majalah jootawan 2014

11
• GAYA HIDUP KEJAYAAN • EDISI 1 • APRIL 2014 VERSI ONLINE www.jootawan.com Carta 10 Terkaya di Malaysia Jadi Jootawan Melalui Pelaburan Hartanah JOMHosting & Google Adwords Strategi Pemasaran Terkini Petua Tidur Lena dari Dr. Ezairy Berita Terkini MH370, PRK Kajang & Aztetic Bolehkah Berjaya? oleh Thaqif Esa

Upload: mohd-hanafi-wawi

Post on 06-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

majalah bisnes

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah Jootawan 2014

• G AYA H I D U P K E J AYA A N •

EDISI 1 • APRIL 2014 VERSI ONLINEwww.jootawan.com

Carta 10 Terkaya di Malaysia

Jadi Jootawan Melalui Pelaburan Hartanah

JOMHosting & Google AdwordsStrategi Pemasaran Terkini

Petua Tidur Lenadari Dr. Ezairy

Berita TerkiniMH370, PRK Kajang & Aztetic

Bolehkah Berjaya?oleh Thaqif Esa

Page 2: Majalah Jootawan 2014
Page 3: Majalah Jootawan 2014

04 05

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Berita Terkini Berita Terkini

01. Misteri Kehilangan Flight MH370

02. PKR Kekal Dengan Kerusi Kajang

03. MAS Semakin Goyah

04. Jootawan Group Melancarkan Aztetic

Gempar! Satu dunia kini memerhatikan Malaysia.Insiden pesawat terhempas mungkin perkara yang boleh diterima akal namun kehilangan kapal terbang MH370 terus menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Saat saya menulis coretan ini, pesawat masih belum dijumpai. Ahli keluarga mereka masih terus menanti.

Spekulasi demi spekulasi timbul hasil akibat daripada kehilangan MH370. Seramai 239 orang yang berada di dalam kapal terbang. 227 orang merupakan penumpang kapal terbang dan selebihnya merupakan krew penerbangan. Satu angka kehilangan yang sangat besar pada Malaysia dan juga dunia.

Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima tempias hasil daripada langkah kurang bijak sesetengah individu

Selama 66 tahun MAS telah menjadi syarikat penerbangan pil ihan rakyat Malaysia apabila ingin berkunjung ke negera luar tetapi kini MAS sekali lagi melihat penurunan pendapatan yang amat mendadak.

Dahulunya, MAS berkebolehan untuk meraih keuntungan setiap tahun tetapi sejak krisis ekonomi 1997, syarikat tersebut telah terjunam-timbul kedalam lembah kerugian selama lebih 10 tahun.

Sekarang sahamnya bernilai 0.25 sen sesaham. Kurang daripada satu sen untuk sebuah syarikat yang sepatutnya berstatus ‘blue chip’.

Bandingkan dengan Airasia, syarikat penerbangan kos rendah milik Tony Fernandez, apabila AirAsia ditubuhkan syarikat tersebut sememangnya terpaksa berkerja keras untuk terus meraih keuntungan tetapi dengan kerja keras dan ligat Tony, ia berjaya menjadi syarikat penerbangan yang sangat popular bukan saja di Malaysia tetapi di rantau nusantara.

Setelah 2 bulan berkempen, berpolitik, tuduh-menuduh; akhirnya Dr Wan Azizah (PKR) berjaya meraih undi majoriti dalam PRK DUN Kajang 2014, mengalahkan lawannya Chew Mei Fun (BN). Kemenangan beliau membenarkan PKR kekal sebagai DUN Kajang dan, menurut seruan PKR, membuka jalan bagi mereka ke Putrajaya. MB Selangor Khalid Ibrahim mengucap tahniah kepada Wan Azizah, berkata kemenangan tersebut “seolah-olah memberi restu kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran”.

Selama 2 minggu sebelum hari mengundi; siang dan malam, Kajang bergema dengan suara dari loudspeaker wakil PKR dan BN. Stadium Kajang menjadi sebuah taman tema kecil bagi penyokong PR, dengan gerai-gerai yang menjual beraneka makanan dan barangan.

yang ingin membantu dalam bentuk yang t idak kena pada tempatnya. Ketahuilah bahawa isu serius seperti ini perlukan kerjasama, kesepaduan dan kesaksamaan antara kerajaan dan setiap warganegara sama ada dalam bentuk usaha dan tenaga atau sekurang-kurangnya lafaz doa buat MH370 dan Malaysia.

Asasnya, segala kekuatan ada pada doa. Bukan pada syirik dan khurafat yang tidak nyata. Tak usah kait nyawa dengan polit ik. Jangan cetuskan konspirasi saat ahli keluarga mereka masih bertakung airmatanya. Penulis tidak mahu dilabel ‘keyboard warrior’ yang hanya menulis dan bercakap tanpa usaha di medan pencarian.

Semoga MH370 ditemui semula!

Kejayaan AirAsia telah membuktikan keberkesanan strategi pemasaran Tony iaitu menawarkan promosi penerbangan yang paling murah, digandingkan dengan produktivit i wargakerja yang tinggi (crew penyelenggaraan mereka antara yang terpantas), penggunaan kapal terbang yang lebih tinggi, hanya menggunakan terminal kos rendah serta pelbagai taktik pemasaran yang lain untuk kurangkan kos dan naikkan efisyensi.

Syarikat AirAsia ialah syarikat yang patut dicontohi, kerana ia seperti sebuah enjin kapal terbang yang selalu diselenggara, berfungsi dengan lancar, efisyen dari semua segi dan paling penting sekali - ianya menjana keuntungan bukan kerugian.

MAS sekarang ini berada dalam keadaan yang amat berbahaya, dengan kehilangan sebuah kapal terbang, sahamnya yang kian menjunam, Malaysia mungkin akan kehilangan syarikat penerbangannya yang pertama. Adalah pendapat penulis ini yang MAS perlu membuat suatu perubahan yang sangat radikal untuk terus berniaga.

Pada 20 Mac 2014, Jootawan Group telah melancarkan servis terbarunya iaitu Aztetic. Aztetic merupakan sebuah laman web yang membolehkan penggunanya membuat kedai online mereka sendiri; lengkap dengan sistem borang tempahan, cara pembayaran online, dan sistem affiliate, agen yang mempromosi produk anda untuk komisen yang berpatutan. Antara kelebihan menggunakan sistem Aztetic ini, adalah (1) memudahkan urusan jual-beli di Internet, (2) boleh meletakkan lebih 10 jenis produk yang berlainan dalam satu-satu masa, (3) tidak memerlukan masa yang banyak untuk membuat semakan tempahan dan bayaran kerana boleh dilihat di dalam satu sistem sahaja, (4) teknik follow-up emel yang meledakkan jualan dengan menggunakan Pemasaran Emel, dan (5) data-data pelanggan boleh disimpan melebihi 1,000 orang.

Kesimpulannya, Aztetic merupakan sistem urus niaga terbaru yang membantu dan memudahkan para peniaga, mahupun usahawan Internet menjalankan perniagaan Internet dengan lancar.

#mh370fuelsisrunninglow

#mh370isatdiegogarcia

#mh370whereareyou?

#mh370gone#mh370lost

#prayformh370

#whereismh370?

#mh370comehome

MISTERI MH370

11 macRadius pencariandiluaskan keselat melaka.

10 mactumpahan Minyak ditemuidi laut cina selatan(didapati bukan daripada mh370)

12-14macLautan andamanjuga diteroka.

15 mac

16-19 mac

pm najib istiharpilot patah balik

SAR di laut Cina Selatan dihentikan

pencarian kinidi fokuskan padalautan hindi danpedalaman asia

8-9 mac12.41ammh370 bertolak dari klia.

02.40amSubang ATC hilanghubungan denganmh370.

06.30ammh370 tidak mendaratdi beijing.

search and rescue bermuladi laut cina selatan.komuniti antarabangsa menawarkan pertolongan.

#prayformh370

Hello,mh370... hello?

MANA AHBENDE NI!?

sumber: wikipedia.org http://goo.gl/N03eoO

Calon BN Chew Mei Fun pula berkempen daripada sebuah lori yang diubahsuai dengan cantik sekali. Suaranya lantang didengar diseluruh Kajang. Suasana yang meriah menyelubungi Kajang apabila calon-calon PRK Kajang 2014 bertanding dengan mesra dan adil.

Pilihanraya kecil ini bermula apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh (Parti Keadilan Rakyat), meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Jan. Seseorang ADUN Selangor boleh melepaskan keahliannya tetapi kekosongan luar jangkaan itu hendaklah diisi pada masa 60 hari dari tarikh kekosongan.

Dr Wan Azizah menang dengan 16,741 undi; 5,379 undi lebih daripada lawannya Chew Mei Fun yang meraih 11,362 undi. Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hanyalah 72% (87% masa PRU13).

20082007 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Saham Mas vs. Saham Airasia 2007-2014 (¢ sesaham)

AirasiaMAS

Saham Airasiamelebihi MAS

3.93¢

AA - 2.47¢MAS - 2.44¢Oct 2010

2.55¢

0.255¢

4.384¢

data: www.klse.info

Page 4: Majalah Jootawan 2014

06 07

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Ramai yang mahu terlibat dengan pelaburan hartanah. Namun masih juga ramai yang tidak faham bagaimana instrumen hartanah boleh membantu mereka menjadi jutawan ketika muda. Hari ini saya mahu berkongsi dengan pembaca Majalah Jootawan bagaimana mereka mencapai status Jutawan ketika masih muda lagi dengan hanya membuat pelaburan hartanah.

Jootawan • Jutawan Muda dan Jutawan Kaya Melalui Pelaburan Hartanah Jootawan • Jutawan Muda dan Jutawan Kaya Melalui Pelaburan Hartanah

Jadi Jutawan Melalui Pelaburan Hartanah.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke alam pekerjaan mahupun bagi anda yang telah menjalankan perniagaan, mulakan perancangan kewangan awal-awal lagi. Sebaik-baiknya kita dah tahu perbezaan aset dan liabiliti. Aset ialah sesuatu yang menambah pendapatan kita manakala liabiliti ialah hutang yang membebankan kita.

Oleh sebab itu, perancangan kewangan perlu dibuat terlebih dahulu seperti perbelanjaan harian, pinjaman kereta dan juga pinjaman perumahan. Apabila anda telah merancang awal, anda dapat memulakan langkah untuk bersara awal dan mengurangkan risiko kegagalan.

Pada zaman teknologi canggih ini, anda boleh membuat pengiraan kewangan sendiri dengan menggunakan Microsoft Excel sahaja. Cukup mudah, anda perlu memasukkan berapa jumlah perbelanjaan anda dan berapa wang baki yang tinggal untuk melabur dalam hartanah.

Rancang Perbelanjaan

Tip01 Tambah Ilmu Kewangan

Tip02

Ramai t idak tahu prof il kewangan bagaimana yang membolehkan anda mencapai status jutawan ketika masih muda lagi. Ini kerana ketika muda kita masih seronok berbelanja dan bersuka ria.

Oleh i tu anda perlu menambah ilmu untuk membina asas kewangan yang kukuh seperti apakah itu aset dan liabiliti? Bagaimanakah cara untuk menambah pendapatan sampingan? Bagaimana pihak bank suka kepada anda untuk membantu menambah ‘portfolio’ hartanah anda?

Di samping itu, ilmu tentang pembiayaan balik untuk hartanah juga mampu menambah lagi ‘portfolio’ anda dalam usaha untuk menjadi jutawan hartanah muda. Hari ini terdapat banyak buku dan penasihat kewangan yang boleh memberikan khidmat nasihat.

Bayar Pembiayaan Pantas

Tip03

Jika anda membuat pembiayaan hartanah selama 30 tahun, maka anda boleh mempercepatkan pembayaran balik hartanah separuh daripada tempoh tahun yang telah ditetapkan. Jika anda membayar ansuran bulanan 2 kali ganda daripada sepatutnya, anda mampu melangsaikan hutang 2 kali ganda lebih pantas.

Mengapa perlu langsaikan hutang dengan pantas? Ini kerana anda hendak mencapai status jutawan muda yang kaya. Maka anda boleh bersara awal dengan tenang dan risiko yang lebih rendah.

Persaraan awal bermaksud anda ada pilihan untuk bekerja dan sibuk dengan pekerjaan yang anda kurang minat atau bekerja dan buat sesuatu yang anda minat dan memberikan impak yang besar ke atas kehidupan dan kewangan anda.

Saya doakan anda capai status Jutawan Muda, Jutawan Kaya melalui Perlaburan Hartanah.

Oleh Saufi Karim

CEO, Velocity Muse Sdn [email protected]

Page 5: Majalah Jootawan 2014

08 09

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Wan Mohd Musyris merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu dan juga pemilik syarikat Wanmus Technologies Enterprise yang beribu pejabat di Johor Bahru dan mempunyai cawangan di Terengganu. Memiliki Ijazah (Master) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada UTM Skudai, anak muda ini bukan hanya menjadi pembekal hosting, syarikat Wanmus Technologies ini juga turut menjalankan beberapa perniagaan Internet lain iaitu Wanmus.com, asasminisite.com, myekamus.com, duittwitter.com dan juga duitsurvey.com. Dia kini boleh dikatakan sebagai seorang usahawan muda yang berjaya kerana mampu membina empayar perniagaan sendiri serta memperoleh pendapatan lumayan setiap bulan.

Jomhosting.net merupakan salah satu syarikat pertama yang dibina oleh Wan Mus. Wan Mus merupakan antara orang yang terawal yang membekalkan web hosting atau web server di Malaysia. Manakala untuk Google Adwords pula Wan Mus baru bermula lebih kurang dua tahun lalu. Tetapi secara sepenuhnya ia bermula setahun lalu apabila lebih memfokuskan kepada pemasaran Google Adwords. “Dengan jumlah pelanggan online yang hampir mencecah 7000 orang, sudah tentu memberikan kami semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami”.

JOMHosting dan Google Adwords: Strategi Pemasaran Terkini

Google Adword merupakan salah satu bentuk periklanan yang ditawarkan oleh pihak Google, iaitu dengan cara mendaftarkan websi te anda yang selanjutnya akan ditampilkan pada carian Google di saat para pengguna melakukan browsing. Penemuan terhadap halaman website anda sangat dipengaruhi oleh penggunaan kata kunci adwords yang anda miliki.

Bagi pemasaran online, pasaran Google Adwords adalah lebih besar berbanding pemasaran konservatif seperti menggunakan banner, iklan, majalah dan sebagainya. Ini kerana kebanyakan orang pada masa kini akan mencari maklumat di Internet dengan menggunakan Google.

“Apabila kita menggunakan sesuatu teknologi tanpa ilmu pengetahuan yang betul, maka hasilnya mungkin akan mengecewakan kita sendiri. Apa yang kami cuba sampaikan kepada pengguna adalah cara-cara untuk menjadi usahawan melalui teknologi dengan cara yang betul”, tegas Wan Mus.Menjelaskan bahagian yang paling sukar dalam perniagaan yang dijalankannya, Wan Mus mengakui bahawa agak sukar untuk menarik minat usahawan lebih-lebih lagi usahawan muda menggunakan kemudahan ini. Ini kerana kebanyakan orang tidak tahu bagaimana cara yang betul dan apakah keistimewaan Google Adwords. Tambahnya

lagi, “ketika permulaan dalam bidang ini, susah bagi kami untuk membuatkan pelanggan faham mengapakah Google Adwords adalah cara pemasaran yang terbaik buat mereka. Kini semakin banyak pendedahan diberikan kepada orang dan ini memudahkan kami untuk memikat hati pelanggan”.

“Google Adwords adalah salah satu perniagaan online yang paling terkenal di seluruh dunia pada masa kini, selain telah berjaya mencipta ramai usahawan atas fungsi-fungsi istimewanya”. Google menggunakan satu teknologi yang dipanggil “context targeting”. Ia bermaksud iklan anda hanya akan muncul dalam kandungan yang berkaitan dengan iklan anda. Sebagai contoh, jika anda menjual kek, iklan anda mungkin muncul dalam satu artikel mengenai resepi kek.

Anda juga boleh memperbaiki iklan dengan menggunakan “placement targeting” untuk menumpukan iklan hanya pada satu-satu tempat sahaja.

Placement Performance Reports memberikan anda maklum balas mengenai klik, impressions, kos, dan conversions, yang membolehkan anda untuk membuat keputusan bijak dalam pengiklanan.

Bagaimana Google Adwords Menghasilkan Keuntungan?Bagi menjalankan setiap perniagaan, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kualiti produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Semakin tinggi kualiti produk, maka hasil keuntungan juga semakin meningkat. Perkara pertama untuk meraih lebih banyak keuntungan melalui Google Adwords ialah dengan menentukan anggaran harian serta mengira hasil keuntungan terkecil dan jangan menaikkan harga yang tinggi sehingga anda melakukan jualan.

...usahawan Melayu harus

membuang rasa takut

untuk mengguna

kemudahan ini.

“Rupa iklan Google Adsense di sebuah halaman web.

Wan Mohd Musyris - pengasas dan pemilik Wanmus Technologies Enterprise.

Jootawan • JOMHosting & Google Adwords Jootawan • JOMHosting & Google Adwords

Di dalam website anda juga, anda perlu menjual selengkap-lengkapnya informasi atau perkhidmatan anda. Ini bermaksud anda perlu menjelaskan produk dan tujuan anda dalam penjualan. Jika anda menghasilkan banyak klik dalam Google Adwords, namun tidak banyak penjualan yang dihasilkan, ini bermakna terdapat kesilapan dalam teks iklan atau keyword yang anda pilih.

Rancangan saya pula untuk beberapa tahun akan datang, saya ingin JomHosting.net menjadi sebuah server yang dikenali dan menjadi satu keperluan kepada pengguna seperti Google. Oleh itu, kami sedang merancang dan berusaha untuk mencapai impian kami itu. Usahawan-usahawan terutama usahawan Melayu harus membuang rasa takut untuk mengguna kemudahan ini.

Bermula dengan hanya menjadi pembekal hosting dalam skala kecil, kini JOMHosting telah berkembang menjadi antara pembekal web hosting, server dan nama domain terkenal di Malaysia. Syarikat yang bermula pada tahun 2007 ini telah mengorak langkah dalam bidang ini selama hampir tujuh tahun.

Oleh Teha Rashid

Wartawan [email protected]

Page 6: Majalah Jootawan 2014

10 11

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Jootawanita • Petua Tidur Lena

Petua Tidur LenaPenat! Penat! Penat!

Inilah rintihan dalaman badan kita setiap kali seharian menjalankan perniagaan atau melakukan pekerjaan. Hakikatnya, seluruh anggota badan yang telah bekerja untuk kita juga memerlukan rehat yang secukupnya.

Oleh Dr. Ezairy M. Salleh

Penulis [email protected]

Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya. Maka, cetakan Majalah Jootawan yang pertama ini saya akan kongsikan petua-petua bagaimana mahu mendapatkan tidur yang lena. Yalah, bisnes pun bisnes juga tapi rehat dan tidur pun kena jaga. Kita nak pastikan yang tubuh badan kita boleh guna lama.

Suasana yang baik dan kondusif untuk tidur.

Elakkan daripada cahaya yang terang. 0302

Apa yang dimaksudkan kondusif dan baik itu ialah tempat tidur itu tidak semestinya mewah tetapi cukup untuk membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.

Hal ini perlu kita ambil berat terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon mela ton in. T idur juga akan terganggu sekiranya kita terdedah kepada persekitaran dengan cahaya yang terang.

Jootawanita • Petua Tidur Lena

Elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap.

Kurangkan pengambilan kafein.

Amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi.

04 05

01

Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth Hosp i ta l d i Cambr idge, cahaya b iru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur khususnya beberapa minit sebelum tidur.

Sebaik-baiknya, elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Pengambilan kafein in i membuatkan adrenalin bertindak lebih daripada biasa yang akan membuatkan badan tidak boleh tidur dengan tenang.

Perkara ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam. Ruang waktu tidur perlu kita tetapkan agar badan tidak lesu. Bangun pagi dan tidurlah sebelum lewat malam.

Page 7: Majalah Jootawan 2014

12 13

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Jootawanita • Bolehkan Berjaya?

Ini 3 perkara yang mampu merubah hidup seseorang dari “zero to hero”. Tiada lain yang mampu merubah keadaan dan ketentuan kita.

PendidikanIni adalah perkara yang paling ajaib yang masih kekal sehingga hari ini di mukabumi. Tiada lagi yang setanding dengan perkara ini. Pendidikan mampu merubah rupa muka peta dunia sebagaimana yang dikehendaki. Maksudnya, bukan pendidikan itu yang istimewa tetapi orang yang menerima pelajaran itu dan berjaya menjadi seorang pelajar yang terbaik dan hebat. Mereka inilah insa-insan yang bakal menggoncangkan dunia dengan buah fikir mereka.Kita boleh lihat bahawa persaingan sihat antara kaum di Malaysia pada hari ini tinggi. Generasi muda pada hari ini perlu diberikan pendidikan sempurna untuk terus menjana kekuatan dan kemajuan pada masa hadapan. Pembangunan negara pada masa hadapan juga didorong oleh anak-anak pada hari ini. Maka terbuktilah bahawa kejayaan individu, masyarakat, bangsa mahupun negara hanya mampu digalas melaui pendidikan. Dengannya, kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam apa jua keadaan.

Jika kita terbaca atau menonton di kaca TV pasti kadang-kadang kita terjumpa dengan kisah hidup sesorang yang berjaya. Berjaya setelah begitu kuat melawan segala kepayahan demi meraih kejayaan. Mereka mungkin seorang ahli perniagaan yang berjaya atau mungkin seorang artis. Kalau kejayaan dan kekayaan yang dia mil iki adalah dari ibu bapa mereka atau dari keturunan datuk moyang mereka, maka ia bukanlah suatu yang mengujakan dan mempersonakan untuk ditonton..

Hakikatnya, tiada apa yang ajaib dan menghairankan.Tiada ada contoh pedoman dan teladan yang dapat memberikan kita jadikan motivasi. Itu sudah nasib dia di lahirkan dengan kemewahan dan kekayaan.Cemburu dan sakit hati? Janganlah begitu rezeki masing-masing cuma yang Maha Esa sahaja yang mengetahui segalanya.

Cuma, ada 3 perkara yang bakal kita kecapi sebagai satu kejayaan dan kekayaan dan diterima sebagai seorang yang berjaya.

01. Pendidikan02. Perniagaan03. Nasib

BolehkahBerjaya?

Setiap orang mahu apa yang difikirkan terjadi dengan jayanya. Tidak kisah sesusah mana dan sesukar apa sekalipun yang penting perkara yang diusahakan mendapat kejayan. Para pembaca juga pastinya ingin turut berjaya dalam kehidupan ini dan bukan sekadar angan-angan kosong tetapi satu cita-cita yang sebenar.

Oleh Thaqif Esa

Penulis [email protected]

Jootawanita • Bolehkan Berjaya?

Perniagaan

Dalam Islam kita tahu bagaimana cara untuk maju dan berjaya sehingga tahap yang paling tertinggi sekali di dunia ini iaitu melaui perniagaan. Nabi Muhammad S.A.W. mengecapi kejayaan dahulu pun kerana dirinya dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Perniagaan juga yang telah melahirkan ramai manusia berjaya, hebat dan dihormati di seantero dunia ini.

Sekiranya dikaji dengan mendalam, ramai rakyat hari ini mampu berniaga. Namun, banyak perniagaan yang lingkup bukan kerana mereka tidak berusaha tetapi mereka lebih berharap apa juga perniagaan yang mereka ceburi akan berjaya dengan jayanya dengan sekali cuba. Kalau jatuh mereka malas untuk bangun semula. Mereka menyerah kalah dengan cepat sebelum mencubanya untuk beberapa kali lagi. Cepat putus asa.

Mereka lupa semua orang yang berjaya dan terkenal hari ini atau zaman dahulu seperti Nabi kita mereka bukan sekali sahaja gagalnya tetapi beribu kali dan mengambil masa bertahun-tahun untuk berjaya! Kita gagal sekali langsung terus terduduk dan tidak bangun-bangun lagi. Serik dan kesal tidak sudah-sudah sedangkan itu cuma kegagalan kali pertama sahaja.

Kalau kita rajin membaca kisah-kisah orang yang berjaya mereka sebenarnya bukan takut gagal tetapi mereka takut jika tidak berpeluang untuk gagal lagi. Tiada kejayaan jika tiada kegagalan. Dari kegagalanlah maka kita meraih kejayaan. Setiap kegagalan adalah pengalaman.Setiap pengalaman adalah pasti satu kejayaan.

Nasib

Semua orang ada nasib masing-masing. Nasib kita semua berbeza. Ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang baik. Semua telah tertulis di mana dan apa yang bakal kita terima. Kita cuma perlu terus gigih berusaha tanpa mengenal erti kecewa atau putus asa.

Nasib seseorang bukan boleh kita baca. Jika bernasib baik kamu akan berkahwin dengan orang yang kaya maka kamu secara automatik sudah berjaya. Baik lelaki atau pun perempuan sama sahaja. Andai kata kamu jenis yang suka mencuba dan memilih jalan pintas untuk berjaya sudah tentu berjudi adalah jalan yang paling cepat dan pantas untuk berjaya (dan terlingkup!). Cari jalan yang mudah naik maka kita juga mudah turun.

Nasib juga dapat dibuktikan melalui perniagaan, Ada antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh namun masih belum berjaya dan ada antara kita yang berusaha dan dalam masa singkat telah berjaya. Inilah hakikat nasib. Kita perlu terima dengan redha. Oleh itu harus hati-hati dengan pilihan-pilihan kita. Baik dan buruk kita yang terima.

Akhir sekali jangan kita berkeluh kesah dengan nasib yang kita alami. Jangan suka sangat dipertikaikan tetapi bertanya kembali dengan diri sendiri kenapakah nasib aku begini terjadi. Di dunia, kewibawaan kita pasti digoda, dicuba dan dipertikaikan cuma jangan sampai terlupa diri Bahaya padahnya tak siapa mampu jangka.

Bolehkah kita terima nasib yang kita terima hari ini dengan seiklas hati? Andai boleh maka kita pasti akan berjaya!

Setiap kegagalan

adalah pengalaman.

Setiap pengalaman

adalah pasti satu kejayaan.

Page 8: Majalah Jootawan 2014

14 15

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

Jootawan • Tuan Hj Ishak Bin Ismail

“Walaupun kehidupan yang dilalui bersama keluarga amat perit, namun saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana kedua ibu bapa memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Saya juga berbangga kerana ibu bapa saya mempunyai kesedaran untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kerana boleh dikatakan pada waktu itu ibu bapa rakan-rakan dan orang-orang di kampung saya tidak mementingkan pelajaran anak-anak”.

“Semasa di tingkatan satu, saya terpilih masuk ke Sekolah Menengah Agama Al-Mashoor. Kenangan semasa di peringkat fasa pertama sekolah menengah telah memberikan satu impak bahawa saya perlu berdikari dan tahu menghargai pengorbanan ibu dan ayah”.

“Alhamdulillah, saya kemudian dapat meneruskan pengajian di Kolej Islam Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS)”.

Menyingkap kembali sejarah lalu, setelah menghabiskan SPM, Ishak terus bekerja di kilang-kilang sementara

Anak kelahiran Kampung Pelet, Bukit Mertajam ini berkongsi cerita perihal bagaimana dirinya meniti perjalanan demi mengubah nasib dir i dan keluarga sehingga berjaya membangunkan sebuah perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa.

Ishak mengakui perjalanan hidup yang dilaluinya untuk sampai ke tahap sekarang adalah amat sukar. Sejak kecil lagi Ishak telah didedahkan dengan dunia perniagaan kerana ayahnya bekerja sebagai penjaja buah-buahan dan juga menjual kuih-muih.

Walaupun keluarganya hanya berniaga secara kecil-kecilan dan kadang kala boleh dikatakan kais pagi makan pagi - kais petang makan petang, namun dia yakin itu semua bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

Baginya, apa yang paling penting dalam mencapai sesuatu impian ialah dengan melalui perjalanan hidup. Satu perjalanan hidup yang memberikan pengalaman bermakna sehingga boleh membina satu karakter diri yang kuat.

“Tidak ada orang yang boleh berjalan dalam keadaan lurus tanpa diuji oleh Allah S.W.T”, itulah kata-kata paling mendalam yang diucapkan oleh CEO IM Global Property Consultants Sdn Bhd, Tuan Haji Ishak Bin Ismail.

