manuskrip kisah kau,aku&dia

Upload: muhammadasyrafasri

Post on 09-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    1/212

    1

    Prolog

    Tasha, kita buat time-capsule nak tak? cadang Rizalman. Natasha yang duduk di

    sebelahnya memandang. Sinar matanya jelas menunjukkan tanda tanya.

    Benda apa tu? Natasha melepaskan juga persoalan yang sedang berlegar di benaknya.

    Rizalman tersenyum.

    Nah, kita tulis surat dulu, jawab Rizalman sambil menghulurkan sekeping kertas

    berserta pen pada Natasha. Natasha mengambil pemberian Rizalman dengan seribu tanda tanya.

    Dia masih tidak faham tentang time-capsule yang dinyatakan Rizalman sebentar tadi.Apa kaitan

    tulis surat dengan time-capsule?

    Nak tulis apa? soal Natasha. Masih lagi dalam tanda tanya.

    Tulis tentang cita-cita dan impian Tasha lima tahun dari sekarang, cadang Rizalman.

    Natasha akur. Dia segera menulis cita-cita yang diidamkannya selama ini. Rizalman turut

    berbuat perkara yang sama. Mereka berdua membelakangi antara satu sama lain. Pohon Ru yang

    merendang sedia menjadi payung dari sinaran terik matahari. Angin yang bertiup sesekali

    menyapa pipi mereka berdua.

    Natasha meletakkan pen sebaik sahaja selesai menulis. Dia menjeling memandang

    Rizalman yang masih lagi menulis di sebelah. Niatnya ingin melihat apa yang ditulis oleh teman

    sepermainannya itu.

    Mana boleh tengok. Ni rahsia la, kata Rizalman sambil menutup kertas yang ditulisnya

    dengan tangan. Natasha mencebik.

    Kedekut, ucap Natasha sambil menjelirkan lidahnya. Namun jauh di sudut hatinya dia

    benar-benar ingin tahu akan impian lelaki itu.Apa yang dia tulis agaknya.

    Rizalman tidak mengendahkan cemuhan Natasha padanya. Dia meneruskan penulisannya

    yang terbengkalai sebentar tadi. Setelah puas dengan apa yang ditulisnya, barulah dia berhenti.

    Dia menoleh memandang Natasha.

    Dah siap? tanya Rizalman ringkas.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    2/212

    2

    Dah lama dah, jawab Natasha acuh tak acuh. Dia masih lagi terasa hati dengan respon

    Rizalman sebelum ini. Baginya, tiada apa yang harus Rizalman rahsiakan darinya kerana mereka

    berdua sudah berkawan sejak dari kecil lagi. Malah, dia sudah menganggap Rizalman sama

    seperti abang kandungnya.

    Rizalman tidak menghiraukan sikap dingin yang ditunjukkan Natasha. Baginya, itu

    semua tidak berapa penting. Apa yang penting ketika itu adalah time-capsule yang sudah lama

    menjadi angan-angannya untuk bermain bersama-sama Natasha.

    Dia mengambil kotak kayu yang diletakkan bersebelahan dengannya. Kotak sebesar

    telapak tangan itu cantik dihiasi ukiran-ukiran kayu di permukaannya. Natasha kagum melihat

    kotak kayu itu.

    Cantiknya, puji Natasha. Rizalman tersengih.

    Sekarangletak surat yang Tasha tulis tadi dalam kotak ni, arah Rizalman. Natasha

    akur. Dia melipat surat yang berisi dengan impiannya itu dengan kemas dan kemudian

    memasukkannya ke dalam kotak kayu. Rizalman juga berbuat perkara yang sama. Setelah itu,

    dia menutup kotak kayu itu dan menguncinya dengan kemas. Natasha hanya memerhati tanpa

    sebarang bicara.

    Jom ikut Man, ajak Rizalman sambil tangan kanannya menarik tangan Natasha. Kotak

    kayu digengamnya kemas dengan tangan kiri.

    Nak pergi mana ni? tanya Natasha hairan. Dia pelik melihat kelakuan Rizalman. Tadi

    suruh tulis surat. Sekarang ni suruh ikut dia pulak.

    Rizalman tidak menjawab soalan Natasha. Perhatiannya diberikan pada jalan di hadapan.

    Otaknya ligat berfikir tentang jalan yang pernah dilaluinya.Rasa-rasanya betullah jalan ni. Hari

    tu pun aku secara tak sengaja jumpa tempat tu.

    Setelah meredah semak dan mengharungi anak sungai, akhirnya mereka tiba di destinasi.

    Sebuah kawasan lapang yang dikelilingi oleh lalang yang menimbun.

    Tempat apa ni? soal Natasha.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    3/212

    3

    Nilah tempat Man selalu lepak. Cantik kan, balas Rizalman.

    Wah, bestnyer. Cantik tempat ni, puji Natasha. Matanya liar memerhatikan kawasan

    lapang itu. Walaupun tidak sebesar mana, tetapi ianya sudah cukup untuk mereka berdua

    bermain di situ. Timbunan lalang yang meninggi menjadi tembok yang memagari kawasan

    lapang itu. Cahaya matahari yang mencurah ke daun lalang mencipta warna biru yang

    mendamaikan. Terasa seperti berada di laut rasanya.

    Rizalman mengorek sebuah lubang di tengah-tengah kawasan lapang itu. Setelah berpuas

    hati dengan kedalaman lubang yang dikoreknya, dia memasukkan kotak kayu ke dalam dan

    menimbus semula dengan tanah yang digali sebelum ini. Natasha yang berada di sisi menjadi

    saksi.

    Siap, kata Rizalman apabila selesai dengan kerjanya. Kepuasan jelas terpampang di

    wajah.

    Jadi, apa yang perlu kita buat? tanya Natasha.

    Kita cuma perlu tunggu, jawab Rizalman.

    Tunggu? Berapa lama? soal Natasha lagi.

    Lima tahun lagi. Lepas tu, kita sama-sama datang semula ke sini dan gali lubang ni. Kita

    tukar surat yang kita tulis tadi. Man baca surat Tasha dan Tasha baca surat Man, terang

    Rizalman. Natasha angguk tanda faham.

    Mereka memagari lubang yang ditimbus sebentar tadi dengan kayu-kayu kecil. Rizalman

    mengambil sepotong papan dan menulis di atasnya Hak milik Man dan Tasha. Dipacakkannya

    papan itu betul-betul di atas lubang di mana kotak kayu ditanam. Setelah selesai, mereka pulang

    semula ke rumah meninggalkan time-capsule mereka bergerak mengharungi masa.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    4/212

    4

    1

    Bangunselamat pagi cikgu! kedengaran suara ketua kelas tingkatan 3 Anggerik

    memberikan ucapan selamat kepada Cikgu Fatimah yang sedang melangkah masuk ke dalam

    kelas sambil menguntum senyum dibibir. Murid-murid yang lain turut mengucapkan selamat

    sambil berdiri sebagai tanda hormat kepada guru muda itu. Usai memberikan ucapan selamat,

    semua murid duduk di tempat masing-masing.

    Baiklah murid-murid, hari ini kita akan belajar tentang cerpen. Sila buka buku karangan

    masing-masing, ucap Cikgu Fatimah kepada pelajarnya.

    Semua pelajar akur dengan kata-kata guru muda yang berdiri dihadapan mereka itu.Mereka senang dengan cara pembelajaran yang ditunjukkannya. Penuh dengan kelembutan dan

    kasih sayang. Tiada langsung rasa malas yang menyinggah setiap kali kelas Bahasa Melayu

    bermula. Bagi mereka, hati Cikgu Fatimah seharusnya dijaga kerana dia merupakan guru yang

    sangat penyayang lebih-lebih lagi pada murid-muridnya.

    Apa tajuk cerpen yang kami kena tulis hari ni cikgu? soal Najwa sambil mengangkat

    tangannya tanda inginkan perhatian dari Cikgu Fatimah.

    Cikgu Fatimah tersenyum memandang Najwa yang kelihatan tidak sabar menunggu

    jawapan darinya. Seraya itu, dia berkata.

    Saya nak kamu semua tulis pasal cita-cita kamu, kata Cikgu Fatimah dengan jelas. Dia

    mahu murid-muridnya faham akan tugasan yang diberikannya itu. Baginya, sesi pembelajaran

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    5/212

    5

    akan berjalan dengan lancar sekiranya komunikasi di antara guru dan murid jelas. Sebab itu dia

    menitikberatkan tentang hubungannya dengan pelajar.

    Baiklah, siapa yang mahu kongsi tentang cita-citanya? tanya Cikgu Fatimah. Pelajar

    kelas 3 Anggerik berebut-rebut mengangkat tangan sebaik saja mendengar soalan Cikgu

    Fatimah.

    Hurm, kamu Farish, kata Cikgu Fatimah sambil menudingkan jarinya pada pelajar

    lelaki yang duduk di barisan hadapan kelas. Semua penghuni kelas 3 Anggerik senyap sambil

    mata mereka difokuskan kepada Farish. Farish berdiri sebaik saja tumpuan diberikan kepadanya.

    Saya nak jadi usahawan yang berjaya, sama macam bapa saya, ucap Farish tenang.

    Pelajar perempuan mula berbisik sesama mereka. Mungkin kagum dengan apa yang dikatakan

    Farish. Farish tidak mengendahkan gelagat pelajar perempuan kelasnya itu kerana dia sendiri

    sudah lali. Bukan sekali dua sahaja malah setiap kali dia berjalan dihadapan pelajar perempuan,

    pasti dia akan terdengar bisikan kecil dari mulut mereka. Entah apa yang dibisikkan mereka pun

    dia sendiri tidak tahu. Pernah sekali dia terdengar khabar angin yang mengatakan dirinya selalu

    menjadi buah mulut pelajar perempuan di sekolah kerana kecomelan yang ada padanya. Memang

    tidak dinafikan rupa parasnya yang comel itu mampu mengundang cemburu dikalangan wanita.

    Namun itu semua hanyalah khabar angin. Bagi Farish, semua pelajar sama sahaja. Baik lelaki

    mahupun perempuan. Jika bukan kerana rupa paras, harta kekayaan bapanya pula yang

    diidamkan mereka. Dia sudah lali dengan semua itu. Jangan dilayan sangatmereka ni, bisik

    hati Farish.

    Siapa lagi yang mahu kongsi? tanya Cikgu Fatimah.

    Saya cikgu, kedengaran suara seorang pelajar lelaki yang duduk dibarisan paling

    belakang menyahut sambil tangannya diangkat. Semua mata tertumpu padanya. Pelajar lelaki itu

    berdiri dengan tenang sambil matanya difokuskan pada wajah Cikgu Fatimah tanda memohonkebenaran untuk bersuara.

    Silakan Armand, ujar Cikgu Fatimah lembut.

    Semua murid memberikan perhatian mereka kepada Armand khususnya pelajar

    perempuan. Mereka ingin sekali mengetahui cita-cita lelaki tampan itu. Memang Armand

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    6/212

    6

    terkenal dengan ketampanan dan kelincahannya bersukan. Siapa tidak kenal dengannya. Satu

    sekolah mengenalinya sebagai kingkerana bagi mereka, dialah juara segala-galanya baik dari

    segi rupa mahupun sukan. Malah ada khabar angin yang mengatakan Armand seorang yang

    sangat kaya dan tidak terkecuali, ada juga yang mengatakan dia adalah putera raja. Namun,

    hanya Armand saja yang tahu akan status keluarganya kerana dia lebih suka menyembunyikan

    saja hal-hal yang melibatkan keluarganya.

    Cita-cita saya nak jadi ahli sukan yang berjaya cikgu, ucap Armand bersahaja. Pelajar

    perempuan mula bersorak apabila mendengar jawapan Armand. Pelajar lelaki turut sama

    bersorak tetapi bukan kerana menyokong apa yang dikatakan Armand. Mereka cemburu dengan

    apa yang dikatakannya sebentar tadi.

    Cikgu Fatimah cuba mententeramkan keadaan yang sudah sedia riuh akibat daripada

    sorakan murid-murid lain kepada Armand. Sedang dia sibuk dengan kerjanya itu, matanya

    tertacap pada seorang pelajar lelaki yang duduk di hujung kiri kelas bersebelahan dengan

    tingkap. Timbul rasa hairan dibenaknya kerana pelajar itu sedikit pun tidak terganggu dengan

    suasana riuh di dalam kelas. Malah pelajar itu kelihatan sedang termenung sambil matanya

    dihalakan keluar tingkap.

