kemahiran proses sains fizik1

18
KEMAHIRAN SAINTIFIK 1. KEMAHIRAN MEMBUAT PEMERHATIAN Kemahiran memerhati adalah kemahiran proses sains yang boleh difahami sebagai mencari jawapan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena mahupun situasi atau keadaan. Kemahiran ini mempunyai kaitan dengan kemahiran berfikir. Dalam kemahiran ini, pemerhati perlu menggunakan 4 derianya untuk mendapatkan maklumat dengan cara melihat ciri-ciri, membuat perbandingan dan menghubungkaitkan objek yang sedang di perhatikan. Pemerhatian pelajar adalah berfokuskan kepada kuantiti fiziknya sahaja, sebagai contohnya panjang, laju, luas, jisim dan lain- lain kuantiti fizik. Dibawah ini diterangkan secara terpeinci kemahiran yang terlibat agar pengunaan kemahiran ini dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelasaikan masalah. Kemahiran ini di gunakan untuk: 1. Mendefinasikan konsep atau item 2. Mengenali antara konsep atau item yang hamper serupa. Langkah Penggunaan. 1. Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. 2. Kenalpasti ciri. Contoh 1 1

Upload: khayrule-ar-rijal

Post on 15-Apr-2016

256 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kemahiran sainstifik yang diperlukan untuk pelajar tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Proses Sains Fizik1

KEMAHIRAN SAINTIFIK

1. KEMAHIRAN MEMBUAT PEMERHATIAN

Kemahiran memerhati adalah kemahiran proses sains yang boleh difahami sebagai mencari jawapan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena mahupun situasi atau keadaan. Kemahiran ini mempunyai kaitan dengan kemahiran berfikir.

Dalam kemahiran ini, pemerhati perlu menggunakan 4 derianya untuk mendapatkan maklumat dengan cara melihat ciri-ciri, membuat perbandingan dan menghubungkaitkan objek yang sedang di perhatikan. Pemerhatian pelajar adalah berfokuskan kepada kuantiti fiziknya sahaja, sebagai contohnya panjang, laju, luas, jisim dan lain-lain kuantiti fizik.

Dibawah ini diterangkan secara terpeinci kemahiran yang terlibat agar pengunaan kemahiran ini dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelasaikan masalah.

Kemahiran ini di gunakan untuk:

1. Mendefinasikan konsep atau item2. Mengenali antara konsep atau item yang hamper serupa.

Langkah Penggunaan.

1. Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.2. Kenalpasti ciri.

Contoh 1

Lihat gambar yang diberikan dalah rajah di bawah. Tuliskan ciri yang terdapat pada haiwan itu.

Cadangan Jawapan.Kita boleh menggunakan Rajah Pancaran seperti yang ditunjukkan dalam rajah untuk membantu kita mencirikan.

1

Page 2: Kemahiran Proses Sains Fizik1

Contoh 2Nyatakan ciri-ciri angkup verniar dibawah ini

Contoh 3.

Rajah 1.2 menunjukkan corak gelombang air selepas melalui celah itu. Eksperimen diulang dengan panjang gelombang air yang berbeza dan corak gelombang air yang terhasil selepas melalui celah adalah seperti Rajah 1.3.

Rajah 1.2

2

Page 3: Kemahiran Proses Sains Fizik1

Rajah 1.3

(a) Berdasarkah Rajah 6.2 dan 6.3, nyatakan dua pemerhatian tentang panjang gelombang air dalam kedua-dua rajah itu

1. ....................................................................................................................

2. ..................................................................................................................

Latihan1.

2.

3

Page 4: Kemahiran Proses Sains Fizik1

RAJAH 6.1

RAJAH 6.2

2. Rajah 6.1 menunjukkan graf keaktifan melawan masa bagi bahan radioaktif P dan Rajah 6.2 menunjukkan graf keaktifan melawan masa bagi bahan radioaktif Q.

Menggunakan Rajah 6.1 dan Rajah 6.2, nyatakan dua pemerhatian tentang keaktifan bahan radioaktif P dan Q.

……………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

2. KEMAHIRAN MENGELAS

Kemahiran mengelaskan adalah merupakan kemahiran mengeasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kepada

4

Page 5: Kemahiran Proses Sains Fizik1

kreteria tertentu seperti cirri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan kepada ciri atau sifat sepunya.

Oleh yang demikian sebahagian kemahiran membuat pemerhatian perlu digunakan untuk membuat pengelasan. Kemahiran membuat pemerhatian di gabungkan dengan mengumpul dan mengelas.

Kemahiran ini diguna apabila terdapat

1. Banyak maklumat atau item2. maklumat tidak dalam keadaan tersusun atau berterabur

Langkah Penggunaan.1. Kenalpasti ciri umum sekumpulan item2. beri nama kepada kumpulan item itu3. Kenalpasti ciri lain4. masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil5. Ulang langkah di atas sehinggan semua item dapat dikumpul dalam satu

kumpulan

CONTOH 1

Anda diberi item-item berikut: baju hujan, songkok, kerusi, cawan, porsecin, pen, pukat, gelas dan bata.

CADANGAN JAWAPAN

Kita boleh menyelesaikan masalah tersebut secara carta organisasi atau peta konsep untuk mengelas item-item tersebut.

LATIHAN

5

Page 6: Kemahiran Proses Sains Fizik1

3. KEMAHIRAN MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

4. KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS

Membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Kemahiran ini digunakan:1. Hendak merancangkan langkah tindakan atau membuat pilihan2. Hendak menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan

Langkah Penggunaan.

1. Perhatikan sesuatu situasi atau keadaan.2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.3. Berikan alasan mengapa anda menyatakan keadaan demiian.4. Semak alasan samada berasaskan pendapat atau pandangan, carikan

alasan.

Contoh 1

Contoh 2

Rajah 2.1 menunjukkan peluru yang ditembak dari sepucuk senapang menembusi sasarannya dengan jarak yang berlainan.

RAJAH 2.1 Berdasarkan pemerhatian di atas, buat satu inferens yang sesuai.

Cadangan jawapan

6

Page 7: Kemahiran Proses Sains Fizik1

Lebih jauh spring dimampatkan lebih jauh peluru masuk ke dalam beg pasir / jarak mampatan spring mempengaruhi jarak peluru menembusi beg pasir.

Contoh 3

Rajah 1.1 menunjukkan sebiji belon di bilik berhawa dingin. Rajah 1.2 menunjukkan belon yang sama berada di luar rumah ketika cuaca panas.

Rajah 1.1 Rajah 1.2

Seorang pelajar mendapati saiz belon bertambah bila berada dalam keadaan cuaca panas di luar rumah berbanding dengan ketika berada di dalam bilik yang berhawa dingin.

Menggunakan maklumat ini;

(a) buat satu inferens yang sesuai,

Cadangan Jawapan

Menyatakan inferens yang sesuai

Isipadu gas / saiz belon dipengaruhi oleh / bergantung kepada suhu

LATIHAN

1 Sebuah mikrofon disambungkan ke sebuah osiloskop sinar katod OSK untuk mengesan bunyi. Seorang pelajar melepaskan sebiji bebola logam dari suatu ketinggian apabila mendengar rakannya meniup wisel dan bebola itu jatuh ke atas sebuah bongkah logam. Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan surihan skrin OSK bagi bebola logam yang dilepaskan pada ketinggian yang berbeza.

7

[1 markah]

Page 8: Kemahiran Proses Sains Fizik1

RAJAH 2.1 RAJAH 2.2

Mengunakan maklumat dari pernyataan dan Rajah di atas ; buat satu inferens yang sesuai

5. KEMAHIRAN MERAMALKemahiran meramanl adalah kemahiran yang memerlukan pelajar membuat

jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Kemahiran ini digunakan apabila ketepatan tidak diperlukan untuk:-1. menjuruskan pemilihan2. Merancang3. mempertimbangkan pemilihan.

Langkah penggunaan:

1. Perhatikan maklumat2. Tentukan corak yang terdapat pada kumpulan maklumat

8

Page 9: Kemahiran Proses Sains Fizik1

3. Buat jangkaan yang sesuai.

Contoh 1

Rajah di bawah menunjukkan aliran pancutan air dari lubang A, C dan D yang sama saiz pada dinding sebuah tong pada ketinggian yang berbeza. Sekiranya satu lubang yang sama saiz ditebuk pada B, lakarkanarah aliranpancutan air yang keluar dari lubang B tersebut.

(download gr)

Untuk membuat ramalan kita perlu:1. Mengumpul maklumat dan tentukan corak tedapat padakumpulan maklumat.

Semakin tinggi lubang seamkin pendek jarak pancutan air mengenai lantai.2. Buat jangkaan yang sesuai.

Pancutan air dari lubang B akan jatun di antara titik A dan C.