Bidang Hartanah,BidangLumayan

Oleh Teha Rashid

Wartawan [email protected]

Jootawan • Tuan Hj Ishak Bin Ismail

menunggu keputusan SPM. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya menempatkan diri ke UTM, dia telah memasang tekad untuk menghabiskan pelajaran dengan keputusan yang cemerlang.Bagi menampung kehidupannya semasa belajar, Ishak juga turut melakukan kerja pada setiap hujung minggu. Bahkan ayahnya juga telah meminjam duit daripada seorang doktor dan memberikan tanah pusaka keluarga sebagai cagaran agar dia dapat meneruskan pengajian di UTM.

Namun malang sekali semasa di tahun ketiga pengajian, dia dikhabarkan tanah pusaka tersebut telah dicagarkan dan pihak bank akan melelong tanah tersebut.

“Akibat terkejut dengan berita ini, ayah saya telah jatuh sakit dan diserang strok. Maka saya mula menggalas tanggungjawab untuk menebus kembali tanah tersebut. Kebetulan pada waktu itu saya mengambil kursus penilaian hartanah. Setiap minggu saya akan mendapat komisen hasil daripada menjual rumah”.

“Akhirnya saya berjaya membatalkan lelongan bank dan juga berjaya menebus kembali tanah pusaka keluarga. Saya yakin selagi saya berpegang dengan prinsip jika inginkan sesuatu maka lakukannya dan habiskan. Jangan lakukan sesuatu pekerjaan hanya separuh jalan”.

Persiapan Memulakan Perniagaan

Selepas tamat belajar, Ishak telah memulakan tekad dan menetapkan matlamat untuk mengubah kehidupan keluarga. Dia memulakan alam pekerjaan dengan bekerja di firma antarabangsa yang terletak di Singapura. Sehingga tahun 1992, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya dan ini menyebabkan Ishak terpaksa melupakan hasrat untuk terus berkhidmat di syarikat tersebut demi menjaga ibunya di kampung. Ketika ini Ishak mula mempersiapkan diri sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Dia telah bekerja dan mengambil latihan dalam bidang teknikal supaya lebih mahir.

“Alhamdulillah pada tahun 1998 saya berjaya mendaftarkan diri sebagai pengurus ejen dan penilai hartanah yang bertauliah. Daripada situ saya tidak menoleh ke belakang

...saya ingin melihat anak-anak Melayu

Islam menceburi bidang perundingan

hartanah kerana bidang ini memberi

pulangan yang sangat besar.

Page 9: Majalah Jootawan 2014

16 17

Majalah Jootawan Edisi 1 Majalah JootawanEdisi 1

lagi. Saya mula membina kejayaan setapak demi setapak untuk mengejar impian saya”.

“Saya bermula dalam bidang perniagaan melalui perkongsian bersama rakan saya. Sehingga tahun 2005, saya nekad untuk mengambil alih syarikat sepenuhnya. Alhamdulillah, bermula hanya dengan tiga orang kakitangan, kini syarikat saya telah mempunyai lebih daripada 125 orang kakitangan”.

Kata Ishak lagi, sejak tahun 2005, syarikatnya telah berkembang sehingga memiliki cawangan hampir seluruh negara. Dalam masa terdekat ini juga dia merancang untuk membuka cawangan hingga ke luar negara.

“Saya menyandarkan kejayaan saya kepada dua perkara utama iaitu nawaitu dan keberkatan. Saya mencari barakah dalam perniagaan dan bukannya didorong oleh duit semata-mata. Mencari keberkahan Allah melalui bidang perniagaan mengikut sunnah Rasulullah, kerana 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Saya ingin mencari 9/10 ini dengan satu tekad bahawa kejayaan mestilah datang bersama keredaan Allah”.

Menurut Ishak lagi, apa yang paling mustahak sekali ialah dia tidak pernah meninggal bidang pelaburan terutama pelaburan hartanah. Ini kerana bidang ini merupakan kepakarannya dan dia menggunakan kemahiran yang dikurniakan Allah ini untuk mencapai cita-citanya. Jatuh bangun dalam hidup

merupakan satu lumrah. Oleh itu, segala-galanya perlu dilihat daripada sudut positif. Kemahuan dan keinginan untuk menyumbang sesuatu kepada keluarga dan masyarakat telah mencipta satu lagi kemahuan yang ingin dicapai olehnya iaitu jihad dalam perniagaan.

“Untuk merubah perniagaan itu menjadi satu jihad, itulah kemahuan saya yang paling kuat. Selain ia menjadi titik perubahan kepada kehidupan saya”.

Mahukan Anak Melayu Ceburi Bidang HartanahDitanya apakah harapannya terhadap industri ini dan apakah perkara utama yang perlu menjadi kunci kejayaan untuk mencapai gelaran sebagai jutawan, ini jawapan daripada pengasas IM Global Property Consultants Sdn Bhd sendiri.

“Kalau boleh di samping dapat memberi khidmat kepada orang ramai, seseorang yang menceburi bidang ini juga dapat menjadi perunding hartanah yang cemerlang”.

Impak dan pulangan dalam bidang ini sangat besar sekali kerana segala maklumat mengenai hartanah akan berada dalam tangan perunding hartanah terlebih dahulu. Selain itu, bidang ini juga mampu membawa masuk ‘pasif income’ yang lumayan.

Jootawan • Tuan Hj Ishak Bin Ismail Jootawan • Tuan Hj Ishak Bin Ismail

“Menjadi jutawan melalui bidang ini bukanlah hanya sekadar angan-angan Mat Jenin kerana saya sendiri telah melaluinya dan ia benar-benar menjadi kenyataan.

Jika diberi peluang oleh Allah S.W.T, saya ingin mengajar anak-anak muda melatih diri mereka menjadi usahawan dan dalam masa yang sama menjadi pelabur”, tambahnya lagi.

“Harapan saya juga agar syarikat ini dapat menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain yang terlibat dalam industri ini, bukan sahaja memimpin daripada segi keuntungan kewangan tetapi juga menjadi mukmin profesional”.

“Jika ingin menjadi perunding hartanah yang mahir, cekap, cemerlang dan luar biasa, kita seharusnya juga melengkapkan diri dengan nilai kejujuran dan keikhlasan. Justeru, hal inilah yang akan menjemput barakah Allah”.

“Konsep profesional dan mukmin merupakan satu konsep selar i dan sal ing memerlukan. Bahkan Rasulullah S.A.W juga membawa konsep ini dalam menjalankan perniagaan. Kedua-dua perkara ini harus diasuh menggunakan acuan Islam yang sebenar, barulah impian kita akan tercapai disertai dengan reda Allah”, ujarnya mengakhiri perbualan.

01 02

0403

05

06

01

02

Tuan Hj Ishak turut giat melatih dan memupuk generasi baru agen perunding hartanah dengan menganjurkan bengkel perundingan hartanah.

04

05

Projek perumahan dan ofis / kilangsyarikat IM Global Property Consultants.

03 IM Global Property Consultants menawarkan perkhidmatan pengurusan hartanah & projek, penilaian hartanah dan broker hartanah.

06 Tuan Hj Ishak mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundingan hartanah. Pengalamannya merangkumi spektrum hartanah yang luas seperti ladang pertanian, kilang, perumahan dan kompleks komersil.

07 Pasaran hartanah di Malaysia adalah pasaran sedang pesat mengembang.

07

Page 10: Majalah Jootawan 2014

0

3

6

9

12

15

18

21

24

27

30

33

36

39

42

45

48

51

54

57

60

0

3

6

9

12

15

18

21

24

27

30

33

36

39

42

45

48

51

54

57

60 NILAI ASSET 2014 (DALAM RM BILLION)

1st

2nd

3rd

4th5th

6th7th

8th

9th 10th

Robert Kuok

Ananda Krishnan

Teh Hong Piow

Quek Leng ChanLee Shin Cheng

Mokhtar AlbukharyLim Kok Thay

Lee Kim HuaMokhzaniMahathir Azman

Hashim

Diatas adalah senarai 10 individu terkaya di Malaysia bagi tahun 2014 berdasarkan nilai aset mereka di dalam syarikat yang tersenarai di bursa saham pada 18 Januari 2014.

Sumber: Malaysian Business Magazine 2014.

Profil 5 Terkaya Di Malaysia

1st

2nd

4th

Robert Kuok

Ananda Krishnan

Quek Leng Chan

Usahawan paling kaya di Malaysia, bisnes terasnya ialah bisnes gula, tepung, hotel dan pelbagai jenis bisnes lagi tetapi bisnes paling lumayannya ialah dengan minyak kelapa sawit (melalui pegangan

sahamnya di syarikat Wilmar International).

Bisnes teras mogul telco ini adalah empayar telekomunikasinya (Maxis di Malaysia). Tetapi dia juga mempunyai pegangan dalam bisnes media, perjudian, minyak & gas, tenaga, rangkaian pawagam dan hartanah.

Dididik sebagai seorang peguam undang-undang, Quek Leng Chan adalah salah seorang daripada penubuh Hong Leong Group, beliau juga pengerusi & CEO Hong Leong Company (Malaysia) Berhad dan pengerusi eksekutif syarikat-syarikat lain dibawah Hong Leong Group.

Sumber: wikipedia.org

3rd

5th

Teh Hong Piow

Lee Shin Cheng

Pengerusi Public Bank Berhad, beliau menubuhkan Public Bank pada 1966 selepas 16 tahun berkerja dalam bidang perbankan. Pada 2007, Public Bank dianggarkan meraih pendapatan sebanyak RM 9.56 billion.

Sebagai Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Berhad, Lee Shin Cheng adalah usahawan yang terlibat dengan industri perladangan terutamanya dalam sektor perladangan kelapa sawit.

Page 11: Majalah Jootawan 2014

AKAN DATANG!

MAJALAH JOOTAWAN EDISI 1Dapatkannya di kedai-kedai majalah dan

kedai buku terdekat anda atau layariwww.majalah.jootawan.com

untuk melanggan terus dari Jootawan!