sejarah lengkap

288
ISI KANDUNGAN Bil Tema Muka Surat 1 BAB 1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia 1-20 2 BAB 2 : Peningkatan Tamadun 21-47 3 BAB 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara 48-64 4 BAB 4: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya di Makkah. 65-77 5 BAB 5 : Kerajaan Islam Di Madinah 78-93 6 BAB 6: Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya. 94-116 7 BAB 7: Islam Di Asia Tenggara 117-133 8 BAB 8: Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat. 134-150

Upload: yusnizan-haji-yunan

Post on 26-Oct-2015

388 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah lengkap

ISI KANDUNGAN

Bil Tema Muka Surat1 BAB 1: Kemunculan Tamadun

Awal Manusia1-20

2 BAB 2 : Peningkatan Tamadun 21-473 BAB 3 : Tamadun Awal Asia

Tenggara48-64

4 BAB 4: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya di Makkah.

65-77

5 BAB 5 : Kerajaan Islam Di Madinah

78-93

6 BAB 6: Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya.

94-116

7 BAB 7: Islam Di Asia Tenggara 117-1338 BAB 8: Pembaharuan Dan

Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat.

134-150

9 BAB 9: Perkembangan Di Eropah 151-17210 BAB 10: Dasar British Dan

Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

173-195

Page 2: sejarah lengkap

SEJARAH TINGKATAN EMPAT.

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

A. PENGENALAN:1. Zaman Prasejarah ialah zaman di mana manusia masih belum mengenai sistem

tulisan2. Kajian terhadap zaman Prasejarah dan budayanya dilakukan oleh ahli arkeologi.3. Terdapat empat tahap utama dalam zaman Prasejarah iaitu

i. Zaman Paleolitikii. Zaman Mesolitik

iii. Zaman Neolitikiv. Zaman Logam ( Terbahagi dua: Zaman Gangsa dan Zaman Besi )

4. Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup secara Secara nomad- berpindah randah Tinggal di dalam gua sama ada di kawasan tepi tasik, sungai atau di

dalam gua. Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan

menangkap ikan. Menggunakan alatan batu ciptaan mereka sendiri iaitu lebih

mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.

5. Pada zaman Neolitik manusia hidup secara: Menetap dalam kelompok yang besar iaitu dalam masyarakat. Mereka menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang Wujudnya penciptaan baru yang lebih licin serta mempunyai pelbagai

fungsi Terciptanya beberapa bahan tembikar – seperti tembikar tanah yang

dihasilkan dengan teknik putar yang dijumpai di Gua Musang, Kelantan dan belanga tanah berkaki tiga atau tripod, di Jenderam Hilir Selangor.

Wujudnya pembahagian tugas atau pengkhususan kerja kerana mereka mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.

Muncul juga beberapa individu berjaya memikirkan cara meleburkanlogam di sesetengah petempatan masyarakat Neolitik pada peringkat akhir zaman tersebut.

Wujud sistem pertukaran barang- sistem barter.

6. Zaman Logam dibahagikan kepada 21. Zaman Gangsa2. Zaman Besi

Penggunaan alatan logam khususnya besi telah menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mencipta perahu dan rumah.

Dengan menggunakan perahu, mereka mula meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritime.

Perdagangan ini bermula di kalangan masyarakat pesisir kawasan yang berdekatan.

Hubungan ini terus berkembang ke masyarakat yang lebih jauh. Munculnya penempat besar dan kota pertahanan

1

Page 3: sejarah lengkap

Petempatan besar ini berkembang menjadi bandar atau kota contoh.a) Bandar Jericho di Jordan ( 800 S.M)b) Catal Huyuk di Turki ( 6500 S.M )

Maklumat Tambahan

Maklumat o Kajian terhadap tinggalan artifa, eikofak, dan feature masyarakat lampu secara sistematik melalui proses cari gali.

Artifak o Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan magkuk.

Feature o Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.

Ekofak o Tinggalan spt sisa makanan, tulang dan tumbuh- tumbuhanPetempatan awal o Di Malaysia- penempatan awal zaman Paleolitik ialah di tepi

kawasan tasik seperti Lenggong, Kota Tampan ( Perak )o Tingkahayu ( Sabah ) sementara petempatan awal di gua ialah

Gua Niah, Sarawak.Pertanian o Di Timur Barat, pertanian telah dikenali sejak tahun 8000S.M

dan biri- biri mula diternak di Iraq.o Di China, tanaman padi telah dikenali sejak 8000 tahun dahulu.o Di Asia Tenggara, tanaman padi mula dikenali di Non Nok Tha

dan Ban Kao ( Thailand ) pada sekitar yahun 3500 S.Mo Di Malaysia, tanaman awal ialah padi dan ditemui di Gua Sireh

( Sarawak ) pada sekitar tahun 4500 S.MPertukaran Barang o Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga

melibatkan cengkerang siput gerus atau cowrie sebagai nilai tukaran dagangan.

Cengkerang Cowrie o Digunakan sebagai salah satu nilai tukaran dagangan – cengkerang siput gerus atau cowrie ini diikat antara satu sama lain sehingga berbentuk seperti rantai supaya mudah dibawa kemana- mana.

B. MAKNA TAMADUN1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Mudun, madain dan

madana. Membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar2. Juga berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Civilization yang berasal daripada

bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar.3. Bermaksud peradaban 4. Bagi masyarkat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah

khususnya dal hal- hal kebudayaan seperti penulisan, Undang- undang, kesenian dan pembandaran.

5. Sarjana Barat Gordon Childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

6. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah dan menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

7. Dari segi Islam, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.8. Syed Nuquib al-Attas memberi pandangan bahawa tamadun ialah pencapaian

tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah

2

Page 4: sejarah lengkap

masyarakat. Pandangan beliau disokong oleh sarjana Barat iaitu Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

9. secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata- mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

C. CIRI- CIRI TAMADUN. Usaha manusia untuk menyesuaikan hubungan mereka dengan alam

sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif yangs selalunya bergantung pada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.

Proses pembentukan tamadun merupakan menifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua- dua aspek ini.

i. PETEMPATAN KEKAL Kehidupan secara menetap/ corak hidup lebih sistematik Pertempatan tertentu di kawasan yang subur/ sesuai untuk aktiviti pertanian Pandai dalam penanaman dan penyimpanan makanan dan menternak binatang. Wujudnya penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi

sistem pengairan yang baik. Meningkatkan hasil pengeluaran dan lebihan makanan dijual dengan

menggunakan sistem barter dan hasil lebihan makanan dapat menampung pertambahan penduduk.

ii. KEHIDUPAN BERORGANISASI Dapat mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan

kemakmuran hidup. Peringkat awal wujudnya sistem keluarga Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa proses

pembahagian masyarakat yang kompleks. Sistem sosial, sistem masyarakat tamadun awal selalunya berbentuk pyramid dan

bersusun lapis.

LAPISAN 1: Golongan bangsawan yang meneraju pemerintahan/raja

LAPISAN 2: Golongan pembesar/golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama/ individu yang dihormati oleh masyarakat spt ketua keluarga ataupun kelompok/kumpulan pentadbir dan ilmuan/kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam kesenian.

LAPISAN 3: Golongan rakyat biasa- mempunyai jumlah yang ramai. Merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi terutamanya bidang pertanian dan perdagangan.

LAPISAN 4: Golongan hamba/bergantung kehidupannya pada lapisan- lapisan di atasnya.

iii. SISTEM PEMERINTAHAN

3

Page 5: sejarah lengkap

Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin/raja menggunakan unsur magis serta mendakwa diri mereka

sebagai wakil tuhan untuk mendapatkana pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.

Lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menjamin dan menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

iv. PENGKHUSUSAN KERJA. Peningkatan produktiviti menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi

penting. Dapat menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik dan membawa kepada

peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan/hasil keluaran dikeluarkan oleh kumpulan tertentu berdasarkan

kepakaran. Menghasilkan pertukaran barangan/sistem barter ( permulaan aktiviti

perdagangan) Berlaku juga pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya sesebuah

masyarakat dengan masyarakat lain.

v. AGAMA DAN KEPERCAYAAN Merupakan perkara penting dalam perkembangan tamadun Berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian

sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam pembentukan tamadun awal.

Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.

Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar spt pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.

Kepercayaan animisme – percaya terhadap kuasa ghaib alam sekeliling. Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama tamadun awal dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan

terhadap lebih daripada satu tuhan.

vi. BAHASA DAN TULISAN. Antara bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit Sistem tulisan terawal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Bahasa dan tulisan memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu

pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan antara masyarakat.

Penghasilan sistem tulisan penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti menyimpan rekod, penulisan undang- undang dan hal- hal keagamaan.

Bahasa dan tulisan merupakan instrument penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Ciri- ciri tamadun ini berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini berkembang pesat di bandar. Kemunculan bandar- bandar memainkan peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun. Bandar berperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat aktiviti ekonomi, pusat penyembahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan

4

Page 6: sejarah lengkap

pusat pertemuan masyarakat. Bandar merupakan sebuah menifestasi kepada penciptaan manusia yang mencerminkan tahap ketamadunan manusia.

D. PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN.

- Bermula apabila wujudnya hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekeliling.

- Mereka memilih kawasan lembah sungai- kerana kesuburan tanah untuk pertanian.- Mempunyai kemudahan bekalan air, makanan serta kemudahan tahap ketamadunan

manusia.

1. TAMADUN MESOPOTAMIA.

A. LOKASI Mesopatamia bermaksud tanah di antara 2 sungai Terletak di antara Sg. Tigris dan Sg. Euphrates yang mengalir dari kawasan

pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi Dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagin timur laut, dataran tinggi Arab

di Barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

B. KERANGKA MASA Berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara 7000- 5000 S.M.

Sekitar tahun 3500 S.M wilayah Mesopotamia berkembnag menjadi pusat tamadun awal, banyak kerajaan muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembha Mesopotamia.

Kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M Kerajaan terakhir ialah Chaldea pada tahun 539 S.M Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang

terpenting seperti:- Kerajaan Sumeria 3500- 2340 S.M- Kerajaan Akkad 2371- 2006 S.M- Kerajaan Ur 2113- 2006 S.M - Kerajaan Babylon Awal atau lama 2000- 1530 S.M- Kerajaan Kassites 1530- 1100 S.M- Kerajaan Assyria 1100- 626 S.M- Kerajaan Chaldea 626- 539 S.M

Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

C. PROSES PEMBENTUKAN Bahagian Utara Bandar Baghdad – meliputi kawasan pertengahan Sg. Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sg Zab yang dikenali sebagai Assyria. Bahagian Selatan Baghdad - meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg. Euphrates yang hampir bercantum.

dikenali sebagai kasawan Babylon yang terbahagi pula kepada 2

Akkad di Utara

5

Page 7: sejarah lengkap

Sumeria di Selatan Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan iaitu Sumer. Orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan neolitik

telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta

menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai

Berlakunya lebihan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

D. CIRI- CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA 1) Negara Kota

Setiap kota mempunyai cirri fizikal tersendiri Setiap Negara kota terbahagi kepada kawasan utama iaitu

a. pusat kotab. tembok kotac. luar kotad. pelabuhan

Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.

Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.

Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.

Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri. Sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.

Bandar atau Negara kota dapat dihubung oleh laut dari wilayah- wilayah lain. Jalan perhubungan utama ialah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota

Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

2) Organisasi Sosial Kehidupan masyarakat lebih teratur

Masyarakat kota terbahagi kpd 2 golongan iaitua) golongan pemerintah- terdiri daripada raja,

ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan.

b) Golongan rakyat- terdiri daripada rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang dan hamba yang terdiri drpd tawanan perang.

3) Sistem Pemerintahan- sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan, rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan

kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin ( 2291- 2255 S.M) di Akkad. Beliau memaksa rakyat Akkad menyembahnya kerana beliau menganggap dirinya sebagai tuhan kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai ‘ Raja Empat Penjuru Alam’

Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal ehwal keagamaan.

6

Page 8: sejarah lengkap

Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di Zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.

Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah Negara.

Raja amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan. Raja dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan

bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

4) Pengkhususan Kerja- berlaku bila wujudnya lebihan hasil pertanian Terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi

peniaga, pedagang dan artisan. Perdagangan dikendalikan dengan kawasan wilayah sekitar dan kawasan di Lembah

Indus. Aktiviti perdagangan pentig kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan

mentah Barangan logam, kayu kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil

pertanian Mesopotamia Ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di Negara kota. Ada sebilangan masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan

Negara kota.

5) Sistem Tulisan- bermula dengan tulisan bergambar Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat. Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku atau dikenali sebagai cuneiform.

E. SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

a) PERUNDANGAN Kod hammurabi- digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah

Babylon. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza

mengikut susun lapis masyarakat Mengandungi 282 undang- undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar Rakyat dapat membaca undang- undang tersebut. Kod ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai

kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri. Dapat mewujudkan dan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam

kehidupan masyarakat. Kod ini juga dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka

panjang ( 3500- 530 S.M)

b) SISTEM TULISAN- Kelahiran jurutulis melancarkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkod.

Dalam perdagangan kesemua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit. Melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh ( hasil kesusasteraan tertua

di dunia ) mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

c) BIDANG SAINS- Perkembangan ilmu astronomi

7

Page 9: sejarah lengkap

Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

Penguasaan bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perkembangan ilmu perubatan diberi perhatian oleh kerajaan Assyria kerana kerajaan ini amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya.

Sebanyak 500 jenis ubat- ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dengan menggunakan ubat- ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

d)PENCIPTAAN RODA- Digunakan dalam menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan atau pengangkutan barangan.

Juga membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

Tamadun ini menyumbang ciptaan alat pengangkutan terawal dunia- penggunan kapal layer dan pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M

Menyebabkan mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah kawasan Mediterranean.

e) PENCIPTAAN ARCA DAN TIANG BATU: Membina arca patung Raja Gudea Penggunaan arca dan tiang batu dalam pembinaan Zigurat.

- Raja Sargon beerjaya mewujudkan kerajaan Akkad yang merupakan empayar pertama di dunia. Beliau berjaya menakluk dan menyatukan wilayah- wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia. Beliau dikatakan operintis kepada pembentukan sesebuah empayar selepasnya dan kemudian menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose 111 pada zaman Mesir Purba.

- Mesopotamia menyumbang kpd pembentukan sebuah masayarakat berestetika.- Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun adalah hasil usaha pemimpin masa

lampau seperti Ashubanipal (668-627 S.M) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh.

MAKLUMAT TAMBAHAN.

MAKLUMAT KETERANGANSumeria Berasal daripada nama kuno merujuk kepada wilayah di

selatan Iraq, iaitu Sumeria. Peringkat awal kawasan ini didiami oleh 3 kumpulan etnik

iaitu Sumeria, orang Semitik dan orang yang tidak diketahui asal- usul keturunannya tetapi bilangannya kecil

Negara Kota Keluasannya bih kurang 1000 batu persegi. Contoh keluasan Kota Lagash adalah lebih kurang 1800 batu

persegi dan penduduknya berjumlah antara 30 000hingga 35 000 orang.

Setiap Negara kotaini merupakan sebuah kerajaan ang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri.

Negara kota akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.

8

Page 10: sejarah lengkap

Taman Tergantung Babylon

Salah satu daripada 7 keajaiban dunia Dibina pada zaman Raja Nabuchadnezzar- raja Chaldea Dalam taman ini terdapat pelbagai pokok dan pokok bunga

yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit teres yang menampakkan seolah- olah tanaman tersebut tergantung.

Teokrasi Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan

Hammurabi Memerintah dari tahun 1792-1750 S.M Berasal dari keturunan Amorite Membina banyak Negara Kota. Pusat pemerintahnya di

Babylon Menakluki Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia Contoh Kod Hammarubi- jika seseorang bangsawan

mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan. Jika seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka bangsawan ini didenda satu wang perak.

Epik Gilgamesh Kisah kepahlawanan tokoh Gilgamseh yang memiliki sifat 2/3 tuhan, 1/3 manusia, wajah tampan dan susuk badan yang sasa. Mempunyai kekuatan dan keberanian. Beliau memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan kepada Kota Uruk.

Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.

Perpustakaan Diraja Mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu- ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.

B) TAMADUN MESIR PURBA

a) LOKASIo Terletak di tebing sungai Nil. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai Nil Biru

yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sg. Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda.

o Limpahan air Sungai Nil berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir yang sebelumya gersang.

o Mesir menjadi tanah dataran yang subur. Tanah lanar berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

b) KERANGKA MASA.o Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik ( 10 000- 500 S.M) o Pada sekitar tahun 3500 S.M wilayah di sekitar delta serta di bahagian pertengahan Mesir

telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.o Dibahagikan kepada empat

a. Zaman Awal 3100-2200 S.M

9

Page 11: sejarah lengkap

b. Zaman Pertengahan 2040-1785 S.Mc. Zaman Empayar 1570- 1085 S.Md. Zaman Keruntuhan 1085- 322 S.M

o Tempoh peralihan masa adalah terlalu lama.o Mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing

seperti Libya ( 1100-747 S.M), Kush ( 730- 670 S.M), Assyria ( 663- 609 S.M ), Parsi ( 525 S.M ), Yunani ( 332- 30 S.M ) dan Rom ( 30 S.M )

c) PROSES PEMBENTUKAN o Manusia yang tinggal di Lembah Sungai Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa

pada zaman Logam sejak tahun 5000 S.Mo Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan

yang baik untuk aktiviti pertaniano Kreativiti ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan

kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah.o Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.o Petempatan tetap ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampong- kampong

ini telah wujudkan beberapa buah bandar yang kemudiaanya bergabung membentuk sebuah nome atau daerah.

o Kesemua nome kemudian disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya Bandar Thiris, Memphis dan Thebes.

d) CIRI- CIRI TAMADUN MESIR.o Bila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah

kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.

o Pusat Pentadbirannya berpindahke bandar Memphis berhampiran dengan delta Sg. Nilo Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbirannya berpindah ke Bandat Thebes.o Terdapat beberapa bandar penting lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abbydos.o Kehidupan di bandar merupakan salah satu cirri penting dalam tamadun ini kerana

disinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga pelabuhan penting tamadun ini.

Struktur Organisasi Susun Lapis- Diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.- Jawatan firaun ( raja mesir) diwarisi secara turun- temurun.- Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.- Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana

dipercayai baginda adalah anak tuhan Matahari, iaitu Amon- Re.- Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.- Firauan ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.- Diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.- Lapisan paling bawah ialah hamba.

Sistem pemerintahan- Diterajui oleh raja iaitu Firaun.- Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan,

mengurus dan mengagihkan hasil makanan di dalam Negara.

10

Page 12: sejarah lengkap

- Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.

- Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.- Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang

dilantik untuk menulis rekod kerajaan.- Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.- Pada zaman Empayar seorang telah dilantik menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut

( 1501- 1479)- Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terus dan penukaran

padang pasir kepada tanah pertanian tang subur.- Kejayaan ini meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain.

( menunjukkan wanita yang memerintah Mesir mempunyai status yang tinggi.- Kerajaan Mesir Purba merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah

kawasan yang luas termasuk wilayah di Nubia di Selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia iaitu wilayah di Palestin hingga Lubnan dan Syria.

Pengkhususan Kerja- Seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan peralatan.- Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas- Aktiviti ekonomi ialah perlombongan emas di kawasan Nubia.- Pengangkuran air memainkan peranan pentig dalam tamadun Mesir Purba.- Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal- kapal menyusurinya dan

berlabuh di pelabuhan- pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.- System pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang- pedagang dari

Laut Medeiterranean dan Laut Merah singgah di pelabuhan Mesir purba. Kepercayaan.

- Percaya kepada konsep politiesme. Setiap orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsure alam seperti Re( Tuhan Matahari) Ra- Atum ( Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin )

- Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu mayat disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan selepas mati.

- Mayat diiringi dengan kelengkapan harian yang akan ditanam bersama- sama dengannya. Solekan mayat, alat kebeasaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

System Tulisan- Dikenali sebagai hieroglif yang berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang

berdasarkan bunyi.- System tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan

pungutan cukai.- Berperanan untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

E. SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA. Seni Bina

- senibina pyramid bermula daripada ilham Imhotep, saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting firaun Djoser ( 3150 S.M ). Memperkenalkan teknik pembinaan

11

Page 13: sejarah lengkap

bangunan dengan menggunakan batu- bata. Juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang sains dan sastera.

- Pembinaan pyramid menggambarkan kreativiti mesyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.

Penciptaan Kertas.- Mencipta kertas daripada pokok papyrus yang hidup di Lembah Nil.- Penciptaan ini memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada

kepingan batu- bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa. Sistem Tulisan.

- tulisan berbentuk hieroglif, dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.

Sistem pendidikan.- Mewujudkan system pendidikan pada kanak- kanak daripada keluarga atasan.- Mereka diberi pendidikan sejak dari umur rendah.- Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran

kerajaan.- Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya

juru tulis yang sempurna dan terlatih.- Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh

menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan pyramid.

Bidang Perubatan- Telah melahirkan pengamal perubatan- Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat.- Berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.- Kemajuan utamanya dalam proses memumiakan mayat berkaitrapat dengan kepercayaan

orang Mesir Purba. Bidang Sains

- Kemajuan dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembagan ilmu hingga hari ini.

Bidang Pengairan.- Pengawalan aliran air Sg. Nil menjadi nadi kepada tamadun.- Pemerintah berjaya mencipta system pengairan yang menukarkan kawasan padang pasir

menjadi kawasan tanah pertanian.- Pemerintah firaun Senuusret 111 membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123km

bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah 10 000 hektar.

Bidang Matematik- Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi digunakan

sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sg. Nil yang berlaku sekali dalam setahun.

- Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir memperkenalkan system calendar 365 hari iaitu 12 bulan dalam setahun.

Maklumat Tambahan

Maklumat keteranganFiraun Ketua kerajaan Mesir

12

Page 14: sejarah lengkap

Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu pharaoh yang beerti rumah yang agung

Bermaksud pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai kepada tanah dan harta

Rumah yang agung merujuk kepada istana dan raja yang memerintah iaitu firaun.

Politeidsme Kepercayaan kepada banyak tuhanPenemuan makam Tutankhanum II

Ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howaard Carter pada 1922 Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha mencari gali di lembah yang

dikenali sebagi lembah Raja di Thebes dijalankan Mayatnya diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11kg. Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.

Jasa Imhotep Pembinaan pyramid Sakkara yang merupakan pyramid tertua dan binaan batu yang pertama di dunia

Pyramid ini dibina untuk firaunDjoser iaitu firaun kedua pada dinasti ke-3Hieroglif Tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar

Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratic- tulisan berangkai. Pada 700S.M tulisan hieratic ini berkembang ke tulisan demotic.

Dokumen Perubatan Mesir

Buku serta catatan tentang perubatan ini ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman berzaman

C) TAMADUN INDUS.

a) LOKASI - Merupakan tamadun terawal diduniaTerletak di Lembah Sungai Indus yang berpunca daripada Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.- Dikenali juga sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama tamadun ini.- Terletak di bahagian barat laut India. Dikelilingi oleh Banjaran Makram, Pergunungan

Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.

b) KERANGKA MASA- Muncul sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun 1800 S.M- Masih belum jelas factor kemerosotan tamadun ini dan ada yang menyatakan tamadun ini mengalamani kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gemapa bumi.

c) PROSES PEMBENTUKAN Di bahagian Barat Laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan

kehidupan secara nomad, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan.

Penduduk ini kemudiannya membentuk petempatan kekal di sepanjang Ss. Indus kerana kawasan ini sesuai sebagai sumber air, tanah yang subur dan boleh meningkatkan hasil pertanian. Keadaan ini membawa kepada pertambahan penduduk.

Factor ini menyumbang kepada perkembangan bandar

13

Page 15: sejarah lengkap

Dua bandar utama yang terbentuk ialah Mohenjo- Daro dan Harappa. Lothal dan Sutkagen merupakan bandar pelabuhan penting.

d) CIRI- CIRI TAMADUN INDUS. Petempatan Kekal

- Membawa kepada pembentukan bandar terancang.- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.- Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan

bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyimpanan hasil pertanian.

- Bandar- bandar disusun dengan teratur dan sistematik.- Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dari pembinaan serta

sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.- Bandar- bandar ini disusun berassakan blok- blok berbentuk segi empat dan dipisahkan

oleh satu rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.- Setiap bandar mempunyai system kumbahan yang terancang.- Selain jalanraya, bandar- bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi

sebagai jalan perhubungan. Organisasi Sosial

- Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakatnya terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan.

- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang- Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun bilnagannya kecil, para pendeta

mempunyai kuasa dan pengaruhcbesar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.

- Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta.- Oleh kerana tiada bukti kewujudan raja, sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan

dipegang oleh golongan pendeta.- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.- Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil

tersebut kepada pihak berkuasa.- Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar,

membina tembok di benteng dan membina terusan.

Pengkhususan Kerja.- Terutamanya dalam bidang ekonomi.- Masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian,

pertukangan dan pembuatan.- Aktiviti perdagangan termasuklah dengan Mesopotamia. Ini terbukti melalui penemuan

cop mohor muatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.- Antara hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading, gajah, manik dan hasil

pertanian.- Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti

barli, kacang dan sebagainya.- Ada masyarakat yang menjadi artisan secara khusus- terlibat dalam pembinaan dan

penghasilan barangan logam dan barang tembikar.

Keagamaan- Dikenalpasti mempunyai satu amalan agama- Terbukti dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsure keagamaan.

Antaranya sebuah patung Proto- Siva – menunjukkan seseorang duduk bersila dengan

14

Page 16: sejarah lengkap

stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepala yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva ( penting dari sudut kaitannya dengan agama Hindu)

- Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu- diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam masyarakat Mesopotamia, Asia kecil, Syria dan palestin.

System Tulisan.- Berbentuk piktograf (tulisan tamadun ini masih lagi misteri kerana masih belum dapat

ditafsirkan sehingga kini.

e) SUMBANGAN TAMADUN INDUS

Perancangan Bandar- Keupayaan mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo- Daro dan Harappa.- Memerlukan gabungan antara kepakaran dan pengisiannya, pemahaman tentang ilmu

geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan.- Hasil pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.- Membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti

oleh jalan raya yang lurus dan masyarakatnya meningkatkan mutu bahan binaan.- Mereka tidak hanya bergantung kepada panas matahari untuk membuat batu- bata

daripada tanah liat sebaliknya dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Sifat Keterbukaan- Melalui hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membolehkan

masyarakatnya memperolehi manfaat sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.

- Segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Maklumat KeteranganSystem saliran di bandar terancang.

Rumah- rumah di bandar ini mempunyai bilik mandi dan tandas Air dan sisa kumbahan dari rumah disalir terus untuk

membolehkan kerja pembersihan dilakukan jika tersumbat. Bahan buangan ini akan dihantar ke pusat pembuangan di luar

bandar.Cap mohor Dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan

Cap ini berbentuk empat segi bujur dan dikatakan sebagai lambang pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang.

Tuhan Ibu Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu terbukti dengan penemuan patung wanita.

Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat lembah Indus bagi melambangkan kesuburan

Hubungan tamadun Mesopotamia – Tamadun Indus

Sumber Mesopotamia menyatakan nama Bandar seperti Makan dan Meluhha.

Bandar Makan dikenalpasti sebagai Maakran dan Meluhha berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo- Daro.

Sumber ini langsung memaparkan wujudnya hubungan antara dua tamadun.

D) TAMADUN HWANG HO.

15

Page 17: sejarah lengkap

a) LOKASI Muncul daripada kesuburan tanah di Hwang Ho atau Sg. Kuning Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di

bahagian utara Negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di

sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur. Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat- pusat tamadun dunia lain. Cirri- cirri fizikal yang bergunung ganang, berpadang pasir menyebabkan tamadun ini

bersifat setempat.

b) KERANGKA MASA Kemunculan tamadun ini dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapian yang

dikenali sebagai Peking man yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M. Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan zaman paleolitik. Zaman neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan Dinasti diraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar

tahun 2205 – 1766 S.M ( namun belum ada bukti kewujudan dinasti Hsia seperti Dinasti Shang.

Dinasti Shang dibuktikan dengan jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766- 1050 S.M

Pada penghujung dinasti Shang, muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintah Raja Shang.

Ini mendorong suku Chou yang mendiami lembah Sungai Wei di bahagian barat mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintah Shang dengan pemerintah dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga 256 S.M.

c) PROSES PEMBENTUKAN Berasaskan peranan sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan

awal di kawasan ini. Tapak Bampo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal

penduduk Hwang Ho. Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternak binatang selain

mengumpul hasil hutan dan berburu. Keadaan ini telah melahirkan beberapa buah bandar di lembah Hwang Ho. Salah sebuah bandar awal tamadun ini ialah Hwang Ho iaitu Anyang yang merupakan

pusat kerajaan Dinasti Shang. Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Hwang Ho.

Semasa D inasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yang Tze.

d) CIRI- CIRI TAMADUN HWANG HO NEGARA KOTA

- Anyang merupakan salah satu contoh Negara kota.- Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana,

kuil dan pusat pentadbiran.- Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di

kawasan bandar.

16

Page 18: sejarah lengkap

- Bandar ini dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

ORGANISASI SOSIAL- Masyarakat Shang mmeperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduku lapisan

paling atas yang diduduki oleh raja. - Lapisan bawahan adalah golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk

yang tinggal di kawasan luar bandar.- Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang digunakan untuk menghasilkan senjata,

perisai dan hiasan pada kereta kuda untuk digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.

- Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. Oleh itu golongan itu boleh mnegguanakan kemewahan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.

- Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.- Perhambaan merupakan satu cirri utama dalam Dinasti Shang.

PENGKHUSUSAN KERJA- Golongan pembesar memilki tentera dan terdapat dua kumpulan tentera iaitu

i) kumpulan tentera berkereta kudaii) kumpualn tentera berjalan kaki.

- Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Kumpulan petani telah membentuk kumpulan artisan.- Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.- Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja- Kerja pemburuhan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

SISTEM PEMERINTAHAN.- Dinasti Shang berbentuk pemeritahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.

- Raja- raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social dan agama.- Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.- Masyarakat mempercayai kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja- raja

Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.

- Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.

- Golongan bangsawan berhak mewujudkan system pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang- undang.

- System yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabial mereka mengambil alih pemerintah Shang.

- Raja- raja dinasti Chao membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah- wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah

- Pembesar- pembesar Dinasti Chao membuat ikrar taat setia kepada pemerintah di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

- Mereka melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang. - Pembesar tempatan diberika hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan

upacara pengorbanan. AGAMA DAN KEPERCAYAAN.

- Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politiesme.- Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.- Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) dan tuhan bumi ( Tu) di samping

penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.

17

Page 19: sejarah lengkap

- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh.

- Keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura- kura di Anyang. Tulang ini dikenali sebagai Oracle. Fungsi tulang Oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan.

- Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kerajaan.

SISTEM TULISAN - Amalan penilikan tulang Oracle membawa kepada kemunculan system tulisan awal di

China.- Rekahan- rekahan pada tulang menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta

tulisan.- Tulisan China berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol. - Tulisan asal ini kebanyakkannya mempunyai gambar seperti kanak- kanak, bulan,

matahari dan sungai.- Tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada

hari ini.

e) SUMBANGAN TAMADUN HWANG HOa) Bidang Politik.

Dari segi politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi pemerintahan China Kuno.

System pemerintahan monarki diteruskan sehingga ke Dinasti Ching. Hanya berlaku sedikit perubahan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.

Konsep anak syurga dan mandate dari syurga yang dikaitkan dengan raja (Maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti- dinasti di China hingga abad 20.

b) Bidang Ekonomi. Pembinaan system pengairan Pemimpin- pemimpin dinasti Shang amat prihatin terhadap pembangunan

pertanian. Terusan- terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain

mengelakkan banjir. System pengairan diteruskan di zaman Ching oleh Shih Huang Ti ke kawasan

barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di

wilayah tersebut. Pembangunan dalam sector pertanian membawa kemajuan dalam teknologi

pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat

pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

c) Bidang Tulisan. System tulisan berkembang secara evolusi dan masa yang digunakan oelh orang

China hingga hari ini. Penggunaan tulisan adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan

pencetakan. Tulisan ini diajar di sekolah China. Malah tulisan ini terus berkembang dengan

penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

18

Page 20: sejarah lengkap

d) Agama dan Kepercayaan Pemujaan roh nenek moyang masih berkekalan sehingga hari ini. Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut

kesesuaian masa. Contoh, unsure korban manusia tidak algi diamalkan dan digantikan dengan unsure makanan, duit kertas dan barang perhiasan.

Konsep Yin dan Yan serta Fen Sui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China.

e) Takwim Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat

30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim

menuai. Amalan menggunakan calendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian

seperti upacara perkahwinan, pemburuan atau pengebumian.f) Falsafah.

Mengamalkan falsafah peang Sun Tzu. Karyanya- Art of War membicarakan selok belok perang dan bagaimana

menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini falsafah ini telah diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan

perniagaan.

Maklumat Tambahan

Maklumat KeteranganMandat dari tuhan Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan

dan rakyat akan menikmati kemakumuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah itu direstui tuhan.

Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka telah berlaku zalim

Raja Chou Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang- undang.

Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar- pembesar feudal

Shang-ti dan Tien Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang

Orang Cina kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tein.

Konsep Tien sukar dijelaskan tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuat dan tertinggi di alam semesta

Tien kadang- kadang dirujuk sebagai syurga Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan

Yang. Yin dan Yang Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya

terdiri daripada dua unsure yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang.

Yin ialah kuasa pasif dan yang adalah kuasa aktif

19

Page 21: sejarah lengkap

Feng Sui Falsafah Toisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutama tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam semesta.

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

A. LATAR BELAKANG TAMADUN

1. Tamadun Yunani Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau- pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh

laut Aegean dan laut Mediterranean. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai Negara kota

atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampong dan bandar pada sekitar

tahun 1000- 800 S.M

20

Page 22: sejarah lengkap

Terdapat banyak Negara kota pada zaman Yunani dan setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan- kawasan pertanian.

Di dalam kota ada pasar, kubu, kuil, dan istana. Kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth- ketiga- tiga kota ini terletak

berhampiran dengan Laut Mediterranean. Setiap Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang- undang tersendiri selain

turut memiliki beberapa buah tuhan. Masyarakat dalam setiap Negara kota sentiasa bersatu padu, walaupun begitu

peperanagan sering berlaku antara Negara- Negara kota tersebut.

2) Tamadun Rom Tamadun ini lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai

Tiber, di Lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M. Lembah ini berkembang dan

menjadi penting. Pada abad ke -2 masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di

setiap bandar. Majlis perbandaran ini menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadiran pusat di

Rom. Keadaan ini membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. Pembinaan bandar yang terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,

system pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum) rumah mandi awam dan istana.

Bandar Pompei merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan seperti pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum ( binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan pahlawan Rom)

Pada tahun 80M bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang. Terdapat system saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 KM

yang melibatkan 14 buah saliran dan terusan- bekalan air dapat diberikan kepada penduduk Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selian digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

3) Tamadun India Tamadun terawal di India ialah tamadun Indus yang mencapai era kegemilangan antara

tahun 2500-1800 S.M Selepas zaman ini tamadun Indus mengalami keruntuhan yang dkaitkan dengan

kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat.

Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik- nama Vedik diambil sempena kelahiran kitab- kitab Veda.

Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.

Menjelang abad ke-7 S.M masyarakat telah beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan atau Janapada atau kerajaan kecil dan mahanjadapada

atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Changragupta Maurya, kerajaan- kerajaan kecil disatukan. Pada zaman 321 S.M telah lahir empayar yang pertama di India kerana semasa

pemerintahan Dinasti Maurya, seluruh India Utara disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan ketika pemerintahan Asoka.

4) Tamadun China.

21

Page 23: sejarah lengkap

Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemuncalan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun

China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M dan berakhir pada tahun 206 S.M Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya

memperluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

B.ASPEK- ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN. i. Di kesan melalui idea- idea baru yang diperkenalkan dalam pentadbiran yang bertujuan menambahbaikkan lagi system atau cara yang sedia ada. ii. Dikesan dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

a) Tamadun Yunani. Telah wujud beberapa pemerintahan yang diamalkan oleh sebuah Negara kota. Bentuk pemerintahannya menagalami perubahan monarki, oligarki, aristocrat,

diktator (traini) dan akhirnya kepada demokrasi. Keadaan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek

pemerintahan dan pentadbiran Negara kota mereka. Sebelum system demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan system beraja.

Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Bila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim,

dan ketua agama merosot. Akibatnya, lahirlah system raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Keadaan ini berlaku kerana dalam system pemerintahan ini pentadbiran dikuasai

oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya. System pemerintahan oleh beberapa orang konsul dikenali sebagai oligarki. Daripada kalangan konsul, lahir golongan aristokrat yang kuat- mereka memiliki

kuasa yang besar yang dikenali sebagai pemerintahan aristokrasi Rakyat mereka tidak puas hati dengan corak pemerintahan aristokrasi yang

menyebabkan munculnya golongan yang menuntut hak ini dan membawa kepada berlakunya rampasan kuasa.

Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan bentuk tirani oleh diktator. Biasanya dictator bukannya daripada golongan aristocrat tetapi daripada

golongan kaya atau tentera. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa, tetapi tindakan itu telah

ditentang oleh golongan aristocrat. Oleh itu lahir pula system demokrasi. Dalam system demokrasi ada Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota

Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Dewan perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli

Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan juri dilantik oleh Dewan. Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.

22

Page 24: sejarah lengkap

Walaupun system demokrasi ini berlaku di Athens, tetapi system ini tidak berlaku di Negara kota yang mengamalkan system berja berkuasa mutlak.

Athens mengamalkan demokrasi, Sparta pula mengamalkan pemerintahan tentera- memberikan penekanan terhadap system pertahanan.

Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan system latihan ini menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal.

System demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi hampir seluruh Negara di dunia dengan amalan demokrasi berebeza setiap Negara.

b) Tamadun Rom Pemerintahan beraja mulai tahun 753 S.M. Pada masa ini Rom diperintah secara

mutlak oleh raja- raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.

Oleh itu pemerintahan secara mutlak raja- raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin.

Masyarakat latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai Patrician telah memberontak. Akhirnya Rom membentuk sebuah republic pada tahun 509 S.M.

Dalam system republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak. Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat

untuk sesuatu tempoh. Dua orang konsul ini menyebabkan tiada yang lebih berkuasa antara mereka. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi

membincangkan hal- hal pentadbiran dan merangka perundangan. Kebiasaannya sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagi konsul, beliau

ialah Praeotor iaitu pemerintah tentera. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh

semua rakyat Rom. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan

untuk diluluskan. Sistem republik di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di

bawah pemerintahan Julius Caesar. Perubahan berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia,

Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Briritania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.

Pemerintah bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya system pentadbiran berpusat iaitu kesan penyatuan wilayah- wilayah kecil yang ditaklukinya.

Julius Caesar telah menamatkan system republik dan menjadi dictator. Beliau menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakn gelaran

maharaja. Gelaran maharaja diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27- 14

S.M Walaupun memerintah sebagai maharaja, beliau berjaya membawa keamanan

dan keagungan kepada empayar Rom. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun. Zaman kegemilangan ini digelar Pax Romana (keamanan Rom).

23

Page 25: sejarah lengkap

Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.

c) Tamadun India Awal pembentukannya antara tahun 600- 320 S.M, tamadun India mempunyai

dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak. Kedudukan seseorang raja kemudiannya diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk

upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.

Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominant.

Chandragipta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321- 185 S.M. Keadaan ini telah mengubah status raja kepada maharaja.

Empayar Mautrya meliputi kawasan dari teluk Benggala hingga ke pergunungan Hindu Kush.

Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja

Asoka iaitu dari tahun 273-232 S.M. Penilaian ini dibuat berasaskan kerajaan Asoka menamatkan perang saudara

selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki Negara Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India.

Selepas Perang Kalinga, Asoka telah menekankan kedamaian dan kemajuan social serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

Walaubagaimanapun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.

d) Tamadun China. Perluasan kuasa telah mnegubah pemerintahan berbentuk system feudal kepada

pemerintahan berbentuk system pentadbiran berpusat. Perluasan kuasa juga telah melahirkan empayar pada Zaman Dinasti Chin dari

tahun 221-206 S.M Pada masa ini konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan maharaja membolehkan pembentukan sebuah system pentadbiran

atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Perlantikan pegawai- pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam

peperiksaan awam. System ini diwujudkan pada zaman dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Maklumat Tambahan

Maklumat KeteranganPolis Institusi politik yang merdeka. Saiznya agak kecil dan

24

Page 26: sejarah lengkap

Athens merupakan polis yang terbesar. Jumlah penduduknya juga kecil. Athens pada zaman

kemuncaknya hanya mempunyai 40000 orang penduduk. Setiap polis mempunyai

- Acropolis iaitu kawasan tertinggi yeng menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.

- Agora iaitu tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi bagi sesebuah polis.

- Kawasan pertanian di luar kota- menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.

Shih Huang Ti Memerintah 226-210 S.M. beliau lahir pada sekitar tahun 259 S.M Nama asal beliau ialah Raja chen. Peranan utama beliau ialah

menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China sehingga seperti wujud pada hari ini.

Ologarki Sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam tamadun Yunani di Athens

Dalam sistem ini, kuasa pemerintah terletak dalam tangan beberapa orang konsul

Aristokrasi Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kayaTirani Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan

digunakan sewenang- wenangnya.Diktator Pemerintahan berkuasa mutlak iaitu mempunyai kuasa yang tidak

terhad.Demokrasi Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih

oleh rakyat melalui pilihan raya. Terdapat beberapa bentuk demokrasi. Contohnya demokrasi di

Athens berbentuk penyertaan langsung warganegara lelakinya terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang mengaanggotai Dewan Perhimpunan

Republik Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan diketuai oleh presiden.

Julius Ceasar Lahir pada tahun 100 S.M dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan.

Pada tahun 62 S.M beliau dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M beliau menjadi konsul pula.

Beliau Berjaya mengisytiharkan dirinya sebagai dictator setelah mengalahkan Jeneral Pompey.

Beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M oleh penyokong Jeneral Pompey

Perang Kalinga Berlaku pada tahun 261 S.M dalam usaha Asoka mewujudkan empayar agung

Dalam perang ini 100000 orang terkorban sementara 150 000 orang cedera.

Perang ini telah menyedarkan Asoka tentang akibat perang yang membawa penderitaan dan kematian.

Perang ini diingati dalam sejarah dan tamadun India kerana menjadi peristiwa penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkan agama tersebut.

Birokrasi Sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.

25

Page 27: sejarah lengkap

2. PERUNDANGAN. Saiz masyarakat yang bertambah besar dalam sesebuah tamadun boleh

mendatangkan masalah sekiranya tidak ada peraturan atau system yang dapat mengawal segala tindakan mereka.

Oleh itu, undang- undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan aman dan sejahtera.

A) TAMADUN YUNANI. Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang- undang. Kepentingan Undang- undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republik. Menurut beliau Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik

dan berupaya menggubal undang- undang. Dalam tamadun awal, undang- undang yang digunakan adalah berbentuk undang- undang

bertulis.

B) TAMADUN ROM Undang- undang Rom yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang telah dipahat pada

kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Undang- undang awal lahir pada Zaman Republik. Oleh kerana banyak undang- undang dan antaranya yang rumit, Maharaja Justinioan telah

mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang- undang tersebut walaupun pada masa itu, terdapat hakim- hakim yang mahir.

Usaha beliau telah melahirkan kod Undang- Undang Rom pada tahun 572M. Kod ini dikenali sebagai Undang- Undang Justinian dan intipati undang- undang ini

masih kekal hingga kini.

C) TAMADUN INDIA Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan serta

keberkesanan pentadbiran. Kitab Dharma Satra dianggap kitab undang- undang Hindu paling tua dalam tamadun ini. Kitab ini dipercayai telah dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-

undang. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung

kepada keseriusan kesalah tersebut. Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang atau urusan undang-

undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum- hakam terutamanya yang berkaitan dengan keagamaan.

Pada zaman Dinasti Maurya undang- undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

Segala titah perintah itu diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang- undang itu boleh dibaca oleh rakyat.

Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan pemerintahannya adil.

26

Page 28: sejarah lengkap

D) TAMADUN CHINA. System perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan hukuman

bercorak kolektif. Teras undang- undang itu daripada falsafah legalisme. Ia telah digubal dan diperkenalkan

oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah ini undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkahlaku

manusia. Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.

Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh.

Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M- 8 S.M.

Ajaran Confucius menekankan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

3.PERALIHAN KUASA Seseorang pemerintah yang berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil

akan berusaha meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

Kawasan yang ditakluki akan menerima bukan sahaja corak pemerintahan yang dibawa oleh penakluk tetapi juga kebudayaan penakluk.

A. TAMADUN YUNANI. Bermula dari tahun 800 S.M, kegiatan penaklukan kerajaan berjalan rancak. Pada zaman Philip II dari Mecadonia, kerajaan Mecodania dan Yunani disatukan. Usaha ini diteruskan oleh anaknya Alexander the Great yang telah berjaya meluaskan

lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean itu berada di bawah kekuasaannya.

Alexandar the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan yang dikenali sebagai Hellenistik- merupakan kebudayaan campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain .

Kebudayaan ini tersebar dari kota- kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.

Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the Great dengan kemunculan Rom.

. B. TAMADUN ROM

Berlaku mulai tahun 27 S.M iaitu pada zaman pemerintahan Augustus Caesar Beliau telah berjaya menubuhkan system empayar yang berbeza daripada system republik

sebelumnya iaitu mewajibkan system pemerintahan warisan. Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan

Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Mecadonia, sebahagian Turki dan Palestin.

C. TAMADUN INDIA. Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula

pada zaman pemerintahan Chadragupta Maurya ( dari 321- 292 S.M)

27

Page 29: sejarah lengkap

Kejayaan ini disebabkan kekuatan tenteranya yang besar iaitu 600 gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang infantry.

Beliau berjaya menguasai seluruuh India Utara dan setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

Anak Chndragupta, Bindusara meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian Selatan India.

Kaedah perluasan kuasa berbeza pada zaman Asoka. Beliau tidak menekankan kekuatan kententeraan sebagai asas untuk mmeperluaskan kuasa, sebaliknya telah menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.

Asoka memberikan penekanan kepada agama Buddha. Pada zaman Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk Empayar Maurya. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

D. TAMADUN CHINA. Perluasan kuasa telah membawa kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin iaitu di

bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.

Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir.

Bagi mempertahankan empayar China dari serangan Orang Gasar telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han, kewibawaan Maharaja Hang Wu Ti yang juga digelar Maharaja

Tentera telah berjaya meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.

Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah, Singkian, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di Selatan.

Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan negeri China telah diwujudkan.

4.PENINGKATAN EKONOMI. Antara kegiatan ekonomi dalam tamadun awal manusia termasuklah bercucuk

tanam, bereternak binatang dan menghasilkan barang perdagangan. Pada tahap awal kegiatan ekonomi yang paling utama ialah penanaman dan

penternakan binatanaang yang bertujuan untuk menyara keluarga. Tapi bila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan

bandar, kegiatan tersebut telah membawa penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.

Hasil yang berlebihan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.

A. TAMADUN YUNANI Hampir semua Negara kota memberikan tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan

kecuali Sparta Keadaan ini berlaku kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan

sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat aktiviti perdagangan dengan kawasan luar terutamanya melalui jalan laut.

28

Page 30: sejarah lengkap

Pada peringkat awal, aktiviti perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir pantai yang berhampiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.

Negara kota Athens dan Corinth menghadapi kekurangan makanan kerana kekurangan tanah untuk pertanian.

Ini menyebabkan Negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di luar.

Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatan dan Laut Hitam. Athnes juga menjadi pusat pengumpulan barabf keperluan yang dating dari Timur. Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota dikenakan cukai dan ini

menyebabkan kenaikan harga barang. Akibatnya ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat- tempat lain seperti Alexandria pada

Zaman Graeco-Rom ( 300 S.M)

B. TAMADUN INDIA Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 S.M Aktiviti ini melibatkan perdagangan dalaman iaitu antara kawasan- kawasan di dalam

wilayah India malah turut melibatkan perdagangan luar. Antara pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa yang

menghasikan senjata, gading gajah emas, berlian dan mutiara. Hubungan luar telah dilakukan antara kerajaan Maurya dengan Mecadonia, Sri Lanka,

rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan Negara luar

termasuklah Taimpralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.

Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah meransang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar.

Persatuan ini termasuklah persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya.

Matlamat persatuan ialah mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang

telah diawasi oleh raja. Matawang digunakan sebagai medium jualbeli. Pada zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan. Pengguanaan matawang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah

dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Guptha telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.

Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil kain kapas dan sutera.

Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares. Perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang

di India. Sejak Zaman Maurya juga, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil

perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah- buahan. Cukai itu adalah untuk menyara anggota para pentadbir dan raja. Sejak tahun 100 M, perdagangan maritime antara India dengan Alam Melayu telah

berkembang dan meningkat pada zaman Gupta. Pedagang India telah memperolehi hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan

besi dari Alam Melayu serta tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China. Perdagangan dengan Rom dan Sri Lanka juga turut berkembang.

C. TAMADUN CHINA

29

Page 31: sejarah lengkap

Peningkatan ekonomi berlaku semenjak zaman Dinasti Shang. Kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritime,

perusahaan dan pembentukan persatuan perdagangan. Dalam bidang pertanian sejak Zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan untuk

membuat batas tanaman, kolar kida untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah.

Pada Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian.

System penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. System pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperolehi

sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang

dibina. Perusahaan logam dan tembikai berkembang sejak Zaman Dinasti Hang lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperi Alam Melayu,

India, Timur Tengah dan Barat. Hasil ini mula- mula dibawa melalui jalan darat. Iaitu jalan Sutera Darat dan kemudian

melalui jalan laut mulai Zaman Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak- tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan

tersebut. Barangan logam juga telah diperdagangkan. Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di Negara

China sendiri. Di Negara China muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran

gologan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam system

perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat KeteranganMaharaja Justinian Beliau telah mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru iaitu Empayar

Byzantine dan menjadi Maharaja Byzantine dari tahun 527-565M. Beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran

Hukum Kanun 12 Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M Undang- undang ini kekal selama 400 tahun.

Undang-undang Rom

Undang-undang terdiri daripada cabang:i. Undang- undang sivil.

ii. Undang-undang rakyatiii. Undang-undang natural.

Prinsip i. Semua manusia sama di sisi undang- undang.

ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.iii. Keadilan terhadap setiap individu.iv. Hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Prinsip undang-undang ini telah menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.

Contoh undang-undang yang

Raja atau pemerintahan diumapamakan bapa oleh masyarakatnya. Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.

