kajian lengkap ( k liza)

Upload: symaya-faradillawanti

Post on 06-Mar-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan dan pembacaan jawi. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang murid Tahun 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana. Melalui ujian, dan pemerhatian, jelaslah murid-murid ini mengalami masalah-masalah tersebut dan ianya menguatkan semangat saya untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan mencari pendekatan terbaik menggunakan formula yang paling mudah bagi membantu murid menulis jawi dengan menggunakan sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini tidak tahu dan kurang tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Dengan ini dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru. Bahkan ianya turut membantu mengubah amalan pengajaran saya dan seterusnya membantu mengubah persepsi murid bahawa mata pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran yang sukar. Untuk cadangan kajian lanjutan, saya mencadangkan agar kaedah ini dapat diperluaskan dengan cara menggunakan sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi ini untuk menulis rumi dalam jawi agar murid tidak terlalu bosan dan mampu menarik perhatian mereka.

1.0PENGENALAN

Seperti yang diketahui, tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. Namun kebelakangan ini, didapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, tulisan jawi diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan jQAF di sekolah-sekolah rendah bertujuan untuk memantapkan tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh guru bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan untuk memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi.Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuanJusteru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

2.0LATAR BELAKANG KAJIANSaya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Raja Chulan hampir lapan tahun. Pada awal tahun 2015, saya diamanahkan mengajar kelas 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana seramai 9 orang. Mereka bergabung kelas dan murid-murid ini dinilai berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014. Secara purata, gred yang diperolehi oleh mereka dalam Pelajaran Jawi ialah C- ke B-. Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi, saya telah mendedahkan kepada mereka mengenai huruf hijaiyah dari huruf alif hingga huruf ya di dalam bahasa Melayu seperti huruf alif adalah untuk huruf A dan begitulah seterusnya. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi di dalam kelas. Dari segi pembacaan jawi kurang mendatangkan masalah, mereka boleh membaca walaupun merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Namun, memang tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa orang murid yang pintar dalam Pelajaran Jawi ini. Oleh yang demikian, saya cuba merujuk permasalahan ini kepada rakan sekerja yang mengajar murid pemulihan Jawi. Hasil dapatan daripada perbincangan tersebut, dapatlah saya simpulkan bahawa pendekatan pengajaran yang saya lakukan untuk murid yang lemah terdapat beberapa kelemahan. Ini kerana saya mengajar mereka sama tahap seperti saya mengajar murid yang boleh menguasai dan juga seratus peratus mengikuti sukatan pelajaran yang dibekalkan tanpa melihat kemampuan murid itu sendiri. Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2014. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan murid-murid Tahun 2. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan murid SK Raja Chulan dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini.

3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1Objektif UmumSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berkenaan:1Mengenal, mengeja dan menyebut suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.2Menulis suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.

3.2Objektif Khusus1Murid dapat membaca dan menjawikan beberapa perkataan dengan betul.2Membunyikan suku kata tertutup dan terbuka yang berkaitan.3Menyambung dan seteruskan menyebut perkataan.4Membina ayat dengan menggunakan kad perkataan suku kata.

4.0KAJIAN LITERATURKajian mengenai prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Ini bermakna kajian mengenai tulisan jawi acap kali dijalankan bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi pencapaian dalam Pelajaran Jawi di Malaysia ini. Hasil kebanyakkan kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi di kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Antara kajian yang telah dirujuk ialah:i.Abdul Halim Tamuri et-al (2004), dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).ii.Kajian Nik Hassan (2006), terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26.iii.Kajian Asmawati Suhid et-al (2008), mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%, membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 57.9% dalam jawi.iv.Sabariah (2011), mengetengahkan tentang prestasi menulis jawi 265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.2% memperolehi gred C dan D.

Oleh yang demikian itu, berdasarkan keempat-empat kajian literatur ini jelaslah bahawa Pelajaran Jawi di sekolah masih lagi berprestasi rendah dan tahap penguasaan murid dalam tulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan penguasaan murid-murid di sekolah khasnya.

