kemahiran motor

5
KEMAHIRAN MOTOR Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. MOTOR HALUS Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. MOTOR KASAR Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

Upload: ahmad-adzha

Post on 23-Jun-2015

1.156 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Motor

KEMAHIRAN MOTOR

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf

dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor

sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan

asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti

pembelajaran dengan penuh yakin.

MOTOR HALUS

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot

kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan

lidah.Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ

deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

MOTOR KASAR

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti

gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan.

Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan

tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam

pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan

motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan

keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan

sentuhan.

Page 2: Kemahiran Motor

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Perkembangan kemahiran manipulatif seseorang bermula sejak mereka lahir

seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran

manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor

kasar . Kemahiran manipulatif adalah merupakan kebolehan seseorang untuk

menggunakan dan mengawal anggota – anggota badan untuk mengendalikan

sesuatu alatan atau objek, contohnya seperti menendang bola, menyambut bola

dan sebagainya. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata dan lain –

lain anggota badan.

KETEPATAN LAKUAN ( KEMAHIRAN MOTOR KASAR

DAN MOTOR HALUS ) DALAM PERMAINAN BOLA

BALING

Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola Baling adalah berasaskan kepada jenis

atau saiz otot –otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti

melakukan jaringan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran paras dada, otot

kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang

dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari

akan menentukan ketepatan arah bola yang dilontar atau dibaling. Kemahiran ini

amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan

tangan-jari semasa membuat hantaran.

Page 3: Kemahiran Motor

Ketika membuat jaringan, otot kasar di bahagian tangan dan bahu memberi

kekuatan yang dimahukan ketika membuat jaringan manakala otot halus pula di

bahagian jari akan menentukan arah tuju dan ketepatan bola yang dibaling.

Page 4: Kemahiran Motor

Lain – lain aktiviti yang melibatkan motor kasar dan motor halus