kata ganda.doc

Upload: bus2970

Post on 10-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KATA GANDA

KATA GANDA

Soalan 1 hingga Soalan 3

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud berulang-ulang.1 I Tumit kaki Aminah pecah-pecah setelah terlibat dalam satu kemalangan.

II Nik Othman mundar-mandir di dalam pejabatnya untuk mencari ilham bagi menaikkan lagi imej syarikatnya.

IIIKakak terlompat-lompat keriangan setelah mendapat hadiah daripada ayah.

IVMat Sabu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing garang itu.

A I dan IV

B II dan III

C I, II, dan III

D II, III, dan IV

2 I Jalan yang sempit itu sesak kerana ramai orang yang lalu-lalang.

II Keluarga Encik Baharom suka bersiar-siar pada waktu petang.

III Kejadian rompakan itu masih terbayang-bayang di ruang mataku.

IV Pencuri itu terhendap-hendap di tepi pagar rumah Encik Salleh.

A I dan III

B II dan IV

C I, III, dan IV

D II, III, dan IV

3ISuzana mengetuk-ngetuk tin kosong itu.

IIRanting pokok itu berbuai-buai apabila ditiup angin kencang.

IIIAdik mengemukakan pertanyaan yang bertalu-talu kepada ibu.

IVDahari membawa adiknya bersiar-siar di tepi pantai.

AI dan II

BI dan IV

CII dan IV

DI, II, dan III

Soalan 4 hingga Soalan 5

Pilih ayat atau ayat-ayat yang mengandungi kata ganda yang bermaksud saling.

4 ISarimah dan Ida berutus-utus surat walaupun tinggal berjauhan.

II Mereka telah berbaik-baik semula setelah bermasam muka beberapa hari yang lalu.

III Para peminat bertolak-tolakkan untuk mendapatkan tandatangan artis terkenal itu.

IVOrang kampung ternanti-nanti akan kedatangan wakil rakyat itu ke kampung mereka.

A I sahaja

BIII sahaja

CI dan III

D II dan IV

5 I Lelaki dan wanita tidak boleh duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi.

II Polis dan perompak itu tembak-menembak antara satu sama lain.

IIISuasana di pasar itu sangat bising kerana penjual dan pembeli bertawar-tawaran harga.

IV Pasangan pengantin itu berpandang-pandangan apabila diusik oleh tetamu.

AI dan III

B I, III, dan IV

C II, III, dan IV

D I, II, III, dan IV

Soalan 6 hingga Soalan 7

Pilih ayat yang mengandungi kata ganda yang bermaksud tunggal.

6AIbu tunggal itu tabah menghadapi hari-hari mendatang selepas kematian suaminya.

BKulit anak kecil itu kemerah-merahan bekas gigitan pijat-pijat.

CGadis itu sedang menjual bunga-bunga kering.

DSoalan-soalan tatabahasa itu sangat susah.7AKura-kura ialah reptilia berdarah sejuk.

BPetani itu sedang mengalih anak-anak padi ke petak sawah.

CPara remaja digesa menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

DSofia menggemari lagu-lagu yang berunsur Islam.

Soalan 8 hingga Soalan 15

Isi tempat-tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

8Muka Ani _______ apabila ternampak lembaga hitam itu.

Acomot-momot

Blicin-licau

Ckering-kontang

Dpucat- lesi

9Hafiz Hashim _____ mengalahkan pemain dari Denmark itu.

Abersenang-lenang

Bbermati-matian

Cberhempas-pulas

Dbersusah-susah

Soalan 10 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

10Semangat patriotisme Encik Lim semakin ______ menjelang Hari Kebangsaan.

A berapi-api

B berdegup-degap

C berkobar-kobar

D berkibar-kibar

11Orang ramai dinasihati agar jangan mempercayai _____ yang disebarkan dalam Internet.

Aremeh-temeh

Bselok-belok

Cdesas-desus

Dtindak-tanduk

12_____ kamu berjaya mengusahakan perusahaan ini.

AAlang-alang

BMoga-moga

CDiam-diam

DTegak-tegak

13Zarina ____ apabila tangannya tersentuh lintah itu.

Akeluh-kesah

Bgeli-geleman

Cletih-letak

Dhina-dina

14Ada ______ kerajaan akan memberi bonus kepada semua kakitangan awam pada bulan hadapan.

Aura-ura

Bberita-berita

Csebut-sebutan

Dsusup-sasap

15Perbuatan Kumar telah menyebabkan hati ibunya____.

Ahancur-lebur

Bpunah-ranah

Cterguris-guris

Dremuk-redam

Jawapan

1 B2 C3 A4 C5 C

6 B7 A8 D9 C10 C

11 C12 B13 B14 A15 D