Latihan

6. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Kemahiran ini adalah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

(masukkan kemahiran membuat, jadual, membina graf

7. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

Kemahiran ini memerihalkan perubahan perimeter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa

8. MENTAFSIR DATA

Kemahiran ini memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang diperolehi. Kemahiran ini boleh diterapkan selepas pelajar telah menguasai kemahiran berkomunikasi, di mana data-data yang didapati dipersembahkan dalam bentuk graf.

Kemahiran ini lebih mudah jika kaedah menganalisan graf digunakan (cari kecerunan, ektra polasi, membuat unjuran).

9

Page 10: Kemahiran Proses Sains Fizik1

9. MENDEFINISIKAN SECARA OPERASI

Kemahiran mendefinisikan secara operasi adalah memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan

Kemahiran ini di gunakan untuk:

1. Mendefinasikan konsep atau item2. Menjalankan sesuatu eksperimen yang mana pemboleh ubah yang

hendak digunakan tiada alat penggukurnya. Ia juga boleh bermaksut untuk menelalkan maksunnya pembolehubah tersebut.

Langkah Penggunaan.

1. Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.2. Menghubungkaitkan situasi atau peristiwa.3. pertimbangkat adanya alat pengukur4. Bina satu hubungan yang mengikaitkan dengan pemboleh ubah yang

ada hubungan

Contoh

10. KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAHKemahiran ini adalah mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah

bergerak balas dan pemboleh ubah yang di malarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah di manipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain di malarkan.

11. KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS

Kemahiran membuat hipotesis adalah membuat pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan (PUM) dan pembolehubah bergerak balas/respon (PURs) yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini perlu diuji kesahihannya untuk membuktikan kebenarannya.

Pelajar perlu memahami apakah 2 pemboleh ubah yang berkaitan agar memudahkan membuat hubungan. Kedua-dua pemboleh ubah ini boleh diukur, dan ada alat untuk mengukur. Jika tida alat yang bersesuaian pembolahubah ini perlu dinyatakan definasi operasinya. Kebiasannya semasa membuat inferens, boleh dijadikan panduan. Dengan kata lain pelajar perlu membina hubungan di antara PUM dan PURs. Contoh, jika PUM adalah panjang bilah gergaji dan PURs adalah tempoh ayunan, hipotesis yang boleh dibina ialah, apabila panjang bilah gergaji bertambah, tempoh ayunan gergaji bertambah.

10

Page 11: Kemahiran Proses Sains Fizik1

Kemahiran ini di gunakan untuk:

1. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan

Langkah Penggunaan:-

1. Perhatikan sesuatu situasi atau keadaan.2. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.3. Beikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.4. Semak semula samada hipotesis boleh diuji

Contoh 1

Contoh 2Rajah 1.1 menunjukkan sebiji belon di bilik berhawa dingin. Rajah 1.2 menunjukkan belon yang sama

berada di luar rumah ketika cuaca panas.

Rajah 1.1 Rajah 1.2

Seorang pelajar mendapati saiz belon bertambah bila berada dalam keadaan cuaca panas di luar rumah berbanding dengan ketika berada di dalam bilik yang berhawa dingin.

Menggunakan maklumat ini; buat satu hipotesis yang sesuai,

Cadangan jawapan

Langkah penggunaan:

1. Lihat situasi, saiz belon menggambarkan isipadu belon. Ia bertambah besar kerana di letak dalam cuaca panas ia boleh dijadikan PURs

2. Suhu belon meningkat apabila diletak di dalam cuaca panas boleh dijadikan PUM, kerana suhu boleh dikawal, maka suhu adalah PUM

11

Page 12: Kemahiran Proses Sains Fizik1

3. Bina Hipotesis : Apabila suhu belon meningkat, mengakibatkan isipadu belon juga meningkat.

12. KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN

Kemahiran ini adalah kemahiran merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu. Pada peringkat ini semua kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi digunakan.

Kemahiran ini di gunakan untuk:

1. Kemahiran ini digunakan untuk menjalankan menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan/penyiasatan

Langkah Penggunaan:-

1. Menbuat satu inferens yang sesuai.2. Menyatakan satu hipotesis yang sesuai dan boleh disiasat.3. Menyatakan tujuan eksperimen 4. Menyatakan pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu.5. Menyenarai radas dan bahan6. Menerangkan susunan radas 7. Menerangkan prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal

pembolehubah dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas.

8. Mempersembahkan cara anda akan menjadualkan data9. Menerangkan bagaimana cara anda akan menganalisis data

CONTOH 1

12