    Boleh saya tahu cita-cita kamu yang duduk dihujung sana? tanya Cikgu Fatimah

    kepada pelajar lelaki tersebut. Buat seketika, kelas menjadi sunyi sepi kesan daripada soalan

    spontan yang diajukan oleh Cikgu Fatimah. Perhatian diberikan kepada pelajar lelaki yang dari

    tadi sedang asyik dengan dunianya sendiri.

    Pelajar lelaki itu tersentak apabila semua mata memandang tepat kearahnya. Dengan

    perlahan dia bangun dari kerusinya sambil menelan air liur.Alamak apa yang aku nak jawab ni.

    Bukan aku dengar pun apa yang cikgu tanya tadi.

    Kamu pelajar baru? soal Cikgu Fatimah apabila melihat reaksi kurang senang yangditunjukkan oleh pelajar lelaki itu. Dia seboleh mungkin tidak mahu mencipta suasana yang

    canggung antara dirinya dan murid.

    Pelajar lelaki itu mengangguk tanda membenarkan apa yang dikata oleh Cikgu Fatimah.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    7/212

    7

    Boleh kamu beritahu nama dan cita-cita kamu? soal Cikgu Fatimah lagi. Kali ini,

    nadanya kedengaran lembut seakan memujuk. Budak lelaki itu tersenyum mendengar soalan

    yang diberikan guru muda dihadapannya. Nasib baik dia ulang. Fuh! Lega aku.

    Nama saya Rizman. Saya nak jadi novelis bila besar nanti, ujar Rizman dengan

    lantang. Suasana di dalam kelas kembali riuh dengan bisikan halus antara pelajarnya. Seakan

    memperlekehkan cita-cita Rizman. Bagi mereka, kerjaya sebagai penulis bukanlah hebat sangat

    jika dibandingkan dengan kerjaya yang lain. Rizman kurang senang dengan apa yang dilihatnya.

    Baginya, cita-cita untuk menjadi seorang penulis merupakan perkara yang harus dibanggakan

    kerana tidak semua orang boleh menulis dengan baik.Ah, lantaklah! Bukan aku kisah pun.

    Siapa lagi yang nak kongsi? Cikgu Fatimah bertanya lagi. Cuba untuk mengalihkan

    perhatian pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Perhatian kembali diberikan kepada topik cerpen

    yang dibincangkan Cikgu Fatimah. Hampir semua pelajar memberikan jawapan yang sama

    kepada soalan yang diajukan. Ternyata kerjaya professional seperti doktor dan jurutera sering

    mendapat tempat dihati pelajar-pelajar kini. Mungkin hasil didikan serta rangsangan yang

    diberikan keluarga membuatkan kedua-dua profesion ini menjadi popular dikalangan anak muda.

    Kelas Bahasa Melayu pada hari itu tamat sebaik sahaja loceng yang menandakan waktu

    rehat berbunyi. Cikgu Fatimah mengingatkan murid-muridnya supaya menyiapkan tugasan yang

    diberi minggu hadapan. Setelah mengemaskan buku-bukunya, Cikgu Fatimah melangkah keluar

    dari kelas 3 Anggerik bersama-sama pelajar yang lain.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    8/212

    8

    2

    Ris, kau kenal ke budak yang baru pindah tu? tanya Armand kepada Farish. Farish

    mengangkat mukanya memandang Armand. Diletakkan roti yang dijamahnya sebentar tadi di

    atas meja.

    Mana la aku kenal. Lagipun dia kan baru lagi masuk sekolah ni, jawab Farish jujur. Dia

    sendiri tidak pernah bersua muka dengan pelajar baru yang dikenalinya sebagai Rizman.

    Apa nama dia tadi? soal Armand lagi. Dia berminat untuk mengetahui perihal pelajar

    baru yang berada di kelasnya itu.

    Rizman la. Yang kau beriya-iya nak tahu pasal dia ni kenapa? soal Farish pula. Hairan

    dengan soalan Armand.

    Takdelah, aku cuma nak tahu jer. Manalah tahu boleh dibuat kawan. Bolehlah dia join

    kita, balas Armand selamba. Berkerut dahi Farish mendengar kata-kata Armand sebentar tadi.

    Biar betul budak ni. Selalu susah sangat nak pilih geng. Ni, senang-senang jer nak ambik budak

    baru tu join.

    Kau biar betul. Budak-budak lain sibuk nakjoin kau tolak. Apasal pulak budak baru tu

    yang kau nak, Farish meluahkan juga kebinggungannya. Armand memandang Farish sambil

    tersengih. Dia faham benar akan kata-kata sahabatnya itu.

    Kau tak nampak ke? Aku tengok budak baru tu macam lain la, jelas Armand.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    9/212

    9

    Lain macam mana? Aku tengok sama jer macam kita. Takde cacat apa pun, tanya

    Farish.

    Hish, ke situ pulak. Maksud aku, budak baru tu lain dari kita semua sebab pemikiran

    dia nampak matang, jelas Armand pada Farish.

    Kenapa kau cakap macam tu? soal Farish lagi.

    Cuba kau ingat balik apa cita-cita dia masa dalam kelas tadi, ucap Armand. Farish cuba

    mengingat kembali apa yang berlaku di dalam kelas Bahasa Melayu sebentar tadi.

    Novelis, balas Farish ringkas. Armand tersenyum mendengar jawapan dari Farish.

    Sememangnya dia sudah menduga akan apa yang Farish bakal ucapkan.

    Tepat sekali, Armand memberikan respon.

    Jadi, apa kaitannya antara berfikiran matang dan novelis? Aku tak nampak apa-apa

    kaitan pun, sekali lagi Farish menceritakan kebinggungannya.

    Hish, kau ni...Apasal la lambat sangat. Cuba kau tengok, umur kita baru jer masuk 15

    tahun. Mana ada budak yang umur macam kita ni nak jadi novelis. Kebanyakkannya mesti nak

    cari kerja yangglamourmacam doktor. Jadi, aku rasa budak baru tu mesti bijak. Sebab dia tak

    terpengaruh pun dengan semua benda-benda ni, terang Armand pada Farish. Farish hanya

    mendengar tanpa sebarang kata. Dia cuba memahami apa yang dikatakan oleh rakannya itu.

    Memang dia sendiri mengaku yang Rizman boleh dikatakan unik kerana dia seperti berada

    dalam dunianya yang tersendiri. Jarang dia melihat Rizman bercampur dengan murid-murid lain.

    Kebiasaannya Rizman akan duduk bersendirian sambil membaca buku. Kadang-kadang dia

    mencatatkan sesuatu di dalam buku nota yang dibawanya bersama.

    Jadi kau rasa macam mana? Nak tak ambik budak baru tu join kita? tanya Armand

    dengan penuh pengharapan.

    Aku setuju kalau dia join kita. Aku tengok dia macam baik jer, jawab Farish. Armand

    tersenyum mendengar jawapan Farish. Sama seperti dirinya, Farish juga ingin berkawan dengan

    Rizman.Harap-harap dia setuju.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    10/212

    10

    3

    Rizman melihat jam tangan yang dipakainya. Waktu rehat masih lagi berbaki 10 minit.

    Dia berkira-kira untuk ke perpustakaan kerana ingin memulangkan semula buku yang

    dipinjamnya dua hari lepas. Memang menjadi kebiasaannya untuk pergi ke perpustakaan setiap

    kali waktu rehat. Sejak dari kecil lagi dirinya di ajar untuk menjadi ulat buku. Bapanya yang

    merupakan novelis buku seram sering mengingatkannya akan kepentingan membaca.

    Kalau Man nak jadi penulis macam babah, Man kenalah selalu membaca, tergiang-

    giang pesanan yang diberikan bapanya itu. Sering dibisikannya akan kata-kata itu supaya satu

    hari nanti dia juga akan mengikut jejak langkah bapanya.

    Man! Nak ke mana tu? kedengaran satu suara memanggil namanya dari arah belakang.

    Rizman menoleh kerana ingin melihat gerangan empunya suara. Kelihatan Armand dan Farish

    sedang berjalan menghampirinya.

    Nak ke mana? soal Armand sebaik saja tiba di hadapan Rizman. Senyuman

    dihadiahkan tanda ingin bermesra. Rizman membalas senyuman yang dihadiahkan buat dirinya.

    Nak pergi library, kenapa? balas Rizman ringkas.

    Saja jer tanya. Kalau kami nak ikut sekali boleh? Aku nak cari buku, kata Armand

    sambil tersengih. Farish yang berdiri di sebelahnya hairan dengan perangai yang ditunjukkan

    Armand. Apa kena dengan budak ni. Selalu bukan main liat lagi nak baca buku. Ni tiba-tiba

    pulak nak pegi library.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    11/212

    11

    Boleh jer, jom! balas Rizman tanpa ragu.

    Mereka bertiga berjalan menuju ke perpustakaan sekolah. Seperti biasa, sepanjang

    perjalanan ke sana ramai mata yang memandang terutama pelajar perempuan. Rizman sendiri

    hairan dengan sikap pelajar lain yang selalu merenungnya itu. Aku ada buat salah ke? bisik

    Rizman dalam hati.

    Rizman memandang Farish dan Armand yang berada disebelahnya. Ternyata mereka

    seperti tidak tergugat dengan apa yang berlaku. Malah tidak sedikitpun perhatian mereka terusik

    dek pandangan mata murid-murid lain. Rizman menjadi bingung. Dia masih tidak faham akan

    fiil pelajar-pelajar di sekolah barunya itu.Ah, lantaklah.

    Rizman dan dua lagi rakan barunya masuk ke dalam perpustakaan sebaik sahaja tiba di

    hadapan pintu yang tertera perkataan PERPUSTAKAAN. Mereka melangkah masuk dengan

    berhati-hati kerana khuatir akan menganggu pelajar-pelajar lain. Rizman menuju ke kaunter

    untuk memulangkan buku manakala Farish dan Armand berjalan menuju ke rak yang

    menempatkan novel-novel Melayu. Bermacam-macam novel yang mereka lihat. Ada novel

    seram, ada novel cinta dan ada novel yang berunsur fantasi. Armand mengambil satu novel cinta

    yang bertajuk Pilot Caf. Dibeleknya novel itu sehelai demi sehelai.Macam best jer buku ni.

    Armand ralit membaca novel yang dipegangnya. Dia benar-benar dibuai oleh jalan cerita

    yang dibacanya.

    Seronok ke buku tu? bisik Farish yang datang dari arah belakang. Armand tersentak.

    Dia tersengih memandang Farish sambil menyorokkan novel cinta yang dibacanya ke belakang.

    Farish hairan dengan respon Armand.

    Buku apa tu? soal Farish ingin tahu.

    Tak ada apa-apa. jawab Armand sedikit gelisah. Dia seboleh mungkin tidak mahu

    Farish tahu yang dia sedang membaca novel cinta. Baginya lelaki tidak seharusnya membaca

    novel seperti itu.Hilang la macho aku kalau dia tahu.

    Farish mengangkat keningnya tanda bingung.Apa yang dia sorokkan tu?

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    12/212

    12

    Pilot Caf, hurmseronok ke baca buku ni? kedengaran suara Rizman yang sedang

    berdiri di belakang Armand sambil memegang sebuah novel. Armand tersentak. Dia melihat

    tangannya yang disorokkan ke belakang. Ternyata novel yang dipegangnya tadi sudah tiada.

    Kenapa kau ambik, tempik Armand. Suaranya kedengaran sedikit keras. Mukanya

    merona merah akibat menahan malu. Dia tahu yang Rizman dan Farish akan mentertawakannya.

    Farish dan Rizman terkejut mendengar amarah yang dilemparkan Armand. Rizman meletakkan

    jari telunjuknya dibibir sebagai tanda supaya mereka memperlahankan sedikit suara mereka.

    Farish dan Armand akur.

    Pengawas perpustakaan yang bertugas memandang Armand, Farish dan Rizman dengan

    pandangan yang tajam.

    Boleh tolong senyap? sindir pengawas itu. Mereka bertiga hanya tersengih sambil

    mengangguk. Mereka sedar yang mereka tidak sepatutnya membuat bising.

    Armand melihat Farish dan Rizman. Masing-masing tersenyum melihatnya.

    Aku tahu korang nak gelakkan aku. Gelaklah, ucap Armand pasrah.

    Siapa kata kami nak gelakkan kau. Kira baguslah tu yang kau nak baca novel. Tak

    kisahlah novel cinta pun, ujar Farish separuh menyindir. Dia tersenyum menahan gelodak

    tawanya yang mengeletek di dalam perut.

    Aku pun baca novel cinta jugak, kata Rizman selamba. Armand dan Farish seakan

    tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Mereka terlopong seketika. Setahu mereka, novel

    cinta ini jarang dibaca oleh kaum lelaki. Yang rajin membacanya hanya kaum hawa sahaja.

    Kenapa, tak percaya? soal Rizman apabila melihat reaksi yang ditunjukkan Armand

    dan Farish.

    Biar betul kau baca novel cinta. Bukan perempuan jer ke yang selalu baca novel cinta,

    Armand meluahkan pandangannya. Rizman tersenyum memandang rakan barunya itu. Dia sudah

    menjangkakan yang Armand akan berkata begitu kerana bukan saja Armand malah kenalannya

    sebelum ini juga bercakap benda yang sama.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    13/212

    13

    Siapa kata yang novel cinta untuk perempuan saja? Tak ada pun dia tulis kat kulit buku

    ni, kata Rizman sambil mengangkat novel yang dipegangnya. Armand dan Farish mengangguk

    tanda setuju dengan apa yang dikatakan Rizman.

    Sebab adanya novel cinta macam nilah, ramai remaja nak membaca. Kalau tak, jangan

    haraplah nak tengok diorang pegang buku, sambung Rizman lagi. Dia tidak gemar jika ada

    segelintir pihak yang mempersoalkan tentang novel-novel cinta yang kini berlambak dipasaran.

    Malah dia sendiri turut mempunyai koleksi novel cintanya sendiri. Setiap bulan, bapanya akan

    memberi duit untuknya membeli buku-buku yang digemari. Kini sudah hampir seratus buah

    buku yang dikumpulnya.

    Dahlah, kalau kau suka novel cinta nikau pinjamlah. Bukan rugi pun kalau baca. Aku

    pun nak pinjam satu novel cinta. Asyik baca novel serius jersekali-sekala nak juga aku tukar

    selera, Rizman meyakinkan Armand supaya meminjam novel Pilot Caf yang dipegangnya itu.

    Aku pun nak bacalah novel cinta. Manalah tahulepas ni aku pun minat nak

    membaca, Farish menyatakan pula hasratnya. Armand dan Rizman tersenyum mendengar kata-

    kata Farish.

    Sedang mereka asyik berbual, kedengaran bunyi loceng menandakan tamatnya waktu

    rehat. Rizman, Farish dan Armand berjalan menuju ke kaunter pinjaman setelah selesai

    mengambil buku yang ingin dipinjam. Setelah selesai urusan pinjaman, mereka bertiga berjalan

    menuju ke kelas.

    Dalam pada mereka berjalan menuju ke kelas 3 Anggerik, Armand bermonolog sendiri.

    Dia bangga kerana mempunyai rakan yang matang fikirannya seperti Rizman. Rizman selalu

    berfikir sebelum membuat keputusan. Memang tidak salah pilihannya. Teringat kembali saat-saat

    sewaktu dia mengajak Rizman untuk menjadi sahabatnya.

    Hai, nama saya Armandyang ni Farish, ucap Armand mesra sambil menunjukkan

    Farish yang berada di sebelahnya. Rizman tersenyum memandang mereka berdua. Tangan

    dihulur tanda perkenalan. Armand dan Farish menyambut dengan penuh ikhlas.

    Boleh kita berkawan? tanya Farish pada Rizman. Berbekalkan paras rupanya yang

    comel itu, hati siapa tidak tersentuh dengan permintaannya. Rizman juga tidak terkecuali, dia

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    14/212

    14

    mengangguk sebagai tanda setuju untuk bersahabat. Dia tahu yang Armand dan Farish ikhlas

    untuk berkawan dengannya. Kebetulan, dia masih lagi tidak berteman di sekolah baru itu.

    Am..Am.., suara Farish dan Rizman memecahkan lamunan Armand. Dia tersenyum

    melihat kedua-dua rakannya yang sedang melambai-lambaikan tangan mereka tidak berapa jauh

    dari tempat dia berdiri. Dipercepatkan langkahnya menuju ke arah Farish dan Rizman. Setelah

    tiba dihadapan sahabatnya itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan kerana kelas Matematik

    Cikgu Rokiah akan bermula sebentar saja lagi.

    **********

    Kini, sudah lebih dua minggu usia persahabatan mereka bertiga dan ternyata Rizman

    cepat mesra dengan Armand dan Farish. Mereka bertiga kelihatan seperti adik-beradik. Ke mana

    saja mereka pergi, mesti bertiga. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di kalangan pelajar lain.

    Mereka iri hati melihat kesempurnaan tiga sahabat itu. Armand yang terkenal dengan rupa

    parasnya yang kacak serta aktif bersukan, Farish terkenal dengan kecomelan serta kekayaan

    bapanya dan Rizman terkenal dengan kemanisan senyuman serta kematangannya.

    Dalam masa yang sama, tidak kurang juga ada yang menyanjung mereka. Saban hari, ada

    saja kad atau surat cinta yang dihadiahkan buat mereka bertiga. Jika tidak Armand, Farish dan

    Rizmanlah surat itu ditujukan. Seperti biasa, Armand dan Farish akan membuang semua surat

    yang diterima mereka. Bagi mereka, tiada gunanya melayan perasaan di usia muda begini.

    Namun lain pula bagi Rizman, dia lebih selesa untuk menjaga hubungannya dengan pelajar lain

    di sekolah itu. Dia akan membalas setiap surat yang diterimanya sebagai tanda menghargai si

    pengirim. Dalam surat itu, dia menjelaskan yang dia lebih selesa untuk menumpukan perhatian

    terhadap pelajaran kerana baginya usia yang baru setahun jagung itu tidak selayaknya untuk

    bercinta.

    Begitulah rutin seharian Rizman, Farish dan Armand di sekolah. Mereka sering menjadi

    bahan bualan dikalangan pelajar tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki. Ada-ada saja

    cerita tentang mereka. Bagi Armand dan Farish, semua ini hanyalah sekadar khabar angin saja.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    15/212

    15

    Bahkan mereka sendiri sudah lali dengan cerita-cerita yang dihebahkan di sekolah mereka itu.

    Bagi Rizman pula, terbit rasa hairan dengan apa yang berlaku kerana belum pernah dalam

    hidupnya diberi perhatian sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dari rakan yang sebaya dengannya.

    4

    Rizman bersandar pada kerusi yang terletak dihadapan meja tulisnya. Dia memandang

    siling bilik yang dicat putih. Otaknya ligat memikirkan perbualan yang berlaku di sekolah siang

    tadi.

    Am, kalau aku tanya sikit boleh? Rizman bertanya memulakan bicara. Armand dan

    Farish memandang wajah jernih Rizman. Wajah yang sentiasa tersenyum itu mendamaikan hati

    mereka.

    Apa dia? tanya Armand pendek.

    Kau perasan tak yang budak-budak lain asyik tengok kita? soal Rizman. Armand

    memandang Farish yang duduk disebelahnya. Mereka tahu apa yang ingin Rizman sampaikan.

    Kau pelik? tanya Farish pada Rizman. Rizman mengangguk.

    Budak-budak sekolah ni memang macam tu dari dulu lagi, kata Armand. Rizman

    mengerutkan dahinya. Dia tidak faham maksud kata-kata Armand.

    Aku dan Farish memang dah lama jadi bahan tonton diorang. Bukan setakat tu aja, siap

    jadi bahangossip lagi, sambung Armand. Rizman masih lagi binggung.

    Sebab apa? Korang ada buat salah ke? soal Rizman ingin tahu. Armand dan Farish

    ketawa mendengar soalan yang diajukan Rizman.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    16/212

    16

    Mana ada kami buat salah. Kami berdua dah memang popular sejak dari form 1 lagi.

    Semua budak-budak kat sekolah ni sibuk nak tahu hal kami. Dengan siapa kami kawan, dengan

    siapa kami jalan dan kadang-kadang tu sampai apa yang kami makan pun jadi perbualan

    mereka, terang Farish. Armand mengangguk tanda mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

    Jadi, kenapa diorang attackaku? tanya Rizman.

    Sebab kau berkawan dengan kamijadi kau pun kena sama. Sebab tu lah kau dapat kad

    dan surat cinta hari-hari, kata Armand. Kini fahamlah Rizman kenapa dia menjadi bahan

    tontonan pelajar-pelajar lain.

    Patutlah aku tengok korang rileks jer, ujar Rizman.

    Dah 3 tahun kami rasa. Mana takrileks nyer, ujar Farish. Armand dan Rizman ketawa

    mendengar komen Farish.

    Sedang Rizman sibuk melayan lamunannya, kedengaran ketukan dari luar pintu bilik.

    Siapa? soal Rizman. Dia beralih ke katil sambil matanya melekap pada muka pintu.

    Babah ni, sahut suara dari luar bilik.

    Masuklah, pintu tak kunci, ucap Rizman lembut tetapi jelas kedengaran. Daun pintu

    dikuak lembut. Kelihatan seorang lelaki kacak sedang tersenyum sambil melangkah masuk. Dia

    duduk di birai katil bersebelahan dengan Rizman.

    Sibuk ke? tanya Encik Zulkefly pada anaknya.

    Taklah. Tak buat apa-apa pun, jawab Rizman sopan. Dia memandang bapanya. Lelaki

    yang berada dihadapannya itu masih lagi dengan baju kerjanya. Kepenatan jelas terpancar di

    wajah. Kesian babah, mesti dia penat.

    Babah baru balik? tanya Rizman. Encik Zulkefly mengangguk perlahan.

    Dah makan? Tadi Man ada masak nasi goreng. Ada lagi atas meja kalau babah nak,

    ucap Rizman. Encik Zulkefly tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Di usia semuda itu, dia

    bangga kerana Rizman sudah mampu melakukan kerja-kerja rumah yang kebiasaannya

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    17/212

    17

    dilakukan oleh kaum ibu. Malah sejak kematian arwah isterinya 3 tahun yang lalu, Rizmanlah

    yang menguruskan makan minumnya.

    Nanti babah makan, kata Encik Zulkefly lembut. Diusap kepala anak kesayangannya

    itu.

    Macam mana dengan sekolah? Banyak dapat kawan baru? tanya Encik Zulkefly cuba

    melarikan topik perbualan mereka.

    Sekolah tubestla jugak. KawanMan cuma ada dua orang jer. Diorang baik dengan

    Man, jawab Rizman jujur.

    Baguslah tu. Owh ya, lupa pulak babah. Tadi, tuan rumah yang bakal kita pindah ada

    call. Dia kata, kita boleh pindah masuk hujung minggu ni. So, Man dah pack semua barang-

    barang Man? kata Encik Zulkefly.

    Dah babah. Semua barang Man dah siap pack. Cuma tinggal barang dapur jer, ucap

    Rizman. Dia sudah tidak sabar untuk melihat rumah baru yang disewa bapanya.

    Takpe, barang-barang dapur biar babah yang kemas. Man cuma pack barang-barang

    Man jer, Encik Zulkefly memberikan jaminannya.

    Jauh ke rumah yang kita sewa tu dengan sekolah Man? tanya Rizman.

    Dekat jer. Jalan kaki pun sampai, balas Encik Zulkefly. Rizman tersenyum mendengar

    jawapan bapanya. Kalau boleh dia tidak mahu bapanya bersusah-payah menghantarnya ke

    sekolah seperti sekarang. Dia tidak sanggup melihat bapanya terkejar-kejar. Dia tahu yang

    bapanya sentiasa sibuk dengan penulisannya. Malah, dia sendiri sanggup menaiki bas ke sekolah

    jika bapanya tidak menghalang.

    Rizman dan bapanya berbual sehingga jam 11 malam. Setelah mencium dahi anaknya,

    Encik Zulkefly melangkah keluar dari kamar. Malam itu, Rizman tidur dengan nyenyak sambil

    diulit mimpi.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    18/212

    18

    5

    Hish! Geramnya akutak habis-habis. Balik-balik cerita pasal budak tiga ekor tu. Dah

    macam tak ada cerita lain, ngomel Natasha. Dia berang dengan rakan-rakan disekolahnya yang

    tidak putus-putus bercerita tentang Rizman, Farish dan Armand.Macamlah bagus sangat.

    Bagi Natasha, tiada apa yang harus dibanggakan sangat tentang trio itu. Sama seperti

    dirinya, mereka juga manusia biasa. Dia hairan dengan sikap rakan sekelasnya. Ada-ada saja

    cerita yang dibangkitkan mereka. Jika bukan tentang Armand, pasti Farish dan Rizman. Entah

    apa yang seronok sangat pun dia tidak tahu. Hampir setiap hari dia mendengar benda yang sama.Naik rimas aku dibuatnya.

    Bukan niatnya untuk membenci, tetapi dia sendiri sudah tidak tahan dengan sikap teman-

    temannya yang terlalu fanatik dengan trio itu. Bahkan ada yang sanggup menubuhkan kelab

    peminat semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan mereka dengan trio. Pernah sekali dia

    terdengar rakan sekelasnya bercerita tentang gelaran yang diberikan kepada jejaka pujaan

    mereka itu.

    Aku rasa, aku nak namakan mereka sebagai FAR. Sedap tak? cadang Atilia. Rosma

    dan Alya yang berada dihadapannya hanya mengangguk tanda setuju.

    Kenapa FAR? sampuk Natasha yang kebetulan terdengar perbincangan di antara Atilia,

    Rosma dan Alya.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    19/212

    19

    F untuk Farish, A untuk Armand dan R untuk Rizman. Jadi bunyinya FAR, terang

    Atilia bersungguh-sungguh. Dia berpuas hati dengan apa yang difikirkannya. Selaku ketua kelab

    peminat trio pujaan ramai, dia sentiasa memastikan yang ketiga-tiga lelaki itu mendapat layanan

    yang terbaik. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup bersusah-payah memikirkan nama buat

    mereka bertiga.

    Natasha mengelengkan kepala melihat gelagat Atilia dan rakan-rakannya. Sampai begitu

    sekali penangan trio tu.

    Tasha! Mari makan nak, kedengaran suara Puan Ainon dari ruang makan rumahnya.

    Natasha terpaksa mematikan dahulu perasaan marah yang masih bersarang kerana khuatir akan

    dihidu oleh ibunya. Dia tidak mahu ibunya bertanya akan hal-hal di sekolah.

    Baik mak, balas Natasha ringkas. Nadanya dibuat riang dengan harapan Puan Ainon

    tidak menyedari gelojak hatinya pada waktu itu.

    Selang beberapa minit, Natasha keluar dari bilik menuju ke ruang makan yang terletak di

    bahagian tengah rumah. Kelihatan Puan Ainon sedang menyendukkan nasi untuk anaknya.

    Ayah mana mak? tanya Natasha apabila menyedari yang ayahnya tiada di meja makan.

    Ayah tak balik makan hari ni. Dia sibuk. Petang nanti baru dia balik, balas Puan Ainon

    lembut.

    Nanti lepas habis makan, Tasha tolong mak kemaskan rumah atas ye, pinta Puan

    Ainon. Natasha yang baru saja hendak menyuapkan nasi terbantut seketika apabila mendengar

    permintaan ibunya itu. Dia hairan.Ada orang nak pindah masuk ke?

    Ada orang nak pindah masuk ke mak? tanya Natasha hairan. Puan Ainon tersenyum

    mendengar soalan anaknya.

    Rumah atas kita ni dah ada orang sewa. Jadi, taklah Tasha rasa sunyi lagi sebab kita

    dah ada jiran baru, terang Puan Ainon.

    Siapa yang sewa? Natasha bertanya lagi.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    20/212

    20

    Kalau tak silap maksorang lelaki dengan anaknya, ucap Puan Ainon sambil

    mengerutkan dahinya seperti cuba mengingatkan kembali kata-kata suaminya pagi tadi. Natasha

    kembali menjamah nasi dihadapannya. Memang dia sudah sedia maklum yang bahagian atas

    rumahnya itu sudah 5 tahun tidak berpenghuni. Kali terakhir dia mempunyai jiran sewaktu dia

    berusia 10 tahun. Banyak memori silamnya bersama anak jiran sebelum ini. Tiba-tiba terlintas di

    fikiran wajah teman sepermainan yang telah lama dilupakan. Manmana kau sekarang. Hati

    Natasha mula sayu. Dia rindukan teman sewaktu kecilnya itu. Mereka selalu bermain bersama.

    Entah kenapa temannya itu hilang tanpa khabar berita sewaktu dia dan keluarga pergi bercuti ke

    Indonesia. Masih segar dalam ingatannya, ketika dia pulang dari bercuti.

    MakTasha nak main dengan Man boleh? Natasha meminta kebenaran dari ibunya

    sebaik sahaja dia meletakkan beg berisi pakaiannya di atas lantai.

    Bolehtapi jangan lama-lama tau, pesan Puan Ainon. Dia hanya sempat melihat

    kelibat anaknya yang sedang menaiki tangga menuju ke bahagian atas rumahnya. Sesekali

    digelengkan kepala mengenangkan keletah puteri tunggalnya itu. Walaupun perempuan,

    lasaknya sama seperti lelaki.

    Selang beberapa ketika, kelihatan Natasha muncul di muka pintu sambil tangannya

    memegang sepucuk surat.

    Surat apa tu Tasha? tanya Puan Ainon.

    Entah, tadi waktu Tasha naik ke atas. Tasha nampak surat ni kat depan pintu. Tasha

    tengok ada tulis nama mak dengan ayah. Jadi Tasha ambik la, balas Natasha sambil

    menghulurkan sampul surat yang berwarna biru itu.

    Puan Ainon mengambil surat yang dihulurkan Natasha dan membukanya dengan cermat.

    Ditelitinya satu per satu perkataan yang ditulis di atas surat itu. Tiada satu pun yang tertinggal.

    Natasha hanya memandang tanpa sebarang kata. Dia ingin tahu akan kandungan surat yang

    dibaca ibunya. Setelah selesai, Puan Ainon melipat kembali surat yang dibacanya. Dia

    memandang Natasha yang masih setia menanti jawapan darinya.

    Tasha, Man dah takde sayang. Dia dah pindah, ucap Puan Ainon lembut. Natasha

    terkedu mendengar kata-kata ibunya itu. Dalam sekelip mata, dia hilang teman bermain. Siapa

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    21/212

    21

    lagi yang boleh dicarinya ketika itu. Dengan hati yang sedih, Natasha melangkah menuju

    kamarnya. Dia mahu bersendirian ketika ini. Rantai kunci berbentuk kucing diletakkannya di

    atas meja solek. Dibiarkan saja ole-ole dari Indonesia itu di sana. Ah, tiada gunanya lagi. Man

    sudah tiada. Buat apa aku simpan benda ni lagi.

    Hari itu, Natasha berkurung di dalam bilik. Dia menangis semahu-mahunya. Puan Ainon

    turut bersimpati dengan Natasha. Dia tahu yang anaknya sedang bersedih kerana kehilangan

    teman. Biarlah, nanti sejuklah tu, fikir Puan Ainon.

    **********

    Debu yang menyelubungi ruang tamu itu menyesakkan nafasnya. Natasha terbatuk

    beberapa kali akibat terhidu debu yang dibersihkannya. Puan Ainon sedang sibuk menyapu lantai

    yang berdebu di bahagian dapur. Manakala Natasha membersihkan perabot-perabot yang berada

    di ruang tamu. Mujurlah ruang atas rumah itu tidak terlalu besar. Hanya menempatkan tiga buah

    bilik yang sederhana besar, ruang tamu, dan dapur sahaja. Jadi tidaklah teruk sangat untuk

    Natasha dan ibunya mengemas. Setelah dipastikan semuanya bersih, Puan Ainon mengajak

    anaknya berehat. Mereka duduk di atas sofa di bahagian ruang tamu untuk melepaskan lelah

    masing-masing.

    Fuh! Penatnya, keluh Natasha. Puan Ainon tersenyum memandang anaknya. Memang

    Natasha jarang melakukan kerja-kerja rumah kerana lazimnya Puan Ainon sahaja yang

    melakukannya. Dia lebih selesa begitu kerana tidak mahu menyusahkan puteri tunggalnya itu.

    Lagipun hidup bertiga bersama-sama suami dan anaknya tidaklah menjadi beban kerana dia

    sendiri tidak bekerja.

    Pukul berapa orang yang nak sewa tu datang mak? Natasha bertanya kepada ibunya.

    Dia sudah tidak sabar untuk melihat bakal jirannya.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    22/212

    22

    Kalau tak silap makpukul 5 nanti, balas Puan Ainon. Natasha memandang jam yang

    tergantung di dinding. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Ini menandakan yang bakal jirannya

    akan datang dalam masa satu jam lagi.

    Puan Ainon dan Natasha turun ke tingkat bawah melalui tangga yang terletak di luar

    rumah. Rumah yang dibina bercirikan konsep Bali itu mempunyai sebuah tangga di bahagian

    tepi rumah. Puan Ainon dan Encik Bahar lebih selesa memilih citarasa Bali dalam menata rias

    rumah mereka. Jadi, tidak hairanlah jika banglo dua tingkat milik mereka itu dikelilingi oleh

    pokok malar hijau yang ditanam secara tersusun. Banglo yang dibina di atas tanah sendiri itu

    merupakan rumah peninggalan ibu Encik Bahar. Encik Baharlah yang mengambil alih rumah itu

    kerana dia merupakan satu-satunya waris yang tinggal. Dia sengaja menyewakan bahagian atas

    rumah itu kerana keluarganya yang hanya terdiri daripada 3 orang sudah cukup untuk hidup

    selesa di bahagian bawah rumah. Isterinya turut bersetuju apabila dia menyatakan hasratnya

    untuk menyewakan sahaja bahagian atas rumah mereka.

    Petang itu, Puan Ainon menyediakan pisang goreng buat santapan mereka sekeluarga.

    Dia dan Natasha duduk di bawah gazebo yang terletak di sudut kiri halaman rumah mereka.

    Dihadapan gazebo itu pula terletak sebuah kolam kecil yang menempatkan beberapa ekor ikan

    kap. Natasha sibuk memberi ikan-ikan peliharaan bapanya itu makan sambil diperhati oleh Puan

    Ainon. Sedang dua beranak itu menikmati keindahan ciptaan Tuhan, mereka didatangi oleh

    tetamu yang dinanti-nanti sebelum ini.

    Proton Perdana yang dipandu Encik Bahar memasuki perkarangan banglo.

    Dibelakangnya, sebuah Produa Myvi berwarna hitam dan sebuah lori turut masuk ke

    perkarangan dengan perlahan. Setelah memberhentikan kenderaannya, Encik Bahar keluar dari

    perut kereta dan berjalan menuju ke arah Produa Myvi yang berada di belakangnya. Setelah

    berjabat tangan, Encik Bahar mengajak jiran barunya itu ke bawah gazebo di mana Puan Ainon

    dan Natasha sudah lama menanti.

    Perkenalkanini Ainon, isteri saya dan itu anak saya, Natasha, Encik Bahar

    memperkenalkan keluarganya pada jiran baru mereka.

    Nama saya Zulkefly dan ini anak saya, Rizman, ucap lelaki awal 40an yang berdiri

    menghadap Puan Ainon dan Natasha. Disampingnya, seorang budak lelaki sedang tersenyum

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    23/212

    23

    memandang Puan Ainon dan Natasha. Natasha kaget. Dia tidak percaya dengan apa yang

    dilihatnya. Betul ke ni. Kakinya dirasakan lemah, segala sendi terasa longgar. Pandangannya

    mula kabur. Akhirnya dia rebah di pangkuan budak lelaki yang dilihatnya itu.

    Ya Allah Tasha! jerit Puan Ainon. Dia cemas dengan apa yang dilihatnya. Encik

    Zulkefly dan Encik Bahar turut cemas. Suasana hening petang itu tergugat gara-gara insiden

    yang berlaku.

    6

    Suasana malam di perkarangan banglo milik Encik Bahar kelihatan sungguh tenang pada

    waktu itu. Tiada langsung kedengaran bunyi deruman enjin yang sering didengarinya sewaktu

    berada di sekolah. Damai rasanya. Tiada satu pun benda yang tidak disukainya sejak pertama

    kali dia menjejakkan kaki di banglo itu hari ini. Pandai babah pilih, puji Rizman dalam hati.

    Rizman berganjak dari balkoni ke ruang kamarnya. Tilam bersaiz queen di henyaknya.Dipandang segenap ruang bilik yang baru dikemasnya itu. Akusuka rumah ni. Tenang. Biliknya

    pun sederhana saja.

    Tok! Tok! kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik. Rizman memandang pintu biliknya

    yang bewarna coklat itu. Kelihatan Encik Zulkefly sedang berdiri sambil tersenyum memandang

    anak tunggalnya. Rizman membalas senyuman bapanya.

    Anak babah tak tidur lagi? soal Encik Zulkefly sambil berjalan menuju ke arah katil

    tempat dimana Rizman berada.

    Belum mengantuk lagi babah. Lagipun, esokkan cuti, jawab Rizman sopan.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    24/212

    24

    Man suka tak rumah ni? tanya Encik Zulkefly lagi. Direnungnya wajah Rizman yang

    jernih itu. Ternyata Rizman mewarisi raut wajah arwah isterinya. Hanya matanya saja yang

    diwarisi darinya. Melihat Rizman, mengingatkan dirinya pada wanita yang dicintai itu.

    Suka. Rumah ni lagi bestdari rumah sebelum ni, Rizman menyatakan pandangannya.

    Encik Zulkefly tersenyum mendengar respon dari anaknya. Dia tahu yang Rizman pasti suka

    akan rumah yang baru disewanya itu. Dia faham benar dengan selera anaknya itu. Sama

    sepertinya yang sukakan kehijauan alam.

    Dahlah, babah ada kerja sikit. Man jangan tidur lewat pulak, kata Encik Zulkefly

    sambil melangkah keluar dari ruang kamar yang bewarna kuning itu. Rizman sekadar memerhati

    dengan ekor matanya. Dia tahu yang bapanya masih lagi sibuk dengan novel terbaru. Menurut

    bapanya, dia sedang menulis tentang kisah pembunuhan yang berlaku di kawasan air terjun. Jadi

    tidak hairanlah jika bapanya beralih angin dengan berpindah ke kawasan yang penuh dengan

    tumbuhan hijau itu. Memang sudah menjadi kebiasaan Encik Zulkefly untuk mendapatkan

    suasana yang tenang dan nyaman setiap kali menulis. Lebih-lebih lagi kerana dia sering

    bergelumang dengan buku-buku seram. Jadi tidak hairanlah jika dia mencari ketenangan dengan

    berpindah ke kawasan yang nyaman seperti rumah barunya itu.

    Sebaik sahaja daun pintu ditutup, Rizman kembali dengan dunianya. Dia teringatkan

    peristiwa yang berlaku petang tadi. Sungguh dia tidak menyangka yang budak perempuan

    dihadapannya itu akan rebah dipangkuannya. Mujurlah dia sempat menyambut tubuh perempuan

    itu. Kalau tidak, entah apalah yang akan terjadi jika dia tidak berada di situ.

    Buat seketika, Rizman tersenyum mengenangkan peristiwa yang dialaminya pada petang

    itu. Comel jugak budak perempuan tu. Apa namanya yaYa, Natashasedap nama tu.

    **********

    Malam itu, Natasha susah untuk melelapkan matanya. Otaknya ligat memainkan

    peristiwa pada petang tadi.Macam manalah aku boleh pengsan pulak. Dahlah depan Rizman.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    25/212

    25

    Hish! Memalukan betul. Budak tu pun satumacam tak ada rumah lain agaknya nak pindah.

    Rumah aku jugak yang dia cari. Kenapalah mesti dia dan bukan orang lain.

    Kalau sebelum ini dia tidak sabar untuk berkenalan dengan jiran barunya tetapi kini

    Natasha berharap sangat agar dia tidak mempunyai jiran langsung. Dia tidak mahu Rizman

    menjadi jirannya. Sudahlah di sekolah dia asyik mendengar berita pasal lelaki itu, kini dia

    terpaksa melihat bayangnya di rumah pula. Naik rimas dibuatnya.

    Natasha memandang bingkai foto yang terletak disebelah katilnya. Gambar sepasang

    kanak-kanak kecil sedang tersenyum memandangnya. Natasha tersenyum kelat memandang

    gambar tersebut.Man Sekali lagi hatinya dipaut sayu. Dia rindukan teman kecilnya itu.

    Rizalman yang merupakan anak kepada jirannya sebelum ini sangat rapat dan sering

    menemani Natasha. Sejak kali pertama dia melihat Rizman di sekolah, dia menyangkakan yang

    Rizalman sudah pulang kepadanya. Namun sangkaannya meleset sama sekali kerana Rizman

    bukanlah Rizalman. Mungkin rupa mereka sama tetapi ternyata Rizman bukanlah teman

    sepermainan yang dirinduinya. Malah, Rizman sendiri tidak tahu yang dia belajar di sekolah

    yang sama. Dia juga tidak pernah menegur Rizman sewaktu di sekolah. Hanya melihatnya dari

    jauh sahaja.

    Setelah puas mengimbau kenangan manisnya bersama Rizalman, Natasha tertidur sambil

    memeluk bingkai foto yang diambilnya di atas meja sisi. Malam itu, Natasha dibuai mimpi

    indah. Memori antara dia dan Rizalman kembali menerjah mewarnai mimpinya. Angin yang

    sesekali meniup lembut ke dalam ruang bilik seakan mengerti mimpi indah Natasha.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    26/212

    26

    7

    Suasana pagi yang tenang di Teratak Idaman milik keluarga Tan Sri Khalid mengundang

    rasa damai di hati penghuninya. Burung-burung yang berterbangan mencari rezeki sesekali

    berkicau tanda riang. Mungkin setuju dengan ketenangan suasana pagi itu.

    Tuan muda dah bangun, suara Suriyanti, pembantu rumah yang sudah 5 tahun

    berkhidmat untuk keluarga Tan Sri Khalid kedengaran lembut menyapa cuping telinga Farish.

    Farish yang masih lagi berada di atas katil hanya mengangguk tanda mengiyakan kata-kata

    Suriyanti.

    Tuan muda nak makan? Saya boleh bawakkan, tanya Suriyanti sopan. Walaupun Farish

    lebih muda 10 tahun daripadanya, tetapi Suriyanti tetap menghormatinya kerana dia telah

    diamanahkan oleh Tan Sri Khalid supaya menjaga hal ehwal kebajikan Farish.

    Saya belum lapar lagi, balas Farish. Dia membuang pandang ke arah tingkap yang

    berada di sebelah kanan katilnya. Sudah lama dia mengintai dari tingkap itu, sejak kecil

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    27/212

    27

    hinggalah sekarang tiada sedikit pun perubahan yang berlaku. Masih pemandangan yang sama

    dilihatnya 10 tahun dahulu.Ah, bosannya. Hari-hari asyik menghadap benda yang sama.

    Mama dengan papa ada? soal Farish kepada Suriyanti.

    Tuan Sri dengan Puan Sri sudah lama keluar. Puan Sri pesan, kalau Tuan muda mahu

    keluar panggil saja Pak Mat, balas Suriyanti. Farish hanya mendengar tanpa sebarang respon.

    Dia sudah menjangkakan yang papa dan mamanya akan sibuk dengan urusan kerja. Jarang dia

    melihat kedua orang tuanya itu berada di rumah. Suriyantilah yang selalu menemaninya di

    banglo mewah itu. Walaupun kadang-kala dia bangga dengan kekayaan bapanya, namun jauh di

    sudut hati dia sering merasa sunyi. Dia inginkan teman, yang boleh berkongsi suka dan duka

    bersamanya.

    Sedang Farish sibuk melayan perasaannya, terpampang kembali wajah gadis yang satu

    ketika dahulu merupakan insan yang terpenting dalam hidupnya. Dia rindukan gadis itu. Gadis

    yang sering menemaninya di kala sunyi. Maisarahkenapa kau tinggalkan aku, rintih Farish.

    Tuan muda, suara garau Pak Cik Selamat yang muncul di muka pintu menganggu

    lamunan Farish. Dia kembali semula ke alam nyata.

    Ada apa Pak Mat? soal Farish ingin tahu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada

    lelaki separuh abad itu.

    Ini ada surat untuk Tuan muda, jawab Pak Cik Selamat sambil menghulurkan sampul

    surat berwarna kuning kepada Farish. Farish mengambil sampul surat yang dihulurkan.

    Dibukanya dengan cermat supaya isinya tidak terkoyak. Pak Cik Selamat dan Suriyanti hanya

    memandang tanpa sepatah kata. Mungkin hairan dengan kedatangan surat misteri itu. Setahu

    mereka, Farish tidak pernah berutus surat kerana dia tidak mempunyai ramai kenalan.

    Farish membaca isi surat yang baru diterimanya.

    Apa yang harus ku katakan pada bulan jika ditanya kemanakah hilang pungguknya,

    Apa yang harus ku ucapkan pada bunga jika ditanya kemanakah pergi kumbangnya,

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    28/212

    28

    Dan apa yang harus ku terangkan pada hati jika ditanya dimanakah dia pemiliknya.

    Farish melipat semula surat yang dibacanya itu. Berkerut dahinya memikirkan gerangan

    si pengirim. Siapa agaknya yang hantar surat ni?

    Ada Pak Mat nampak siapa-siapa yang lalu depan rumah? soal Farish pada Pak Cik

    Selamat.

    Tak ada Tuan muda, jawab Pak Cik Selamat jujur. Farish hairan. Puas difikirkannya

    namun tiada jawapan yang terlintas. Ah, buat apa peduli. Baik aku buat kerja aku. Akhirnya

    Farish mengalah. Dia tidak mahu menghabiskan masanya pada pagi itu dengan memikirkan

    tentang surat misteri yang baru diterima.

    Farish mengerling jam dinding yang tergantung dihadapannya. Dah pukul 10Alamak!

    Aku dah lambat ni. Dengan pantas Farish bangun dari katil menuju ke bilik air. Pak Cik Selamat

    dan Suriyanti termanggu melihat gelagat anak tunggal majikan mereka.

    **********

    Klik! Klik! bunyi lensa kamera memenuhi segenap ruang dalam studio.

    Ok good. One more time, ucap Anuar selaku jurufoto professional dan sekaligus

    merangkap tuan empunya studio. Inilah tugasnya seharian. Mengambil gambar model-model

    yang memperagakan pakaian bagi tujuan pengiklanan. Memang sejak dari kecil lagi minatnya

    terarah ke bidang fotografi. Baginya, dunia dari lensa kamera adalah telus. Tiada satu apapun

    yang dapat disembunyikan dihadapan kamera. Jadi, tidak hairanlah jika dia sanggup

    menghabiskan masanya seharian dengan duduk di belakang kamera.

    Lain pula ceritanya dengan Armand. Dia lebih selesa berada di hadapan kamera.

    Bermacam-macam gaya serta aksi yang mampu digayakannya. Tiada satupun yang cacat.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    29/212

    29

    Semuanya kelihatan sempurna, lebih-lebih lagi setelah dia disolek ringkas. Sungguh

    mengancam.

    Nice job Am. Kita rehat dulu, cadang Anuar. Armand yang tadinya sedang hebat

    beraksi dihadapan kamera kini terus berjalan menuju ke arah Rizman dan Farish yang sedang

    duduk di salah satu sudut dalam studio.

    Wah!Handsome nampak, ujar Farish. Armand tersenyum mendengar pujian rakannya

    itu. Rizman turut tersenyum.

    Takdelah, bidas Armand merendah diri.

    Tak tahu pulak aku yang kau ni model, kata Rizman sambil menepuk bahu Armand.

    Dia bangga dengan apa yang dilakukan oleh rakannya itu.

    Aku buat part-time jer. Kalau ada job, aku ambik la. Tu pun setakat nak tolong-tolong

    kawan, jawab Armand. Dia mula menceburi bidang peragaan apabila diajak oleh Anuar yang

    merupakan kenalan lamanya. Armand mengenali Anuar sewaktu dia mewakili sekolahnya dalam

    kejohanan sukan peringkat negeri. Anuar merupakan jurufoto yang diamanahkan untuk

    mengambil gambar atlet-atlet sepanjang kejohanan berlangsung. Menurut Anuar, Armand

    mampu berjaya dalam bidang peragaan berbanding sukan yang diceburinya. Jadi, bermula dari

    situlah Armand mula belajar untuk beraksi dihadapan kamera.

    Untunglah kau, ada benda nak buat time weekend. Aku ni, selalu lepak sorang-sorang.

    Family aku pulak memanjang busy, Farish meluahkan kesedihannya. Armand dan Rizman

    memandang wajah comel sahabat mereka itu. Raut yang seakan pelakon Jepun, Koike Teppei itu

    kelihatan muram sesuram awan mendung yang tiba sebelum hujan turun. Timbul rasa simpati di

    hati mereka.

    Suasana yang tadinya ceria kini beransur suram. Masing-masing tidak berani untuk

    bersuara. Tiba-tiba, Armand tersenyum. Farish dan Rizman hairan melihat reaksi yang

    ditunjukkan Armand.

    Aku ada ideaLepas habis photo-shot ni korang berdua ikut aku, ucap Armand.

    Rizman dan Farish memandang Armand. Cuba mencari jawapan disebalik wajah tampan itu.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    30/212

    30

    Nak ke mana? tanya Rizman ingin tahu.

    Ada la, balas Armand ringkas. Dia lebih selesa untuk berahsia tentang tempat yang

    bakal mereka kunjungi nanti.Baru suspen!

    Armand kembali menyambung kerja sambilannya sebagai part-time model setelah

    berehat selama 15 minit. Farish dan Rizman setia menanti di bahagian tepi studio. Mereka

    kagum dengan aksi yang ditonjolkan Armand. Sememangnya Armand mempunyai bakat yang

    besar dalam bidang peragaan. Berbekalkan ketinggian 1.78m, rupa paras yang seakan model

    antarabangsa dan bentuk tubuh yang sasa, tiada apa lagi yang kurang pada Armand. Memang

    patutlah dia menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolahnya.

    Rizman memandang jam tangan yang dipakainya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah

    hari. Armand masih lagi berada di dalam bilik persalinan. Sebentar tadi, selepas tamatnya sesi

    photo-shootArmand terus bergegas ke bilik persalinan. Dia tidak mahu Farish dan Rizman bosan

    menunggunya. Kini, kedua-dua sahabatnya itu masih menanti dengan sabar sementara Armand

    menyalin pakaian di dalam bilik yang dikhaskan untuknya.

    Lama tunggu? tanya Armand sebaik sahaja tiba dihadapan Farish dan Rizman.

    Tak lama pun, balas Farish. Rizman hanya tersenyum tanda senang dengan kehadiran

    Armand.

    Hah! Sekarang kita nak ke mana? soal Farish tidak sabar. Rizman hanya memandang

    Armand yang sudah berdiri disebelahnya. Dia juga ingin tahu akan tempat yang bakal mereka

    pergi sebentar nanti.

    Jom! Aku bawak korang ke tempat yang ada ramai orang, ujar Armand sambil menarik

    tangan kedua-dua sahabatnya. Farish dan Rizman hanya mengikut seperti lembu dicucuk hidung.

    Kereta BMW 5 Series yang dipandu Pak Cik Selamat terumbang-ambing apabila melalui

    jalan tanah merah yang berlopak. Terasa seakan menaiki bot lagaknya. Farish, Rizman dan

    Armand yang turut berada di dalam perut kereta hanya memandang ke sekeliling tanpa banyak

    bicara.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    31/212

    31

    Kau nak bawak kami ke mana ni Am? tanya Farish ingin tahu. Dia seram melihat

    kawasan sekeliling yang penuh dengan pokok-pokok hutan. Inilah kali pertama dia datang ke

    kawasan sebegini.

    Kau ikut saja laTadi kau kata bosan, ni aku nak bawak kau ke tempat yang menarik

    la, balas Armand.

    Bila sampai simpang depan tu, Pak Mat masuk kiri ok, Armand menujukkan arah pada

    Pak Cik Selamat. Pak Cik Selamat hanya menurut tanpa banyak soal. Rizman dan Farish lebih

    banyak membisu. Dalam hati mereka tertanya-tanya tentang destinasi yang bakal mereka pergi.

    Ok, kita dah sampai, kata Armand.

    Farish, Armand dan Rizman keluar dari perut kereta sementara Pak Cik Selamat mencari

    tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta.

    Rumah siapa ni Am? tanya Rizman sebaik sahaja terpandang akan rumah kayu yang

    berada dihadapannya. Rumah kayu itu kelihatan sangat usang. Atapnya yang diperbuat daripada

    kepingan zink sudah berlubang di sana-sini. Dindingnya yang diperbuat daripada papan juga

    berlubang.

    Ni lah rumah aku, jawab Armand selamba. Farish dan Rizman membulatkan mata

    mereka apabila mendengar pengakuan berani dari Armand.

    Kau jangan nak main-main Am, betah Farish. Dia tahu yang Armand sengaja mahu

    kenakan dia dan Rizman.

    Buat apa aku nak main-main. Memang ni rumah aku, kata Armand lembut tetapi jelas.

    Rizman dan Farish hanya membisu. Tidak tahu untuk berkata. Mereka takut jika apa yang

    dikatakan mereka itu nanti akan menyinggung hati Armand.

    Selama ni aku tak pernah cerita kat sesiapa pun pasal keluarga aku. Cuma Cikgu

    Fatimah saja yang tahu, kata Armand apabila melihat dua sahabatnya itu diam seribu bahasa.

    Aku sebenarnya berasal dari keluarga susah. Keluarga aku besar. Aku ada lapan adik-

    beradik dan aku anak yang ketiga. Ayah aku dah lama meninggal. Jadi, cuma tinggal mak aku

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    32/212

    32

    saja untuk besarkan kami anak-beranak, sambung Armand. Farish dan Rizman masih tidak

    bersuara. Mereka mendengar luahan Armand dengan penuh minat. Inilah kali pertama mereka

    mendengar Armand bercerita tentang keluarganya.

    Jadi siapa yang selalu ambik kau dari sekolah? tanya Rizman. Dia pernah melihat

    Armand dijemput dengan kereta oleh seseorang yang tidak dikenalinya sewaktu pulang dari

    sekolah.

    Penjaga aku, balas Armand ringkas.

    Penjaga? soal Farish inginkan kepastian. Armand mengangguk tanda mengiyakan kata-

    kata Farish.

    Ya, penjaga. Sebab tak mampu nak hantar aku ke sekolah, jadi mak aku masukkan aku

    ke rumah anak-anak yatim. Jadi, urusan sekolah aku semuanya ditanggung oleh penjaga yang

    ditugaskan untuk menjaga aku, jawab Armand panjang lebar.

    Selalu ke kau balik rumah kau? tanya Rizman lagi.

    Aku cuma balik time weekend jer. Tu pun kalau aku tak banyak kerja, ucap Armand.

    Dia tahu yang Farish dan Rizman masih lagi tidak percaya dengan apa yang diceritakannya itu.

    Sebab itulah dia lebih selesa berahsia jika ditanya perihal keluarganya. Ramai pelajar di sekolah

    yang menyangka bahawa dia berasal dari keluarga yang kaya. Semuanya gara-gara

    penampilannya yang sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Malah penjaga yang selalu datang

    mengambilnya dari sekolah itu dikatakan mereka sebagai pemandu peribadinya. Armand hanya

    tersenyum apabila ditanya sama ada benar dia berasal dari keluarga yang kaya-raya. Dia tidak

    mahu berbohong. Baginya, lebih baik berdiam diri daripada berbohong.

    Jom, aku bawak korang jumpa mak dan adik-adik aku, pelawa Armand. Rizman dan

    Farish mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan menuju rumah usang yang berada dihadapan

    mereka.

    Assalamualaikum, Armand memberi salam sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu

    rumah.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    33/212

    33

    Waalaikumussalam, sambut satu suara dari dalam rumah. Kelihatan seorang wanita

    berusia lewat 40-an sedang berdiri dihadapan pintu .

    Eh, Ammak ingatkan siapa tadi. Masuklah, pelawa wanita yang membahasakan

    dirinya sebagai mak itu. Armand menghulurkan salam sambil mencium tangan wanita tua itu.

    Rizman dan Farish mengikut perbuatannya sebagai tanda hormat.

    Ni kawan-kawan Am mak, Armand memperkenalkan Rizman dan Farish pada ibunya.

    Wanita tua itu tersenyum melihat wajah Rizman dan Farish silih berganti. Dalam hatinya

    berbunga riang kerana anaknya kini sudah mempunyai kawan rapat. Dia faham benar akan sikap

    anaknya yang terlalu memilih kawan itu.

    Masuklah nak, rumah mak cik ni sempit sikit, pelawa ibu Armand. Farish, Rizman dan

    Armand masuk ke dalam rumah setelah dipelawa oleh Puan Zainab.

    Yang lain mana mak? soal Armand pada ibunya apabila mendapati rumahnya sunyi

    sepi.

    Adik-adik kamu pergi rumah Pak Mail. Ada kenduri doa selamat, terang Puan Zainab.

    Mak tak ikut sekali? Armand bertanya lagi.

    Mak tak larat Am. Akhir-akhir ni badan mak asyik sengal-sengal jer, balas Puan

    Zainab.

    Mak tak pergi jumpa doktor? Armand menyatakan kerisauannya. Dia tidak mahu apa-

    apa yang tidak diingini berlaku pada ibunya.

    Tak payahlah kamu nak risau. Adik-adik kamu ada. Diorang boleh tolong picit-picitkan

    badan mak ni, ucap Puan Zainab. Dia tidak mahu Armand risau tentang kesihatan dirinya.

    Armand memandang ibunya. Dia tahu yang wanita itu tidak mahu menyusahkannya.

    Memang itulah sikap ibunya. Sejak dari dahulu lagi dia tidak pernah merungut dengan apa yang

    ditanggungnya. Semua kepayahan ditempuhinya dengan sabar. Armand bersyukur kerana sikap

    sabar ibunya itu kini diwarisinya.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    34/212

    34

    Mak ni ada sikit wang belanja. Am dapat dari kerja-kerja part-time yang Am buat,

    kata Armand sambil menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada ibunya.

    Tak payahlah susah-susah Am. Duit dulu yang kamu bagi tu pun mak tak pakai habis

    lagi. Kamu simpan saja la untuk kamu belajar, tolak Puan Zainab lembut.

    Ambik la mak. Am memang nak bagi mak pun duit ni. Ada lagi yang Am simpan untuk

    Am. Yang ni memang untuk mak dan adik-adik, pujuk Armand. Dia meletakkan not-not RM50

    di dalam gengaman tangan ibunya. Puan Zainab terpaksa mengalah dengan pelawaan anaknya.

    Dia menyimpan duit yang diberikan Armand ke dalam saku bajunya. Armand tersenyum melihat

    ibunya. Farish dan Rizman yang dari tadi hanya melihat adegan antara dua beranak itu turut

    tersenyum. Hati mereka tersentuh dengan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan Armand. Siapa

    sangka yang Armand dikenali mereka ini sanggup bersusah-payah demi kesenangan

    keluarganya.

    Petang itu selepas menunaikan solat Zuhur dan makan tengah hari, mereka bertiga

    menghabiskan masa melayan kerenah adik-adik Armand yang baru sahaja pulang dari rumah Pak

    Mail. Rizman dan Farish sangat terhibur dengan keletah yang ditunjukkan mereka. Maklumlah,

    masing-masing merupakan anak tunggal. Jadi tidak hairanlah jika mereka seronok dengan

    suasana riuh di rumah Armand itu.

    Sebaik sahaja menunaikan solat Asar, mereka bertiga meminta diri untuk pulang. Rizman

    dan Farish berjanji yang mereka akan datang melawat Puan Zainab minggu hadapan. Puan

    Zainab terharu mendengar kesudian dua anak muda itu. Beruntung sungguh anaknya kerana

    mempunyai rakan yang sangat prihatin.

    Kami pulang dulu ya mak cik, ucap Rizman sopan. Dia melambaikan tangannya sebaik

    sahaja kereta yang dipandu Pak Cik Selamat meninggalkan perkarangan rumah Puan Zainab.

    Terima kasihlah sebab korang sudi datang rumah dan layan adik-adik aku, Armand

    menyatakan rasa terhutang budinya pada Farish dan Rizman.

    Takde hal la Am. Patutnya dah lama kau bawak kitorang jumpa mak kau. Aku dah lama

    tak rasa seronok macam ni, ucap Farish riang. Kalau siang tadi moodnya agak muram, kini dia

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    35/212

    35

    sudah mampu tersenyum ceria. Rizman dan Armand tersenyum melihat perubahan rakan mereka

    itu.

    Nanti aku bawak korang datang rumah aku pulak. Aku baru jer pindah, pelawa Rizman

    pada Armand dan Farish.

    Betul ke? Baguslah macam tu. Aku dah lama teringin nak pegi rumah kau, Armand

    menyatakan niatnya yang sudah lama terpendam.

    Betulminggu depan hari Sabtu, ayah aku ada kat rumah. Jadi bolehlah aku kenalkan

    korang dengan ayah aku. Korang boleh jugak tidur kat rumah aku. Lepas tu, kita boleh terus

    gerak ke rumah Am dari sana, ucap Rizman sambil mengaturkan jadual mereka. Farish dan

    Armand bersetuju tanpa banyak bicara. Jarang mereka mendapat peluang sebegini. Mereka ingin

    mengenali Rizman dengan lebih dekat.

    Pak Cik Selamat memandu ke Teratak Idaman selepas menghantar Rizman dan Armand

    pulang. Farish tersenyum sendiri mengenangkan perkara yang dilakukannya hari itu.Bestnyer!

    8

    Angin monsun yang bertiup sekitar bulan Febuari berpuput lembut di pipi Rizman.

    Sesekali rambutnya jatuh menutup dahi kerana ditiup angin. Bumbung gazebo yang memayungi

    kelihatan cantik disinari mentari petang. Rizman duduk di bawah gazebo sambil membaca novel

    yang sudah lama dipinjamnya. Dia ingin menghabiskan buku itu hari ini juga kerana tarikh

    pemulangan sudah semakin hampir. Kalau boleh, dia tidak mahu didenda kerana lewat

    memulangkan buku.

    Puan Ainon yang sedang menyiram pokok-pokok bunga sekitar laman tersenyum melihatRizman yang tidak pernah lekang dari buku itu. Berbeza sungguh dengan anaknya yang lebih

    gemarkan muzik. Setiap hari, ada-ada saja lagu baru yang diciptanya. Dia masih ingat lagi

    sewaktu ulang tahun kelahirannya yang lalu, Natasha menyanyikan lagu yang diciptanya sendiri

    sebagai hadiah. Seronok dia melihat anak tunggalnya itu. Dia tidak melarang Natasha untuk

    bermain alat muzik malah, dia sendiri telah mendaftarkan Natasha ke kelas piano setiap hujung

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    36/212

    36

    minggu. Baginya, biarlah Natasha mencorakkan hala tuju hidupnya sendiri. Dia takut yang

    Natasha akan memberontak jika dia dan suami memaksanya mengikut kehendak mereka. Jadi,

    lebih baik dia memberikan kebebasan pada Natasha.

    Sedang Puan Ainon melayan perasaannya sendiri, kelibat Natasha muncul dipandangan.

    Dia memberi salam pada ibunya yang masih lagi berangan. Puan Ainon tersentak. Bayangan

    angan hilang ditiup angin. Dia menoleh memandang anaknya sambil mulutnya pantas menjawab

    salam yang diberikan.

    Mak buat apa ni? tanya Natasha sekadar berbahasa. Dia tahu yang ibunya sedang

    menyiram pokok-pokok bunga.

    Tengah siram pokok ni, jawab Puan Ainon lembut. Natasha sekadar mengangguk

    apabila mendengar jawapan yang diberikan ibunya.

    Tasha tak pergi tegur Rizman? soal Puan Ainon sambil memuncungkan bibirnya pada

    Rizman yang sedang ralit membaca buku.

    Ish, tak nak lah mak. Buat apa Tasha nak tegur dia. Bukannya dia kawan Tasha pun,

    cebik Natasha. Dijelingnya Rizman yang berada di bawah gazebo. Rasa meluat bertalu-talu

    menendang pintu hati.

    Tak baik Tasha cakap macam tu. Dia kan jiran baru kita. Jadi, kita kenalah berbaik-baik

    dengan dia. Dah, pergi tegur dia, Puan Ainon menasihati anaknya. Natasha hanya mendengar

    tanpa sebarang bicara. Dia terpaksa akur dengan arahan ibunya. Langkah diatur dengan payah

    menuju ke tempat di mana Rizman berada. Rizman yang sedang ralit membaca buku berpaling

    memandang Natasha yang berjalan menghampirinya. Senyuman dihadiahkan sebagai tanda

    kemesraan.

    Assalamualaikum, Rizman memulakan bicara. Tangan dihulur tanda ingin berjabat.

    Waalaikumussalam, jawab Natasha acuh tak acuh. Matanya dilarikan daripada

    memandang Rizman. Huluran tangan Rizman dibiar tidak berbalas. Buat apa aku nak bersalam

    dengan dia. Tak hingin aku.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    37/212

    37

    Rizman menarik semula tangannya apabila ia dibiarkan sepi tanpa balas. Senyuman

    dihadiahkan sekali lagi. Namun masih reaksi yang sama ditunjukkan Natasha. Dingin dan suram.

    Tiada langsung tanda ingin bermesra. Rizman hairan dengan perangai anak jirannya itu. Apa

    kena dengan dia ni?

    Cantikkan pemandangan di sini, Rizman berkata lagi. Cuba mencari topik yang sesuai

    untuk memulakan perbualan. Natasha masih lagi kaku. Matanya dihalakan ke kolam yang berada

    di tepi gazebo.

    Pandai mak awak hias kawasan ni, puji Rizman. Kali ini, dia berharap yang Natasha

    akan membuka mulut membalas pujiannya. Namun, sekali lagi usahanya menemui jalan buntu.

    Natasha tetap membatu.

    Awak tak suka saya pindah sini ke? akhirnya Rizman memberanikan diri untuk

    bertanya. Dia tahu yang Natasha kurang senang dengan kehadirannya. Melalui air mukanya saja

    Rizman sudah boleh meneka yang dia dan bapanya tidak dialu-alukan Natasha.

    Natasha masih lagi membisu. Sengaja dipekakkan teliganya dari mendengar pertanyaan

    Rizman. Dalam hatinya, dia membalas soalan yang diajukan Rizman tadi. Kalau dah tahu, buat

    apa tanya.

    Rizman menggelengkan kepalanya melihat tingkah Natasha. Tiada kemesraan langsung

    yang ditunjukkannya. Yang ada hanyalah layanan dingin, sedingin salju yang menutupi

    pergunungan Fuji.Ah, biarlah. Kalau orang tak sudi nak berkawan, buat apa dipaksa. Rizman

    berkira-kira ingin melangkah pergi dari gazebo itu kerana sudah tidak kuasa lagi melayan

    karenah Natasha. Tetapi niatnya itu terbantut apabila Natasha mula membuka mulut untuk

    bersuara.

    Memang betul, ucap Natasha tenang. Wajahnya masih lagi menghadap kolam ikan.

    Rizman tersenyum mendengar respon Natasha. Akhirnya dia bersuara juga. Tapi, apa yang

    betul?

    Apa yang betul? soal Rizman ingin tahu. Perhatiannya difokuskan pada Natasha.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    38/212

    38

    Memang saya tak suka awak pindah sini. Malah saya tak hingin pun nak jadi kawan

    awak. Berlagak rajin konon. Baca buku siang malam, nak tunjuk pandailah tu. Jangan jadi

    hipokrit la, cemuh Natasha. Ayatnya yang biadap itu menampar gegendang telinga Rizman. Dia

    kaku seketika. Terasa merah mukanya kerana malu mendengar cacian yang dilemparkan

    Natasha. Lemah segala sendi-sendinya. Sungguh berbisa kata-kata yang diucapkan gadis

    dihadapannya itu.

    Seumur hidupnya, tidak ada seorang pun yang mencacinya sedemikian rupa. Dia tidak

    pernah bermuka-muka. Tidak terlintas langsung dibenaknya untuk menunjuk-nunjuk yang

    dirinya itu rajin membaca. Rasa sebak mula mencengkam tangkai hatinya, air jernih mula

    bertakung di kolam mata. Dia cuba menahan tangisnya agar tidak jatuh dihadapan Natasha.

    Dengan pantas, Rizman melangkah meninggalkan gazebo tempat dia bersantai sebentar tadi.

    Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa hancur hatinya pada waktu itu.

    Natasha memandang Rizman yang berlalu pergi meninggalkannya keseorangan di bawah

    gazebo. Padan muka. Baru puas hati aku, bisikNatasha.

    9

    Sejak dari tadi lagi duduknya dirasakan serba tidak kena. Sekejap dia beralih ke kiri dan

    sekejap ke kanan pula. Dia resah. Betulkah apa yang aku buat ini, bisik hati kecilnya. Dia

    bangun dari sofa yang didudukinya dan berjalan menuju ke almari pakaian yang berada di

    penjuru sebelah kiri bilik tidur. Dikuaknya daun pintu dengan perlahan. Dia meraba-raba

    mencari sesuatu dibawah lipatan baju yang tersusun rapi. Tangan ditarik apabila sudah

    menjumpai apa yang dicari. Sekeping gambar seorang budak lelaki yang sedang bermain biola

    ditatapnya penuh minat. Sunshine! Matanya dipejam, dan memori silam kini berlegar-legar

    dikepalanya.

    Sara nak dengar Is main biola? tanya seorang budak kecil yang berusia 7 tahun.

    Matanya yang sepet itu kelihatan hampir tertutup apabila tersenyum.

    Is nak main lagu apa? soal Maisarah pula.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    39/212

    39

    Is baru belajar cipta lagu sendiri. Dengar ya, kata Farish riang. Diletakkan biola

    dibahunya kirinya dan gesekan mula kedengaran. Maisarah yang berusia 12 tahun pada waktu

    itu, tersenyum mendengar gesekan biola yang dimainkan Farish. Memang tidak dinafikan yang

    Farish sungguh cekap bermain alat muzik walaupun usianya baru setahun jagung. Sungguh

    tenang dibuatnya. Alunan muzik yang lembut mengetuk ruang telinga hingga terkesan di kalbu.

    Memang mengasyikkan.

    Sedap tak? tanya Farish apabila selesai mendendangkan lagu yang baru diciptanya.

    Sedap, jawab Maisarah sambil tersenyum. Farish tersenyum puas hati. Tidak sia-sia dia

    menghabiskan waktu sengang dengan mencipta lagu buat temannya itu.

    Memori silam terhenti. Maisarah kembali ke alam nyata. Kelopak mata dibuka dengan

    perlahan. Foto yang dipegangnya tadi masih di genggaman. Langkah diatur menuju ke katil.

    Dihenyaknya tilam empuk bersaiz kingitu. Siling bilik ditenung.Maafkan aku Farish. Aku tidak

    sengaja. Kelopak mata kembali dirapatkan. Kenangan 7 tahun yang lampau kembali menerjah

    ingatan.

    Mana Sara ni, lambat nyer, rungut Farish sendirian. Dia mundar-mandir dihadapan

    bangku yang berada di taman. Seketika kemudian, muncul bayang Maisarah yang sedang

    berjalan ke arahnya.

    Sorry lambat, ucap Maisarah sambil tersenyum. Farish memuncungkan bibirnya seakan

    merajuk.

    Sorry la, bukannya Sara sengaja datang lewat. Tadi Sara ada kelas tambahan kat

    sekolah, pujuk Maisarah. Farish terpaksa mengalah. Dia tidak sampai hati melihat rayuan gadis

    comel itu. Maisarah sangat istimewa bagi dirinya. Sejak dari kecil, Maisarahlah yang selalu

    menemaninya. Papa dan mamanya sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Sama seperti ibubapa

    Maisarah. Jadi, tinggallah mereka berdua. Mujurlah papa dan mamanya berkawan rapat dengan

    ibubapa Maisarah, jadi selalulah mereka bermain bersama kerana rumah Maisarah tidak berapa

    jauh dari rumahnya.

    Ok, tapi Sara kena belanja Is kek sebagai ganti rugi, kata Farish.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    40/212

    40

    Ok, balas Maisarah riang. Baginya, Farish tidak susah dipujuk. Dia akan meminta

    manisan sebagai denda. Memang comel perangai teman kecilnya itu.

    Jom kita pergi kedai kek, ajak Maisarah. Dia mula melangkah meninggalkan bangku

    batu tempat Farish menunggunya sebentar tadi. Farish yang sudah kembali ceria mengikutnya

    dibelakang.

    Mereka berdua berjalan menuju ke kedai kek yang berdekatan. Farish memilih kek coklat

    kegemarannya. Keriangan jelas terpancar dimatanya. Maisarah tersenyum melihat gelagatnya.

    Farish berjalan keluar dari kedai sementara Maisarah beratur untuk membuat pembayaran.

    Sedang Farish menunggu, sekumpulan kanak-kanak nakal datang menghampirinya.

    Woi budak. Bak sini kek tu, kata salah seorang daripada budak-budak nakal itu.

    Mana boleh. Ni aku punyalah, Farish melawan.

    Aku cakap bak sini, bak sini la, tengking budak nakal itu sambil merampas kek coklat

    yang dipegang Farish. Budak-budak yang lain ketawa melihat reaksi Farish. Maisarah yang

    berada di dalam kedai masih tidak menyedari insiden yang berlaku di luar.

    Bagi la balik, rayu Farish. Dia tidak mampu melawan kerana tubuhnya yang kecil jika

    dibandingkan dengan budak nakal yang berdiri dihadapannya.

    Kalau kau nak sangat kek kau ni, ambik la sendiri, kata budak nakal itu sambil

    melemparkan kek coklat yang dipegangnya ke seberang jalan. Kek coklat itu jatuh di bahu jalan.

    Debu-debu tanah mula melekat. Farish berlari ke seberang jalan untuk mendapatkan kek

    coklatnya. Malangnya, sebuah kereta yang sedang laju telah melanggar Farish sewaktu dia

    melintas jalan. Budak-budak nakal yang melihat kemalangan itu, ternganga kerana tidak percaya

    dengan apa yang dilihat mereka. Rasa bersalah mula bersarang.

    Alamak, nak buat macam mana ni, kata ketua budak nakal itu.

    Nak buat apa lagi, larilah, ucap seorang lagi daripada mereka. Budak-budak nakal itu

    berlari lintang-pukang kerana takut akan ditangkap.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    41/212

    41

    Maisarah yang baru sahaja selesai membuat pembayaran di dalam kedai terkedu apabila

    melihat Farish sedang terbaring di tepi jalan. Darah merah membanjiri setiap inci badannya.