30

Page 32: sejarah lengkap

terdapat pada Tiang Asoka.Alexander The Great

Beliau menaiki takhta pada tahun 336 S.M dan merupakan salah seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.

Beliau menjadi raja apabila ayahnya Philip II dari Mecadonia meninggal dunia. Ayahnya buat pertama kalinya menyatukan semua bahagian Yunani menjadi

sebuah negara. Alexander The Great telah mengepalai gabungan tentera Mecadonia dan Yunani

menakluki Parsi. Zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan perkembangan

kebudayaan Hellenistik di seluruh timur.Augustus Caesar Adalah anak saudara Julius Caesar.

Beliau ialah pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator. Keadaan ini berlaku setelah beliau Berjaya mengalahkan tentera Anthony, bekas

jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam perang Antium ( 31 S.M)

Tembok Besar China

Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin ( 221-206 S.M) Panjangnya lebih kurang 5000 Km.lebarnya antara 4.5m hingga 9m dan tinggi

7.5m. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung sehingga 6400 km. Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang

Hun ( nomad ). Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai iaitu lebih daripada 30 000

orangZaman Graeco-Roman

Zaman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellanistik. Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.

Mata Wang Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta dikenali sebagai Dinara mempunyai berat antara 7.8 hingga 9.3 gram.

Selain itu, terdapat juga wang yang terdiri daripada cengkerang siput.Kolar Kuda Kegunaannya untuk menarik kenderaan serta beban.

Di Barat penggunaan kolar pada kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad ke-4 S.M ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda tersebut.

Jalan Sutera darat. Hubungan perdagangan antara China dengan India dan barat iaitu Rom telah terjalin pada peringkat awal melalui jalan darat.

Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di barat iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke

India dan seterusnya China.Jalan Laut Jaringan jalan yang mneghubungkan China dengan India dan Barat iaitu Rom.

Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke-5M.

Kapal yang belayar dari Rom singgah di India kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka begitu juga dengan kapal dari China dan India.

5. PENINGKATAN SOSIAL Meliputi perkara seperti pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina,

serta sains dan teknologi. Pendidikan merupakan asas atau tonggaknya. Pendidikan membantu manusia untuk meningkatka tahap intelek yang seterunya

membawa kepada peningkatan dalam bidang- bidang lain.

PENDIDIKAN.

31

Page 33: sejarah lengkap

A. TAMADUN YUNANI. Khususnya di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang

seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani. Bagi orang Athens, manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat

memenuhi tuntutan fizikal dan mental. Hanya manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangan

kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan

menulis telah begitu dititikberatkan di Athens. Masyarakat Sparta pula matlamat pendidikannya adalah untuk melahirkan

warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya. Pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran

menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental. Di Yunani perkembangan pendidikan berlaku apabila banyak sekolah falsafah

tumbuh dan berkembang di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.

Athnes juga dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.

Sekolah ini telah melahirkan sejarawan sepertii. Thucydides dan Herodatus.

ii. Ahli pemikir dalam bidang sains dan teknologi. Seperti Thales, Anaximander, Heralitus dan Anaxagoras.

B. TAMADUN ROM Pendidikan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada

Rom. Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang

berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya. Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan , Rom banyak mengambil dan

menyerapkan unsure- unsure dari Yunani. Pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat di bandar-

bandar di seluruh empayar Rom. Pusat pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina system

pengairan, bangunan dan jalan raya. Pusat pendidikan ini juga dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang

telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.

C. TAMADUN INDIA Peningkatan pendidikan bermula pada Zaman Vedik di mana pendidikan zaman

ini sangat mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita

pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab- kitab Veda

dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab- kitab

Veda tersebut. Pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan

manusia menghadapi hari selepas mati. Maka tumpuan pendidikan ialah agama.

32

Page 34: sejarah lengkap

Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai- nilai murni yang diajar oleh agama.

Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman dan bermula selepas tahun 100 S.M

Sebelum ada kolej, pendidikan diberikan di istana dan di rumah. Pada abad ke -4 M, lahir universiti agama Buddha iaitu Nandala. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan seseorang harus

menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi perturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.

Mereka harus mempelajari karya sainstifik dan falsafah. Oleh itu, pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains.

Pada zaman seterusnya, pendidikan di India bertujuan untuk menambahkan ilmu dan mengatasi buta huruf, selain untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahannya.

D. TAMADUN CHINA Masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusateraan dengan

matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu

Peringkat Sekolah Rendah- tertumpu kepada kegiatan mengenal dan memahami maknanya.

Peringkat Sekolah Menengah- tertumpu kepada karangan dan ssatera. - tumpuannya untuk menterjemahkan buku.

Pendidikan di China lebih menjurus kepada kepentingan untuk pentadbira. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu

1. Tahap pertama - Hsui Tai , setaraf dengan ijazah pertama.2. Tahap kedua - Chun- Jen, setaraf dengan sarjana.3. Tahap ketiga - Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah.

Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana iaitu di hadapan maharaja.

Mereka yang lulus tahap pertama atau ijazah ketiga pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

Peperiksaan wam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam kedua dan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali.

System peperiksaan awam China adalah tertua di China. FALSAFAH

Kemunculan ramai ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tamadun tersebut memiliki tradisi yang tinggi.

Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang lojik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.

A. TAMADUN YUNANI Ahli falsafah terkenal seperti

o Herodatuso Socrateso Aristotle

33

Page 35: sejarah lengkap

o Plato. Mereka ini menulis persoalan tentang nilai individualism, kehidupan manusia dan

demokrasi. Herodatus merupakan ahli falsafah dan ahli sejarah terulung telah menghasilkan

karya History Of Persian Wars merupakan bapa Sejarah. Thucydides pula dianggap sebagai pengasas Sejarah Sainstifik. Karyanya yang terkenal ialah History of the Peloponnessian War. Beliau telah

menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan. Ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan

mengamalkan sikap ingin tahu. Plato dalam karya Republik membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan

Negara paling baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah. Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander The Great pula dalam karyanya

membincangkan cara berfikir yang teratur.

B. TAMADUN ROM Tidak mempunyai ramai ahli falsafah Tamadun ini banyak mengambil falsafah daripada Yunani. Seperti falsafah Rom

diasaskan daripada falsafah stoic iaitu Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang

bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

C. TAMADUN INDIA Bidang falsafah India wujud dalam bentuk pemikiran yang besar iaitu

1. Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda2. Kumpulan yang menolak kitab Veda

Kitab Veda terdiri daripadao Rig Vedao Yajur Vedao Sama Vedao Atharva Veda

Upanishad Mahabhrata, Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

D. TAMADUN CHINA Memberikan penekanan kepada hal yang berkaitan dengan manusia iaitu hubungan

manusia dengan manusia lain. Antara sumber falsafah China termasuklah Kung-fu Tze atau Confucius dengan

ajarannya iaitu Confucianisme, Lao Tze, Taoisme dan Mo Tzu. Mo Tzu dikenali sebagai Motze atau Mencius. Mo Tzu menolak beberapa ajaran

dalam Confucianisme dan memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik.

Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.

Satu lagi falsafah China ialah aliran legalisme. Falsafah ini percaya bahawa hanya undang- undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

SAINS DAN TEKNOLOGI

34

Page 36: sejarah lengkap

a) TAMADUN YUNANI Terdapat beberapa ahli sains, matematik yang terkenal seperti

o Hippocrates- Bapa Perubatan.o Archirmedes- Ahli Matematik dan Fizik. Teori berkiatan dengan isipadu

air dan gravity.o Ptolemy- Ahli Astronomi.o Thales- mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.o Pythagoras- memeperkenalkan Teorem Pithagoras- mengembangkan

ilmu goemetri Mesir Purba dan Babylon. System angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani iaitu Herodianik dan

Ionik Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang

lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

b) TAMADUN ROM Juga maju dalam bidang sains, matematikl dan teknologi Boethius ahli matematik Rom- asas matematik beliau diambil daripada tamadun

Yunani dan beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometrid an astronomi.

Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan terutamanya zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.

c) TAMADUN INDIA Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Tamadun China juga menganggap astronomi sebagai ilmu sains Negara. Ilmu matematik telah berkembang pesat pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah

memperkenalkan system nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Juga telah wujud ilmu perubatan yang berkembang disebabkan kecenderungan

masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang

lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

d) TAMADUN CHINA Menekankan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif)

dan Yin ( kuasa pasif) yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam asas perubatan tradisional.

Wujud ilmu pelayaran dengan penciptaan layar yang lebih dan perahu yang lebih besar dan penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting.

SENI BINA

35

Page 37: sejarah lengkap

Peningkatan seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam tamadun awal yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian agung demi bangsa, agama dan Negara.

Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang berwibawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta meyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan iaitu binaan yang agung seperti

- Acropolis- Aqueduct- Colloseum- Parthenon- Tembok Besar China.

Setiap binaan mempunyai fungsi yang penting kepada Negara dan raja seperti.o Aqueduct- untuk bekalan air di Romo Tembok Besar China- untuk pertahanan Negara China.o Stupa Besar di Sanchi, India- untuk keagamaan.o Acropolis di Yunani oleh Pericles- untuk keagamaan dan sebagai pusat

kegiatannya. Terdapat peningkatan dari segi elemen baru yang terdapat pada binaan tersebut

seperti.o Bentuk bangunan yang lebih sempurna dengan ukiran yang unik

berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetika ( seperti pembinaan acropolis di Yunani)

a. TAMADUN INDIA. Memaparkan peningkatan serta pencapaian yang cemerlang dalam

bidang senibina. Dapat dipastikan dengan jelas apabila dibuat penelitian dari zaman

Tamadun Indus lagi. Pada zaman itu masyarakatnya telah berupaya unruk membina binaan

yang sangat baik dan lengkap. Dapat dilihat pada binaan Great Bath Oleh kerana kehidupan masyarakat India sangan erat hubungannya

dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan atau berunsurkan keagamaan.

Maka terlihatlah binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagungkan termasuklah binaan kompleks kuil di

Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil dan kompleks kuil di Gua Ellora

mempunyai 28 buah kuil- Gua dan dibina antara abad ke-15- 8 M. Dalam melihat senibina Buddha, antara perkara yang penting yang

diperhatikan termasuklah penggunaan elemen geometri iaitu bentuk segi empat dan bulat.

Terdapat juga menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah, dan pagoda. Seni ukir juga terdapat dalam zaman tamadun ini.

b. TAMADUN CHINA Mempunyai rekabentuk seni bina yang agak berlainan daripada tamadun

lain.

36

Page 38: sejarah lengkap

Tembok besar China telah dibina sejak zaman Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti berrikutnya.

Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Bandar-bnadar China Purba seperti Changang, Anyang, Peking dan

Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok- tembok di kawasan Bandar lain pula dibuat daripada tanah liat

dan batu bata. Di kampong- kampong juga terdapat tembok biarpun dibina daripada

tanah lumpur. Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang

besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja Salah sebuah istana maharaja yang amsih kekal sehingga kini ialah Kota

Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi

sebagai- Balai penghadapan- Tempat hukuman- Kerajaan- Perjumpaan

Sebuah lagi binaan penghadapan yang penting di China ialah kuil dan pagoda.

Kuil- kuil yang terbesar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi

i. Tempat tinggalii. Ruang tamu

iii. Pusat pemujaan. Pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 25 tingkat. Biasanya pagoda

mempunyai bentuk octagon atau segi empat sama. Tapi bentuk ini tidak tetap bagi setiap binaan dan tempat.

Di China ini banyak terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.

Seni ukir jua terdapat pada zaman ini

BAHASA DAN KESUSASTERAAN1. TAMADUN YUNANI

Sebelum bahasa Latin digunakan secara meluas semasa empayar Rom, bahasa Yunani telah digunakan terutama di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Elexander The Great.

Antara tokoh sastera Yunani yang terkenal termasuklah Hesiod- penyair telah menulis 2 buah buku puisi iaitu Theologi dan

Work and Days. Homer- menghasilkan dua buah epic iaitu Iliad dan Odyssey.

Tulisan yang kini warisi pada hari ini adalah berasal daripada tulisan orang Phoenesia. Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800 S.M Dalam Tamadun Yunani, tulisan itu ditambah huruf vocal. Tulisan itu diubahsuai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom dan tersebar ke barat sehingga sampai kepada masyararakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

37

Page 39: sejarah lengkap

2. TAMADUN ROM Terdapat dua orang penulis dan penyajak iaitu Cicero ( 106-43 S.M) dan

Virgil ( 70-17S.M) Kesusateraan Rom umumnya bertujuan meningkatkan semangat patriotisme Kesusasteraan Rom mencapai Zaman keagungannya semasa pemerintahan

Augustus Caeser ( 27-14 S.M)

3. TAMADUN INDIA Masyarakat dalam tamadun India berkembang daripada dua kelompok yang

berbeza iaitu- Dravidia- masyarakat di bahagian Selatan India menggunakan

Bahasa Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.- Indo- Arya- pada dasarnya ialah bahasa Sanskrit yang kemudiannya

melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri dan sebagainya. Kedua- dua kelompok di atas mempunyai budaya yang berbeza. Bahasa utama pada zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. Perkembangan dalam bahasa ini secara langsung mempengaruhi

perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan. Bidang kesusteraan terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak. Tamadun India turut menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha,

antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera iaitu yang baikk

dan yang jahat. Ramayana pula merupakan cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan

pergadunhannya dengan Raja Sri Lanka yang melarikann dirinya Sita. Bahsa pertuturan tamadun ini ialah Sanskrit.

