kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)

1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan menggunakan papan kekunci . Keluarga Harmoni Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat. Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripada daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapa yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. Keluarga Ikhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka juga suka tolong menolong antara satu sama lain semasa melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka sentiasa bersih. Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.

Upload: norazhar-mohamad

Post on 24-Jul-2015

78 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan menggunakan papan kekunci .

Keluarga Harmoni Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat. Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripada daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapa yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. Keluarga Ikhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka juga suka tolong menolong antara satu sama lain semasa melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka sentiasa bersih.

Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.