kedudukan pegawai sulh di mahkamah...

10
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1083 KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAH HAMMAD BIN MOHAMAD DAHALAN Kolej Universiti Islam Antarabangsa [email protected] MOHAMAD AZHAN BIN YAHYA Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Islam sangat menggalakkan proses perdamaian seperti Sulh dalam usaha menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang bertikai kerana pendekatan Sulh ini sangat membantu dan memudahkan pihak-pihauntuk mencapai penyelesaian. Oleh itu, Mahkamah Syariah telah mengambil pendekatan yang dianjurkan oleh Islam dan pelaksanaan sulh ini telah membuktikan bahawa kaedah ini mampu untuk mengurangkan masalah kes tertangguh yang membelenggu Mahkamah Syariah selama ini serta membantu pihak-pihak bertikai untuk menyelesaikan kes mereka dalam tempoh masa yang singkat. Walaubagaimanapun, di sebalik pelaksanaan proses sulh ini, masih ada perkara yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan dalam aspek Pegawai Sulh itu sendiri. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mebincangkan kedudukan Pegawai Sulh di Mahkamah Syariah yang mana dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, pengenalan kepada kajian yang menyentuh mengenai latar belakang sulh di Mahkamah Syariah dan agama Islam. Kedua, perbincangan mengenai kelayakan Pegawai Sulh di Mahkamah Syariah dan skop tugas kerjanya dalam mengendalikan proses sulh. Ketiga, menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Sulh dalam melaksanakan sulh di Mahkamah syariah dan kesimpulan serta cadangan dibincangkan dalam bahagian terakhir artikel ini. Dapatan awal artikel ini merumuskan bahawa Pegawai Sulh perlulah memahami fungsi, tanggungjawab dan peranan dalam melaksanakan proses Sulh sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan Sulh. Dalam hal ini, Pegawai Sulh perlulah diberi ruang untuk menimba pengalaman dan latihan bagi melahirkan Pegawai Sulh yang lebih efisien dan berpengalaman. Kata kunci: Kedudukan, pegawai sulh, Mahkamah Syariah, cabaran PENDAHULUAN Mahkamah Syariah ditubuhkan bagi membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya dalam isu-siu yang berkaitan dengan hal kekeluargaan Islam seperti isu perceraian, wakaf, hibah, faraid dan jenayah Islam. Isu-isu tersebut akan diadili di Mahkamah Syariah melalui proses litigasi yang telah ditetapkan sebagaimana diperuntukan di dalam undang-undang Syariah di Malaysia seperti Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Akta Undang-undang Keluarga Islam, Akta Tatacara Jenayah Syariah dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah. Namun, rata-rata masyarakat awam mula merungut dan mendakwa bahawa proses litigasi ini hanya membebankan mereka dari segi kos dan juga masa sedangkan kebanyakkan isu yang mereka kemukakan di hadapan Mahkamah Syariah merupakan isu-isu yang perlu diselesaikan dengan segera dan melibatkan kepentingan diri mereka dan juga individu lain. Sebagai contohnya, dalam isu hak jagaan anak, pihak-pihak yang bertikai perlu mendapatkan perintah hak jagaan anak dalam tempoh masa yang singkat berikutan pihak- 1090

Upload: ngocong

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1083

KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAH

HAMMAD BIN MOHAMAD DAHALAN

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

[email protected]

MOHAMAD AZHAN BIN YAHYA

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Islam sangat menggalakkan proses perdamaian seperti Sulh dalam usaha menyelesaikan pertikaian di antara

pihak-pihak yang bertikai kerana pendekatan Sulh ini sangat membantu dan memudahkan pihak-pihauntuk

mencapai penyelesaian. Oleh itu, Mahkamah Syariah telah mengambil pendekatan yang dianjurkan oleh Islam

dan pelaksanaan sulh ini telah membuktikan bahawa kaedah ini mampu untuk mengurangkan masalah kes

tertangguh yang membelenggu Mahkamah Syariah selama ini serta membantu pihak-pihak bertikai untuk

menyelesaikan kes mereka dalam tempoh masa yang singkat. Walaubagaimanapun, di sebalik pelaksanaan

proses sulh ini, masih ada perkara yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan dalam aspek Pegawai Sulh

itu sendiri. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mebincangkan kedudukan Pegawai Sulh di

Mahkamah Syariah yang mana dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, pengenalan kepada kajian yang

menyentuh mengenai latar belakang sulh di Mahkamah Syariah dan agama Islam. Kedua, perbincangan

mengenai kelayakan Pegawai Sulh di Mahkamah Syariah dan skop tugas kerjanya dalam mengendalikan proses

sulh. Ketiga, menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Sulh dalam melaksanakan sulh di

Mahkamah syariah dan kesimpulan serta cadangan dibincangkan dalam bahagian terakhir artikel ini. Dapatan

awal artikel ini merumuskan bahawa Pegawai Sulh perlulah memahami fungsi, tanggungjawab dan peranan

dalam melaksanakan proses Sulh sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan Sulh. Dalam hal ini,

Pegawai Sulh perlulah diberi ruang untuk menimba pengalaman dan latihan bagi melahirkan Pegawai Sulh

yang lebih efisien dan berpengalaman.

Kata kunci: Kedudukan, pegawai sulh, Mahkamah Syariah, cabaran

PENDAHULUAN

Mahkamah Syariah ditubuhkan bagi membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang

dihadapi terutamanya dalam isu-siu yang berkaitan dengan hal kekeluargaan Islam seperti isu

perceraian, wakaf, hibah, faraid dan jenayah Islam. Isu-isu tersebut akan diadili di Mahkamah

Syariah melalui proses litigasi yang telah ditetapkan sebagaimana diperuntukan di dalam

undang-undang Syariah di Malaysia seperti Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Akta

Undang-undang Keluarga Islam, Akta Tatacara Jenayah Syariah dan Akta Keterangan

Mahkamah Syariah. Namun, rata-rata masyarakat awam mula merungut dan mendakwa

bahawa proses litigasi ini hanya membebankan mereka dari segi kos dan juga masa sedangkan

kebanyakkan isu yang mereka kemukakan di hadapan Mahkamah Syariah merupakan isu-isu

yang perlu diselesaikan dengan segera dan melibatkan kepentingan diri mereka dan juga

individu lain. Sebagai contohnya, dalam isu hak jagaan anak, pihak-pihak yang bertikai perlu

mendapatkan perintah hak jagaan anak dalam tempoh masa yang singkat berikutan pihak-

1090

Page 2: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2083

pihak perlu menamakan penjaga kepada anak sewaktu mendaftarkan anak di sekolah dan juga

sekiranya berlaku hal-hal kecemasan di hospital yang melibatkan anak seperti kemalangan

yang memerlukan pembedahan dijalankan ke atas anak.

Walaupun terdapatnya proses Mahkamah Syariah yang membenarkan permohonan secara

sebelah pihak dalam mendapatkan perintah secara sementara menunggu kes induk diputuskan

oleh Mahkamah Syariah, namun proses ini masih lagi dilihat membebankan masyarakat dari

segi aspek kewangan. Sesuatu kes yang dikemukakan di Mahkamah Syariah juga akan

memakan masa yang lama jika pihak-pihak yang bertikai tidak memberikan kerjasama yang

baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, bukti yang telah rosak atau lupus dan saksi yang

tidak kredibiliti.1 Turut mengundang masalah juga adalah faktor kos. Semakin lama

perbicaraan itu berjalan, semakin banyak kos perundangan yang perlu ditanggung oleh pihak-

pihak.

