kata aluan kppm untuk majalah sekolah 2013

Upload: nabilah-ahmad

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kata Aluan KPPM untuk Majalah Sekolah 2013

    1/1

    KATA ALU-ALUAN

    KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

    Tahniah dan syabas saya rakamkan buat Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Sekolah atas

    kejayaan dalam menerbitkan Majalah Sekolah pada tahun ini. Bagi pihak Kementerian Pelajaran

    Malaysia, segala usaha dan sumbangan kalian dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan

    disanjung tinggi.

    Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, saya dan warga pendidik

    merupakan penggerak bagi meneruskan usaha dan semangat bagi memastikan PPPM ini dapat

    dilaksanakan sebaiknya. Pelan ini mempunyai aspirasi bagi mentransformasikan pendidikan di

    negara kita.

    Sejak negara mencapai kemerdekaan, 1957, komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti guru

    dan kemenjadian pelajar secara menyeluruh. Terdapat lima aspirasi sistem yang perlu dicapai

    bagi membolehkan kita melihat kemenjadian pelajar. Kementerian berharap dengan

    terlaksananya kelima-lima aspirasi ini, keberhasilan pelajar akan menyerlah menjelang 2025.

    Pelajar merupakan aset yang sangat berharga kepada negara. Justeru, PPPM telah menetapkan

    enam aspirasi pelajar. Untuk mencapai lima aspirasi sistem dan enam aspirasi pelajar tersebut, 11

    anjakan telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tiga peringkat atau gelombang bermula

    dari 2013 hinggalah 2025.

    Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal melangkah ke alam

    pendidikan yang lebih tinggi perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang jitu, nilai

    kerohanian yang mantap, literasi teknologi terkini, dan kemahiran komunikasi yang berkesan.

    Sesungguhnya, kejayaan transformasi pendidikan ini amat penting bagi memastikan hasrat

    negara maju tercapai menjelang 2020.

    Akhir kata, marilah kita sama-sama meningkatkan kapasiti pendidikan dan kredibiliti

    warganegara Malaysia yang mampu menggalas cabaran untuk mengangkat martabat bangsa

    Malaysia yang berjaya.

    Sekian, terima kasih.

    TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

    TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia