yusri dan rahsianya - wcc penangdi sana melainkan nenek hakim yang sedang menonton tv. ... ke? macam...

37
Yusri dan Rahsianya Supported by: Pusat Kesedaran Wanita

Upload: others

Post on 24-Mar-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

Yusri dan Rahsianya

Supported by:

Pusat Kesedaran Wanita

Page 2: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

1

Yusri berumur 13 tahun, tinggal di flat

bersama ibu dan adiknya, Puan Siti

dan Mimi. Puan Siti adalah seorang

ibu tunggal.

Page 3: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

2

Yusri suka bermain bola sepak.

Setiap petang, selepas menyiapkan

kerja sekolahnya, Yusri akan

terus turun bermain bola dengan

jirannya, Hakim, Lee, Siva dan

beberapa orang lagi di padang

berdekatan.

Page 4: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

3

Hakim dan Yusri tinggal di blok flat

yang sama. Dia lebih tua beberapa

tahun dari Yusri. Dia selalu melatih

budak-budak yang lebih muda

semasa mereka bermain bola. Yusri

menganggap Hakim sebagai abang.

Hakim tahu banyak perkara dan

nampak sangat hebat.

Page 5: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

4

Baru-baru ini, semasa sesi latihan,

Hakim memberi perhatian istimewa

kepada Yusri. Yusri sangat gembira

apabila Hakim memberitahu

bahawa kemahiran bola sepaknya

bertambah baik.

Page 6: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

5

Suatu petang, semasa hujan lebat

dan tiada siapa keluar bermain bola.

Hakim mengajak Yusri ke rumahnya

untuk bermain game di telefon.

Yusri berasa sangat seronok kerana

dia tidak mempunyai telefon.

Page 7: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

6

Di rumah Hakim, tiada sesiapa

di sana melainkan nenek Hakim

yang sedang menonton TV.

Kedua-dua ibu bapa Hakim

bekerja sehingga lewat malam.

Hakim membawa Yusri ke biliknya.

Page 8: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

7

Yusri sangat seronok bermain

game di bilik Hakim. Hakim

memberitahu Yusri yang dia

boleh datang bila-bila masa

untuk bermain game.

Page 9: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

8

Lama kelamaan, setiap hari

Yusri akan ke rumah Hakim untuk

bermain game dengannya. Selepas

itu, mereka berdua akan turun

bermain bola di sebelah petang.

Mereka menjadi kawan rapat.

Page 10: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

9

Suatu hari, semasa Yusri sedang

bermain game, Hakim bersandar

kepada Yusri dan meraba-raba

peha Yusri.

Page 11: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

10

Yusri mengalihkan kakinya dan

memandang Hakim. Hakim berkata,

“Tak pe Yusri. Relax je.”

Page 12: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

11

Yusri berasa tidak selesa.

Hakim kemudiannya berkata,

“Kau akan kalah game tu kalau

kau tak fokus.” Yusri diam dan

sambung bermain game.

Page 13: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

12

Selepas itu, Hakim dan Yusri

keluar untuk bermain bola.

Yusri berasa keliru. Dia sukakan

Hakim sebagai seorang kawan

dan berasa seronok bermain

game di telefon Hakim. Tetapi

dia berasa sangat tidak selesa

apabila Hakim meraba-rabanya.

Page 14: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

13

Hari-hari berikutnya, setiap kali

Yusri ke rumah Hakim, perkara yang

sama berlaku, sehinggalah….

Page 15: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

14

… akhirnya, suatu hari Yusri

menolak tangan Hakim dan berdiri.

Dia berkata kepada Hakim,

“Weh Hakim! Berhenti sentuh aku!

Aku tak suka kau raba-raba aku!

Aku beritahu mak aku!”

Page 16: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

15

Hakim ketawa dan berkata kepada

Yusri, “Kau ingat mak kau percaya

ke? Macam mana pun, kau yang

selalu datang bilik aku. Mesti kau

yang suka.” Yusri terkejut.

Page 17: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

16

Petang itu, Yusri tidak dapat

menumpukan perhatian untuk

bermain bola dengan baik. Kawan-

kawan memarahinya, “Apa benda lah!

Gol senang pun tak boleh nak skor?”

Yusri memandang ke arah Hakim dan

Hakim juga sedang memandangnya.

Page 18: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

17

Keesokan harinya, Yusri tidak pergi

ke rumah Hakim. Apabila dia pergi

bermain bola pada waktu petang,

Hakim menunggunya di situ.

Page 19: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

18

Hakim berbisik kepada Yusri,

“Kau pergi mana hari ni? Baik kau

datang rumah aku esok, kalau tak

aku beritahu budak-budak ni yang

kau suka kena raba.”

Page 20: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

19

Yusri berasa terperangkap.

Dia tidak mahu diraba oleh Hakim

tetapi dia juga risau apa yang Hakim

akan beritahu kawan-kawannya.

Dia berasa mereka akan percayakan

Hakim. Jadi, dia tetap pergi ke

rumah Hakim.

Page 21: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

20

Puan Siti sedar akan perubahan

anaknya. Yusri menjadi seorang

yang pendiam. Dia tidak lagi

turun bermain bola dengan

kawan-kawannya. Dia juga tiada

selera makan.

Page 22: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

21

Suatu petang, Siva dan Lee datang

melawat Yusri. Di dalam bilik Yusri,

mereka bertanya kepadanya,

“Bro, lama tak nampak kau main

bola kat bawah?” Yusri diam.

Page 23: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

22

Siva berkata, “Sejak kau tak de,

Hakim masih train kami. Kelmarin,

dia ajak aku pergi rumah dia

main game. Aku ingat aku nak

pergi lah esok.”

Page 24: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

23

“Baik kau jaga-jaga Siva,

Hakim tu bukan orang baik.”

kata Yusri. “Apa maksud kau?”

tanya Siva. Yusri mengalihkan

pandangannya. Lee berkata,

“Apa benda Yusri? Apa masalahnya?”

Page 25: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

24

Yusri dengan perlahan berkata,

“Bila aku pergi main game kat

rumah Hakim, dia raba-raba aku.

Aku suruh dia berhenti tapi dia tak

nak. Dia kata, kalau aku tak pergi

rumah dia, dia akan beritahu orang

yang aku suka kena raba. Jangan

pergi rumah dia lah, Siva!”

Page 26: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

25

Mereka berdua terkejut.

Mereka memandang Yusri.

Lee bertanya, “Betul ke Yusri? Dia

buat benda-benda tak elok kat

kau?” Yusri mengangguk.

Page 27: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

26

Siva berkata, “Yusri, ni benda

serius ni! Baik kau beritahu

mak kau.”

Page 28: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

27

Yusri berasa sangat serba salah.

Dia tahu kalau dia berdiam diri,

Hakim akan terus merabanya dan

mungkin juga Siva. Tapi dia tidak tahu

bagaimana untuk memberitahu ibu

dan apakah reaksinya. Dia juga risau

tentang apa yang Hakim akan cakap.

Page 29: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

28

Tapi Siva dan Lee terus

menyakinkan Yusri untuk

memberitahu ibunya.

Page 30: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

29

Yusri teragak-agak tetapi akhirnya

bersetuju. Siva dan Lee menemani

Yusri semasa Yusri memberitahu

ibunya. Puan Siti sangat terkejut

dan terdiam seketika tanpa

sepatah kata.

Page 31: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

30

Puan Siti berkata, “Allahuuu! Hakim

tak boleh buat macam tu!” Puan Siti

memegang erat bahu Yusri dan berkata,

“Yusri, ibu minta maaf benda ni jadi

dekat kamu. Nasib baik kamu berkongsi

dengan kawan-kawan kamu dan tidak

merahsiakannya.”

Page 32: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

31

“Hakim kata ni salah saya sebab

saya selalu pergi sana….” kata Yusri.

“Ni sama sekali bukan salah kamu!

Apa yang Hakim buat tu yang

salah.” kata Puan Siti.

Page 33: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

32

“Ibu marah dengan Yusri ke?” tanya

Yusri. Puan Siti menjawab, “Tak, ibu tak

marah dengan kamu. Ibu marah dengan

Hakim! Ibu sedih sebab benda ni jadi

dekat kamu. Tapi ibu bersyukur kamu

beritahu Siva dan Lee. Sekarang, kita

boleh hentikan Hakim dari menyakiti

kamu atau orang lain.”

Page 34: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

33

“Kita kena buat laporan polis

sekarang. Ni je cara nak hentikan

perbuatan Hakim. Dia dah tak boleh

mengugut dan menyakiti kamu

lagi lepas ni. Kamu tak perlu takut

dengan dia dah.” Puan Siti berkata.

Page 35: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

34

Ingat: jika kamu disentuh dengan

sentuhan tidak baik, jangan

rahsiakannya. Beritahu seseorang.

Itulah cara untuk menghentikan

perbuatan tersebut.

Page 36: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

35

Isikan bulatan dengan nama orang

yang kamu percaya dan boleh

membantu kamu.

Page 37: Yusri dan Rahsianya - WCC Penangdi sana melainkan nenek Hakim yang sedang menonton TV. ... ke? Macam mana pun, kau yang selalu datang bilik aku. Mesti kau yang suka.” Yusri terkejut

www.wccpenang.org

[email protected]

WCC Penang

Pusat Kesedaran Wanita (WCC) adalah sebuah organisasi

bukan berkeuntungan yang ditubuhkan untuk membendung

keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta

mempertingkatkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial.

Penulis

Prema E. Devaraj

Penterjemah

Hajar Abdul Rahim, Nadila Daud,

Salma Rasid, Asmar Bakhari

Kartunis

Azmi Hussin

Lakaran dan Reka Letak

C-Square Sdn Bhd, Pulau Pinang

Penerbit

Pusat Kesedaran Wanita

Disokong oleh

Yayasan Hasanah dan Prihatin

© 2020, Women’s Centre for Change, Penang