kbd maklumat asas 2015

21
MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU DINI (PELAKSANAAN TAHUN 2015) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Upload: mkwazli

Post on 26-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

KBD

TRANSCRIPT

  • 1

    MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU DINI

    (PELAKSANAAN TAHUN 2015)

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2015

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    i

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak

    mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

    masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara

    yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang

    akan menggunakan sains dan teknologi moden.

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh

    tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    ii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

    dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

    FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk

    menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

    berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,

    kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba

    Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

    masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan

    di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    iii

    SENARAI KANDUNGAN Pendahuluan 1 Punca Kuasa 1 Latar Belakang 2 Kepentingan Kurikulum Bersepadu Dini 3 Konsep Kurikulum Bersepadu Dini 6 Matlamat 7 Objektif 7 Struktur Kurikulum Bersepadu Dini 7 Senarai Mata Pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini 7 Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini 8 Penetapan Sekolah 8 Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Dini 9 Jadual Waktu Persekolahan 9 Struktur Organisasi 9 Bantuan Geran Perkapita 9 Pentaksiran 9 Pelaporan dan Pensijilan 9 Guru 10 Buku Teks 11 Pengambilan Murid 11 Kokurikulum 12 Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran 12 Penutup 12

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    1

    1. PENDAHULUAN

    KBD merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh KPM, LEPAI dan

    Jabatan/ Yayasan Agama berdasarkan kurikulum agama-arab yang dikenali sebagai

    Kurikulum Dini/ Azhari yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia

    termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah

    Agama Rakyat. Setelah melihat pemintaan yang tinggi dan keperluan penyelarasan

    bagi tujuan penambahbaikan terhadap kurikulum ini KPM dengan persetujuan Majlis

    Raja-Raja dan majoriti Pihak Berkuasa Agama Negeri dan mengambil keputusan

    untuk mengangkat kurikulum ini sebagai kurikulum kebangsaan. Justeru, satu

    panduan yang jelas perlu diterbitkan bagi melancarkan pelaksanaanya di sekolah

    perlu di, maka panduan ini dihasilkan. Buku ini secara umumnya mengandungi

    dasar-dasar utama serta tatacara pelaksanaan kurikulum ini di sekolah untuk

    rujukan di pihak KPM, JPN, PPD, LPS SABK dan sekolah sendiri.

    2. PUNCA KUASA

    Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah

    diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti

    berikut:

    2.1. Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan

    Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    (JAKIM) telah menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan

    SABK. Dalam mesyuarat pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah

    bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan

    Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai

    kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan

    Kurikulum Tahfiz Kebangsaan.

    2.2. Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012

    pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum

    Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    2

    2.3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang

    dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga

    bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz

    sebagai Kurikulum Kebangsaan.

    2.4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia

    (MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

    Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012 telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan

    sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar

    sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu

    Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

    2.5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari

    2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini

    setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.

    2.6. Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan

    melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan

    ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU

    pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari

    di sekolah-sekolah agama hendaklah diurus oleh kerajaan negeri

    sehinggalah kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan dan dijadikan

    sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

    3. LATAR BELAKANG

    Program Pendaftaran SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu program yang

    telah membuka mata banyak pihak tentang kurikulum Dini/ Azhari di sekolah agama.

    Program yang tercetus daripada Laporan JK Tan Sri Murad dan dipersetujui oleh

    YAB Perdana Menteri ketika itu telah membawa masuk sekolah-sekolah agama

    rakyat dan negeri yang menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan

    dwi-kurikulum di SABK setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    3

    terdapat ruang-ruang yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin

    kecemerlangan murid dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.

    Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan 2008 Port

    Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu diselaraskan dan

    diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.

    Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali ke-86,

    pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan cadangan Kurikulum

    Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum kebangsaan.

    Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan kurikulum Dini

    Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha tersebut kemudiannya di

    selaraskan dengan KPM dalam kerangka memartabat dan mengangkat kurikulum

    Dini sebagai kurikulum Kebangsaan sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan

    Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya diperkenalkan..

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara

    Mengukuhkan laluan pendidikan agama telah menyatakan bahawa ..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan

    murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam

    pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Kementerian akan

    memperkukuhkan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan

    mengangkat kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta

    menerapkan unsur-unsur agama ke dalam kurikulum kebangsaan.

    Oleh itu KPM mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD sebagai

    rujukan untuk pelaksanaannya.

