bab 2 tesis perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak tadika dalam menggunting dan faktor yang...

26
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya adalah berpandukan bahan- bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan surat khabar. Kebanyakan buku yang digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan-bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-bahan yang diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet.

Upload: yusnia92

Post on 04-Jan-2016

7.368 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya

adalah berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan surat

khabar. Kebanyakan buku yang digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan

kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan-

bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-bahan yang diperolehi menerusi

media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet.

Sesebuah tinjauan literatur amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia memberikan

idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

1.1. Definisi Perkembangan

Page 2: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Setiap yang hidup mengalami perubahan sama ada dari segi pertumbuhan mahupun

perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifa kualitatif (Atan Long, 1980).

Perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantiti seperti pertumbuhan yang boleh diukur

dengan kilogram bagi berat misalnya. Namun begitu perubahan dalam perkembangan

seseorang itu dapat dilihat jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat awal atau yang

sebelumnya.

Menurut Crow & Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling

berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada

berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku mahupun keseluruhan sahsiah adalah

mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang

berlaku dalam warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada struktur organism dalam

keadaan yang saling berkaitan serta berhubung dengan pertambahan umur.

Secara ringkas perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling

berkaitan antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu

dan yang dijangkakan.

1.2. Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak berkembang menerusi beberapa aspek yang saling berhubung kait antara satu

samalain iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi, rohani dan sosial. Menurut Haliza

Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal didefinasikan sebagai suatu proses yang

dialami dalam setiap individu yang melibatkan perubahan daripada segi perkembangan

kemahiran psikomotor dan kemahiran tersebut memerlukan penglibatan penggunaan

anggota badan individu terbabit.

Page 3: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal adalah perubahan-perubahan

yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan secara tidak langsung.

Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui perkembangan fizikal menentukan

kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu, contohnya dalam permainan dan aktiviti

luar.

Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau

bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan

dan perwatakan manusia. Semasa melalui proses pertumbuhan kanak-kanak akan

mengalami perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat diukur, pertumbuhan

ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam proses

perkembangan fizikal ianya agak berbeza dengan aspek perkembangan yang lain yang tidak

akan terhenti, perkembangan fizikal ianya akan berhenti apabila telah mencapai tahap

kematangan.

Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi pertumbuhan

fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta mengawalan

dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk & Margetts (2007)

yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal,

kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan

manusia.

Perkembangan fizikal menekan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak

dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Berpandukan Kurikulum Standart Prasekolah

Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2009), tunjang

perkembangan fizikal dan estetika merangkumi perkembangan fizikal dan pengajaraan

kesihatan serta perkembangan kreativiti.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang mengguatkan

kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah

kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah

seperti memegang pensel, penglibatan dalam aktiviti sukan, serta pengendalian peralatan.

Schmidt dan Weisberg (200) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak

boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara tertutup atau terbuka. Kemahiran

fizikal tertutup adalah di mana kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran

terkawal dan tidak berubah. Kemahiran fizikal terbuka pula adalah sebaliknya. Kedua-dua

kategori kemahiran fizikal ini penting dalam perkembangan kemahiran kanak-kanak.

Page 4: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Perkembangan adalah suatu proses yang rencam atau kompleks. Menurut Gallahue

(1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kategori

asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk

berinteraksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam

perkembangan fizikal kanak-kanak adalah keseimbangan, pergerakan dan manipulasi.

Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan

mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan

tingkahlaku kanak-kanak tersebut, manakala manipulasi pula melibatkan kemahiran kanak-

kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

1.2.1.Kemahiran Motor

Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu.

Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan

badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989)

berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan

yang berhubung dengan persekitaran tertentu.

Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah

kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan

persekitaran tertentu. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan

pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari

kaki, bibir dan lidah. Selain itu, motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan

otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya

dengan mata. Menurut Huttenlocher, (1994) mengatakan kanak-kanak dapat

meningkatkan kemahiran motor halus ini secara normal melalui aktiviti harian mereka

sendiri sejak umur 3 tahun.

Menurut Hopkins & Butterworth (1997), perkembangan motor bayi dan

kanak-kanak merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi dan kanak-kanak

dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem

pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran

bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan.

Misalnya:

Page 5: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Kawalan kepala dan bahagian di atas dada digabungkan menjadi

kawalan duduk dengan sokongan;

Kemahiran menendang, menghayun dan mencapai dicantumkan

menjadi kemahiran merangkak;

Kemahiran merangkak atau menggerakkan kaki kanan dan kaki

kiri, berdiri dan melangkah diperlukan dalam kemahiran berjalan.

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran

motor kasar dan juga kemahiran motor halus.

a) Kemahiran Motor Kasar

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar

seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian

badan. Kemahiran motor kasar adalah satu kemahiran yang membantu

seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contohnya

merangkak, berdiri dan berjalan.

Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin kurang

berat atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang berbanding

bahagian seluruh badan. Dengan perubahan ini, pusat graviti mereka akan

beralih dari bahagian kepala ke bawah, menuju ke tubuh badan. Perubahan

tersebut membuatkan mereka semakin seimbang.

Menurut Gretchell & Robertson (1989), pada usia satu hingga dua

tahun, pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin terkawal,

seterusnya membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti berlari.

Kematangan ini menyediakan mereka untuk mengembangkan kemahiran

motor baru yang melibatkan otot besar badan seperti memanjat dan

melompat.

Jadual 2.1 menunjukkan perkembangan kemahiran motor kasar pada

peringkat kanak-kanak. Antara umur 3 hingga 6 tahun, mereka boleh

meloncat pada sebelah kaki, melompat dengan menggunakan kaki secara

selang seli dan membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan

badan (Robertson, 1989).

Page 6: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Perkara Umur Perkembangan Motor Kasar

Kawalan Kepala1 Bulan Mengangkat dagu apabila meniarap

4 Bulan Koordinasi mata-tangan semasa mencapai

Kawalan Badan2 Bulan Mengangkat dada apabila meniarap

10 Bulan Merangkak

Duduk

4 Bulan Duduk dengan bantuan

5 Bulan Duduk di riba sambil memegang objek

6 Bulan Duduk di atas kerusi bayi sambil bermain dengan objek

7 Bulan Duduk bersendirian (tanpa bantuan)

Berdiri

8 Bulan Berdiri dengan bimbingan

9 Bulan Berdiri dengan bantuan perabot

10 Bulan Berdiri dengan sedikit bantuan

12 Bulan Berdiri dan berjalan apabila dipapah

14 Bulan Berdiri bersendirian tanpa bantuan

Berjalan

11 Bulan Berjalan dengan bimbingan

15 Bulan Berjalan sendirian

1–2 Tahun Berjalan dengan mahir; mula berlari

3–5 Tahun

Berlari dengan laju tanpa jatuh

Berjalan di atas ‘Beam Balance’

Menendang bola

Membaling bola secara bertujuan sambil

menggerakkan badan

Berjalan dengan garisan lurusberlari dengan lancar

Lompat dan meloncat dengan sebelah kaki

Page 7: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

5–6 Tahun Berlari sambil menendang bola

Menyesuaikan badan semasa menyambut bola

Menaiki

Kenderaan

1–2 Tahun Menaiki kereta atau basikal tolak

3–5 Tahun Menunggang basikal tiga roda

5–6 TahunMenunggang basikal tiga roda dengan mahir dan laju

Menunggang basikal dua roda

Memanjat

dan Melompat

1 Tahun Memanjat tangga

2–3 Tahun Naik turun tangga

3–4 Tahun

Menaiki alat memanjat

Meloncat di atas dua belah kaki

Bergayut dan bergerak di atas ‘monkey bar’

Meloncat pada sebelah kaki 7 – 9 kali dengan laju

dan terkawal

Melompat dengan menggunakan kaki selang seli

Lompat atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan

lebih jauh

Jadual 2.1: Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

b) Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan

pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari

tangan, kaki, jari-jari kaki, bibir dan lidah. Ianya juga melibatkan

gabungan koordinasi pergerakan otot-otot kecil dengan organ-organ deria.

Contohnya pergerakan otot di jari-jari tangan dengan mata.

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini kanak-kanak

akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri contohnya

seperti dalam aktiviti membutang baju, mengikat tali kasut dan juga

menggunting. Kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan

tangan dan jari dalam melakukan sesuatu aktiviti dinamakan sebagai

‘dexterity’. Kemahiran ini juga melibatkan kebolehan mengkoordinasi

Page 8: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan

dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

Perkembangan ini memainkan peranan penting untuk membuka

jalan baru dalam penerokaan persekitaran (Piaget, 1936). Jadual 2.2

memberi rumusan perkembangan motor halus kanak-kanak pada peringkat

awal.

Memakai baju Makan Lain-lain

2 – 3 tahunDapat mengezip

zip yang besar

Menggunakan sudu

dengan berkesan

Membuka pintu dengan

memusing knob/pintu

3 – 4 tahun

Mengancing dan

menanggalkan

butang yang besar

Makan sendiri tanpa

bantuan

Menggunting kertas dengan

gunting

Melukis garisan lurus dan bentuk

bulat

4 – 5 tahun

Menukar baju

tanpa bantuan

Menggunakan garfu

dengan berkesan

Menggunting mengikut garis

Menyalin bentuk segi tiga,

pangkah dan sedikit huruf

5 – 6 tahun

Mahir memakai

baju sendiri

Menggunakan pisau

untuk memotong

makanan yang

lembut

Melukis orang dengan 6 bahagian

Menulis perkataan ringkas

Jadual 2.2 : Perkembangan Motor Halus Kanak-kanak pada Peringkat Awal

Perkembangan kemahiran motor halus merangkumi

prapencapaian iaitu pantulan genggaman dan pergerakan tangan tetapi

tidak berjaya menyentuh objek, koordinasi pergerakan mencapaian dimana

kawalan jari dan menggunakan mata untuk panduan, kemahiran motor

bermula secara keseluruhan, membahagikan aktiviti dan menggerakkan ke

arah menguasai pergerakan motor halus.

Page 9: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Perkembangan motor halus turut membabitkan kordinasi antara

kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Dengan kemajuan

penglihatan pada peringkat prasekolah, kawalan penglihatan kanak

menjadi semakin tepat. Jadual 2.3 merumuskan perkembangan koordinasi

mata-tangan kanak-kanak.

Umur Perkembangan motor halus

1 Bulan

3 Bulan

Menghisap jari

Mencapai objek di depan mata

Genggaman ‘ulnar-palmar’

1 Tahun Memegang objek besar dengan menggunakan ibu jari dan

jari telunjuk (genggaman ‘pincer’ / cubitan)

Memegang krayon besar dan menconteng ke kanak-kiri.

2 – 3 Tahun Menangkap bola besar

Melukis dengan krayon bentuk lurus

Melukis orang yang tidak lengkap

3 – 4 Tahun Membaling bola sambil bergerak

Menyambut bola dengan tangan

Menyesuaikan gerak badan semasa membaling,

melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan

kecil.

Memegang krayon kecil

Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan

sebagainya

5 – 6 Tahun Kanak-kanak dapat memegang pensel namun caranya

berubah-ubah.

Meniru lukisan segi empat.

Melukis gambar manusia yang dua dimensi tetapi

bentuknya kurang realistic

Dapat menulis huruf-huruf seperti o

Dapat mewarna dalam garisan

Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah

Page 10: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Jadual 2.3: Perkembangan Koordinasi Mata-Tangan Kanak-kanak

Ciri motor halus ini penting terutama dalam memahami

perkembangan motor halus kanak-kanak yang dapat membantu dalam

membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh

pembelajran kemahiran menggunting, adalah amat penting untuk guru

memahami perkembangan motor halus dalam megawalan gunting untuk

kanak-kanak ini menggunting. Guru harus tahu cara pengawalan

genggaman jari tangan kanak-kanak pada gunting. Sekiranya guru

mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat memperkembangkan

kemahiran, guru akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan

penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menggunting dengan baik.

Contohnya guru perlu mempertimbangkan saiz, bentuk dan ciri-ciri

gunting yang sesuai untuk kanak-kanak mula menggunting.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul

juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukan tangan, kaki

dan badan ini sangat penting dalam melaksanakan tugas yang memerlukan

kemahiran motor halus. Craig & Digdon (2001), menyatakan kanak-kanak

seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan

kaki berada dalam kedudukan 90° dengan kedudukan badan mereka agak

kedepan sedikit. Apabila kanak-kanak berada dalam keadaan yang selepas

mereka dapat menggerakkan tangan, lengan dan jari dengan stabil.

Menurutnya Bayley (1969;1993) biasanya, kanak-kanak akan

mengikuti turutan perkembangan yang tertentu dalam perkembangan

motor mereka. Dalam perkembangan motor, tren sefalokaudal dan

proksimodistal memainkan peranan penting. Tren sefalokaidal bermaksud

perkembangan berlaku pada bahagian kepala (sefalis) dan berakhir pada

bahagian badan bawah seperti kaki (kaudal). Tern proksimodistal pula

bermaksud kawalan motor bermula pada bahagian tengah badan dan

berakhir pada hujung badan. Setiap kemahiran berlaku secara peningkatan

daripada kemahiran yang sedia ada (pantulan) kepada kemahiran yang

lebih rumit.

Page 11: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

1.3. Bantu Tanda (Milestone) Perkembangan Kemahiran Motor Halus

Setiap kemahiran pergerakan yang baru membolehkan kanak-kanak mengawal badan dan

menambah kebolehan mereka berhubung dengan persekitaran mereka. Apabila kanak-

kanak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, peluang untuk meneroka persekitaran

berganda. Pencapaian motor kanak-kanak membawa kesan yang besar kepada perhubungan

sosialnya. Kemahiran motor baru seperti menunjuk ke arah permainan membolehkan kanak-

kanak berkomunikasi secara berkesan. Perubahan dari segi kemahiran motor, kebolehan

berinteraksi sosial, berfikir dan menggunakan bahasa saling menyokong perkembangan satu

dengan lain.

Selain kemahiran motor kasar, kanak-kanak juga berupaya memiliki kemahiran

motor halus seperti memakai baju, menyikat rambut, menggunakan sudu ketika makan,

menggunakan gunting untuk memotong kertas dan menulis. Batu tanda kemahiran motor

halus kanak-kanak boleh di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi dan

petatih, peringkat awal kanak-kanak dan peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak.

1.3.1.Kemahiran Motor Halus Bayi dan Petatih (0 – 2 tahun)

Ketika dilahirkan bayi mempunyai daya kawalan motor yang lemah dan terhad.

Walaupun begitu, mereka sudah menguasai banyak bahagian kawalan otot yang

kemudiannya menjadi selaras dan sempurna dalam pergerakan tangan, lenggan dan

jari-jari tangan. Kemahiran mencapai dan menggenggam bertambah baik dalam masa

dua tahun pertama kehidupannya. Biasanya bayi hanya memperlihatkan pergerakan

bahu, lengan dan siku secara kasar. Kemahiran menggerak pergelangan tangan,

memusing tangan, dan menyelaras ibu jari serta jari yang lainnya berlaku kemudian.

Menurut Gesell (1928) dan Shirley (1933), pada usia dua tahun pertama ini

kawalan tangan bermula sebagai pergerakan yang berbentuk pantulan kemudian

berkembang menjadi kemahiran motor halus yang lebih terkawal.

Page 12: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

1.3.2.Kemahiran Motor Halus Awal Kanak-kanak (2 – 6 tahun)

Menurut kajian-kajian Furuno et al. (1987), kecekapan motor halus kanak-kanak pada

usia 2 hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Sejak lahir hingga umur 3

tahun, kanak-kanak banyak dilatih kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu.

Apabila mencapai usia prasekolah, kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu

ini akan menjadi semakin mahir, misalnya dalam permainanmemasukkan blok ke

dalam bentuk lubang yang sesuai. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan untuk

mengambil objek-objek kecil seperti manik menggunakan ibu jari dan telunjuk

(kawalan pincer), namun mereka masih belum cermat dalam kawalan tersebut.

Semasa umur 4 tahun, pengendalian motor halus kanak-kanak sudah

meningkat dan menjadi lebih cekap dan tepat. Walaupun begitu, kanak-kanak pada

usia ini tetap menghadapi masalah untuk membina menara tinggi dengan blok-blok

kerana kurang sempurna dalam meletakkan blok tersebut.

Pada umur 5 tahun, motor halus kanak-kanak akan semakin terurus dan

meningkat lebih maju. Seiring dengan penyelarasan antara mata dan jari kanak-kanak

pada usia ini mampu untuk mengimbangi kawalan tangan, lengan dan badan dengan

pergerakan mata. Oleh itu mereka dapat membina sesuatu binaan yang lebih kompleks

dengan mahir dan mudah sahaja. Pada umur 5 hingga 6 tahun, penguasaan kawalan

jari serta penyelarasan tangan dan mata menyebabkan kanak-kanak dapat mencapai

kebolehan yang berikut dalam kemahiran motor halus:

Mencantum puzzle atau menyesuaikan gambar.

Membina bentuk-bentuk blok yang bersaiz kecil.

Mengginting mengikut garisan tepi gambar dan menampal gambar.

Melukis bentuk segi tiga, segi empat, bulatan

Melukis orang dang mbar yang lebih rumit.

Menggunakan sudu semasa makan.

Mengenakan butang dan zip.

Menyikat rambut dan menggunakan tandas tanpa bantuan.

Page 13: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

1.3.3.Kemahiran Motor halus Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 – 11

tahun)

Semasa kanak-kanak mulai memasuki alam persekolahan, otot mata dan tangan

mencapai koordinasi yang memuaskan dan bersedia untuk belajar menulis, membaca,

mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh

kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah di bahagian tangan dan kaki

terutamanya. Dengan ini, segala aktiviti dan pergerakan seperti menulis dan menjahit

dapat dikawal dengan sempurna

1.4. Kemahiran Menggunting

Menggunting dengan tepat menggunakan gunting ialah salah satu kemahiran motor halus

yang sering dipandang remeh. Apabila kita melihat kanak-kanak menghadapi kesukaran

menggunakan gunting, kita selalunya akan memarahi mereka atau menggunting untuk

mereka. Menggunting memerlukan koordinasi pelbagai kemahiran termasuk koordinasi

motor halus, koordinasi biteral serta koordinasi mata dan tangan. Seperti kemahiran-

kemahiran yang lain, kemahiran menggunting berkembang secara berurutan dan

memerlukan arahan yang sesuai serta latihan berterusan untuk perkembangan sempurna.

Murid yang menghadapi masalah menggunting akan ketinggalan di dalam pelajaran dan

yang lebih serius lagi akan menyebabkan objektif pembelajaran dan pengajaran yang

ditetapkan tidak dapat dicapai.

Kajian ini juga dapat membantu pengkaji bagi meningkatkan minat belajar yang

positif dalam diri responden yang mana responden menunjukkan rasa seronok dan berminat

Page 14: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran selain dapat melakukan aktiviti kemahiran

motor halus yang menggalakkan mereka berdikari dan lebih yakin dalam menghasilkan

sesuatu kerja yang diberikan.

Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti yang mampu untuk

meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang seterusnya dapat

mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menulis dan banyak lagi aktiviti harian

yang melibatkan kemahiran motor halus. Selain itu, selain daripada aktiviti menggunting

pelbagai teknik lain juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus

murid. Contohnya, guru boleh menggunakan doh iaitu meliputi kemahiran meramas,

membentuk, mencubit, memicit doh dan sebagainya. Doh tersebut boleh dibuat sendiri oleh

guru dengan menggunakan pelbagai warna sebagai ganti kepada plastisin. Kemahiran

menggunting adalah salah satu kemahiran yang dipandang remeh oleh guru atau orang

dewasa berikutan persepsi yang beranggapan bahawa aktiviti menggunting adalah bahaya

untuk kanak-kanak. Namun hakikatnya sekiranya kanak-kanak dibimbing dan dikawal

semasa menggunting tidak mustahil kemahiran motor halus kanak-kanak dapat ditingkatkan

disamping koordinasi mereka.

Memotong menggunakan gunting adalah penting dan digunakan dalam kebanyakan

aktiviti seni di tadika. Namun begitu tidak ramai pihak yang beranggapan begitu

termasuklah guru-guru tadika itu sendiri dan juga ibu bapa. Mereka tidak menyedari bahawa

meotong menggunakan gunting boleh dianggap sebagai kemahiran pra-tulis. Ini adalah

kerana, jika dilakukan dengan betul ia akan memberikan banyak latihan kepada kanak-

kanak menggunakan jari tripod bersama-sama iaitu jari ibu, jari telunjuk dan juga jari

tengah. Dalam cengkaman pensil yang matang boleh dilihat bagaimana jari tripod berfungsi

dengan baik bersama-sama untuk mengawal pensil. Menggunting menggunakan gunting

dengan cara pegangan gunting ynag betul mampu untuk memberikan latihan kepada jari

jemari kanak-kanak dan mampu menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Menggunting melibatkan dua kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran dalam

menggunakan gunting dan juga kemahiran bagaimana untuk menggunting pada garisan.

Oleh itu perlu dipastikan bahawa gunting dipegang dengan betul. Cara memegang gunting

yang betul adalah dengan ibu jari melalui satu lubang dan jari tengah melalui lubang yang

lain dan jari telunjuk berada di luar gunting. Namun sekiranya jari kanak-kanak tersebut

Page 15: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

sangat kecil, jari telunjuk tersebut dibolehkan untuk melaui lubang yang sama dengan jari

tengah.

Guru-guru juga seharusnya lebih prihatin terhadap masalah murid dan mengambil

inisiatif dengan melaksanakan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor

halus murid. Latihan motor halus yang berterusan mampu mengubah tahap keupayaan

murid ke arah yang lebih baik. Pihak pengurusan juga perlu memantau proses P&P yang

berlaku agar murid-murid didedahkan dengan pendidikan yang berkualiti.

1.5. Kajian-Kajian Dalam Negara

Suhainita Md. Zain (2008) yang telah menjalankan kajian yang melibatkan enam orang

pelajar dengan mengkaji tahap kemahiran motor halus pelajar tersebut dalam aktiviti

menggunting. Hasil dapatan kajian tersebut agak mengecewakan di mana tahap kemahiran

motor halus kanak-kanka masih di tahap yang rendah. Namun, beliau telah menggunakan

dan mempraktikkan bebarapa kaedah intervensi untuk membantu perkembangan kemahiran

motor halus menggunting dalam kalangan kanak-kanak iaitu melalui teknik menggunting

garisan lurus, garisan zig-zag, garisan bengkang bengkok dan penghasilan bentuk.

Intervensi yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang positif dalam meningkatkan tahap

kemahiran motor halus kanak-kanak dalam kemahiran menggunting.

Menurut kanjian yang dilakukan oleh Noor Hidayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim

pada 2008, masalah gangguan kepada proses perkembangan kemahiran motor pada

peringkat kanak-kanak 5 tahun boleh membawa kepada risiko untuk interaksi antara kanak-

kanak ini menjadi tidak stabil akibat keadaan sosial yang tidak seimbang. Kajian yang

dilakukan oleh Noor HIdayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim ini adalah bertujuan untuk

Page 16: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

mengukur tahap keupayaan kemahiran motor dalam kalangan kanak-kanak, menganalisis

kemahiran motor halus mengikut jantina dan membuat perbandingan keupayaan kanak-

kanak. Hasil dapatan kajian menunjukkan majority kanak-kanak berusia 5 tahun berada

pada tahap kemahiran motor yang memberangsangkan.

1.6. Kajian-kajian Luar Negara

Di dalam kajian ‘Poor Role Models: Children Say Two Third of Parents Do Almost No

Physical Activity’ yang dijalankan oleh Dr. Gavin Sandercork mendapati salah satu

penyebab kanak-kanak mengalami kurang bergerak dalam aktiviti fizikal adalah disebabkan

faktor pengaruh ibu bapa mereka sendiri yang tidak menggalakkan aktiviti fizikal dilakukan.

Ibu bapa sepetutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-kanak dengan

memberikan dorongan kepada kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal dan aktif.

Menurut Cooper (2010) dalam ‘Knowledge and Understanding of the World’,

kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan

teknikal, membuat dan mengukur. Kajian Comptom (2010) turut mengatakan kanak-kanak

memerlukan kemahiran motor halus dan motor kasar juga untuk melakukan aktiviti kreatif

seperti menari, drama dan seni.

1.7. Kesimpulan

Keseluruhan dalam bab ini telah menjelaskan secara terperinci mengenai konsep,

pengertian, teori-teori berkaitan dan kajian-kajian lepas mengenai tajuk kajian sama ada dari

dalam mahupun luar negara. Hasil dapatan kajian literature menunjukkan bahawa

penguasaan kemahiran motor halus di peringkat awal sangat penting dalam perkembangan

fizikal kanak-kanak.

Page 17: BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya