kemahiran proses sains asas

2
KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan. Pemerhatian : proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains Pengkelasan : proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya Menggunakan nombor : proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek Berkomunikasi : proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai Pengukuran : proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains Membuat inferens : proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu

Upload: shaifull-niell

Post on 28-Jul-2015

60 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran proses sains asas

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan.

Pemerhatian : proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains

Pengkelasan : proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya

Menggunakan nombor : proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek

Berkomunikasi : proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai

Pengukuran : proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains

Membuat inferens : proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi

Membuat ramalan : ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku

Penggunaan perhubungan ruang-masa : proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial.