kbd 6024.docx

13
KBD 6024 TUGASAN 1 TEMA : PENDEKATAN PENGAJARAN PENGENALAN Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2,500 bayi dilahirkan menghadapi masalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000 kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribu orang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran. Ramai antara ibu bapa tidak mengetahui masalah pendengaran sebenarnya boleh dikesan di peringkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi di hospital-hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka tentang hal ini dan mereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila mereka sudah remaja, tetapi waktu ini sudah agak terlewat. Untuk memastikan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini tidak diabaikan, pelbagai tanda awal boleh dilihat bagi mengenal pasti permasalahan mereka ini. Antaranya adalah seperti kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal dan kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang. Murid bermasalah pendengaran ini sering tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi dan mereka juga sering tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Di dalam sesi pembelajaran seharian dapat dilihat mereka sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan dan kebanyakan mereka memperoleh pencapaian yang lemah dalam pelajaran terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. 1

Upload: thivya-narayasamy

Post on 06-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KBD 6024

TUGASAN 1 TEMA : PENDEKATAN PENGAJARANPENGENALAN Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2,500 bayi dilahirkan menghadapi masalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000 kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribu orang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran.Ramai antara ibu bapa tidak mengetahui masalah pendengaran sebenarnya boleh dikesan di peringkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi di hospital-hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka tentang hal ini dan mereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila mereka sudah remaja, tetapi waktu ini sudah agak terlewat.

Untuk memastikan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini tidak diabaikan, pelbagai tanda awal boleh dilihat bagi mengenal pasti permasalahan mereka ini. Antaranya adalah seperti kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal dan kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang. Murid bermasalah pendengaran ini sering tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi dan mereka juga sering tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Di dalam sesi pembelajaran seharian dapat dilihat mereka sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan dan kebanyakan mereka memperoleh pencapaian yang lemah dalam pelajaran terutamanya yang berkaitan dengan bahasa.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

Terdapat pelbagai faktor yang berkaitan dengan definisi bagi masalah pendengaran iaitu tahap kehilangan pendengaran, umur ketika kehilangan pendengaran dan jenis kehilangan pendengaran. Tahap kehilangan pendengaran biasanya diukur dalam desibel (dB), yang mengukur intensiti bunyi. Kehilangan pendengaran pada 27dB hingga 70dB adalah dalam tahap kurang pendengaran, manakala kehilangan pendengaran pada 71dB ke atas adalah dalam tahap pekak. Kurang pendengaran adalah merujuk kepada tahap pendengaran yang masih membolehkan individu memahami pertuturan manakala tahap pekak merujuk kepada tahap pendengaran di mana individu mengalami masalah pertuturan.

Jabatan Hidung, Tekak dan Telinga (ENT) UKM mengkategorikan tahap pendengaran kepada ringan (mild), sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate severe), teruk (severe) dan sangat teruk (profound). Pada tahap ringan (mild), tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB. Mereka yang mengalami kehilangan pendengaran pada tahap ini boleh memahami perbualan dan hanya mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh. Kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan terapi pertuturan pada tahap ini dan selalunya perbualan diikuti dengan pergerakan fizikal. Murid murid yang mengalami kehilangan pendengaran pada tahap ini perlu duduk hampir dengan guru yang mengajar.

Bagi mereka yang mengalami kehilangan tahap pendengaran sederhana (moderate), tahap kehilangan pendengaran mereka antara 41 hingga 55 dB. Mereka hanya dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripada sumber bunyi dan masih memahami perbualan. Selalunya murid bermasalah pendengaran ini sukar melibatkan diri dalam perbicaraan di dalam kelas dan memerlukan alat bantu dengar. Terapi pertuturan juga perlu diberikan secara konsisten bagi membantu proses pembelajaran mereka kerana murid ini tidak sempurna pertuturan disebabkan oleh pengalaman mendengar mereka yang terhad. Untuk membantu proses pembelajaran agar lebih berkesan guru perlu bercakap dengan kuat bagi memudahkan kefahaman mereka.

Bagi tahap kehilangan pendengaran sederhana teruk (moderate-severe), kadar kehilangan pendengaran mereka adalah antara 56 hingga 70 dB. Mereka boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja dan dapat didengar pada jarak 0 hingga 0.5 meter. Pada tahap ini mereka memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran serta latihan pertuturan dan komunikasi. Murid-murid bermasalah pendengaran pada tahap ini hanya dapat mendengar bunyi vokal tetapi tidak dapat membezakan bunyi konsonan serta mengalami masalah pertuturan.

Pada tahap teruk (severe) kehilangan pendengaran adalah antara 71 hingga 90 dB. Mereka dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar hingga 30.5 sentimeter daripada sumber bunyi dan mungkin hanya dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja. Murid kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat mendengar bunyi atau pertuturan dengan menggunakan alat bantu mendengar dan senantiasa mengalami masalah pertuturan. Mereka juga memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi untuk membantu mereka menyelesaikan permasalah seharian mereka. Bagi tahap kehilangan pendengaran sangat teruk (profound) iaitu lebih daripada 90 dB, mereka sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat pada jarak yang dekat. Murid-murid yang kehilangan pendegaran pada tahap ini dapat mendengar bunyi atau pertuturan dengan menggunakan alat bantu mendengar kerana mereka selalunya mengalami masalah pertuturan.

PENDEKATAN PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

1. KAEDAH KOMUNIKASIPekak bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori, tetapi juga gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak (Wood 1982). Tanggapan dan kepercayaan umum berpendapat berkomunikasi secara lisan adalah media utama dan cara mudah bagi memperoleh dan menguasai bahasa. Berkomunikasi melalui pertuturan adalah yang terbaik namun bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, akibat daripada kerosakan pendengaran, maka kaedah lain mengambil tempat pertuturan. Terdapat pelbagai kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu kaedah auditory oral, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu (cued speech). Keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan peluang tindakan awal yang diikuti.

i. Kaedah auditory oralMelalui kaedah auditory oral, kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu pendengaran dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan pendengaran yang melatih kanak-kanak mendengar bunyi dan didiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.

ii. Kaedah bacaan bibirBagi kaedah bacaan bibir, komunikasi kaedah ini sesuai bagi mereka yang mampu memberi konsentrasi yang tinggi kepada bibir penutur. Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Mengikut John Tracy, kanak-kanak pekak mendengar melalui mata, A deaf child has to listen with his eyes. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur perlu berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

iii. Kaedah bahasa isyaratBahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa isyarat berkembang di kalangan komuniti pekak atau tuli dan juga digunakan oleh saudara mara penutur pekak, serta jurubahasa isyarat.

Dua lelaki dan seorang wanita berkomunikasi.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pingin Sing English (PSE), Seeing Essential English (SEE I), Signing Exact English ( SEE II) dan di Malaysia adalah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Bahasa Pasar.

Sebagai contoh, berikut adalah tatabahasa Bahasa Isyarat Malaysia yang biasa digunakan oleh komuniti bermasalah pendengaran ataupun pekak di Malaysia.Contohnya : s - subjek, o- objek, v- verb (perbuatan)ov - nasi makan...vo - makan nasi...sov - ali nasi makan...svo - ali makan nasi...ovs - nasi ali makan...

iv. Kaedah komunikasi seluruhKaedah komunikasi seluruh adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa isyarat manual-visual. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat memahami apa yang dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.

v. Pertuturan isyarat (cued speech)Pertuturan kiu telah direka oleh Dr. R. Orin Cornett dari Kolej Gallaudet, Washington D.C, dan telah ditunjukkan oleh beliau pada tahun 1967. Prinsip-prinsip dalam pertuturan Kiu boleh digunakan dalam bahasa pertuturan. Sebagai contoh, Bahasa Melayu telah diaplikasikan dalam prinsip pertuturan kiu. Dalam kita menyebut, setiap perkataan yang disebut mempunyai suku kata yang tertentu. Orang pekak yang mempunyai sedikit pendengaran tidak boleh mengecam kebanyakan suku kata yang mereka boleh dengar serta tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang normal. Oleh itu, pertuturan kiu ialah bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan yang ditunjukkan oleh seorang penutur supaya setiap suku kata dapat dicam dengan jelas melalui penglihatan dan pendengaran.

Kaedah isyarat (cued speech) ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan yang ditentukan mengikut konsonan yang berbeza, dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi yang berkait dengan huruf vokal.

Gambar di atas merupakan 4 pergerakan tangan untuk vokal bagi pertuturan kiu.

Gambar di atas merupakan 8 isyarat jari bagi huruf konsonan.

2. LATIHAN MENDENGARLatihan pendengaran merupakan latihan untuk mengesan bunyi dalam persekitaran yang senyap mahupun bising. Ini bertujuan untuk melihat sama ada individu yang bermasalah pendengaran ini boleh menangkap bunyi ataupun tidak. Pihak yang terlibat dalam sesi terapi ini seperti pakar terapi dan audiologis perlu bersabar dan melihat dengan sepenuhnya dalam menilai tahap pendengaran individu. Mereka tidak boleh terburu-buru dalam menjalani terapi ini kerana ini akan mempengaruhi hasil keputusan penilaian tahap pendengaran individu yang menerima terapi pertuturan. Dalam latihan pendengaran ini, individu yang bermasalah pendengaran akan diuji dengan suatu benda yang dibunyikan secara tidak langsung. Contoh pelaksanaan latihan pendengaran ini dibahagikan kepada beberapa langkah. i. Mengesan BunyiAktiviti mengesan bunyi ini akan dilakukan di dalam bilik kedap bunyi. Seorang pakar terapi akan membunyikan bunyi seekor binatang iaitu kucing secara tidak langsung. Pengesanan dilakukan untuk melihat kebolehan kanak-kanak untuk mengesan kehadiran bunyi atau tidak kehadiran bunyi. Individu yang menerima terapi ini secara tidak langsung akan mencari punca di mana bunyi itu terhasil. ii. Diskriminasi BunyiDiskriminasi dilakukan untuk melihat kemahiran merasai persamaan dan perbezaan antara-antara bunyi yang didengar. Contohnya bunyi kucing ini dibuat lagi dengan diselang dengan bunyi binatang lain seperti ayam untuk melihat sama ada individu tersebut dapat mendiskriminasikan kedua-dua bunyi tersebut atau tidak. Diskriminasi juga boleh dilakukan dengan membezakan bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran supra segmental seperti nada panjang, pendek, tinggi, rendah, kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari oleh kanak-kanak melalui kemahiran diskriminasi. Keberkesanan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak atau individu yang mempunyai masalah pertuturan dapat membunyikan semula bunyi yang dikesan olehnya sebentar tadi serta dapat mengenal pasti bunyi itu.

iii. Mengenal Pasti BunyiMengenal pasti bunyi merupakan kebolehan untuk melabel atau menamakan apa yang didengar dengan cara menunjuk, menulis atau menyebutnya semula. Seterusnya proses mengingatkan individu dengan bunyi yang sudah didengar dengan menyelitkan bunyi yang lain. Hal ini untuk memastikan individu tersebut dapat mengingati bunyi yang dibuat secara spontan. Pendengar perlu memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Selain itu, ia juga dapat mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. Contohnya bunyi binatang, kenderaan, atau benda yang mengeluarkan bunyi.iv. Memahami BunyiMemahami bunyi (comprehension) merupakan kebolehan memahami maksud bunyi yang didengar dengan cara menjawab soalan, mengikut arahan apa yang ibu dan bapa cakap dalam ayat yang lengkap, menjelaskan sesuatu dalam perbualan. Contoh aktiviti memahami bunyi ialah seperti bermain dengan telefon rosak dan menggunakan kaedah dengar dan tulis.

KESIMPULAN

Jawatankuasa Bersama Organisasi Kesihatan Sedunia membuat ketetapan pada tahun 1982, kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur 3 bulan dan mula diberi tindakan pada umur enam bulan ( Lokman 2004 ). Oleh itu, program latihan awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah perlu untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi, memberi peluang untuk berkongsi , bermain bersama dan mengambil giliran, menggunakan baki pendengaran menerusi latihan auditori (alat bantu pendengaran) dan membentuk kesediaan untuk belajar kemahiran akademik. Di samping itu penggunaan kaedah pengajaran yang lebih menekankan kepada penggunaan ICT perlu lebih diterapkan kepada murid bermasalah pendengaran ini supaya mereka juga sentiasa menerima pendidikan yang seiring dengan arus pemodenan yang sedang pesat berkembang.

RUJUKAN

Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanakBerkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu KodTangan. Jilid 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Buletin Pendidikan Khas: Jabatan PendidikanKhas.

Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

1