajaran akan disediakan dan dikategorikan mengikut kemahiran dan keupayaan pelajar. Bahan-bahan ini akan ditempatkan di pusat akses kendiri di dalam bilik darjah atau di Pusat Sumber Sekolah. Bahan-bahan akses kendiri yang dibina ini mestiA2 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYmempunyai objektif, penerangan (cara menggunakan modul yang mesra pelajar), latihan serta sarana atau cadangan jawapan. Dalam konteks ini, pelajar boleh memilih bahan yang ingin dipelajari dan menilai pencapaian sendiri melalui saranan jawapan yang disediakan.Jika dilihat dari penerangan di atas, teknologi sangat penting dalam menjayakan pembelajaran akses kendiri ini di samping peranan guru yang berubah sepenuuhnya daripada seorang pengajar kepada fasilitator, daripada pemberi arahan kepada pengurus arahan dan sebagainya. Diharapkan laporan saya ini dapat menyediakan maklumat yang tepat dan padat.PERANAN TEKNOLOGI DALAM KELAS Dalam konteks dunia kini, semua negara berlumba-lumba berusaha meningkatkan pendidikan negara mereka. Ini kerana, pendidikan merupakan antara enam petunjuk negara maju. Di Malaysia, kementerian pendidikan telah mengenalpasti kemahiran pendidikan abad ke-21 yang sesuai diaplikasikan dalam konteks tempatan dalam usaha menyediakan warga Malaysia yang dapat bersaing di peringkat glokal. Justeru itu, kurikulum kebangsaan negara bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, bersemangat patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.A3 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYSalah satu aspek utama dalam pendidikan abad ke-21 ini adalah teknologi. Rentetan demikian, Teknologi Pendidikan telah muncul dalam dunia pendidikan kita. Ia merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha untuk memudahkan pembelajaran di samping menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk PdP Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber PdP Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna sumber PdP Menyedari kepentingan penggunaan ICT ini, guru adalah digalakkan untuk mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran secara aktif dan berterusan. Dengan pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah (i) membina kemahiran kognitif, (ii) menggalakkan pembelajaran kendiri, (iii) menjadikan pembelajaran aktif, (iv) menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan, (v) menjimatkan masa pembelajaran, (vi) membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan (vii) menggalakkan Pendekatan Koperatif.i. Membina Kemahiran KognitifGagne (1985) menyatakan bahawa murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan melalui perisian pengajaranA4 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYdalam teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan) berserta dengan bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan capaian semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).ii. Menggalakkan Pembelajaran KendiriKeupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang telah dibuktikan melalui kajian. Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap serta kesesuaian mereka dari aspek masa dan tempat.iii. Menjadikan Pembelajaran AktifPerisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.A5 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYiv. Menggalakkan Pembelajaran Yang MenghiburkanElemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin, Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak menganggu pembelajaran.v. Menjimatkan Masa PembelajaranPerisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).vi. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik MuridKebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yangA6 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYtinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).vii. Menggalakkan Pendekatan KoperatifPendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.A7 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYPEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (STUDENTS TEACHING THEMSELVES) Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga sangat penting. Ini kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah pastinya tidak sama seperti keadaan sebelum ini. Kelas pada masa hadapan mungkin bukan lagi dalam bentuk bilik darjah, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu dimahirkan dengan kemahiran memperoleh maklumat.Sehubungan dengan itu, pembelajaran akses kendiri telah muncul seiring dengan keperluan pendidikan masa kini. Pembelajaran akses kendiri merupakan satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka mengikut masa dan tempat yang mereka kehendaki.Selain daripada itu, pembelajaran akses kendiri juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan alternatif iaitu satu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih bertumpu kepadaA8 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYpelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri. Para pelajar perlu menyedari bahawa mereka merupakan individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih pelajar belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya pelajar itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Oleh demikian, amatlah sangat penting bagi pelajar menentukan strategi pembelajaran terbaik yang sesuai dengan dirinya.Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluan-keperluan lain. Ini penting kerana, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. Pembelajaran akses kendiri dapat menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikutA9 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYkeperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. Pembelajaran akses kendiri ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. Pembelajaran akses kendiri juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab. Fungsi-fungsi lain pembelajaran akses kendiri adalah:Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan teratur. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material pembelajaran akses kendiri untuk diakses. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran. A10 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYDalam membincangkan pembelajaran akses kendiri, perkara penting yang perlu diambil penting adalah empat domain pembelajaran iaitu SEDAAP. Ianya merupakan akronim bagi:Self-Directed / Akses kendiri 2.Self-Access / Akses kendiriSelf-Asses / Kadar kendiri Self-Paced / Langkah kendiri Self Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari. Manakala, Self Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar meneroka dan memperolehi maklumat tentang tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Antaranya adalah buku rujukan, majalah, CD-ROM atau capaian internet. Seterusnya, Self Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri tentang tajuk yang dipelajarinya, sama ada dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain. Akhirnya, Self Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau perkembangan pembelajaran diri (KPM, 1997).Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, pelajar menetapkan matlamat pembelajaran mereka sendiri. Pelajar akan menyediakan rancangan pembelajaran mereka dan bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah:A11 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYMengenal pasti keperluan mereka Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik Selain itu, dengan mengikuti program Pembelajaran Akses Kendiri, pelajar akan:Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Belajar mengikut keperluan dan gaya pemebelajaran sendiri Mentaksir sendiri pencapaian mereka Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Sebagai kesimpulan, pembelajaran akses kendiri merupakan aspek penting dalam pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran ini melibatkan penglibatan pelajar sebelum pembelajaran sehinggalah selesai pembelajaran dan berterusan. Pelajar menentukan pembelajaran, memilih strategi pembelajaran, memilih kandungan pembelajaran dan berusaha mengukuhkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.A12 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYPERANAN GURU ABAD KE-21 Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru, di antaranya ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran.Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya ialah:Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan A13 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYPenyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih Kejayaan program pendidikan bergantung kepada kemahiran yang diperolehi dan sikapguruterhadap pendidikan. Hubungan partnersOleh yang demikian guru perlu memahami dan menghormati peranan ibu bapa/penjaga/komuniti. Guru perlu sentiasa prihatin terhadap pandangan ibu bapa tentang tingkah laku anak mereka dan mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal dan bertindak sebagai seorang professional yang bersikap terbuka dan memahami persekitaran. Guru perlu bijak membezakan masalah peribadi dan kerja dengan efisyen. Di samping itu, guru perlulah bersifat pemberi maklumat dengan berkesan secara konsisten sama ada tentang aktiviti pembelajaran, aktiviti sekolah mahu pun tentang perkembangan semasa.A14 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYDengan membincangkan pembelajaran abad ke-21, ciri pelajar dan guru turut dibincangkan bersama. Dalam membudayakan pembelajaran akses kendiri, peranan guru di masa hadapan turut berubah. Ini adalah seiring dengan pembelajaran akses kendiri. Guru-guru perlu bangkit dan bersama merealisasikan pembelajaran abad ke-21 di samping seiring memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara sekali gus menaikkan nilai pendidikan negara Malaysia ini di mata dunia. Antara ciri-ciri guru abad ke-21 adalah:menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (p memahami perkembangan-muriddanmenyayangi merekamurid memahamiogipembelajaranpsikol(cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini Peranan guru ini berubah seiring dengan keperluan pelajar abad ke-21 yang mementingkan pembelajaran akses kendiri. Daripada ciri guru abad ke-21 ini, dapatlah disimpulkan beberapa peranan guru abad ke-21 yang menyokong pembelajaran akses kendiri. Antara peranan guru abad ke-21 tersenut ialah guru sebagai fasilitator, motivator (kaunselor), pengurus dan penilai pembelajaran semakin diterima. Program pembelajaran akses kendiri memerlukan guru untuk:Menggalakkan pelajar berinterasi sesama sendiri dalam kelas Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguji kemampuan