kajian tindakan fakta asas matematik

21
MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI MELALUI PERMAINAN Oleh: Faizah binti Ramly (D046773) SK Kampung Raja, 39010 Tanah Rata, Cameron Highlands ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid menguasai operasi asas bagi murid-murid Tahun 3 dalam pendekatan permainan. Penguasaan yang baik dan tepat dalam operasi asas adalah sumber utama bagi matapelajaran Matematik. Seramai sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang menguasai operasi asas terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Tahap penguasaan yang kurang dalam menyelesaikan operasi asas telah memberikan implikasi kepada topik-topik yang berikutnya. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi membantu murid-murid tersebut boleh menguasai operasi asas dengan menyeluruh. Seperti yang diketahui, kanak-kanak pada peringkat umur berikut lebih menggemari kepada permainan. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan-soalan operasi asas serta penguasaan kepada operasi tersebut. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid di samping kepelbagaian kaedah dan teknik penyampaian guru dalam membantu murid menguasai operasi asas Matematik dengan lebih baik. 1

Upload: faizahsaiful

Post on 14-Jun-2015

2.516 views

Category:

Documents


38 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI MELALUI PERMAINAN

Oleh:Faizah binti Ramly (D046773)

SK Kampung Raja,39010 Tanah Rata, Cameron Highlands

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid menguasai operasi asas bagi murid-

murid Tahun 3 dalam pendekatan permainan. Penguasaan yang baik dan tepat dalam operasi

asas adalah sumber utama bagi matapelajaran Matematik. Seramai sepuluh orang murid Tahun

3 Siddiq dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan

melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan

menunjukkan murid-murid kurang menguasai operasi asas terutama yang melibatkan

pengumpulan semula. Tahap penguasaan yang kurang dalam menyelesaikan operasi asas

telah memberikan implikasi kepada topik-topik yang berikutnya. Suatu perancangan tindakan

dibuat bagi membantu murid-murid tersebut boleh menguasai operasi asas dengan

menyeluruh. Seperti yang diketahui, kanak-kanak pada peringkat umur berikut lebih

menggemari kepada permainan. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan

terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menyelesaikan

soalan-soalan operasi asas serta penguasaan kepada operasi tersebut. Setelah kajian tindakan

dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid

kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara

keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru

dan pembelajaran murid di samping kepelbagaian kaedah dan teknik penyampaian guru dalam

membantu murid menguasai operasi asas Matematik dengan lebih baik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini, saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar Tahun 3 Siddiq di

mana potensi murid amat baik dan membanggakan. Namun begitu terdapat sebahagian murid

tidak boleh menguasai fakta asas operasi asas iaitu Tambah, Tolak, Darab dan bahagi dengan

sebaiknya.

Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan

latihan fakta asas tambah secara bertulis. Ia juga telah diikuti dengan fakta asas tolak, fakta

asas darab dan fakta asas bahagi secara bergilir-gilir. Namun telah timbul permasalahan di

1

Page 2: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

mana hanya 60% murid sahaja yang mampu memberikan jawapan yang betul setelah semakan

jawapan dilakukan. Tambah mengecewakan saya terdapat 10 orang murid yang hanya mampu

menjawab 30% betul daripada jumlah soalan yang diberikan oleh saya.Pada pendapat saya,

keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik.

Oleh sebab itu, saya telah menetapkan bahawa saya akan menjadikan permasalahan ini

satu perkara yang tidak perlu lagi dibimbangkan dengan membantu murid menguasai fakta

asas operasi asas dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui temubual yang

telah dilakukan, saya dapati murid-murid lebih seronok dengan aktiviti yang berbentuk

permainan sambil belajar.

Maka, saya telah merancang satu kajian tindakan yang akan membantu murid

menguasai operasi asas di mana ia adalah nadi kepada Matematik. Ibarat kata` Bersusah-

susah dahulu, bersenang-senang kemudian` yang mana apabila murid-murid tersebut menaiki

tahap yang lebih tinggi atau sewaktu berada di Tahap 2, pembelajaran akan lebih mudah

terutama ketika menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan.

Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau

strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi

keseronokan kepada murid-murid di samping dapat menarik minat dan mengubah tanggapan

minda yang mengatakan `Matematik Itu Susah`

2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mengira fakta asas operasi asas

dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan. Mereka masih lagi perlu menggunakan pengiraan

sama ada menggunakan jari atau `tally` atau bahan maujud yang lain serta termenung

memikirkan jawpan. Saya telah menggunkan permainan bagi membantu mereka berfikir pantas

dan tepat.

Penguasaan yang sepenuhnya bagi fakta asas operasi asas adalah nadi asas kepada

Matematik di mana operasi asas digunakan sepenuhnya dalam tajuk-tajuk yang berikutnya.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran fakta asas tambah, tolak,

darab dan bahagi dengan pantas supaya kaedah ini dapat menyelesaikan masalah pengiraan

Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat

meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas operasi asas.

2

Page 3: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan penguasaan operasi asas dengan lebih baik, cepat

dan tepat.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid dapat menjawab dengan cepat soalan yang dikemukakan secara

lisan.

3.2.2 Murid boleh mengira dengan pantas secara bertulis dengan tepat dan

cepat.

3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.

3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan

harmonis.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq yang didapati

mempunyai masalah mengira fakta asas dengan cepat dan tepat. Murid-murid ini adalah dalam

kalangan murid-murid yang lemah.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada

soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual3

Page 4: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak

formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung

dapat mengenalpasti punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran

mengingat dan menghafal.

5.1 3 Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui

maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan penguasaan fakta

asas. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.1.4 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dengan

memberikan 5 soalan bagi setiap fakta asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Tempoh masa yang diberikan ialah 10 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada sepuluh orang murid Tahun 3

Siddiq. Teknik hafalan fakta asas berbeza-beza antara seorang murid dengan murid

yang lain. 6 orang (60%) daripada mereka menggunakan jari manakala 4 orang (40%)

lagi membuat `tally` atau gambarajah. Pada pendapat saya, murid-murid harus dibantu

dengan kaedah permainan untuk penguasaan kepada fakta asas.

5.2.2 Temu Bual

Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati sebahagian (50%) murid

meminati mata pelajaran Matematik. Manakala sebahagian lagi (50%) menyatakan

pelbagai alasan dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah lupa.

5.2.3 Soal Selidik

4

Page 5: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak

Fakta Asas

BIL PERKARA

SETUJU

TIDAK

SETUJU

BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik. 5 50 5 50

2 Boleh Menjawab Fakta Asas Tambah 7 70 3 30

3 6 60 4 40Boleh Menjawab Fakta Asas Tolak

4 Boleh Menjawab Fakta Asas Darab 4 40 6 60

5 Boleh Menjawab Fakta Asas Bahagi 2 20 8 80

Berupaya menjawab dengan tepat

sekiranya tempoh masa menjawab

dipanjangkan.

6 6 100 0 0

Jadual 1 menunjukkan sepuluh orang (100%) murid saya tidak boleh menguasai sepenuhnya

fakta asas dan bersetuju jika tempoh masa dipanjangkan

5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 3 Siddiq Dalam Ujian Pra

5

Page 6: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

GRED UJIAN PRA

BILANGAN %

A 8 36

B 4 18

C 2 9

D 6 28

E 2 9

JUMLAH MURID 22 100

Jadual 2 menunjukkan sepuluh orang (46%) murid mendapat gred C, gred D dan gred

E. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mengira soalan yag diberikan dengan

cepat, tepat dan betul. Walaupun jumlah murid yang tidak meguasai fakta asas adalah

kurang iaitu hanya sepuluh orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak

diambil tindakan segera untuk menanganinya kerana akibatnya akan dilihat jika

mereka berada di Tahap 2.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak tiga aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran fakta

asas dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( BALING DADU )

1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam

satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.

2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep bermain dam ular di mana apabila

dadu dilambung, perjalanan akan diteruskan dengan menambah bilangan dadu yang

terpapar serta menjawab soalan kad tambah jika berhenti pada tanda `?`..

3) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan.

5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( BALAS PANTUN )6

Page 7: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

1) Aktiviti ini merupakan aktiviti lisan. Murid-murid diperdengarkan dengan soalan

berbentuk pantun.

2) Murid dikehendaki menulis jawapan pada kertas yang telah disediakan oleh guru.

3) Semak jawapan bersama guru.

5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( PASANGAN ROMANTIK )

1) Aktiviti dijalankan di dalam kumpulan.

2) Melengkapkan pasangan antara darab dan bahagi yang mana bahagi adalah

songsangan darab.

3) Permainan ditentukan selama 5 minit sahaja. Mengumpulkan pasangan yang paling

banyak dan betul di kira sebagai pemenang.

4) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:

a) Aktiviti 1 ( BALING DADU )

i) Buah dadu

ii) Papan permainan

iii) Kad operasi tambah

iv) Jam

v) Lembaran soalan

b) Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN )

i) Kertas jawapan individu.

ii) Rakaman yang diperdengarkan semula menggunakan

laptop/radio

iii) Borang analisa pencapaian individu.

7

Page 8: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

c) Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK )

i) Kad soalan sifir dan bahagi.

ii) Jam.

iii) Lembaran soalan

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 Aktiviti 1 ( BALING DADU )

Murid-murid diberikan masa 15 minit untuk bermain. Permainan ini dibuat 2 hari

seminggu iaitu Isnin dan Khamis pada waktu pembelajaran di dalam kelas. Sementara murid

lain diberikan latihan pengayaan, sepuluh orang murid akan menjalankan permainan ini.

Murid akan membaling dadu dan bergerak mengikut bilangan yang terpapar pada dadu.

Murid yang berhenti pada tanda `?` akan mengambil satu kad tambah dan menjawab soalan

yang disediakan. Jika jawapan betul murid tersebut boleh meneruskan pusingan seterusnya.

Jika gagal memberikan jawapan yang betul, murid tersebut akan kehilangan satu pusingan

permainan. Murid yang berjaya `tamat` di kira sebagai pemenang.

Rajah 1: Contoh papan permainan dan kad tambah.

8

Page 9: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

9

Mula / 1 2 3 ? ? 6 ? 8 9 ?11 12 ? 14 15 ? 17 18 ? 20

21 ? 23 24 ? 26 27 ? 29 30

? 32 33 ? 35 36 37 38 ? 40

41 42 ? 44 45 ? 47 ? 49 ?51 ? 53 54 ? 56 ? 58 59 60

? 62 63 ? 65 ? 67 68 69 ?71 ? 73 ? 75 76 ? 78 79 80

? 82 83 ? 85 86 87 88 89 ?? 92 93 94 ? 96 97 ? 99

Tamat/100

5 + 2 =

4 + 3 =2 + 7 =

0 + 2 =8 + 1 =

3 + 4 =

7 + 1 =

Page 10: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

i) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian, murid-murid seronok belajar sambil bermain kad. Murid

berusaha untuk menjawab kad tambah dengan betul untuk menghabiskan permainan.

ii) Refleksi

Pada pendapat saya, murid-murid boleh menambah fakta asas dengan baik dan tepat.

Murid-murid berasa seronok dan boleh menambah dengan pantas apabila permainan ini

diteruskan pada masa-masa yang lain. Serta murid boleh menyelesaikan lembaran yang

telah disediakan selepas permainan.

5.4.2 Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN )

Aktiviti 2 dijalankan pada hari Selasa pada waktu pembelajaran. Murid perlu

menyelesaikan 10 soalan pantun yang diperdengarkan.

i. Guru mengedarkan satu kertas jawapan yang perlu di tuliskan jawapan

oleh murid.

ii. Murid perlu mendengar dengan teliti untuk menjawab soalan yang

diberikan dalam pantun tersebut.

iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

Rajah 2 : Contoh Pantun Tolak.

10

Jalan-jalan ke rumah Azua,

Berapa lapan tolak dua ?

Pergi sekolah sama-sama,

Berapa sembilan tolak lima ?

Page 11: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

i) Pemerhatian

Murid menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam pantun tersebut. Murid

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan yang betul. Murid berusaha untuk menjawab soalan yang diberikan.

Jadual 1 : Contoh borang jawapan individu

11

PERMAINAN : BALAS PANTUN

NAMA :        

TARIKH   TARIKH   TARIKH  

JAWAPAN

1  

JAWAPAN

1  

JAWAPAN

1  2   2   2  3   3   3  4   4   4  5   5   5  6   6   6  7   7   7  8   8   8  9   9   9  

10   10   10  JUMLAH BETUL  

JUMLAH BETUL  

JUMLAH BETUL  

Page 12: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

ii) Refleksi

Saya memerhatikan prestasi muird makin baik setelah menjalankan aktiviti

ttersebut secara berulang kali. Jumlah betul dalam menjawab soalan semakin

meningkat. Melihat kepada permainan ini, terdapat perubahan yang membanggakan

dalam mengatasi masalah fakta asas tolak murid-murid berkaitan.

iii) Penilaian Prestasi

Berikut dipaparkan jadual peningkatan bagi 10 orang murid yang mengikuti

permainan tersebut dengan jumlah yang betul.

Jadual 2 : Pencapaian murid untuk 3 minggu permainan

Kumpulan

SasaranMINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3

Murid 1 5 6 8

Murid 2 6 6 7

Murid 3 4 5 7

Murid 4 2 4 6

Murid 5 5 6 8

Murid 6 4 6 7

Murid 7 4 5 7

Murid 8 5 6 7

Murid 9 5 5 7

Murid 10 6 6 8

5.4.3 Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK )

Aktiviti 3 dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat.

Permainan ini di mainkan dalam kumpulan di mana berlangsung selama 5 minit.

Cara permainan berlangsung :

i. Guru mengedarkan set pasangan kepada kumpulan murid.12

Page 13: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

ii. Murid-murid dikehendaki melengkapkan pasangan darab dan bahagi di

mana hasil darab bertemu dengan awalan soalan bahagi. Pasangan

yang betul dan banyak di kira pemenang.

iii. Permainan berlangsung selama minit. Kemudian guru menyemak

jawapan bersama murid.

Rajah 3 : Contoh kad permainan

i) Pemerhatian

Kumpulan murid ini berasa amat seronok dalam mencari pasangan yang tepat

dan betul. Mereka perlu memilih persamaan yang betul kerana terdapat juga pasangan

yang mempunyai persamaan yang hasil darab dan awalan bahagi yang sama, namun

nombor yang di bahagi dan di darab tidak sama. Pastikan ia tidak berlaku seperti

berikut :

Pasangan yang tidak tepat :

Pasangan yang sepatutnya :

13

5 x 4 = 20 20 ÷ 4 = 5

3 x 9 = 27 27 ÷ 9 = 3

7 x 4 = 28 28 ÷ 7 = 4

7 x 4 = 28 28 ÷ 4 = 7

Page 14: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

ii) Refleksi

Pada peringkat awal permainan, murid yang terlibat banyak melakukan

kesalahan pasangan, namun setelah berulang kali permainan ini di mainkan, murid

telah boleh memperolehi pasangan yang tepat dan betul. Kemudian, guru akan

mengedarkan lembaran soalan yang harus dijawab untuk menguji tahap penguasaan

murid selepas permainan tamat.

5.4 REFLEKSI KAJIAN

5.4.1 Penilaian pencapaian murid

Jadual 3 :

Pencapaian murid selepas tindakan dilaksanakan

Berdasarkan ujian yang telah berlangsung sebelum kajian dan ujian selepas kajian

dilakukan, terdapat banyak peningkatan dan perbezaan. Hasil dapatan kajian dapat

diterjemahkan melalui jadual di bawah :

Dapatan kajian diperoleh daripada lembaran soalan secara terkumpul setiap permainan

yang dijalanakan. Selain daripada itu, telah dijalankan ujian akhir yang merangkumi soalan-

soalan fakta asas secara bercampur antara satu sama lain dan tidak tersusun mengikut fakta

asas.

Melihat kepada ujian yang telah dijalankan, di dapati berlaku peningkatan yang amat

memberangsangkan, walaupun terdapat juga kekliruan semsa melakukan kutipan markah

terkumpul kerana ada juga terdapat prestasi murid yang sedikit menurun kemudian meningkat

14

GRED PRESTASI TERKINI

BILANGAN %

A 0 0

B 3 30

C 7 70

D 0 0

E 0 0

JUMLAH MURID 10 100

Page 15: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

dan terus meningkat. Semasa tindakan dilaksanakan terdapat juga masalah ketidakhadiran

murid yang menyebabkan ujian atau pelaksanaan terpaksa dijalankan sekali lagi untuk murid

yang tidak hadir.

Namun begitu, kajian ini dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan dan telah

mencapai hasil yang membanggakan dan mencapai target untuk memperoleh keputusan

prestasi yang baik di mana tiada lagi murid yang berada di Gred D dan Gred E seperti pada

ujian pra sebelumnya

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Melihat kepada prestasi yang membanggakan serta keseronokkan murid untuk

menguasai ilmu Matematik, maka pada masa yang akan datang mungkin akan ada lagi kajian-

kajian lain yang menyusul untuk mempertingkatkan tahap penguasaan dan minat murid

terhadap matapelajaran Matematik dan menyingkirkan perkataan dan pemikiran minda mereka

yag mengatakan `Matematik Itu Susah` dengan pelbagai lagi kaedah dan cara pendekatan

Matematik.

Pada masa mendatang, kemungkinan boleh diteruskan kajian dengan melakukan

kajian bagi setiap fakta asas secara berasingan dan mendapatkan keputusan dan tahap

penguasaan ke tahap yang maksimum.

BIBLIOGRAFI15

Page 16: Kajian Tindakan Fakta Asas Matematik

Edisi Ketiga (Disember 2008). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3,

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 3, Dewan Bahasa dan Pustaka &

Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Prof. Dr. Othman Lebar,Dr. Abdul Talib Mohamed hashim, En Omar Hisham Mohd baharin,En

Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, teknologi dan Penaksiran 2 , Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

http://sktu4jb.50webs.com/Kajian_tindakan/Panduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc

http://www.mgcmpahang.org/mgcmpv1/index.php?

option=com_docman&task=doc_download&gid=14&Itemid=67

16