kemahiran belajar

34
Pengenalan Menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat. Kenyataan ini adalah sangat benar. Pendidikan tidak pernah terhenti bagi seseorang individu tanpa mengira usia dan latar belakang. Sejak lahir lagi, proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran telah dikembangkan dan dipertingkatkan bagi perkembangan kehidupan. Mengguna teknik belajar yang betul dan tepat, proses menuntut ilmu menjadi lebih mudah dan berkesan. Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang. Dengan kata lain, belajar adalah satu prosestindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang

Upload: hafiz-azahar

Post on 21-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tugasan kemahiran belajar

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran belajar

Pengenalan

Menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat. Kenyataan ini adalah sangat

benar. Pendidikan tidak pernah terhenti bagi seseorang individu tanpa mengira

usia dan latar belakang. Sejak lahir lagi, proses pembelajaran dan peningkatan

kemahiran telah dikembangkan dan dipertingkatkan bagi perkembangan

kehidupan. Mengguna teknik belajar yang betul dan tepat, proses menuntut ilmu

menjadi lebih mudah dan berkesan. Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran

belajar, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga

pengertian belajar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai

kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh

ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-

rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran

makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu

pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan

tingkah laku seseorang.

Dengan kata lain, belajar adalah satu prosestindakan yang dilakukan oleh

seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara

keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang

melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan

mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan,

kebolehan dan kemahiran.

Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa

kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang.

Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi

manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi

satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih

Page 2: kemahiran belajar

terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses

yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang

tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat

kelulusan pun.

Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk

golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap

hari dan setiap masa secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun

untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila

masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup.

Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas,

bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk

peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah

dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar.

belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila

manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan

seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan

rasa.

Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi

teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian

dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut

Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya

pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh

pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang

mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan

mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang

berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih

Page 3: kemahiran belajar

praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang

membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun,

menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar

merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar

untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah

pembelajaran seumur hidup.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian

lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya

pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat

mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.

Tidak dinafikan kemahiran belajar dapat membantu dan pembentukan insan

yang dapat menyediakan dengan pelbagai kemahiran serta membina keyakinan

diri pelajar dalam proses pembelajaran di sekolah.

Page 4: kemahiran belajar

Isi-isi

(Kemahiran Belajar dapat membantu dalam pembentukan insan yang dapat

menyediakan dengan pelbagai kemahiran serta membina keyakinan diri

pelajar dalam proses pembelajaran di sekolah)

Kemahiran belajar tercambah kepada beberapa jenis kemahiran. Mungkin ini

bukan kali pertama kita mendengar kita perlu menumpukan perhatian apabila

kita hendak mempelajari sesuatu. Persoalan yang ingin saya timbulkan dalam

esei ini adalah bagaimanakan proses menumpukan perhatian bermula? Menurut

buku ‘Kemahiran Belajar’ dikarang oleh Osman Affan yang diterbitkan pada

tahun 2007, kebolehan menumpukan perhatian bermula dengan keinginan anda

mendapat atau pun mengetahui sesuatu.

Menggunakan teknik menumpukan perhatian yang betul dan baik, kita dapat

menyerap dan menerima apa yang cuba disampaikan sama ada di dalam kuliah

atau interaksi berbentuk verbal. Secara tidak langsung, pembentukan insan yang

berkeyakinan, cakna dan berilmu dapat dilahirkan.

Ramai yang tidak sedar akan pentingnya teknik pernafasan dalam ilmu

kemahiran belajar. Rata-rata melalui kajian saya, persoalan seperti ini akan

timbul : “Hari-hari kita bernafas, mengapa kita perlu belajar cara hendak

bernafas?”

Jawapan bagi persoalan ini adalah, menurut Osman Affan :

“Betul, tetapi cuba fikirkan, pelajar hari-hari belajar, tetapi adakah mereka

belajar dengan cara yang betul? Ramai juga orang yang memandu kereta setiap

hari, tetapi adakah mereka memandu dengan cara yang betul?”

Kebanyakan mengambil mudah dan memandang ringan akan teknik

pernafasan secara berkesan dalam mempraktikkan kemahiran belajar yang betul

Page 5: kemahiran belajar

dan efisien. Cara pernafasan terbaik adalah apabila perut kita yang bergerak ke

depan. Apabila kita menarik nafas, udara yang masuk memenuhi ruang

abdomen iaitu bahagian bawah dada hingga ke pinggang. Ia membuat perut

anda bergerak ke depan. Menurut kajian sains, apabila ruang udara memasuki

ruang abdomen, atau Diaphragm, paru-paru kita dapat mengembang kepada

tahap maksimum. Apabila paru-paru kita dapat mengembang ke tahap

maksimum, ia dapat mengisi lebih banyak udara. Oksigen yang kita sedut dapat

dihantar ke seluruh tubuh, terutama ke bahagian otak kita. (Kemahiran Belajar,

Osman Affan, terbitan PTS One tahun 2007)

Page 6: kemahiran belajar

Apa kaitannya teknik pernafasan dengan kemahiran belajar untuk membantu

pembentukan insan? Otak yang segar membuat kita lebih peka dan cakna akan

keadaan sekeliling serta memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah.

Malah, ilmu yang dipelajari akan kekal dalam ingatan dalam jangka masa yang

lebih lama berbanding dalam keadaan oksigen yang tidak mencukupi.

Tambahan lagi, selalunya kita dapat mengelakkan stress dan tekanan

perasaan jika oksigen yang segar diserap ke dalam tubuh dan dihantar ke otak.

Manusia yang berjaya adalah manusia yang bijak menangani stress serta

tekanan tidak kira apa jua keadaan persekitaran yang mendesak.

Teknik pernafasan yang saya jelaskan sebentar tadi berkait rapat dengan

teknik menenangkan fikiran. Secara logiknya, bagaimana seseorang individu

mampu belajar dengan tenang, efektif dan berkesan jika fikiran berada dalam

keadaan tidak keruan dan bercelaru?

“It’s not stress that kills us, it’s our reaction to it” - Hans Selye

Semasa fikiran kita tidak tenang, kita sama sekali tidak dapat fokus secara

seratus peratus kepada apa yang ingin dipelajari. Minda kita dicipta untuk fokus

kepada satu perkara sahaja dalam satu masa. Justeru, apabila perasaan marah,

tertekan dan sebagainya menguasai diri, adakah ia nya mustahil untuk anda

dapat menyerap apa yang ingin dipelajari? Oleh yang demikian, teknik

menenangkan fikiran sangat-sangat penting dan vital dalam menguasai

kemahiran belajar yang betul.

Terdapat beberapa teknik menenangkan fikiran. Ia merangkumi

membetulkan posisi dan postur kedudukan setiap kali sebelum memulakan sesi

mengulang kaji pelajaran. Kedudukan yang terbaik adalah duduk tegak tetapi

selesa. Pergerakan fizikal mempunyai kaitan dengan apa yang dirasakan dalam

Page 7: kemahiran belajar

minda kita. Sebagai contoh, apabila kita duduk sebagai orang malas, secara

automatiknya kita akan berubah menjadi malas dan tidak bersemangat. Jika

postur kita seperti orang yang bermasalah, sudah tentu kita akan menjadi sedih

dan bermasalah. Jadi, kita haruslah sentiasa memilih postur seperti orang yang

tenang dan berjaya. Semestinya, kita akan menjadi lebih bersemangat dan lebih

optimistik.

Cara menenangkan fikiran yang kedua ialah sentiasa membayangkan

kesudahan yang menggembirakan. Apabila hanya kegagalan dan kesusahan

bermain di dalam minda, konsentrasi akan terganggu dan fokus akan berubah

sekaligus menjatuhkan moral dan semangat kita dalam menuntut ilmu. Selalu

membayangkan kita berjaya melakukan sesuatu dan membuat orang yang kita

sayangi berbangga. Cara menenangkan fikiran juga merangkumi aspek-aspek

general lain seperti kecergasan fizikal dan hubungan baik sesama insan.

Aspek kemahiran belajar yang seterusnya adalah antara yang terpenting

dalam proses pendidikan dan mengusai ilmu kemahiran belajar, iaitu kemahiran

mengurus masa. Pepatah ada mengatakan, “Jika anda gagal merancang, , anda

seumpama merancang untuk gagal”

Secara ringkasnya, Kemahiran pengurusan masa merupakan salah satu

kemahiran belajar yang penting untuk dikuasai oleh pelajar bagi membantu

Page 8: kemahiran belajar

mereka mencapai kejayaan cemerlang semasa proses mengulangkaji pelajaran

sama ada bagi pelajar sekolah atau Institut Pengajian Tinggi. Pengurusan masa

adalah penting bagi setiap manusia tidak kira dari peringkat pelajar, pekerja, suri

rumah dan golongan-golongan lain dalam menguruskan 24 jam yang kita ada

agar segala aktiviti yang kita lakukan lebih tersusun dan dapat mencapai

matlamatnya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang yang

bijak dalam menguruskan masa yang ada seseorang itu perlulah matang dalam

membahagikan masanya dan bijak dalam membezakan agenda atau aktiviti

yang penting dan kurang penting. Masa adalah perkara yang tidak akan berulang

semula. Jadi, perancangan yang betul haruslah dilakukan bagi memastikan

pembaziran masa tidak berlaku supaya kita dapat melakukan sesuatu kerja

mengikut perancangan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pengurusan masa yang betul dapat memudahkan seseorang itu melakukan

tugasnya dengan cara yang sistematik.

Kebiasannya, pelajar yang berjaya menguruskan masa dengan baik dan

efisien dapat menyerap ilmu yang ingin dipelajari dengan mudah. Hal ini

demikian kerana, pengurusan masa merupakan kunci kepada pelbagai jenis

kefahaman tidak kira apa juga ilmu yang ingin dipelajari sekaligus membantu

dalam pembentukan insan.

Belajar secara berkumpulan adalah sesuatu yang tidak asing bagi kalangan

pelajar bermula dari pelajar sekolah rendah hingga ke pelajar institusi pengajian

mengulang kaji pelajaran seorang diri. Tambahan pula apabila kita tidak faham

apa yang kita pelajari. Tujuan utama belajar dalam kumpulan adalah mengatasi

masalah tersebut.

Namun, kaedah ini mestilah mengikut beberapa kesesuaian iaitu bilangan

ahli kumpulan, siapa ahli kumpulan, matlamat menubuhkan kumpulan dan

sebagainya.

Page 9: kemahiran belajar

Belajar berkumpulan dapat mempercepatkan proses belajar dan

mengulangkaji. Cara efektif semasa mengulangkaji pelajaran berkumpulan

adalah dengan membahagikan tugasan. Katakan kumpulan kita ingin

membincangkan tiga bab dan ahli kumpulan kita ialah tiga orang. Setiap seorang

akan mengulang kaji satu bab dan menerangkannya kemudian kepada ahli

kumpulan yang lain.

Belajar secara berkumpulan tidak tertumpu kepada cara tersebut sahaja.

Banyak lagi cara lain boleh digunakan untuk mendapatkan sesi pembelajaran

yang efektif, berkesan serta efisien. Pembentukan insan yang seimbang dan

berkeyakinan sudah tentu dapat dicapai dengan mudah jika kemahiran belajar

secara berkumpulan dapat dikuasai dengan baik oleh seseorang individu. Jadi,

ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk melahirkan pembentukan insan yang

berkeyakinan serta berilmu dan mampu menabur bakti kepada masyarakat.

Page 10: kemahiran belajar

Bagaimana guru dapat merealisasikan elemen-elemen Kemahiran Belajar

dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Guru berperanan sebagai pengajar yang bertanggungjawab menyampaikan

ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang lain. Dalam bilik darjah,guru

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya mengikut sukatan pelajaran

yang telah ditetapkan. Guru memberi panduan, bimbingan dan tunjuk ajar

kepada seorang individu dan sekelompok manusia.

Merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 supaya

menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia, demi menghadapi cabaran

globalisasi pendidikan. Ini amat bergantung kepada tindakan inisiatif kaum guru

dengan melengkapkan diri mereka dalam pelaksanaan Misi Kementeran

Pelajaran dengan berkesan.

Ia merangkumi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru-guru di

Malaysia supaya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat

dikaitkan dengan elemen-elemen kemahiran belajar.

Aspek pertama yang perlu dititikberatkan ialah kepekaan kepada

persekitaran sekolah. Guru merupakan role model yang terdekat kepada para

pelajar selain ibu bapa, guru juga dipertanggungjawabkan menyampai ilmu

kepada pelajarnya. Tidak dinafikan bahawa teknik kemahiran belajar boleh

diterapkan ke dalam jiwa-jiwa pelajar terutamanya di usia yang masih muda lagi.

Dalam era globalisasi serta mencabar ini, pendidikan di peringkat sekolah

tidak lagi memadai dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi

sahaja. Guru haruslah bijak menhubungkaitkan aspek pengajaran dan

pembelajaran dengan teknik kemahiran belajar yang berkesan supaya sesebuah

Page 11: kemahiran belajar

sesi itu akan menjadi menarik dan mudah difahami.

Guru boleh mengambil inisiatif dengan mengambil contoh teknik-teknik

kemahiran belajar yang telah saya nyatakan tadi. Misalnya,teknik belajar secara

berkumpulan boleh diambil dan diubahsuai dalam memberikan tugasan kepada

para pelajar. Guru boleh menugaskan penghasilan pembentangan dan kerja

berkumpulan supaya semagat bekerjasama sesama mereka dapat diterapkan

sekaligus mengaplikasikan kemahiran teknik belajar dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Seterusnya guru berperanan sebagai merancang pengajaran. Proses

pengajaran melibatkan pelajar, bahan pengajaran dan kaedah pengajaran. Guru

menentukan objektif pembelajaran dalam bilik darjah. Guru akan menyediakan

bahan pengajaran dengan menggunakan pelbagai aktiviti atau kaedah

pengajaran yang sesuai.

Guru berperanan sebagai pembimbing membawa maksud membimbing

pelajar dalam pelbagai aspek seperti membantu dalam mengembangkan potensi

pelajar, menyedari kelemahan atau kebolehan pelajar dan memberi latihan agar

mempertingkatkan prestasi pelajar sekaligus guru akan dapat membuat penilaian

pencapaian pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru

juga perlu berbincang dengan pelajar tentang masalah atau persoalan pelajaran

yang belum dikuasai pelajar.

Page 12: kemahiran belajar

Kesimpulan

Pernyataan mengenai dengan mempelajari kemahiran belajar akan memberi

kesan yang positif kepada pencapaian pelajar sememangnya benar. Saya

bersetuju dengan pernyataan tersebut dengan cara kita melihat beberapa kesan

yang baik kepada seorang pelajar.

Kemahiran belajar mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek

seseorang individu . Dengan adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu

belajar dengan cara yang betul dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran

akan berterusan dalam diri pelajar tersebut.

Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran belajar

yang memupuk disiplin seperti kemahiran mengurus masa yang melibatkan

pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal ini

akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut

jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih

berkesan.

Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat

dan dari semasa ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat

mempelajari kemahiran belajar. Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari

proses pembelajaran akan mudah difahami dan ingati oleh pelajar.

Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian

individu dan sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis

kemahiran belajar yang dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu

dengan membantu mereka ketika proses pembelajaran dengan cara yang betul

dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar

Page 13: kemahiran belajar

yang berkesan dan membawa kecemerlangan.

(2235 patah perkataan)

Isi Kandungan

Bil Perkara

1 Profail

2 Kerja Kursus

3 Hasil

4 Lampiran

5 Rujukan

Page 14: kemahiran belajar

Profail

NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD YAZID

NO K/P : 960601-04-5465

ALAMAT : NO 30, JALAN PJ 10, TAMAN PENGKALAN JAYA, 75450,

BUKIT KATIL, MELAKA.

EMEL : [email protected]

NO. TEL : 017-6609085

KURSUS : PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA

KEDUA (SK)

PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN (PPISMP)

Page 15: kemahiran belajar
Page 16: kemahiran belajar
Page 17: kemahiran belajar
Page 18: kemahiran belajar

Rujukan

Osman Affan (2007) Kemahiran Belajar Selangor : PTS One Publications and

Distributions

Dr Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz, Mok Soon Sang (2011) Kemahiran

Berfikir Puchong : Penerbitan Multimedia Publications

Azri Aziz (1994) Siri Pelajar Cemerlang : Teknik Ingatan untuk Pelajar Kuala

Lumpur : Quantum Learning Sdn Bhd.

Modul Kemahiran Belajar Online

Tarikh terbitan : Mac 2012

Pautan : http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb6.pdf

Kemahiran Belajar

Tarikh Penulisan : tidak dinyatakan

Pautan : http://mahirkb.tripod.com/

Kemahiran Belajar (Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Titiwangsa)

Tarikh Penulisan : Ogos 2012

Pautan : http://kaunselorsmkst.wordpress.com/kemahiran-belajar/

Page 19: kemahiran belajar

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, Maha

Penyayang dan penguasa sekalian Alam, dapat saya menyiapkan kerja kursus

bagi subjek Kemahiran Belajar. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah

akademik, Encik Saiful Lizan bin Suparman dan rakan-rakan sekelas saya,

PPISMP TESL dan tidak lupa rakan-rakan seperjuangan dari PPISMP

Pendidikan Pemulihan dan PPISMP Pendidikan Khas atas kesudian bertukar

idea serta pendapat dalam usaha saya menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang

penghasilan kerja kursus ini, saya telah mengetahui kelebihan dan kelemahan

yang perlu diperbaiki.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar

dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan

kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa

tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya

untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak

mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan

ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini

dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini

kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu

sukar memandangkan tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang baru dan

asing bagi saya.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya

telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan

pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat

membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya

berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-

Page 20: kemahiran belajar

cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.

Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan

semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasi-

kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik,

perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan

dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya

menyiapkan tugasan dengan baik.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada

dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah

mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih

proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini

kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan

dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi

memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan

menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama

juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan

seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya

semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini

sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya

mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan

daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada

dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat

menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih

tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini

dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak

Page 21: kemahiran belajar

yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya

pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah

kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Kerja

kursus

Page 22: kemahiran belajar

Hasil

Page 23: kemahiran belajar

Lampiran

Page 24: kemahiran belajar

Refleksi

Page 25: kemahiran belajar

Profail

Page 26: kemahiran belajar

Rujukan

Page 27: kemahiran belajar

Kemahira

n Belajar

Page 28: kemahiran belajar

Gkb 1053