kajian tindakan matematik skg

9
KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK SKG ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid – murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada nombor. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid – murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid – murid bertambah yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........ 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Murid Tahun 5BIJAK keseluruhannya agak lemah dalam menguasai pembelajaran semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka agak kurang motivasi untuk

Upload: alongysy

Post on 21-Jul-2016

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Matematik Skg

KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK SKG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid –

murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan operasi

darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir

darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan

Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan

dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan

kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor

dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan juga

berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan

tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan

KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada nombor. Keputusan

ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid – murid dalam menyelesaikan

masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid – murid bertambah

yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Murid Tahun 5BIJAK keseluruhannya agak lemah dalam menguasai pembelajaran

semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka agak kurang

motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang nampaknya ada minat

dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik.

Semasa murid – murid mempelajari topik – topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi

Tambah dan Operasi Tolak proses pembelajaran agak memberangsangkan. Begitu juga

dengan keputusan ujian sumatif agak memuaskan sesuai dengan tahap murid. Namun

demikian, setelah masuk ke tajuk Operasi Darab momentum murid - murid merudum.

Murid gagal menguasai kemahiran operasi darab yang diajar. Keputusan ujian pra amat

mendukacitakan. 45.45% murid mendapat markah di bawah 40%.

Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses P&P gagal untuk menarik

minat murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tiada rangsangan

positif yang boleh menggerakkan murid – murid menghafal sifir.

Page 2: Kajian Tindakan Matematik Skg

Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dari awal, akan mendatangkan masalah kepada

murid – murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam topic – topik lain yang

melibatkan operasi darab.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan masalah mendarab lebih

dua digit dengan dua digit.

Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah

mendarab lebih dua digit dengan dua digit adalah kerana, mereka gagal menghafal sifir

dan melakukan kesilapan dalam menyusun nombor.

Berpandukan soal selidik ini kami cuba mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan

KAEDAH MAYAN dan MUZIK BIJAK SIFIR. Dua kaedah ini diguna pakai kerana

secara psikologi, muzik dan lukisan dapat merangsang fikiran kreatif murid dan dua

bidang ini adalah bidang yang disukai oleh murid – murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan diharap murid – murid akan mencapai objektif

berikut:

Objektif umum

Meningkatkan peratus kelulusan Matematik Tahun 5B

Objektif Khusus

Murid dapat menguasai operasi darab dengan menggunakan KAEDAH MAYAN dan

KAEDAH MUZIK BIJAK SIFIR;- murid dapat menyelesaikan semua soalah lembaran

kerja yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Murid lulus ujian pos yang

melibatkan operasi darab panjang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 5BIJAK yang terdiri daripada 19 orang

murid Melayu dan 3 orang murid India.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian,

soal selidik awal, ujian pra, ujian pos, soal selidik akhir dan memberi bintang dan

Page 3: Kajian Tindakan Matematik Skg

ganjaran.

5.1.1 Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid – murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian

dijalankan murid – murid kurang memberi perhatian kepada soalan yang dikemukakan

dan tidak berminat untuk menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh – sungguh

terutama murid – murid yang agak lemah. Sebaliknya setelah melaksanakan kajian

murid- murid lebih berminat dan berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan.

5.1.2 Soal – selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid – murid untuk

mendapatkan maklumbalas daripada murid – murid berkenaan pandangan mereka

terhadap subjek matematik, kemahiran operasi darab dan sifir darab. Borang soal selidik

ini diedarkan sebanyak 2 kali iaitu pada awal kajian dan di akhir kajian.

5.1.3 Ujian Pra dan Pos

Set ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal kajian untuk mengesan

sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran penyelesaian soalan

operasi darab dan secara tidak langsung dapat mengesan kelemahan penguasaan sifir

darab di kalangan murid – murid. Item ujian pra ini mengandungi 10 soalan berkaitan

fakta asas darab yang melibatkan soalan darab empat nombor dengan dua nombor. Masa

yang diberikan adalah 30 minit.

Dapatan daripada ujian pos:

Jumlah kesalahan Jumlah murid Peratus (%)

1 3 13.64

2 5 22.72

3 2 9.09

4 1 4.54

5 0 0

6 0 0

7 1 4.54

8 3 13.64

Page 4: Kajian Tindakan Matematik Skg

9 0 0

10 6 27.27

Peratus murid yang mendapat kurang daripada 40% markah adalah seramai 45.45%

Dapatan ujian pos:

Peratus murid yang mendapat markah 70% ke atas adalah seramai 90.9%

5.2.3 Analisis Soal Selidik

Murid – murid telah memberikan respon yang positif terhadap kaedah ini. Berikut adalah

analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid – murid.

Skala Likert: Ya Tidak

Soalan Ya Tidak

1. Saya suka dan minat mata pelajaran Matematik

18

4

2. Saya faham apabila guru mengajar Matematik dalam B.Inggeris

2

20

3. Saya boleh menghafal dan mengingati sifir dengan baik

13

9

4. Saya suka membuat latihan dalam operasi darab

20

2

5. Saya suka dengan Kaedah MAYAN

20

2

Page 5: Kajian Tindakan Matematik Skg

6. Saya suka lagu bijak sifir

21

1

7. Saya dapat menguasai operasi darab dengan adanya Kaedah MAYAN yang diajar guru

saya

20

2

8. Saya suka menghafal menggunalan lagu bijak sifir

20

2

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Setelah murid – murid menjalani Ujian Pra, murid – murid telah diberikan motivasi

untuk menguasai sifir dengan menggunakan Kaedah LAGU BIJAK SIFIR.

2. Murid – murid telah dibimbing untuk melukis garisan Mayan yang mewakili setiap

angka dalam soalan darab.

3. Murid – murid juga dibimbing dalam menggunakan Kaedah MAYAN dalam

penyelesaian operasi darab.

4. Murid – murid diberikan latih tubi dalam operasi darab menggunakan KAEDAH

MAYAN.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Kajian Tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu. Setiap kali waktu

mata pelajaran Matematik, murid – murid telah dibimbing untuk melukis garisan dengan

betul dan cara pengiraan di dalam KAEDAH MAYAN dan setiap kali sesi P&P akan

dimulakan dengan memperdengarkan Lagu Bijak Sifir.

Murid – murid telah menjalani ujian pos 1 seminggu setelah diperkenalkan dengan

Page 6: Kajian Tindakan Matematik Skg

KAEDAH MAYAN. Ujian pos 2 pula telah dijalankan sebulan selepas itu. Selepas ujian

pos 2, murid – murid telah dikehendaki mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan

pandangan mereka mengenai kaedah ini. Tuuan mengedarkan boring soalselidik ini ialah

supaya murid – murid lebih selesa dan bebas untuk menjawab berbanding mendapatkan

maklumat secara temubual.

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid – murid lebih mudah untuk mengingati sifir dan

mereka telah menunjukkan prestasi yang baik untuk menguasai sifir ini.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 telah menunjukkan peningkatan

yang baik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini telah membantu murid –

murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang

telah dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan

ceria. Murid – murid juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik

terutamanya di dalam operasi darab.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

a) Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas yang lain.

b) Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila memasuki tajuk operasi darab.

c) Guru sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan murid

dalam kaedah ini dapat dipertingkatkan.

d) Murid – murid perlu diberikan dengan latihtubi untuk membantu mereka mengingat

dengan baik.

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati, murid – murid dapat menerima sesuatu

yang baru yang dapat membantu mereka mengingati sifir dan melaksanakan operasi

darab. Di samping itu juga ia dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik.