kej bola baling ks skpa 3 (2015)

23
KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 KEJOHANAN BOLA BALING MSSS DAERAH KUALA SELANGOR KUMPULAN UMUR 12 TAHUN DAN KE BAWAH , 18 TAHUN DAN KE BAWAH (LELAKI DAN PEREMPUAN) TAHUN 2015 1.0 PENDAHULUAN Kejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid-murid lelaki dan permpuan dalam Daerah Kuala Selangor berumur 12 tahun dan ke bawah dan 18 tahun dank e bawah. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Dasar Sukan Kebangsaan 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Kuala Selangor 5.0 CADANGAN KEJOHANAN 5.1 Di jalankan selama 5 hari untuk kategori 12 tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah. 1

Upload: chandra-brewer

Post on 11-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3

KEJOHANAN BOLA BALING MSSS DAERAH KUALA SELANGOR

KUMPULAN UMUR 12 TAHUN DAN KE BAWAH ,

18 TAHUN DAN KE BAWAH (LELAKI DAN PEREMPUAN)

TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid-murid lelaki dan permpuan dalam Daerah Kuala Selangor berumur 12 tahun dan ke bawah dan 18 tahun dank e bawah. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Dasar Sukan Kebangsaan

2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Kuala Selangor

5.0 CADANGAN KEJOHANAN

5.1 Di jalankan selama 5 hari untuk kategori 12 tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah.

6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran pendaftaran RM100 / sekolah6.2 PPD6.3 Sumbangan Individu

1

Page 2: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Kejohanan Peringkat Daerah

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1.Medal Tempat Pertama ( L dan P ) 4 x RM 8 x 12 orang RM 384.00

2. Medal Tempat Kedua ( L dan P ) 4 x RM 8 x 12 orang

RM 384.00

3. Medal Tempat Ketiga ( L dan P ) 8 x RM 8 x 12 orang

RM 786.00

4. Bayaran Pengadil RM 70 x 15 orang

RM 1 050.00

5. Jamuan Pegawai RM 10 x 20 orang x 5 hari

RM 1 000.00

6. Persiapan Gelanggang RM 300.00

7. Sewaan Stadium RM 4 000.00

10 Sewaan Peralatan RM 100.00

11 Pengangkutan RM 100.00

12 Lain-Lain RM 250.00

13 Bola kejohananRM 75 x 6

RM 450.00

JUMLAH RM 8 804.00

2

Page 3: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

7.2 Perbelanjaan Latihan Kejohanan Peringkat Daerah

PASUKAN : L 12 / L 18

P 12 / P 18

BIL PESERTA : L – 24 orang P – 24 orang

BIL PEGAWAI KEJOHANAN : 14 orang pegawai

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. BAS RM 150.00 x 2 hari RM 300.00

2. ELAUN MAKAN:Pelajar

Pegawai

RM 10.00 x 48 orang x 2 hari

RM 10.00 x 14 orang x 2 hari

RM 960.00

RM 280.00

3. KECEMASAN RM 200.00

JUMLAH RM 1 740.00

3

Page 4: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

7.3 Perbelanjaan Latihan Kejohanan Peringkat Negeri

PASUKAN : L 12 / L 18 P 12 / P 18

BIL PESERTA : L – 24 orang P – 24 orang

BIL PEGAWAI KEJOHANAN : 14 orang pegawai

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. PENGINAPAN 48 orang x RM 12 RM 576.00

2. BAS RM 150.00 x 2 hari RM 300.00

3. ELAUN MAKAN:Pelajar

Pegawai

RM 10.00 x 48 orang x 2 hari

RM 10.00 x 14 orang x 2 hari

RM 960.00

RM 280.00

4. KECEMASAN RM 200.00

JUMLAH RM 2 316.00

4

Page 5: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

7.4 Sumber Kewangan

a) Anggaran Pendapatan

Bil Perkara Jumlah

1 Yuran sekolahRM 100 x 52 buah sekolah RM 5200.00

2 Sumbangan PPD RM 2300.00

Jumlah RM 7500.00

b) Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah

1 Kejohanan peringkat daerah RM 8 804.00

2 Latihan kejohanan peringkat daerah RM 1 740.00

3 Latihan kejohanan peringkat negeri RM 2 316.00

Jumlah Perbelanjaan RM 12 860.00

c) Kekurangan pendapatan

Anggaran Perbelanjaan RM 12 860.00Anggaran Pendapatan RM 7 500.00 (-)

5

Kekurangan Pendapatan RM 5 360.00

Page 6: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING 12 TAHUN KE BAWAH DAN 18 TAHUN KE BAWAH

Bilangan semua pemain untuk pertandingan termasuk simpanan ialah 12 orang. Peraturan-peraturan semasa mengikut peraturan-peraturan IHF.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.

8.2 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Baling 12 Tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah Daerah Kuala Selangor

8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

Bilangan Pegawai dan Peserta ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Peserta 12 orang ( setiap pertandingan )

8.4 PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Daerah Kuala Selangor. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja bagi setiap pertandingan.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Bahagian pertama 7 minit Rehat 1 minit

6

Page 7: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Bahagian kedua 7 minit

8.6 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan akan ditentukan dalam Mesyuarat Kejohanan Bola Daerah Kuala Selangor 12 Tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah

8.6.1 Liga Tiga Kumpulan

Pusingan Pertama

Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

Pusingan Kedua

Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

Undian akan dijalankan selepas sahaja tamat pusingan pertama.

Dari 3 pemenang 1, satu akan di tempatkan ke KUMPULAN X dan dua di tempatkan ke KUMPULAN Y.

Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang 1 kumpulannya.

Pusingan Akhir

Pemenang 1 KUMPULAN X akan melawan pemenang 1 KUMPULAN Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

Pemenang 2 KUMPULAN X akan melawan Pemenang 2 KUMPULAN Y untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

8.6.2 Liga Dua Kumpulan

Pusingan Pertama

Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 Kumpulan A.

7

Page 8: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

8

Page 9: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Pusingan Akhir

Dua pasukan Pemenang Pusingan Kedua akan bertanding untuk JOHAN dan NAIB JOHAN.

Manakala dua pasukan yang kalah akan bertanding untuk tempat KETIGA dan KEEMPAT.

8.7 PENDAFTARAN PEMAIN

8.7.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 12 orang pemain. 8.7.2 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang diberi hendaklah

disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola pada hari pendaftaran iaitu …………………………….8.7.3 Satu Salinan Sijil Beranak yang telah disahkan oleh guru besar sekolah peserta

berkenaan juga perlu diserahkan bersama dengan borang pendaftaran pemain dan pegawai.

8.8 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.8.1 Secara Liga

a. Cara memberi mataMenang …………………. 2 mata

Seri …………………. 1 mata

Kalah ………………….. 0 mata

b. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan ditentukan mengikut cara seperti berikut.i. Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak akan dikira

menang.ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak dikira menang.iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena jaringan gol akan dikira menang.iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.v. Jika masih seri lagi, undian akan dijalankan.

8.9 Secara Kalah Mati

a. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.i. Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit.ii. Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama satu minit diberi untuk

bertukar tempat dan pemain serta perlawanan diteruskan 5 minit lagi.iii. Jika keputusan masih seri, sistem balingan 7 meter akan dijalankan.iv. Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang

jelas atau keadaan-keadaan lain, maka undian hendaklah dijalankan.

9

Page 10: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

8.10 Sistem Balingan 7 meter.

a. Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter dengan cara berselang-seli oleh 5 orang pemain.

b. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh pemain yang lain secara berselang-seli dengan sistem sudden-death.

c. Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan membuat balingan 7 meter.

d. Jika masih seri, undian dijalankan secara lambungan syiling.e. Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 meter akan dijalankan.f. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat

balingan dahulu.g. Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan

mestilah berada di luar garisan balingan percuma.h. Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.

Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7

10

Page 11: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Liga Kumpulan

A . Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

i.           Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii.          Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang 

             sebagai kumpulan X1 dan X2

i. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

              Pemenang  sebagai kumpulan Y1 dan Y2 

C. Pusingan Separuh Akhir

i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii.         Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii.        Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i.            Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii.           Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang - 2 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata

11

Page 12: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

8.7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i.     Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan    mempunyai  

       jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii.   Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii.  Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan 

             diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir

dan akhir :

i.  Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa    

        sepenuh  perlawanan.

ii.     Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan 

       yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv.   Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa  rehat.

v.    Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada  hantaran              tengah  berikutnya.

      vi.   Sekiranya berlaku seri di akhir masa  tambahan,balingan penalty 7 meter akan                dilakukan dan undian akan dijalnakan sekali lagi bagi menentukan pasukan yang                 akan membuat baling terlebih dahulu.