4. TAMADUN CHINA Sejarah perkembangan bahasa dalam tamadun ini kurang jelas Wujud 7 dialek di China:

o Mandarino Wuo Hunaniso Kiangsio Hakkao Kantoniso Fukien

Peningkatan sastera jelas dengan adanya sokongan pihak kerajaan. Semasa dinasti Han, Ssu- ma Chien telah mempertingkatkan bidang sastera prosa dengan

karya bertajuk Shih Chi. Hasil karya beliau ini banyak menceritakan sosial, kerajaan, pemimpin dan beberapa

aspek ilmu pengetahuan. Ianya menjadi ikutan dinasti seterusnya. Dalam bidang puisi muncul tokoh seperti pada zaman Dinasti Tang

o Tu Fuo Li Poo Po Chu- I

Pada zaman Dinasti Han bidang sasteranya meliputi sajak dan cerpen. Seseorang yang terpelajar harus mampu bersajak untuk melahirka pengetahuan dan

pemikirannya.

38

Page 40: sejarah lengkap

Kebanyakkan karya menyampaikan mesej.

SISTEM SOSIAL.

a) TAMADUN YUNANI Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens membahagikan

penduduknya kepada tiga kumpulan iaitu:1. warganegara- mempunyai hak dalam politik Negara kota.2. penduduk bukan warganegara- tidak mempunyai hak dalam politik.3. golongan hamba- tidak mempunyai hak dalam politik.

Di Sparta terdapat 3 kelas sosial iaitui. Warganegara Sparta Tulin

ii. Para pekerja, artisan dan pedagangiii. Helot- mengusahakan tanah dan merupakan golongan

majority.

b) TAMADUN ROM Dalam system sosialnya, masyarakatnya dibahagikan kepada

Warganegara Rom- mereka terdiri daripada orang Rom. Bukan warganegara- penduduk yang ditakluki Golongan Hamba-

c) TAMADUN INDIA Dalam system sosialnya, wujud sistem kasta System ini merupakan institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana- mana

tamadun dunia yang lain. System ini mempunyai 4 kasta utama iaitu

i. Brahminii. Ksyatria

iii. Vaisyaiv. Sundra

Keempat- empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza System kasta telah menjadi darah daging kepada system sosial India dan system ini

diikutu dengan ketat. Berdasarkan system ini, antara lainnya seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita

daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang lain.

d) TAMADUN CHINA. Masyarakat China pada masanya terbahagi kepada tiga kelas utama iaitu

i. Golongan atasan – terdiri daripada golongan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida- sida.

ii. Kumpulan kedua- terdiri daripada rakyat bawahan iaitu golongan petani dan artisan.

iii. Golongan ketiga- golongan hamba Golongan kedua- ketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama Confucious- boleh membahagikan masyarakat China kepada 4 kumpulan pertama iaitu

1. golongan sarjana- mereka terdiri daripadapegawai kerajaan yang berpendidikan.

2. golongan petani- merupakan tulang belakang ekonomi China.3. golongan tukang

39

Page 41: sejarah lengkap

4. golongan pedagang. Strata masyarakat China ini bukan sesuatu yang bersifat tegar.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumat keterangan

Seni Berpidato Berpidato ialah pengucapan atau kepetahan bercakap yang sangat diminati masyarakat.

Aktiviti mnedeklamasi sajak diajarkan kepada kanak-kanak Rom sejak awal alam pendidikan mereka lagi.

University di India

Dua buah universiti utama yang wujud di India ialah Universiti Taxila pada abad 1M dan Universiti Nalanda pada abad ke-5M.

Kolej Brahman Kolej ini dikenali dengan nama Parishad dan lahir selepas tahun 100 S.M untuk pendidikan.

Peperiksaan Awam

Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tidak berlaku penipuan dan peniruan, pemeriksa

akan dikurung sebelum peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam

bilik dengan disediakan makanan, minuman malah mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.

Socrates ( 470-339 s.m)

Beliau merupakan Bapa Falsafah Barat. Mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan

pengikutnya. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat

bahagia. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum

bunuh dengan cara minum racun. Antara pengikutnya ialah Plato.

Plato Maklumat tentang Socrates ada dalam tulisannya. Beliau menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dala falsafah

Socrates iaitu persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah beliau ialah masyarakat yang sempurna merupakan

masyarakat yang diperintah oleh falsafah. Beliau mengasaskan akademik falsafah di Athens yang kekal selama

1000 tahun.Aristotle ( 384 – 322 S.M)

Merupakn murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mandalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic, metafizik, etika, sains

tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.

Pythagoras ( 580-500 S.M

Beliau telah mempelajari matematik Mesir dan Babylon serta mengasaskan gerakan saintis bergelar Pythagoras.

Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teoram Pythagoras.Hippocrates ( 460-377 S.M )

Dikenali sebagai Bapa Perubatan. Namanya dikenang keraan kaitannya denga profesion perubatan moden

iaitu Sumpah Hippocrates ( Hippocrates) Beliau dianggap pakar dalam bidang anatomi.

Falsafah Veda Berkisar pada kuasa alam seperti angin dan api terhadap kehidupan

40

Page 42: sejarah lengkap

manusia. Itulah sebab elemen tersebut perlu dipuja dan disembah,

Confucianisme Ajaran ini menekankan keperimanusiaan dan maruah diri. Ajaran ini mengutamakan kesopanan dan kesusilaan di samping

mengalakkan hubungan sesame manusia.Taoisme Ajaran ini menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara

manusia dengan masyarakat.Ahli Matematik India

Aryabhata Varahamihira

Skrip Kharosti dan Brahmin

Skrip Kharosti ialah tulisan atau inskripsi yang digunakan pada zaman pemerintahan Asoka.

Skrip ini tidak lagi digunakan selepas abad ke-3M. Skrip Brahmin ialah tulisan yang ditulisa dari kiri ke kanan. Kedua- dua skrip ini mempunyai sistem angka yang berbeza. Sistem angka Kharosti dikatakan seakan- akan angka Romawi dan

Angka Brahmin pula angka 10 diwakili dengan symbol alfa.Teknologi Maklumat kertas

Teknologi ini telah bermula di China pada tahun 105 M oleh Chai Lun pegawai di istana raja China.

Beliau Berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa.

Pulpa ini kemudian diratakan pada skrin poros, ditoskan dan dikeringkan dalam kepingan nipis.

Acropolis Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens Dalam Acropolis terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala,

teater, serta bangunan yang peling menarik iaitu Parthenon.Parthenon Rumah berhala untuk Dewi Athens dan dibina pada zaman

pemerintahan Pericles iaitu pada tahun 421-409 S.M Dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa

Persia. Ukurannya ialah 69.5 meter x 30.88 meter.

Colloseum di Rom

Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an M dan selesai dibina oleh Maharaja Flavian.

Berbentuk kubah dengan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter serta boleh memuatkan 50 000- 80 000 penonton.

Fungsinya adalah sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.

Aqueduct Rom Ialah saluran air pada zaman tamadun Rom. Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui daluran air

tersebut. Aqueduct yang paling panjang ialah di Marcia iaitu 91 km dan air

disalurkan melalui saluran dalam pintu gerbang ( arches ) Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.

Illiad dan Odyssey

Kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M.

Theologi Ilmu tentang asal- usul manusia dan ketuhanan Helot Kelas ketiga ini memainkan peranan penting dalam ekonomi Sparta.

Oleh sebab jumlahnya yang besar kelas ini sentiasa menjadi ancaman kepada kelas pemerintahan.

41

Page 43: sejarah lengkap

Ini merupakan faktor utama mengapa sistem ketenteraan diamalkan.SUMBANGAN TAMADUN

A) TAMADUN YUNANI Telah mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi Dalam system demokrasi ini rakyat terlibat membuat keputusan politik Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan. Oleh itu, kerajaan

berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat. System demokrasi ini diamalkan di kebanyakkan Negara di dunia pada hari ini. Walaupun systemnya sama iaitu demokrasi tetapi wujud perbezaan contohnya Malaysia

mengamalkan system demokrasi tetapi system Demokrasi Berparlimen.

B) TAMADUN ROM Mewariskan system republik kepada tamadun dunia. Dalam system ini, pemerintahn dikuasai oleh dua orang konsul. Perlantikan 2 orang konsul bertujuan untuk mengimbangkan kuasa Konsul dibantu oleh dewan senat. Dewan senat pula dibantu oleh dewan perhimpunan yang diwaikili oleh rakyat. Republic ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan. Namun system republic moden ini berbeza dengan republic Rom Walaubagaimanapun dari segi konsep, sistemnya hampir sama dengan system Republuk

Rom yang mengandungi unsure demokrasi kerana rakyatnya juga terlibat dalam pemilihan ketua Negara iaitu presiden.

BIDANG KEAGAMAAN DAN FALSAFAH Agama Hindu, Buddha, kepercayaan Confucianisme dan Toisme merupakan warisan

yang masih diamalkan oleh ramai penduduk dunia. Ilmu falsafah yang diperkenalkan seperti Legalisme, Stoicisme, dan juga falsafah oleh

Aristotle, Socrates dan Plato masih lagi dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden.

BIDANG SENIBINA Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan aqueduct, colloseum,

pantheon, tembok besar China, Stupa di Sanchi, Candi dan pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber ekonomi contoh seni bina.

Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

BIDANG BAHASA DAN KESUSASTERAAN Setiap tamadun meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan

hingga ke hari ini seperti Lliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana. Tamadun China telah meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah

perjalanan dan maklumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah. Bahasa Latin dan Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan agama dan

kesusasteraan. Bahasa ini masih dipakai dalam hal keagamaan, contohnya bahasa Latain untuk agama

Kristian dan Bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha. Falsafah yang muncul dalam tamadun awal telah dijadikan asas kepada falsafah moden

khususnya falsafah zaman tamadun Yunani

BIDANG SOSIAL Terutama dalam bidang pendidikan, falsafah serta sains dan teknologi.

42

Page 44: sejarah lengkap

System pendidikan yang wujud dalam tamadun awal diteruskan dan diubah suai jika perlu. Contoh, yang jelas ialah Sistem Peperiksaan.

Sains dan teknologi yang berkaitan dengan matematik, astronomi fizik, perubatan dan seni bina khususnya beberapa teori matematik seperti Teorem Pithagoras dan Teori Archimedes masih diguna pakai

Tamadun awal juga membawa kepada kelahiran Sukan Olimpik Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani pada tahun 799 S.M Pertandingan itu diadakan di Olympia Pertandingan antara Negara kota yang dibuat 4 tahun sekali bertujuan untuk menghormati

Tuhan Zeus. Antara Negara kota yang bersaing ialah

i. Athensii. Sparta

iii. Corrinthiv. Thebesv. Olympia

vi. Argos Perbezaan antara sukan olimpik dengan sukan olimpik moden iailah dari segi tujuan

organisai dan bilangan peserta sementara bilangan yang dipertandingkan berlipat kali ganda.

KEMUNCULAN AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA

AGAMA HINDU Perkataan Hindu pada mulanya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sg

Sindhu( Indus) Berbanding dengan agama lain di dunia, agama ini sukar dipastikan Agama ini sering diperkatakan telah muncul sejak zaman tamadun Indus lagi. Struktur agama ini semakin jelas pada Zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab

suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini. Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu

o Memelihara ( Brahman)o Memelihara ( Vishnu )o Membinasa ( Siva )

Agama ini mempunyai enam alirano Saivismeo Vaishnavisme o Sakthamo Ganapathyamo Saura

Sejak zaman empayar Maurya antara 320-181 S.M agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin.

Meskipun demikian agama ini telah menerima saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandaragupta Maurya dan Asoka.

Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta antara tahun 320-520 M Penganut agama Hindu muncul mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan

kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah untuk

mencapai Moksya iaitu kebebasan mutlak.

43

Page 45: sejarah lengkap

Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.

Oleh itu, seseorang itu perlu berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.

AGAMA BUDDHA Diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha. Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan Ksyatria

terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. System kasta yang dilihat begitu tegar telah dianggap menjadi masyarakat tidak teratur. Gautama Buddha menemui kebenaran semasa bertapa di bawah pokok Bodhi di sebuah

kampong di Uruveda Kebenaran yang ditemui oleh beliau dianggap atau dipercayai akan melepaskan diri

manusia daripada kesengsaraan. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui lapan jalan.

