kdk topik 9

9
PENGENALAN Setiap individu inginkan keluarga bahagia. Tetapi bagaimanakah bentuk kebahagiaan yang diinginkan serta bagaimana cara untuk mencapainya mungkin berbeza antara satu sama lain Bagi sebilangan orang kebahagiaan sesebuah keluarga mungkin terletak pada banyak atau sedikit harta dan wang ringgit. Ada pula yang mengetepikan soal wang ringgit dan harta kekayaan untuk mengecapi kebahagiaan. Terdapat juga yang mungkin melihat keharmonian dalam sesebuah keluarga sebagai asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga. Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang konsep keluarga bahagia, ciri- ciri keluarga bahagia serta peranan setiap ahli keluarga. Sedia? Teruskan mambaca. T T o o p p i i k k 9 9 Keluarga Bahagia HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep keluarga bahagia dari perspektif Islam dan sivil; 2. Menghuraikan ciri-ciri keluarga bahagia; dan 3. Membincangkan peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga. AKTIVITI 9.1 Apakah kepentingan institusi keluarga kepada pembangunan insan sesebuah negara?

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 13-Sep-2015

104 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Keluarga Bahagia

TRANSCRIPT

  • X PENGENALANSetiap individu inginkan keluarga bahagia. Tetapi bagaimanakah bentuk kebahagiaan yang diinginkan serta bagaimana cara untuk mencapainya mungkin berbeza antara satu sama lain Bagi sebilangan orang kebahagiaan sesebuah keluarga mungkin terletak pada banyak atau sedikit harta dan wang ringgit.

    Ada pula yang mengetepikan soal wang ringgit dan harta kekayaan untuk mengecapi kebahagiaan. Terdapat juga yang mungkin melihat keharmonian dalam sesebuah keluarga sebagai asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.

    Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang konsep keluarga bahagia, ciri-ciri keluarga bahagia serta peranan setiap ahli keluarga. Sedia? Teruskan mambaca.

    TTooppiikk99XKeluargaBahagia

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan konsep keluarga bahagia dari perspektif Islam dan sivil;

    2. Menghuraikan ciri-ciri keluarga bahagia; dan

    3. Membincangkan peranan serta tanggungjawab setiap ahli keluarga.

    AKTIVITI 9.1

    Apakah kepentingan institusi keluarga kepada pembangunan insan sesebuah negara?

  • TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA W 101

    KONSEP DAN DEFINISI KELUARGA BAHAGIA

    9.1.1 Keluarga Bahagia dari Perspektif Islam

    Konsep kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak. Konsep kebahagiaan adalah berkait rapat dengan sistem budaya, agama dan sistem kepercayaan sesebuah masyarakat.

    Pada peringkat individu ia berkait rapat dengan sikap, pandangan dunia, taraf sosio ekonomi dan pendapat individu. Menurut perspektif Islam, keluarga bahagia adalah meliputi keseluruhan cara hidup. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Maksud kaya hati yang disabdakan oleh Rasulullah ialah menjadi tenteram, tenang dan berasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki.

    Kebahagiaan sebenar adalah terletak di dalam hati seseorang. Amatlah penting seseorang menjaga hati supaya akan terpancar sifat-sifat terpuji seperti amanah, bersyukur serta berprasangka baik terhadap orang lain. Suami isteri, ibu bapa atau anak yang memiliki hati budi yang baik dan terpuji mampu menyerlah dalam perbuatan serta tindakan menjalankan peranan serta tanggungwab masing-masing dalam sesebuah keluarga.

    Misalnya, bapa yang bertanggungjawab, ibu yang penyayang manakala anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa dan ajaran agama. Jelaslah bahawa

    dalam sesebuah rumahtangga kebahagiaan hati adalah sesuatu yang amat perlu.

    9.1.2 Keluarga Bahagia Dari Perspektif Sivil

    Kebahagiaan adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat. Kebahagiaan bukan setakat kemampuan untuk memenuhi keperluan asas seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian dan keperluan makan serta minum tetapi lebih dari itu.

    9.1

    Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • X TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 102

    Kebahagiaan terletak pada kemampuan sesebuah keluarga untuk mengurus sumber kebendaan yang mungkin banyak atau terhad. Ketidakmampuan untuk memiliki mungkin boleh meletakkan seseorang itu dalam keadaan kurang mampu untuk memberi pendidikan kepada anak, makanan yang cukup atau keselesaan kepada keluarga.

    Walau bagaimanapun memenuhi keperluan tersebut adalah kebahagiaan yang berbentuk kebendaan. Kebendaan hanyalah alat dan bukannya matlamat kebahagiaan. Kebahagiaan dalam bentuk keharmonian keluarga melibatkan kasih sayang serta hubungan antara suami isteri serta hubungan anak dengan ibu bapa. Menghormati ibu bapa bapa serta kasih sayang adalah nilai mulia dalam setiap agama dan kepercayaan masyarakat majmuk di Malaysia.

    CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

    9.2.1 Kepercayaan dan kebudayaan

    Salah satu ciri utama dalam keluarga bahagia adalah keharmonian. Keharmonian adalah keseimbangan dalam memenuhi keperluan kebendaan dan kerohanian. Walaupun terdapat harta yang banyak tetapi keadaan rumahtangga yang porak peranda tidak menjamin keharmonian.

    Setiap agama, kepercayaan dan sistem budaya meletakkan asas nilai yang kukuh supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa. Ini adalah asas kepada matlamat setiap orang iaitu Rumahku Syurgaku. Rumah umpama syurga yang penuh dengan kedamaian serta ketenangan untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga dan membentuk nilai-nilai murni. Maka, ciri-ciri keluarga bahagia ialah:

    (a) AAmalan sembahyang dalam keluarga. Amalan yang paling penting adalah sembahyang. Bagi umat Islam ialah

    bersembahyang jemaah dalam keluarga.

    9.2

    AKTIVITI 9.2

    Bincangkan nilai-nilai kebahagiaan yang perlu ada dalam sebuah keluarga berdasarkan agama atau kepercayaan anda. Senaraikan nilai-nilai kebahagiaan tersebut.

  • TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA W 103

    (b) MMakan bersama keluarga. Makan merupakan salah satu aktiviti penting yang boleh dilakukan

    bersama dalam keluarga. Rezeki dinikmati bersama oleh ahli keluarga. Masa yang diluangkan bersama-sama keluarga semasa makan dapat mengukuhkan perhubungan sesama ahli keluarga. Ini merupakan masa yang baik dan sesuai untuk memupuk komunikasi yang positif antara ahli keluarga dan menggunakan waktu ini untuk bertukar-tukar fikiran, menyelesaikan masalah dan lebih memahami antara satu sama lain.

    (c) RRekreasi bersama keluarga. Misalnya berkelah di tepi pantai atau pusat rekreasi adalah amalan yang

    sihat. Berehat bersama keluarga dapat menenangkan fikiran daripada tekanan kerja serta menikmati masa lapang bersama keluarga setelah penat lelah mencari rezeki.

    9.2.2 Taraf Pendidikan

    Keluarga yang bahagia melahirkan anak yang berpendidikan serta mempunyai potensi untuk memajukan diri mereka. Bagaimanakah sesebuah keluarga bahagia mampu melahirkan anak yang cerdik pandai? Anak yang cerdik pandai memerlukan pemupukan imej kendiri dan keyakinan diri serta belaian kasih sayang daripada ibu bapa sejak kecil lagi.

    Pada masa kini, memperolehi pendidikan yang sempurna bukan lagi satu keperluan tetapi sesuatu yang wajib diberikan oleh ibu bapa kepada anak. Pendidikan yang sempurna akan menentukan status sosial seseorang dalam masyarakat berdasarkan kepada kelulusan atau kelayakan akademik yang beliau capai.

    Pendidikan adalah berkaitan dengan memperkasakan dan memberikan anak dengan ilmu pengetahuan yang dapat dijadikannya untuk menjadikan dirinya seseorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara amnya.

    SEMAK KENDIRI 9.1

    Huraikan ciri-ciri utama keluarga bahagia dan kepentingannya dalam memupuk keharmonian dalam sesebuah keluarga.

  • X TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 104

    9.2.3 Sosio Ekonomi

    Salah satu ciri utama sesebuah keluarga bahagia ialah kemampuan untuk mencari, memiliki dan menggunakan harta kekayaan secara halal. Pada masa kini boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang.

    Sumber pendapatan adalah berbentuk wang gaji, keuntungan daripada perniagaan atau hasil daripada pelaburan. Suami atau isteri perlu menjadi seorang financial planner yang bijak dalam mengurus hal ehwal kewangan dan bajet sesebuah keluarga.

    Di samping itu, keutamaan dalam sesebuah keluarga perlu dikenal pasti. Elakkan perbelanjaan berupa pembaziran atau sifat suka menunjuk-nunjuk. Anak juga perlu dididik supaya tidak terikut-ikut budaya suka membazir seperti sentiasa bertukar telefon bimbit atau mengikut fesyen pakaian jenama terkini. Pendek kata soal perbelanjaan sesebuah keluarga hendaklah umpama pepatah ukur baju di badan sendiri.

    Tidak semua keluarga bernasib baik iaitu memiliki harta dan sumber pendapatan yang stabil. Kemiskinan merupakan masalah universal yang masih lagi menjadi batu penghalang kepada pembangunan sesebuah negara.

    Keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurna kepada anak, makan/minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian kepada kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna. Walau bagaimanapun, kita tidak harus menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan. Sebaliknya, menjadikan kemiskinan sebagai dorongan untuk berusaha serta berikhtiar dengan lebih gigih dalam memperbaiki taraf hidup keluarga. Kemiskinan juga tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk kita menjadi masayarakat yang hanya mengharapkan bantuan atau subsidi dari kerajaan atau orang lain. Setiap keluarga perlu bijak membuat pilihan dan melakukan perubahan terhadap diri dan keluarga mereka.

    Kita kena ingat bahawa apabila sesebuah keluarga itu mantap kedudukan ekonominya ia akan membantu menguatkan kedudukan bangsa dan negara.

    PERANAN, TANGGUNGJAWAB DAN KEPENTINGAN AHLI KELUARGA

    Setiap daripada kita mungkin datang daripada saiz keluarga yang besar ataupun saiz keluarga yang kecil. Tidak kira saiz keluarga besar atau kecil, akan terdapat pelbagai ragam dan perwatakan di kalangan ahli-ahlinya. Walaupun terdapat

    9.3

  • TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA W 105

    pelbagai ragam, setiap ahli dalam sesebuah keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap kesejahteraan keluarga.

    Peranan dan tanggungjawab keluarga bergantung kepada peringkat perkembangan sesebuah keluarga. Misalnya semasa kecil kita berada di bawah naungan dan jagaan kedua-dua ibu bapa. Apabila sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri ikatan keluarga tidak akan terputus. Setiap ahli keluarga perlu menyedari status diri dalam keluarga agar dapat melaksanakan tanggungjawab mengikut norma masyarakat berlandaskan agama, adat resam dan budaya.

    9.3.1 Suami/Isteri

    Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Sebagai pasangan suami isteri, setiap cabaran yang pahit dan manis hendaklah dikongsi bersama. Komunikasi positif adalah asas kepada perhubungan yang mesra di antara suami dan isteri. Hubungan yang mesra menjadikan peranan dan tanggungjawab si suami serta si isteri menjadi lebih mantap kerana wujudnya persefahaman dan keterbukaan. Setiap masalah rumahtangga dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

    Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting.

    Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama.

    9.3.2 Ibu bapa

    Bapa adalah ketua dalam sesebuah keluarga. Sebagai ketua beliau bertanggungjawab memimpin keluarga ke arah amalan yang baik dan mengelak daripada perkara yang ditegah oleh agama. Tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin bukan setakat mencari nafkah dan mengurus keperluan asas keluarga sahaja.

    Bapa menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak dan isteri. Corak kepimpinan dalam sesebuah keluarga hendaklah berdasarkan kepada sifat tolak

  • X TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 106

    ansur dan saling hormat menghormati. Maknanya kepimpinan yang berbentuk demokratik. Corak kepimpinan bapa yang terlalu autokratik boleh membentuk anak yang memberontak. Ini amat penting dalam aspek pengurusan konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Tidak ada keluarga yang tidak ditimpa masalah.

    Persoalan yang penting ialah bagaimana konflik atau masalah tersebut diuruskan. Jika diurus dengan cara autokratik yang hanya berlandaskan pendapat dan keputusan bapa nescaya akan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak. Ini boleh menyemai sifat memberontak dan mungkin akan dijelmakan dalam bentuk masalah dalam keluarga seperti lari dari rumah, kemurungan dan sebagainya.

    Syurga terletak di tapak kaki ibu! Peranan ibu adalah menjaga hal-ehwal rumahtangga. Setinggi manapun pendidikan atau jawatan seseorang wanita yang bergelar ibu, ia tidak dapat lari daripada tanggungjawab menjaga keluarga, daripada menyediakan susu untuk anak, makan minum, mencuci pakaian hinggalah mendodoi anak. Daripada sebesar tapak tangan hinggalah dewasa, seseorang anak itu dijaga dan dibelai dengan kasih sayang ibu. Ibu berperanan memberi kasih sayang kepada anak.

    Dalam arus kemodenan kini, ibu bapa yang bekerja perlu meluangkan masa bersama keluarga. Begitu juga dalam halmenyediakan ilmu dan ajaran agama yang secukupnya. Ibu bapa hendaklah mewujudkan suasana yang membina intelek dan meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan anak. Berlaku adil kepada anak tidak kira jantina, kemampuan akademik dan sebagainya perlu dititikberatkan.

    9.3.3 Anak

    Anak wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapa. Jika ibu bapa sudah tua dan uzur adalah menjadi tanggungjawab anak untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka. Jangan sekali-kali mengabaikan kedua-dua ibu bapa. Anak yang taat adalah anak yang tidak derhaka kepada ibu bapa. Mereka mendengar nasihat dan sopan santun. Komunikasi positif dengan ibu bapa ialah kita mampu untuk berbual dan berbincang masalah dengan ibu bapa. Kita hendaklah menjadikan ibu bapa sebagai guru dan sahabat.

    Ibu bapa berperanan mengajar, mendidik dan membimbing anak daripada dalam kandungan sehingga dewasa sama ada berkaitan ilmu dunia atau ajaran agama. Amalan ini perlu dilaksanakan bagi menjadi contoh kepada anak untuk generasi yang akan datang untuk membalas jasa ibu bapa mereka.

  • TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA W 107

    9.3.4 Masyarakat

    Jiran adalah elemen masyarakat yang paling hampir dengan keluarga. Kita tinggal berdekatan dengan jiran tetangga tidak kira di kawasan perumahan atau di kampung. Kita hendaklah memupuk sifat kejiranan melalui fikiran yang terbuka dan ikhlas. Setiap keluarga perlulah mengambil berat untuk mewujudkan persefahaman. Sesebuah keluarga perlu memahami dan menghormati hak-hak jirannya.

    Antaranya ialah saling hormat-menghormati; saling mengenali tanpa mengira latar belakang kaum atau taraf hidup; memenuhi undangan jiran; menziarahi jiran yang sakit; mengucapkan tahniah atas kejayaan jiran dan takziah atas musibah yang ditempuhi serta prihatin terhadap keperluan jiran. Setiap keluarga perlu mengelak syak wasangka terhadap jiran.

    Di samping itu, penglibatan sesebuah keluarga dalam aktiviti kemasyarakatan adalah satu langkah yang patut dipupuk secara berterusan. Nilai-nilai kemasyarakatan semakin dikikis oleh unsur-unsur kemodenan seperti sifat mementingkan diri dan terlalu mengejar kekayaan.

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Keluarga adalah unit asas kepada sesebuah masyarakat.

    Kebahagiaan keluarga adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat.

    Amalan sembahyang bersama, makan bersama keluarga serta rekreasi bersama keluarga memperkukuhkan jalinan sesama ahli keluarga.

    Jika institusi keluarga kukuh dari segi keperluan ekonomi, ilmu dan rohani maka kukuhlah sesebuah masyarakat itu.

    Suami dan isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap satu sama lain serta keluarga.

  • X TOPIK 9 KELUARGA BAHAGIA 108

    Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-Undang Keluarga Di Malaysia.Malaysia: The Butterworth Group.

    Dr. Mat Saad Abd. Rahman. (1993). Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan. Malaysia: Intel Multimedia Ad Publication.

    Institusi keluarga Pengurusan konflik Masyarakat Komunikasi positif Kejiranan Hidup bermasyarakat Pemimpin Masalah sosial