    Is! jerit Maisarah. Dia berlari mendapatkan tubuh kecil Farish yang sedang kaku tidak

    sedarkan diri. Orang ramai mula mengelilingi mereka kerana ingin melihat apa yang sedang

    berlaku.

    Dentingan jam didinding menghalaunya dari lamunan. Mata dibuka semula. Air jernih

    yang bertakung mula mengalir membasahi pipinya yang gebu. Maisarah sendu, sayu

    mengenangkan kisah yang berlaku. Hatinya rasa bersalah dengan nasib yang menimpa Farish.

    Kalaulah aku tak biarkan dia sorang-sorang. Mesti takkan jadi benda macam ni. Maafkan aku

    Farish.

    10

    Seperti kebiasaannya, Rizman ke perpustakaan sekolah kerana ingin memulangkan buku

    yang dipinjamnya. Kali ini dia pergi bersendirian kerana Armand dan Farish sibuk membantu

    Cikgu Fatimah mengemas bilik bahasa. Setelah tiba di hadapan pintu perpustakaan, Rizman

    menolak daun pintu sambil melangkah masuk. Dia terus ke kaunter pemulangan buku. Setelah

    selesai dengan urusannya, Rizman menuju ke deretan rak-rak buku. Dia berkira-kira ingin

    meminjam novel seram namun hajatnya terbantut apabila terpandangkan novel cinta yang

    berjudul Ayat-ayat Cinta. Di ambil novel yang berwarna merah jambu itu. Hurm, macammenarik jer buku ni. Aku nak pinjamlah.

    Rizman melihat jam tangannya, waktu rehat masih berbaki 5 minit. Dia harus segera ke

    kelas kerana kelas Sejarah Cikgu Rosnah bakal berlangsung tidak lama lagi. Dia tidak mahu

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    42/212

    42

    ketinggalan subjek yang diminatinya itu. Sebaik sahaja selesai membuat pinjaman, Rizman

    bergegas ke kelasnya.

    **********

    Hish! Mana pulak ni. Tadi ada jer kat sini, rungut Natasha.

    Kau cari apa Tasha? tanya Raihana hairan. Dari tadi dilihatnya Natasha membelek-

    belek barisan novel yang berada dihadapannya. Dia bingung dengan perbuatan rakannya itu.

    Aku cari novel la, jawab Natasha ringkas. Matanya masih lagi tertumpu pada rak yang

    berada dihadapannya.

    Novel apa yang kau cari? Penting sangat ke? Raihana bertanya lagi.

    Penting lakalau tak, takkan la aku nak bersusah-payah macam ni, balas Natasha yang

    masih lagi dengan pencariannya.

    Esok jer lah kau cari. Aku dah nak balik ni.Library pun dah nak tutup. Jom ar keluar,

    cadang Raihana. Kelihatan pengawas perpustakaan sedang menutup suis lampu dan kipas

    menandakan yang perpustakaan itu akan ditutup. Natasha terpaksa akur dengan nasihat Raihana.

    Mungkin esok aku akan jumpa novel tu.

    Natasha keluar dari perpustakaan dengan berat hati. Dia berharap benar yang dia akan

    menjumpai novel yang dicarinya itu esok. Ada sesuatu yang penting diletakkannya dalam novel

    itu. Dia takut jika ada pelajar lain yang menjumpainya. Tadi, sewaktu kelas Geografi

    berlangsung Natasha tidak dapat menumpukan perhatiannya. Akalnya ligat memikirkan tempat

    di mana dia menyimpan surat luahan hati yang ditulisnya. Puas dia mengingat akan tempat-

    tempat yang pernah dilaluinya pada waktu rehat sebelum ini. Tiba-tiba dia teringatkan

    perpustakaan sekolah.Kalau tak silap aku, Rai ada ajak pergi library tadi. Entah-entah surat tu

    ada kat sana.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    43/212

    43

    Sebaik sahaja loceng menandakan tamatnya waktu sekolah berbunyi, berpusu-pusu

    pelajar Sekolah Menengah Lagenda Permai keluar dari kelas masing-masing. Namun tidak bagi

    Natasha, dia bergegas ke perpustakaan sekolah kerana ada sesuatu yang perlu dicarinya di sana.

    Tetapi sayang, dia tidak menjumpai apa yang dicarinya. Natasha melangkah dengan perlahan

    menuju ke pintu pagar utama sekolah. Fikirannya masih lagi ligat memikirkan tempat di mana

    dia meletakkan suratnya itu.

    Tasha! jerit Puan Ainon memanggil nama anaknya. Natasha tersentak apabila

    mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh memandang ibunya. Satu keluhan berat

    dilepaskannya. Puan Ainon memandang anak tunggalnya. Naluri ibunya kuat mengatakan yang

    Natasha dilanda masalah.

    Kenapa ni, ada masalah ke? tanya Puan Ainon lembut sebaik sahaja Natasha masuk ke

    dalam perut kereta. Natasha hanya tersenyum kelat.

    Tak ada apa-apa mak, balas Natasha ringkas.

    Betul? duga Puan Ainon. Matanya tidak lepas dari memandang wajah mulus anaknya.

    Betul, jawab Natasha sambil menganggukkan kepalanya.

    Puan Ainon memandu meninggalkan Sekolah Menengah Lagenda Permai. Natasha yang

    berada disebelahnya membuang pandang ke luar tingkap kereta. Puan Ainon mengerling

    anaknya itu. Dia tahu yang anaknya pasti merahsiakan sesuatu daripadanya. Jika tidak

    mempunyai masalah, masakan dia boleh termenung sampai begini.

    Tasha temankan makshoppingya. Hari ni mak nak beli barang-barang dapur. Banyak

    yang dah habis kat rumah tu, Puan Ainon bersuara memecahkan suasana sunyi yang

    menyelubungi mereka. Natasha memandang ibunya. Memang sudah lama dia tidak membeli-

    belah seperti yang dilakukannya dahulu ketika waktu lapang.Baik aku ikut mak. Boleh release

    tension.

    Ok, jawab Natasha pendek. Puan Ainon tersenyum mendengar persetujuan anaknya.

    Dia tahu yang anaknya itu memang gemar membeli-belah. Jadi tidak hairanlah jika moodnya

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    44/212

    44

    akan bertukar sebaik sahaja diajak untuk membeli-belah. Kalau dah namanya perempuan, tak

    sah kalau tak shopping.

    Puan Ainon kembali memberikan perhatian pada pemanduannya. Proton Waja yang

    dipandunya deras menyelusuri jalan raya yang kian sesak dengan pelbagai kenderaan.

    **********

    Selesai sahaja makan malam, Rizman terus masuk ke kamarnya. Dia ingin segera

    menyiapkan kerja yang diberi oleh guru di sekolah. Dilabuhkan punggungnya di kerusi yang

    berada di hadapan meja tulis. Diambil buku teks yang tertera perkataan SEJARAH dikulitnya.

    Helaian demi helaian diselak dengan penuh teliti. Rizman berhenti menyelak apabila terjumpa

    muka surat yang dicarinya. Dia tersenyum melihat soalan yang sudah bertanda di dalam buku itu.

    Nasib baik aku dah siapkan tiga soalan waktu kat sekolah tadi. Tinggal dua saja lagi. Lepas ni

    bolehlah aku baca novel yang aku pinjam tadi.

    Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Rizman menutup buku teks sejarah yang

    berada dihadapannya. Diregangkan sendi-sendinya yang terasa lenguh.Fuh! Siap juga akhirnya.

    Boleh aku baca novel pulak.

    Rizman melangkah menuju tempat di mana dia meletakkan beg sekolahnya. Novel merah

    jambu diambilnya dari dalam beg. Dia berjalan menuju ke katil, tempat di mana dia selalu

    bersantai sambil membaca novel. Dibukanya muka surat pertama novel bercorak islamik itu.

    Sekeping kertas terlurut dari tempatnya. Kertas kecil yang berwarna kuning cair itu di ambil

    Rizman. Ada coretan atas kertas kecil itu. Rizman membaca tulisan tangan yang dirasakannya

    comel itu.

    Kehadapan diariku,

    Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu, tetapi hati aku ini kuat mengatakan yang aku

    mula tertarik dengan perwatakkannya lewat kebelakangan ini. Bibirnya yang merah itu, selalu

    buat aku tidak tenteram. Tambah-tambah lagi kalau dia senyum. Ah, boleh gugur jantungku

    dibuatnya. Adakah aku sudah jatuh cinta? Tak mungkin. Mana boleh aku jatuh cinta dengan dia.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    45/212

    45

    Dulu nak dengar nama dia pun aku sudah loya, inikan pula nak bertentang mata. Tapi,

    sejak akhir-akhir ini aku selalu termimpikan dia. Apa yang harus aku buat? Perlukah aku

    berkawan dengan dia? Tapimahukah dia berkawan dengan aku? Ah, bencinyabantulah aku,

    aku perlukan pandangan dan nasihat.

    Gadis yang binggung.

    Rizman tersenyum sebaik sahaja selesai membaca coretan yang ditulis atas kertas kecil

    yang dipegangnya. Dia faham akan dilema yang dihadapi oleh penulis itu. Perlukah aku

    menolongnya?

    Pen dan kertas dicapainya. Rizman mula memainkan tarian penanya. Segala tumpuan

    dicurahkan pada surat yang ditulis. Niatnya hanya sekadar ingin membantu. Mungkin balasannya

    ini akan meleraikan segala kekusutan yang melanda. Selesai sahaja menulis, Rizman melipat

    kertas yang berwarna biru cair itu. Di selitkannya kertas kecil yang berwarna kuning berserta

    surat yang ditulisnya sebentar tadi ke dalam novel cinta yang dipinjam. Esok, aku mesti

    pulangkan semula buku ini. Akhirnya, isi novel cinta itu tidak jadi dijamah Rizman gara-gara

    nota kecil yang dijumpainya. Rizman menyimpan kembali novel cinta itu di dalam beg

    sekolahnya.

    Jam di dinding dikerlingnya, masih awal untuknya masuk tidur.Baik aku sambung cerita

    yang aku tulis. Rizman melangkah menuju ke luar bilik. Ruang tamu masih lagi sunyi seperti

    tadi. Rasanya babah belum balik lagi, duga Rizman. Langkah diatur menuju bilik yang

    terletak berhampiran dengan dapur. Bilik itu dijadikan bapanya sebagai perpustakaan mini dan

    tempatnya menulis. Lampu dipasang bagi menerangi bilik yang gelap. Rizman merapati rak

    dimana koleksi bukunya disimpan. Di ambil buku nota yang tertera tulisan tangan Karya

    Rizman Zulkefly di kulit luarnya. Rizman tersenyum memandang buku nota itu. Mungkin

    bangga dengan hasil tulisannya. Lampu kembali dimatikan sebaik sahaja Rizman meninggalkan

    ruang bilik.

    Tak tidur lagi? kedengaran suara Encik Zulkefly membunuh kesunyian yang berada di

    rumah itu. Rizman yang terkejut dengan pertanyaan bapanya melompat tanpa dipaksa. Hampir

    saja dia melemparkan buku yang dipegang ke wajah bapanya. Encik Zulkefly ketawa melihat

    reaksi anaknya.

  • 8/8/2019 Manuskrip Kisah Kau,Aku&Dia

    46/212

    46

    Terkejut Man, kata Rizman sambil mencebik. Encik Zulkefly masih lagi dengan

    tawanya. Rizman hanya membiarkan sahaja tawa bapanya itu.

    Kenapa tak tidur lagi? soal Encik Zulkefly apabila tawanya sudah mula terhenti.

    Awal lagi la babah, sambut Rizman sambil menunjukkan jam di dinding. Encik

    Zulkefly memandang jam yang ditunjukkan anaknya. Dia mengangguk tanda mengerti.

    Masak apa hari ni? tanya Encik Zulkefly lagi. Langkahnya di atur kemas menuju ke

    meja makan. Rizman mengekori bapanya dari belakang.

    Man buat sushi hari ni, balas Rizman. Dia menuangkan air ke dalam gelas dan

    diberikan kepada Encik Zulkefly yang sedang duduk dihadapannya.

    Mana Man belajar buat sushi ni? soal Encik Rizman ingin tahu.

    Dari internet, jawab Rizman ringkas. Encik Zulkefly mengambil sushi yang terhidang

    di atas meja. Disumbatkannya ke dalam mulut.

    Mmm..sedap. Pandai Man buat, puji Encik Zulkefly. Rizman tersenyum mendengar

    pujian dari bapanya.

    Man masuk bilik dulu lah babah. Ada kerja sikit, ucap Rizman.

    Ok, good night, kata Encik Zulkefly sambil mencium dahi anaknya. Rizman

    melangkah meninggalkan Encik Zulkefly di meja makan dan menuju