kemahiran presesi.docx

5
Kemahiran presesi. Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien berasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaanyang dihadapi oleh klien. Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi menyakinkan dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut: Kemesraan perhubungan dalam pertemuan Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor Di bawah

Upload: jesslynteh

Post on 19-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kemahiran presesi.docx

TRANSCRIPT

Kemahiran presesi. Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien berasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaanyang dihadapi oleh klien.Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi menyakinkan dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut: Kemesraan perhubungan dalam pertemuan Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh kaunselorDi bawah

Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER sebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing semasa melayan klien. Ini sangat penting terutama pada awal sesi bagi memberikan rasa selamat dan selesa kepada klien. Walau bagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budaya dan latar belakang klien. S - (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktif pembimbing dengan mesej "Saya bersama dengan anda sekarang ini". Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010O - (open posture) postur tubuh yang terbuka dengan tidak menyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan bahasa badan yang tidak mengancam atau defensif atay menyampah. L - (lean forward) badan yang condong ke hadapan atau ke arah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang sedang dan bakal diperkatakan oleh klien. E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya bukannya menjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti atau mengubah posisi. Seandainya letih dengan pergerakan dua biji mata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara dua kening klien. R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih tidak selesa di awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah. Panduan 1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat seolah-olah melayan tetamu dengan menunjukkan kerelaan dan rasa besar hati. Persepsi klien pada tiga minit pertama adalah penting dan pembimbing ingin mewujudkan suasana terapeutik yang bakal menjamin keberkesanan kaunseling 2. Pandang klien secara tepat dengan kedudukan postur badan yang terbuka tanpa memeluk tubuh atau menyilang kaki. Wujudkan kontak mata dengan memandang ke arah klien ketika bercakap. 3. Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong ke arah klien bagi menggambarkan kesediaan dan minat pembimbing untuk 'menerima' apa yang bakal dikongsi klien 4. Duduk dengan relax tanpa melakukan pergerakkan yang tidak perlu seperti asyik memegang jam tangan, mengulung hujung tudung, mengurut misai atau menggoncang kaki. 5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan soalan, gunakan gerak geri semulajadi tanpa merasa kekok atau keterlaluan. http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3107_1299483089.pdf