bola jaring prasekolah 1. 2. - ppdjasin.edu.my jaring prasekola… · menguasai kemahiran...

12
1 BOLA JARING PRASEKOLAH __________________________________________________________________________ 1. Pengenalan Permainan Bola Jaring disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ). 2. Matlamat 1.1. Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas. 3. Objektif 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai. 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif dan kreatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4. Kumpulan Sasaran 4.1 Murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. 4.2 7 orang murid perempuan dari setiap pasukan tidak termasuk pemain simpanan. 5. Syarat-Syarat Dan Peraturan Pertandingan Bola Jaring Prasekolah 5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain tidak termasuk pemain simpanan. 5.2 Peraturan-peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM mengikut kesesuaian murid prasekolah. 5.3 Semua keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.

Upload: trancong

Post on 11-Feb-2018

368 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

1

BOLA JARING PRASEKOLAH

__________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Permainan Bola Jaring disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan

sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ).

2. Matlamat

1.1. Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar.

1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

3. Objektif

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

3.3 Membina insan yang aktif dan kreatif.

3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4. Kumpulan Sasaran

4.1 Murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun.

4.2 7 orang murid perempuan dari setiap pasukan tidak termasuk pemain simpanan.

5. Syarat-Syarat Dan Peraturan Pertandingan Bola Jaring Prasekolah

5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain tidak termasuk pemain simpanan.

5.2 Peraturan-peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM

mengikut kesesuaian murid prasekolah.

5.3 Semua keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.

Page 2: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

2

6. Bilangan Pegawai dan Peserta

6.1 Setiap pasukan terdiri daripada:

Pengurus Pasukan : 1 orang,

Jurulatih : 1 orang

Peserta : 7 orang (tidak termasuk pemain simpanan)

6.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

6.3 Borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur hendaklah diisi dengan

lengkap dan diserahkan kepada jawatankuasa pengelola bersama-sama dengan

salinan Sijil Kelahiran / MyKid yang telah disahkan.

7. Tempoh Perlawanan

5 – 3 – 5 ( 5 minit pertama – 3 minit rehat – 5 minit kedua )

8. Sistem Pertandingan

8.1 Liga dalam kumpulan

8.2 Pusingan Suku Akhir

8.3 Pusingan Separuh Akhir

8.4 Perlawanan Akhir

9. Penentuan Kemenangan

9.1 Sistem pemberian mata secara liga diberikan :

Menang - 3 mata,

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

9.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada

pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan

dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.

9.3 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang

akan ditentukan dengan perbezaan jaringan gol.

9.4 Sekiranya keputusan seri semasa perlawanan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir

dan Akhir.

Page 3: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

3

9.4.1 Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran.

9.4.2 Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran tambahan

sehingga pemenang dapat ditentukan.

10. Pertukaran Pemain

10.1 Setiap pasukan boleh melakukan pertukaran pemain sebanyak 3 kali pada setiap

perlawanan.

10.2 Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula dan pertukarannya

akan diambil kira.

10.3 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran posisi semasa rehat atau permainan

diberhentikan atas sebab kecederaan atau sakit.

11. Pakaian

11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai ‘bib’ seragam.

11.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set ‘bib’ yang berbeza warna.

11.3 Saiz ‘bib’ dicadangkan berukuran 42cm x 35cm dan huruf bercetak. (Rujuk

lampiran)

11.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku

pendek.

11.5 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan

memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

Page 4: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

4

12. Gelanggang Dan Peralatan

( DIUBAH SUAI MENGIKUT KESUAIAN MURID PRASEKOLAH )

1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 10.5 m ( panjang(p) X lebar(l)

21 m

10.5m

12.1 Tiang Gol : Tinggi tiang 1.7 meter

- Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain

12.2 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380mm.

12.3 Panjang jaring secara horizontal dari tiang berukuran 150mm.

12.4 Jenis bola ‘rubber’ dan bersaiz 4.

13. Bilangan Pemain

13.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi : C,

WD, WA, GA, GD, GK dan GS

14. Peraturan Permainan

(Kesesuaian di peringkat murid prasekolah)

14.1 Semua pemain berada di posisi masing-masing sewaktu memulakan permainan.

Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan.

Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol.

3.5M

0.6M

7m 7m 7m

Page 5: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

5

14.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.

14.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. Dibenarkan

mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan

atau bulatan gol. Pemain dibenarkan ‘pivot’(berpusing dengan 2 kaki) untuk

menghantar bola. Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan

‘menggantung’ salah satu kaki.

14.4 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam

bulatan gol. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam

bulatan gol.

14.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum

membuat hantaran. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan.

14.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan.

14.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.

15. Pematuhan Masa

15.1. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum perlawanan

dimulakan.

15.2. Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang

munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan

jaringan 5 - 0.

12. Bantahan Dan Rayuan

12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah

diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 1 jam selepas

tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan

sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang

dikemukakan itu didapati tidak wajar.

12.2 Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi

Jawatankuasa Teknik Pertandingan dan 3 orang wakil daripada Jabatan Pendidikan

Negeri yang berkecuali.

12.3 Keputusan juri adalah muktamad.

Page 6: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

6

13. Keselamatan

13.1 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungan setiap pasukan

masing-masing.

13.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing.

14. Penangguhan Perlawanan

14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan

lebat, petir dan kilat, keadaan padang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya,

maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik berhak

menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut :

14.1.1 Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka perlawanan disambung

mengikut baki masa yang tinggal.

14.1.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang lain, maka perlawanan

hendaklah dimainkan semula.

14.1.3 Sekiranya perlawanan masih tidak dapat dijalankan dan perlawanan telah

melebihi separuh dari masa sebenar maka jaringan semasa akan diambil kira

untuk menentukan pemenang.

14.1.4 Andaikan kaedah di atas gagal untuk menentukan kedudukan pasukan maka

kaedah jaringan penalti akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

- Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran.

- Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran

tambahan akan dilakukan sehingga pemenang dapat ditentukan.

14.2 Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

jadual dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

15. Menarik Diri Dan Menyerah Kalah

15.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja

daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh

pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan tidak dibenarkan memasuki sebarang

pertandingan seterusnya. Mata akan diperolehi oleh pasukan lain yang terlibat

dalam perlawanan yangterdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan

keputusan kumpulan.

Page 7: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

7

16. LAIN-LAIN

16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan

diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan

adalah muktamad.

JADUAL PERTANDINGAN PUSINGAN LIGA

KUMPULAN A

A1 A2 A3 A4 JARINGAN KENA MATA

A1

A2

A3

A4

KUMPULAN B

B1 B2 B3 B4 JARINGAN KENA MATA

B1

B2

B3

B4

KUMPULAN C

C1 C2 C3 C4 JARINGAN KENA MATA

C1

C2

C3

C4

Page 8: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

8

KUMPULAN D

D1 D2 D3 D4 JARINGAN KENA MATA

D1

D2

D3

D4

Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bertanding pada peringkat suku akhir.

JADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR

JOHAN

Page 9: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

9

JADUAL PERTANDINGAN

BIL MASA PERLAWANAN GELANGGANG CATATAN

PUSINGAN LIGA

1

8.30

8.43

A1 vs A2 A

2 B1 vs B2 B

3 C1 vs C2 C

4 D1 vs D2 D

5

8.46

8.59

A3 vs A4 A

6 B3 vs B4 B

7 C3 vs C4 C

8 D3 vs D4 D

9

9.02

9.15

A1 vs A3 A

10 B1 vs B3 B

11 C1 vs C3 C

12 D1 vs D3 D

13

9.18

9.31

A2 vs A4 A

14 B2 vs B4 B

15 C2 vs C4 C

16 D2 vs D4 D

17

9.34

9.47

A1 vs A4 A

18 B1 vs B4 B

19 C1 vs C4 C

20 D1 vs D4 D

Page 10: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

10

21

9.50

10.03

A2 vs A3 A

22 B2 vs B3 B

23 C2 vs C3 C

24 D2 vs D3 D

PUSINGAN SUKU AKHIR

25

10.30

10.43

JA vs NJB A

26 JC vs NJD B

27 JB vs NJA C

28 JD vs NJC D

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

29 11.00

11.13

JX vs NJY A

30 JY vs NJX B

PUSINGAN AKHIR

31

11.30

11.43

NJPA vs NJPB A

32

11.50

12.03

JPA vs JPB A

Page 11: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

11

LAMPIRAN

‘BIB’

Page 12: BOLA JARING PRASEKOLAH 1. 2. - ppdjasin.edu.my JARING PRASEKOLA… · Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran

12

TIANG GOL BERBALUT KETINGGIAN MURID

DAN TIANG GOL

SAIZ BOLA JARING (SAIZ 4) YANG DITETAPKAN