kata aluan

1
KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianNya program “Majlis Jalinan Ukhwah Mahasiswa/i UPSI bersama Menteri dalam Negeri dan Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa Anak Perak” yang dianjurkan oleh Persatuan Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya ini menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjaya dan tidak terkecuali kepada pihak Kerajaan Negeri dan UPSI yang telah turut serta bekerjasama dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh HADARI bagi memastikan pelaksanaan program dapat mencapai matlamat. Majlis Jalinan Ukhwah Mahasiswa/i UPSI Bersama Menteri dalam Negeri dan Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa Anak Perak ini merupakan suatu majlis yang secara terancangnya diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara pentadbir Kerajaan Negeri dan mahasiswa/i UPSI khususnya anak jati negeri Perak. Selain itu, ia dapat melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan kaum khususnya dalam kalangan anak negeri Perak dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI bersama mahasiswa/i dari negeri-negeri lain. Di samping merealisasikan visi universiti untuk menjadi universiti yang BITARA perlu disokong dengan produk keguruan yang berketerampilan dengan meraikan mahasiswa/i yang mempunyai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum. Harapan saya, program yang dilaksanakan ini dapat memberi impak positif dalam diri setiap mahasiswa/i UPSI khususnya bagi anak-anak jati negeri Perak dan menghargai apa jua ilmu, pengalaman serta perhubungan yang telah terjalin atau baru dijalinkan agar kenangan yang dibina membawa seribu erti kepada kehidupan masing-masing. Diharap semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli HADARI dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dapat disemai dengan lebih erat. Sekian, Wassalam. (NURUL HANIM BINTI OMAR)

Upload: ieka-hanim

Post on 11-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

buku program

TRANSCRIPT

KATA-KATA ALUANPENGARAH PROGRAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianNya program Majlis Jalinan Ukhwah Mahasiswa/i UPSI bersama Menteri dalam Negeri dan Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa Anak Perak yang dianjurkan oleh Persatuan Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya ini menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjaya dan tidak terkecuali kepada pihak Kerajaan Negeri dan UPSI yang telah turut serta bekerjasama dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh HADARI bagi memastikan pelaksanaan program dapat mencapai matlamat.Majlis Jalinan Ukhwah Mahasiswa/i UPSI Bersama Menteri dalam Negeri dan Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa Anak Perak ini merupakan suatu majlis yang secara terancangnya diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara pentadbir Kerajaan Negeri dan mahasiswa/i UPSI khususnya anak jati negeri Perak. Selain itu, ia dapat melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan kaum khususnya dalam kalangan anak negeri Perak dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI bersama mahasiswa/i dari negeri-negeri lain. Di samping merealisasikan visi universiti untuk menjadi universiti yang BITARA perlu disokong dengan produk keguruan yang berketerampilan dengan meraikan mahasiswa/i yang mempunyai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum.Harapan saya, program yang dilaksanakan ini dapat memberi impak positif dalam diri setiap mahasiswa/i UPSI khususnya bagi anak-anak jati negeri Perak dan menghargai apa jua ilmu, pengalaman serta perhubungan yang telah terjalin atau baru dijalinkan agar kenangan yang dibina membawa seribu erti kepada kehidupan masing-masing. Diharap semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli HADARI dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dapat disemai dengan lebih erat.Sekian, Wassalam.

(NURUL HANIM BINTI OMAR)