9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.

12

Page 13: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

i.    Masa rehat

ii.    Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.  

        Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang 

        menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian 

        dan  atau pertukaran posisi.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 12 pemain yang telah di daftarkan

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. 9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

waktu rehat separuh masa. 9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

10.0 PAKAIAN

Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain.

Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

13

Page 14: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

Gelanggang bola baling mengikut peraturan IHF.

2.0 KELEWATAN

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.

Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.

Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di 

                              posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

14.0 JURI RAYUAN

14

Page 15: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada pasukan berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i.           Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya   sebagai Pengerusi.

ii.          Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii.         Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv.         Dua hingga empat orang wakil daripada pasukan yang berkecuali.

Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.

16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan 15

Page 16: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula

perlawanan yang tertangguh itu.

17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

Persatuan Bola Baling Daerah Kuala Selangor akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Bola Baling , pengadil-pengadil dan pegawai teknikal . Persatuan Bola Baling Daerah Kuala Selangor juga akan menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 7 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Jam Randik - 4 buah

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Papan skor - 2 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan

Air Horn - 2 buah

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja

daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh

pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang

pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam

16

Page 17: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan

keputusan kumpulan.

17

Page 18: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

20.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tn. Hj Ismail Bin Dawani ( Guru Besar SK Puncak Alam 3 )Timb. Pengerusi 1 : Tn.Hj Isnu Bin Sururi ( PK Kokurikulum SK Puncak Alam 3 )Timb. Pengerusi 2 : En. Zahar Azlan bin Ariffin (PK Kurikulum SK Puncak Alam 3)Timb.Pengerusi 3 : En.Jaafar Bin Abdullah (PK HEM SK Puncak Alam 3 )Timb.Pengerusi 4 : Tn. Hj Rosli Bin Zaini ( PK Petang SK Puncak Alam 3 )Setiausaha : En. Mohd Sujaei bin Salim (SK Puncak Alam 3)Bendahari : Pn. Hamdiah bt Abdul Lakim (SK Puncak Alam 3)Teknikal : Tn. Hj. Rosli bin Zaini ( SK Puncak Alam 3 )

En. Haron bin Abd Ghani ( SAM Jeram)Ahli Jawatankuasa :

i. Urusetia / KejurulatihanEn. Mohd Sujaei bin Salim (SK Puncak Alam 3)

ii. Surat dan PublisitiPn. Anifariza bt Sarmo (SK Puncak Alam 3)

iii. Makanan dan Minuman PegawaiPn. Hamdiah bt Abdul Lakim (SK Puncak Alam 3)

iv. Pendaftaran Peserta dan PegawaiPn. Siti Fashihah bt Mohd Muslih (SK Puncak Alam 3)Pn. Anifariza bt Sarmo (SK Puncak Alam 3)

v. PeralatanEn. Rifaizal L Afzan bin Rajeun (SK Puncak Alam 3)

vi. Persiapan GelanggangEn. Mohd Rosdi bin Che Daud (SK Puncak Alam 3)

vii. Sijil,Hadiah dan CenderahatiPn. Hamdiah bt Abdul Lakim (SK Puncak Alam 3)

viii. Pengelola SiarayaEn. Mohd Murad bin Awang (SK Puncak Alam 3)

ix. Bantuan KecemasanJPAM Cawangan Kuala Selangor

18

Page 19: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

x. Kebersihan /KeselamatanEn. Rifaizal L Afzan bin Rajeun (SK Puncak Alam 3)

xi. PengacaraEn. Azane Azran bin Mohd Latif ( SK Puncak Alam 3)En. Mohd Khairie bin Solehan (SK Puncak Alam 3)

xii. Kerani/KeputusanEn. Mohd Rosdi bin Che Daud ( SK Puncak Alam 3)

xiii. Pengelola ICT/JurukameraEn. Mohd Murad bin Awang ( SK Puncak Alam 3)

xiv. Buku Program/BrosurPn. Siti Fashihah bt Mohd Muslih (SK Puncak Alam 3)

xv. Pengelola Pasukan SekolahSemua Pengurus Pasukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala Selangor

19

Page 20: Kej Bola Baling KS SKPA 3 (2015)

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KUALA SELANGOR 2015

20