kau milikku

103
Aisha Hamza P UJANGGA pernah berkata, kita lahir hanya dengan satu hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa memikirkan balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah. Dizyan Farhana menebarkan pandangan ke dada langit yang indah. Bintang berkelipan cantik di angkasa. Serasa ingin menggapai bintang-bintang yang nun jauh di angkasa. Andai bintang itu dapat menenangkan hati yang panas membara. Ah... andainya cinta aku seindah itu untuk Dia. Bukan hanya cinta terhadap manusia sahaja tetapi cinta untuk Dia harus juga seindahnya. Fikiran Dizyan melayang- layang teringatkan kejadian menyakitkan hati yang berlaku siang tadi di sekolah. “Fez, si blue hyppo ni ada hati kat kau!” Kata-kata itu menerjah pendengaran Dizyan ketika dia melintasi Ba b 1

Upload: kelabk

Post on 07-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 1/102

Aisha Hamza

1

PUJANGGA  pernah berkata, kita

lahir hanya dengan satu hati jauh

di dalam diri kita. Mengingatkan

kita pada penghargaan pemberian cinta diharapkan berasal

dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai

dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah

mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita

mencintai dia. Berilah cinta tanpa memikirkan balasan dan

kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Dizyan Farhana menebarkan pandangan ke dadalangit yang indah. Bintang berkelipan cantik di angkasa.

Serasa ingin menggapai bintang-bintang yang nun jauh di

angkasa. Andai bintang itu dapat menenangkan hati yang

panas membara. Ah... andainya cinta aku seindah itu untuk

Dia. Bukan hanya cinta terhadap manusia sahaja tetapi cinta

untuk Dia harus juga seindahnya. Fikiran Dizyan melayang-

layang teringatkan kejadian menyakitkan hati yang berlakusiang tadi di sekolah.

“Fez, si blue hyppo ni ada hati kat kau!” Kata-kata

itu menerjah pendengaran Dizyan ketika dia melintasi

Bab 1

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 2/102

Kau Milikku

2

sekumpulan budak lelaki. Ya, Fez. Fezrull Faizal. Lelaki yang

diminatinya sejak tingkatan satu lagi. Entah kenapa dia boleh

  jatuh cinta kepada Faizal. Tetapi yang pasti, bukan kerana

  wajahnya yang iras Daniel Henney, pelakon ‘Seducing Mr

Perect’ itu. Namun siapa gerangan yang bersuara itu, dia

tidak pasti.

Dizyan perlahan-lahan berjalan melintasi mereka.

Ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan lagi oleh budak

lelaki itu. Yang lain hanya ketawa berdekah-dekah. Dizyanmemandang sekilas ke arah Faizal yang sedang membuat

muka selambanya membalas kembali pandangan Dizyan.

Segera Dizyan mengalih pandang ke tempat lain. Hati terasa

berdebar. Menarik naas perlahan. Kemudian, dilepaskan.

“Wei, blue!” panggil Faizal kuat. Terhenti langkah

Dizyan. Serta-merta pandangannya beralih ke arah Faizal.

“Dia mengaku dia blue hyppo,” ujar Aneeq. Juga

salah seorang ahli kumpulan Faizal itu.

Serentak dengan itu, ketawa mereka satu kumpulan

berderai. Fezrull Faizal diangkat menjadi ketua kumpulan

kerana dia anak orang berada. Ibu bapanya orang berpangkat.

“Sini kejap!” panggil Faizal. Berat sahaja kaki

Dizyan hendak melangkah ke arah mereka. Dia tahu pasti

mereka semua akan menyusahkan hidupnya.

Semasa Dizyan melangkah ke arah Faizal dengan

senyuman yang ikhlas, dirasakan seseorang telah

melanggarnya sehingga dia terdorong ke hadapan.

Dipandangnya wajah orang itu. Seorang gadis tersenyum

sinis. Cepat sahaja langkah gadis itu menuju ke arah Faizal.Dizyan melangkah jua ke arah lelaki itu.

“Sayang, kenapa you panggil blue hyppo ni datang

sini?” soal Ku Zhety.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 3/102

Aisha Hamza

3

Dia melabuhkan punggung di sebelah Faizal.

Disendengkan badannya kepada Faizal.

Meluat benar Dizyan melihat gadis itu. Hesy,

menyampah aku! Gediknya perempuan ni, hatinya menjerit

geram. Tetapi tidak terluah pula di mulut.

“Saja,” balas Faizal dengan senyuman. Wajah Ku

Zhety masam mencuka. Dia menyilangkan lengan ke dada.

Faizal mengelus perlahan rambut Ku Zhety yang beralun itu.

Segera Ku Zhety menepis kasar. Tanda protes. Dijongketkanbahu sedikit. Tidak aham dengan sikap perempuan yang suka

berubah-ubah.

Faizal berdiri dan berjalan menuju ke arah Dizyan.

Jejaka itu bisa menggegarkan hati Dizyan. Dia tersenyum

semanis mungkin. Faizal mengukir senyuman menggoda.

Hati Dizyan berdegup kencang.“Kau suka kat aku?” tanya Faizal sedikit berbisik.

Tanpa paksaan, Dizyan mengangguk perlahan.

“Tapi... kawan-kawan aku lagi suka kat kau.” Faizal

berkata dan sedikit mengelak apabila kawan-kawan

kumpulannya membaling lumpur ke arah Dizyan. Habis

kotor baju sekolah putih Dizyan. Sudah bertompok-tompok

kehitaman. Mereka masih galak membaling lumpur. Dizyan

mengelak. Namun tetap jua terkena balingan itu. Nasib baik

sudah habis waktu sekolah. Jadi, boleh sahaja dia terus balik

untuk membersihkan diri.

Setelah puas mereka membaling lumpur, Ku Zhety

berjalan menuju ke arah Faizal yang menyilangkan lengan ke

dada sambil tersenyum sinis.

“Untuk pengetahuan kau, aku suka orang macam

Zhety ni. Cantik, kurus, seksi,” ujar Faizal, kemudian

mencuit dagu Zhety. Tergelak kecil gadis itu. Tangannya

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 4/102

Kau Milikku

4

diletakkan di atas bahu Ku Zhety sambil diusap-usap lengan

gadis itu.

“Orang macam kau ni, tak layak untuk orang

macam aku. Kau ni lebih sesuai dengan... siapa,  wei ?” Faizal

bertanya seraya mengalih pandang ke arah kawan-kawannya.

“Bob Boroi...!” Serentak dengan itu, tawa mereka

pecah. Mata Dizyan mencerlung ke arah mereka semua.

Darah merah menyerbu ke muka.

“Kau orang semua ni memang suka menyusahkan

orang tua aje. Datang sekolah cuma untuk suka-suka. Bukan

nak belajar. Kau orang ni layak berada di zoo, bukan di sini.

Parasit! Kau orang ni memang syaitan bertopengkan

manusia!!!” jerit Dizyan lantang.

Mereka semua terkejut dengan jeritan itu. Aneeq

menuju ke arah Dizyan. Diangkat tangan setingginya. Inginmenampar wajah mulus di hadapannya itu.

“Tamparlah. Kau memang lelaki dayus. Dengan

perempuan, kau berani. Cuba berlawan dengan orang yang

setara dengan kau, habislah kau.” Dizyan berkata tegas. Tetapi

dalam hatinya, cuba ditahan perasaan takut. Takut juga jika

 Aneeq bertindak di luar kewarasannya. Rizal segera menarik

 Aneeq untuk menjauhi gadis itu.

Dizyan berpaling memandang Faizal dan Ku Zhety

 yang juga kelihatan terkejut.

“Kalau setakat  girlriend kau ni yang pakai ala-ala

macam pengemis tak cukup kain, aku tak hairanlah kalau

kawan-kawan kau sendiri mengutuk dia. Dan kau Zhety, kau

  janganlah perasan sangat yang kau tu cantik. Kecantikanluaran ni tak bertahan lama!” ujar Dizyan dan terus sahaja

melangkah pergi. Terdengar jeritan Ku Zhety dari jauh.

Dizyan tersenyum sinis.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 5/102

Aisha Hamza

5

Faizal sudah mengepal penumbuk. Dia menumbuk

batang kayu pokok yang selalu menjadi tempat berjumpa ahli

kumpulan mereka.

“Aku pasti akan balas dendam. Jaga kau, Dizyan!”

Faizal mengetap gigi. Tubuhnya menggeletar menahan

amarah. Darah mengalir keluar dari tangan sudah tidak

dipedulikan lagi.

SEBAIK SAHAJA tiba di rumah, Dizyan melangkah masuk ke

dalam rumah. Kakinya laju mendaki tangga menuju ke bilik

untuk membersihkan diri. Tanpa disedari, Dizyan terlanggar

Mak Kiah yang baru keluar dari bilik untuk ke dapur.

“Awal kamu balik hari ni, Yan. Tak ada kelastambahan ke?” tanya Mak Kiah yang sedia maklum akan

aktiviti anak majikannya itu setiap hari.

Isnin hingga Khamis pasti ada kelas tambahan dan

berlatih bola jaring untuk rumah sukan yang diwakilinya.

Dizyan hanya dijadikan pemain simpanan. Tidak pernah dia

turun ke padang untuk bersama rakan-rakan sepasukan yang

lain. Bukan kerana tidak mahu, tetapi langsung tidak pernah

diberikan peluang. Mereka takut mereka akan kalah jika

Dizyan turut bermain. Alah... bukannya Dizyan tidak tahu

 yang mereka takut Dizyan tidak dapat berlari untuk mengejar

bola dan akan menyebabkan kekalahan pasukan mereka itu.

Kadangkala ada perasaan kesal menyusup di perdu hati

kerana menjadi seorang yang bertubuh besar. Tidak adakekasih, tidaklah dihairankan sangat... tetapi selalu jadi

bahan hinaan dan caci umpat rakan-rakan sekolah, itu yang

menjadikan dia bertambah tertekan.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 6/102

Kau Milikku

6

“Hari ni dibatalkan, Mak Kiah. Cikgu Asmah sakit

perut, jadi tak adalah,” ujar Dizyan memandang wajah tua di

hadapannya yang sudah bertahun berkhidmat di rumah

mereka itu. Terkerut-kerut Mak Kiah melihat keadaan Dizyan

 yang disaluti lumpur itu.

“Kenapa berlumpur kamu ni, Yan?”

“ Hmmm... ta... tad... tadi... Yan jatuh.” Tergagap-

gagap Dizyan menjawab.

“ Hmmm... tak apalah. Yan letak baju Yan tu dalam

baldi. Nanti Mak Kiah basuh dengan tangan. Lumpur ni nak

kena sental dulu. Kalau masuk mesin basuh aje, nanti tak

hilang kesannya.” Mak Kiah berkata dan berkira-kira hendak

beredar dari situ.

“Eh, tak apalah, Mak Kiah. Yan sental sendiri. Lepas

tu baru Yan letak dalam  washing machine.” Dizyan menolakcadangan Mak Kiah itu.

“Yalah.” Mak Kiah terus sahaja beredar ke dapur.

Dizyan berlari-lari anak naik ke tingkat atas dan segera

menanggalkan baju yang penuh lumpur itu. Diletakkan di

dalam baldi di dalam bilik air untuk direndam dengan air

sabun sebentar sebelum mula menyental. Dia harus

membersihkan diri. Geli-geleman dengan lumpur yang kotor

itu. Air yang keluar dari pancuran itu membasahi dirinya

 yang masih berpalit lumpur itu. Sedikit lega melihat lumpur

 yang mulai bersih dari tubuhnya.

“Kau memang nak kena dengan aku, Faizal. Tak

apa... tak apa. Hari ni, hari kau. Esok-esok hari aku  pulak.

  Apa aku nak buat dengan dia orang ni?” Dizyan sudahmengepal penumbuk sebelah tangan kanan dan menumbuk

perlahan telapak tangan kirinya.

Tiba-tiba pintu bilik airnya diketuk. Dia yang masih

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 7/102

Aisha Hamza

7

khayal dengan dendam kesumatnya terkejut lantas mengurut

dada.

“Yan, marilah turun makan. Mak Kiah dah siapkan

makan tengah hari kamu,” laung Mak Kiah dari luar. Dizyan

memperlahankan air pancuran itu.

“Okey, Mak Kiah. Kejap lagi Yan turun.” Selepas

selesai berkata begitu, terdengar pintu biliknya ditutup oleh

Mak Kiah. Dizyan meneruskan mandiannya.

Setengah jam kemudian, Dizyan turun ke tingkat

bawah. Makanan sudah terhidang di atas meja. Dizyan hendak

ke dapur untuk mengambil pinggan makannya. Dilihatnya

Mak Kiah sedang sibuk memasak cucur ikan bilis. Dizyan

mencedok nasi dari dalam periuk nasi ke pinggannya.

“Mak Kiah, meh la makan sekali,” pelawa Dizyan.

“Tak apalah, Yan. Mak Kiah tengah nak gorengcucur ni untuk minum petang puan hajah.” Mak Kiah masih

lagi meneruskan kerjanya tanpa memandang wajah Dizyan.

“Umi dengan abah pergi mana, Mak Kiah?” tanya

Dizyan. Hairan kerana sedari tadi, kelibat kedua-dua ibu

bapanya tidak kelihatan di mana-mana.

“Umi tu biasalah... hari-harikan ada kelas agama katsurau depan rumah tu. Abah Yan manalah nak pergi, kalau

tak ke pejabatnya.” Sambil menggoreng cucur bilis, Mak Kiah

mula sibuk menyediakan bahan-bahan untuk makan malam.

Dipotongnya putik jagung, kacang buncis, lobak merah dan

kubis untuk digoreng. Lauk yang ringkas dapat membuatkan

Dizyan menambah nasi berkali-kali.

“Ai, bukan Kak Syia dah ambil alih semua urusan

ke?” Dizyan mengerutkan dahi. Setahunya, kakak angkatnya

  yang dijaga oleh Tuan Haji Azmin dan Puan Hajah Karissa

sejak kecil, selepas ibu bapa Asyia meninggal dunia akibat

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 8/102

Kau Milikku

8

kemalangan jalan raya, telah mengambil alih segala urusan

syarikat sebelum syarikat itu dapat diserahkan kepada pewaris

Tuan Haji Azmin yang sah iaitu abang Dizyan, Izham

Firdauz.

“Entahlah. Adalah masalahnya tu,” sahut Mak Kiah

lagi.

Dizyan mengangguk perlahan. Dia berlalu ke meja

makan dan melabuhkan punggungnya disitu. Mencedok kuah

asam pedas ikan pari dan daging kicap. Begitu berseleraDizyan menyuap makanan ke mulutnya.

Usai menjamu selera, Dizyan berehat di soa sambil

menonton televisyen. Kedengaran pintu rumah dibuka dari

luar. Terjengul wajah Puan Hajah Karissa. Tersenyum

memandang anak gadisnya itu. Ditutup semula pintu utama.

Mak Kiah yang baru sahaja selesai menghidangkan cucurikan bilis dan air teh di atas meja, menuju ke arah Puan

Hajah Karissa yang sedang membuka tudung kepala. Dikibas-

kibaskan sedikit tangan ke muka. Panas! Nasib baik penghawa

dingin di ruang tamu dapat menyejukkan tubuh.

“Baru balik, Yan?” tanya Puan Hajah Karissa seraya

melabuhkan punggung di sebelah Dizyan. Menepuk-nepuk

paha Dizyan yang berisi itu. Dizyan dengan manjanyamelentokkan kepala ke bahu uminya. Sudah lama benar dia

tidak bermanja dengan umi. Sejak sibuk dengan kelas

tambahan. Maklumlah, mereka bakal menduduki peperiksaan

SPM tidak lama lagi.

“Taklah, umi. Dah lama.”

“Dah makan?” Puan Hajah Karissa memang seorangibu yang prihatin.

“Dah, umi. Dua pinggan lagi,” seloroh Dizyan.

Mereka sama-sama tergelak kecil.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 9/102

Aisha Hamza

9

“Puan Hajah, Yan. Marilah makan. Saya dah siapkan

ni,” panggil Mak Kiah lembut. Puan Hajah Karissa

memandang ke arah Mak Kiah dan mengangguk perlahan.

“Jom, Yan. Kita makan cucur Mak Kiah buat.”

“Tak apalah, umi. Umi pergilah makan dulu. Kejap

lagi Yan makan,” ujar Dizyan lembut. Perutnya masih terasa

kenyang lagi.

Puan Hajah Karissa mengangguk dan terus bangun

dari soa menuju ke meja makan. Dizyan kembali meletakkan

kepala di atas soa. Membaringkan diri sambil menonton.

Sudah lama benar rasanya tidak berehat begini. Sejak

dunianya dipenuhi dengan kelas tambahan dan kerja sekolah

 yang tidak kunjung susut.

Sabtu dan Ahad, tuisyen memanjang. Kalau tuisyen

dibatalkan, Dizyan dan rakan-rakannya pasti membuatperbincangan berkumpulan. Selama setahun ini, terpaksalah

dia bertungkus lumus. Memang impiannya untuk

menjejakkan kaki ke menara gading. Jadi dia haruslah

berusaha lebih sedikit. Puan Hajah Karissa dan Mak Kiah leka

bersembang di meja makan. Bermacam-macam perkara yang

dibincangkan.

Setelah usai menjamu selera, Puan Hajah Karissa

bangun dan menuju semula ke ruang tamu. Cadangnya ingin

bersembang pula dengan Dizyan. Tiba-tiba matanya tertancap

pada sekujur tubuh yang sedang tertidur lesu. Puan Hajah

Karissa menggeleng kepala. Letih sangat, agaknya. Sudah

  jarang benar dia bertemu muka dengan anak perempuan

seorang itu. Setiap kali Dizyan pulang dari sekolah selepas

kelas tambahan, Puan Hajah Karissa pasti sudah ke kelas

agama di surau yang berdekatan. Kalau dia pula pulang dari

kelas agama, Dizyan sudah keluar untuk ke tempat tuisyen.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 10/102

Kau Milikku

10

Di sebelah malamnya, sebelum Dizyan pulang dari kelas

tuisyen, Puan Hajah Karissa sudah ke surau untuk berjemaah

maghrib di sana dan juga mendengar ceramah-ceramah yang

disampaikan oleh ustaz yang berlainan setiap minggu.

Pulang sahaja Puan Hajah Karissa dari surau

selepas isyak, Dizyan memerap dalam bilik untuk mengulang

kaji. Anak daranya itu hanya akan turun untuk makan

malam. Kemudian, memerap semula dalam bilik. Kasihan

anaknya itu. Dia sangat berusaha untuk menjadi sepertiIzham. Abangnya itu kini sedang melanjutkan pelajaran di

luar negara.

Puan Hajah Karissa menunduk dan perlahan-lahan

mengusap rambut Dizyan. Dilihatnya Dizyan menggerakkan

sedikit badannya. Membuka mata dan mengecilkan semula

apabila lampu candelier di ruang tamu menyuluh mata.

“Yan...” panggil Puan Hajah Karissa perlahan.

“Ya, umi?”

“Pergilah masuk bilik. Tidur dalam bilikkan lagi

selesa,” ujar Puan Hajah Karissa dengan senyuman. Wanita

anggun itu sentiasa manis dengan senyuman.

Dizyan mengangguk lemah dan segera bangun dari

perbaringan. Melangkah longlai menuju ke biliknya di tingkat

atas. Dibuntuti oleh Puan Hajah Karissa.

Dizyan menutup pintu biliknya setelah dia masuk

ke dalam bilik. Dibaringkan diri di atas katil empuk. Terasa

lega dapat merehatkan tubuh setelah berminggu-minggu

melakukan pelbagai aktiviti tanpa henti. Dizyan mengeliat

sedikit.

“ Argh... leganya.”

Tiba-tiba teleon bimbitnya berbunyi. Dengan

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 11/102

Aisha Hamza

11

malas, Dizyan mencapai teleon bimbit di atas meja sisi katil.

Dilihat skrin teleon tersebut. Tertera nombor yang tidak

dikenalinya.

“Helo?” Dengan sedikit mengantuk, Dizyan

menjawab juga.

“Jangan kau berani nak datang sekolah esok. Nahas

kau, aku kerjakan!” Si pemanggil berkata kasar. Terbeliak

mata Dizyan. Siapakah yang berani sangat meneleonnya di

 waktu dia ingin berehat?

“Siapa kau ni? Suka hati akulah nak pergi ke tak

nak esok. Yang kau nak kisah, apa hal?” Terus sahaja Dizyan

mematikan talian. Dia mendengus geram. Teleonnya sekali

lagi menjerit nyaring. Dia melihat sekali lagi di skrin.

Nombor yang sama.

“Eh, helo.... Kau ni siapa hah? Nak menggangguhidup orang aje kerja kau, kan? Pergilah cari kerja yang

beraedah sikit.” Belum sempat Dizyan mematikan talian, si

pemanggil berkata.

“  I’m your worst nightmare,” bisik si pemanggil.

Konon ingin menakut-nakutkan Dizyan.

“Siapa sebenarnya kau ni? Tak habis-habis

mengacau aku. Kau ingat kau dapat takutkan aku? Apa... kau

ingat ni cerita I Know What You Did Last Summer? Atau

Texas Chainsaw Massacre? Or  Friday Night the Thirteen?

Ohhh... atau kau ingat ni Urban Legend, The Exorcist? Eh,

helo... tolong sikit ye. Kalau dengan orang lain mungkin, tapi

tidak aku! You... GTH!” jerit Dizyan sebelum mematikan

talian dengan pantas.Habis terkeluar kesemua cerita-cerita seram yang

menjadi kegemaran Dizyan sehingga sekarang. Kalau dia

menonton Urban Legend dan The Exorcist, pasti seminggu

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 12/102

Kau Milikku

12

tidurnya dihantui oleh perkara-perkara yang berlaku dalam

cerita tersebut.

Dizyan menggelengkan kepalanya. Dicampak

teleon bimbit di atas katil. Dia turut meletakkan kepalanya

ke bantal dan memejamkan mata. Habis terkeluar sudah

semua tenaga yang dijana tadi.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 13/102

Aisha Hamza

13

“SIAPA SEBENARNYA kau ni?

Tak habis-habis mengacau

aku. Kau ingat kau dapat

takutkan aku? Apa... kau ingat ni cerita I Know What You Did

Last Summer? Atau Texas Chainsaw Massacre? Or  Friday

Night the Thirteen? Ohhh... atau kau ingat ni Urban Legend,

The Exorcist? Eh, helo... tolong sikit ye. Kalau dengan orang

lain mungkin, tapi tidak aku! You... GTH!”

Talian yang dimatikan itu benar-benar membuatkan

darah Faizal menyerbu ke mukanya. Kalaulah Dizyan yangberada di hadapannya ketika itu, mahu nahas Dizyan

dikerjakan. Bagaimana aku nak ajar perempuan blue hyppo

tu? Aneeq menepuk bahu Faizal dengan kuat menyebabkan

Faizal tersentak dari lamunannya.

“Macam mana? Kau dapat takutkan dia tak?” Aneeq

bertanya. Faizal tersengih. Kesemua ahli kumpulannya masih

menanti butir bicara dari Faizal.

“Hey, tengok oranglah. Ni Faizal, kan? Mestilah dia

takut. Lepas aku cakap aje, terus dia   hang up,” ujar Faizal

Bab 2

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 14/102

Kau Milikku

14

separuh riak. Asrul memandang sinis dengan kata-kata

rakannya itu.

“Tapi...” Faizal seperti berfkir sesuatu.

“GTH tu apa?” tanya Faizal dengan muka blur nya.

Ketawa mereka sudah terburai.

“GO TO HELL!!!” Serentak satu kumpulan berkata.

Faizal hanya tersengih.

“Ye ke dia   hang up? Ke kau kena sembur sedasdengan dia dulu? Aku kenallah Yan tu macam mana.” Asrul

tergelak kecil. Rizal hanya mengangguk seperti burung

belatuk hendak menyiapkan tukangan sahaja lagaknya.

“Yang kau ni Rul, nak sebelahkan si blue hyppo tu

apa hal? Kau dah lupa prinsip kita?” Aneeq menolak perlahan

bahu Asrul.

“Oh... lupa  pulak aku. Kaukan suka kat dia. Tulah

sebabnya kau tak bagi orang lain aniaya dia, kan?” ejek Aneeq.

 Ahli kumpulan yang lain hanya mentertawakan Asrul.

“Aku back up dia bukan sebab aku suka dia. Aku

hanya satu study group dengan dia aje. Aku tak naklah tengok

kau orang semua ni aniaya dia. Bukan aku tak tahu kau orang

punya perangai kalau nak aniaya orang.” Asrul membela diri.Sememangnya dia tiada perasaan pada Dizyan.

Tetapi disebabkan dia bercinta dengan teman baik Dizyan,

Misha. Dan Misha pernah memberi amaran kepada Asrul

  jangan sekali-kali ikut sama perangai geng-gengnya

menganiaya Dizyan. Jika tidak, Misha akan memutuskan

hubungan mereka berdua. Dan sudah tentu Asrul tidak mahu

semua itu berlaku.

“Whatever .” Aneeq berkata dan melabuhkan

punggung di sebelah Nazem.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 15/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 16/102

Kau Milikku

16

macam mana nak kenakan dugong sesat tu balik. Berani dia

tengking aku. Dia belum kenal siapa aku. Ni Fezrull Faizal

anak Datuk Farid!” ujar Faizal dengan bangga. Yang lain

hanya turut tersenyum sinis mengenangkan perkara yang

bakal berlaku terhadap gadis yang bernama Dizyan Farhana.

Sedang mereka melepak di Taman KLCC, kelihatan

dari jauh Ku Zhety melangkah dengan lenggang-lenggoknya

menuju ke arah mereka bertujuh. Di wajahnya bertempek

bedak setebal empat belas inci. Tersenyum menggoda ke arahFaizal.

“Tu awek opera Cina kau dah sampai,” kata Najib

sinis. Mata yang lain semua tertuju ke arah Ku Zhety. Ada

 yang menahan tawa, ada yang tersengih.

“Wei, opera Cina pun awek aku tu...!” Tetapi Faizal

tetap tertawa mendengar kata-kata Najib itu. Ku Zhetymelabuhkan punggung di sebelah Faizal dan sempat

menjeling ke arah Najib. Tahu sangat mereka mengumpat

tentang dirinya. Dan dikepalai oleh Najib.

“Yang, jom tengok wayang. I boringlah nak  hang

 out dengan kawan-kawan you ni,” kata Ku Zhety dengan

perangai gedik yang tidak habis itu. Yang peliknya, Faizal

sedikit pun tidak rasa jelik dengan sikap Ku Zhety itu.

“Habis, kalau I hang out dengan you, kawan-kawan

  you tu nak  hang out dengan siapa?” Faizal menjuihkan

bibirnya ke arah rakan-rakan Ku Zhety yang berdiri tidak

 jauh dari tempat mereka melepak.

“Kalau kau orang suka, pilihlah yang mana satu

kawan aku tu yang nak dijadikan date ke, girlriend ke,” laungKu Zhety ke arah ahli kumpulan Faizal.

“Oi cik adik. Kau ingat kawan-kawan kau tu, macam

beli ikan kat pasar. Mari... mari... mari... beli!!! Seekor

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 17/102

Aisha Hamza

17

percuma lapan,” ejek Najib seperti tauke jual ikan di pasar.

Tanpa dapat ditahan, yang lain menghamburkan tawa

mereka. Ku Zhety menjeling geram.

“You pergilah  hang out dengan kawan-kawan you.

Lagipun, I dah lama tak lepak dengan dia orang ni. Asyik

dengan you aje.” Faizal menolak cadangan Ku Zhety itu.

“Alaa... you memang tak sayangkan I,” rajuk Ku

Zhety.

“Kalau dia tak sayangkan kau, dah lama dia

tinggalkan kau. Macamlah kat sekolah kita tu, tak ada yang

lebih cantik dari kau. Kalau setakat muka macam tepung

gomak ni, berlambak dia boleh dapat.”

Pedas kata-kata Najib itu sehingga Faizal

menggeleng perlahan. Dia tahu mulut Najib laju berkata-

kata. Tetapi dia juga tidak menyalahkan Najib. Lelaki itu lebihmengenalinya kerana mereka berkawan sejak kecil lagi. Lebih

kenal akan cita rasanya terhadap wanita.

“Jib... you ni...  Arghhh!!!” Terus sahaja Ku Zhety

beredar. Malas hendak bertekak dengan Najib. Dia tahu kalau

dia berlawan mulut dengan Najib, pasti Najib akan menang.

Dan yang lebih sakit hati lagi, Faizal tidak akan

menyebelahinya.

“Jib, cakap tu berlapiklah sikit.” Faizal menegurnya

perlahan.

“Aku dah tak tahan dengan awek kau tu. Macam-

macam hal. You tak sayang I... You tak cintakan I...?” Najib

mengejek dalam lenggok gedik Ku Zhety itu. Faizal hanya

mampu tersenyum. Tidak tahu hendak berlawan kata apa-apalagi.

“Sekarang ni kita sama-sama fkir nak kenakan si

dugong sesat tu,” ujar Faizal.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 18/102

Kau Milikku

18

“Esok tak boleh nak balas dendam kat dia, sebab

hari Jumaat. Tak ada assembly. Aku cadangkan, kita kenakan

dia hari Isninlah. Waktu perhimpunan. Lagipun kelas dugong

tu, ada PJ, kan?” Aneeq bersuara. Seolah-olah memberikan

satu cadangan yang agak bernas buat mereka. Sudah tahu apa

 yang difkirkan oleh Aneeq itu.

“Okey, set. Kita kenakan dugong tu cukup-cukup

hari Isnin ni.” Faizal turut bersetuju dengan cadangan Aneeq.

Kemudian, mereka satu kumpulan tertawa kuat menyebabkanorang di sekeliling yang lalu-lalang memerhatikan mereka.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 19/102

Aisha Hamza

19

 M ONDAY BLUES. Hari yang

paling malas untuk melakukan

sebarang kerja dan merupakan

hari permulaan bagi setiap minggu. Dizyan dengan ditemani

Misha dan Yasmin, melangkah malas ke arah laman sekolah

untuk menghadiri perhimpunan setelah beg yang sarat

dengan buku dan baju untuk pendidikan jasmaninya itu

diletakkan di dalam kelas.

“Sha, Yas... aku dahagalah. Aku pergi beli air kejap,”

ujar Dizyan. Sahabat-sahabatnya hanya mengangguk. Lajukaki Dizyan melangkah ke arah kantin yang cerah dengan

lampu. Cuaca yang agak mendung pagi itu seperti hendak

hujan sahaja. Minta-mintalah hujan. Boleh duduk dalam

dewan. Kalau di laman sekolah, pasti baju sekolah mereka

berpasir setiap kali diminta duduk di situ. Dalam dewan

tidaklah terlalu kotor, doa Dizyan dalam hati.

“Kak Nah, air sirap satu!” ujar Dizyan pada tukangmasak kantin tersebut. Tersenyum sahaja wanita yang

bernama Kak Nah itu apabila terpandangkan wajah Dizyan.

Bab 3

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 20/102

Kau Milikku

20

“Ni air sirap kamu.” Kak Nah menghulurkan air

sirap yang sudah siap dibungkus di dalam plastik dan diikat

tepi kepada Dizyan. Gadis itu menyambutnya dan

menghulurkan pula not seringgit untuk membayar.

Sebaik sahaja Dizyan berpusing, tubuhnya terasa

terhuyung-hayang. Segera dia berpaut pada rel besi yang

dijadikan penghadang untuk memisahkan kaunter minuman

dan makanan. Matanya melekap pada baju putih yang sudah

diwarnai rona merah. Dilihat pula pada air sirap yang sudahseparuh penuh itu. Mendongak memandang gerangan orang

di hadapan yang melanggarnya itu. Orang itu tersengih

seperti kerang busuk.

“Kau!” jerit Dizyan. Faizal membuat muka

selambanya.

“Ya, aku. Aku akan kacau-bilaukan hidup kauselama-lamanya.” Faizal berkata sinis. Bibirnya sengaja

disengetkan untuk menampakkan karakter jahat.

“Kau ni memang gila! Yang kau nak kacau hidup

aku ni kenapa? Aku nak kau ganti balik air aku. Baju aku ni,

aku nak kau basuh sampai bersih.” Kuat suara Dizyan ketika

itu, menggambarkan perasaannya. Dua, tiga orang pelajar

tingkatan tiga dan empat, hanya memerhatikan tingkahmereka tanpa berkelip.

“Kau tunggu ajelah time assembly nanti. Kau nak

minum banyak sangat air nak buat apa? Dalam badan kau tu

dah ada banyak air.” Kata-kata Faizal membuatkan telinga

Dizyan menjadi panas.

“Patutlah macam ikan buntal!” Aneeq pulamenyambung kata-kata Faizal dari arah belakang. Mereka

sama-sama mengalih pandang ke arah ahli-ahli kumpulan

Faizal yang baru tiba seorang demi seorang.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 21/102

Aisha Hamza

21

“Hey! Ikan buntal aku pun, aku comel lagi dari kau

  yang macam tapir tak ada hidung!” Dizyan masih

meninggikan suara.

  Yasmin dan Misha yang sedang menuju ke arah

kantin segera berlari apabila mendengar suara Dizyan yang

melangsing tinggi itu. Aneeq mengepal penumbuk.

“Ini sudah lebih, buntal...!” Aneeq berkata. Geram.

Ingin sekali dia mengayunkan penumbuk ke arah Dizyan.

Segera dihalang oleh Faizal yang berdiri menghadap gadiscomel itu.

“Hey, Aneeq! Kau dengan perempuan beranilah.

Dasar lelaki dayus! Patut pun Yan cakap kau ni tali barut

Faizal.” Tiba-tiba Yasmin masuk campur. Mereka yang lain

tersentak dan memandang ke arah Yasmin yang berdiri di

hadapan mereka.“Apa hal  pulak minah salih celup ni nak masuk

campur?” Aneeq menyindir. Dia tahu gadis kacukan itu amat

tidak suka dipanggil minah salih.

“Mulut kau nikan, memang tak ada insurans.

  Agaknya kalau kau mati terbakar, mulut kau yang dulu

disambar dek api.” Yasmin berkata pedas.

“Yang kau orang nak masuk campur dalam urusan

aku dengan kawan dugong kau ni,  apasal ?” tanya Faizal.

Buat-buat bersuara lembut.

“Yan ni kawan kita orang. Kalau si tali barut kau tu

boleh masuk campur, takkan aku tak boleh?” bidas Yasmin.

Mereka semua terdiam. Kata-kata gadis itu memang

benar. Dizyan hanya tersenyum sinis. Mata Yasmin dan Misha

melekap pada baju putih Dizyan.

“Apa dah jadi dengan baju kau ni, Yan?” tanya Misha

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 22/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 23/102

Aisha Hamza

23

Dizyan, Yasmin dan Misha adalah pelajar-pelajar yang tidak

terkecuali bersembang sesama sendiri.

“Dizyan, Yasmin, Misha... sila senyap! Pandang ke

depan dan dengar ucapan cikgu tu!” Seorang pengawas

tingkatan enam rendah, berkata tegas. Mereka terus terdiam

dan memandang ke hadapan.

“Diminta Dizyan Farhana binti Azmin ke bilik guru

disiplin, sekarang,” ujar salah seorang pengawas lelaki tiba-

tiba.

Semua mata tertumpu ke arah Dizyan. Gadis itu

terpinga-pinga tidak aham. Ahli kumpulan Faizal sudah

tersengih. Dizyan terus mengangkat punggung dan beredar

dari laman perhimpunan. Misha dan Yasmin saling

berpandangan.

Pintu bilik guru disiplin, diketuk perlahan. Arahanmasuk diberikan. Dizyan segera melangkah masuk dan

menutup semula pintu bilik tersebut. Kelihatan guru disiplin

itu tengah sibuk mencatat sesuatu di atas kertas. Dizyan

hanya berdiri tercegat di hadapan meja guru disiplin. Lelaki

tua itu membuka cermin matanya dan memandang ke arah

Dizyan dengan pandangan yang sangat tajam.

“Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?”

tanya Cikgu Alias, tegas.

Dizyan menggeleng perlahan. Takut untuk

bertentang mata dengan guru yang sangat dikenali kerana

ketegasannya itu.

“Saya dapati kamu telah melakukan vandalisme.”

Terus sahaja Dizyan mendongak memandang Cikgu Aliasdengan pandangan tidak percayanya.

“Vandalisme?”

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 24/102

Kau Milikku

24

“Ya. Kamu telah menconteng di dinding tandas

dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kurang elok.

Dan, telah memalukan rakan satu sekolah kamu,” ujar Cikgu

  Alias lagi. Membetulkan cermin mata yang sudah melorot

 jatuh.

“Hah?” Dizyan masih tidak aham.

“Saya nak kamu lihat di dinding tandas perempuan.

Dan sebagai hukumannya, saya nak kamu bersihkan tandas

itu selepas waktu sekolah.”

Dizyan sudah kehilangan kata-kata. Tergamam.

Bersihkan tandas? Hukuman yang sangat ringan. Ingatkan

hendak dihukum apalah tadi.

“Baiklah, cikgu.” Dizyan menjawab sebelum

meminta diri untuk beredar dari bilik guru disiplin yang

berhawa dingin itu. Kakinya laju melangkah ke kelas.Perhimpunan sudah tamat. Kesemua pelajar sudah kembali

ke kelas masing-masing.

Dizyan melabuhkan punggung di sebelah Kartika.

Misha dan Yasmin menyerbu ke arah Dizyan. Nasib baik guru

subjek yang seterusnya tidak masuk ke kelas kerana tidak

hadir. Kalau tidak, habislah mereka semua akan ditegur.

“Kenapa kau kena panggil dengan Cikgu Alias?”

tanya Yasmin tanpa sabar. Dizyan mengeluh.

“Katanya, aku buat vandalisme,” ujar Dizyan

ringkas. Ternganga mulut teman-temannya yang berdua itu.

“Isy... tak percayalah aku!” Yasmin pula berkata.

“Jom temankan aku pergi tengok kat toilet kejap,”

ajak Dizyan. Yasmin dan Misha mengangguk setuju. Terus

sahaja mereka bertiga menuju ke arah tandas yang dikatakan

telah menjadi mangsa vandalisme Dizyan.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 25/102

Aisha Hamza

25

Setibanya mereka di situ, mulut masing-masing

melopong. Habis satu dinding tandas dengan nama Ku Zhety

dan rakan-rakannya dijaja di dinding tersebut. Siap melukis

lagi gambar Ku Zhety lagi! Dizyan menelan air liur. Dia

memanglah pandai melukis, tetapi tidaklah secantik ini

lukisannya. Di bawah lukisan itu siap ada initial  namanya

lagi. D.F.A.

“Ini mesti tak lain dan tak bukan, kerja Si Faizal

dengan geng dia tu,” ujar Yasmin tiba-tiba. Mishamengangguk mengiakan kata-kata temannya itu.

“Yan... Yan!!!” panggil seorang pelajar yang

kelihatan berlari ke tandas. Dilihatnya Kartika tercungap-

cungap menahan mengah.

“Kenapa, Tik?” Dizyan bertanya.

“Seluar... seluar... seluar kau. Seluar PJ kau,” ujarKartika cemas.

“Kenapa dengan seluar aku?” Dizyan resah.

“ Faizal and the boys gantung seluar kau kat sarang

tebuan yang ada kat pokok belakang sekolah tu.” Kartika

menyambung kata-katanya lagi. Masih dalam naas yang

terputus-putus.

Mata Dizyan terbelalak. Segera mereka berempat

berlari ke arah pokok yang dinyatakan oleh Kartika itu.

Dizyan memandang ke arah pokok yang ada sarang tebuan

itu. Memang seluarnya tergantung di situ.

“Yan, kalau kau tak pakai baju PJ, nanti kena denda

lari satu padang sekolah sepuluh kali,” sela Misha.

  Yasmin dan Kartika kasihan melihat Dizyan yang

selalu dianiayai oleh geng-geng Faizal.

“Aku lebih rela kena denda dari ambil seluar aku

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 26/102

Kau Milikku

26

balik dan kena sengat dengan tebuan ni.” Dizyan berkata

lemah. Yasmin menepuk-nepuk bahu Dizyan.

“Sabarlah, Yan. Satu hari nanti, geng-geng keparat

tu mesti akan terima balasan mereka balik kerana

menganiaya orang-orang macam kau ni,” nasihat Yasmin.

Misha dan Kartika mengangguk tanda setuju.

Melaut simpati terbit di hati mereka terhadap teman yang

seorang itu. Sering sahaja teman itu menjadi mangsa buli

Faizal dan konco-konconya. Apalah salah Dizyan kepadamereka.

Dizyan hanya tersenyum. Lega kerana mendapat

sahabat seperti mereka bertiga yang sentiasa memberi

semangat dan tidak pernah jemu menyokongnya.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 27/102

Aisha Hamza

27

DIZYAN harus berlari mengelilingi

padang sekolah sebanyak sepuluh

kali. Termengah-mengah dia

menahan naas semput. Mahu kurus badannya jika hari-hari

disuruh lari sebegitu. Kelihatan guru pendidikan jasmani

  yang kacak itu sedang memberikan penerangan kepada

pelajar-pelajar sekelasnya. Dizyan berlari dengan kain sekolah

biru cair dan baju-T sukan.

Nantilah kau, Faizal. Kau belum kenal siapa Dizyan

Farhana, gumam Dizyan dalam hati. Sebal rasanya biladidenda di atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Tiba-tiba

terdengar sorakan dari sekumpulan budak lelaki. Dizyan

mengalih pandang. Faizal dan ahli gengnya sedang riuh

bersorak untuk Dizyan.

“Go dugong,  go! Go dugong!” Jeritan mereka

membingitkan telinga. Menyakitkan hati. Sudahnya, Dizyan

buat tidak tahu sahaja.

“  B.L.U.E H.Y.P.P.O!   Blue... hyppo!” Sorakan dari

gadis-gadis genit yang berada berdekatan dengan ahli

Bab 4

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 28/102

Kau Milikku

28

kumpulan Faizal itu. Rakan-rakan sekelas Dizyan hanya

mentertawakan mereka. Yasmin, Misha dan Kartika kasihan

melihat Dizyan diperlakukan sebegitu.

“Apa yang bising-bising ni?” Lantang Cikgu Zamani

memarahi rakan sekelas Dizyan. Mereka semua senyap.

“Apa yang kamu semua buat kat sini? Kelas kamu

tak ada pendidikan jasmani hari ni. Pergi balik ke kelas

masing-masing sebelum saya laporkan pada guru disiplin!”

arah Cikgu Zamani tegas.

Dizyan hanya tersenyum sinis memandang ke arah

ahli kumpulan Faizal seorang demi seorang. Diangkat ibu

 jarinya dan dijelirkan lidah ke arah mereka.

“Kau memang nak kena dengan aku ni, dugong

sesat!” Aneeq berkata keras. Tetapi segera ditahan oleh Rizal

dan Hakimy.“Dahlah tu,  wei . Jom balik kelas. Karang kalau

Cikgu Zamani  report kat Cikgu Alias, lagi teruk kita.” Rizal

menarik Aneeq yang berdiri tercegat di situ. Mereka semua

cepat sahaja melangkah kembali ke kelas masing-masing.

USAI SAHAJA  kelas tambahan yang diadakan oleh Cikgu

Harnani, Dizyan harus melaksanakan hukuman yang telah

pun diberikan oleh Cikgu Alias pula. Dengan berus sabut di

tangan kiri dan sebaldi air sabun di tangan kanan, Dizyan

menuju ke tandas perempuan yang terletak di sebelah bengkel

pertukangan.

 Yasmin terpaksa pulang awal kerana dijemput oleh

ayahnya. Misha pula ada tuisyen pada petang nanti. Jadi, dia

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 29/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 30/102

Kau Milikku

30

kuat. Dizyan menjelirkan lidahnya. Dia hanya tersenyum

sinis.

“Jadi, kau mengakulah yang kau gantung seluar

aku?” Dizyan pura-pura bertanya.

“Memang aku yang gantung. Kau nak buat apa?”

 Aneeq tersenyum sinis. Tiba-tiba senyumannya mati apabila

melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya berada tidak

  jauh dari tempat Dizyan berdiri. Dia memandang Faizal.

Kemudian beralih kepada Rizal dan Hakimy. Mereka pura-pura memandang ke tempat lain.

“Aneeq, jumpa saya di bilik saya,” ujar Cikgu Alias

dan beredar dari situ.

Dizyan juga tidak menyangka Cikgu Alias masih ada

di sekolah. Setahunya, waktu sebegini selalunya Cikgu Alias

sudah pulang. Rupa-rupanya dia hendak memerhatikanDizyan, sama ada gadis itu melaksanakan dendanya ataupun

tidak.

  Aneeq membuntuti Cikgu Alias sehingga ke bilik

guru disiplin itu. Dizyan melambai secara mengejek.

Faizal mendekati Dizyan yang memerhatikan

bayangan Cikgu Alias dan Aneeq menghilang di sebalik

bangunan yang menempatkan bilik guru disiplin itu. Dizyan

berpaling untuk berjalan ke arah pintu pagar. Dan dengan

tidak semena-mena, dia berlanggar dengan Faizal yang

berada di belakangnya.

“Adoi...” Dizyan mengaduh kesakitan. Dia

mendongak memandang Faizal. Cemberut sahaja wajahnya.

Mendengus kasar.

“Aku dah malas nak gaduh dengan kau. Aku nak

berdamai aje dengan kau. Macam mana?” Faizal

menghulurkan tangan untuk bersalaman.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 31/102

Aisha Hamza

31

Dizyan memandang huluran tangan itu dengan

perasaan tidak percaya.

“Kalau aku setuju untuk berdamai, apa muslihat

kau?” Dizyan bertanya.

Bukan dia tidak kenal dengan lelaki di hadapannya

itu. Sudah lima tahun mereka menjadi musuh tradisi. Belum

pernah sekalipun Faizal cuba untuk berdamai dengannya.

Hanya Dizyan sahaja yang banyak beralah kerana sejak

pertama kali terpandangkan Faizal, dia mula jatuh hati.

“Tak ada apa-apa muslihatlah. Yang kau nak curious 

sangat ni, kenapa? Aku cuma nak berdamai dengan kau sebab

ini tahun terakhir kita akan berjumpa. Manalah tahu, lepas-

lepas ni kita dah tak berjumpa lagi. Jadi aku malaslah nak

bergaduh dengan kau lagi dah,” jelas Faizal dengan senyuman

menggoda. Hati Dizyan berdebar.“Nantilah aku fkirkan dulu. Esok aku bagi

  jawapan,” kata Dizyan acuh tak acuh. Wajahnya selamba.

Tetapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Okey. Aku akan tuntut jawapan daripada kau,

esok.” Faizal sekali lagi tersenyum menggoda.

Dizyan hanya memerhatikan langkah Faizal

meninggalkannya. Dia melepaskan keluhan kuat dan berjalan

menuju ke arah pintu pagar untuk menunggu bas pulang ke

rumah.

“Apa yang kau cakap dengan dia, Fez?” tanya Najib

sebaik sahaja Faizal melabuhkan punggung di hadapan

mereka semua.

“Aku cakap aku nak berdamai dengan dia...” ujar

Faizal selamba.

Mulut ahli kumpulan yang lain ternganga kecuali

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 32/102

Kau Milikku

32

Najib. Dia tahu sangat akan perkara yang bermain di kepala

teman akrabnya itu.

“Apa sebenarnya trick kau?” Najib bertanya lagi.

“Tak ada apa-apa trick. Aku  just nak berdamai aje

dengan dia.” Walaupun di mulut Faizal terluah apa yang

dibincangkan dengan Dizyan tadi, tetapi mindanya tetap ligat

berfkir.

“Come onlah, Fez. Aku kenal kau dah berapa lama?

Lima belas tahun. Dari zaman kita tadika lagi. Aku tahu

sangat apa yang kau fkirkan tu. Aku bukan kenal kau sehari

dua...!” Najib masih cuba mengorek. Masing-masing terdiam.

Faizal seperti berfkir sesuatu.

“ Final exam SPM start bila?” tanya Faizal tiba-tiba.

“Hujung bulan depan,” jawab Hakimy pula.

Faizal mengangguk perlahan.

“Aku akan laksanakan rancangan aku ni on the last

day o exam.” Faizal tersenyum sinis apabila berkata-kata.

Dia sudah tahu rancangan yang terbaik untuk mengenakan

Dizyan.

“Rancangan apa  pulak ni?” tanya Najib tidak puas

hati.

“Adalah.... Kau tunggu dan lihat saja. Aku yakin

dugong tu akan merayu-rayu pada aku untuk lepaskan dia.”

Faizal menyilangkan lengan ke dada sambil dapat

membayangkan keadaan Dizyan merayu kepadanya. Najib

menggeleng.

“Kau jangan buat yang bukan-bukan, Fez. Ingatsikit siapa bapak kau tu. Datuk Farid. Orang yang berpangkat.

Jangan nanti kau malukan dia,” nasihat Najib.

Faizal hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 33/102

Aisha Hamza

33

bahu Najib, teman yang paling rapat dengannya sedari kecil

lagi.

“Kau jangan risaulah, Jib. Aku takkan malukan papa

aku.” Ahli kumpulannya yang lain bingung dengan sikap

Faizal. Apakah yang hendak dilakukannya nanti?

“ ASSALAMUALAIKUM,” laung Dizyan dari luar. Kelihatan

Mak Kiah sedang menyiram pokok bunga. Dizyan membuka

pintu kecil yang ada di sebelah kiri pintu pagar automatik

tersebut. Dia melangkah masuk. Tersenyum lebar memandang

orang tua itu.

“ Apasal  Yan balik lambat sangat? Kelas tambahan

  Yan dah habis awal, kan tadi?” Mak Kiah bertanya. Dizyanhanya tersenyum.

“Hah? Ni apa hal  pulak tersenyum sorang-sorang

ni?” Pelik Mak Kiah melihat kelakuan Dizyan.

“Tak ada apa-apalah, Mak Kiah. Yan masuk dulu,

 ya,” ujar Dizyan ingin meminta diri. Dia berjalan menuju ke

arah pintu utama.“Yan dah makan ke belum?” tanya Mak Kiah. Dizyan

berpaling.

“Belum lagi,” jawab Dizyan. Berjalan mengundur

sehingga ke pintu rumah.

“Pergilah makan. Tu Mak Kiah dah sediakan

makanan atas meja,” kata Mak Kiah penuh prihatin.Dizyan mengangguk pantas dan berpaling semula

untuk masuk ke dalam. Mak Kiah menggeleng. Tahu sangat

mesti ada perkara menggembirakan yang berlaku hari ini

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 34/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 35/102

Aisha Hamza

35

terus bangun dan menuju ke pintu. Dibuka pintu dan

terjengul wajah Mak Kiah di situ.

“Yan dah makan yang Mak Kiah masak tadi?” Mak

Kiah bertanya.

Dizyan menggeleng perlahan.

“Cepatlah turun makan. Nanti Mak Kiah nak masak

makan malam pulak.” Mak Kiah berkata dalam senyuman.

Dizyan membalas senyuman itu dan menganggukperlahan. Dia membuntuti Mak Kiah turun ke tingkat bawah

untuk ke dapur.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 36/102

Kau Milikku

36

PINTU PAGAR automatik terbuka

luas. Kelihatan kereta Datuk

Farid masuk ke pekarangan

rumah. Dia mengeluarkan beg bimbit dari kerusi belakang.

Datin Rubaiyah terjengul di muka pintu dengan senyuman.

Datuk Farid membalas senyuman itu dengan wajah yang

keletihan. Dia mencapai tangan suaminya dan dicium tangan

gagah itu. Rutin. Kemudian, diambil pula beg bimbit milik

Datuk Farid.

“Awal abang balik hari ni?” tanya Datin Rubaiyah.Datuk Farid membuntuti Datin Rubaiyah sehingga ke ruang

tamu. Dilabuhkan punggung di atas soa empuk itu,

membuang segala keletihan yang masih bersisa.

“Hari ni  meeting dengan client kena  postpone.

  Shooting pulak start minggu depan. Jadi, dah tak ada apa

abang nak buat kat  ofce. Abang terus baliklah,” ujar Datuk

Farid sambil melonggarkan ikatan tali lehernya. DatinRubaiyah turut melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

“Bik.... Ooo... bik...” panggil Datin Rubaiyah. Bibik

Bab 5

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 37/102

Aisha Hamza

37

  yang telah berkhidmat di rumah mereka sejak dari Faizal

baru lahir itu, berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.

“Iya, Datin?” tanya Sutinah perlahan. Penuh

hormat.

“Tolong buatkan air untuk Datuk, ya,” arah Datin

Rubaiyah lembut. Dengan senyuman. Terangguk-angguk

Sutinah menerima arahan. Selepas Sutinah beredar, Datin

Rubaiyah memandang kembali wajah suaminya yang sudah

dimamah usia itu.

“Itulah sebabnya abang tak sabar nak tunggu Faizal

menguruskan company tu. Abang ni dah tua, Rubi. Entah

esok entah lusa, sampailah masa abang tu. Bila masanya

abang nak khusyuk menghadap Allah, kalau otak abang ni

asyik teringatkan kerja saja,” sambung Datuk Farid. Datin

Rubaiyah menggenggam jari-jemari suaminya.“Abang jangan cakap macam tu. Rubi percaya satu

hari nanti, Faizal boleh menguruskan company abang.” Datin

Rubaiyah memberikan jaminan yang dia percaya anak

sulungnya itu mampu melakukan apa sahaja.

“Abang harap bakal menantu kita nanti, dapatlah

bentuk Si Faizal tu. Abang tengok dah tak serupa orang.

Sabtu dan Ahad aje tak lekat kat rumah. Keluar merewang

dengan kawan-kawan dia. Sampai ke tengah malam, baru

teringat nak balik. Macam tak fkir dia tu nak SPM tahun ni,”

luah Datuk Farid, kesal dengan sikap Faizal.

“Faizal tu lain sikit perangai dia, bang. Lain benar

dengan kembar tu,” sela Datin Rubaiyah. Menggeleng kepala

separuh botak Datuk Farid itu.“Hah... cerita pasal Faizal, mana budak-budak tu

semua? Dari tadi abang tak nampak.” Terjenguk-jenguk

Datuk Farid mencari bayangan tiga orang anaknya itu.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 38/102

Kau Milikku

38

“Macamlah abang tak kenal Faizal. Selagi tak

maghrib, tak baliklah lagi. Fikhri dengan Fathiq ke rumah

kawan dia orang kat banglo hujung jalan tu. Anak Puan Seri

ajak dia orang datang rumahnya tadi,” jelas Datin Rubaiyah.

Suaminya hanya mendengus kasar dan menggeleng kepala.

“Apa nak jadilah dengan budak-budak ni? Yang

sorang nak SPM, yang dua orang lagi nak PMR. Pening kepala

saya dengan dia orang ni. Hmmm... dahlah tu. Dari bercakap

pasal dia orang, terlepas  pulak asar abang nanti. Abang naikdululah,” tukas Datuk Farid seraya mengangkat punggung

dan menuju ke tangga. Datin Rubaiyah hanya mampu

mengangguk.

“Kejap lagi abang turun makan tau!” pesan Datin

Rubaiyah. Risau jika Datuk Farid tertidur kerana terlampau

letih.

“Yalah.” Laju kaki Datuk Farid melangkah ke

tingkat atas. Beberapa minit kemudian, Sutinah keluar

dengan menatang segelas jus oren.

“Datin, airnya...” ucap Sutinah. Datin Rubaiyah

memandang ke arah pembantu rumahnya itu.

“Letak aje atas meja. Kejap lagi Datuk turun

minum,” arah Datin Rubaiyah sekali lagi.

Sutinah tersenyum dan mengangguk.

JAM ANTIK yang terletak di sudut rumah banglo itu berdenting

sebanyak tujuh kali. Datin Rubaiyah mendongak melihat jam

tersebut. Sudah pukul tujuh malam. Faizal masih juga tidak

pulang. Fikhri dan Fathiq baru sahaja sebentar tadi pulang.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 39/102

Aisha Hamza

39

Kena ‘basuh’ pula dengan Datuk Farid, kemudian mereka

dikehendaki bersiap dan mengikut papa mereka ke surau

untuk berjemaah maghrib. Niat di hati Datuk Farid ingin

menunggu anak sulungnya itu tetapi Datin Rubaiyah takut

mereka terlambat pula ke surau nanti.

“Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam di

muka pintu. Lega Datin Rubaiyah melihat wajah anak sulung

 yang terjengul.

“Waalaikumussalam. Lambat Zal balik hari ni?”tanya Datin Rubaiyah. Faizal tersengih.

“Kita orang buat study group. Apa chapter yang nak

masuk   frst paper nanti.” Faizal sedikit berbohong. Datin

Rubaiyah tersenyum penuh makna.

“Zal study ke? Setahu mama, kalau Zal duduk lepak

dengan kawan-kawan Zal tu, tambah pulak ada Zhety, bukan study namanya tu...!” sindir Datin Rubaiyah. Faizal tersengih

sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dengan

mamanya, susah benar dia dapat berbohong.

“Tak apalah, ma. Zal naik dulu. Nak mandi.” Cepat

sahaja Faizal mencipta alasan ingin lari dari mamanya. Kalau

lebih lama di situ, mahu sebakul nasihat yang diberikan.

Faizal berdiri di atas tangga dan berpaling semula ke arah

Datin Rubaiyah.

“Papa dah balik ke, ma?” tanya Faizal. Dilihatnya

Datin Rubaiyah mengangguk pantas.

“Habis, papa kat mana? Tak nampak pun dalam

rumah?”

“Ke surau dengan adik-adik. Baik Zal pergi

berjemaah kat surau. Kejap lagi papa balik tengok Zal

melepak dalam bilik, lagi berangin dia. Tadi dia nak tunggu

Zal balik, tapi mama yang suruh pergi dulu. Kalau kejap lagi

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 40/102

Kau Milikku

40

papa marah Zal, mama tak boleh tolong. Ni memang salah

Zal,” ugut Datin Rubaiyah.

Faizal melepaskan keluhan. Ada benarnya juga kata-

kata mamanya itu. Kalau sekejap lagi Datuk Farid naik angin,

habis satu rumah diputing beliungkannya. Seperti puting

beliung Katrina. Silap-silap hari bulan, dengan Sutinah sekali

dimarahinya.

“Yalah, Ma.” Faizal terus berlari anak menuju ke

bilik untuk membersihkan diri dan bersiap ke surau. DatinRubaiyah yang baru sahaja keluar dari dapur, tersenyum

melihat anaknya itu. Faizal sedang membetulkan butang baju

Melayunya.

“Ma...Nana tak call ke?” aju Faizal apabila dilihatnya

Datin Rubaiyah leka melihat dia sedang membetulkan butang

baju Melayu.“Ada. Dia kirim salam kat Zal dengan yang lain,”

tutur Datin Rubaiyah.

Nur Adha Liyana, anak saudara yang dijaga oleh

Datin Rubaiyah sejak kecil. Dia lebih rapat dengan keluarga

Datuk Farid berbanding keluarga kandungnya sendiri. Liyana

bersekolah asrama penuh sejak dari tingkatan satu. Berat

hatinya untuk berjauhan dengan Datin Rubaiyah dan Faizal.

Tapi apakan daya, atas tuntutan untuk mengembangkan

mindanya dan melihat dunia luar.

“ Hmmm... bila dia nak balik?” sekali lagi Faizal

menyoal.

“Hujung minggu depan. Tu pun sebab  public

 holiday Jumaat depan. Mungkin dia bertolak dalam Khamismalam. Rindu katanya dengan Zal,” ucap Datin Rubaiyah

dengan senyuman. Dia turut merindui keletah Liyana yang

sangat ceria itu.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 41/102

Aisha Hamza

41

“Cepatlah Zal pergi ke surau tu. Nanti masuk pulak 

  waktu.” Faizal mengangguk mendengar kata-kata Datin

Rubaiyah dan dengan pantas menyarungkan selipar jepun.

Sebaik sahaja Faizal berjalan kaki hendak ke surau

  yang terletak di hujung simpang kawasan perumahan yang

menempatkan banglo-banglo mewah itu, dia dihon dari arah

belakang. Terkejut dan segera ke tepi. Motosikal itu bersaing

dengan Faizal.

“Fez, jomlah naik dengan aku. Kau nak ke surau,kan?” ujar suara garau yang cukup dikenali oleh Faizal itu.

Dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Asrul tersenyum

kepada Faizal.

“Lah… kau ke Rul? Aku ingatkan siapalah yang nak

mengurat aku tadi.” Seloroh Faizal.

“Kau ingat kau tu cantik? Dahlah. Naik aje.” Asrulmenyindir. Dia memberhentikan motosikalnya untuk

membolehkan Faizal membonceng.

SELESAI BERJEMAAH maghrib juga isyak, Faizal dan Asrulleka bersembang di pintu pagar surau. Sudah lama tidak lepak

sebegitu bersama teman baiknya. Najib yang kebetulan juga

baru selesai berjemaah, turut menyertai mereka bersembang.

Tiba-tiba mata Faizal tertancap pada sekujur tubuh Datuk

Farid dan adik-adiknya. Datuk Farid berdeham kecil. Asrul

dan Najib pantas memandang ke arah lelaki tua itu.

“Uncle.” Serentak Najib dan Asrul bangun dari

tembok yang dijadikan tempat duduk untuk bersalaman

dengan Datuk Farid.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 42/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 43/102

Aisha Hamza

43

“Wei, dia tanya kau nak minum apa? Macamlah dia

tanya nombor teleon kau,” usik Faizal sambil menyigung

teman di sebelah. Tersentak Najib, namun masih tersengih.

“Kalau Nadia nak tahu nombor Abang Najib ni, 019-

2744 tekan-tekan tak dapat,” seloroh Faizal menyebabkan

 Asrul ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba keluar Pak Alim dari

celah pintu dapur dan bercekak pinggang.

“Apa yang kamu usikkan anak dara aku tu, Zal?”

tegur Pak Alim.

  Asrul segera terdiam. Faizal tersenyum sumbing.

Nadia tertunduk segan.

“Order ajelah air kamu tu. Yang kamu nak usik Si

Nadia tu, buat apa?” Mata Pak Alim sudah mencerlung ke

arah mereka bertiga.

“Yelah, Pak Alim,” laung Faizal.

“Teh tarik tiga.” Cepat sahaja mulut Faizal berkata.

Nadia mengangguk perlahan dan segera beredar ke

dapur. Seketika kemudian, dia keluar semula dari dapur

dengan menatang dulang berisi tiga gelas air teh tarik. Faizal

dan Asrul segera menghirupnya. Kedahagaan sudah

melampaui batasan.“Sedapnya. Siapa buat air hari ni? Mak Nadia buat

ke, Nadia?” puji Najib. Nadia malu-malu hendak

menjawabnya.

“Nadia.” Perlahan sahaja tutur bahasa gadis itu.

Cair hati Najib mendengarnya.

“Senanglah mak kau nanti, Jib. Ada menantu lemahlembut, sopan santun, pandai buat air. Dan yang paling

penting, pandai masak. Isy!!! Beruntung mak kau ni, Jib,”

ujar Faizal.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 44/102

Kau Milikku

44

 Asrul pantas mengangguk, mengiakan. Muka Nadia

memerah. Segera dia berlalu ke dapur semula. Terkekeh

Faizal dan Asrul tertawa. Cemberut sahaja wajah Najib.

“Kau orang ni suka nak kenenkan aku dengan Nadia

tu.” Najib pura-pura masam muka.

“Alah… kau pun suka  jugak, kan?” Asrul berkata

dalam sisa tawanya.

Najib tersenyum semula. Susah hendak merajuk

lama-lama dengan mereka berdua ini. Kalau tiada Aneeq,

rasanya ahli kumpulan mereka tidak akan menjadi geng yang

paling dikehendaki di sekolah. Sejak Aneeq mula menyertai

mereka, Faizal sudah pandai hendak menganiaya orang dan

membuli orang-orang yang lemah di sekolah, menggoda

pelajar-pelajar perempuan dengan menggunakan wajahnya

  yang kacak itu terutama Dizyan. Entah apa yangdidendamkan sangat dengan gadis itu pun, mereka tidak

tahu. Asrul malas hendak menyertai mereka sejak

kebelakangan ini. Najib juga jarang-jarang sekali bertegur

sapa dengan Faizal ketika di sekolah. Aneeq seperti takut

  yang Najib akan menghasut Faizal supaya kembali ke jalan

 yang benar.

Sudah lama Faizal tidak rasa gembira bergelakketawa dengan ahli kumpulannya sebegitu. Tiba-tiba Faizal

terasa lengannya disiku oleh Najib. Lelaki itu menjuihkan

bibirnya ke arah seseorang. Terlihat kelibat montel yang

melintasi meja mereka, cukup membuatkan perasaan dendam

Faizal semakin membara. Gadis itu begitu manis berseluar

trek dan berbaju-T. Ditambah dengan senyuman manis.

Faizal sendiri tidak dapat gambarkan kenapa perasaan

dendamnya lebih mengatasi daripada perasaan lain.

Nadia tersenyum ke arah Dizyan sebaik sahaja gadis

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 45/102

Aisha Hamza

45

itu mendekatinya. Tunduk menyalami Dizyan. Sudah

dianggap seperti kakak sendiri. Nadia tiada kakak kerana dia

  yang sulung, jadi Dizyan selalu mengunjungi gerai mereka

itu untuk berbual dengan Nadia. Dan, Nadia juga tidak kekok

untuk meluahkan apa-apa perasaan sekalipun pada Dizyan.

“Akak nak makan apa hari ni?” tanya Nadia seperti

biasa.

“Bagi nasi paprik ayam dengan teh ais. Bungkus,

  ya.” Pesanan Dizyan diambil dan dibawa masuk ke dalamdapur.

“Aiii... kata perempuan, tapi makan bungkus jugak?

Tak reti masak dah ke?” perli Faizal. Matanya ditala ke arah

Dizyan. Gadis itu berpaling. Tercari-cari suara sumbang yang

berani menegurnya. Mata Dizyan tertancap ke arah Faizal

 yang sedang tersenyum sumbing.“Oh… kau ada kat sini rupanya, kambing!  Apasal  

kau tak balik pagut rumput aje kat kandang kau? Asyik nak

mengembek kat sini aje. Bisinglah!” Dizyan menjeling

geram.

Mata Faizal terbeliak. Asrul dan Najib sudah

menahan gelak. Mereka kagum dengan Dizyan. Hanya gadis

itu sahaja yang berani melawan kata-kata Faizal. Kalau gadis-

gadis lain di sekolah mereka pasti sudah tergoda ataupun

takut dengan kehadiran Faizal di situ.

“Dahlah tu, Fez. Asyik nak bergaduh aje dengan

 Yan. Orang tua kata, mula-mula bergaduh... nanti lama-lama

 jatuh sayang,” giat Asrul. Najib menghamburkan tawanya.

“Tak ada maknanya aku nak sayang pada perempuangemuk macam tu.” Faizal mencebik. Dia terlupa yang dia

telah menghulurkan salam perdamaian dengan gadis itu

tempoh hari.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 46/102

Kau Milikku

46

Mereka berdua memegang perut. Serasa hendak

pecah perut mentertawakan sahabat yang seorang itu.

Selepas mengambil bungkusan dan membayar duit

makanan yang dibelinya itu, Dizyan melangkah cepat untuk

keluar dari gerai Pak Alim itu. Sudah tidak sanggup berlama

di situ. Dia memandang Faizal sekilas dan menjeling. Terus

sahaja Dizyan beredar dari situ.

“Eleh... dia ingat dia cantik sangat ke? Huh...!”

Faizal bergumam sendiri.

Najib menepuk bahu Faizal kuat sehingga lelaki itu

tersedak.

“Woiii... nasib baik aku ni sihat lagi tau! Kalau tak,

mahu aku masuk hospital sakit jantung. Apa pukul-pukul ni?

Kau nak kena belasah dengan aku?” Faizal berkata sambil

menayangkan penumbuknya. Najib menyusun sepuluh jari dihadapan wajah Faizal.

“Jomlah blah. Dah pukul berapa dah ni? Nanti

bising  pulak papa kau,” ujar Najib sambil melihat jam di

pergelangan tangan. Jarum jam sudah bergerak ke angka

sepuluh malam. Faizal mengangguk perlahan.

Faizal memanggil Ari, anak lelaki Pak Alim yang

baru sahaja tiba di kedai untuk mengira harga minuman

mereka. Setelah memberikan wang yang cukup kepada Ari,

mereka bertiga beredar dari situ. Asrul menghantar Faizal

pulang, manakala Najib berlalu dengan motosikalnya melalui

 jalan yang bertentangan.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 47/102

Aisha Hamza

47

FAIZAL MELANGKAH masuk ke dalam rumah. Lampu di

ruang tamu terpasang. Masih cerah. Selalunya waktu sebegini

Datuk Farid dan Datin Rubaiyah sudah masuk tidur. Kecuali

Fikhri dan Fathiq. Tetapi mereka akan memerap di dalam bilik

sahaja. Tidak mungkin Sutinah. Selepas kedua-dua ibu bapa

Faizal masuk tidur, dia akan menyudahkan kerja-kerjanya

dengan cepat dan masuk tidur juga. Hanya Faizal sahaja

 yang akan berjaga dan menonton televisyen di ruang tamu.

Menjenguk ke arah ruang tamu, kelihatan Datuk Farid masihmenonton. Terjengket-jengket Faizal menuju ke tingkat atas

untuk ke biliknya.

“Zal...” panggil Datuk Farid.

Terhenti langkah Faizal dan berpaling semula ke

arah ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Pasti akan ada

syarahan ‘percuma’ yang harus ditadah telinganya. Faizal

mendekati Datuk Farid yang masih membelakanginya. Dia

berdeham kecil.

“Ya, pa?”

“Duduk kejap. Papa ada hal nak cakap dengan kamu

ni.” Datuk Farid memulakan bicara. Dia membetulkan sedikit

duduknya. Faizal melabuhkan punggung menghadap Datuk

Farid. Masih menunggu bicara seterusnya dari Datuk Farid.

“Bila   fnal paper kamu?” tanya Datuk Farid.

Disilangkan lengan ke dada. Faizal seperti berfkir sesuatu.

Betul-betul terlupa tarikh untuk kertas terakhirnya.

“Hujung bulan depan kut, pa,” jawab Faizal, kurang

pasti.

“Kut? Jadi kamu tak pasti bila?” Datuk Faridbertanya lagi. Faizal menggeleng perlahan.

“ Hmmm… tak apalah. Nanti papa tanya Asrul,” ujar

Datuk Farid.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 48/102

Kau Milikku

48

Lama mereka terdiam. Faizal berkira-kira untuk

beredar tetapi dilabuhkan semula punggungnya apabila

Datuk Farid menahan.

“Kamu nak ke mana? Papa tak habis lagi cakap ni,”

sela Datuk Farid.

“Zal ingat papa dah habis cakap.” Sempat lagi Faizal

menjawab.

“Habis aje   fnal paper Zal, papa akan hantar Zal

pada   Auntie Kay.” Kata-kata Datuk Farid itu membuatkan

Faizal tergamam.

“Tapi, pa... Zal lebih suka duduk sini. Zal ramai

kawan kat sini,” bantah Faizal dengan nada yang sedikit

tinggi. Dia berdiri dan mundar-mandir di hadapan Datuk

Farid. Benar-benar tidak suka dengan sikap papa yang

dianggap mengongkongnya itu.“Zal, behave yoursel . Ingat dengan siapa Zal

bercakap ni!” Nada Datuk Farid tegas tetapi dalam masa yang

sama sedikit tenang. Faizal kembali menghenyakkan

punggungnya di soa.

“Pa... Zal ada hidup Zal sendiri. Zal berhak untuk

tentukan ke mana Zal nak pergi, atau macam mana Zal nak

hidup. You have no rights to make a decision or me.” Faizal

berkata dalam nada yang sudah mengendur. Wajah Datuk

Farid kelihatan tenang.

“  I still have the rights to determine my children’s

lie. Selagi Zal duduk dalam rumah ni, papa ada hak untuk

tentukan apa-apa saja yang berkaitan dengan diri Zal dan

adik-adik. You are my son. And, you’re my only hope toinherit our amily businesses. Hanya Zal saja harapan papa,”

sela Datuk Farid. Faizal hanya menundukkan wajah.

“Tapi pa, Zal belum bersedia untuk pikul

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 49/102

Aisha Hamza

49

tanggungjawab   as the chairman o the company. Zal tak

layak. Kan Encik Kamal boleh tolong papa. Dia lebih layak.

Dia lebih lama kerja dengan papa.” Faizal mengusulkan

cadangan. Tidak mahu dia membebankan diri dengan

memikirkan perihal kerja yang tidak berkesudahan itu.

“Encik Kamal bukan pembantu. Dan Zal adalah

pewaris papa. Yang lebih berhak ke atas syarikat-syarikat kita

ni. Papa takkan serahkan pada orang luar. Bukan niat papa

untuk membebankan Zal. Atau berniat untuk menyusahkan.Tapi bagi papa, sebagai anak sulung, Zal kena ada rasa

tanggungjawab. Kalau satu hari nanti papa dah tak ada, pada

siapa lagi papa nak harapkan untuk jaga mama dan adik-adik.

Zal kena fkirkan mereka. Mereka sangat memerlukan

perhatian Zal. Papa tahu, hidup sebagai anak sulung memang

kena bersusah dulu. Tapi percayalah cakap papa, satu hari

nanti Zal takkan menyesal dengan keputusan yang papa ambilni.” Panjang lebar Datuk Farid menjelaskan. Faizal masih

tidak berpuas hati. Ada sahaja idea yang berselirat di

mindanya untuk membantah.

“Papa tunggu ajelah Fikhri dan Fathiq besar. Lepas

tu, bagi kat dia orang,” ujar Faizal.

Datuk Farid menggeleng. Susah bercakap dengananak yang keras kepala. Biarlah. Satu hari nanti dia akan

mengerti akan sebab semuanya itu berlaku.

“Papa tak nak dengar bantahan Zal lagi. Keputusan

papa muktamad. Sama ada Zal terima atau tidak, Zal akan

papa hantar kepada Auntie Kay.” Tegas sekali kata-kata Datuk

Farid. Dia bangun dan berkira-kira untuk beredar.

“Zal takkan pergi.” Masih berniat untuk melawan

kata-kata lelaki tua itu.

“Zal… this is my fnal decision. Whether you like it

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 50/102

Kau Milikku

50

  or not, you have to go to Perth. Full stop. Understand ?  No

 more arguments.”

Faizal tersandar di soa. Pasti kata-kata Datuk Farid

sudah tidak boleh dibangkang. Diraup wajahnya. Bagaimana

dia hendak meninggalkan sahabat-sahabatnya? Sudah tentu

Faizal akan merindui mereka. Terutama sekali Ku Zhety.

Pasti dia akan merindui sikap manja gadis itu.

“ Argh...!” Faizal merengus.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 51/102

Aisha Hamza

51

J  AM LOCENG berbunyi nyaring

hingga membangunkan penghuni

bilik itu. Dizyan menggosok mata

  yang masih mengantuk. Dia mengeliat sedikit. Terasa lega.

Kemudian, perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan

berjalan ke arah bilik air. Dicapai tuala yang tersangkut

di penyidai dan membuka lampu bilik air. Masuk untuk

membersihkan diri. Usai mandi, Dizyan keluar dengan

sudah siap berwuduk untuk menunaikan solat yang wajib.

Disarungkan telekung ke tubuhnya dan segera menjalankan

perintah-Nya.

Selesai bersolat, Dizyan melangkah ke arah almari

dan mengambil baju sekolahnya. Dia duduk di hadapan

cermin solek dan membelek wajahnya. Kenapalah dia asyik

dibuli? Pernah sekali Dizyan memberitahu Puan Hajah

Karissa bahawa dia ingin berpindah sekolah. Sudah tidak

tertahan lagi mendengar kata-kata ejekan mereka. TetapiMisha dan Yasmin selalu menasihati Dizyan agar buat tidak

tahu sahaja dengan mereka. Yang paling dia tidak tahan

sekali dengan geng Faizal. Entah apa yang dibuatnya

Bab 6

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 52/102

Kau Milikku

52

sehinggakan mereka menjadikan Dizyan sebagai musuh

mereka.

Dizyan segera mencapai beg galas yang diletakkan

di atas meja tulis lalu mengatur langkah turun ke tingkat

bawah. Aroma masakan sarapan pagi menusuk hidung. Nasi

lemak daun pisang terhidang di atas meja. Perutnya

berkeroncong minta diisi. Tuan Haji Azmin dan Puan Hajah

Karissa turut menyertai Dizyan di meja makan.

“ Morning, umi.  Morning, abah.” Dizyan tersenyumke arah kedua-dua orang tuanya.

“Assalamualaikum. Kita ni orang Islam, Yan,” tegur

Tuan Haji Azmin lembut. Dizyan terdiam.

“Ops... sorry. Assalamualaikum umi, abah...” Dizyan

membetulkan semula kata-katanya.

Puan Hajah Karissa tersenyum melihat gelagatanak perempuan tunggalnya ini. Asyia yang baru sahaja

melangkah ke arah meja makan turut melabuhkan punggung

di sebelah Dizyan. Gadis itu menghulurkan pinggan makan

kepada Asyia.

“Syia, hari ni ada kes apa?” tanya Tuan Haji Azmin

dan disuapkan sesudu nasi lemak ke mulutnya. Asyia

tersentak dan mengangkat muka memandang lelaki tua yang

bercermin mata itu.

“Hari ni pasal kes cerai Puan Shariah Mahani

 against Tuan Syed Akhbar.” Asyia menuturkan. Cuba

mengingat kembali asal kes tuntutan cerai yang diailkan

oleh Puan Shariah Mahani di mahkamah syariah bulan lepas.

Tuan Haji Azmin mengangguk.

“Abang ni pun... biarlah budak tu makan dulu.

Belum sempat dia nak menyuap ke mulut lagi, dah ditanya

pasal kerja,” tegur Puan Hajah Karissa lembut.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 53/102

Aisha Hamza

53

“Abang kena tahu Syia ke mana hari ni,” ujar Tuan

Haji Azmin pula.

“Syia kena ke mahkamah hari ni, Abah Az,” jawab

 Asyia.

Puan Hajah Karissa mengangguk. Kasihan pula

pada Asyia yang terpaksa menggantikan tempat Izham

sementara anak lelaki yang bakal menjadi pewaris kepada

frma guamannya itu pergi menuntut ilmu di perantauan.

“Kesian umi tengok Syia. Ke hulu, ke hilir.

Terkejar-kejar ke court memanjang.” Gelengan kepala Puan

Hajah Karissa semakin laju.

“Tak apalah, Umi Rissa. Syia tolong Abah Az

uruskan dulu  frm ni sementara nak tunggu Iz balik,” tukas

 Asyia dengan senyuman manis. Dia ikhlas ingin membantu

keluarga yang telah banyak berjasa kepadanya. Tidak terbalasbudi baik mereka kepadanya selama ini.

“Susahkan Syia pulak. Umi tahu, Syia ada cita-cita

sendiri. Tapi terpaksa  jugak ikut kehendak abah kamu ni.”

Tidak senang hatinya kerana telah menyusahkan anak muda

itu. Dizyan hanya diam memerhatikan Puan Hajah Karissa

dan Asyia silih berganti.

“Tak susahlah, Umi Rissa. Kalau nak diikutkan jasa

Umi Rissa dan Abah Az pada Syia, belum dapat Syia balas

 walaupun Syia tolong Abah Az uruskan frm ni.” Asyia tidak

mahu mereka terasa bersalah kerana menyusahkannya.

“Dahlah tu. Makan cepat. Nanti Syia lambat  pulak 

nak ke mahkamah,” ujar Tuan Haji Azmin. Gadis itu

mengangguk pantas dan segera menyuapkan nasi lemak kemulutnya.

“Yan nak abah hantar Yan hari ni?” tanya Tuan Haji

 Azmin kepada anak kandungnya. Gadis itu seperti berfkir.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 54/102

Kau Milikku

54

“Tak payahlah, abah. Yan ambil bas aje,” tolak

Dizyan. Dia tidak mahu rakan-rakan sekolahnya tahu dia

anak peguam bela dan peguam cara terkenal, Tuan Haji

 Azmin yang bertanggungjawab ke atas kes perceraian artis-

artis terkenal di Malaysia. Biarlah orang kenal dia sebagai

Dizyan Farhana binti Azmin. Itu sudah cukup buat Dizyan

  jika ada yang sudi mengenali dirinya. Hanya Misha dan

 Yasmin sahaja yang tahu tentang rahsia diri Dizyan itu.

“Takkan Yan nak ambil bas waktu macam ni? Dahpukul berapa dah ni? Bas pun dah lepas. Kak Syia hantar Yan

pergi sekolah, ya?” Asyia pula yang mempelawa.

“Tak menyusahkan Kak Syia ke?” Risau juga jika

dia menyusahkan peguam muda itu.

“Taklah. Kak Syia nak lalu jalan yang sama jugak,”

ujar Asyia.Dizyan mengangguk perlahan tanda setuju dengan

cadangan itu.

“Okeylah, umi... abah. Yan pergi dulu,” ujar Dizyan

dan tunduk menyalami kedua-dua ibu bapanya. Asyia juga

turut melakukan perkara yang sama.

Dizyan menyarungkan kasut sekolahnya. Kemudian,

dia segera masuk ke dalam perut kereta apabila jarum jam

tangannya sudah menunjukkan pukul tujuh, lima belas minit

pagi. Kalau dia lambat, alamatnya pasti namanya akan

dimasukkan ke dalam buku pengawas. Sudah beberapa kali

namanya tercatat di dalam buku itu. Dia tidak mahu disenarai

hitamkan pada tahun terakhirnya di sekolah itu. Perkara

sebegitu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.Cukuplah dia hanya berada di dalam senarai yang paling

dikehendaki oleh ahli kumpulan Faizal.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 55/102

Aisha Hamza

55

KERETA ASYIFA  berhenti betul-betul di hadapan pintu

pagar sekolah. Dizyan turun dari kereta itu dan melambai ke

arah kakak sepupunya. Lambaian dibalas. Kereta Asyia terus

menderum pergi meninggalkan kawasan sekolah Dizyan.

Pintu pagar sekolah dibuka sekecil yang mungkin. Segera

Dizyan membolosi diri sebelum pintu pagar tersebut ditutup

oleh pengawas sekolah yang bertugas pada hari itu. Tersengih

 Andika melihat Dizyan.

“Nasib baik kau awal beberapa minit, Yan. Kalautak, nama kau dah ada dalam buku aku ni,” sindir Andika.

Dizyan mencebik.

“Nak tunjuk dia berkuasalah tu,” gumam Dizyan.

 Andika mengerutkan dahi.

“Apa, Yan?” tanya Andika tiba-tiba. Dizyan

tersentak.“Tak ada apa-apa. Hari ni bangun awal, tulah

sebabnya datang awal beberapa minit,” perli Dizyan semula.

Kali ini Andika pula yang mencebik. Dizyan pun

pelik. Kenapa pengawas sekolah dan juga geng yang terkenal

dengan sikap pembuli mereka itu selalu sahaja cari pasal

dengannya? Terus sahaja Dizyan melangkah ke laman sekolah

untuk beratur bersama rakan sekelas. Berdiri di belakang

Misha. Diletakkan beg galas ke bawah. Misha beralih ke

belakang.

“Mamat poyo tu tak  pulak tulis nama kau,” kata

Misha.

Dizyan menggeleng.

“Kesemua pelajar dikehendaki meluruskan barisan

dan pandang ke hadapan.”

Pelajar-pelajar yang berdiri di laman sekolah segera

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 56/102

Kau Milikku

56

mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua pengawas

sekolah.

Selesai perhimpunan, mereka semua kembali ke

kelas masing-masing. Kerusi di sebelah Dizyan kosong.

Dizyan tercari-cari akan wajah itu. Dipandangnya ke arah

Misha dan Yasmin.

“Mana Tika?” tanya Dizyan.

“Hari ni dia tak datang. Demam, katanya. Dia suruh

aku cakap dengan cikgu. Tika call aku pagi tadi. Pepagi buta

 pulak tu. Nasib baik aku dah bangun dari membuta,” seloroh

 Yasmin. Mereka berdua tergelak kecil.

Seketika kemudian, Puan Wong yang mengajar

subjek matematik melangkah masuk. Satu kelas bangun dan

mengucapkan selamat pagi. Mereka mengeluarkan buku

latihan matematik masing-masing. Satu per satu langkahpengiraan diajar oleh Puan Wong. Setelah aham, mereka

harus menyiapkan latihan yang diberikan di dalam kelas.

Sedang Dizyan leka menyiapkan latihannya, tiba-tiba seorang

pelajar tingkatan tiga mengetuk pintu. Mata seluruh kelas

tertumpu ke arah pelajar tersebut. Dizyan tunduk semula

menghadap buku latihan di hadapan. Malas hendak

mengambil tahu urusan pelajar itu dengan Puan Wong.

“Dizyan Farhana Azmin,” panggil Puan Wong.

Dizyan segera mengangkat kepala memandang

guru yang sedang tercegat berdiri di hadapan. Kesemua mata

rakan sekelas tertumpu pula kepadanya.

“Adik kamu nak berjumpa. Dia sedang tunggu

kamu di kantin.” Fasih sekali Puan Wong berkata-kata.

Dizyan mengerutkan dahi. Pelik. Mengalih pandang

ke arah Misha dan Yasmin yang turut sama mengerutkan

dahi.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 57/102

Aisha Hamza

57

“Adik? Kaukan tak ada adik...” bisik Misha perlahan.

Dizyan mula gelisah duduknya.

“Memanglah. Aduhh... siapa  pulak yang nak

kenakan aku ni?” Dizyan masih tidak berganjak dari kerusi

 yang diduduki.

“Dizyan, ada apa-apa masalah ke?” Puan Wong

bertanya. Diturunkan sedikit cermin matanya supaya dapat

nampak Dizyan dengan lebih jelas.

“Tak ada apa-apa, Puan Wong. Nanti waktu rehat

saya jumpa dengan ‘adik’ saya tu.” Sengaja ditekankan

perkataan adik itu.

“Pergilah sekarang. Katanya, urgent.” Puan Wong

memandang pelajar tingkatan tiga itu. Segera pelajar tersebut

mengangguk.

“Saya masih tak siapkan lagi latihan ni, cikgu.”Sedaya upaya Dizyan cuba menolak.

“Tak apa. Kamu boleh hantar pada saya kejap lagi

atau esok saja.” Beria-ia Puan Wong menyuruhnya pergi

berjumpa dengan budak yang dikatakan ‘adik’ Dizyan itu.

Dizyan sudah tidak boleh mengelak lagi. Mahu atau tidak,

perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya dan keluar dari

kelas tersebut. Pelajar tingkatan tiga itu telah kembali ke

kelasnya semula setelah melihat Dizyan menurut arahan

Puan Wong itu. Tidak boleh disalahkan Puan Wong juga. Dia

tidak tahu latar belakang keluarga Dizyan dan juga tidak tahu

ada orang yang berniat untuk mengenakan gadis itu.

Misha dan Yasmin saling berpandangan. Kemudian,

mereka segera menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurumatematik mereka itu.

Dizyan melangkah malas ke arah kantin. Siapalah

pula yang berniat jahat ingin mendajalkannya? Dizyan sudah

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 58/102

Kau Milikku

58

mendekati kantin. Hati berasa kurang enak. Diurut dada

berulang kali. Bersabar. Dilabuhkan punggung di atas bangku

di dalam kantin tersebut. Menunggu kedatangan ‘adik’nya

itu. Tiba-tiba, Dizyan terasa diri dilanggar dari belakang dan

ada cecair panas yang mengalir di belakangnya. Terus sahaja

Dizyan berdiri dan memandang gerangan yang melanggarnya

itu. Terlihat Ku Zhety memegang semangkuk mi rebus. Dan,

di dalam mangkuk itu hanya separuh mi serta kuah sahaja

  yang tinggal. Dizyan teringat akan cecair panas yangmengalir di belakangnya. Dipegang. Berlendir dan berbau

kuah mi rebus. Dizyan sedaya upaya menahan amarah.

Melihat wajah Ku Zhety yang memandangnya seperti orang

tidak bersalah dan tersenyum sinis.

“Opsss... sorry. Sengaja,” ujar Ku Zhety dengan

sinis sekali.

“Apa you dah buat ni, Zhety?” jerit seorang lelaki.

Tidak perlu Dizyan memandangnya. Sudah tahu akan

gerangan pemilik suara itu.

“I tak sengajalah, sayang.” Ku Zhety berkata manja.

“You tak sengaja? Takkanlah you tak nampak

dugong sesat ni duduk kat depan you yang sikit punya besar

ni?” ejek lelaki tersebut.

“Ini memang kerja kau orang, kan? Apa salah aku

sampai kau orang dendam sangat dengan aku? Aku tak kacau

hidup kau orang.  Apasal  kau orang nak kacau hidup aku?

Kau sendiri semalam kata nak berdamai dengan aku. Apa dah

  jadi sekarang ni? Kalau macam nilah perangai kau, cancel  

aku nak berdamai dengan kau.” Perlahan sahaja Dizyan

bertanya. Faizal tersenyum sinis.

“Aku nak berdamai dengan kau?   In your dreams.

Kau patutnya jaga sikit mulut kau tu. Jangan biadab sangat.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 59/102

Aisha Hamza

59

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”

Siap berperibahasa lagi Faizal berkata-kata. Perlahan sahaja

dia mengucapkan kata-kata itu di telinga Dizyan.

“Oh... pandai  jugak kau gunakan peribahasa. Aku

ingatkan kau ni buta bahasa!” sindir Dizyan.

“Tak kisahlah kau nak cakap apa pun. Kau balik

mandilah. Dah bau mi rebus.” Selepas sahaja Faizal habis

berkata-kata, ahli kumpulannya ketawa berdekah-dekah.

Dizyan mendengus kuat. Terlupa pula dia akan

kuah mi rebus yang sudah mewarnai baju putihnya. Dizyan

segera berlalu menuju ke tandas.

Dibuka baju yang dipakainya dan digosok

menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran kesan kuah

mi rebus tersebut. Semakin teruk, bukan semakin bersih!

Dizyan melepaskan keluhan. Dia menyarungkan semula bajutersebut ke tubuhnya dan menuju ke pondok teleon yang

terletak di dalam kawasan sekolah. Sudah dipegang gagang

teleon itu, tetapi diletakkan kembali. Siapa yang boleh

diharapkan untuk mengambil dia dari sekolah? Kalau Asyia,

  wanita itu sudah lama ke mahkamah. Lagipun tidak elok

mengganggu orang yang sedang sibuk bekerja. Tuan Haji

 Azmin? Abahnya itu mempunyai kes yang perlu diselesaikan  juga pada pagi itu. Puan Hajah Karissa? Wanita anggun itu

tidak boleh membawa kereta. Mak Kiah? Sudah pasti orang

tua itu juga tidak boleh memandu.

