kej bola baling ks bawah 12 (2015).doc

22
KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN DAERAH KUALA SELANGOR 2014 PESATUAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2014 1.0 PENDAHULUAN Kejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid-murid lelaki dan permpuan dalam Daerah Kuala Selangor berumur 12 tahun dan ke bawah. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Dasar Sukan Kebangsaan 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor 5.0 CADANGAN KEJOHANAN 5.1 6.0 SUMBER KEWANGAN 6.1 Majlis Sukan Negeri 1

Upload: chandra-brewer

Post on 27-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING )

KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN DAERAH KUALA SELANGOR 2014

PESATUAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR

TAHUN 20141.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid-murid lelaki dan permpuan dalam Daerah Kuala Selangor berumur 12 tahun dan ke bawah. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Dasar Sukan Kebangsaan 2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai

3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.

3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor5.0 CADANGAN KEJOHANAN6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Majlis Sukan Negeri 6.2 Persatuan Bola Baling Negeri Selangor

6.3 Sumbangan Individu7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 7.1 Kejohanan Peringkat DaerahBil.PerkaraJumlahCatatan

1.Hadiah Tempat Pertama Wang Tunai ( L dan P ) RM 200 x 2

RM 400.00

2.Hadiah Tempat Kedua Wang Tunai ( L dan P ) RM 150 x 2RM 300.00

3.Hadiah Tempat Ketiga Wang Tunai ( L dan P ) RM 50 x 2RM 100.00

4. plak tempat pertama hingga ke 4 ( L dan P ) RM 5.00 X 100 orang

RM 500.00

5.Bayaran Pengadil 40 perlawanan x RM10.00 X 20 orang

RM 800.00

6.Jamuan Pegawai RM 12.00 X 20 orang X 2 hari

RM 480.00

7Minuman PengadilRM 100.00

8.Persiapan Gelanggang

RM 300.00

9.Sewaan Stadium

RM 500.00

10Sewaan PeralatanRM 100.00

11PengangkutanRM 100.00

12Lain-LainRM 250.00

JUMLAH

RM 3930.00

7.2 Perbelanjaan Latihan Pusat Peringkat DaerahPASUKAN

:L/12

P/12

BIL PESERTA

:L 12 orang

P 12 orangBIL PEGAWAI KEJOHANAN :7 orang pegawaiBILPERKARAANGGARANJUMLAH

1.SEWA GELANGGANG6 X RM 50.00RM 300.00

2.ELAUN PEGAWAI

( 7 orang pegawai )RM 12.00 X 7 X 6 hari RM 504.00

3.MINUMAN PELAJARRM 3.00 X 24 pelajar X 6 hariRM 432.00

4.BASRM 350.00 X 2 hariRM 700.00

5.ELAUN MAKAN:

Pelajar

PegawaiRM 10.00 X 24 X 2 hari

RM 480.00

RM 12.00 X 7 X 2 hari

RM 168.00RM 648.00

6.KECEMASANRM 200.00

JUMLAHRM 2784.00

7.3 Perbelanjaan Latihan Pusat Peringkat NegeriPASUKAN

:L/12

P/12

BIL PESERTA

:L 12 orang

P 12 orangBIL PEGAWAI KEJOHANAN :7 orang pegawaiBILPERKARAANGGARANJUMLAH

1.SEWA GELANGGANG6 X RM 50.00RM 300.00

2.ELAUN PEGAWAI

( 7 orang pegawai )RM 12.00 X 7 X 6 hari RM 504.00

3.MINUMAN PELAJARRM 3.00 X 24 pelajar X 6 hariRM 432.00

4.BASRM 350.00 X 2 hariRM 700.00

5.ELAUN MAKAN:

Pelajar

PegawaiRM 10.00 X 24 X 2 hari

RM 480.00

RM 12.00 X 7 X 2 hari

RM 168.00RM 648.00

6.KECEMASANRM 200.00

JUMLAHRM 2784.00

8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING 12 TAHUN KE BAWAH Bilangan semua pemain untuk pertandingan termasuk simpanan ialah 12 orang. Peraturan-peraturan semasa mengikut peraturan-peraturan IHF.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.8.2 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Baling 12 Tahun ke bawah Daerah Kuala Selangor8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Bola Baling 12 tahun ke bawah ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )Peserta 12 orang ( setiap pertandingan )8.4 PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Daerah Kuala Selangor. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja bagi setiap pertandingan. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.8.5 TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Bahagian pertama7 minit

Rehat 1 minit Bahagian kedua 7 minit

8.6 SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan akan ditentukan dalam Mesyuarat Kejohanan Bola Daerah Kuala Selangor 12 Tahun ke bawah8.6.1 Liga Tiga Kumpulan

Pusingan Pertama

Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

Pusingan Kedua

Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

Undian akan dijalankan selepas sahaja tamat pusingan pertama.

Dari 3 pemenang 1, satu akan di tempatkan ke KUMPULAN X dan dua di tempatkan ke KUMPULAN Y.

Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang 1 kumpulannya.

Pusingan Akhir

Pemenang 1 KUMPULAN X akan melawan pemenang 1 KUMPULAN Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

Pemenang 2 KUMPULAN X akan melawan Pemenang 2 KUMPULAN Y untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

8.6.2 Liga Dua Kumpulan

Pusingan Pertama

Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 Kumpulan A.

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

Pusingan Akhir

Dua pasukan Pemenang Pusingan Kedua akan bertanding untuk JOHAN dan NAIB JOHAN.

Manakala dua pasukan yang kalah akan bertanding untuk tempat KETIGA dan KEEMPAT.

8.7 PENDAFTARAN PEMAIN

8.7.1Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 12 orang pemain. 8.7.2Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang diberi hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola pada hari pendaftaran iaitu .8.7.3Satu Salinan Sijil Beranak yang telah disahkan oleh guru besar sekolah peserta berkenaan juga perlu diserahkan bersama dengan borang pendaftaran pemain dan pegawai.

8.8CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.8.1Secara Liga

a. Cara memberi mata

Menang . 2 mata

Seri . 1 mata

Kalah .. 0 mata

b. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan ditentukan mengikut cara seperti berikut.

i. Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak dikira menang.

iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena jaringan gol akan dikira menang.

iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

v. Jika masih seri lagi, undian akan dijalankan.

8.9Secara Kalah Mati

a. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.

i. Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit.

ii. Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama satu minit diberi untuk bertukar tempat dan pemain serta perlawanan diteruskan 5 minit lagi.

iii. Jika keputusan masih seri, sistem balingan 7 meter akan dijalankan.

iv. Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain, maka undian hendaklah dijalankan.

8.10Sistem Balingan 7 meter.a. Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter dengan cara berselang-seli oleh 5 orang pemain.

b. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh pemain yang lain secara berselang-seli dengan sistem sudden-death.c. Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan 7 meter.

d. Jika masih seri, undian dijalankan secara lambungan syiling.e. Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 meter akan dijalankan.f. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.g. Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.h. Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7

Liga Kumpulan

A . Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B.Pusingan Suku Akhir

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang

sebagai kumpulan X1 dan X2

i. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 C.Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang - 2 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata

8.7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyakakan diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir :i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa

sepenuh perlawanan.

ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,balingan penalty 7 meter akan

dilakukan dan undian akan dijalnakan sekali lagi bagi menentukan pasukan yang

akan membuat baling terlebih dahulu.9.0 PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.

Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

i. Masa rehat

ii.Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 12 pemain yang telah di daftarkan

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

waktu rehat separuh masa.

9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

10.0 PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN Gelanggang bola baling mengikut peraturan IHF.2.0 KELEWATAN Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.14.0 JURI RAYUAN Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada pasukan berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada pasukan yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATANJawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan First Aid Kit sendiri.16.0 PENANGGUHAN PERLAWANANSekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIKPersatuan Bola Baling Daerah Kuala Selangor akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Bola Baling , pengadil-pengadil dan pegawai teknikal . Persatuan Bola Baling Daerah Kuala Selangor juga akan menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.18.0CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku

- 7 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi

-6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja

- 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Jam Randik

- 4 buah Borang pertandingan- borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Papan skor

- 2 unit

Bola pertandingan- 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandinganAir Horn

- 2 buah19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.20.0JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi

:Tn. Hj Ismail Bin Dawani ( Guru Besar SK Puncak Alam 3 )Timb. Pengerusi 1:Tn.Hj Isnu Bin Sururi ( PK Kokurikulum SK Puncak Alam 3 )Timb. Pengerusi 2 : Encik Zahar Azlan bin Ariffin (PK Kurikulum SK Puncak Alam 3)Timb.Pengerusi 3 : Encik Jaafar Bin Abdullah (PK HEM SK Puncak Alam 3 )

Timb.Pengerusi 4 : Tn Hj Rosli Bin Zaini ( PK Petang SK Puncak Alam 3 )

Setiausaha

:G1Pen. Setiausaha

:

Bendahari

:

Teknikal

:Tn. Hj. Rosli bin Zaini ( SK Puncak Alam 3 )Ahli Jawatankuasa:

i. Urusetia / KejurulatihanG1ii. Surat dan PublisitiG2iii. Makanan dan Minuman PegawaiG3iv. Pendaftaran Peserta dan PegawaiG4v. PeralatanG2vi. Persiapan GelanggangG5

vii. Sijil,Hadiah dan CenderahatiG6

viii. Pengelola Siaraya

G7

ix. Bantuan Kecemasan

JPAM Cawangan Kuala Selangor

x. Kebersihan /Keselamatan

G8

xi. Pengacara

G5

xii. Kerani/Keputusan

G2

xiii. Pengelola ICT/Jurukamera

G9

xiv. Buku Program/Brosur

G1

xv. Pengelola Pasukan Sekolah

Semua Pengurus Pasukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Selangor

17