mereka. A15 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYMembantu pelajar menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran Guru sebagai fasilitator Salah satu aspek penting dalam pembelajaran abad ke-21 adalah perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara guru dan pelajar. Maka bertepatanlah jika guru berperanan sebagai fasilitator semasa pembelajaran sedang berlangsung. Seorang fasilitator yang berjaya akan dapat membantu pelajarnya menghubungkaitkan pembelajaran baharu dengan pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Guru perlu bijak menilai tahap maklumat dan panduan yang diberi untuk memaksimakan tahap keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem pembelajaran atas talian banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ) yang banyak berasaskan internet.Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem pembelajaran ini akan dapat membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS). Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) adalah satu sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan jurnal.Pelajar abad ke-21 digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan para guru dan rakan-rakan mereka. Selain itu,Tinzmann (1990 dalam Rafiza, 2013) juga menegaskan melalui perkongsian pengetahuan danA16 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYautoriti ini, guru akan lebih berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya adalah seorang guru yang dapat membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran yang sedia ada. Guru abad ke-21 perlu bijak menilai tahap maklumat dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar sekaligus dapat membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lebih kreatif dan kritis dalam membudayakan pembelajaran akses kendiri.Lantaran itu, pembelajaran akan menjdai lebih bermakna dan menyeronokkan. Ahmad Fuad (2003), Azwan Ahmad, Abdul Ghani dan Mohamad Zohir et al (2005), dalam kajian mereka, menyatakan dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan meluas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Ini turut diakui oleh Ramlah Jantan (2007) dalam kajiannya mendapati sistem pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks dirasakan kurang sesuai digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar ini telah menghalang pelajar untuk mengembangkan prestasi pembelajaran masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka tersendiri. Malah, teknik pengajaran yang tidak selari dengan perkembangan teknologi terkini dan tidak berpusatkan pelajar telah menyebabkan berlakunya implikasi yang kurang menyenangkan dalam keputusan peperiksaan pelajar (Woolnough, 1993 dalam Rafiza, 2013).A17 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY3.2. Guru sebagai motivator (penggerak motivasi)Guru memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas yang wajib dipikul dan dilaksanakan sepenuhnya sesuai dengan tuntutan profesionalisme seorang guru. Tugas utama seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses pembelajaran sama ada secara formal mahu pun secara tidak formal. Segala usaha ke arah itu perlu dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tanggungjawabmya adalah guru yang berjaya memotivasikan pelajarnya. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.Walau bagaimana pun, memotivasi pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pembelajaran, tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar lebih terdorong untuk belajar secara berterusan, walaupun dia berada di luar kelas atau pun setelah meninggalkan sekolah. Situasi kelas yang para pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhi sikap belajar dan tingkah laku pelajar. Mereka akan sangat tertarik dengan pelbagai tugas, menunjukkan ketekunan yang tinggi dan berusaha mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mereka.Ini disokong oleh Slavin (1991 seperti di artikel Miller & Peterson, 2005). Dalam kajiannya ke atas STAD, iaitu kumpulan pelajar yang terdiri dari pelbagai etnik, status dan tahap pencapaian telah diberi penerangan ringkas di awal pembelajaran. Selepas penerangan, semuaA18 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYahli setiap kumpulan perlu menguasai kandungan pembelajaran tersebut dan saling membantu antara satu sama lain menjawab tugasan menerusi tutorial, kuiz dan perbincangan kumpulan. Selain memperolehi jawapan yang betul bagi tugasan, para pelajar turut menghuraikan kepentingan pembelajaran tersebut kepada kehidupan mereka. Pencapaian yang membanggakan terbukti apabila markah kuiz kumpulan terbabit selepas seminggu meningkat secara purata.Kejayaan kumpulan pelajar ini dilihat sebagai satu usaha guru yang memberi pengetahuan yang mencukupi dan memotivasi para pelajar sebagai sebuah kumpulan yang berkemahiran sosial. Guru perlu berterusan memantau dan memberi galakan kepada pelajar dalam proses pembelajaran abad ke-21 ini. Ini bagi menjamin pelajar untuk belajar secara berterusan di samping saling berkolaborasi antara satu sama lain selaras dengan kemahiran pelajar abad ke-21 yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri.3.3. Guru sebagai Pengurus Jika dahulu, guru berperanan sebagai seorang komunikator di mana guru menyampaikan bahan pembelajaran dalam bentuk verbal dan