keganasan di malaysia

Upload: anjaliraju

Post on 17-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Keganasan Di Malaysia

    1/1

    Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang tidakberdaftar disisi

    undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram

    bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini, menjadikan perniagaan

    dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran dan penjualan cakera

    padat cetak rompak sebagai aktiviti utama. Kegiatan-kegiatan ini sudah pastinya

    akan memberikan impak yang buruk kepada negara Malaysia yang sedang

    membangun dngan pesat. Dalam isu kongsi gelap pula, kita tidak menafikan ada

    elemen gangster ataupun kumpulan yang melibatkan kaum tertentu sehingga

    mencetuskan pelbagai kes jenayah berat dan keadaan yang menimbulkan

    kebimbangan terhadap tahap keselamatan rakyat di negara ini. !amun demikian,

    secara strategisnya, ia harus dikaji secara serius dan mendalam punca, kesan dan

    kaedah menanganinya yang saling berkait antara satu sama lain. "aktor sejarah,

    budaya dan pertalian antara kes dengan kaum juga #ajar diberi perhatian agar tidak

    tersalah langkah sehingga ke tahap mengubat kencing manis kaki pula perlu

    dipotong. Kerana secara umumnya, gangsterisme ataupun samseng berkumpulan

    ini membiak dalam semua kaum bergantung kepada keperluan kelompok tersebut.

    $leh sebab kongsi gelap ini akan meluas dalam kalangan masyarakat, ia

    akan mempengaruhi genarasi yang sedang membangun. %erutamanya, ia akan

    mempengaruhi pelajar sekolah. &al ini demikian kerana pelajaran remaja akan

    terabai. Minat mereka untuk belajar sudah tiada dalam diri mereka. Mereka lebih

    berminat melibatkan diri dalam aktiviti gengsterisme berbanding mengulang kaji

    pelajaran. Bagi mereka, membaca buku amat membosankan. Dengan ini, mereka

    lebih suka bergaduh berbanding membaca buku. Keadaan ini menyebabkan

    pelajaran mereka terjejas. 'pabila pelajaran mereka terjejas, mereka mungkin akan

    menghadapi kegagalan dalam peperiksaan dan turut menjejaskan masa hadapan

    mereka.