assignment ks

21
1.0 PENDAHULUAN Kursus cabaran dan isu semasa dunia membantu kita memahami isu-isu penting yang berlaku di peringkat global. Pemahaman yang sebegini berhasrat membantu kita menjadi warga yang berjaya di pentas antarabangsa dan berilmu pengetahuan serta sedar akan perkembangan yang berlaku di dunia ini. Dalam tugasan kerja kursus, kita dikehendaki membuat analisis punca dan impak isu alam sekitar global terhadap kehidupan manusia dan perlu mencadangkan langkah-langkah menangani isu berkaitan. Yang kita sedar bahawa ekosistem memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar kemajuan jasmaniah. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Sebenarnya, isu alam sekitar yang terjadi adanya berasal daripada perbuatan manusia sendiri. 2.0 Pengenalan isu alam sekitar Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan 14

Post on 25-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

By using this document,u can fing assignment ks easily.

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Ks

1.0 PENDAHULUAN

Kursus cabaran dan isu semasa dunia membantu kita memahami isu-isu penting yang

berlaku di peringkat global. Pemahaman yang sebegini berhasrat membantu kita menjadi

warga yang berjaya di pentas antarabangsa dan berilmu pengetahuan serta sedar akan

perkembangan yang berlaku di dunia ini. Dalam tugasan kerja kursus, kita dikehendaki

membuat analisis punca dan impak isu alam sekitar global terhadap kehidupan manusia dan

perlu mencadangkan langkah-langkah menangani isu berkaitan. Yang kita sedar bahawa

ekosistem memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah amanah

dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi yang

berpanjangan. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya

seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar kemajuan jasmaniah. Warisan ini

sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Sebenarnya, isu alam sekitar

yang terjadi adanya berasal daripada perbuatan manusia sendiri.

2.0 Pengenalan isu alam sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia

berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk

kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan

hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu

keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan

keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat

tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai

bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam

kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih

menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering

membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang

juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media

tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-

bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran

udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan

pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian

1.

14

Page 2: Assignment Ks

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting

untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira

ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan

menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan

hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan

menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan

masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan

pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh

kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan

perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh

pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah

diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah

tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan

untuk isu-isu tersebut.

3.0 KONSEP KESAN RUMAH HIJAU

Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi

kesan daripada peningkatan suhu bumi yang tidak berada di tahap normal . Rumah hijau

bolehlah didefinasikan sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastik yang

membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal . Haba dari cahaya matahari

menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh – tumbuhan dan tanah di

dalamnya. Kesan rumah hijau adalah berkaitan dengan kesan pemanasan atmosfera

terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi

kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh

udara, terutamanya oleh karbon dioksida. Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti

kaca di dalam rumah hijau di mana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang

memasuki rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah

kaca dan memerangkap haba tersebut. Konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke

atmosfera dan dinamakan sebagai kesan rumah hijau. Fenomena rumah hijau ini bukan

sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh –

tumbuhan muka bumi ini.

2

14

Page 3: Assignment Ks

.

4.0 PUNCA RUMAH HIJAU

Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas-gas seperti

karbon dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal.

Apabila suhu gas-gas ini meningkat , molekul-molekul yang mempunyai gas -gas haba akan

memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas

metana adalah seperti karbon dioksida akan memerangkap haba di lapisan atmosfera.

Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan

Meteorologi Dunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .

Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-

ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan

mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada

kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor kesan rumah hijau dan

kesan jangka pendek dan panjang daripadanya. Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995)

IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Kesan rumah

hijau ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. Laporan ketiga (2001) berkisar

kepada “Menangani Perubahan Iklim.” Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim

2007) . Kajian mendapati 98 % punca kesan rumah hijau ialah pelepasan karbon dioksida

akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan

penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau

lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan

bukan toksik. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira

280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian)

kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm

14

Page 4: Assignment Ks

jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya

kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida.

Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu. IPCC mendesak

seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera

kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon

dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau

apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit. Mulai abad ke-18

majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu .

Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan

menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun

seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2

bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan dan

memburukkan kesan rumah hijau. Kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan

bakar terutamanya di kawasan bandar besar juga salah satu puncanya. Pembakaran

kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elektrik. Bahan api fosil

membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan

memperlahankan pembebasan haba ke atmosfer. Penggunaan penyembur aerosol,

sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang

kepada kesan pemanasan global ini. Di samping itu , penebangan hutan secara tidak

terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini ,statistic menunjukkan

pembersihan hutan telah menyebabkan pembebasan kira – kira 25% karbon dioksida di

atmosfera menerusi pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia boleh

membabitkan 34 juta hektar hutan setiap tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus

menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun.

Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di mana ia boleh

menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya ,

kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada

aktiviti pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut

menyumbang kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini. Ujian nuklear dan

pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua

Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.

14

Page 5: Assignment Ks

.

5.0 IMPAK KESAN RUMAH HIJAU

Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan

ais di masa berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua

ini mengandungi lautan artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian

Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak

terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas pula, kawasan lebih

selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan

bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang

hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan.

Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud

degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan

permintaan populasi dalam penanaman tumbuh – tumbuhan dan penternakan haiwan .

selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan

memburukkan lagi keadaan ini.

Impak langsung kesan rumah hijau adalah menyebabkan pemanasan global. Senario

pemanasan global, negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian besarnya

diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini berlaku penurunan salji pada

tahun 2006. Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah mengorbankan 29

penduduknya pada 2006. Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan

meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan

kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan

14

Page 6: Assignment Ks

laut. Perubahan habitat juga berlaku akibat pemanasan global. Perubahan cuaca sama ada

dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan di bumi akan berpindah ke

habitat atau lokasi baru. Keadaan suhu yang ekstrem dan kerap akan membawa

kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan

banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan

suhu yang tidak konsisten. Kesan rumah hijau telah meningkatkan suhu bumi hingga boleh

menjejaskan kesihatan manusia. Menurut kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan

Sedunia (WHO), perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan

150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit. Jangkitan virus, bakteria

dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit

influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di

musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira

musim lagi. Kesan rumah hijau menyebabkan perubahan iklim. Perubahan iklim yang

berkaitan dengan pola hujan mempengaruhi penyebaran berbagai mikro organisma

penyebar penyakit. Hujan mencemari air dengan cara memindahkan kotoran manusia dan

haiwan ke air tanah. Antara organisma yang dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah

Kriptosporodium, Giardia dan E.Coli. Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya

disebabkan olah organisma-organisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat

kontaminasi air dan sebagainya. Demam Denggi Berdarah dan Malaria juga berleluasa

ekoran kesan rumah hijau. Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari

nyamuk, terutama nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan

penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika transisi

musim hujan dan kemarau, tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hamper di

kesemua musim sepanjang tahun. Suhu lebih panas ternyata memendekkan kitaran hidup

nyamuk-nyamuk ini sekaligus mengurangkan tempoh matang kuman yang terdapat di dalam

badan nyamuk. Akibatnya, populasi nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin

cepat. Kanser kulit juga berlaku akibat kesan rumah hijau. Gas rumah kaca yang terkumpul

di atmosfera bumi menyumbangkan peningkatan pemanasan global dan seterusnya

merosakkan lapisan ozon. Jika dalam keadaan normal, atmosfera bumi boleh menahan 95

peratus radiasi ultra lembayung matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut

yang masuk ke bumi, tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya,

terutama di sekitar kawasan kutub selatan.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu terdedah kepada penyakit

kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa kita di sini bebas untuk terdedah

di bawah sinaran matahari tanpa sebarang pelindung. Yang boleh kita lakukan adalah jika

kita rasakan kita akan berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh waktu yang panjang,

pilihlah losyen yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran

14

Page 7: Assignment Ks

matahari yang berbahaya kepada kulit kita. Penyakit Paru Obstruktif Kronik mudah dijangkiti

apabila kesan rumah hijau semakin teruk. Rata-rata kenaikan suhu udara global ‘hanya’

0.8o Celcius. Namun di beberapa tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu

air laut hingga ada ketikanya membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin

kencnag mudah terbentuk ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur dengan udara

kering boleh membentuk percikan api sehingga akhirnya mengakibatkan kebakaran hutan.

Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi ruangn udara. Debu halus dan pelbagai oksida

karbon itu menyebabkan gangguan pernafasan seperti asma dan lebih teruk lagi boleh

menyebabkan penyakit paru obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga membawa racun

dioksin yang boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan kehamilan.

