pelaporan kajian tindakan meningkatkan...

23
PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan kemahiran di dalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Qgrafik ( KEW GRAFIC) PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1. TAHU KOMPONEN-KOMPONEN ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA 2. TAHU PERSAMAAN PERAKAUNAN : A= EP + L 3. TAHU CATATAN KONTRA ( PENGURANGAN AKAUN INDUK) 4. SUDAH MENGHAFAL FORMAT PENYATA KEWANGAN Disediakan Oleh: Encik Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Padang Saujana 27000 Jerantut Pahang

Upload: vantu

Post on 30-Jan-2018

302 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran di dalam

menyediakan penyata kewangan dengan

menggunakan teknik Qgrafik ( KEW GRAFIC)

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. TAHU KOMPONEN-KOMPONEN ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL

DAN BELANJA

2. TAHU PERSAMAAN PERAKAUNAN :

A= EP + L

3. TAHU CATATAN KONTRA ( PENGURANGAN AKAUN INDUK)

4. SUDAH MENGHAFAL FORMAT PENYATA KEWANGAN

Disediakan Oleh:

Encik Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi

Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan

SMK Padang Saujana

27000 Jerantut Pahang

Page 2: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com ii

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan kemahiran didalam menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan

teknik Qgrafic ( KEW GRAFIC)

Fokus kajian ; Meningkatkan kemahiran menyediakan penyata kewangan

Masalah : Masalah kemahiran menyelesaikan maklumat tambahan di dalam soalan

Penyata Kewangan.

Tindakan : Menggunakan Teknik Qgafik

Page 3: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com iii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur saya rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan

izinNya, saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Di ruangan ini, saya

mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Encik Kharudin bin Kamaruzzaman Pengetua Cemerlang di Sekolah Menengah

Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut yang telah banyak memberikan maklumat dan

kerjasama di sepanjang proses kajian ini.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

responden-responden yang terlibat di dalam kajian tindakan ini. Mereka terdiri daripada

pelajar-pelajar 5DO kerana telah menyumbangkan maklumat yang amat berguna dalam

menjayakan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-

individu yang tidak saya nyatakan namanya di ruangan ini iaitu yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada isteri tersayang, Muliati Bt Mahmood serta anak-anak tercinta, Ahmad Idham

Afiq B. Mohd Firdaus, Nursyazwina Athirah Bt Mohd Firdaus dan Nur Alia Athirah Bt

Mohd Firdaus yang menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi diri saya selama

proses kajian ini berlangsung.

Harapan saya, semoga kajian ini mampu memberikan manfaat kepada semua

pihak terutamanya pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan dan

guru-guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan. Sesungguhnya segala

Page 4: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com iv

kesempurnaan adalah milik Allah semata-mata dan kelemahan itu datang daripada diri

saya sendiri sebagai hamba yang sentiasa menuntut rahmatNya. Sekian, terima

kasih…………..Wassallam

Mohd Firdaus Bin Muhamad Hanafi

Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan

SMK Padang Saujana

Jerantut Pahang.

Page 5: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com v

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah pelajar dalam

menyediakan penyata kewangan dalam subjek Prinsip Perakaunan di sekolah . Di dalam

kajian ini, pengkaji melihat dalam konteks pemahaman pelajar tentang beberapa bab

sebelumnya iaitu komponen-komponen aset, liabiliti , ekuiti pemilik, hasil dan belanja

serta bab persamaan perakaunan dan akaun kontra. Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga

bab tersebut, maka dengan menggunakan teknik Qgrafik ini pelajar dapat menjawab

soalan penyata kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Data yang diperolehi

sebelum teknik Qgrafik diajar kepada pelajar menunjukkan pelajar masih belum dapat

menguasai teknik menjawab dengan baik terutamanya apabila menyelesaikan maklumat

tambahan yang diberikan. Setelah teknik Qgrafik diajar, data menunjukkan peningkatan

yang ketara terutamanya dalam penyelesaian maklumat tambahan sudah dapat dikuasai

dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan supaya teknik yang diketengahkan oleh

pengkaji dapat membantu semua pelajar Prinsip Perakaunan di Pahang khasnya dan

seterusnya di Malaysia amnya.

Page 6: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com vi

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK v

KANDUNGAN vi

1.0 Refleksi / Amalan / Gelagat yang lalu

2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian 1

3.0 Objektif Kajian 1

4.0 Kumpulan Sasaran 2

5.0 Perancangan Tindakan 2

6.0 Pelaksanaan Tindakan 3

6.1 Ujian Pra 3

6.2 Aktiviti Tunjuk Cara (Qgrafik) 5

6.3 Ujian Pos 11

7.0 Dapatan Kajian / Kesan Kepada Pelajar 12

8.0 Refleksi Kajian (Kesan Kepada Guru) 12

RUJUKAN 13

LAMPIRAN 14

Page 7: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com vii

1.0 REFLEKSI/AMALAN/GELAGAT YANG LALU

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu mata pelajaran elektif yang

menggabungkan teori dan praktikum (teknik) untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Untuk

menyediakan Penyata Kewangan yang tepat dan lengkap, para pelajar haruslah berhati-

hati dalam operasi penyediaannya. Malah, apabila di sertakan bersama maklumat

tambahan, kebanyakan pelajar merasakan maklumat tambahan itu cukup menyusahkan

mereka. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu teknik dalam penyediaan penyata

kewangan. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar juga dapat menguasai beberapa topik

iaitu pengenalan kepada aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja, topik persamaan

perakaunan dan catatan kontra iaitu pengurangan kepada akaun induk.

2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti melalui refleksi Pengajaran

dan Pembelajaran yang lalu, kajian ini difokuskan kepada kemahiran menyediakan

penyata kewangan beserta dengan maklumat tambahan yang diberikan . Oleh itu, satu

pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah

dengan menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menggunakan teknik Qgrafic dalam

pengajaran guru.

Kaedah tunjuk cara merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk subjek-

subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu, pengkaji telah

mencipta satu teknik tunjuk cara yang telah diberi nama teknik Qgraphic.

Page 8: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com viii

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja

2. Menyatakan persamaan perakaunan mengikut konsep-konsep asas perakaunan

3. Menyediakan penyata kewangan dengan kemas , cepat dan tepat.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dilakukan ke atas 13 orang pelajar tingkatan lima yang masih lemah

dalam penyediaan Penyata Kewangan. Pelajar telah diukur berdasarkan ujian Pra yang

telah dilaksanakan sebelum teknik Qgrafic diperkenalkan.

5.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, pengkaji telah merancang pelaksanaan

P&P yang lebih berkesan iaitu:

i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan)

ii) Menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan edaran

iii) Menggabungkan beberapa kecerdasan iaitu logik matematik dan kecerdasan

interpersonal.

a) Logik Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat

perkaitan seperti suka bertanya, cekap membuat pengiraan, boleh

membuat perbandingan dan cekap dalam menyelesaikan masalah

berkaitan nombor dan menggunakan komputer.

Page 9: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com ix

b) Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat orang lain.

Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal kebanyakannya boleh

bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau bukan

lisan dengan orang lain.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

i) Ujian Pra

ii) Aktiviti tunjuk cara ( Qgrafic)

iii) Ujian pos

6.1 UJIAN PRA

Murid-murid kelas 5DO diberikan satu set soalan berkaitan dengan penyediaan

Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ( Penyata Kewangan). Mereka dikehendaki

menjawab soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada. Berdasarkan ujian ini,

didapati kesemua pelajar kelas 5DO iaitu seramai 13 orang tidak dapat menjawab soalan

dengan baik dan tepat. Keputusan Ujian Pra boleh dilihat pada jadual dibawah.

Page 10: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com x

Soalan Penyata Pendapatan :

Pelajar dikehendaki menyediakan Penyata pendapatan dan Kunci kira-kira.

No Nama Markah

1 A 35

2 B 30

3 C 25

4 D 30

5 E 25

6 F 26

7 G 20

8 H 29

9 I 36

10 J 23

11 K 30

12 L 35

13 M 42

Sumber : Ujian Pra ke atas 13 orang murid 5DO

Berdasarkan Jadual diatas, kebanyakan murid-murid tidak dapat mengingat format

Penyata Pendapatan, tidak tahu fungsi akaun kontra dan tidak tahu persamaan

perakaunan. Perkara ini dapat diketahui dengan melihat kepada corak jawapan yang

masih keliru dan tidak teratur. Kesemua pelajar terpilih untuk mengikuti program Teknik

Qgrafik.

Page 11: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xi

6.2 AKTIVITI TUNJUK CARA QGRAFIK (KEW GRAFIK)

Setelah ujian Pra dijalankan , 13 orang pelajar ini telah dikumpulkan dan

dibahagikan kepada 3 kumpulan ( 4 orang satu kumpulan). Aktiviti ini dilakukan pada 19

Februari 2011, hari Sabtu untuk memastikan proses P&P berjalan lancar dan berkesan.

Langkah 1

Soalan diedarkan kepada pelajar. Soalan tersebut dibaca oleh guru satu persatu kepada

pelajar. Tujuannya ialah untuk memastikan pelajar peka dengan tugasan yang diberikan.

Masa yang diambil adadlah selama 5 minit.

Langkah 2

Guru memberi penjelasan tentang :

i) Fasa 1- Komponen-komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

ii) Fasa 2 - Persamaan perakaunan

iii) Fasa 3 - Catatan Kontra.

Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam iaitu memberi penerangan dan nota diedarkan

sebagai rujukan.

Langkah 3

Guru mengedarkan borang Qgrafic kepada setiap pelajar. Guru mula menunjukkan cara

menggunakan kaedah Qgrafik iaitu :

i) Guru mengarahkan pelajar merekodkan segala maklumat dalam imbangan duga

ke dalam Qgrafik mengikut kedudukan baki masing-masing dengan pengetahuan

sedia ada tentang komponen aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

( Rujuk soalan dan Qgrafik di halaman lampiran)

Page 12: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xii

ii) Menyesaikan maklumat tambahan dengan mengaplikasikan persamaan

perakaunan. Mesti ada catatan bergu bagi setiap maklumat tambahan.( Gunakan

dakwat pen merah)

iii) Pindahkan maklumat tersebut ke dalam format penyata kewangan yang sebenar

daripada Qgrafik.( Penerangan lebih jelas di lampiran )

Lihat contoh soalan di bawah:

Contoh Soalan

Imbangan Duga Perniagaan Alia pada 30 Jun 2011 adalah seperti berikut:

Perniagaan Alia

Imbangan Duga pada 30 Jun 2011

RM RM

Tunai 700

Penghutang 3280

Pemiutang 4330

Stok 1 Julai 2010 12600

Kenderaan 40000

Pinjaman Bank 10000

Belian 63500

Jualan 96540

Pulangan 420

Komisen 450

Gaji 9200

Sewa 4800

Insurans 1560

Kadar Bayaran 1540

Peruntukan hutang ragu 400

Modal 25880

137600 137600

Page 13: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xiii

Maklumat tambahan:

i) Stok pada 30 Jun 2011 dinilaikan sebanyak RM9700

ii) Peruntukan hutang ragu dicadangkan pada kadar 5% atas penghutang

iii) Insurans RM1560 yang dibayar pada 1 September 2010 adalah untuk tempoh

setahun

iv) Ambilan barang niaga bernilai RM240 belum lagi dicatatkan dalam mana

mana buku.

Anda dikehendaki menyediakan:

a) Penyata pendapatan bagii tahun berakhir 30 Jun 2011

b) Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011

Page 14: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xiv

Penyelesaian Menggunakan Qgrafic :

NOTA: MT = MAKLUMAT TAMBAHAN

HURUF YANG DIHITAM ADALAH CATATAN KONTA

- Catatan ini haruslah dipindahkan ke sebelah yang berlawanan dengannya ( ditolakkan

daripada pasangannya iaitu AKAUN INDUK.

Gaji 9200

Sewa 4800

Insurans 1560 + 312 ( MT iii)

Kadar Bayaran 1540

PHR ( penambahan) +230 (MT ii)

Tunai 700

Penghutang 3280

Kenderaan 40000

Stok Akhir +9700 ( MT i)

Ambilan + 240 ( MT iv)

AD

AUR

KKK

Stok Awal 12600

Belian 63500 - 240 ( MT iv)

Pulangan 420

Jualan 96540

Stok akhir + 9700 (MT i)

Komisen 450

Pemiutang 4330

Pinjaman Bank 10000

Peruntukan hutang ragu 400 +230 ( MT ii)

Modal 25880

Insurans Terakru + 312 (MT iii)

Page 15: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xv

Menyalin dari Qgrafik terus kedalam Penyata Kewangan dengan mengaplikasikan

Pengetahuan tentang Catatan Kontra.

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011

RM RM RM

Jualan 96540

(-) Pulangan 420

Jualan Bersih 96120

Tolak : Kos Jualan

Stok Awal 12600

+ Belian 63260

Kos barang untuk dijual 75860

(-) Stok Akhir 9700

66160

Untung kasar 29960

Tambah : Hasil

Komisen 450

30410

Tolak: Belanja

Gaji 9200

Sewa 4800

Insurans 1872

Kadar Bayaran 1540

Peruntukan Hutang Ragu ( penambahan) 230

17642

Untung Bersih 12768

Page 16: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xvi

Kunci Kira Kira pada 30 Jun 2011

Aset Bukan Semasa RM RM RM

Kenderaan 40000

Aset semasa

Tunai 700

Stok Akhir 9700

Penghutang 3280

(-) P hutang Ragu (630) 2650

13050

(-) Liabiliti semasa

Pemiutang 4330

Insurans terakru 312

4642 8408

48408

Ekiuti Pemilik

Modal 25880

(+) Untung bersih 12768

38648

(-) Ambilan 240

38408

Liabiliti bukan semasa

Pinjaman bank 10000

48408

Page 17: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xvii

6.3 UJIAN POS

Ujian pos telah diberikan kepada pelajar selepas aktiviti tunjukcara dilakukan.

Mereka dikehendaki menjawab soalan yanhg diberikan dalanm tempoh masa 25 minit.

Markah yang diperolehi oleh pelajar

No Nama Markah

1 A 69

2 B 64

3 C 54

4 D 63

5 E 45

6 F 52

7 G 60

8 H 52

9 I 50

10 J 65

11 K 86

12 L 85

13 M 87

Merujuk kepada data yang diperolehi daripada responden menunjukkan peningkatan dari

segi persembahan jawapan pelajar yang lebih kemas dan teratur. Contohnya pelajar A

yang mendapat markah 35 pada Ujian Pra telah meningkat kepada 69 markah pada ujian

Pos. Pelajar ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 49.27% iaitu peningkatan yang

amat ketara. Pelajar M pula telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada

ujian pos iaitu sebanyak 51.72%. Kesemua pelajar menunjukkan peningkatan kepada

markah mereka.

Page 18: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xviii

7.0 DAPATAN KAJIAN/KESAN KEPADA PELAJAR

Hasil daripada teknik Qgrafik ini, didapati pelajar telah dapat menguasai teknik

dalam penyediaan penyata kewangan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan cara

yang biasa digunakan sebelum ini. Ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan ke atas 13

orang pelajar yang terlibat di dalam Program Tunjukcara Teknik Qgrafik. Kesemua

pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam markah mereka. Contohnya, markah

pelajar M telah meningkat daripada 42 markah kepada 87 markah pada ujian pos iaitu

kenaikan sebanyak 51.72%.

8.0 REFLEKSI KAJIAN ( KESAN KEPADA GURU)

Hasil daripada teknik Qgrafik ini, pengkaji mendapati teknik ini memudahkan

pengkaji untuk mengajar bab ini . Pengkaji tidak perlu lagi mengajar bab ini berulang

kali. Dengan mengajar pelajar teknik Qgrafik ini, pengkaji hanya perlu menunjukkan cara

bagaimana pelaksanaannya dan sekaligus pelajar turut dapat menguasai beberapa bab

yang digunakan sama untuk merealisasikan Qgrafik. Antara topik yang turut terlibat

dalam teknik Qgrapik ialah topik klasifikasi aset, liabiliti, ekuiti pemilik , hasil dan

belanja. Seterusnya, melalui teknik Qgrapik juga para pelajar dapat menguasai topik

persamaan perakaunan, akaun Kontra dan beberapa konsep perakaunan seperti sistem

catatan bergu, konsep pemadaman dan wang sebagai ukuran.

Page 19: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xix

RUJUKAN

Chua, Yan Piaw (2006) . “Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik Pendidikan”

. Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd .

Mohd Majid Konting (2000) . “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka .

Wiersma, W . (1995) . “Research Methods In Education : An Introduction” . Seventh

Edition . Massachussetts : Ally and Bacon .

Page 20: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xx

LAMPIRAN

Soalan Ujian Pra

Imbangan Duga Syarikat Bahama pada 31 Ogos 2011 adalah seperti berikut :

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2011

Debit Kredit

RM RM

Bangunan 45 000

Kelengkapan 14 000

Susut nilai terkumpul kelengkapan 2 660

Modal 49 200

Tunai 1 293

Ambilan 3 303

Overdraf Bank 3 500

Penghutang dan Pemiutang 11 260 8 085

Peruntukan Hutang Ragu 465

Hutang Lapuk 860

Stok, 1 September 2010 8 500

Belian dan Jualan 29 916 61 888

Pulangan 867 621

Angkutan Masuk 412

Angkutan Keluar 398

Komisen 530

Kadar Bayaran 540

Gaji 7 500

Insurans 520

Pelbagai Belanja 2 650

Diskaun 250 320

127 269 127 269

Page 21: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xxi

Maklumat tambahan :

i) Stok pada 31 Ogos 2011 adalah sebanyak RM 8 372

ii) Kadar bayaran bagi tempoh perakaunan ini ialah RM 850

iii) Peruntukan hutang ragu hendaklah dinaikkan kepada RM 563

iv) Susut nilai kelengkapan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

v) Insurans ialah RM 583 bagi tahun kewangan ini

vi) Faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi

vii) Jualan kredit pada 31 Ogos 2011 sebanyak RM 1 060 yang dijual kepada

pelanggan tidak direkodkan dan wang ini digunakan oleh pemilik untuk

membayar cukai jalan kereta sendiri

Anda dikehendaki :

a) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Ogos 2011 dengan

menunjukkan kos jualan

b) Sediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Ogos 2011

Page 22: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xxii

Soalan Ujian Pos

Berikut ialah Imbangan Duga yang diambil daripada buku Syarikat Man Hing pada 30

Jun 2011.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2011

Debit Kredit

RM RM

Kenderaan (kos) 12 000

Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 4 320

Perabot (kos) 6 000

Susut Nilai Terkumpul Perabot 1 140

Modal 45 000

Angkutan Keluar 360

Belanja Pos 210

Ambilan 1 760

Simpanan Tetap 18 000

Tunai 2 000

Gaji 3 680

Penghutang dan Pemiutang 3 460 4 820

Komisen Diterima 580

Bank 2 860

Stok 1 Julai 2010 1 750

Alat Tulis 125

Belian dan Jualan 36 380 43 107

Pulangan Masuk dan Pulangan Keluar 980 460

Angkutan masuk 425

Insurans 1 285

Sewa 6 960

Insurans Atas Belian 225

Upah 622

Kadar Bayaran 285

Page 23: PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan …cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kajian... · subjek pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan. Oleh itu,

Kajian Tindakan prinsip perakaunancgfirdauspdsaujana/QGrafik/GCPAkaun2011

www.perakaunansaujana.blogspot.com xxiii

Diskaun 367 284

Belanja Runcit 112

Peruntukan Hutang Ragu 480

Duti Import 345

100 191 100 191

Maklumat tambahan :

i) Stok pada 30 Jun bernilai RM 5 920 pada harga kos dan RM 5 580 pada harga

pasaran

ii) Komisen diterima adalah untuk setahun yang berakhir pada 31 Disember 2011

iii) Insurans terdahulu ialah RM 288 sementara belanja runcit terakru ialah RM

65

iv) Susut nilai kenderaan hendaklah dibuat dengan kadar 20% setahun dan

perabot 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

v) Sekeping cek bernilai RM 500 yang diterima daripada seorang penghutang

tidak dilayan oleh bank. Perkara ini belum dicatat dalam buku.

vi) Hutang sebanyak RM 260 dihapuskan dan peruntukan hutang ragu sebanyak

5% diwujudkan

vii) Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar

viii) Peniaga telah mengambil barang berkos RM 238 untuk kegunaan sendiri. Dia

juga mengeluarkan RM 50 setiap bulan daripada Akaun Bank Perniagaan

untuk membayar yuran muzik anaknya. Perkara ini belum direkodkan.

Anda dikehendaki menyediakan :

a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2011

b) Kunci Kira-Kira pada tarikh tersebut.