kecerdasan emosi

17
Bi l Perkara Muka Surat 1. Pengenalan 2 2. Bentuk-Bentuk Emosi 2.1 Emosi Takut 2.2 Emosi Marah 2.3 Emosi Benci 2.4 Emosi Malu 2.5 Emosi Sedih 3 3 4 4 5 6 3. 3.0 Pengurusan emosi 3.1 Cara Mengurus Emosi 3.2 Strategi Mengurus Emosi 7 7 8 4. 4.0 Maksud Kemahiran Sosial 4.1 Komponen Kemahiran Sosial 10 10 5. Refleksi 12 6. Rujukan 15 7. Lampiran 17 ISI KANDUNGAN 1

Upload: mohd-nurhafizi

Post on 27-May-2017

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECERDASAN EMOSI

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Bentuk-Bentuk Emosi

2.1 Emosi Takut

2.2 Emosi Marah

2.3 Emosi Benci

2.4 Emosi Malu

2.5 Emosi Sedih

3

3

4

4

5

6

3. 3.0 Pengurusan emosi

3.1 Cara Mengurus Emosi

3.2 Strategi Mengurus Emosi

7

7

8

4. 4.0 Maksud Kemahiran Sosial

4.1 Komponen Kemahiran Sosial

10

10

5. Refleksi 12

6. Rujukan 15

7. Lampiran 17

ISI KANDUNGAN

1

Page 2: KECERDASAN EMOSI

1.0 Pengenalan

Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang

melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi

sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai

panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

Menurut Goleman (1996), kecerdasan emosi adalah kebolehan anda memahami

perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di

dalam kehidupan anda. Dengan mempunyai kecerdasan emosi, seseorang dapat

mengawal rasa kecewa, sedih, tertekan dan lain-lain perasaan yang negatif dengan

baik. Seterusnya ia juga membolehkan seseorang mengawal (impulses) diri. Sekiranya

seseorang menghadapi kesusahan, kecerdasan emosinya dapat membantunya tetap

bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang

telah ditentukan. Ia juga berupa empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang

lain di sekeliling anda. Ia juga berupa kemahiran sosial yang membolehkan seseorang

dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus dengan baik

perhubungan interpersonal serta dapat memujuk dan memimpin orang lain.

Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi

membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan

masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan

seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk

membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang

diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Selain itu, Salovey dalam Mok ,2008

menyatakan bahawa kecerdasan emosi bermaksud memiliki kebolehan memahami

emosi diri sendiri, mengurus emosinya, memotivasikan diri sendiri, membaca emosi

orang lain dan kebolehan menguruskan hubungan.

2

Page 3: KECERDASAN EMOSI

2.0 BENTUK-BENTUK EMOSI

1. Emosi positif atau negatif – Emosi positif adalah emosi suka, sayang, gembira

dan sebagainya, manakala emosi negatif adalah emosi takut, marah, dan duka.

2. Emosi primer atau bercampur – Emosi primer adalah perasaan gembira, benci,

jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang hanya berlaku secara

bersendirian. Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa

kecewa. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang

merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian

manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah

menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah

menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti :

2.1 Emosi Takut

Imam al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah mengibaratkan emosi

takut sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh

datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini. Prof Madya Dr. Ab

Aziz Mohd Zin seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah

menjelaskan bahawa emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia.

Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang berbahaya dan

memudaratkan. Sebagaimana dalam Firman Allah S.W.T dalam Surah al-An’am ayat

15, telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia.

Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari yang besar (hari

kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku."

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut,

Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah

3

Page 4: KECERDASAN EMOSI

membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu

takut kepada Allah S.W.T, manusia, kematian serta kemiskinan.

2.2 Emosi Marah

Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia

berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya emosi marah ini diiringi

oleh perubahan fisiologi seperti mimik muka menjadi marah, anggota badan

menggeletar, pergerakan dan pertuturan menjadi tidak menentu. Kadang-kala emosi

marah ini diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.

Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan

merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah S.W.T turut menyeru manusia supaya

menahan marah seperti dalam firman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 134:

Maksud-Nya : ( iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang

mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan

(kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi

marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan

keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah

dilarang dalam Islam kerana emosi marah boleh membawa kepada kemudaratan diri

dan kemudaratan pada orang lain.

2.3 Emosi Benci

Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila

manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk

memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi

benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan serta

pertelingkahan.

4

Page 5: KECERDASAN EMOSI

Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri

manusia. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat

216.

Maksud-Nya : Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu

yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,

dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah

mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

2.4 Emosi Malu

Berbagai-bagai perasaan bercampur aduk ketika seseorang mengalami malu. Ini

termasuklah perasaan takut, berminat, tertekan dan nyaman. Seiring dengan perasaan

ini, terdapat peningkatan degupan jantung dan tekanan darah. Tanda luaran perasan

malu ialah tenungan mata yang menyimpang ke samping serta terjurus ke lantai dan

anggota menjadi tegang serta lidah menjadi kelu. Suara seorang yang berasa malu

bernada rendah, lembut, menggeletar dan teragak-agak. Mimik muka menjadi tersipu,

mulut akan tersenyum dan dia akan mengundur diri.

Kesan positif perasaan malu, dapat menghalang seseorang itu daripada

melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan

sebagainya. Manakala kesan negatif pula ialah apabila mempunyai perasaan malu

yang melampau, mereka akan menghadapi kesukaran dalam pelbagai perkara

terutamanya ketika berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin untuk melakukan

sesuatu perkara dan sebagainya. Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik

agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di dalam diri.

Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai

perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau

perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan

hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali

ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

5

Page 6: KECERDASAN EMOSI

2.5 Emosi Sedih

Emosi sedih akan timbul bila mana seseorang berhadapan dengan keadaan

yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana

luka atau sakit membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru,

apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan

sebaiknya. Melakukan aktiviti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat

melupakan seketika perasaan sedih. Berkongsi perasaan sedih kepada kawan-kawan

mampu untuk mengurangkan perasaan sedih yang ada pada dirinya.

Islam menganjurkan umatnya supaya jangan bersedih kepada perkara-perkara

yang melalaikan sehingga melemahkan diri serta melahirkan kata-kata mengkufurkan

Allah SWT. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 277.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat

dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhan-Nya. tidak ada

kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Fathir 35: 34)

6

Page 7: KECERDASAN EMOSI

3.0 Pengurusan emosi

3.1 Cara Mengurus Emosi

Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri,

amanah, ketekunan, kebolehubahsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi

dan membentuk watak individu dari segi emosi.

A. Kawalan kendiri: Ini bererti sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang

destruktif. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:

a. Mengurus perasaan dan emosi negative dengan baik.

b. Tenang dan positif semasa tertekan.

c. Berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan.

B. Amanah: Ini bererti sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran

dan intergriti. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:

a. Bertindak secara beretika mengikut peraturan.

b. Membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti.

c. Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika

orang lain.

d. Mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular.

C. Ketekunan: Ini bererti sesuatu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri.

Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:

a. Mempunyai komitmen dan menunaikan janji.

b. Bersifat akauntable untuk memenuhi objektif.

c. Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas.

D. Kebolehsuaian: Inibererti sesuatu individu itu luwes (fleksible) dalam

menangani berubahan. Individu yang memliki kompentensi ini biasanya:

7

Page 8: KECERDASAN EMOSI

a. Menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang

kerap.

b. Menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah.

c. Luwes dalam perpepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku.

E. Inovasi: Ini bererti sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea

serta maklumat baru. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:

a. Mencari idea baru daripada pelbagai sumber.

b. Memikrkan penyelesaian kreastif terhadap masalah-masalah

c. Menjana idea baru.

d. Mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran.

3.2 Strategi Mengurus Emosi

Pengurusan emosi yang baik akan memberi kesan kepada kesihatan minda dan

tubuh badan. Antaranya ialah dengan menangguh kehendak. Seseorang yang

menghadapi masalah dalam mencapai hajatnya, dia akan menangguhkan sesuatu

usahanya sehingga dia lebih berkeyakinan untuk mencapai matlamatnya. Selain itu

ialah dengan mencari redha dalam agama ataupun kaedah spiritual untuk mengatasi

perasan kecewa atau kegagalan dalam sesuatu seperti mendekati orang yang lebih

bertakwa atau mencari ketenangan dalam sembahyang atau aktiviti agama.

Rasionalisasi pula ialah satu proses individu memikirkan beberapa alasan terhadap

kegagalannya dalam usaha mencapai sesuatu. Melalui cara ini, seseorang itu tidak

mudah untuk mengaku kalah dengan mudah. Selain itu juga, kaedah sublimisi boleh

digunakan dalam menguruskan emosi. Cara ini adalah penyelarasan dimana kita

gantikan sesuatu kegagalan dengan alternatif lain. Meluahkan emosi melalui tulisan

juga adalah satu cara sublimisi. Contohnya banyak karya dan hasil puisi teragung

dicipta semasa mereka mengalami ketegangan emosi. Sesaran pula adalah cara lain

untuk melaraskan ancaman kepada emosi kita. Sesaran berlaku apabila kita mengalih

perasaan kita daripada satu orang atau objek kepada orang lain atau objek lain.

Pemikiran positif juga adalah cara yang baik untuk mengurus emosi yang tidak baik

8

Page 9: KECERDASAN EMOSI

seperti kekecewaan, kegagalan atau kehilangan. Penggunaan Alat berfikir COURT 1

(COGNITIVE RESEARCH THRUST 1) yang dipelopori oleh Bernice MacCarthy untuk

membolehkan individu itu menilai sesuatu keadaan untuk membuat keputusan yang

munasabah. Antara alat berfikir yang digunakan ialah PMI(plus, minus, interesting)

CAF(consider all factors) C & S( consequence & sequal) dan AGO (aims, goals &

objectives) Cara yang terakhir ialah dengan menggunakan terapi muzik, yoga, seni,

zikir dan sebagainya. Seseorang yang mangalami tekanan emosi yang kuat akan

menggunakan terapi zikir, muzik dan sebagainya untuk meredhakan diri atau

menenteramkan diri.

Aktiviti permainan yang telah kami ciptakan ini juga banyak memberikan manfaat

dan merupakan salah satu cara penyelesaian untuk menguruskan tekanan emosi

dengan baik. Melalui permainan “Petak Beracun” ini, minda para pemain akan menjadi

lebih tenang kerana adanya soalan teka-teki yang menggeli dan mencuit hati. Secara

tidak langsung, tekanan dan bebanan emosi akan hilang secara beransur-ansur

disebabkan permainan ini. Para pemain akan gelak ketawa bersama-sama dan

melahirkan satu perasaan gembira dan seronok disamping meningkatkan kecerdasan

emosi semasa bermain. Permainan ini amat sesuai dan membantu para pelajar dalam

menghadapi tekanan emosi.

9

Page 10: KECERDASAN EMOSI

4.0 Maksud Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk

berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk

kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan

tanpa menggangu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan

sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi

dengan persekitaran.

4.1 Komponen Kemahiran Sosial:

1. Komunikasi 

- Satu proses penyampaian atau pertukaran  maklumat di antara dua individu, atau

antara seorang individu dengan sekumpulan orang (interaksi sosial dalam kalangan

orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan). Orang yang mempunyai

kemahiran ini, biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, mahir

dalam menggunakan (body language), cekap menjalin hubungan mesra dan

berkepimpinan.

2. Pengaruh 

- Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat

penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. Individu yang mempunyai

pengaruh, biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin,

cekap membuat persembahan dengan kemampuan  menarik perhatian orang lain dan

boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorentasikan pencapaian.

3. Pemangkin Perubahan

- Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupayamempercepatkan proses atau

urusan. Maka, kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan menggerak dan

mempercepat proses perubahan. Individu yang mempunyai kemahiran pemangkin

perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah, sanggup menjadi agen

perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi

10

Page 11: KECERDASAN EMOSI

4. Pengurusan Konflik 

- Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali berlaku

dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan

kumpulan dengan kumpulan. Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk

menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial Orang yang mempunyai kemahiran

ini, biasanya mempunyai ciri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir

memudahcara, bertolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang

memuaskan

5. Membina Hubungan 

- Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial. Berkait

rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi, kepimpinan dan kecergasan

interpersonal.

6. Kepimpinan Beraspirasi 

-Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam

organisasinya. Terdiri daripada orang berpengalaman, berilmu pengetahuan

dan berkemahiran, mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni.

7. Kerja Berpasukan dan Berkolaberasi 

- Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu

unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. Individu yang

mempunyai kemahiran ini biasanya, berupaya memimpin, cekap berkomunikasi dan

mahir menjalin hubungan interpersonal.

11

Page 12: KECERDASAN EMOSI

5.0 Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kesempatan dan

keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kemudian, saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang telah membimbing saya dan

rakan-rakan sepanjang membuat tugasan ini iaitu Dr Rahaila Bt Omar. Selain itu, saya

ingin mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi kali ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi ini, saya telah

menghadapi beberapa masalah serta kebaikan melalui Kerja Kursus Kemahiran

Kecerdasan Emosi. Walaupun masa yang diberikan membuat tugasan ini adalah

selama 4 minggu, saya tetap menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan ini.

Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan tidak akan saya

lupakan.

Pertama sekali, sewaktu taklimat Kerja Kursus ini diberikan pada 2 Ogos 2013

yang lepas, tidak semua pelajar yang menghadiri taklimat tersebut menyebabkan

terdapat pelajar yang tidak memahami tugasan ini dengan betul disebabkan ramai

pelajar yang sudah menempah tiket untuk balik kampung sempena dengan sambutan

perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Selepas taklimat tersebut, saya mempunyai masalah dari segi pemilihan aktiviti

untuk mengurangkan kadar stress di dalam kelas. Kami terpaksa mengambil masa

yang lama untuk memikirkan tentang aktiviti yang hendak dipilih. Selain itu, kekangan

masa yang terlalu banyak komitmen lain merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan saya tidak sempat memikirkan aktiviti yang sesuai untuk penghasilan

aktiviti kami.

Selepas saya berbincang dengan rakan saya, kami telah membuat keputusan

untuk memilih permainan kotak beracun yang mana akan dikaitkan dengan pengurusan

stress. Semasa memilih permainan ini, kami menghadapi masalah tentang bagaimana

untuk mencipta permainan ini. Oleh itu, kami mengambil inisiatif dengan mengolah dan

12

Page 13: KECERDASAN EMOSI

mengubahsuai dari permainan Snake & Ladder dengan beberapa pengubahsuaian dan

penambahan pada permainan tersebut.

Selain itu, saya juga mempunyai masalah dalam memilih rujukan yang sesuai

untuk tugasan kali ini. Untuk mencari nota-nota yang berkaitan dengan tugasan ini

saya telah bersungguh-sungguh mencari nota tersebut untuk pengetahuan bersama.

Pertama sekali saya telah membuat pencarian di internet. Pencarian di “internet” ini

memudahkan saya kerana banyak nota-nota yang berkaitan dengan elemen ini di

internet. Seterusnya, saya melakukan pencarian di pusat sumber. Saya telah dapat

mengenalpasti beberapa buah buku yang mempunyai kaitan dengan elemen

Kecerdasan Emosi ini.

Walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi sewaktu membuat tugasan

ini, saya menghadapi setiap masalah tersebut dengan hati yang terbuka. Saya

menyelesaikan satu persatu daripada masalah-masalah tersebut supaya tidak

memeningkan saya sendiri di kemudian hari. Di samping itu, dalam usaha menyiapkan

tugasan ini, pelbagai masalah dan karenah timbul dan menyukarkan kami memberi

komitmen yang sepenuhnya. Namun, hasil perbincangan antara rakan-rakan

seperjuangan,kami berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul dan mampu

meneruskan tugasan dengan bersemangat. Tanpa bantuan dan pertolongan yang

rakan-rakan bagi kepada saya, tidak mungkin saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan

tugasan Kemahiran Emosi ini mengikut masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan rakan saya di kelas

PPISMP 3.01 di atas segala bantuan yang telah diberikan.

Melalui tugasan Kemahiran Kecerdasan Emosi ini, saya telah mendapat banyak

input yang menarik dan saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya

terutama dalam bidang Kemahiran Emosi. Saya dapat mengetahui tentang jenis-jenis

emosi dan cara menguruskan emosi dengan berkesan. Selain itu, saya dapat

mengetahui dan mendapat input yang belum pernah saya dapat sebelum ini iaitu,

tentang emosi. Saya dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan emsoi, punca-

13

Page 14: KECERDASAN EMOSI

puncanya, cara mengatasi, dan implikasi emosi dalam kehidupan. Selain itu juga,

kemahiran sosial juga amat penting yang mesti dimiliki dalam diri guru.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang kecerdasan emosi dan cara

mengurus emosi. Banyak pengajaran yang saya dapat hasil daripada pembacaan yang

saya lakukan. Melalui tugasan seperti inilah yang boleh meningkatkan ilmu seorang

guru dalam menghadapi situasi yang tertekan ketika berada di sekolah nanti.

Akhirnya, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi

kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr Rahaila Bt Omar diatas segala tunjuk ajar

dan nasihat yang diberikan. Segala tunjuk ajar dan nasihat tersebut tidak akan saya

lupakan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membantu

menyiapkan tugasan kali ini. Segala pertolongan yang diberi tidak mungkin dapat saya

balas. Hanya doa sahaja yang mampu diberi. Sekian, Terima kasih.

14

Page 15: KECERDASAN EMOSI

6.0 Rujukan

Buku

Abdul Rashid Mohamed, & Mohamad Daud Hamzah. (2005), Kajian Korelasi Emosi

Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik

dan Pendidikan.

Aidh Bin Abdullah Al-qarni ( 2010), “La Tahzan Jangan Bersedih, Setelah Kesulitan

Pasti Ada Kemahuan”, Al-Hidayah Publication :Selangor.

Fariza Md. Sham (2005), Tekanan Emosi Remaja Islam. Latihan Ilmiah, Jabatan

Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia)

Ibnu Amrullah Yusuf. (2012). Syarah hadis 40 Imam Nawawi Asas-asas ilmu Islam.

Puchong, Selangor: Jasmin Publications.

Mohd Azhar Abd Hamid. (2008). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Kopetensi kecerdasan emosi. Puchong: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Shuhadak Mahmud. (2009). Rasulullah pendidik teulung 40 teknik Rasulullah mengajar.

Seremban, Negeri Sembilan: Al Azhar Media.

Internet

Wikipedia, (2013) Kecerdasan emosional, dicapai pada 25 Ogos 2013 daripada

http://id.wikipedia.org/wiki/Kecerdasan_emosional

15

Page 16: KECERDASAN EMOSI

Shabrina Firli (2012), Kecerdasan Emosi Menurut Islam, dicapai pada 27 Ogos 2013

daripada

http://oursouldbrina.blogspot.com/2012/08/kecerdasan-emosi-menurut-islam.html

16

Page 17: KECERDASAN EMOSI

7.0 Lampiran

17