Di samping deri segi kesihatan kita terjejas, bahan kayu yang terbakar di hutan pula

menghasilkan jutaan gas-gas rumah kaca yang akhirnya pemanasan global. Kegiatan harian

manusia dan penempatan manusia juga terganggu. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan

air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan

akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan

bekalan elektrik. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu

ditempatkan di kawasan lain kerana banjir. Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak

pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini. Walaupun begitu, perkara penerokaan ini

sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan

manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang

seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Kejadian kesan rumah hijau juga melibatkan penipisan ozon disebabkan pelepasan

CFC (kluorofluorokarbon). CFC digunakan secara meluas sebagai agen penyejuk di dalam

peti sejuk, penyaman udara, tin aerosol, bekas makanan polistirena clan getah berbusa

untuk membuat kusyen clan tilam. CFC juga satu sebatian daripada kapal terbang

supersonik. Ozon terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen dan CFC. Kebocoran

pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun

1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon,

molekul CFC berupaya menyerap haba 20,000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul

karbon dioksida dan telah menyebabkan kesan rumah hijau secara langsung. Proses

penipisan ozon oleh CFC melibatkan beberapa proses yang mudah. Sinar ultra ungu meme-

cahkan molekul CFC di atmosfera dan satu atom klorin dibebaskan. Atom klorin yang sangat

reaktif memecahkan molekul ozon kepada klorin monoksida dan molekul oksigen Atom

oksigen bebas di atmosfera memecahkan ikatan klorin monoksida. Satu atom klorin

dibebaskan dan boleh memusnahkan lebih banyak molekul ozon.

14

Page 8: Assignment Ks

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KESAN RUMAH HIJAU

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan.

Antara langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah

dengan melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan

gas rumah hijau. Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi

menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah.

Perjanjian Kyotoyang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada 1997 perlu dilaksanakan

dengan lebih serius, cekap dan berkesan. Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf

perjanjian tersebutyang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau.

Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan pengeluaran carbon

dioksida dan gas rumah hijau yang lain. Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga

2012. Setiap negara mempunyai sasaran pengeluaran carbon dioksida yang berbeza.

Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada negara membangun. Ia juga

mengalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan

pembebasan carbon dioksida secara sukarela. Pada 2001, Amerika Syarikat telah menolak

usul Protokol Kyoto dengan alasan bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS

ini merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush mementingkan diri dan

kepentingan kapitalis mereka berbanding usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah

tahu bahawa As penyumbang terbesar carbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain

(melebihi 6 bilion tan). Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto. Adalah lebih

baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap tolak ansur dalam mengatasi isu global yang

membabitkan alam sekitar. Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain. Ia

telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah pemanasan global dengan mana-

mana negara di dunia.

Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan globa dan

kesan rumah hijaul ini iaitu dengan menghadkan pembebasan carbon dioksida. Langkah

yang dititikberatkan adalah mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak

menghasilkan oksida atau menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap. Bahan api

yang tidak mengeluarkan carbon dioksida termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim

(wap) bawah tanah.

Kaedah memencilkan carbon dioksida dan menghalang carbon dioksida dari

memasuki ruang atmosfera atau membuang carbon dioksida yang sudah berada disitu turut

diambil. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan carbon

dioksida ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk

menyimpan lebih banyak carbon dioksida namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak

mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut. Tumbuhan hijau mampu

14

Page 9: Assignment Ks

menyerap carbon dioksida dari atmosfera. Ia mengabungkan karbon dari carbon dioksida

dengan hydrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut.

Tumbuhan yang mati akan membebaskan carbon dioksida. Oleh itu, penebangan hutan dan

tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2dari tisu tumbuhan tersebut

dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan menyebabkan pertambahan dan

lambakan carbon dioksida di ruang atmosfera bumi.

Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk mengehadkan

penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam

peralatan seperti peti sejuk dan bahan – bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak

langsung meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi

meningkat.

Kesan rumah hijau yang berlaku di bandar boleh dinamakan sebagai fenomena

pulau hamba. Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan fenomena pulau haba di

bandar. Antaranya adalah meningkatkan kawasan hijau atau ‘zon penampan’ di kawasan

bandar dengan membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses

sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh

bahan-bahan binaan. Oleh demikian, keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk

apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi. Peningkatan suhu bandar sehingga

membawa kepada pembentukan pulau haba boleh juga dikurangkan melalui peningkatan

kawasan badan air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar.

Selain itu, usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga

mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar

kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar.

Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu memantulkan

bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh

meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran bandar. Dengan itu, boleh

meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba. Tambahan pula,

konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep

bumbung hijau perlu ditekankan. Dengan cara ini, masalah banjir kilat di kawasan bandar

boleh dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu bandar yang tinggi.

Dari usaha manusia, kita boleh mengenakan denda, menguatkuasakan undang-undang

kepada pihak mencemarkan alam sekitar. Kerajaan boleh mengadakan kempen alam

sekitar dan mementingkan pendidikan alam sekitar bagi pelajar di sekolah. Kenderaan

menggunakan petrol tanpa plumbum juga digalakkan. Langkah memasang alat penapis

asap kilangdan menjalankan pembakaran menggunakan incinerator juga perlu dijalankan.

Dalam kehidupan seharian, kita telah dicadang untuk berkongsi kereta dan menjalankan

14

Page 10: Assignment Ks

proses kitar semula bahan buangan dan tidak terpakai lagi. Kaedah lain untuk

mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia

dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan

awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

Di samping itu, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian, UNIDO iaitu sebuah agensi PBB,

telah mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan suhu dunia tidak naik melebihi 20

darjah selsius. Antara langkah yang dicadangkan ialah meningkatkan kecekapan tenaga.

Menurut hasil kajian UNIDO, purata kecekapan tenaga dunia ialah 26%. Angka ini perlu

ditingkatkan untuk membantu negara-negara sedang membangun agar supaya berada

sama paras dengan negara maju. Yang kedua ialah penggunaan tenaga yang boleh

diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui membekalkan 21% tenaga yang diperlukan

oleh sektor industri menjelang tahun 2050. Ia mencukupi untuk menangani bencana

kemarau, banjir, ribut melampau, kenaikan paras air dan kecairan ais di kutub akibat

perubahan iklim. Contohnya tenaga solar, angin dan biojisim. Yang ketiga ialah

pengumpulan semula gas rumah hijau. Langkah ini akan digunakan selepas semua langkah

pertama dan kedua dilaksanakan. Teknologi ini sedang pesat dibangunkan untuk kegunaan

stesen jana kuasa dan dalam peralatan perindustrian. Pembuat dasar di sesebuah negara

harus lebih tegas dan peka dalam menggariskan pelan penggunaan tenaga yang lebih

bersih agar kesan gas rumah hijau dapat dikurangkan. Subsidi dan sokongan kerajaan amat

penting agar penggunaan tenaga yang lebih lestari dapat disebar luas bagi mengurangkan

peggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil yang mengandungi

karbon dioksida. UNIDO ialah agensi yang berperanan mempromosikan pembangunan

lestari dalam sektor industri di negara-begara sedang membangun.

7.0 Kesimpulan

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika tempat kita berada dalam keadaan

semakin panas. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini

sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri,

sanggupkah kita memburukkannya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup

bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh 14

Page 11: Assignment Ks

timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk

hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia

mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap

hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar

supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan

bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah kesan rumah hijau merupakan di antara agenda

terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara kini. Walaupun pelbagai masalah yang

timbul dalam penguatkuasaan pembakaran terbuka, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-

agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini

bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh

berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pembakaran terbuka yang

dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara

agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi menambahbaikkan

keadaan udara kita atau usaha cuba membaiki lapisan ozon amatlah dialu-alukan. Masalah

kesan rumah hijau tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri

manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu,

undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang

sama tidak akan berulang lagi.

Perjanjian Kyoto dalam mejayakankan misinya hanya akan tercapai dengan

kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam

sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis

dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

8.0 REFLEKSI

Kursus ini menjelaskan perkembangan-perkembangan global hari ini dan bermatlamat

melahirkan pelajar yang cemerlang dari ilmu tentang isu-isu global sebagai salah satu

warganya. Justeru, konsep sedar diri sebagai salah satu ahli di pentas dunia yang cuba

disampai melalui tugasan ini telah kami belajar bersama-sama secara langsung.

Dalam tugasan satu soalan satu, kita dikehendaki membuat analisis punca dan

impak isu alam sekitar global terhadap kehidupan manusia serta mencadangkan langkah-

langkah menangani isu berkaitan. Tajuk isu alam sekitar yang diamanahkan untuk saya

14

Page 12: Assignment Ks

adalah mengenai kesan rumah hijau. Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar

punca dominan kesan rumah hijau iaitu pelepasan gas rumah hijau yang berlebihan

khususnya carbon dioksida tanpa sedaran masyarakat. Kita boleh mengambil langkah yang

biasa untuk menangani masalah ini termasuklah membendung tabiat membakar terbuka

dan berkongsi kenderaan untuk sampai ke sesuatu tempat. Jikalau masalah kesan rumah

hijau tidak diselesaikan secara efektif dan dibiar tak kisah, maka impak yang dahsyat akan

berlaku. Impaknya termasuk kita mudah menjangkiti kanser kulit kerana penipisan ozon

akibat gas CFC. Iklim dunia juga akan berubah dan ketaranya tumbuhan dan binatang yang

tidak dapat menyesuaikan cuaca berubah akan mati dan mengalami kepupusan. Jadi,

sebagai manusia, kita telah diamanah oleh Tuhan untuk memelihara alam sekitar kita dan

tanggungjawab ini haruslah dipikul bersama-sama bukan sekadar usaha pihak tertentu.

Alam sekitar akan merasai kebaikan dan keburukan kita, jika kita menghargai alam sekitar

kita makanya akan membalas secara baik kepada kita.

Dalam tugasan satu soalan dua, kita dikehendaki menyediakan satu persembahan

multimedia yang mengandungi maklumat berkaitan dengan salah satu isu-isu konflik dunia

semasa dengan merujuk kepada perkembangan-perkembangan di Eropah atau Timur

Tengah. Persembahan itu perlu menerangkan punca konflik itu berlaku dan peranan yang

boleh dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan Negara Malaysia

secara berkumpulan. Saya dan ahli kumpulan saya, Ong Yi Rong telah memilih konflik

antara Israel dan Palestin sebagai tajuk tugasan. Selepas menyiapkan tugasan ini, kita

sedar bahawa konflik akan berlaku jika dua atau lebih banyak pihak tidak mampu mencapai

kesefahaman mengenai sesuatu perkara. Israel dan Palestin telah bertentang akibat

pelbagai factor. Faktor yang paling utama adalah factor agama kerana kedua-duanya

beragama beza dan ingin merebut tanah yang dianggap milik mereka khususnya

Jurusalem.Melalui tugasan ini, kita sedar bahawa konflik sebenarnya boleh diselesai dengan

cara berbicara, bermesyuarat dan berbincang bukannya sekadar mengangkat senjata untuk

bergaduh demi mempertahankan hak sendiri.

RUJUKAN

Wan Noor Azmi, Rosidah Mohd Akil, Hazlina Mansor (2008). Teks dan Rujukan Lengkap

Geografi PMR. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd

Thomas L.Friedman (2011). Panas, Rata dan Sesak. Kuala Lumpur:Institut Terjemahan

Negara Malaysia terhad

14

Page 13: Assignment Ks

Denise Walker (2007). Perubahan Geologi. Selangor: Elpos Print Sdn Bhd

Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie. (2007). Geografi Fizikal.

Selangor:Arah Pendidikan Sdn. Bhd

M.Bright, M.Robertson. (1993). Greenhouse Effect, Atmospheric. Selangor:Penerbitan

Pelangi

Cikgu Hailmi. (2013). Kesan Rumah Hijau. http://www.cikguhailmi.com/2013/08/kesan-

rumah-hijau-greenhouse-effect.html Muat turun pada 18 Ogos 2014

Qis T Bebey. (2013). Punca dan kesan rumah hijau dan pemanasan global

http://www.slideshare.net/QisMye/punca-dan-kesan-rumah-hijau-pemanasan-global-

dan Muat turun pada 19 Ogos 2014

Nuffnang Ads. (2011). Kesan Rumah Hijau http://pakreatif.blogspot.com/2011/02/tajuk-

pembentangan-kesan-rumah-hijau.html Muat turun pada 20 Ogos 2014

LAMPIRAN

14

Page 14: Assignment Ks

http://2.bp.blogspot.com/_ODEroomQ_x8/TFQHDGpntfI/AAAAAAAAAEI/E8mCsnG8s8U/

s1600/Greenhouse_Gas_by_Sector.png

14

Page 15: Assignment Ks

14

Page 16: Assignment Ks

14