kerja kursus psv spm 2012

Upload: dhyra-ahmad

Post on 22-Jul-2015

922 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Lukisan Kasut Kanvas | Canvas Painting Shoe { tema air }Lagi rujukan untuk kertas 3 SENI SPM.......hehehehe

image from sweet issues

sumber omgshoooz.com dan senivisual

image from devianart

image from tabatha

image from nobodybuy

image from ecrater

image from etsy

image from ecrater

image from shark eat meat

Tugasan 1: Reka Corak Kasut KanvasAssalamualaikum, Tugasan KRSV tahun ini telah pun bermula. Antara tugasan yang digemari oleh guru-guru dan murid ialah tugasan 1 - Penghasilan reka corak pada kasut kanvas. Oleh yang demikian, di sini diberikan sedikit panduan untuk tugasan 1,agar anda boleh mulakan tugasan anda. Yang pasti, dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru PSV anda yang lebih pakar di sekolah dari segi pemilihan bahan dan proses, kerana itulah yang terbaik agar anda tidak tersesat jalan dan menyimpang dari kehendak pengajaran dan pembelajaran guru anda. Gambar-gambar di dalam topik ini hanalah gambar yang digoogle dari laman sesawang sebagai contoh semata-mata.

kasut kanvas bercorak

himpunan koleksi kasut kanvas

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas. 2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham. Untuk kandungan 1 dan 2, anda hanya perlu mendapatkan gambar-gambar sama ada dari internet, akhbar, majalah atau gambar yang diambil sendiri dan dicetak. Lalu lekatkanlah gambar-gambar tersebut pada mukasurat 1 dan 2 kajian anda. Tidak perlu berlebih-lebihan untuk koleksi gambar ini kerana ia hanyalah sebagai bahan kajian bagi memulakan tugasan anda. Pastikan bahan kajian yang anda akan pilih nanti juga terdapat dalam koleksi gambar-gambar tersebut.

bahan kajian, hidupan laut - jerung (pilihan)

contoh koleksi gambar hidupan laut pilihan - jerung

3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas. Lukiskan beberapa reka bentuk kasut kanvas pada muka surat berikutnya. Boleh hanya menggunakan pensel sahaja.

contoh: lakaran reka bentuk kasut. buatlah kasut yang berbeza bentuk 4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih. Hasilkan lukisan realistik berwarna atau tanpa warna, memadai menggunakan warna pensel. Pemilihan satu habitat marin juga tidak salah atau pemilihan 1 objek, atau beberapa objek yang ingin dimasukkan di dalam corak kasut anda. Pastikan lukisan anda terperinci dan menampakkan bentuk serta jalinan. Lukislah sebaik mungkin kerana kandungan ini akan menampakkan kekuatan lukisan anda.

contoh: lukisan realistik tanpa warna

lagi contoh: lukisan realistik

5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin. Daripada pemilihan bahan kajian tadi, mulalah hasilkan lakaran idea agar menampakkan keaslian idea anda dan tidak meniru dari mana-mana sumber. Lakaran idea ini adalah penting, buatlah beberapa helai sehingga anda berpuas hati dengan idea yang dipilih. Lakaran idea tidak perlu diwarnakan, boleh diwarnakan sedikit jika mahu.

contoh lakaran idea

contoh lakaran idea ikan jerung

lagi contoh lakaran idea - jerung

6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih. Idea yang telah anda pilih tadi cubalah gubah pada kasut anda. Buat beberapa cadangan sehingga anda berpuas hati dengan kedudukan yang paling sesuai. Seboleh-bolehnya tunjukkan bahagianbahagian yang berbeza seperti kiri dan kanan atas dll. kalau sekiranya kasut kiri dan kasut kanan juga motif yang berbeza maka, lukislah untuk sepasang kasut.

Contoh: motif yang berbeza pada kiri dan kanan kasut

motif yang sama

7. Kajian warna pada reka letak. Buat beberapa cadangan warna daripada idea dan reka letak yang telah ditetapkan tadi. 8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza. Setelah berpuas hati dengan pemilihan warna tadi, buatlah lukisan dari 3 sudut pandangan. Bermakna anda boleh menghasilkan 3 sudut pandangan sekurang-kurangnya pada 1 muka surat. 9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukislah kasut anda di rak kasut, tangga, dan lain-lain yang sesuai bagi menampakkan fungsinya yang sebenar 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. Lukiskan peralatann dan bahan yang anda gunakan serta label bahan-bahan tersebut serta catatkan fungsinya. Contohnya warna akrilik untuk mewarna pada kasut, pensel untuk membuat lakaran awal, berus untuk melukis, pita pelekat untuk menutup bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya

11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. Lukislah langkah-langkah penghasilan kasut dari mula hingga siap. Contohnya, langkah 1: penyediaan alat dan bahan langkah 2: penyediaan motif atau reka corak pada kertas tekap langkah 3: tekap motif dengan kertas tekap pada kasut langkah 4: tutup bahagian tertentu dengan pita pelekat langkah 5: warnakan corak tersebut dengan cat akrilik/cat fabrik dll langkah 6: perincikan bahagian-bahagian yang halus dengan pen marker kalis air dan kemasan

Alat dan BahanUntuk menghasilkan catan pada kasut kanvas, bahan yang biasa digunakan ialah cat akrilik. Walaubagaimanapun cat poster / cat air / plaka /water base boleh digunakan jika sekadar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun cadangan saya terlebih dahulu eloklah disapu dengan satu lapisan cat emulsi (cat kapur) yang nipis agar cat yang digunakan tidak menyerap ke dalam permukaan fabrik. Cat fabrik (dye fabrik), juga boleh digunakan dalam penghasilan corak pada kasut kanvas ini. Selain daripada itu, marker kalis air juga boleh digunakan bagi mengemaskan lagi reka corak tersebut.

cat akrilik, pewarna fabrik serta pen marker yang digunakan oleh pengusaha kasut bercorak

Proses Mengecat Pada Kasut1. Bersihkan kasut tersebut walaupun kasut anda masih baru bagi mengeluarkan bahan kanji 2. Asingkan tali kasut jika ada (warnakan mengikut idea anda)

3. Tutup bahagian-bahagian tertentu seperti getah/pvc (berhampiran tapak) dengan pita pelekat (masking tape) agar tidak comot semasa proses meyapu warna 4. Lukis corak yang dikehendaki pada kasut dengan pensel terlebih dahulu atau tekap menggunaka kertas tekap, agar coraknya tidak lari dari rekaan asal. 5. Cat kasut anda mengikut rekaan 6. Kemaskan bahagian-bahagian yang terperinci dengan menggunakan marker kalis air atau berus halus (jika mahu)

. Teknik melukis/lakaran kasut kanvas (Grafik) Memastikan cara melukis kasut kanvas mengguna teknik grafik iaitu kemas dan bersih. Gunbakan pen teknikal untuk melukis kasut dari lakaran yang telah dipilih. (Lukisan ini tidak termasuk lakaran awal secara bebas).

4. Pemilihan reka corak Reka corak yang dikehendaki ialah lukisan marin yakni lukisan imej dari dasar laut. Guru-guru digalakkan mencadangkan kepada pelajar memilih satu objek seperti ikan, kuda laut, batu karang atau apa sahaja dari dasar laut untuk dijadikan imej yang akan dijadikan motif dan akhirnya dijadikan reka corak. reka corak ialah susunan secara terancang atau tidak terancang dari motifmotif yang telah dipilih.

lakaran di atas adalah contoh sahaja 5. Peralatan dan bahan untuk penghasilan Alat dan Bahan sangat penting untuk menentukan hasil karya menjadi lebih menarik. Guru-guru yang mengajar perlu tahu bahan dan alat yang sesuai untuk menghasilkan reka corak. Keperluan alat dan bahan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu: 1. Portfolio: kebiasaannya penghasilan portfolio menggunakan alat dan bahan yang sama dengan tajuk-tajuk yang lain. Namun demikian, bahan dan alat hendaklah sesuai dengan apa yang hendak dirancang sebagai penyelidikan dan kajian visual yang akan dihasilkan. Antara alat dan bahan yang perlu ialah:

Kertas Katrej (kertas lukisan mengikut saiz yang ditetapkan) Pencil HB, 2B, 4B dan Pencil teknikal (mechanical pencil) untuk membuat lakaran dan lukisan akhir Pen teknikal untuk menghasilkan motif dan reka corak akhir Pemadam Pembaris atau alat geometri Mounting Board (kulit portfolio) Peralatan pewarna (Warna pensil atau cat air) Berus jenis lembut dan jenis lepir peralatan melukis yang sesuai 2. Model Kasut: Kasut kanvas (remaja) Marker Fabrik; terdapat banyak marker fabrik dalam pasaran. kelebihan penggunaan marker fabrik kerana ianya 'waterproof' dan sesuai dilukis pada bahan tekstil seperti kasut kanvas. bagi pelajar yang tidak pandai mewarna, marker ini sangat membantu. Cat Fabrik; Cat fabrik boleh didapati dalam pelbagai bentuk, yang baiknya dalam bentuk likuit bukannya cecair agar senang diwarnakan dengan menggunakan berus bulat atau lepir. Gambar dibawah menunjukkan peralatan dan bahan yang saya cadangkan. Nota: Ada di kalangan guru-guru mencadangkan menggunakan cat akrilik. Bagi saya ia tidak sesuai, kerana permukaan bahan kasut yang akan dilukis ialah jenis fabrik. Penggunaan akrilik akan menjadi keras seperti catan. Namun, boleh juga menggunakan bahan akrilik tetapi biarlah nipis.