    4. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU DINI KBD diwujudkan bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah

    Pendidikan Islam dan bagi merealisasikan hasrat PPPM.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    4

    4.1. Aspirasi Sistem

    Melalui pelaksanaan KBD negara dapat menawarkan kepada

    warganegara yang memerlukan pendidikan aliran agama kepada anak-

    anak mereka dan seterusnya mengukuhkan pendidikan agama di dalam

    aliran perdana.Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam

    menentukan laluan kerjaya mereka.

    KBD yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar akan

    mempertingkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa serta mampu

    merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.

    Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi

    norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul

    Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang

    mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai

    sektor.

    4.2. Kepentingan KBD kepada Murid KBD berperanan mempertingkat keupayaan murid berasaskan aspirasi

    murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu

    memastikan murid-murid menguasai pengetahuan, Kemahiran berfikir,

    kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan

    identiti nasional.

    Aspek pengetahuan kurikulum ini akan mengembangkan potensi dan

    keupayaan murid dalam ilmu agama dan bahasa Arab. Kurikulum ini juga

    dapat mengembangkan Kemahiran berfikir murid melalui pelbagai kaedah,

    pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran dengan menerapkan

    elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    5

    Dalam konteks Kemahiran memimpin, pendidikan dini akan mendokong

    dan memperkukuh empat (4) dimensi kepimpinan iaitu kemahiran

    entrepeneurship, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran

    komunikasi yang berkesan berasaskan pemahaman dan penghayatan

    dalil-dalil naqli serta penyantunan kepada sub ilmu dalam pendidikan

    shariah, usuluddin dan bahasa Arab.

    Kurikulum ini yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar

    mampu memberi kelebihan dan nilai tambah kepada murid dalam

    penguasaan bahasa selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

    (Kemahiran dwibahasa).

    Murid-murid yang mengikuti kurikulum dini berupaya memperkukuh etika

    dan kerohanian bagi mendepani cabaran masa hadapan. Mereka

    diharapkan dapat menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat

    pertimbangan, berpegang kepada prinsip dalam situasi kritikal serta dapat

    membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan prinsip Islam

    sebenar.

    Kurikulum dini ini akan mengukuh prinsip Islam sebagai agama

    persekutuan di samping prinsip pertama rukun negara iaitu Kepercayaan

    Kepada Tuhan. Kurikulum ini digubal berdasarkan manhaj ahli al-Sunnah

    wa al-Jamaah dan pandangan muktabar Mazhab Shafie serta ketetapan

    institusi pihak-pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. (Identiti nasional)

    Dengan KBD murid akan mengikuti setiap mata pelajaran dalam sistem

    kurikulum yang selaras sehingga ke peringkat SPM.

    Kurikulum dini di SABK akan memenuhi 6 ciri utama aspirasi murid dalam

    PPPM dan berupaya bersaing diperingkat global.

    4.3. Kepentingan KBD Kepada Guru

    Guru dini ditawarkan skim yang sama seperti guru lain di bawah KPM

    tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan. Mereka akan menjalani

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    6

    latihan perguruan dan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang

    menarik berasaskan prestasi dan kompetensi.

    4.4. Kepentingan KBD Kepada Sekolah

    SABK yang melaksanakan KBD layak menerima bantuan per kapita mata

    pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,

    sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

    Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang

    berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan

    kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat

    diperkukuhkan.

    4.5. Kepentingan KBD Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama

    Kurikulum dini digubal untuk menyediakan bakal ulama dan cendikiawan

    Islam yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk itu kurikulum ini berhasrat

    melahirkan agamawan yang muthaqqaf ke arah mencapai keredhaan

    Allah.

    Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh

    mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan

    menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan

    songsang yang sering muncul dalam masyarakat.

    4.6. Kepentingan KBD Kepada Negara

    Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam

    bertaraf dunia.

    5. KONSEP KURIKULUM BERSEPADU DINI

    Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) adalah penggabungan Kurikulum Dini/ Azhari yang telah diselaraskan dengan Kurikulum Kebangsaan sedia ada dalam arus perdana. Mata pelajaran KBD menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    7

    6. MATLAMAT

    Menyediakan murid-murid yang seimbang dan cemerlang melalui KBD berasaskan naqli dan aqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf. 7. OBJEKTIF

    Antara objektif utama dalam pelaksanaan KBD adalah seperti berikut:

    7.1. memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran KBD dan KBT di

    sekolah;

    7.2. menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan kepada KBD dan KBT

    dengan Kurikulum Kebangsaan;

    7.3. menyelaraskan pengurusan KBD dan KBT antara KPM, LEPAI dan Pihak

    Berkuasa Negeri,

    7.4. membekalkan Guru Dini dan Guru Tahfiz yang terlatih dan setaraf dengan

    guru-guru KPM dari segi perjawatan; dan

    7.5. menggilap potensi dan keupayaan pelajar melalui kurikulum yang dapat

    menyediakan individu yang seimbang dan berketrampilan dalam kedua-

    dua bidang ilmu naqli dan aqli.

    8. STRUKTUR KURIKULUM BERSEPADU DINI

    Pelaksanaan KBD mengekalkan mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan sedikit perubahan dari segi

    peruntukan waktu minimum seminggu dan penambahan mata pelajaran Dini

    dalam kurikulum kebangsaan. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV)

    pelaksanaannya adalah secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan

    pihak sekolah. Tempoh masa suatu waktu adalah empat puluh (40) minit.

    8.1. Senarai Mata Pelajaran Dini

    a) Usul al-Din

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    8

    Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Tauhid, al-Tafsir, al-Hadis, al-

    Sirah wa Tarikh al-Islam, al-Akhlak wa al-Tasawwuf. b) Al-Syariah

    Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Quran wa a-Hifz, Fiqh al-Ibadat,

    Fiqh al-Munakahat, Fiqh-al-Muamalat, Fiqh-al-Jinayat.

    c) Al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asirah

    Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Istima` wa al-Kalam, al-Qiraah,

    al-Kitabah, al-Mutalaah wa al-Tabir, al-Nahu wa al-Sarf.

    d) Manahij al-Ulum al- Islamiyah

    Mata pelajaran ini merangkumi bidang al-Mantiq, Usul al-Fiqh.

    e) Al-Adab wa al-Balaghah

    Mata pelajaran ini merangkumi bidang al- Adab wa al-Nusus, al-

    Balaghah.

    8.2. Pakej mata pelajaran bersama agihan waktu minimum seminggu mata

    pelajaran seperti di lampiran 1a dan 1b.

    9. PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU DINI 9.1. Dasar Penetapan Sekolah

    a) KBD hanya akan dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui

    oleh Pihak Berkuasa Negeri.

    b) Penetapan awal bagi aliran KBD atau KBT mengikut operasi sedia

    ada sejajar dengan kurikulum semasa.

    c) Sekolah boleh melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau

    KBT, atau kedua-dua sekali bergantung kepada perbincangan

    bersama antara KPM dan LPS.

    d) Pertukaran, pertambahan dan penutupan sebarang aliran adalah

    berdasarkan permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    9

    e) Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata

    pelajaran mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.

    9.2. Bahasa Pengantar bagi Mata Pelajaran

    Bahasa Pengantar bagi Mata Pelajaran Dini dalam KBD ialah Bahasa Arab manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

    9.3. Jadual Waktu Persekolahan

    Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan waktu minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran. Tempoh masa bagi satu waktu ada empat puluh (40) minit. Contoh jadual adalah seperti lampiran 2a dan 2b.

    9.4. Struktur Organisasi

    Struktur organisasi pengurusan KBD terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Pendidikan Islam, ketua-ketua panitia mata pelajaran dan guru-guru mata pelajaran. Carta organisasi pengurusan KBD adalah seperti di lampiran 3.

    9.5. Bantuan Geran Perkapita

    Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBD berhak menerima Geran Perkapita Mata pelajaran mengikut kadar yang dicadangkan oleh KPM dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

    9.6. Pentaksiran

    Pentaksiran bagi KBD dijalankan mengikut sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS ini melibatkan empat elemen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan ujian psikometrik.

    9.7. Pelaporan dan Pensijilan Di peringkat menengah rendah, murid-murid akan menerima pelaporan berikut : a) Pelaporan pentaksiran sekolah

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    10

    b) Pelaporan pentaksiran pusat melalui PT3

    c) Pelaporan Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum

    d) Pelaporan psikometrik

    Di peringkat menengah atas murid-murid akan menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menunjukkan gred bagi setiap mata pelajaran KBD yang diduduki.

