kemahiran dinamika.doc

3
KONSEP KESUKARELAAN Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak diaksa!aksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”" #anakala erkataan “kesukarelaa membawa makna “sika sukarela”" Selan$utn%a, mereka %ang melakukan sesuatu dengan sukarela dianggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi eremuan" &erasaskan makna tersebut, kesukarelaan daat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu kehendak sendiri, tidak diaksa atau dikerah, dengan niat %ang ikhlas atau setulus dengan tidak mengharakan aa!aa ulangan keada diri sendiri" Di mala%sia, terdaat elbagai ertubuhan sukarelawan %ang diasaskan seerti #ER'(, RELA dan sebagain%a" Pertubuhan sukarelawan bermaksud ertubuhan diasaskan )leh buk badan kera$aan atau N*O amat enting untuk membantu )rang %ang berada dalam kesusa Pertubuhan sukarelawan selalun%a membantu mangsa!mangsa %ang ditima ben+ana alam seerti ban$ir dan tanah runtuh" Pertubuhan ini berdiri tana s)k)ngan kewangan dan dariada kera$aan dan mendaat sumbangan dariada )rang awam" Pertubuhan ini ditubu atas nama kemanusiaan dan insan %ang berbakti se+ara sukarela tidak mengharakan ga an Sri Dr" -emilah #ahm))d meruakan residen #ER'( #ala%sia dan ertubuhan ini ditubuhkan berikutan erang di K)s).)" /alauun beliau ernah ditembak ketika membu kemanusiaan, semangat beliau tidak ernah luntur untuk membantu mangsa!mangsa %nag mengalami musibah" Namun malangn%a, ertubuhan ini kurang diminati )leh g)l)ngan re walauun eranann%a sangat besar" Oleh itu, langka!langkah sewa$arn%a erlu diambil Keentingan men%ertai kegiatan sukarelawan ialah rema$a daat melengkakan diri den engetahuan" Rema$a semestin%a tahu bahawa ilmu tidak dier)leh han%a di bilik kul kelas semata!mata" 0lmu itu luas seerti lautan" 0lmu $uga daat dier)lehi melalui dan englibatan dalam kegiatan kemanusiaan" ')nt)hn%a, -abatan Pertahanan Awam #ala 1-PA#2 sering terlibat dalam membantu mangsa dalam ben+ana alam seerti ban$ir" Ahl amat dierlukan untuk membawa mangsa!mangsa ban$ir ke temat %ang selamat" #ereka h meng)rbankan n%awa mereka sendiri untuk men%elamatkan n%awa )rang lain" #ereka $uga men%ediakn bantuan dari segi makanan, selimut dan lain!lain keada mangsa" Pengetah mereka daat b)leh mereka man3aatkan $ika ke$adian ben+ana alam berulang lagi" Usah sewa$arn%a dihargai dan la%ak di beri ingat keberanian kerana sanggu berk)rban n% men%elamatkan )rang lain" -adi, engalaman %nag dier)leh tidak daat ditukar ganti wang ringgit" Selain itu, rema$a digalakkan men%ertai kegiatan kesukarelawan untuk mengelakkan da ter$ebak dengan ge$ala negati3" -ika kita lihat senari) ada hari ini, ramai g)l)ng terlibat dengan ge$ala negati3 seerti lumba haram, leak, .andalisme, )nteng dan akti.iti %nag tidak sihat" Akti.iti tidak sihat seerti ini b)leh menghakis m)ral d

Upload: nik-yuhanis

Post on 04-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KONSEP KESUKARELAAN

Perkataan sukarela, menurut Kamus Dewan, bermakna dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala perkataan kesukarelaan pula membawa makna sikap sukarela. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil sukarelawan bagi lelaki dan sukarelawati bagi perempuan.

Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Di malaysia, terdapat pelbagai pertubuhan sukarelawan yang diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya. Pertubuhan sukarelawan bermaksud pertubuhan diasaskan oleh bukan badan kerajaan atau NGO amat penting untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Pertubuhan sukarelawan selalunya membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Pertubuhan ini berdiri tanpa sokongan kewangan dan dana daripada kerajaan dan mendapat sumbangan daripada orang awam. Pertubuhan ini ditubuhkan atas nama kemanusiaan dan insan yang berbakti secara sukarela tidak mengharapkan ganjaran. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood merupakan presiden MERCY Malaysia dan pertubuhan ini ditubuhkan berikutan perang di Kosovo. Walaupun beliau pernah ditembak ketika membuat misi kemanusiaan, semangat beliau tidak pernah luntur untuk membantu mangsa-mangsa ynag mengalami musibah. Namun malangnya, pertubuhan ini kurang diminati oleh golongan remaja walaupun peranannya sangat besar. Oleh itu, langka-langkah sewajarnya perlu diambil.