5.0KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 4 orang murid daripada 9 orang murid Tahun 2 kumpulan sederhana. Murid-murid ini seringkali tidak mampu mengingati penggunaan huruf jawi ke dalam rumi dan juga tidak dapat membaca tulisan jawi dengan lancar dan lemah dalam menjawikan perkataan. Oleh itu, saya akan menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut agar murid dapat menguasainya walaupun dalam jangka masa yang singkat dan dapat mengingatinya dalam jangka masa yang lama.Murid yang terlibat adalah seperti berikut:BilNama MuridKurang MenguasaiTidak Menguasai1Muhammad Akif Akram2 Nor Mira Arzila3Muhammad Alif Shazman4Muhammad Amirul Afiq

6.0PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab tiga soalan kajian berikut:a)Adakah penggunaan jadual daftar ejaan jawi-rumi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam menjawikan tulisan rumi?b)Adakah penggunaan jadual sifir jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam menjawikan tulisan rumi?c)Adakah penggunaan jadual kelompok huruf jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam menyambungkan huruf jawi dengan betul?d)Adakah penggunaan ketiga-tiga jadual ini dapat mengubah persepsi mereka terhadap Pelajaran Jawi ini adalah sukar?7.0METODOLOGI KAJIANMetodologi yang digunakan ialah:1.PemerhatianSikap dan tingkah laku dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contohnya apabila saya mengutarakan persoalan mengenai huruf wau boleh bersambung dengan huruf ya atau tidak? Terdapat murid yang menjawab ya dan juga tidak.2.Soal selidik / Temu bualSoal selidik secara lisan kepada murid untuk mengetahui sama ada mereka boleh mengenal, mengeja, menyebut, menulis serta menjawikan perkataan. Daripada temu buat tersebut, keseluruhan murid meminati Pelajaran Jawi ini namun mengakui bahawa mereka tidak pandai dalam menyambung huruf dan menjawikan perkataan. Mereka keliru.3.Ujian PengesananDiberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana murid boleh mengeja, menyambungkan huruf dan menjawikan perkataan rumi. Hasil dapatannya, terdapat beberapa kesalahan dalam menyambungkan huruf dan menjawikan dalam ujian itu.4.Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranTindakbalas murid dinilai semasa mereka menjalankan aktiviti menjawikan perkataan serta membina ayat ringkas berdasarkan perkataan.5.Semakan buku nota / latihan / bahan edaran Semakan buku nota dan latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

8.0PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN8.1Perancangan TindakanSaya akan menjalankan kajian tindakan ini selama beberapa hari sehingga memakan masa selama tiga minggu. Idea penggunaan kesemua jadual ini iaitu jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi ini wujud apabila saya melihat cara pengajaran dan latihan yang diberinya kepada murid-murid pemulihan Jawi dan ianya memberangsangkan murid-muridnya. Beliau ialah rakan sekerja saya iaitu Siti Mariam bt Mat (2013).Oleh itu, saya menyediakan dan menghasilkan beberapa jadual tersebut. Jadual daftar ejaan jawi-rumi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian huruf konsonan dan bahagian huruf vokal. Ianya diasingkan bagi memudahkan murid untuk membezakannya. Bagi jadual sifir jawi ianya adalah sebutan bunyi vokal iaitu a, e, i, o, u. Contohnya ba, bi, bu, be, be, bo. Manakala jadual kelompok jawi pula disediakan bagi mengasingkan huruf yang boleh disambung dan tidak. Ianya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kelompok 1 - huruf yang tidak boleh disambung selepasnya, kelompok 2 huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya kecuali beberapa perkataan pinjaman Bahasa Inggeris (teks, sains, dan lain-lain) dan kelompok 3 huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya. Saya menggunakan ketiga-tiga jadual ini kerana ianya sebenarnya adalah bersangkutan atau ada perkaitan antara satu sama lain. Ketiga-tiga jadual ini adalah seperti lampiran 1, 2 dan 3.