    9.8. Guru

    Keperluan guru untuk pelaksanaan KBD adalah Guru Dini. Guru Dini bertanggungjawab menguruskan tiga mata pelajaran peringkat menengah rendah iaitu al-Syariah, Usul al- Din dan Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah. a) Bekalan guru Dini adalah di bawah tanggungjawab KPM. Norma

    guru adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.

    b) Dasar waktu mengajar guru seminggu adalah 26 waktu.

    c) Penetapan guru adalah berdasarkan satu guru bagi satu mata

    pelajaran.

    d) Bagi pelaksanaan tahun 2015 jika terdapat keadaan di mana Guru

    Dini tidak dapat dibekalkan sepenuhnya kepada sekolah maka

    pihak sekolah perlu menguruskan Guru Dini dengan norma sedia

    ada. Guru-guru Dini boleh terdiri daripada:

    i. Guru Dini/ Azhari LPS yang sedia ada di sekolah dengan keizinan daripada pihak LPS.

    ii. Guru Pendidikan Islam KPM sedia ada di sekolah yang mempunyai kemahiran dalam mata pelajaran Dini dan berkemampuan dalam mengendalikan PdP menggunakan bahasa Arab.

    iii. Guru Bahasa Arab KPM sedia ada di sekolah yang mempunyai

    kemahiran dalam mata pelajaran Dini dan berkemampuan dalam mengendalikan PdP menggunakan bahasa Arab.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    11

    9.9. Buku Teks

    Murid-murid KBD akan dibekalkan buku teks oleh KPM berdasarkan syarat-syarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Di peringkat menengah rendah murid-murid akan dibekalkan pakej buku teks yang merangkumi:

    Bil Buku teks Buku aktiviti 1. Usul al-Din - 2. Al-Syariah -

    3. Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah Al-lughah al-Arabiah al-Muasirah

    Di peringkat menengah atas murid-murid akan dibekalkan pakej buku teks yang merangkumi:

    Bil Buku teks Buku aktiviti 1. Usul al-Din -

    2. Al-Syariah - 3. Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah -

    Murid-murid yang mengikuti aliran Dini Tulen akan menerima dua tambahan buku teks seperti berikut:

    Bil. Buku teks Buku aktiviti 1. Manahij al-Ulum al-Islamiyah - 2. Al-Adab wa al-Balaghah -

    9.10. Pengambilan Murid

    Pengambilan murid bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan KBD

    adalah berdasarkan prosedur pengambilan murid yang ditetapkan oleh

    pihak LPS.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    12

    9.11. Kokurikulum

    Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut dasar pelaksanaan

    kokurikulum sedia ada KPM. Dua persatuan akademik baharu

    diwujudkan iaitu Persatuan Usul al-Din dan Persatuan al-Syariah

    sebagai menggantikan Persatuan Pendidikan Islam di samping

    meneruskan Persatuan Bahasa Arab.

    9.12. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran

    Pelaksanaan KKQ diteruskan di SABK yang melaksanakan KBD

    mengikut dasar pelaksanaan sedia ada.

    10. PENUTUP

    Kejayaan pelaksanaan KBD amat bergantung kepada pihak pelaksana di

    sekolah. Komitmen yang tinggi dan usaha gigih ke arah menjayakan kurikulum

    baru di bawah kerangka meningkatkan kualiti pendidikan Islam amat ditagih dari

    semua pihak.

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    1

    Lampiran 1a Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Mata Pelajaran KBSM Bil.

    Mata Pelajaran (Teras)

    Ting. 1

    Ting. 2

    Ting. 3

    Aliran Dini Tulen

    Aliran Dini Sains

    Aliran Dini Sastera

    Masa Asal

    Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5

    1 Bahasa Melayu 6 6 6 5 5 5 5 5 5 6 2 Bahasa Inggeris 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 3 Matematik 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 4 Pendidikan Islam - - - - - - - - - 6 5 Sains 3 3 3 4 4 - - 4 4 5 6 Sejarah 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 7 Geografi 2 2 2 - - - - - - 3 8 KemahiranHidup 2 2 2 - - - - - - 4 9 Pend. Jasmani dan Kesihatan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2

    10 Pendidikan Seni Visual 1 1 1 - - - - - - 2 Mata Pelajaran(Elektif)

    11 Bahasa Arab - - - - - - - - - 6 12 MatematikTambahan - - - - - 4 4 4 4 4 13 Biologi - - - - - 4 4 - - 4 14 Fizik - - - - - 4 4 - - 4 15 Kimia - - - - - 4 4 - - 4 16 Prinsip Akaun - - - - - - - 4 4 4 17 Ekonomi/Perdagangan - - - - - - - 3 3 3

    Jumlah 25 25 25 20 20 32 32 31 31

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    2

    Lampiran 1b Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Mata Pelajaran KBD

    Bil Mata Pelajaran Bidang Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3 Dini Tulen Dini Sains/ Dini