Jesteru itu, Mahkamah Syariah telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan proses Sulh

bagi membantu pihak-pihak yang bertikai agar dapat menyelesaikan pertikaian mereka dalam

tempoh masa yang singkat dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi. Malahan proses

Sulh ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat dan telah mula

dijalankan di seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia. Mengikut sejarah, Kaedah Sulh mula

diperkenalkan di negeri Selangor iaitu pada tahun 2001. Berdasarkan laporan kes Sulh yang

dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu pada tahun 2014 menunjukkan

terdapat peningkatan kes yang didaftarkan dan diselesaikan setiap bulan seperti pada bulan

Januari 2014 sebanyak 39.78%, bulan Februari 54.70%, bulan Mac 58.88 %.2

Pihak-pihak yang bertikai boleh membuat pilihan samaada untuk menggunakan proses litigasi

ataupun menjalani proses Sulh yang mana dilihat sebagai kaedah alternatif dalam

menyelesaikan pertikaian antara mereka. Secara amnya, proses Sulh adalah berbeza dengan

perbicaraan di dalam mahkamah kerana proses sulh dilakukan di luar mahkamah dan pihak-

pihak yang terlibat hanyalah melibatkan Pegawai Sulh (sebagai pihak tengah) dan mereka

yang bertikai. Walaubagaimanapun, artikel ini akan menumpukan perbincangan kepada

kedudukan Pegawai Sulh di Mahkamah Syariah khususnya daripada aspek kelayakkan

pegawai tersebut dilantik sebagai pengantara yang berperanan menyelesaikan masalah-

1Prof Madya Dr.Sue Valquis Md.Mashhor & Prof Madya Dr Md. Amin Hj Abd Rahman.2004.

Sulh:Konsep,Pelaksanaan Dan Kesannya Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Laporan akhir penyelidikan UITM. Shah Alam. Hlm 15 2 www.syariah.terengganu.com.my Laporan Bulanan Kes Sulh 2014.

Page 3: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3083

masalah pihak-pihak yang bertikai, tugas serta peranan Pegawai Sulh dan cabaran yang

dihadapi oleh Pegawai Sulh dalam melaksanakan proses Sulh di Mahkamah Syariah.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan dan analisis hasil

dapatan kajian. Kajian perpustakaan tertumpu kepada sumber sejarah pelaksanaan Sulh di

Mahkamah Syariah dan dalil ayat al-Quran dan al-sunnah yang memperihalkan mengenai

proses Sulh pada zaman Rasulullah S.A.W dan juga zaman sahabat. Manakala analisis hasil

dapatan kajian berdasarkan pembacaan terhadap beberapa buah artikel dan rujukan berkaitan

Sulh dan seterusnya mengeluarkan dapatan kajian bagi artikel ini.

SULH DARI SUDUT ISLAM

Sulh adalah suatu perkara yang telah diterangkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah

Rasulullah S.A.W. Di dalam al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman dengan maksudnya :

“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuzatau sikap tidak acuh dari suaminya,

Maka tidak Mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan

perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir, dan

jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan

sikap tak acuh), Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu

kerjakan”

(Al-Nisa’ (4):)

128

Dan Firman Allah Taala yang lain :

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-

bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau

mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian

Karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.”

(Al-Nisa (4) 114)

Khalifah Umar Bin al-Khattab r.a menegaskan bahawa sulh adalah diharuskan. Hakam

hendaklah memberi peluang kepada pihak-pihak yang bertelagah untuk mengadakan sulh.

Walaupun demikian hendaklah difahami bahawa sulh tidak boleh dilakukan untuk

menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sebenarnya penyelesaian secara

sulh ini wajarlah dilaksanakan kerana ada kalanya keputusan mahkamah kalaupun mengikat

tetapi ianya tidak dapat memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat sedangkan sulh lahir

daripada perasaan tolak ansur dan redha meredhai. Para ulamak telah bersepakat bahawa

Page 4: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

4083

penyelesaian secara sulh di antara pihak-pihak yang bertikai adalah tepat kepada keadilan

kerana kedua-dua pihak lebih mengetahui daripada apa yang mereka sepatutnya berhak ke

atas apa yang didakwa.

SULH DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Jika diteliti undang-undang Syariah yang digazetkan di Malaysia, tidak terdapat sebarang

peruntukan yang mendefinisikan sulh dengan jelas. Namun demikian terdapat peruntukan

mengenai sulh dan meletakkan bahawa sulh itu dalam suatu bentuk proses berdasarkan

prosedur tertentu yang digalakkan. Maka boleh disimpulkan bahawa sulh merupakan

keputusan atau hasil dari suatu perdamaian atau persetujuan oleh pihak-pihak yang bertikai

dan bersengketa. Majlis Sulh merupakan suatu proses perundingan terpimpin yang dijalankan

sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh Hukum Syara’ dan undang-undang bagi

tercapainya sulh3.

Pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah secara tidak rasmi telahpun dipelopori oleh pendaftar

dan penolong pendaftar Mahkamah Syariah dan para Peguam Syarie malah adakalanya datang

dari perintah daripada Hakim Syarie. Perbincangan dibuat mengikut kehendak pelanggan dan

mengikut kesempatan masa sebelum atau semasa prosiding perbicaraan. Draf pertama

berkaitan sulh telah diwujudkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan

Sivil Kebangsaan yang dinamakan Kaedah-Kaedah (Prosedur Mal) (Sulh) Wilayah-Wilayah

Persekutuan 1996.4

Peruntukan sulh di Mahkamah Syariah dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah yang diluluskan

dalam kebanyakan negeri dan wilayah secara berperingkat. Antaranya :

1) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 mula berkuatkuasa pada Ogos

2001

2) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Wilayah Persekutuan 2004 diwartakan pada 8

Januari 2004 dan berkuatkuasa pada hari yang sama.

3) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Negeri Melaka 2004 mula berkuatkusa pada 15

Februari 2004

3 Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

4 YAA Dato’ Syeikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Penyelesaian Kes-Kes Kekeluargaan Islam Melalui Manual Kerja

Sulh di Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-Undang Keluarga Islam pada 3-4 September 2002 di Dewan Besar IKIM.

Page 5: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5083

4) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) Johor 2004 mula

berkuatkuasa pada 12 Ogos 2004

5) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2006 mula

berkuatkuasa pada 22 Jun2006

Manual Kerja Sulh digazetkan bagi bertujuan menerangkan proses kerja yang perlu dilalui di

dalam Majlis Sulh dan Kod Etka Pegawai Sulh5. Kod Etika Pegawai Sulh pula telah

berkuatkuasa pada 1 Jun 2002 di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Malahan sekiranya

pihak-pihak yang bertikai merasakan perlu melalui proses Sulh boleh memohon untuk berbuat

demikian demi kepentingan pihak-pihak yang bertikai mengikut Hukum Syarak walaupun

sedang berada dalam prosiding di mahkamah.6 Tatacara Mal Sulh juga turut memperuntukkan

dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah membuat

peruntukan mengenai tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah, fee dan alaun yang

kena bayar juga tatacara mengenai pelaksanaan sulh7.

KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAH

a) Kelayakkan

Asas kelayakan untuk Pegawai Sulh gred LS41 adalah sekurang-kurangya Ijazah Sarjana

Muda Syariah dari mana-mana universiti yang diiktiraf dan memiliki Diploma Pentadbiran

Guaman Islam atau yang setaraf dengannya. Termasuk dalam kelayakan ini adalah ijazah

LLB(S) dari UIAM. Perkembangan perjawatan di Mahkamah Syariah menyaksikan Pegawai

Sulh dilantik dalam kalangan mereka bergred LS 44 dalam Mahkamah tertentu. Kelulusan ini

setaraf dengan kelayakan Hakim Syarie.8

b) Peranan

Proses Sulh melibatkan kes-kes pertikaian yang berbangkit dari sebuah penceraian. Ini

bermakna, Pegawai Sulh berperanan sebagai pihak tengah dan melaksanakan proses konsilasi

antara pihak-pihak yang bertikai untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah

mereka. Namun, segelintir masyarakat telah salah faham bahawa peranan Pegawai Sulh

5 Pekeliling Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor 1 Tahun 2002

6 JH 89

7 Seksyen 247(1) Seksyen 99 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1988 (Akta

585) 8 http://www.jakess.gov.my disunting pada 16 April 2016.

Page 6: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

6083

adalah untuk mendamaikan pihak-pihak sebagaimana fungsi dan peranan yang ada pada

Jawatan Kuasa Pendamai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam.

Selain itu, Pegawai Sulh berperanan untuk menggalakkan pihak-pihak mengadakan

perbincangan yang lebih bersifat ke arah memikirkan kepentingan pada masa hadapan dan

cuba untuk tidak mebenarkan pihak-pihak bertikai hanya terus menerus mempertikaikan hal-

hal yang telah berlalu. Sehubungan dengan itu, penekanan dan peringatan kepada pihak-pihak

yang bertikai perlu diberikan oleh Pegawai Sulh supaya mereka sentiasa memahami akan

tujuan mereka hadir ke Majlis Sulh adalah untuk mecari jalan penyelesaian dan fokus

terhadap isu penting yang hendak diselesaikan.9

Malah, Pegawai Sulh juga boleh menggunakan kuasanya sebagai pihak tengah untuk

menghentikan perbincangan yang tidak produktif. Setelah itu, Pegawai Sulh digalakkan untuk

menekankan semula kepentingan perbincangan berkaitan masa hadapan dan bukan masa

lampau. Walaupun Pegawai Sulh boleh menangguhkan mana-mana prosiding dan

menetapkan tarikh untuk perbicaraan, menjalankan semua tugas dan kuasa hakim yang diberi

oleh undang-undang bertulis. Namun demikian, untuk mengelakkan dari berlakunya konflik

kepentingan, Pegawai Sulh tidak boleh membicara dan memutuskan hukuman bagi kes-kes

yang telah melalui Majlis Sulh di bawah pengendaliannya. Mereka juga tidak boleh

mendengar dan memutuskan kes-kes yang berada dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi

Syariah. Secara ringkasnya, peranan Pegawai Sulh adalah untuk menasihatkan pihak-pihak

yang bertikai untuk menyelesaikan masalah dengan melakukan perbincangan yang terpimpin

dan seterusnya mencapai kata sepakat di dalam isu-isu yang dipertikaikan.10

c) Cabaran

Sepertimana yang dinyatakan pada sebelum ini, Pegawai sulh merupakan lantikan dalam gred

LS 41 yang menjawat jawatan Pegawai Syariah. Lantikan sebagai Pegawai Syariah pula

dipilih berasaskan kelayakan individu tersebut memiliki sekurang-kurangya Ijazah Sarjana

Muda Syariah dari mana-mana universiti yang diiktiraf dan memiliki Diploma Pentadbiran

Guaman Islam atau yang setaraf dengannya. Sehubungan dengan itu, Pegawai Syariah ini

9 Hammad Bin Mohamad Dahalan. 2014. Pengurusan Sulh: Peranan,Pelaksanaan dan Keberkesanannya Oleh

Pegawai Sulh dibentangkan di International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC 2014) di Kuala Lumpur 17-18 2014. 10

Mohd Fuad Mohd Salleh & Jamilah Othman. Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesaian Konflik Keluarga Islam.

Page 7: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

7083

sudah tentu tidak mempunyai asas dan latihan sebagai seorang mediator sekiranya pegawai

tersebut merupakan pegawai lantikan yang baharu. Jesteru itu, salah satu cabaran yang

dihadapi oleh Pegawai Sulh adalah tidak mempunyai kemahiran dan asas berkaitan tugas-

tugas untuk bertindak sebagai pihak tengah yang mana memerlukan latihan dan pengalaman

yang luas untuk mengendalikan proses Sulh memerlukan pengalaman yang luas agar

perjalanan proses Sulh itu berjalan dengan lancar.11

.

Hal ini kerana salah satu kriteria yang diperlukan untuk menggalas peranan sebagai Pegawai

Sulh adalah berupaya untuk membimbing pihak-pihak bertikai dalam mencapai penyelesaian

serta pada masa yang sama penyelesaian tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan

Undang-Undang dan Hukum Syarak bagi membolehkan sebarang persetujuan yang dijadikan

Perintah Mahkamah boleh dikuatkuasakan kemudiannya.

Contohnya, dalam Tuntutan Hadhanah, pihak bekas suami seringkali menggunakan isu suami

tidak berkelayakkan kerana berakhlak tidak baik sebagai asas untuk tidak bersetuju dengan

tuntutan itu, sedangkan syarat-syarat lain telah dipenuhi oleh bekas suami. Maka, pihak

Pegawai Sulh boleh menggunakan pendekatan “mencipta keraguan” dengan cara

memberikan pandangan kepada bekas isteri untuk berfikir semula dengan pendiriannya

sendiri wajar atau tidak alasan tersebut itu terus digunakan olehnya yang boleh diaplikasikan

di peringkat “kaukus” atau di peringkat “perbincangan bersama”.