8.2Pelaksanaan TindakanSaya akan mengedarkan kesemua jadual berkaitan kepada murid-murid dan meminta mereka menampalkannya di dalam buku tulis mereka bagi memudahkan mereka sentiasa merujuknya.8.2.1Jadual Kelompok Jawi (Menyambungkan huruf)Saya akan memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan dipadankan dengan sambungannya. Namun begitu, saya tidak memperkenalkan satu per satu huruf tersebut dan hanya memberi beberapa contoh sahaja. Murid-murid ini merujuk kepada jadual kelompok jawi. Kaedah yang digunakan ialah:i.Mengeja. Terus menyebut nama huruf dan sebut perkataan dan ianya tiada aktiviti mengeja berdasarkan suku kata. Saya turut membantu mengeja kerana terdapat beberapa orang murid yang terkeliru.ii.Melatih menulis dan membaca. Murid-murid diminta menyalin petikan daripada buku teks. Tujuannya adalah sebagai memperkenal dan mendedahkan kepada murid-murid huruf-huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya, huruf yang tidak boleh disambung selepasnya dan juga huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.iii.Peneguhan. Saya menyediakan latihan 1 sebagai teknik bagi langkah peneguhan berbentuk analisis dan sintesis. Contohnya:a.Analisis b.Sintesis 8.2.2Jadual Sifir Jawi (Membunyikan huruf vokal)Kaedah bunyi adalah sesuai digunakan untuk mengajar sistem ejaan jawi dan suku kata sama ada terbuka atau tertutup. Kaedah yang digunakan ialah:i.Kaedah huruf atau abjad. Memperkenalkan kepada murid 36 huruf yang terdapat dalam abjad jawi iaitu alif hingga ya. Kemudian meminta murid menghafaz setiap lambang abjad dan melafazkan bunyinya. Contohnya (ta) , (ba), (alif). Seterusnya setelah murid mengenali atau mengecam abjad tersebut, saya mengasingkan pula huruf vokal daripada senarai abjad dengan membulatkan huruf berkenaan dan meminta murid melafazkan bunyinya.ii.Kaedah suku kata. Kemudian, murid diajar membina perkataan menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: + 8.2.3Jadual Daftar Ejaan Jawi-RumiMurid-murid menggunakan jadual daftar ejaan jawi-rumi dengan merujuk persamaan huruf. Contohnya , murid akan mencari pasangan huruf tersebut dan menulisnya di kertas yang disediakan. Huruf yang dijumpainya ialah sntk. Setelah itu, mereka perlu meletakkan huruf vokal yang tercicir. Dalam pencarian ini juga murid boleh merujuk kepada sifir jawi untuk mencari bunyi vokal tersebut. Namun begitu, dalam sistem ejaan jawi terutamanya penggunaan vokal a iaitu huruf alif mempunyai peraturannya yang tertentu. Huruf ini terkadang ada pada ejaan terkadang perlu digugurkan pada ejaan. Untuk sebab inilah saya memberi bimbingan awal kepada murid-murid mengenai fomula ejaan yang mengandungi huruf a agar mereka memahami konsep atau formula yang digunakan.Untuk mengelakkan kekeliruan murid-murid, saya telah memberi pilihan huruf kepada mereka iaitu huruf a dan e. Setelah itu, barulah mereka melangkapkan jawapan pada lembaran kerja yang disediakan.Pelaksanaan tindakan kajian saya bermula pada 10 Ogos 2015 hingga 22 Ogos 2015. Sebelum menjalankan kajian secara menyeluruh, saya terlebih dahulu memberi mereka ujian pengesanan bagi menguji tahap pengetahuan mereka. Seterusnya saya turut memberi mereka buku latihan gemilang jawi yang mengandungi huruf tunggal, huruf yang disambung pada awal, tengah dan akhir, menyambungkan huruf serta menjawikan perkataan. Jadual 1 menunjukkan rekod pemberian latihan bertulis sepanjang kajian saya dijalankan.Jadual 1. Rekod pemberian latihan bertulisBilTarikhCatatan110 Ogos 2015 Ujian Pengesanan (Sebelum Kajian dilakukan)212 Ogos 2015 Latihan 1315 Ogos 2015 Latihan 2416 Ogos 2015 Latihan 3518 Ogos 2015 Latihan 4622 Ogos 2015Ujian Penilaian

JADUAL PELAKSANAAN

BILAKTIVITITARIKH

1.Ujian Pengesanan (Sebelum Kajian dilakukan)10 Ogos 2015

2.Latihan 112 Ogos 2015

3.Latihan 215 Ogos 2015

4.Latihan 316 Ogos 2015

5.Latihan 418 Ogos 2015

6.Ujian Penilaian22 Ogos 2015

KOS KAJIANBILJENIS BAHANKUANTITI HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A410XRM12Rm120.00

