kebudayaan melayu

13
KEBUDAYAAN MELAYU (BAHASA)

Upload: faieqa

Post on 22-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kebudayaan melayu

TRANSCRIPT

Page 1: KEBUDAYAAN MELAYU

KEBUDAYAAN MELAYU

(BAHASA)

Page 2: KEBUDAYAAN MELAYU

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

• Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penuturnya sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

• Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara.

Page 3: KEBUDAYAAN MELAYU

• Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polinesia.

• Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Page 4: KEBUDAYAAN MELAYU

RAJAH SALASILAH BAHASA

Filum Bahasa Austrik/Austris Menguasai hampir separuh benua Asia.

Rumpun Austronesia Bahasa Nusantara (Polinesia,Melanesia,

Mikronesia).

Rumpun Austroasia Bahasa Khasi (Nicobar,Mon, Khmer dan Munda)

Rumpun Cina-Tibet Bahasa Cina, Tibet,

Burma, Siam.

Rumpun AustronesiaBarat (Hesperanesia).

Rumpun AustronesiaTimur (Ocenesia).

Keluarga Indonesia(Keluarga Nusantara).

Keluarga Melanesia.(Kepulauan Fiji,

Irian, New Guinea).

Keluarga Mikronesia. (Kepulauan Marianna,

Gilbert).Keluarga Polinesia.

(Hawaii, Tonga,Kepulauan Easter).

Subkeluarga Indonesia Pusat. Subkeluarga

Filipina-Formosa.

Page 5: KEBUDAYAAN MELAYU

BAHASA MELAYU MEMPUNYAI :-4 PERINGKAT

BAHASA MELAYUPURBA

Bahasa Melayu moden(berasal)

Bahasa Melayu Klasik(berasal)

Bahasa Melayu Induk

PENDAPATASMAH HAJI

OMAR Kesimpulannya, BahasaMelayu moden berasal

Daripada Bahasa MelayuPurba yang di tuturkan Oleh Kelompok Melayu

Deutro.

BAHASA MELAYUMODEN

BAHASA MELAYUKLASIK

BAHASA MELAYUKUNO

Page 6: KEBUDAYAAN MELAYU

BM SEBAGAI WARISAN BUDAYA BANGSA

• Bahasa amat erat hubungannya dengan manusia dan kebudayaan. Bahasa sering dikatakan sebagai akar budaya atau bahasa secara simboliknya merupakan akar budaya sesuatu bangsa.

• Manusia yang berbudaya adalah manusia yang mempunyai bahasa. Bahasa yang digunakan oleh penuturnya dan pemakainya merupakan ekspresi budaya serta mencerminkan jati diri bangsa maupun individu pemakainya.

Page 7: KEBUDAYAAN MELAYU

Dari perspektif budaya pula, bahasa dianggapSebagai:

i. Hasil karya dan aktiviti manusia pendukung budaya tersebut

ii. ekspresi jati diri manusia dan budayaiii. himpunan gagasan, nilai, norma, dan

kebijaksanaan yang dilaksanakan oleh masyarakat pendukungnya,

iv. rasa kebanggaan tersendiri bagi manusia pendukung budaya mahupun penutur dan pemakai bahasa tersebut.

Page 8: KEBUDAYAAN MELAYU

• Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris.

• Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata.

Page 9: KEBUDAYAAN MELAYU

PENGARUH BUDAYA ASING TERHADAP BM

BAHASA ASING CONTOH

SanskritBahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata

ArabDoa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham

Parsi Agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam

Page 10: KEBUDAYAAN MELAYU

BAHASA ASING CONTOHJawa Adegan, awet ayu, bagus,

beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan

Cina Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak

Tamil Ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai

Page 11: KEBUDAYAAN MELAYU

BAHASA ASING CONTOH

Inggeris anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami

Page 12: KEBUDAYAAN MELAYU

KESIMPULAN

• Keperluan terhadap peneguhan sikap kita terhadap bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang paling berharga menjadi lebih penting dan mendesak dalam konteks globalisasi kerana jika tidak kita mungkin akan kehilangan jati diri dan nilai setempat. Diharap perjuangan memperkasa dan mengutamakan bahasa Melayu akan berjaya sehingga bahasa Melayu nanti akan tetap utuh dan mantap di tengah-tengah badai globalisasi yang semakin mengganas.

Page 13: KEBUDAYAAN MELAYU