Selain itu, kemahiran asas bagi seorang Pegawai Sulh12

berkaitan dengan kemahiran untuk

memahami intipati dari setiap kes yang dikendalikan termasuklah pemahaman asas pliding,

punca hak yang dituntut itu timbul (locus standi) dan berupaya untuk membentuk asas

penyelesaian yang sesuai dengan Undang-Undang dan Hukum Syarak. Walaupun proses Sulh

telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat awam, namun pelaksanaan proses sulh

juga harus diberikan perhatian terutamanya terhadap aspek keberkesanan peranan Pegawai

Sulh dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan proses Sulh kerana tugas mereka amat

berkait rapat dengan kepuasan, kefahaman dan penilaian pihak-pihak yang bertikai dalam

mencapai kata sepakat dan seterusnya membentuk persetujuan yang mengikat.

11

Tuan Drs. Atras Bin Mohamad Zain. 2009. Kertas Kerja bertajuk Pengalaman Pelaksanaan Majlis Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dibentangkan di Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh Malaysia Kali Pertama, bertempat di Hotel Royal Penang bertarikh 15-17 Mac 2009. Hlm 31. 12

Ibid. Hlm 26. Dalam artikel ini menyatakan mengenai kepentingan proses Kenyataan Awal Pegawai Sulh atau alTa’aruf sebagai titik tolak pemahaman “pelanggan” terhadap Majlis Sulh yang berbeza dari proses Rundingcara (Kaunseling) di Pejabat Agama.

Page 8: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

8083

KESIMPULAN

Perkembangan sulh di Malaysia banyak bergantung kepada proses sulh itu sendiri. Proses sulh

ini bukan sahaja berkait dengan prosedurnya malahan peranan yang dibawa oleh Pegawai

Sulh. Sulh dicadangkan oleh Islam telah dimainkan peranan pihak tengahnya oleh individu-

individu hebat yang mempunyai akhlak yang mulia serta berkemahiran untuk membentuk

persefahaman antara dua pihak. Sebagai contohnya, dalam peristiwa hajar aswad dimana

Nabi Muhammad S.A.W berjaya memupuk sikap pihak-pihak bertelagah untuk meletakkan

batu hajar aswad dengan setiap kabilah memegang disetiap penjuru bagi membolehkan setiap

daripada mereka mempunyai peluan untuk meletakkan hajar aswad ditempatnya semula

setelah berubah kedudukannya akibat bencana banjir. Kemahiran rundingan terpimpin seperti

ini perlu ada pada setiap Pegawai Sulh dalam membantu kelancaran pelaksanaan proses Sulh

disamping mempunyai pengetahuan yang luas dalam penmakaian Hukum Syarak.

Dapatan artikel ini merumuskan bahawa setiap Pegawai Sulh perlulah diberi ruang untuk

mengikuti Kursus Asas Sulh dalam usaha untuk memahami Prosedur dan Manual Kerja Sulh

yang terkait dengan tugas harian. Selain itu, Pegawai Sulh juga perlu didedahkan dengan

kursus-kursus kemahiran rundingcara seperti mengikuti Kursus Mediasi13

dan Abritasi agar

Pegawai Sulh lebih memahami cara-cara yang berkesan untuk digunapakai di dalam proses

Sulh supaya pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah benar-benar dapat mencapai objektif

pelaksanaannya serta membantu dan memudahkan pihak-pihak yang bertikai terutama dari

aspek masa dan kewangan.14

13

Lawatan ke Malaysian Mediation Centre. http://www.jakess.gov. disunting pada 14 April 2016. Objektif lawatan tersebut dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai Sulh mengenai apakah peranan yang dimainkan oleh MMC dan fungsi badan tersebut dalam menyelesaikan pertikaian secara mediasi. Lawatan ini juga membolehkan Pegawai Sulh berkongsi maklumat dan idea dalam menjayakan proses mediasi dalam majlis Sulh di Mahkamah Syariah. Secara keseluruhannya, objektif lawatan ini telah berjaya mencapai sasarannya dan hasil daripada pertemuan ini diharapkan dapat menwujudkan kerjasama antara JAKESS dan MMC dalam memberikan kursus dan latihan kepada semua Pegawai Sulh dalam usaha memantapkan lagi kemahiran dan kepakaran para pegawai. 14

Mediasi Bantu Pertikaian Tanpa Bicara. http://agamaberitaharian.blogspot.my disunting pada 14 April 2016. Perjanjian yang diperoleh oleh mereka secara persetujuan bersama itu dengan dibantu mediator akan dapat menyelesaikan pertelingkahan. Kaedah itu lebih baik berbanding jika pihak itu merujuk kes mereka ke mahkamah, seterusnya memperoleh perintah mahkamah. Ini kerana mahkamah hanya menumpukan kepada hak pihak yang bertikai berdasarkan undang-undang. Sedangkan melalui proses mediasi, penyelesaian dapat dicapai atas dasar keperluan sebenar mereka di atas situasi menang-menang, maksudnya tiada pihak yang kalah.

Page 9: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

9083

RUJUKAN

Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman, Pelaksanaan Sulh Di Bawah Pentadbiran

Mahkamah Syariah, Kertas Kerja di Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Sulh Di

Mahkamah Syariah, pada 21hb. – 23hb. Ogos, 1996 di Kangar Travelodge, Perlis.

Hammad Bin Mohamad Dahalan. 2014. Pengurusan Sulh: Peranan,Pelaksanaan dan

Keberkesanannya Oleh Pegawai Sulh dibentangkan di International Research

Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC 2014) di Kuala Lumpur 17-

18 2014

Mohamad Ridzuan Bin Zainuddin. 2009. Antara Sulh & Mediasi: Yang Mana Dekat Di hati.

Kertas Keja yang dibentangkan di Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh

Malaysia (Kali Pertama) bertempat di Hotel Royal Penang pada 15-17 Mac 2009

Sue Valquis Md.Mashhor & Md. Amin Hj Abd Rahman.2004. Sulh:Konsep,Pelaksanaan

Dan Kesannya Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Mahkamah Rendah Syariah Shah

Alam. Laporan akhir penyelidikan UITM. Shah Alam

Raihanah Azahari. Sulh Dalam Perundangan Islam. Kertas Kerja Seminar Isu-Isu Mahkamah

Syariah VII, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 29 Januari 2005

Salleh Buang, Kertas Kerja Kursus Mediasi Mahkamah Syariah Selangor. 22-24 April 2002

di Hotel Quality,Shah Alam.

Su’aida Binti Safie, Majlis Sulh (Islamic Mediation) In The Selangor Syariah Court And

Malaysian Mediation Centre of Bar Council :A Comparative Study. Dibentangkan di

dalam International Seminar on Comparative Law pada 18-20 November 2008 di

Hotel Marriot Putrajaya

Tuan Drs. Atras Bin Mohamad Zain. 2009. Kertas Kerja bertajuk Pengalaman Pelaksanaan

Majlis Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dibentangkan di

Muzakarah Pegawai-Pegawai Sulh Seluruh Malaysia Kali Pertama, bertempat di Hotel

Royal Penang bertarikh 15-17 Mac 2009.

Tuan Haji Mohammad bin Abdullah, Sulh : Perlaksanaan dan Isu, Kertas Kerja di Bengkel

Pemahaman Undang-Undang Prosedur Mal Syariah, pada 14 – 17 Ogos 2001, Institut

Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Page 10: KEDUDUKAN PEGAWAI SULH DI MAHKAMAH SYARIAHconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1090-irsyad-2016.pdf · baik seperti tidak hadir ke tarikh sebutan kes, ... perbicaraan di

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

10083

YAA Dato’ Syeikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Penyelesaian Kes-Kes Kekeluargaan Islam

Melalui Manual Kerja Sulh di Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-Undang

Keluarga Islam pada 3-4 September 2002 di Dewan Besar IKIM.