2.Fotostat BahanRM 50.00

3.Manila Kad20xRM0.60RM 12.00

4.Marker Pen10xRM3.50RM 35.00

5.Pensel Warna5xRM4.00RM 20.00

JUMLAHRM 237.00

9.0MENGANALISIS DATA9.1Analisis Data Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian.Hasil dapatan Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan dianalisis, menunjukkan ada peningkatan dalam pencapaian mereka. Peningkatan markah yang ketara ini amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa mereka dapat menterjemahkan tulisan jawi dengan betul dan boleh menyambung huruf dengan betul serta tidak berdepan dengan masalah berkaitan dengan isu ini lagi.

10.0REFLEKSI KAJIANHasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut terhadap murid-murid kumpulan sederhana ini dapat meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi. Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik walaupun terkadang bentuk huruf salah tulis. Bahkan apa yang penting, tanggapan susah bagi mereka mula berubah. Setelah bersama-sama dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan teknik yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran mengeja, membaca dan menulis mereka sebenarnya masih boleh dipertingkatkan asalkan mereka berusaha dan guru ada sebagai pembimbingnya.Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga berkeyakinan dalam memberi respon pengajaran guru terutamanya mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan. Walaupun begitu, masih terdapat murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa orang murid tidak dapat menjawikan dengan betul sesetengah perkataan. Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa sebenarnya murid-murid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang telah dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina perkataan dengan betul.Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui kajian ini banyak membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilai-nilai profesionalisme. Keperihatinan guru amat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Menyedari betapa pentingnya aspek ini, maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan bagi menambahbaik teknik dan amalan pengajaran saya. Saya juga sedar bahawa perancangan yang teliti dapat membantu saya menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping menyediakan atau merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid.

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha. Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program Bijak Jawi

Cara Pelaksanaan : Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru. Guru mengumpulkan soalan soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar. 25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan berpotensi. Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar dalam kertas peperiksaan. Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan . Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.Refleksi

Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut terhadap murid-murid kumpulan sederhana ini dapat meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi. Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik walaupun terkadang bentuk huruf salah tulis. Bahkan apa yang penting, tanggapan susah bagi mereka mula berubah. Setelah bersama-sama dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan teknik yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran mengeja, membaca dan menulis mereka sebenarnya masih boleh dipertingkatkan asalkan mereka berusaha dan guru ada sebagai pembimbingnya.Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga berkeyakinan dalam memberi respon pengajaran guru terutamanya mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan. Walaupun begitu, masih terdapat murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa orang murid tidak dapat menjawikan dengan betul sesetengah perkataan. Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa sebenarnya murid-murid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang telah dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina perkataan dengan betul.Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui kajian ini banyak membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilai-nilai profesionalisme. Keperihatinan guru amat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Menyedari betapa pentingnya aspek ini, maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan bagi menambahbaik teknik dan amalan pengajaran saya. Saya juga sedar bahawa perancangan yang teliti dapat membantu saya menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping menyediakan atau merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid. Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman. Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi. Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

Penilaian Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat E , tetapi masih ada yang mendapat D tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

11.0CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYABeberapa cadangan untuk meneruskan kajian tindakan seterusnya adalah seperti berikut:1Pengajaran secara individu perlu kerap dilaksanakan agar murid yang tidak menguasai dapat menguasai topik dengan baik;2Penggunakan perisian dan alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat murid.

12.0PENUTUPWalaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi dalam membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan dengan penulisan jawi. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat.

RUJUKAN:

Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachippan (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.

Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Boon Pong Ying et al (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Buku Panduan Kursus Transformasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Prosiding, Konvensyen Kajian Tindakan 2009. Sektor Pengurusan Akademik. Jabatan Pelajaran Perak.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hajah Mariah bt Mansur, et.al (2010). Panduan Mudah Jawi. PEKDIS Malaysia Cawangan Johor. Johor Darul Takzim.

Khalid bin Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan : Konsep dan prosedur. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia.

Mak Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Matlob. (2002). Siri Bimbingan Cerdik Pandai Jawi. Selangor Darul Ehsan.

Mohd Nasir Arsyad et al. (2011). Pendidikan Islam Tahun 2-Buku Teks. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Hassan Bin Seman (2006), Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).

Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia.

1