kemahiran mengarang

9
BMM3104 Kemahiran mengarang Mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koheran dan pemerengganan

Upload: zue-layhar

Post on 26-May-2015

1.323 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran mengarang

BMM3104

Kemahiran mengarang

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi,

koheran dan pemerengganan

Page 2: kemahiran mengarang

Pelajar-pelajar harus benar-benar memahami tajuk karangan.

Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang membaca.

Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut.

Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih teknik-teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format yang sesuai.

Mengaitkan isi dengan tajuk

Page 3: kemahiran mengarang

Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain.

Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut.

Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik.

Koheran

Page 4: kemahiran mengarang

Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik.

Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.

Koheran

Page 5: kemahiran mengarang

Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik.

Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.

Koheran

Page 6: kemahiran mengarang

Kohesi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukungdengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan.

Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lingkungan tema yang sama.

Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi karangan yang terpesong dan kabur.

Kohesi

Page 7: kemahiran mengarang

Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan.

Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu.

Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat dan padat.

Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan.

Kemahiran pemerengganan

Page 8: kemahiran mengarang

Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan.

Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema.

Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-ayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut.

Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan.

Kemahiran pemerengganan

Page 9: kemahiran mengarang

Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan menarik?

ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan dengan baik?

iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?

iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama?

Kemahiran pemerengganan