Pening! Dizyan memegang kepala. Dia harus

menjalani sisa-sisa persekolahannya hari ini dengan baju

 yang berbau kurang enak itu.

Perlahan-lahan Dizyan melangkah masuk ke dalam

kelasnya. Nasib baik guru subjek seterusnya belum lagi

masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja Dizyan masuk ke dalam

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 60/102

Kau Milikku

60

kelas, semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang berbisik

sesama sendiri, ada yang tertawa melihat keadaannya itu.

Misha dan Yasmin ternganga.

“Kenapa dengan kau ni, Yan?” tanya Yasmin. Dia

segera berubah tempat dan duduk di sebelah Dizyan. Gadis

itu menjadi tidak selesa apabila menjadi tumpuan kelas pada

hari itu.

“Ni semua kerja Zhety dengan Faizal,” ujar Dizyan

perlahan.

“Lagi-lagi syaitan dua ekor tu punya kerja. Dia

orang ni memang cari pasal!” Yasmin sudah mengepal

penumbuk.

“Kesian kat kau, Yan.” Misha berkata simpati.

 Yasmin mengangguk.

“Thanks sebab kau orang ada masa aku dalam susahmacam ni,” ucap Dizyan bersungguh-sungguh. Yasmin

menggenggam erat jemari Dizyan.

“Nasib baik Si Asrul tu tak bersekongkol dengan

geng syaitan tu. Kalau tak, dah lama aku debik Si Asrul.”

  Yasmin berkata sambil menunjukkan gayanya. Dizyan dan

Misha tergelak kecil.

“Habis, apa kau nak buat sekarang?” Misha bertanya

pula.

“I... declare... war . Perang ni dia yang mulakan, biar

aku aje yang habiskan.” Dizyan berkata dengan penuh

perasaan yang sukar dimengertikan oleh Misha dan Yasmin.

“Aku nak join, boleh?” tanya Yasmin dengan penuh

teruja.

Dizyan menggeleng perlahan.

“This is between me and him,” ujar Dizyan.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 61/102

Aisha Hamza

61

Diangkat kening sebelah kiri. Mukanya penuh dengan

semangat.

“Kau jangan buat sampai kantoi dengan Cikgu

  Alias, sudah!” pesan Yasmin sebelum berlalu semula ke

tempat duduknya apabila guru subjek perdagangan mereka

masuk ke dalam kelas.

Puan Chiu membuka buku teks perdagangan. Tiba-

tiba hidungnya terbau sesuatu. Cuba mengesan dari mana

bau tersebut datang. Pelajar-pelajarnya pelik dengan tindakanguru mereka itu.

“Kenapa cikgu bau mi rebus?” tanya Puan Chiu.

Seluruh kelas tergelak. Dizyan masam mencuka.

Puan Chiu pelik apabila melihat pelajar-pelajarnya tergelak

sakan.

“Macam mana cikgu tak bau mi rebus. Ni ha... Yanmandi dengan kuah mi rebus,” seloroh Zahim. Mata Puan

Chiu terarah kepada Dizyan.

“Yan mandi kuah mi rebus?” tanya Puan Chiu

kebingungan.

Dizyan hanya mendiamkan diri.

“ Hmmm... tak apalah. Sila buka buku teks kamu.Muka surat tiga belas.” Selepas menerima arahan dari Puan

Chiu, segera mereka menyelak buku teks perdagangan.

LOCENG SEKOLAH berbunyi nyaring, menandakan waktuuntuk pulang. Dizyan mengemas buku yang berselerak di atas

meja dan disimpan di dalam beg galasnya. Dia segera bergerak

keluar dari kelas bersama Misha dan Yasmin. Beg tersebut

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 62/102

Kau Milikku

62

tidak digalas sebaliknya hanya dipegang sahaja. Takut beg

tersebut melekat bau kuah mi rebus. Mereka bertiga melintasi

geng Faizal yang sedang melepak di tempat biasa mereka.

Entah lawak apa yang dibuat oleh Yasmin sehingga Dizyan

tertawa kuat. Misha menekup mulutnya. Yasmin memang

pandai menghiburkan hati mereka berdua.

“Baju dah kena kuah mi rebus pun masih boleh

gelak lagi. Kalau aku, malu gila! Entah-entah aku terus

pindah sekolah aje.” Aneeq berkata kuat.Terhenti gelak tawa tiga gadis tersebut secara tiba-

tiba. Mengalih pandang ke arah kumpulan yang sedang

merehatkan diri di bawah pokok.

“Aku ingatkan jembalang mana tadi. Rupa-rupanya

beruk hutan ni.” Selamba sahaja Yasmin berkata.

Dizyan tertawa kecil. Misha malas mahu ikutcampur. Dia mendiamkan diri sahaja. Asrul pernah memberi

amaran kepada Misha supaya jangan mencari pasal dengan

geng-geng Faizal. Mereka itu mampu lakukan apa sahaja

perkara yang berada di batasan fkiran mereka.

“Woi... perempuan jual mi rebus... balik ni nak jual

mi rebus ke?” ejek Aneeq.

Faizal hanya tersenyum sinis. Ahli-ahli lain hanya

tertawa yang menyakitkan hati.

“Kalau aku jual mi rebus pun, sekurang-kurangnya

dapat duit yang halal dari rezeki yang halal. Bukan macam

kau orang, asyik peras ugut orang. Makan duit haram.”

Dizyan meluahkan perasaan geram yang tidak terkata kepada

mereka.

 Aneeq berjalan laju menuju ke arah mereka bertiga

dengan penumbuk yang dikepalnya. Ingin sekali dia

menumbuk wajah mulus itu, tetapi sempat ditahan oleh

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 63/102

Aisha Hamza

63

  Asrul yang kebetulan lalu di situ. Memerah wajah Asrul

menahan marah.

“Neeq, kau ni tak malu ke nak pukul perempuan?

Pilihlah orang yang boleh lawan kau balik.” Asrul berbisik di

telinga Aneeq sambil menahan tubuh anak muda itu dari

terus menghampiri ketiga-tiga gadis tersebut.

 Yasmin cuak. Misha seperti mahu menangis sahaja.

Tetapi wajah Dizyan masih selamba.

“Fez... kau nasihatkan sikit kawan kau ni. Kalau dia

berani sentuh dia orang bertiga ni, aku takkan maakan kau.

 Forever !” Laung Asrul dari jauh.

Faizal mendengus geram.

  Asrul cepat sahaja mengajak mereka bertiga

beredar.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 64/102

Kau Milikku

64

SEBAIK SAHAJA  Dizyan 

melangkah masuk ke dalam

rumah, dia diserbu oleh Mak

Kiah. Berkerut dahi orang tua itu sebaik melihat warna baju

sekolah Dizyan.

“Yan pergi sekolah ni, pergi belajar ke pergi main?”

tanya Mak Kiah. Tergelak kecil Dizyan mendengar soalan Mak

Kiah.

“Pergi belajarlah, Mak Kiah.”

“Habis, kenapa setiap hari Yan balik aje baju mestikotor?”

“Entahlah, Mak Kiah. Ada orang gila kat sekolah tu

suka kacau Yan,” ujar Dizyan. Dia membuka kasut sekolah

 yang dipakainya. Diletakkan di atas rak kasut.

“ Hmmm... Mak Kiah tak aham dengan budak-

budak zaman sekarang ni,” rungut Mak Kiah. Dizyantersenyum.

“Tak perlu nak susah-susah aham, Mak Kiah. Buat

pening kepala aje,” kata Dizyan. Dia berjalan perlahan

Bab 7

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 65/102

Aisha Hamza

65

menuju ke tangga untuk ke biliknya yang berada di tingkat

atas.

“Sudahlah tu. Kamu pergi naik mandi. Bau bacin.”

Mak Kiah pura-pura menutup hidungnya. Lagi galak Dizyan

mengusik orang tua yang kuat melatah itu.

“Mestilah bau bacin. Namanya pun baru balik dari

sekolah.” Dizyan sudah tahu akan maksud bacin itu apabila

setiap kali pulang dari sekolah Mak Kiah akan merujuk bau

itu dengan dirinya.

Terus sahaja Dizyan melangkah naik ke tingkat atas

untuk membersihkan diri. Diletakkan baju yang kotor

tersebut ke dalam baldi lantas direndam dengan air sabun.

Selesai mandi, Dizyan memakai pakaian bersih sebelum

berbaring di atas katil. Waktu keuzurannya ini digunakan

sepenuhnya untuk berfkir bagaimana cara yang terbaikuntuk mengenakan Faizal dan Ku Zhety.

Dapat! Dizyan tertawa kuat seorang diri. Entah bila

masa dia terlelap kerana terlalu seronok untuk melaksanakan

rancangannya esok.

FAIZAL DAN AHLI KUMPULANNYA yang masih melepak di

bawah pokok tepi sekolah itu tertawa sesama mereka apabila

teringatkan kejadian Dizyan ‘disimbah’ kuah mi rebus oleh

Ku Zhety. Aneeq pula yang lebih gelaknya.

“Padan muka dengan si gemuk tu. Kita dah banyak

kali dah buat naya dia. Tapi, dia macam tak sedar diri, kan?”

 Aneeq berkata sambil memandang Faizal.

“Apa yang kita buat tu, belum teruk lagi. Tunggulah

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 66/102

Kau Milikku

66

satu hari nanti. Aku akan buat lebih teruk dari hari ni. Aku

akan balas dendam sampai dia malu. Tapi aku akan buat

rancangan tu on the last day. Sebelum aku pergi Australia.”

Faizal mengecilkan mata apabila cahaya matahari menyilau.

Kesemua ahli kumpulan memandang Faizal dengan tanda

tanya di benak masing-masing.

“Australia?” tanya Ku Zhety.

Faizal tergamam. Dia tahu dia sudah terlepas kata.

 Apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka?Tercari-cari alasan yang sesuai untuk dicipta.

“ Hmmm...  parents aku nak pergi  holiday. So, aku

pun ikut sekalilah,” bohong Faizal. Mereka yang lain

mengerutkan dahi. Hairan.

“ Holiday? Selama ni you tak pernah pun  ollow

 your parents pergi holiday. Adik-adik you aje yang pergi.” KuZhety mula curiga. Tertanya-tanya apa yang sedang bermain

di fkiran Faizal.

“Kali ni   my parents insist untuk I pergi sama.”

Semakin lama semakin menjadi pembohongan yang dicipta

Faizal.

“Betul ke dia orang yang suruh you pergi holiday

 

sekali? Or your ather nak hantar you pada  auntie you yang

duduk kat Australia tu?” duga Ku Zhety lagi.

Faizal sudah berpeluh. Dia berjanji pada dirinya

tidak akan memberitahu apa-apa tentang pemergiannya ke

 Australia. Biarlah ianya dirahsiakan.

“Kau ni buang tabiat ke, Fez? Nak pergi  holiday,

konon!” ejek Aneeq. Dia sudah tersenyum sinis.

“Anggap ajelah aku tak pernah cakap apa-apa.”

Faizal berkata hambar.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 67/102

Aisha Hamza

67

Ku Zhety menyilangkan tangan ke dada. Berasa ada

 yang tidak kena dengan kekasih hatinya itu.

PINTU UTAMA  rumah banglo itu dikuak luas. Faizal

melangkah masuk. Ditanggalkan kasut sekolah dan diletakkan

di atas rak kasut. Rumah hari itu sangat sunyi. Ke mana

semua orang? Faizal tertanya-tanya. Menjenguk ke dalam

dapur. Tiada orang. Tetapi pintu belakang dapur terbuka luas.

Dia menjenguk ke dari pintu dapur. Kelihatan Sutinah sedang

leka bersembang dengan pembantu rumah jiran mereka.

“Bik...” panggil Faizal.

Sutinah mengalih pandang. Tersengih melihat tuan

mudanya.

“Jal udah pulang,” ujar Sutinah.

“Yalah, bik. Takkan nak tidur kat sekolah pulak. Bik

ni asyik gosip aje. Makan tengah hari dah siap ke?” tanya

Faizal sedikit seloroh. Sutinah tersenyum.

“Udah, Jal. Bik udah letak di atas meja itu.” Sutinah

menjawab.

Faizal beralih dan masuk ke dalam rumah semula.

Menjenguk makanan yang sudah siap terhidang di bawah

tudung saji atas meja. Kemudian dia menjenguk semula ke

pintu belakang.

“Yang lain mana, bik?” Faizal bertanya.

Sutinah sekali lagi mengalih pandang ke arahFaizal.

“Datuk ke kantor . Datin ada meeting persatuannya.

Fikhri sama Fathiq ke rumah temen. Lagi belajar, kata

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 68/102

Kau Milikku

68

mereka.” Sutinah berkata panjang lebar. Faizal mencebik

tidak puas hati.

“Yelah tu. Pergi belajarlah sangat. Bukan pergi

belajar tapi pergi main  game. Lain kali, bik, jangan bagi dia

orang pergi rumah kawan-kawan dia orang tu. PMR tak lama

aje lagi... tapi pemalas,” sela Faizal.

Sememangnya Faizal jarang ada di dalam kelas

sewaktu pembelajaran tetapi markah peperiksaan tidak

pernah berada bawah daripada sembilan puluh peratus. Tidakdinafkan Faizal lebih pintar daripada adik-adiknya.

“Bibik harus  gimana? Datin udah ijinin mereka

keluar. Bibik nggak bisa melarang mereka,” tukas Sutinah.

Faizal mengangguk. Betul juga kata Sutinah itu.

Kalau umi yang sudah memberikan kebenaran, apa hak

pembantu rumah untuk menghalang mereka. Faizalmenggeleng perlahan.

“Udah deh, Jal. Kamu makan aja.  Bentar  lagi,

mereka pasti pulang,” ujar Sutinah. Dilihat tuan mudanya itu

mengangguk perlahan. Sutinah kembali menyambung

perbualan yang terhenti dengan pembantu rumah sebelah.

Sedang Faizal leka menonton televisyen di ruang

tamu, terlihat kelibat adik-adik kembarnya baru pulang dari

rumah sahabat mereka. Mereka melintasi ruang tamu. Tidak

perasan akan kehadiran Faizal di situ. Dia berdeham kecil.

Fikhri dan Fathiq beralih pandang.

“Baru teringat nak balik ke? Ingatkan dah tak ingat

 jalan nak balik rumah,” sindir Faizal. Adik-adiknya mencebik

masam.

“Alah... abang tu. Kadangkala balik dah malam

pun, kita orang tak bising. Yang kita orang balik dah petang,

abang dah kecoh-kecoh. Apa hal?” lantang Fathiq berkata.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 69/102

Aisha Hamza

69

Mata Faizal mencerlung ke arah mereka. Panas

hatinya mendengar kata-kata sebegitu dari mulut adik yang

muda dua tahun daripadanya.

“Kau jangan kurang ajar dengan aku. Ingat sikit

aku ni abang kau,” jerit Faizal pula. Fikhri berusaha menahan

adik kembarnya dari bergaduh dengan Faizal. Fathiq menepis

kasar.

“Kau jangan halang aku. Kau sebelahkan siapa

sebenarnya ni?” suara Fathiq semakin meninggi.

“Fathiq, kau ingat sikit Fikhri ni abang kau!

 Walaupun dia kembar kau tapi dia lahir awal beberapa minit

dari kau. Jangan kau kurang ajar dengan dia. Hormat sikit!”

Keras sahaja nada suara Faizal. Tidak berapa suka dengan

sikap Fathiq yang semakin kurang menghormati abang-

abangnya sejak dia sudah menjejakkan kaki ke sekolahmenengah.

“Ahhh...!” Malas Fathiq hendak mendengar kata-

kata Faizal. Dia cuba untuk berlalu dari situ tetapi Faizal

menarik bajunya sehingga dia terdorong ke belakang.

“Abang ni apa hal?” Fathiq berkata lantang.

Sutinah yang berada di dapur, terkedek-kedek lari

ke ruang tamu. Ingin melihat apa yang terjadi.

“Ya Allah! Ngapain, Jal? Ngapain kamu berantem?”

tanya Sutinah.

Faizal sudah mencekak baju Fathiq. Peluh jantan

sudah memercik di dahi Fikhri. Kalau abang dan adiknya itu

bergaduh, pasti berbulan mereka akan melancarkan perang

dingin.

“Bik jangan masuk campur!” Keras Faizal

memberikan amaran.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 70/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 71/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 72/102

Kau Milikku

72

kenakan mangkuk dua ekor tu.” Dizyan berkata kepada

dirinya sendiri. Memberi semangat sedangkan hatinya

berdebar-debar. Dada terasa hendak meletup. Takut apa yang

dirancang tidak menjadi.

Dizyan memasang pancuran air panas. Pagi yang

sejuk tidak membenarkan dia bermandi air sejuk. Diletakkan

kepala di bawah pancuran air. Terasa lega. Lama dia berada di

bawah pancuran air tersebut. Seperti tidak mahu keluar dari

bilik air.Usai mandi, Dizyan berdiri di hadapan singki.

Mengambil berus gigi dan menggosoknya. Sambil itu,

fkirannya menerawang. Rancangan yang hendak

dilaksanakan ini sebenarnya masih tidak cukup siat jahat.

Tetapi tidak mengapalah. Asalkan dapat membuatkan Faizal

dipanggil oleh Cikgu Alias sudah memadai.

Dizyan keluar dari bilik air dan menyarungkan baju

sekolahnya. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan

bersama keluarga.

Semasa bersarapan, Dizyan asyik tersenyum

seorang diri. Pelik Asyia melihat kelakuan adik sepupunya

itu. Puan Hajah Karissa mengerutkan dahi. Hairan melihat

sikap anak gadisnya.

“Yan okey ke?” tanya Asyia.

Dizyan tersentak dan memandang wanita di

sebelahnya.

“Apa yang okeynya, kak?”

“Yelah. Dari tadi Kak Syia tengok Yan asyik senyum

sorang diri aje.”

“Adalah, kak.” Dizyan berkata sambil tersenyum

penuh misteri.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 73/102

Aisha Hamza

73

  Asyia dan Puan Hajah Karissa menggelengkan

kepala mereka.

SEBAIK SAHAJA SAMPAI di sekolah, Dizyan meletakkan

beg di dalam kelas dan terus turun ke tingkat bawah. Awal

sekali Dizyan tiba di sekolah hari itu. Semata-mata untuk

melaksanakan rancangannya. Kakinya laju melangkah ke arah

tandas lelaki. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Nampaknya,

tidak ramai lagi yang berada di sekolah pada pagi itu. Dia

masuk ke dalam tandas tersebut. Diconteng sesuatu di

dinding tandas. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya,

Dizyan kembali semula ke kelas. Menyimpan alatan yang

digunakan untuk menconteng.Seketika kemudian, ternampak kelibat Ku Zhety

melintasi kelasnya sambil menggalas beg. Tidak lama

kemudian sekali lagi Ku Zhety melintasi kelasnya untuk

turun ke tempat yang selalu dijadikan tempat untuk melepak

geng-geng Faizal. Pantas Dizyan keluar dari kelasnya dan

memerhatikan keadaan sekeliling. Bagus!  Line clear . Cepat-

cepat Dizyan masuk ke kelas Ku Zhety dan membuka beggalas gadis itu. Mengambil tudung yang dipakainya semasa

kelas pendidikan Islam. Dizyan tahu ustazah paling tidak

suka orang tidak memakai tudung sewaktu pembelajarannya.

Dimasukkan tudung tersebut di dalam poketnya dan segera

keluar dari kelas tersebut sebelum dituduh mencuri

barangan. Maklumlah, itu bukan kelasnya. Jadi, orang akan

menuduh dia cuba untuk mencuri.

Dizyan meletakkan tudung yang baru diambilnya

itu di bawah meja guru. Tidak mahu letak di dalam begnya.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 74/102

Kau Milikku

74

Nanti kalau dilakukan pemeriksaan secara mengejut atau

 spot check, kantoi pula. Lebih selamat bukti tidak diletakkan

berdekatan dengannya.

Misha dan Yasmin yang baru sahaja sampai, terkejut

melihat Dizyan sudah berada di dalam kelas. Belum pernah

Dizyan tiba seawal itu ke sekolah. Selalunya hampir-hampir

 waktu persekolahan bermula, baru muncul gadis gempal ini.

“Awal hari ni, Yan?” tanya Misha.

Dizyan hanya tersenyum manis. Pura-pura

tersenyum sebenarnya. Ingin menutup perasaan gementar.

Risau juga rancangannya tidak menjadi.

“Jomlah, Yan. Turun. Kejap lagi dah nak  start 

beratur,” ujar Yasmin. Setiap pagi pasti kena beratur dulu

sebelum masuk ke dalam kelas masing-masing. Kecuali hari

Isnin yang akan diadakan perhimpunan mingguan. Merekabertiga beratur mengikut kelas. Tiba-tiba berdiri seorang

pengawas di hadapan sambil memegang mikroon. Mereka

  yang lain berasa pelik. Hari ini sepatutnya beratur sahaja.

Bukannya ada perhimpunan. Masing-masing masih

menunggu pengawas itu berkata-kata.

“Fezrull Faizal bin Farid. Kamu dikehendaki

berjumpa dengan Cikgu Alias di biliknya. Yang lain boleh

balik ke kelas masing-masing. Sekian terima kasih,” kata

pengawas sebelum beredar.

Dizyan sudah tersenyum sinis. Tidak sabar untuk

melihat Faizal menerima hukumannya.

Faizal yang mendengar namanya dipanggil oleh

pengawas, kelihatan terpinga-pinga. Serasanya dia tidakmelanggar mana-mana undang-undang sekolah. Dia

memanjat tangga untuk menuju ke bilik disiplin. Sempat

menjenguk ke bawah untuk melihat rakan-rakan yang sudah

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 75/102

Aisha Hamza

75

pulang ke kelas. Matanya tertancap pada Dizyan yang berada

di bawah. Kebetulan juga gadis itu memandang ke arahnya.

 Apabila terlihatkan wajah gadis itu yang sinis, dia tahu pasti

Dizyan ada kaitan dengan kejadian yang membuatkan Cikgu

 Alias memanggilnya. Faizal melangkah masuk ke dalam bilik

Cikgu Alias.

“Kamu ni apa nak jadi ni, hah?” bentak Cikgu Alias

kuat sebaik sahaja Faizal melangkah masuk. Kakitangan

pejabat yang ada di situ, terkejut mendengar jeritan Cikgu Alias. Faizal hanya mendiamkan diri. Menundukkan wajah ke

bawah.

“Kamu dahlah jarang masuk ke kelas, gengster

sekolah. Lepas tu kamu buat vandalisme  pulak. Saya tahu

kamu pandai. Keputusan tak pernah di bawah sembilan puluh

peratus. Kamu tak boleh tunjukkan teladan yang buruk ini

kepada junior kamu. Kamu tahu tak, saya kenal ayah kamu

tu. Kami berkawan baik. Saya boleh saja beritahu pada dia

 yang kamu telah melakukan vandalisme dengan menconteng

tandas sekolah. Tapi, kali ni saya lepaskan kamu. Saya cuma

akan hukum kamu. Lepas waktu sekolah, bersihkan tandas.

Bersihkan dinding yang kamu conteng tu.” Hukuman telah

pun dijatuhkan tanpa mendengar apa-apa rayuan daripadapesalah.

Faizal mengangguk perlahan. Malas untuk

membantah. Dia melangkah keluar dari bilik guru disiplin

itu.

Faizal melintasi kelas Dizyan. Melihat ke dalam

kelas itu melalui cermin tingkap. Kelihatan gadis itu sedang

tekun mendengar penerangan guru. Tetapi Dizyan turut

mengalih pandang ke luar. Tersenyum sinis dan mengangkat

ibu jarinya. Faizal menggenggam penumbuk dan terus

beredar menuju ke kelasnya pula.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 76/102

Kau Milikku

76

USTAZAH KHALISAH masuk

ke dalam kelas Lima Kemboja.

Kesemua pelajar berdiri dan

mengucapkan salam. Salam dibalas oleh ustazah muda itu.

Kebanyakan pelajar lelaki di sekolah itu menyukai ustazah ini.

Bukan kerana dia baik tetapi orangnya cantik, lemah lembut

dan yang paling penting, masih bujang. Pelajar perempuan

 yang tidak memakai tudung, digalakkan untuk mengenakan

tudung. Menghormati subjek yang sedang dipelajari itu. Ku

Zhety membuka beg galasnya. Ingin mengambil tudung yang

memang selalu dibawa ke sekolah.

Tiada! Habis diselongkar begnya itu. Mengeluarkan

buku-buku untuk memudahkan dia mencari tudung yang

sering dibawanya. Masih tiada. Ku Zhety sudah menggelabah.

Dicari di bawah meja. Juga tiada. Ke manalah pergi

tudungnya itu?

“Kenapa awak tak pakai tudung, Zhety?” tanyaUstazah Khalisah.

  Apakah alasan terbaik untuk diberikan kepada

Bab 8

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 77/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 78/102

Kau Milikku

78

kepada rancangan membalas dendam. Sebaik sahaja Ustazah

Khalisah melangkah keluar, Ku Zhety duduk semula di

tempatnya di sebelah Faizal. Tidak punya selera untuk keluar

makan walau tika itu waktu rehat. Ku Zhety sudah ada

rancangan. Tidak tahu sama ada menjadi ataupun tidak. Yang

penting, dapat mengenakan Dizyan sudah memadai baginya.

“I nak pergi kantin ni. You tak nak makan ke?”

tanya Faizal lembut.

“Tak naklah,” ujar Ku Zhety.

Faizal menjongketkan bahu dan keluar dari kelas

tersebut bersama ahli kumpulannya. Pandangan mata Ku

Zhety mengekori langkah Faizal dan ahli kumpulannya.

Tersenyum penuh misteri.

“Jagalah kau, dugong. Kau memang nak kena

dengan aku. You’re messing with the wrong lady,” ucap KuZhety. Setelah itu dia tertawa kuat. Kemudian menekup

mulutnya. Takut juga jika orang mengatakan dia tidak waras

kerana gelak seorang diri.

TAMAT SAHAJA waktu persekolahan pada hari itu, Ku Zhety

menyandarkan tubuhnya kepada Faizal. Lelaki itu sibuk

memasukkan buku ke dalam beg galasnya. Perlahan-lahan

Faizal menolak tubuh Ku Zhety supaya menjauhinya. Rimas

pula dengan kelakuan Ku Zhety itu. Muncung Ku Zhety sudah

panjang sedepa. Faizal malas mahu melayan sikap keanak-

anakan gadis tersebut. Ahli kumpulan yang lain sudah mulaiberkumpul di meja Faizal.

Ku Zhety menghentakkan kaki dan terus berlalu

dari situ. Sebal apabila tidak dilayan oleh kekasih hati. Aneeq

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 79/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 80/102

Kau Milikku

80

Tiada. Segera dia menoreh kereta Cikgu Alias

dengan kunci yang dipegangnya di sebelah pintu pemandu.

Kemudian dia membuang kepingan cat kereta yang melekat

di kuncinya itu. Takut juga bahan itu akan dijadikan bukti

untuk menuduhnya nanti. Kesan rancangan ‘CSI: Crime

Scene Investigation’ yang kerap ditontonnya melekat kuat di

ingatan.

Cepat sahaja Dizyan menyimpan semula kunci ke

dalam poket baju sekolahnya. Dia tersenyum sinis.“Padan dengan muka kau, Faizal! Esok gerenti kena

panggil dengan Cikgu Alias lagi,” ngomel Dizyan seorang diri.

Dia tertawa kecil. Memandang semula ke kiri dan ke kanan.

Kakinya laju melangkah meninggalkan kawasan parkir

tersebut.

Sengaja Dizyan pulang lewat pada hari itu. Inginmenguji tahap kemarahan Faizal lagi. Dia menunggu di

kantin. Sambil itu, menyelesaikan kerja sekolah yang

diberikan guru pada waktu persekolahan tadi. Sedang

menyiapkan kerja rumah perdagangan, ternampak kelibat

Faizal melintas. Dengan pantas, Dizyan mengemaskan buku-

buku sekolahnya dan dimasukkan ke dalam beg galas. Dia

tahu pasti Faizal akan berhenti melepak di bawah pokoktempat ahli kumpulannya selalu melepak. Perlahan-lahan dia

berjalan melintasi kawasan ahli kumpulan Faizal sedang

melepak. Mereka semua sedang leka bersembang. Hanya

Faizal sahaja yang mencerlungkan pandangan ke arahnya.

Dizyan tersenyum sinis. Ibu jarinya diterbalikkan

ke bawah. Dia segera beredar dari situ setelah berjaya

menyakitkan hati Faizal walaupun sedikit.

Faizal menggenggam penumbuk sekuat hatinya.

Geram tidak terkata.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 81/102

Aisha Hamza

81

DALAM PERJALANAN pulang ke rumah, Dizyan bernyanyi

kecil. Tiada apa yang ingin dikejarkan, jadi dia mengambil

keputusan untuk berjalan kaki pulang. Puas hati dapat

mengenakan ketua gengster sekolah. Sedangkan maia,

mobster atau yakuza yang ingin cari pasal dengannya pun,

pasti Dizyan tidak takut untuk menentang musuh. Inikan pula

hanya ketua gengster sekolah. Tetapi keterlaluan sangatkah

dia menggores kereta Cikgu Alias dan menuduh Faizal yang

melakukannya? Ah... usah diikirkan perkara itu. Mereka yang selalu mendajalkannya pun, tidak pernah ada perasaan

bersalah.

Dari kejauhan, terdengar suara-suara sumbang

motosikal kapcai yang sedang ditekan minyak. Telinga Dizyan

menjadi bingit. Tetapi tidak dipedulikan bunyi-bunyian itu.

Langkah Dizyan perlahan. Belum sempat dia memasuki

kawasan taman perumahan yang didiaminya, perjalananDizyan disekat oleh sebuah motosikal. Lelaki di atas

motosikal itu melemparkan senyuman. Tidak tahu sama ada

sinis atau manis. Dizyan mendengus kasar. Memandang lelaki

itu dengan renungan tajam.

“Tepilah!” ujar Dizyan kasar. Ditolak tubuh lelaki

 yang menghadang laluannya itu. Nasib baik lelaki itu sempatmenyeimbangkan tubuhnya. Kalau tidak, mahu jatuh

tersungkur dia di situ.

“Aku takkan ke tepi selagi aku tak dapat jawapan!”

ugut lelaki itu. Dizyan menjongketkan kening.

“Jawapan apa? Kau ingat aku ni ketua peperiksaan?

Kau nak jawapan, tunggulah periksa!” balas Dizyan seraya

membalas pandangan tajam lelaki itu.

“Kau boleh buat lawak  pulak dengan aku, ya?”

Tahap kemarahan lelaki itu hampir memuncak.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 82/102

Kau Milikku

82

“Kau nak apa sebenarnya ni, Faizal? Cakap cepat-

cepat boleh tak? Aku dah panas ni!” Dizyan mengibarkan

tangannya ke arah muka. Wajah coklat susu itu sudah

dibasahi peluh.

“Kau yang conteng tandas lelaki, kan? Lepas tu

Cikgu Alias ingat aku yang buat...” tanya Faizal. Kesemua

mata ahli kumpulannya yang turut serta, sama-sama

memandang ke arah Dizyan.

“Ada bukti ke yang kau main tuduh aku melulu ajeni?” Muka Dizyan selamba menuturkan kata.

“Memang kau yang buat, kan? Kau yang nak balas

dendam kat aku.” Nada suara Faizal sedikit meninggi. Dizyan

masih mengekalkan reaksi pura-pura tidak tahu di wajahnya

itu.

“Ada bukti? Kalau kau ada bukti, bolehlah kaucakap. Masalahnya, kau tak ada bukti. Jadi jangan tuduh aku.

Macam aku jugak. Aku tak ada bukti yang kau orang ‘tolong’

contengkan dinding dalam toilet perempuan. Then, tuduh

aku yang buat. Tapi aku tak ada bukti. Jadi aku tak tuduh pun

kau orang.  So, jangan kacau hidup aku lagi dah lepas ni.”

Dizyan menjeling geram. Terus sahaja dia berlalu pergi.

“Apa ada dalam otak kau, Fez?” tanya Rizal apabila

dilihatnya Faizal seperti memikirkan sesuatu setelah Dizyan

berlalu pergi dengan begitu selamba sekali.

“Aku ada satu plan. Tapi plan ni kita akan buat lepas

kita habis SPM. Dan, aku akan pastikan si dugong tu malu

nak jumpa dengan kita. Aku akan pastikan hidup dia merana!”

Begitu kejam sekali kedengaran pelan yang direncanakanoleh Faizal itu. Rizal dan Hakimy saling berpandangan. Aneeq

tersenyum sinis. Dany dan Riki hanya menjongketkan bahu.

Kemudian, mereka beredar dari situ.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 83/102

Aisha Hamza

83

SEPERTI YANG DIJANGKAKAN

oleh Dizyan, Faizal dipanggil

sekali lagi oleh Cikgu Alias. Marah

benar orang tua itu apabila melihat keretanya dicalarkan oleh

anak muda tersebut. Yasmin menepuk bahu Dizyan. Terkejut

gadis itu. Diurut dadanya. Disangkakan Faizal yang datang

ingin mencari pasal lagi.

“Wei, kenapa haaa... dua hari berturut-turut si

ketua geng syaitan tu kena panggil?” tanya Yasmin. Misha

menggelengkan kepala.“Kau ni, Yas. Dia orang ada nama kumpulanlah.

  Faizal and the boys. Kenapa kau panggil geng syaitan? Tak

baik tau, Yas,” ujar Misha. Walaupun dia juga turut tidak

menyukai ahli kumpulan itu tetapi baginya, tidak patut kita

menggelarkan seseorang itu syaitan.

“Yelah... yelah. Aku tahu... tukan bekas kumpulan

boyriend kau!” perli Yasmin.

Sekali lagi mendapat gelengan daripada Misha. Kali

ini, Dizyan turut serta menggeleng sama.

Bab 9

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 84/102

Kau Milikku

84

“Bukan sebab Asrul pernah   join group dia orang.

Tapi... kan tak baik.” Misha berkata lagi. Lebih kepada

menasihati sebenarnya.

“Betul cakap Sha tu, Yas. Tak baik. Aku yang selalu

kena naya dengan dia orang pun aku tak panggil dia orang

geng syaitan.” Dizyan membela Misha. Baginya, kata-kata

Misha itu benar.

“Okeylah... okeylah... aku takkan panggil dia orang

geng syaitan lagi.” Yasmin mengalah.

“Tapi yang aku pelik tu, kenapa Si Faizal tu asyik

kena panggil aje dua hari ni?” Yasmin masih meluahkan rasa

ingin tahunya. Kedua-dua sahabatnya itu hanya diam

membisu, enggan membuat sebarang spekulasi.

Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke

dalam kelas, Kartika menyerbu ke arah mereka. Pelik merekabertiga melihat tingkah Kartika. Bagai ada perkara yang

mencemaskan berlaku.

“Kenapa ni, Tika?” tanya Misha. Memegang lengan

Kartika.

“Yan, ada bungkusan untuk kau atas meja,” ujar

Kartika. Dizyan mengerutkan dahi.

“Bungkusan?” tanya Dizyan kembali. Meminta

kepastian. Kartika mengangguk pantas.

Dizyan melangkah laju ke arah mejanya. Memang

ada sebuah bungkusan yang dibungkus elok seperti hadiah

terletak di atas mejanya. Tiada nama pengirim. Perlahan-

lahan Dizyan merungkaikan ikatan reben di kotak hadiah

tersebut. Terbuka sahaja kotak itu, lalu melompatlah keluar

katak dan tikus. Menjerit-jerit pelajar perempuan kelas

tingkatan Lima Amanah. Tidak terkecuali Dizyan, Misha,

 Yasmin dan Kartika.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 85/102

Aisha Hamza

85

Pelajar-pelajar kelas sebelah keluar dari kelas

masing-masing dan menjenguk ke dalam kelas Lima Amanah.

Masing-masing ingin tahu apa punca keriuhan kelas tersebut.

Kelihatan para pelajarnya sedang menjerit kegelian. Seekor

tikus menaiki kain biru cair milik Dizyan. Menjerit kuat gadis

itu. Terlompat-lompat menepis tikus itu dari terus menaiki

kainnya. Kesemua para pelajar keluar dari kelas tersebut. Ku

Zhety dan rakan-rakannya tertawa kuat melihat telatah

Dizyan dan ahli kelas Lima Amanah itu. Mata Dizyanmencerlung memandang ke arah Ku Zhety.

“Aii... takkanlah dugong takut dengan tikus dan

katak. Kalau kau pijak sekali aje pun, aku rasa binatang-

binatang tu dah jadi macam lempeng. Kaki kaukan berat. For 

 sure tak hidup punya,” sindir Ku Zhety.

Dizyan melepaskan keluhan. Tahulah dia bahawa

Ku Zhety yang menghantar bungkusan itu.

“Ohhh...! Kaulah yang hantar bungkusan tu?”

Dizyan pura-pura bertanya.

Ku Zhety menjongketkan bahu dengan wajah

mengejek.

“Dah jumpa ke tudung kau? Jangan nanti kena

denda lagi,” perli Dizyan pula. Ku Zhety membeliakkan mata.

“Aku dah beli barulah,” ujar Ku Zhety sedikit kasar.

“Oh... kau dah beli baru. Harap kau tak  misplaced  

lagi kali ni.” Dizyan pula bersuara menyindir.

Ku Zhety mendengus geram. Terus mengajak

rakan-rakannya untuk pulang ke kelas mereka semula.

“Huh...! Kau jangan main-main dengan aku. Ini

Dizyan Farhanalah,” gumam Dizyan keseorangan.

Tiba-tiba suara Cikgu Alias memekik menghentikan

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 86/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 87/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 88/102

Kau Milikku

88

“Kalau awak berani keluar masa kelas saya, saya

akan laporkan pada Cikgu Alias!” ugut Cikgu Bahar.

Faizal memandang sekilas. Kemudian terus sahaja

keluar tanpa berkata sepatah pun. Ahli kumpulannya

tercengang. Tidak pernah Faizal bersikap biadab sebegitu.

Sesungguhnya mereka memang gengster sekolah. Tetapi

tidak pernah bersikap kurang ajar dengan mana-mana pun

guru sekolah itu. Cuma, mereka selalu sahaja dipanggil oleh

Cikgu Alias. Itu tidak boleh dielakkan. Namanya pun gurudisiplin. Cikgu Bahar meneruskan kelas untuk hari itu.

Faizal melabuhkan punggung di bawah pokok

tempat dia dan gengnya selalu berkumpul. Hatinya

mendongkol geram bila teringatkan kembali perbualan

antara dia dan Cikgu Alias.

“Apa nak jadi dengan kamu ni ha, Faizal?” Lantangsuara Cikgu Alias bertanya sebaik sahaja Faizal menutup

pintu bilik guru disiplin itu.

“Kalau ya pun kamu marahkan saya, jangan

calarkan kereta saya. Sekarang ni, kereta saya dah calar. Siapa

nak ganti? Kamu? Kamu bukannya berduit. Harapkan ibu

bapa kamu saja yang kaya. Cubalah untuk sekali ni, jangan

malukan ibu bapa kamu terutama bapa kamu tu, Datuk Farid.Siapa tak kenal dengan Datuk Farid? Penyumbang terbesar di

sekolah ni. Jadi, kamu ingat bila bapa kamu dah jadi

penyumbang di sekolah ni, kamu boleh buat sesuka hati?

Begitu? Ingat, Faizal. Kamu datang sini untuk belajar. Bukan

untuk jadi gengster atau ketua mafa sekolah. Kes peras ugut

kamu terhadap pelajar tingkatan dua tu pun belum selesai

lagi. Jangan bawak masalah pada sekolah ni. Jangan beri

masalah pada saya. Ini tahun terakhir kamu di sini. Harap

kamu tak berikan masalah untuk tahun terakhir kamu. Ingat!

Penilaian kamu berdasarkan kelakuan kamu. Pelajar-pelajar

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 89/102

Aisha Hamza

89

lain akan dinilai oleh guru kelas masing-masing. Tapi bagi

kes kamu, saya sendiri akan menilai kamu. Ya, saya tahu

kamu pandai. Paling pandai dalam kelas Lima Kemboja tu.

Kamu  jugak pelajar cemerlang. Lebih cemerlang daripada

sesetengah pelajar Lima Amanah. Tapi, kenapa kamu buat

masalah? Kamu ada masalah di rumah?” Panjang lebar Cikgu

  Alias berleter. Faizal menundukkan wajah. Malas mahu

menjawab.

“Kalau kamu tak nak cerita pada saya, ceritakanpada guru kaunseling kamu. Dia sentiasa ada untuk

menolong kamu.” Sambung Cikgu Alias. Disilangkan lengan

ke dada. Cikgu Alias melepaskan keluhan. Pening kepala

dengan pelajar seorang ini.

“Saya takkan beri apa-apa hukuman kepada kamu

hari ni. Saya akan adakan perhimpunan khas pada Jumaat ni.

Sewaktu perhimpunan, saya mahu kamu minta maa kepada

saya di hadapan pelajar-pelajar lain kerana mencalarkan

kereta saya,” tegas Cikgu Alias. Faizal membeliakkan mata.

“Tapi, cikgu...” ayat Faizal dipintas oleh Cikgu Alias.

“Tak ada tapi-tapi lagi. Kamu boleh masuk ke kelas

sekarang!” arah Cikgu Alias.

Faizal masih tidak berganjak dari kerusi yang

didudukinya.

“Ada apa-apa masalah lagi, Faizal? Kamu nak saya

tambah lagi hukuman kamu?” ugut Cikgu Alias.

Dengan malas, Faizal bangun dan beredar dari bilik

guru disiplin itu. Meminta maa di hadapan pelajar-pelajar

lain sewaktu perhimpunan? Ini akan memalukan dia sebagaiketua gengster sekolah. Faizal menumbuk pokok yang

dijadikan tempat berteduh itu. Ini memang kerja Dizyan.

Tidak lain dan tidak bukan, mesti dia!

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 90/102

Kau Milikku

90

“Sabar, Zal! Sabar. Kau mesti bertenang kalau nak

kenakan dugong tu. Kau mesti kenakan dia habis-habisan.

Kau mesti malukan dia!” Faizal memberi kata-kata semangat

kepada dirinya sendiri. Dia melepaskan keluhan perlahan.

DIZYAN terlihat Faizal melintasi kelasnya dengan wajah yang

muram. Keadaan itu serta-merta membuatkan dia terikir

apakah hukuman yang diberikan oleh Cikgu Alias kepada

Faizal. Loceng berbunyi sekali menandakan tamat subjek

prinsip akaun pada hari itu. Cikgu Izwan keluar dari kelas

setelah memberikan kerja rumah untuk pelajar-pelajarnya.

Misha dan Yasmin mendekati Dizyan yang sedang

leka menyiapkan kerja rumah prinsip akaunnya itu.“Yan, kau nak tahu tak?” ujar Yasmin membuatkan

Dizyan mendongak memandang sahabatnya itu. Dikerutkan

sedikit dahi. Seperti wartawan sahaja, gayanya.

“Faizal calarkan kereta Cikgu Alias.” Misha pula

berkata, menyambung ayat Yasmin.

“Ohhh... ye ke? Itu aku dah tahu.” Perlahan sahajatutur Dizyan. Misha dan Yasmin saling berpandangan.

“Macam mana kau tahu? Aku pun dapat tahu masa

lalu depan bilik Cikgu Alias tadi,” sela Yasmin. Tiada reaksi

menggelabah yang ditunjukkan Dizyan. Sebaliknya, hanya

tersenyum meleret.

“Jangan-jangan kau...” Ayat Yasmin tergantung.

“Kau jangan nak tuduh aku. Tak ada bukti, tak

boleh tuduh,” kata Dizyan, masih dengan senyuman

misterinya. Misha hanya menggeleng perlahan.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 91/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 92/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 93/102

Aisha Hamza

93

“Siapa lagi?” Dizyan berkata.

“Hah... cerita pasal Faizal, katanya dia ada satupengumuman yang dibuat waktu perhimpunan khas nanti.”

 Ayza menyambung. Dizyan tersenyum penuh makna.

“Tulah sebabnya aku bersemangat nak datang awal

hari ni,” ujar Dizyan dan terus melangkah meninggalkan

  Ayza yang terpinga-pinga. Sempat melambai ke arah

sahabatnya itu.

Dizyan menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat

atas. Meletakkan beg galas di atas kerusi. Dilabuhkan

punggung sebentar sebelum loceng berbunyi menandakan

mereka harus beratur. Tidak sabar dia menunggu untuk

‘pengumuman’ khas yang akan disampaikan oleh Faizal itu.

Dizyan beratur di belakang Yasmin. Misha beratur

di belakangnya. Seperti perhimpunan biasa, merekadikehendaki membaca doa sebelum memulakan

perhimpunan.

“Sekarang diminta Azem untuk membacakan doa.

Dipersilakan.”

Seorang pelajar yang memakai baju putih dan

seluar hijau tua, naik ke atas pentas untuk membaca doa.

Memang setiap minggu dia dipertanggungjawabkan untuk

membaca doa. Selesai doa dibacakan, pengawas bertugas

mengambil semula mikroon untuk membuat pengumuman.

Sesekali terdengar Dizyan mengeluh kuat. Yasmin

memusingkan kepala ke belakang. Misha mendekatkan

badannya ke badan Dizyan.

“ Apasal kau ni dari tadi mengeluh tak habis-habis?”

tanya Yasmin.

Dizyan tersenyum kecil. Mereka seperti memahami

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 94/102

Kau Milikku

94

akan maksud senyuman itu. Yasmin menjongketkan bahu

dan berpaling semula ke hadapan. Misha menggeleng

perlahan.

“Sekarang kita ada satu pengumuman yang akan

disampaikan oleh salah seorang rakan kita. Dipersilakan

Faizal untuk naik ke pentas.”

Mata Dizyan yang sedari tadi kuyu sahaja, terus

menjadi segar apabila mendengar kata-kata pengawas

tersebut. Tersenyum lebar. Ahli kumpulan Faizal tercengang.  Ada sesetengah pelajar berbisik sesama sendiri. Ku Zhety

  yang pada mulanya leka bersembang bersama rakan-rakan,

terus mengalihkan pandangan ke hadapan. Perlahan-lahan

Faizal melangkah naik ke atas pentas. Disambut mikroon

  yang dihulurkan oleh pengerusi majlis. Faizal berdeham

kecil. Kesemua pelajar masih menanti butir bicara anak

muda itu.

“Pertama sekali, terima kasih kepada pengerusi

majlis sebab berikan saya peluang ni untuk menyampaikan

sesuatu,” ucap Faizal dan memandang ke arah pengerusi

majlis yang berdiri tidak jauh dari situ. Pengawas yang

dikenali sebagai Ashra atau Acap itu, mengangguk perlahan

dan tersenyum.“Keduanya, saya ingin minta maa dengan Cikgu

 Alias sebab calarkan kereta cikgu hari tu. Saya sebenarnya tak

berniat. Tapi sebab ikutkan rasa marah, saya buat jugak.”

Suara Faizal yang lembut itu membuatkan hati

Cikgu Alias tidak lagi dibakar api. Sebaliknya terus sejuk.

Hilang sudah rasa amarahnya. Senyuman di bibir Dizyan

serta-merta mati. Tidak lagi selebar tadi. Rasa bersalah

menerpa di benak. Aku yang buat, dia yang tanggung, gumam

hati Dizyan sendiri.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 95/102

Aisha Hamza

95

“Di kesempatan ini  jugak, saya nak minta maa 

kepada semua yang pernah saya buli atau peras ugut. Saya

tahu saya banyak buat salah pada kau orang. Saya mengaku

saya rasa seronok bila kenakan kau orang. Tapi lama-

kelamaan rasa seronok tu jadi rasa bersalah. Hati saya rasa

tak tenang,” jelas Faizal lagi. Wajahnya ditundukkan sebentar.

Kemudian didongakkan semula dan memandang ke hadapan.

Tepat ke arah Dizyan. Gadis itu kegelisahan. Pura-pura

memandang ke arah lain.“Tapi ego saya terlalu besar. Dan menghalang saya

daripada meminta maa. Hari ni, hati saya telah terbuka

untuk meminta maa. Maakanlah saya. Ini tahun terakhir

saya berada di sini. Berharap kemaaan kau orang semua

dapat menjadikan saya manusia yang lebih berguna kelak.”

Panjang lebar Faizal berucap. Kesemua mata memandang

sayu ke arahnya.

Tiba-tiba hati Faizal digeletek lucu. Nampak sangat

rancangannya sudah berjaya. Dia memandang ke arah Dizyan.

Gadis itu juga menampakkan riak wajah bersalah. Ingin

tersenyum tetapi segera ditahan. Faizal menghulurkan

mikroon itu semula kepada pengawas bertugas.

“Terima kasih, Faizal. Jadi, macam mana? Andasemua maakan dia?” Acap bertanya kepada ratusan pelajar di

hadapannya. Mereka semua mengatakan setuju serentak.

 Acap menyuakan mikroon tersebut ke arah mulut Faizal.

“Terima kasih. Walaupun dah macam-macam aku

buat, kau orang tetap maakan aku. Terima kasih banyak-

banyak.” Faizal berkata se‘ikhlas’nya. Yasmin memusingkan

tubuh ke belakang. Memandang Dizyan

“Kau tengok! Dia sanggup ketepikan ego dia dan

minta maa. Kau tak rasa apa-apa ke?” Yasmin menyindir.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 96/102

Kau Milikku

96

“Dahlah tu. Aku dah cukup rasa bersalah ni.” Ujar

Dizyan. Yasmin tersenyum kecil.

“Tahu tak apa!” Yasmin memusingkan semula

tubuhnya ke hadapan.

SELEPAS TAMAT PERHIMPUNAN, ahli kumpulan Faizalmenyerbunya. Mereka masih tidak percaya dengan apa yang

berlaku sebentar tadi. Ada yang meluahkan rasa tidak puas

hati kerana Faizal cepat sangat mengikut kata-kata Cikgu

  Alias. Faizal tidak peduli semua itu. Yang penting, dia rasa

puas dapat melihat reaksi Dizyan tadi. Pasti gadis itu sudah

termasuk dalam jeratnya. Dia hanya tersenyum penuh misteri.

 Asrul dan Najib menuju ke arah Faizal yang dikerumuni ahlikumpulannya.

“Apa yang ada dalam fkiran kau?” tanya Najib tiba-

tiba.

 Aneeq memandang Najib dengan perasaan jengkel.

Tidak suka Faizal selalu bergaul dengan anak muda itu. Tetapi

apakan daya, mereka sudah bersahabat sejak kecil. Aneeq

berfkir sesuatu. Dia harus mencari jalan supaya Faizal tidak

selalu mendekati Najib. Baginya, Najib membawa pengaruh

positi terhadap Faizal. Dan sekali gus akan mengurangkan

nilai-nilai negati yang disemai oleh Aneeq dalam diri Faizal.

“Tak ada apa-apa. Betul  jugak cakap Cikgu Alias.

  Aku kena minta maa dengan semua orang. Sebab ini fnal 

 year aku kat sini,” ujar Faizal. Tiada reaksi yang ditunjukkan.Tetapi dia tahu, Najib tetap dapat membaca isi hatinya.

“Come onlah, Zal. Ingat! Aku kenal kau.” Najib

seperti memberi amaran.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 97/102

Aisha Hamza

97

“Kau jangan buat benda-benda yang akan

memalukan amily kau nanti. Papa kau tu, Datuk Farid,” sela

 Asrul pula.

Faizal mengeluh bosan.

“Yelah, aku tahu. Berapa kali kau orang nak remind  

aku tentang bapak aku tu?” Faizal sudah menyampah. Setiap

kali seseorang ingin memberikan nasihat atau pesanan

kepadanya, pasti akan disebut nama papanya sekali. Dia sudah

bosan. Bosan hidup di bawah nama Datuk Farid. Faizal inginorang mengenalinya kerana Fezrull Faizal, bukan kerana

Datuk Farid. Tetapi namanya pun berbinkan Datuk Farid. Ke

mana lagi harus dia buang nama itu? Nama itu akan sentiasa

mengikutinya sehingga hari tua kelak. Asrul menepuk bahu

Faizal perlahan.

“Fez, jom karaoke malam ni?” ajak Aneeq. Yang lainturut bersetuju dengan cadangannya itu. Faizal memandang

malas.

“ Sorry, guys. Fez tak boleh ikut kau orang.” Najib

mencelah. Mata Aneeq mencerlung memandang anak muda

itu.

“Kau apa hal nak tolong cakap untuk Fez? Ada aku

ajak kau? Tak, kan? Jadi, tolong diam. Aku tanya Fez.” Kata-

kata Aneeq mencetuskan kemarahan Najib.

“Aneeq, kau kena ingat. Kalau tak kerana Fez

kesiankan kau dan ajak kau masuk kumpulan kami dulu,

sumpah sampai sekarang pun kau masih akan jadi orang yang

dibuli. Bila kau dah masuk kumpulan ni, pandai-pandai pulak 

kau nak hasut Fez jadi budak jahat. Dulu, kumpulan ni takpernah jadi most wanted A-list Cikgu Alias. Sekarang ni, sejak

ada kau, kumpulan ni dah selalu diburu guru disiplin dan

pengawas sekolah. Kalau aku kata Fez tak boleh pergi karaoke

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 98/102

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 99/102

Aisha Hamza

99

“Aku lepaskan kau sebab Fez aje tau!” Ujar Najib.

Sengaja Aneeq menyengetkan mulutnya. Membuatmuka jahat. Najib menuding jari ke arah Aneeq. Tanda

amaran. Najib terus sahaja beredar dari situ. Malas hendak

melihat wajah Aneeq lagi.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 100/102

No. ISBN:- 978-967-5067-54-9

Jumlah muka surat: 712

Harga Runcit:-

Semenanjung M’sia: RM23, Sabah/Sarawak: RM26Harga Ahli KKN:-

Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22

Sinopsis:-

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa

paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yanggempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman

sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam

perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 101/102

Lapan tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan

Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana

Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum

padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di

banglo milik keluarganya.

Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang

mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri.

  Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri

mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedarimereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai

‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau

sebaliknya?

Mulanya kebencian dan penindasan semata

kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah

sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda.Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan

menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera

rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran

dibongkar.

Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan

sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu

membina keluarga yang sempurna?

“Dahulu kita seteru, tetapi kini kau milikku….”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KAU

MILIKKU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-

kedai berdekatan anda.

  Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki

Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

8/6/2019 Kau milikku

http://slidepdf.com/reader/full/kau-milikku 102/102

Untuk melanggan melalui  online, sila layari laman

 web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu

tuliskan nama, alamat lengkap, no. teleon, tajuk novel yang

ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ 

kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan

poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Teleon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196