kajian sajak kau dan aku

3
8/8/2019 Kajian Sajak Kau Dan Aku http://slidepdf.com/reader/full/kajian-sajak-kau-dan-aku 1/3  KAJIAN SAJAK KAU DAN AKU HURAIAN MAKSUD: Rangkap 1: Seorang bapa yang ingin menjadi pemurah dan pengasih terhadap anak-anaknya. Dia menginginkan anak- anaknya berkelakuan baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi nakal dan tidak menurut kata. Sungguhpun kelakuan anaknya sedemikian rupa, bapa tersebut tetap berlembut, mengalah dan menurut sahaja akan kemahuan anak-anaknya. Rangkap 2: Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan tidak mahu mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak-anaknya tanpa membuat apa-apa. Jiran yang memerhati memuji akan sikap bapa yang baik hati itu. Walaupun bapa itu senang menerima pujian tersebut, akan tetapi di benak hatinya dia merasa sunyi dan berduka kerana dia tidak dapa melakukan apa-apa lagi untuk mendidik anak-anaknya itu supaya berkelakuan baik. Rangkap 3: Anak-anak itu semakin liar dan dan berani mengikuti ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Bapa tersedar bahawa dia tidak berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan yang semakin teruk. Sementara itu, anak perempuan pula telah melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah dengan bangsa asing sehingga melahirkan anak luar nikah. Jirannya masih mengatakan bapa itu baik hati walaupun pada hakikatnya bapa itu merasa semakin kecewa dan malu atas perilaku buruk anak-anaknya. Rangkap 4: Keadaan yang berlaku pada bapa dan anak-anaknya menyebabkan hubungan menjadi rengang dan terpisah. Si Bapa tidak lagi dipedulikan oleh anak-anaknya. Kini, si bapa semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia pun menyisihkan dirinya dari anak-anaknya yang tidak bermoral itu. MEMPROSA: Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah dan jua kau adalah bapa yang ingin men  jadi pengasih. Kini,  jadilah anakmu seorang anak perkasa yang gagah dan memiliki mata bolanya api yang merah. Dan kau pun men  jad lilin yang melembutkan. Di dalam rumahmu, anak-anakmu lebih bersuara lantang namun matamu hanya mampu berkelip-kelip cuma Walaubagaimanapun, jiran masih mengatakan bahawa kau sangat baik hati dan senang hatimu menerima pujian tersebut. Kini, kau pun semakin terasa sunyi. Anak-anakmu menjadi semakin berani dan mulai berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba. Dan baru kau sedar kini bahawa langkahmu semakin terbelenggu. Sementara itu, anakmu si manis pula pulang bersama dengan cucumu yang berambut warna perang. Sunggguhpun begitu, jiran masih mengatakan kau memang baik hati sedangkan hatimu semakin dilanda pilu. Beginilah lumrahnya alam, kau pun telah tersisih dari anak-anakmu. Di perlabuhan waktu, kau berada di sisiku di sepanjang hujung perjalananmu dan aku pun terpisah. BENTUK: Sajak ini mempunyai empat rangkap. Rangkap satu mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap dua mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap tiga mempunyai sembilan baris. Rangkap empat mempunyai lima baris (quint).

Upload: mysweetypie

Post on 10-Apr-2018

370 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Sajak Kau Dan Aku

8/8/2019 Kajian Sajak Kau Dan Aku

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-sajak-kau-dan-aku 1/3

 

KAJIAN SAJAK KAU DAN AKU

HURAIAN MAKSUD:

Rangkap 1:

Seorang bapa yang ingin menjadi pemurah dan pengasih terhadap anak-anaknya. Dia menginginkan anak-anaknya berkelakuan baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi nakal dan tidak menurut kata. Sungguhpun

kelakuan anaknya sedemikian rupa, bapa tersebut tetap berlembut, mengalah dan menurut sahaja akankemahuan anak-anaknya.

Rangkap 2:

Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan tidak mahu mendengar segala nasihatdan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu memandang kelakuan anak-anaknya tanpa

membuat apa-apa. Jiran yang memerhati memuji akan sikap bapa yang baik hati itu. Walaupun bapa itu senangmenerima pujian tersebut, akan tetapi di benak hatinya dia merasa sunyi dan berduka kerana dia tidak dapa

melakukan apa-apa lagi untuk mendidik anak-anaknya itu supaya berkelakuan baik.

Rangkap 3:Anak-anak itu semakin liar dan dan berani mengikuti ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Bapa

tersedar bahawa dia tidak berkemampuan untuk memperbetulkan keadaan yang semakin teruk. Sementara itu,

anak perempuan pula telah melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah dengan bangsa asing sehinggamelahirkan anak luar nikah. Jirannya masih mengatakan bapa itu baik hati walaupun pada hakikatnya bapa itumerasa semakin kecewa dan malu atas perilaku buruk anak-anaknya.

Rangkap 4:

Keadaan yang berlaku pada bapa dan anak-anaknya menyebabkan hubungan menjadi rengang dan terpisah. SiBapa tidak lagi dipedulikan oleh anak-anaknya. Kini, si bapa semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia pun

menyisihkan dirinya dari anak-anaknya yang tidak bermoral itu.

MEMPROSA:

Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah dan jua kau adalah bapa yang ingin men jadi pengasih. Kini, jadilahanakmu seorang anak perkasa yang gagah dan memiliki mata bolanya api yang merah. Dan kau pun men jad

lilin yang melembutkan.

Di dalam rumahmu, anak-anakmu lebih bersuara lantang namun matamu hanya mampu berkelip-kelip cumaWalaubagaimanapun, jiran masih mengatakan bahawa kau sangat baik hati dan senang hatimu menerima pujian

tersebut. Kini, kau pun semakin terasa sunyi.

Anak-anakmu menjadi semakin berani dan mulai berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba. Dan baru kausedar kini bahawa langkahmu semakin terbelenggu. Sementara itu, anakmu si manis pula pulang bersama

dengan cucumu yang berambut warna perang. Sunggguhpun begitu, jiran masih mengatakan kau memang baik

hati sedangkan hatimu semakin dilanda pilu.

Beginilah lumrahnya alam, kau pun telah tersisih dari anak-anakmu. Di perlabuhan waktu, kau berada di sisiku

di sepanjang hujung perjalananmu dan aku pun terpisah.

BENTUK:

Sajak ini mempunyai empat rangkap. Rangkap satu mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap dua mempunyaienam baris (sekstet). Rangkap tiga mempunyai sembilan baris. Rangkap empat mempunyai lima baris (quint).

Page 2: Kajian Sajak Kau Dan Aku

8/8/2019 Kajian Sajak Kau Dan Aku

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-sajak-kau-dan-aku 2/3

 

Jumlah sukukata yang paling pendek ialah empat suku kata. Contohnya, Di/rum/ah/mu/ (R2, B1). Jumlahsukukata yang paling panjang ialah lima belas suku kata. Contohnya,

kau/a/da/lah/ba/pa/ya/ng/ing/in/ja/di/pe/mu/rah (R1, B1).

Rima akhir bagi rangkap satu ialah a/a/b/c/c/d. Rangkap dua ialah a/b/c/d/d/d. Rangkap ketiga ialaha/b/c/a/d/e/e/a/d dan rangkap keempat ialah a/b/b/b/c.

Kesimpulannya, sajak ini bebas dan tidak terpengaruh dari puisi lama sama ada dari segi jumlah baris dalam

serangkap, jumlah sukukata dan rima akhirnya.

PERSOALAN-PERSOALAN:

1.  Kasih sayang ayah terhadap anak-anaknya-Seorang bapa yang sangat mengasihi anaknya sehingga sanggup mengalah dan menuruti kemahuan

anak-anaknya yang nakal.

2.  Kekesalan seorang bapa terhadap anaknya-seorang bapa merasa kecewa terhadap anak-anaknya yang berkelakuan tidak bermoral dan tidak

 berakhlak.

3.  Anak yang tidak menurut kata dan menyisihkan orang tuanya-anak-anak yang telah mulai melampaui batasan sehingga berani meninggikan suara dan tidak mahu

mendengar nasihat dari orang tuanya.

TEMA:

Kegagalan seorang bapa dalam mendidik anak-anak yang tidak berakhlak 

Penjelasannya:

Seorang bapa merasa kesal atas kelakuan anak-anaknya yang semakin terpesong dan tidak bermoral. Demkasihnya terhadap anak-anaknya, dia sanggup mengalah dan menuruti apa saja keinginan anak-anaknya. Dia

hanya mampu berdiam diri melihat kerenah anak-anaknya yang semakin liar itu. Anak lelaki telah mengikutiajaran yang bertentangan dengan agama Islam dan anak perempuan pula telah melahirkan anak luar nikah

Tatkala keadaan menjadi semakin teruk, dia tersedar bahawa tingkahlaku anak-anaknya tidak lagi dapatdiperbetulkan. Hati si bapa menjadi pilu dan mulai membawa dirinya jauh dari anak-anaknya. Dia gagal

mendidik anak-anaknya supaya berkelakuan baik.

PERUTUSAN, MESEJ ATAU PENGAJARAN:

1.  Sebagai ketua keluarga, seorang bapa harus bersikap tegas dalam menangani soal anak-anaknyaApabila anak melakukan sesuatu kelakuan yang tidak baik, bapa mesti menegur anak tersebut dan bukan

mendiamkan diri sahaja.

2.  Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan baik dan mengasuh mereka dengan nilai-nilaidan akhlak yang mulia.

3.  Seorang anak hendaklah menuruti perintah dan kata, menerima teguran dengan baik dan tidak sekali-kali

menderhaka kepada orang tuanya. Mereka hendaklah menghormati orang tuanya dan berkelakuan baikkepada mereka.

CORAK:

Page 3: Kajian Sajak Kau Dan Aku

8/8/2019 Kajian Sajak Kau Dan Aku

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-sajak-kau-dan-aku 3/3

 

Elegi - kesedihan dan kekecewaan bapa terhadap kelakuan anak-anak yang melampaui batasan dan tidakmenghormati bapanya lagi. Contohnya: Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan suara kepada bapa itu dan

tidak mahu mendengar segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampumemandang kelakuan anak-anaknya tanpa membuat apa-apa.

NADA:

Kecewa dan hampa- memperlihatkan perasaan kecewa dan hilang harapan seorang bapa terhadap anak-

anaknya. Contohnya: Si bapa merasa pilu kerana anak-anaknya semakin liar dan anak perempuannya telahmelakukan perbuatan yang dikutuk sehingga melahirkan anak luar nikah. Dia tidak lagi berkemampuan untuk

memperbetulkan keadaan yang semakin teruk lalu dia meninggalkan anak-anaknya.

ALIRAN:

Realisme iaitu nyata memang terdapat sesetengah anak-anak yang tidak lagi menghormati kepada orang tuanyaDi samping itu, memang terdapat juga sesetengah orang tua yang gagal dalam mendidik anak-anak mereka.

Didaktisisme iaitu mendidik masyarakat supaya memberi perhatian kepada anak dalam soal menberi kasih

sayang. Ibu bapa perlu tegas terhadap anak-anak mereka sekiranya mereka melakukan sesuatu perbuatan yang

tidak baik.

GAYA BAHASA:

A.  Asonasi- pengulangan huruf vokal dalam satu baris

Contohnya:k au adalah ba pa yang ingin jadi pengasih (vokal a)

kau di sisik u di hu jung perjalananmu (vocal u)

B.  Aliterasi- pengulangan huruf konsonan dalam satu barisContohnya:

Matamu mam pu berkelip-kelip cuma (konsonan m)

C.  Repitasi- pengulangan kata di mana-manaContohnya:

Kau, mu, anak-anakmu

D.  Simbolik- kata perlambanganContohnya:

Api( R1 B5): marah, bahaya dan kejahatanMerah (R1 B5): bahaya dan garang

Gagak-gagak (R3 B3): kejahatan

E.  Gandaan- kata yang bergandaContohnya:

Anak-anak (R2 B2)Berkelip-kelip (R2 B3)

Gagak-gagak (R3 B3)