    Sastera Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5

    1 Usul al-Din

    al-Tauhid 1 1 1 2 2 2 2 al-Tafsir 1 1 1 1 2 1 2 al-Hadis 1 1 1 1 1 1 1 al-Sirahwa Tarikh al-Islam - 1 1 1 1 1 1 al-Akhlak wa al-Tasawwuf - 1 1 1 1 1 1 Jumlah 3 5 5 6 7 6 7

    2 al-Syariah

    al-Quran wa al-Hifz 2 2 2 2 2 2 2 Fiqh al-Ibadat 2 2 2 2 2 2 1 Fiqh al-Munakahat - - 1 1 - 1 1 Fiqh al-Muamalat - - 1 1 1 1 1 Fiqh al-Jinayat - - - - 1 - 1 Jumlah 4 4 6 6 6 6 6

    3 al-Lughah al - Arabiah al-Muasirah

    al-Istima wa al-Kalam 6 5 - - - - - al-Qiraah 5 4 - - - - -

    al-Kitabah 4 4 - - - - - al-Mutalaah wa al-Tabir - - 6 3 2 3 2 al-Nahu wa al-Sarf - - 5 3 3 3 3 Jumlah - - - 2 2 - -

    4 Manahij al-Ulum al- Islamiyah

    al-Mantiq - - - 1 1 - - Usul al-Fiqh - - - 1 1 - - Jumlah 15 13 11 6 5 6 5

    5 al-Adab wa al-Balaghah al-Adab wa al-Nusus - - - 2 2 - -

    al-Balagah - - - 2 2 - - Jumlah - - - 4 4 - -

    Jumlah Masa 22 22 22 24 24 18 18

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    3

    STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN MATA PELAJARAN DINI Lampiran 2

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    4

    Lampiran 3a

    Contoh 1 : Jadual Tingkatan 1 (2 waktu rehat)

    1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 REHAT 9 10 11

    WAKTU 7:30 8:10

    8:10 8:50

    8:50 9:30

    9:30 10:10

    10:10 10:50

    10:50 11:10

    11:10 11.50

    11:50 12:30

    12:30 13:10

    13:10 13:50

    13:50 14.30

    14:30 15:10

    15:10 15:50

    ISNIN PER BM BM SYH SYH R LAM LAM LAM MAKAN / BM BM USL

    SELASA LAM LAM LAM BM BM E GEO GEO MT SOLAT / SEJ SEJ

    RABU MT MT BI BI SNS H LAM LAM LAM REHAT KH KH

    KHAMIS PJ PSV LAM LAM LAM A SNS SNS MT USL USL

    JUMAAT BI BI LAM LAM LAM T SYH SYH

    1. PER :Perhimpunan 2. BM : Bahasa Melayu 3. SYH : al-Syariah 4. LAM : al-Lughah al- Arabiah al-Muasirah 5. GEO :Geografi 6. MT :Matematik 7. SEJ :Sejarah 8. BI : Bahasa Inggeris 9. SNS :Sains 10. KH :Kemahiran Hidup Bersepadu 11. PJ :Pendidikan Jasmani & Kesihatan 12. PSV :Pendidikan Seni Visual 13. USL :Usul al-Din

  • Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (Pelaksanaan 2015)

    5

    Lampiran 3b Contoh 2 : Jadual Tingkatan 1 (1 waktu rehat)

    1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10 11

    WAKTU 7:30 8:10

    8:10 8:50

    8:50 9:30

    9:30 10:10

    10:10 10:50

    10:50 11:10

    11:10 11.50

    11:50 12:30

    12:30 13:10

    13:10 13:50

    13:50 14.30

    14:30 15:10

    ISNIN PER BM BM SYH SYH R LAM LAM LAM BM BM USL

    SELASA LAM LAM LAM BM BM E GEO GEO MT SEJ SEJ

    RABU MT MT BI BI SNS H LAM LAM LAM KH KH

    KHAMIS PJ PSV LAM LAM LAM A SNS SNS MT USL USL

    JUMAAT BI BI LAM LAM LAM T SYH SYH

    1. PER : Perhimpunan 2. BM : Bahasa Melayu 3. SYH : al-Syariah 4. LAM : al-Lughah al- Arabiah al-Muasirah 5. GEO : Geografi 6. MT : Matematik 7. SEJ : Sejarah 8. BI : Bahasa Inggeris 9. SNS : Sains 10. KH : Kemahiran Hidup Bersepadu 11. PJ : Pendidikan Jasmani & Kesihatan 12. PSV : Pendidikan Seni Visual 13. USL : Usul al-Din