kelebihan istighfar (1)

3

Upload: nor-qurratuaini-abdullah

Post on 30-Jul-2015

575 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan istighfar (1)
Page 2: Kelebihan istighfar (1)

Firman Allah S.W.T:

“Maka aku katakan kepada mereka:

„Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,

sesungguhnya Dia adalah Maha

Pengampun, nescaya Dia akan

mengirimkan hujan kepadamu dengan

lebat, dan memperbanyakkan harta dan

anak-anakmu, dan memberikanmu kebun-

kebun dan (di dalamnya pula) untukmu

sungai-sungai.”

(Nuh : 10-12)

Page 3: Kelebihan istighfar (1)

PENGAJARAN AYAT:

Berdasarkan ayat di atas, apa yang dikhabarkan oleh Nabi Nuh A.S , begitulah ganjaran bagi mereka yang beristighfar kepadaAllah. Terdapat satu kisah yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Berkenaan istighfar serta kelebihannya. Kisahini berkisar tentang Imam Ahmad bin Hanbal dengan pembuat roti.

Diceritakan bahawa Imam Ahmad telah sampai ke suatu negeri, dan beliau ingin menumpang bermalam disebuah masjid.Akan tetapi beliau telah dilarang untuk berbuat demikian oleh penjaga masjid tersebut. Beliau dihalau oleh penjaga tersebut.Imam Ahmad berkata; “Aku akan tidur di kaki lima sahaja.” Maka bangunlah penjaga masjid tersebut dan menghalau beliaukeluar jauh dari kawasan masjid.

Seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmad yang sudah tua dan tidak bermaya. Walaupun tidak mengenali Imam Ahmad,si pembuat roti telah menawarkannya tempat bermalam kerana kasihankan keadaan beliau. Maka Imam Ahmad mengikutpembuat roti tersebut. Apabila saja sampai, dia dilayan dengan baik. Kemudian, pembuat roti tersebut menyambung kerjanya.Imam Ahmad bin Hanbal terdengar pembuat roti itu beristighfar dan beristighfar sewaktu menguli adunannya. Dan diaberterusan mengulanginya dan menyebabkan Imam Ahmad yang mendengar merasa takjub.

Bila pagi menjelang tiba, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti berkenaan amalan istighfarnya pada malam itu.

Pembuat roti berkata; “Aku biasa mengisi masaku dengan meinta keampunan semasa menguli roti.”

Imam Ahmad bertanya; “Ada ganjaran apa-apa yang kau rasa dengan perbuatan itu?”

Pembuat roti itu menjawab; “Ada tuan, demi Allah, tiada doaku yang tidak dijawab oleh Allah, Dia memakbulkan semuanyamelainkan satu.”

Imam Ahmad bertanya; “Apakah yang satu itu?”

Jawab pembuat roti; “Aku teringin sekali berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”

Maka Imam Ahmad berkata; “Akulah Ahmad bin Hanbal wahai pembuat roti. Demi Allah, sesungguhnya Dia telahmembawaku kepadamu..”

Demikianlah fadhilat/kelebihan istighfar kepada Allah. Bagaimana Allah memberikan kita jalan keluar daripada setiapkesusahan dan kesulitan, serta dikurniakan pula kepada mereka itu rezeki dari bermacam cara.Wallahua’lam