Kepentingan menyertai kegiatan sukarelawan ialah remaja dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Remaja semestinya tahu bahawa ilmu tidak diperoleh hanya di bilik kuliah atau kelas semata-mata. Ilmu itu luas seperti lautan. Ilmu juga dapat diperolehi melalui pengalaman dan penglibatan dalam kegiatan kemanusiaan. Contohnya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sering terlibat dalam membantu mangsa dalam bencana alam seperti banjir. Ahli JPAM amat diperlukan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat. Mereka harus mengorbankan nyawa mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Mereka juga akan menyediakn bantuan dari segi makanan, selimut dan lain-lain kepada mangsa. Pengetahuan yang mereka dapat boleh mereka manfaatkan jika kejadian bencana alam berulang lagi. Usaha mereka sewajarnya dihargai dan layak di beri pingat keberanian kerana sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan orang lain. Jadi, pengalaman ynag diperoleh tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

Selain itu, remaja digalakkan menyertai kegiatan kesukarelawan untuk mengelakkan daripada terjebak dengan gejala negatif. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai golongan remaja terlibat dengan gejala negatif seperti lumba haram, lepak, vandalisme, ponteng dan pelbagai lagi aktiviti ynag tidak sihat. Aktiviti tidak sihat seperti ini boleh menghakis moral dan kesantunan remaja sekalian. Alangkah baiknya jika mereka menyertai kegiatan kesukarelawan. Kudrat remaja yang kuat amat diperlukan dalam pertubuhan sukarelawan kerana kebanyakan ahli-ahli pertubuhan merupakan golongan yang berumur lingkungan 40 keatas dan semestinya kudrat mereka tidak sekuat golongan remaja. Remaja juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang menyertai aktiviti seperti ini akan dapat membuka minda tentang kehidupan orang yang di timpa musibah dan dapat melahirkan rasa simpati dan empati. Dengan itu, remaja dapat menjadi contoh kepada rakan sebaya yang lain.

Remaja dapat mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai aktivi kesukarelawan. Aktiviti ini juga penting untuk membentuk jati diri dan persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan generasi muda gagal berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Mereka gagal untuk meyakinkan orang lain dan orang lain juga susah untuk memberi sesuatu amanah atau tanggungjawab kepadanya. Apabila golongan remaja ini menyertai aktiviti kesukarelawan mereka sebenarnya terdedah kepada suasana luar yang terarah kepada kehidupan sebenar atau realiti kehidupan. Secara tidak langsung golongan remaja ini dapat melatih diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain dan dapat membina keyakinan diri. Jika mereka berkeyakinan, mereka boleh memimpin sesuatu organisasi atau kumpulan yang ditubuhkan serta dapat membuta keputusan dengan tepat. Jadi, remaja yang berkeyakinan ialah remaja yang boleh memimpin.

Di samping kepentingan menyerti kegiatan kesukarelawan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja meyertai aktiviti ini. Kerajaan boleh menubuhkan skuad muda melalui kerjasama dengan kementerian pendidikan dan pertubuhan sukarelawan yang terdapat di malaysia. Pihak sekolah khususnya boleh menubuhkan kelab skuad muda untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada orang yang mengalami kesusahan. Guru-guru boleh menggalakkan para pelajar meyertai kelab ini dengan menerangkan kepentingan meyertai kelab seperti ini. Terdapat pelbgai aktiviti yang boleh dilakukan oleh kelab ini antaranya melawat persatuann MERCY malaysia, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam di tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Aktiviti seperti ini dapat menunjukkan suasana dan realiti sebenar tentang aktiviti kesukarelawan. Jadi, golongan pelajar juga boleh membantu dalam aktiviti kesukarelawan dan bukanya ahli sukarela sahaja.

Seterusnya, sumbangan dana kepada penbangunan bidang kesukarelawan oleh orang awam atau kerajaan. Walaupun pertubuhan kesukarelawn ini bukannya organisasi kerajaan tapi kita mestilah saling membantu untuk kesejahteraan rakyat. Jika tiada dana atau sumbangan, sesuatu organisasi itu susah untuk bergerak kerana organisasi terbabit memerlukan dana untuk membeli keperluan untuk mangsa-mangsa bencana alam. Hal ini demikian kerana bencana yang terjadi akan berlaku tanpa kita sedari bak kata pepatah malang tidak berbau. Jika berlaku bencan alam, mangsa-mangsa tidak akan sempat untuk menyelamatkan apa-apa, namun mereka dinasihati supaya berjaga- jaga. Contohnya, kawasan yang sering berlaku banjir sentiasaa dinasihati supaya bersedia dan pastikan dokumen penting dibawa bersama ketika menyelamatkan diri. Oleh itu, sumbangan dan dana amat penting untuk memastikan kelancaran sesuatu organisasi.

Tuntasnya, kegiatan kesukarelawan ini amat penting bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kita harus sedar bahawa Persatuan MERcy malaysia merupakan persatuan sekarelawan pertama yang sampai di acheh ketika bencana tsunami berlaku di sana. Ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia merupakan rakyat yang prihatin dan sedia membantu tanpa mengira negara. Misi kemanusiaan lain seperti di iran, afghanistan, kosovo dan sudan merupakan misi kemanusiaan ynag diterajui oleh seorang wanita ynaag tidaak pernah mengenalm erti putus asa dan sentiasa berkobar-kobar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa bencana. Oleh itu, negara kita memerlukan golongan remaja iaitu aset negara untuk menerajui persatuan tersebut atau menubuhkan persatuan sukarelawan lain dan meneruskan kegemilangan ynag telah dikecapi. Jadi golongan remaja harus menggenggam bara api biar sampai jadi arang untuk meneruskan kegiatan kesukarelawan dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam.Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk memberikan bantuan kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.