non-verbal. Penyampaian dalam bentuk verbal tersebut dirancang untuk disampaikan dalam beberapa kali pembelajaran dan diterapkan dengan standard kompetensi yang sesuai, indikator, media, dan dalam lokasi serta waktu yang sesuai dengan beban dan jumlah bahan.A19 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYBerbeza dengan pembelajaran abad ke-21 ini. Dengan pengamalan pembelajaran akses kendiri, guru berperanan sebagai pengurus. Guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah, pengurusan pelajar dan pengurus pembelajaran. Guru perlu menentukan secara spesifik pembelajaran yang perlu dipelajari. Pelajar akan mengabungjalinkan ransangan dan pengetahuan sedia ada untuk membina objektif pembelajaran yang bakal mereka perolehi di akhir pembelajaran. Guru berperanan membekalkan bahan PdP yang sesuai dan membenarkan pelajar melaksanakan PdP mengikut kadar yang dikehendaki dan strategi yang mereka pilih. Guru akan mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian pelajar di samping mendiagnosis kesukaran pembelajaran (jika ada) yang dihadapi pelajar sekali gus menyediakan panduan terbaik untuk mengatasi kesukaran itu.Peranan pengurus turut membantu memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran termasuklah memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada pelajar yang memperolehi peningkatan dalam pembelajaran. Guru juga perlu menjalankan ulang kaji dan latihan pengukuhan yang boleh membantu mengekalkan minat dan semangat pelajar untuk terus belajar. Oleh demikian, amat bertepatanlah jika peranan guru sebagai pengurus yang mempelbagaikan penggunaan bahan sumber PdP yang sesuai dan menarik serta mencabar termasuk penggunaan multimedia, lembaran kerja, majalah, e-book serta modul pembelajaran kendiri.Ini telah disokong oleh Zaleha Binti Abdullah & Nurul Liyana Binti Jamaludin (2010) di dalam kajiannyaKesesuaianPembelajaranbertajukTerarahKendiri Yang Diterapkan Di Dalam Perisian Matematik Tingkatan Satu Bagi Tajuk Nombor Negatif TerhadapA20 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYKepelbagaian Kecerdasan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, PerakKajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian penggunaan pembelajaran terarah kendiri dalam perisian Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar. Perbincangan tertumpu kepada kesesuaian pembelajaran terarah kendiri bagi setiap kecerdasan pelajar dan kelemahan pengaplikasian perisian Matematik tersebut. Hasil kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran yang melibatkan elemen multimedia seperti video, audio dan animasi memberikan nilai min tertinggi iaitu 4.07. Pembelajaran terarah kendiri yang diaplikasikan dalam perisian ini dapat memudahkan responden membuat penerokaan ke semua isi kandungannya dengan nilai min yang diperolehi ialah 3.77. Penggunaan pendekatan pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian ini sesuai digunakan sebagai pendekatan pembelajaran jika kelemahannya diperbaiki dan pelajar serta guru memahami kelebihannya dalam proses pembelajaran.Pada tahun 2003 pula, dasar KPM telah memperbaharui kurikulum dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains telah merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan (Berita Harian, 20 Julai, 2002). Menyedari hakikat ini, banyak pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan secara langsung atau tidak telah membina perisian khusus serta laman web yang dapat digunakan sebagai BBM semasa melaksanakan proses PdP. Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa danA21 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYpenyampai maklumat kepada seorang pengurus atau fasilitator. Mohd. Arif dan Norsiati (2004dalamZaleha & Liyana, 2010) menyatakan suatAplikasi CD-ROM dalam Pengajaran-ROMyangdiklasifikasikanbagi sebagaiCD P&P berbantukan komputer dan bahan berasaskan topik telah diwujudkan untuk memastikan pengaplikasiannya akan meningkatkan pemahaman pelajar. Menurut Tengku Zawawi (1999 dalam Zaleha & Liyana, 2010) pula, pelajar yang menggunakan komputer dalam mempelajari matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Menurut beliau perisian komputer yang digunakan dalam proses P&P dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan berkesan. Memandangkan Matematik merupakan suatu perkara yang abstrak, maka satu pendekatan pengajaran dan BBM yang sesuai haruslah digunakan untuk member kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar dalam mempelajari matematik. Salah satu topik Matematik yang dianggap abstrak oleh pelajar adalah pemahaman mengenai konsep nombor negatif.3.4. Guru sebagai penilai pembelajaranDalam memastikan hasil pembelajaran murid tercapai dan mengaawal selia serta memantau pusat pembelajaran akses kendiri, guru perlu berperanan sebagai penilai pembelajaran. Guru perlu merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respons pelajar. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar. Guru harus melihat penilaian formatif dan sumatifA22 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYsebagai alat PdP. Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan PdP di samping memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar. Guru akan mentadbir ujian dan memeriksa respons setiap pelajar. Guru seterusnya perlu menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti tahap penguasaan hasil pembelajaran setiap pelajar. Guru juga berperanan menggalakkan pelajar yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor/guru muda kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Guru perlu mempertingkat pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran akses kendiri di sekolah.Rafiza (2013) dalam Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam Analisis Novel Bahasa Melayumenyatakan aktiviti penilaian yang sesuai mengikut tahap pelajar yang berterusan dapat mempengaruhi motivasi pelajar untuk terus belajar. Oleh demikian, guru sebagai penilai perlu peka dengan pencapaian setiap pelajar dan merangka aktiviti pengukuhan demi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan para pelajar.Ini disokong oleh Tinzmann et al. (1990). Menurutnya, guru dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional hanya berperananan menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk menyalurkannya kepada pelajar. Walau bagaimana pun, dalam pembelajaran kolaboratif kini, guru abad ke-21 perlu menilai dan membina satuA23 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYpersekitaran pengetahuan yang meliputi bahasa, pengalaman individu, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang lebih efektif.Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh sebab kesan globalisasi tidak dapat dielakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan ilmu pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang penting, komputer dan teknologi Internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan individu. Pembelajaran atas talian dan projek multimedia dapat memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah kaedah ini membantu masyarakat ke arah sistem perkongsian maklumat yang meluas. Maka pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya di peringkat sekolah.Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran individu melalui pembelajaran akses kendiri dengan cara menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar akan belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.A24 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYRUMUSAN Sebagai kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 adalah sangat bertepatan untuk direalisasikan pada abad ini. Ini adalah tahap kognitif pelajar kini sangat tinggi berbanding pelajar tradisional. Ini adalah berpunca dari faktor dalaman dan luaran dalam sesebuah proses pendidikan itu sendiri. Pembelajaran akses kendiri merupakan salah satu jenis pembelajaran abad ke-21.Pembelajaran akses kendiri ini mengalakkan penglibatan para pelajar dalam membina objektif pembelajaran, membina maklumat dan mengekalkan maklumat baharu bersama maklumat sedia ada. Aspek pelajar dalam pembelajaran ini adalah akses kendiri, akses ke arah kendiri, kadar kendiri dan langkah kendiri. Untuk menjayakan pembelajaran ini, pelajar dan guru memerlukan teknologi yang baik seperti capaian internet, komputer, persembahan slide, video di samping lembaran kerja, e-book dan lain-lain. Oleh yang demikian, peranan guru dalam menggalakkan pembelajaran akses kendiri ini sangat penting sebagai fasilitatator, motivator, pengurus dan penilai pembelajaran.Selain daripada guru dan pelajar, sekolah juga berperanan penting dalam pembelajaran akses kendiri ini. Kepelbagaian teknologi dan suasana serta budaya sekolah perlu diperbaharui seiring dengan sekolah abad ke-21. Di harapkan dengan pengabungjalinan antara peranan guru, sekolah dan pelajar dapat melahirkan pelajar abad ke-21 yang bakal mengharumkan kurikum Malaysia di mata dunia.A25 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYRUJUKAN AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition and Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational technology. Washington DC: AECT. Ahmad Fuad Othman (2003). Pendidikan dan pendidikan di era digital : Pendekatan dan cabarannya. Wawasan : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah . Bil .17Jun 2003 Bil.1Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj. Abd Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections oncreating educational technologies. London: Kogan Page.Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada [http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_Bab_1.pdf]Rafiza Abdul Bakar (2013). Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel Bahasa Melayu. Juku: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikA26 | CGS00940806HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGYRamlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.Slavin, R. E. (1991). Student team learning: A practical guide to cooperative learning, 3rdEdition. Washington, DC: National Education Association of United StatesSukreni Ismail & Mohd Isha Awang (2006). Penilaian terhadap pelaksanaan pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran Pendidikan Islam. MPPPP & UUMYusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar BaktiZaleha Binti Abdullah & Nurul Liyana Binti Jamaludin (2010). Kesesuaian pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian Matematik Tingkatan Aatu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar Tingkatan Satu di satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Universiti Teknologi Malaysia