kemahiran proses dan pengurusan makmal sains

4
KUIZ ONLINE SCE3163E KEMAHIRAN PROSES DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS NAMA : MUH. IDRIS BIN ABDUL HAMID NO. KAD PENGENALAN : 941016-12-7247 1. Penguasaan kemahiran saintifik yang lemah semasa di sekolah rendah menyebabkan murid mendapat kejutan budaya apabila melangkah ke tingkatan 1 di sekolah menengah. Berikan komen anda tentang pernyataan di atas. [ 10 markah] Kemahiran saintifik adalah penting kepada murid sekolah rendah sebelum melangkah ke tingkatan satu di sekolah menengah. Hal ini kerana untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah menengah kelak di samping mengelakkan kejutan budaya di dalam diri mereka. Antara kepentingan-kepentingan kemahiran saintifik terhadap murid sekolah rendah adalah untuk memastikan murid dapat mengkaji dan memahami tentang alam ini. Setiap objek yang ada di alam ini mempunyai kegunaannya serta, asal- usulnya kemudian murid dapat mencari jawapan kepada setiap permasalahan yang berlaku di sekitar murid. Di samping itu, murid juga dapat membuat keputusan secara bersistem mengikut urutan yang betul. Oleh yang demikian maka penyiasatan yang dijalankan oleh murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta memberi makna kepada murid. Kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sering digunakan oleh guru ketika di dalam kelas tanpa disedari. Hal ini kerana dalam pengajaran sains kemahiran proses sains amat penting selain dapat menarik minat murid untuk mempelajari sains dan membuat murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi diri murid dan mampu berfikir keluar daripada kotak pemikiran. Seterusnya, mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang praktikal. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran secara praktikal berbanding teori supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya apabila mereka melangkah sekolah menengah kelak. Dalam konteks ini murid bebas melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang dipelajari semasa di dalam kelas.

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 26-Sep-2015

275 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kemahiran Proses Dan Pengurusan Makmal Sains

TRANSCRIPT

KUIZ ONLINE SCE3163E KEMAHIRAN PROSES DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS NAMA : MUH. IDRIS BIN ABDUL HAMIDNO. KAD PENGENALAN : 941016-12-72471. Penguasaan kemahiran saintifik yang lemah semasa di sekolah rendah menyebabkan murid mendapat kejutan budaya apabila melangkah ke tingkatan 1 di sekolah menengah.

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

[ 10 markah]Kemahiran saintifik adalah penting kepada murid sekolah rendah sebelum melangkah ke tingkatan satu di sekolah menengah. Hal ini kerana untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah menengah kelak di samping mengelakkan kejutan budaya di dalam diri mereka. Antara kepentingan-kepentingan kemahiran saintifik terhadap murid sekolah rendah adalah untuk memastikan murid dapat mengkaji dan memahami tentang alam ini. Setiap objek yang ada di alam ini mempunyai kegunaannya serta, asal-usulnya kemudian murid dapat mencari jawapan kepada setiap permasalahan yang berlaku di sekitar murid. Di samping itu, murid juga dapat membuat keputusan secara bersistem mengikut urutan yang betul. Oleh yang demikian maka penyiasatan yang dijalankan oleh murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta memberi makna kepada murid.

Kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sering digunakan oleh guru ketika di dalam kelas tanpa disedari. Hal ini kerana dalam pengajaran sains kemahiran proses sains amat penting selain dapat menarik minat murid untuk mempelajari sains dan membuat murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi diri murid dan mampu berfikir keluar daripada kotak pemikiran.

Seterusnya, mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang praktikal. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran secara praktikal berbanding teori supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya apabila mereka melangkah sekolah menengah kelak. Dalam konteks ini murid bebas melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang dipelajari semasa di dalam kelas. Secara tidak langsung semasa aktiviti ini dijalankan murid dapat merasai sendiri pengalaman dan dapat mengaitkan sesuatu konsep yang telah dipelajari semasa di dalam kelas. Dengan ini murid akan mudah faham dan tidak mudah lupa dengan apa yang telah dipelajari.

Selain itu, kelemahan murid dalam menguasai konsep sains itu sendiri akan menyebabkan kejutan budaya apabila mereka melangkah ke tingkatan satu di sekolah menengah. Masalah akan menjadi rumit jika murid tersebut tidak dapat menghubungkaitkan sesuatu konsep yang telah dipelajari di sekolah rendah apabila berada di sekolah menengah. Sebagai guru kita kena akur dan menyedari bahawa tahap pemikiran murid sekolah rendah ini masih lagi terhad dan mempunyai pemikiran yang berbeza-beza di kalangan murid. Menyedari akan hal ini guru harus memilih pendekatan yang sesuai agar murid dapat memahami konsep sains dengan lebih mudah dan mampu diguna pakai sehingga ke peringkat sekolah menengah.Tambahan lagi, guru perlu memupuk kemahiran saintifik seawal dari sekolah rendah kerana seseorang guru sains boleh membantu murid memahami prosedur dan piawai kerja seorang saintis. Melakukan aktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis membolehkan hasil sains yang didapati itu betul dan tepat serta boleh diterima pakai oleh murid lain. Kemahiran saintifik memberi penekanan kepada nilai murni dan sikap saintifik supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, intelek,rohani dan emosi. Murid sewajarnya menyedari bahawa pengetahuan sains dan teknologi adalah menyumbang dalam pembangunan negara. Maka, semua murid di awal usia ini harus didedahkan dengan penemuan-penemuan baharu melalui penyelidikan sains ke arah mencapai kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.

Kesimpulannya, kemahiran saintifik perlu ada pada setiap murid seawal di sekolah rendah. Kemahiran saintifik perlu ada pada setiap murid supaya murid dapat menguji dan memahami apa itu sains. Kemahiran ini juga membantu murid dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah. Murid juga dapat membuat keputusan secara bersistematik dan mendapat jawapan yang tepat. Murid juga boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila murid sudah dapat menanam minat pada diri masing-masing tidak hairanlah murid tersebut akan mendapat pencapaian yang cemerlang apabila mereka ini berada di tahap yang lebih tinggi seperti di peringkat sekolah menengah. 2. Sempena Bulan Alam Sekitar 2015 Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Lembah Pantai telah menganjurkan kempen yang bertemakan kebersihan. Anda selaku Ketua Panitia Sains di sekolah itu telah ditugaskan untuk menjayakan kempen tersebut.

Bincangkan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan dan berikan justifikasi pemilihan aktiviti tersebut.

[ 10 markah]

Sekolah merupakan tempat untuk murid-murid menimba ilmu. Oleh itu, aspek kebersihan dan keindahan sekolah mesti dijaga. Maka, kempen yang bertemakan kebersihan sekolah perlulah diadakan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh lakukan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah bersempena kempen kebersihan yang dijalankan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan bersempena dengan kempen yang bertemakan kebersihan ini adalah seperti aktiviti gotong-royong. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang disertai oleh para guru, murid-murid serta ibu bapa. Dengan adanya aktiviti seperti ini, nilai muafakat serta sikap kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong yang boleh diadakan pada hujung minggu.

Seterusnya, aktiviti yang boleh dijalankan bersempena dengan kempen yang bertemakan kebersihan ini ialah pertandingan kelas terbersih di sekolah. Murid-murid boleh mengecat semula dinding kelas dan menambah hiasan kelas masing-masing sehingga menjadi cantik dan bersih. Dengan adanya aktiviti ini ia akan menimbulkan rasa sayang murid terhadap sekolah kerana suasana yang ceria, selesa dan bersih akan memberikan murid lebih bersemangat untuk belajar di sekolah. Maka, dengan adanya pertandingan kebersihan antara setiap kelas ini, murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan mencantikkan kelas masing-masing di samping ganjaran yang diberikan.Di samping itu, ceramah kesihatan yang berkait rapat dengan kebersihan seperti ceramah Jauhi Denggi boleh dilaksanakan di sekolah. Melalui, ceramah ini secara langsung dapat membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada para murid untuk menjaga kebersihan di sekolah mahupun di rumah. Maka, aktiviti seperti ceramah ini perlulah di laksanakan dengan menjemput penceramah yang berwajib untuk memberikan ceramah dan tunjuk ajar. Tambahan lagi, program kitar semula di sekolah juga boleh dilaksanakan dengan menyediakan tempat membuang sampah mengikut jenis seperti kertas, plastik dan tin. Melalui program ini, ia mampu melatih murid-murid untuk menjaga kebersihan serta dapat mengitar semula bahan buangan dan mampu di praktikkan di rumah mereka masing-masing.Akhir sekali, aktiviti yang boleh dijalankan bersempena dengan kempen yang bertemakan kebersihan ini adalah dengan membuat pertandingan membuat poster dengan tema kebersihan. Dengan aktiviti ini ia dapat memupuk sikap menjaga kebersihan di samping meningkatkan pemikiran kreatif mereka untuk menghasilkan poster.

Kesimpulannya, sekolah yang bersih dan ceria merupakan idaman kepada semua murid dan guru-guru di sekolah. Apabila keadaan dan suasana sekolah yang bersih dan ceria ia mampu menjadikan murid itu lebih bersemangat untuk menimba ilmu demi melahirkan generasi yang bijak pandai.