Agama Buddha mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Asoka. Pada zaman ini Buddha dianggap menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan juga

mengalami perkembangan pesat daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar Negara. Agama Buddha telah diterima dengan baik di Tibet, Sri Lanka, neger- negeri Asia

Tenggara dan China Agama Buddha juga menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Kitab Tripitaka mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abbhidhammma

Pitaka.

AGAMA KRISTIAN Telah diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerussalem. Tarikh 1125 Disember dianggap tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun oleh para

penganut agama Kristian sebagai hari Natal. Old Testament dan New Testament merupakan dua kitab suci dalam agama Kristian

dan dikenali sebagai Bible. Dalam proses perkembangannya di Eropah, penganut agama ini terpaksa mengharungi

pelbagai halangan dan rintangan termasuk tentangan daripada pemerintahan sendiri Rom. Akhirnya, agama ini berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang

ramai di Eropah. Majority ahli masyarakat Eropah sebelum kedatangan agama Kristian merupakan Pagan.

Agama ini mula mendapat tempat di Eropah pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine ( 280- 337 S.M)

Constantine telah mengiktiraf agama ini sebagai salah satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat Rom selain diamalkan oleh masyarakat pagan.

Bagi individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat.

Hari ahad telah dikhaskan sebagai hari untuk melakukan sebarang aktiviti agama yang berkaitan.

Jesteru agama Kristian terus subur pada zaman Rom hingga Rom dikenali sebagai Empayar Kristian.

Malah keruntuhan emapayar Rom (barat) pada lewat abad ke-5M tidak membawa maksud agama ini terus lenyap ditelan zaman sebaliknya agama ini mengukuhkan kedudukannya dalam kerangka kehidupan sosial, ekonomi, politik pada zaman pertengahan Eropah.

AGAMA ISLAM

44

Page 46: sejarah lengkap

Diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibrail di Gua Hiraq.

Bermula dari saat baginda mula menyebarkan ajaran Islam. Dalam proses penyebaran Islam ini berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Untuk melindungi Islam daripada daripada terus ditekan, baginda menerima jemputan

untuk berhijrah ke Madinah Islam pada 12 September 622M bersamaan 1 Rabiulawal Bermula di Madinah Islam mendapat tapak baru untuk berkembang. Selepas itu, Islam bukan sahaja telah disebarkan di Tanah Arab malah ke seluruh dunia. Terdapat dua teras dalam agama Islam akidah dan syariah. Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariat pula ialah undang- undang yang terkandung di dalam Al quran dan Al Sunnah

( hadis ) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam. Orang Islam wajib meyakini Rukun Islam dan Rukun Iman. Akidah dan Syariat menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun Islam. Seterusnya

memberikan sumbangan kepada peradaban dunia.

CONFUCIANISME Diasaskan oleh Confucius yang lahir yang pada 551 S.M di negeri Lu ( di Shantung ).

Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya

kepada penduduk China. Masyarakat China telah menjadikan ajaran sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius

telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti

perikemanusiaan ( ren ), kesusilaan ( li) dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiao) Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang haruslah mendapat pendidikan, Prinsip moral ini harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.

TAOISME Juga merupakan salah satu ajaran penting kepada masyarakat China. Muncul agak lewat, pengasasnya ialah Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada tahun

604S.M Beliau pernah bekerja di negeri Cho. Beliau telah mengembara ke luar Negara untuk

menyebarkan pengaruhnya. Beliau melahirkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudian menjadi ajaran berbentuk

agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku Keadaan ini diwujud oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan

akan merosakkan dunia. Oleh itu, Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah

kebaikan.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumat Keterangan Ciri- ciri Demokrasi di Malaysia

Tiga komponen utama:i. Badan pemerintah- kuasa eksekutif

ii. Badan perundangan

45

Page 47: sejarah lengkap

- Dewan Negara- Dewan rakyat

iii. Badan kahakiman.Sistem Pilihanraya: rakyat mempunyai kuasa mengundi bagi memilih ahli Dewan Rakyat.

Agama Pegangan kepercayaan kepada satu-satunya tuhan dan dewa. Dalam Islam tuhan adalah satu iaitu Allah s.w.t

Ajaran Aspek- aspek kepercayaan yang terkandung dalam satu- satu agama.Kepercayaan Pegangan agama atau ajaran yang dianuti oleh seseorang.Agama Hindu Dikenali sebagai Sanata Dharma yang bermaksud peraturan

kerohanian yang kekal abadi.Siddharta Gautama ( 566-486 S.M )

Merupakan anak raja yang memerintahkan Kapilavastu di Nepal dan berasal daripada suku Sakya.

Dilahirkan pada tahun 566 S.M dan beliau telah mula mencari kebenaran sewaktu berusia 39 tahun.

Meninggal dunia pada usia 80 tahun.Empat Kebenaran Mulia Agama Buddha.

Dukka ayytau penderitaan. Samudaya atau sebab penderitaan. Nirodha- nafsu yang membawa penderitaan. Marga- cara mendalam nafsu dan keinginan.

Lapan Jalan Mulia 1. Kepercayaan yang betul2. Tujuan yang baik.3. Pertuturan yang baik4. Hidup yang baik5. Usaha yang baik.6. Perbutan yang baik.7. Fikiran yang baik.8. Renungan yang baik.

Pagan Merujuk kepada orang yang tidak mempercayai atau memungut sebarang agama utma dunia

Rukun Iman Percaya kepada Allah s.w.t Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitab Percaya kepada Nabi dan Rasul Percaya kepada Hari Kiamat. Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Rukun Islam Pengakuan “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Wajib mengeluarkan zakat Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu.

46

Page 48: sejarah lengkap

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

A. PENGENALAN Kejayaan manusia yang hebat ialah pencapaian mereka dalam membina serta

mengasaskan empat tamadun besar iaitu, Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Hwang Ho.

Tamadun awal ini telah diteruskan dan dikembangkan oleh empat tamadun utama iaitu, Yunani, Rom, India dan China.

Kejayaan tamadun dunia ini juga tidak beerti bahawa manusia yang mendiami wilayah ini sahaja yang telah mencapai kemajuan kerana hal yang sama juga telah berlaku kepada manusia yang mendiami kawasan Asia Tenggara.

Dari segi geografi, Asia Tenggara boleh dibahagikan kepadao Tanah Besar Asia Tenggarao Kepulauan Asia Tenggara.

Kewujudan tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara terbukti dengan kemunculan kerajaan seperti Funan, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia.

Tamadun awal di kepualauan Asia Tenggara terutama di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada 2, iaitu wujud di Tanah Melayu seperti

o Korean Kedah Tuao Gangga Negarao Langkasuka

Manakala tamadun awal Asia Tenggara seterusnay di Kepulauan Indonesia yang dibuktikan dengan kewujudan

o Kerajaan Srivijayao Kerajaan Majapahito Kerajaan Singhasario Kerajaan Mataram

47

Page 49: sejarah lengkap

Untuk membuktikan jangkamasa kemunculannya, para sejarawan tempatan telah menggunakan sumber bertulis dan artifak arkeologi

Sebagai contoh sumber dari China pernah mengatakan tentang kewujudan Kerajaan Funan pada pertengahan abad ke- 3 M.

Ini membuktikan bahawa Funan adalah kerajaan awal di Asia Tenggara yang berkemungkinan telah wujud abad ke-2 M.

Sementara data arkeologi pula menunjukkan bahawa kewujudan Funan bermula semenjak abad ke-3 M

Ini dibuktikan dengan jumpaan seni berunsur Hindu dan Buddha yang langgam seni arca Amarawati dari India.

Pada tahap awal, tamadun di Asia Tenggara ttelah menjalin hubungan diplomatic dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India.

Walaubagaimanapun, hubungan antara kawasan petemapatn awal di Asia Tenggara telah wujud semenjak Zaman Logam, terutamnaya hubungan perdagangan.

Ini terbukti apabila artifak seperti gendang gangsa, Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara turut ditemui

o Batu Buruk ( Terengganu)o Sungai Tembeling ( Pahang )o Sungai Klang ( Selangor )o Thailand o Indonesiao Myanmar.

Hubungan perdagangan antara Rom dengan petempatan Asia Tenggara juga telah wujud. Terbukti dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di

o Kuala Selinsing ( Perak )o Kota Tinggio Muaro Di pantai barat dan selatan Thailand.

Kawasan di atas merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara dan berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gandang gangsa di Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.

Ini kerana petempatan tersebut juga terletak berhampiran dengan sungai. Petempatan awal tersebut belum dapat ditakrifkan sebagai kerajaan kerana

pemerintahannya belum bergelar raja.o Berdasarkan bukti- bukti di atas pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara dapat

dikaitkan seiring dengan perkembangan maritime. Perdagangan maritime ini pula berkembang bersama- sama dengan kemahiran dalam

pembuatan kapal layer dan perahu. Tanpa kapal layar, perdagangan maritime mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan

maritime pula mungkin kurang berperanan. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar juga menunjukkan bahawa

perdagangan maritime di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad ke-5 S.M Sementara pembentukan tamadun awal pula berlaku pada abad ke-2 atau ke-3 M Ini menunjukkan bahawa proses pembentukan kerajaan dalam tamadun awal Asia

Tenggara mengambil masa lebih kurang 600-700 tahun.

BENTUK- BENTUK KERAJAAN AWAL

A) KERAJAAN AGRARIA Kerajaan yang menjalankan ekonomi berasaskan

48

Page 50: sejarah lengkap

Pertanian Penternakan Pemungutan hasil hutan dan sungai.

Kerajaan ini tebentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya:

Kerajaan Dvaravati di Sg. Myanmar ( Thailand) Di Sungai Irrawaddy ( Myanmar ) Kerajaan Sungai Merah ( Vietnam) Kerajaan Sungai Mekong ( Kemboja, Laos dan Vietnam)

Kerajaan Agraria juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng gunung berapi contoh

Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng ( Indonesia ) Kerajaan awal kerajaan Agraria yang terkenal ialah

Sailendra ( Jawa Tengah ) Angkor ( Kemboja ) Sukhoitaa ( Thailand )

Terdapat juga kerajaan agraria yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya kerajaan Funan.

Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai.

Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar dan akhirnya menjadi kerajaan.

Di lembah sungai tersebut, tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana kawasan itu mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah. Padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.

Selain padi tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek, sayur- sayuran.

Masyarakat Agraria juga menghasilkan Pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam. Mengumpul hasil- hasil hutan seperti

o Kayu gaharuo Kapur baruso Tanduko Gadingo Damaro Kayu cendanao Pelbagai jenis buah- buahano Sarang burung dari gua untuk tujuan perdagangano Terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungaio Ada juga berusaha mendapatkan kulit kura- kurao Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.

Pada tahap awal kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja Tetapi apabila terdapatnya lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut, lebihan

itu akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan yang tidak terlibat dalam pertanian khususnya masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritime.

Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan system pengairan yang baik. Perkembangan pertanian di Funan dan Angkor disebabkan terdapatnya system pengairan

yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan tasik Tonle Sap.

49

Page 51: sejarah lengkap

System pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya.

Kerajaan juga bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan system pengairan tersebut.

Seperti zaman pemerintahan Raja Indravarman 1 (877 M) telah membina system pegairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.

Kesannya hasil padi dari kawasan tersebut dapat menampung keperluan asas kerajaan Angkor yang juga merupakan keperluan asas rakyatnya. KERAJAAN ANGKOR

Merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang terletak di lembah Sg. Mekong.

Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan yang kuat ialah kedudukaannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.

Air tasik ini dating dari Sg. Mekong Tanahnya yang subur dan mempunyai iklim yang panas lembab sepanjang

tahun amat sesuai untuk kegiatan penanaman padi. Ia juga bergantung kepada sumber ikan air tawar yang banyak diperolehi dari

tasik ini. Tasik ini juga menjadi punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi

bekalan air minuman. Oleh itu, kawasan tasik berupaya menampung keperluan makanan penduduk

yang besar jumlahnya maka kepentingan dan peranan tasik Tonle Sap terhadap penduduk Angkor semakin berkembang.

Dengan kecekalan, masyarakat mereka akhirnya telah dapat berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai system pentadbiran yang teratur.

Mereka juga telah berusaha untuk mengusahakan untuk menguasai alam sekitar seperti membina system pengairan agar dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang terkenal.

B) KERAJAAN MARITIM

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan ekonomi perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

Terletak berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepualauan. Contoh kerajaan maritim yang utama ialah

Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman ( Pahang ) Langkasuka ( Sungai Yarang) Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sg. Merbok dan Sg. Muda) Chih-Tu ( Sg. Kelantan) Mo-lo-yu ( Sg. Batang Hari) Kalah ( Sg. Takuapa) Fo-lo-an ( Sg. Terengganu) Tiumah ( Pulau Tioman )

Di petempatan ini pada peringkat awal, anggota masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.

Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan. Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar bijih timah seperti emas dan

timah.

50

Page 52: sejarah lengkap

Bila kegiatan ekonomi mereka ini membawa hasil yang melebihi keperluan masyarakat setempat, maka lebihan ini telah diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.

Ada di antara petempatan tersebut yang berkembang sebagi tempat berdagang. Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal

Pelabuhan ini mendapat bekalan tempatan seperti, Logam emas dan timah Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, dammar Hasil laut Makanan.

Pelabuhan pembekal ini telah disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.

Antara pelabuhan pembekal ialah Jenderam Hilir dan Klang ( Selangor ) Kuala Berang ( Terengganu) Kuala Selising ( Perak )

Daripada pelabuhan pembekal sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Contohnya.

Champa Kedah tua Langkasuka Srivijaya

Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.

Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran dengannya contohnya Champa dan Langkasuka.

Kedua- duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat.

Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang strategik.

Ini adalah kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entreport apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar China dan India.

Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya.

Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini. Keadaan ini menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai

Suvarnadvipal ( Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi ( Bumi Emas ) Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese yang memberi

makna Semenanjung Emas. Bukti- bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa

Semananjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.

Ciri lain kerajaan maritim dapat juga dilihat pada penduduknya. Penduduk terdiri Orang tempatan Orang laut Pedagang luar.

Mereka ini telah menggunakan lebih daripada satu bahasa. Namun begitu bahasa perhubungan masyarakat maritim ialah bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.

51

Page 53: sejarah lengkap

Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku.

Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara.

Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukannya yang strategic, petempatan mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti Champa dan Srivijaya.

Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakt di luar kawasannya.

Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.

Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak jauh. Selain itu mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju sesuatu tempat berpandukan

bintang dan langit. Pada hari ini kita dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakar Asia Tenggara iaitu

perahu atau kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis. Tinggalan perahu laayr abad ke-5 dan zaman- zaman selepasnya dapat dilihat di muzium

Pekan, Pahang. Antaranya termasuklah perahu abad ke-5M yang dijumpai di Kuala Pontian, Pahang dan

tinggalan perahu abad ke-18 yang ditemui di Ketil, Kedah yang dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah.

1) KERAJAAN SRIVIJAYA.o Srivijaya dari abad ke-7 hingga 13M merupakan kerajaan maritime terulung di Asia

Tenggara.o Antara kerajaan maritim Srivijaya termasuklah memiliki bala tentera laut yang besar dan

dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.o Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan

mengawal keselamatan kerajaan.o Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka,

Srivijya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.

o Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk diperdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.

o Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara.o Menurut catatan I- Tsing pada tahun 671M, pelabuhan srivijya turut dikenali kerana

mampu menghasilkan kapal besar.

2) KERAJAAN KEDAH TUA ( CHIEH-CHA/KATAHA)o Kerajaan yang disebut dalam sumber dari China dan India.o Kerajaan berkembang antara abad ke-5 hingga 13M o Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan

Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan Shih-Li-Fo- shi/Kataha pada zaman kebangkitan Kedah Tua.

o Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entreport pada abad ke-5 M lagi.o Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ke-7M turut mempengaruhi peranan Kedah

Tua sehingga abad ke-13

52

Page 54: sejarah lengkap

o Kerajaan Kedah Tua terletak di Sg. Emas dari abad ke-5 – 11M sebelum beralih ke lembah Sg. Bujang dari abad ke-11 – 13M.

o Pada abad ke-5 – 10M, penduduknya menganut agama Buddha dan selepas abad ke-11 mereka menganut agama Hindu. Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha yang berjumlah sekitar 9 buah yang telah dibina kembar hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu Buddha.

o Di sebelah utara Kerajaan Kedah Tua, kerajaan Kalah yang terletak di Sg. Takwapa o Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat semenanjung

Tanah Melayuo Bukti peranannya sebagai pelabuhan entreport sebelum Melaka adalah berdasarkan

jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Diansti Tang iaitu pada abad ke-7M.

o Pada zaman Dinasti Song abad ke-10M dan zaman Dinasti Yuan pada abad ke-10 – ke-13M.

o Di samping itu, pelita tembaga dan tembikar dari timur tengah bertarikh sekitar abad ke-9 dan abad ke- 10M turut dijumpai.

o Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan bahan dagangan dari beberapa seperti India, Sri Lanka dan Burma telah ditemui.

o Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entreport

o Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal dagangan yang keluar masuk

terutama pada waktu malam melalui nyalaan api ( penanda arah) Kedudukannya yang strategik di laluan selat Melaka yang terlindung

daripada tiupan angina Monson barat daya dan timur laut. Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan. Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti

timah Barang dagangan yang diperolehi dari luar ialah kain kapas, suter, the,

tembikar, kaca dan manik

Kedua- dua kerajaan ini iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim bergantung antara satu sama lain atau saling melengkapi. contoh kerajaan Agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai system pertanian yang baik hingga telah dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain.

Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria. Kerajaan Agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan

mewah daripada Negara luar seperti China dan India. Barangan mewah itu termasuklah tembikar asing termasuklah tembikar China. Barangan mewah lain ialah tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan

manik. Sebagai tukarannya kerajaan Agraria telah membekalkan keperluan makanan dan hasil

hutan kepada kerajaan maritim. Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi mendapatkan bahan mentah seperti

kayu dan juga binatang kenderaan seperti gajah. Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di Asia

Tenggara terpaksa mendapatkannya daripada Pegu di Burma. Begitu juga gajah untuk kenderaan raja diperolehi dari Burma dan Siam.

53

Page 55: sejarah lengkap

Biasanya tukang kayu dan tukang batuyang baik terdapat dalam kerajaan Agraria. Maka keperluan kerajaan Maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi

oleh kerajaan agraria. Kedudukan Negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan

perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga hari ini. Amatlah bersesuaian kerajaan sekarang memanfaatkan kemudahan pelabuhan Kelang dan

Tanjung Pelepasan di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada Negara dan rakyat.

Langkah tersebut di samping membawa keuntungan pada zaman ini iaitu melalui peningkatan hasil daripada perdagangan antarabangsa, menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini juga akan mengembalikan kegemilangan masa lampau Negara kita.

Keadaan inilah yang akan menghayati kesinambungan sejarah biarpun kita hidup pada zaman serba moden.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat Keterangan Bukti kewujudan tamadun awal asia Tenggara

Sumber China Mencatatkan Kantai dan Chu Ying telah dihantar sebagai

utusan China ke Funan pada tahun 245- 250. Dikisahkan Raja Funan pada masa itu bernama Houen- Tien

dalam sebutan Cina atau bernama Taun Di Nya. Bahkan sejawan bernama G. Coedeas menyatakan Funan ialah

kerajaan Melayu yang tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama Masihi.

G. Coedes juga berpendapat kerajaan melayu yang kedua tertua ialah Kampar yang wujud pada sekitar akhir abad ke-2 (137 M) dan dikenali sebagai Lin Yi.

Hanya pada abad ke-7, barulah kerajaan ini dikenali sebagai Kampar.

Amaravati Merupakan lokasi seni pahatan arca yang berkembang di India. Tempat ini terletak di tepi sungai Kisna dan jaraknya lebih kurang 128

km dari pantai timur India. Amaravati berkembang sebagai pusat pahatan yang lebih tertumpu

kepada arca agama Buddha dan berkembang sekitar tahun 150-250 M. Arca yang mempunyai kesamaan ciri dengan yang terdapat di

Amaravati dikaitkan dengan pangram amaravati.Manik Manic merupakan artifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana

peranannya sebagi hiasan lambang dan status di samping untuk tujuan keagamaan dan tujuan sosial lainnya.

Manik ada yang diperbuat daripada batu. Tulang ikan, kaca dan bahan lain.

Manik terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.Petempatan awal dan peranan sungai sebelum kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Bukti wujudnya penempatan awal di sungai- sungai utama di Asia Tenggara semenjak zaman logam adalah Beikhtha-No di Lembah Sungai Irrawaddy ( Myanmar ) Cha Sen di Lembah Sungai Chao Phraya ( Thailand ), Donson di lembah Sungai Merah ( Vietnam ) dan lembah Bernam ( Perak )

Bukti penanaman padi di Asia Tenggara.

Pada telah diusahakan pada zaman Neolitik lagi di Asia Tenggara. Ini berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak

arkeologi. Contohnya di Ban Kao dan Spirit Caves ( Thailand ) Lembah

54

Page 56: sejarah lengkap

Tembeling ( Pahang ) Gua Sirih ( Sabah ) dan Gua Cha ( Kelantan )Funan Walaupun pada tahap awal adalah kerajaan agrarian tetapi kemudiannya

berkembang menjadi kerajaan maritime. Perkembangan ini disebabkan oleh kedudukan Oc-eo yang terletak di

Muara Sungai Mekong dan terlindung daripada tiupan angin Teluk Siam di samping mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan mendapatkan bekalan makanan dan minuman.

Baray Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik yang luas. Pada musim hujan air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim

kemarau untuk mengairi sawah padi selain dijadikan air minuman.Kepentingan Tasik Tonle Sap.

Membekalkan sumber air minuman Pada musim banjir, limpahan air dari sungai Mekong akan mengalir ke

Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi .

Pada musim kemarau kawasan sekitar kan menjadi subur. Membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar. Air dari tasik ini dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan

menggunakan terusan dan sistem pengairan. Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi

bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.

Pelabuhan pembekal. Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan. Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti

timah dan emas serta bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.

Pelabuhan Kerajaan Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi kemudiannya menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang menjadi sebuah negeri.

Pelabuhan Entreport Ialah pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

Pelabuhan ini berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang baru datang dari pelabuhan sekitarnya dan takluknya.

Lingua Franca Bahasa yang ditutur secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan .

Pada tahun kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan dalam urusan perdagangan.

Bahkan perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ke-7 hingga 13 M yang mengguanakan bahasa Melayu.

Shish- Li- Fo- Shi Sebutan untuk Srivijaya berdasarkan sebutan Cina.

Shieh- Ha Sebutan dalam bahasa Cina yang merujuk kepada Kedah Tua

PANGRAM AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL.

A) Cara Kedatangan Pangram Hindu Dan Buddha. Terdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha

ke Asia Tenggara. PENDAPAT PERTAMA- mengatakan bahawa pangram India telah dibawa

oleh golongan Ksyatria dan tentera. Mengikut pendapat ini penagruh ini dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India.

PENDAPAT KEDUA- mengatakan pangram tersebut dibawa oleh pedagang atau vaisya.

55

Page 57: sejarah lengkap

PENDAPAT KETIGA- mengatakan pangram ini dibawa oleh Brahmin atau pendeta

PENDAPAT KEEMPAT- i. Mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek-

aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.

ii. Para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat ke-4 ini.iii. Ini diperkuatkan lagi oleh ahli arkeologi jumpaan seni arca yang kasar

yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara khususnya seperti Archa dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.

Dalam proses pengambilan itu aspek- aspek yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada masa yang sama.

Ini dapat dilihat dalam aspek amalan kepercayaan contohnya agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5M ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah hindu.

Pada abad ke-7 M, kerajaan di Tyakupa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi pada abad yang sama di Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha Mahayana.

Penerimaan masyarakat pribumi di Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya seperti seperti keagamaan dan system beraja juga didorong oleh faktor perdagangan.

Ini kerana faktor perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah wujud semenjak abad ke-5 S.M lagi

Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian ( 69-79M) dari Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut Rom.

Keadaan ini telah memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan antara Asia Tenggara dengan India sehingga kesan daripada proses ini memperlihat pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima serta diterapkan di beberapa Negara di Asia Tenggara dalam

i. System pemerintahan dan pentadbiranii. Kesenian

iii. Kesusasteraan.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN Sebelum lahirnya kerajaan awal pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia

Tenggara diterajui oleh ketua Pada masa itu gelaran raja belum lagi digunakan. Gelaran tersebut hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi

oleh system beraja di India. Dalam system ini kedudukan raja ialah

o Raja berada di puncak pemerintahano Di bawahnya terdapat kerabat di rajao Selepas itu terdapat pembesar termasuk ahli agama iaitu Brahmin o Akhirnya terdapat rakyat terdiri daripada pelbagai golongan dan yang paling

bawah ialah hambao Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi hubungan

luar, ketenteraan, dan khazanah Negara

56

Page 58: sejarah lengkap

o Perintah raja menjadi undang- undang yang wajib dilaksanakan.o Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidaka akn

diampunkan.o Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.o Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.o Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan

bayangan tuhan.o Lahirnya konsep dewaraja dalam system pemerintahan kerajaan awal Asia

Tenggara.o Raja tuhan atau dewaraja turut dipercayai memiliki kesaktian maka kemudiannya

lahirlah unsure lagenda dan mitos tentang asal usul raja untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.

o Bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja.

o Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama hindu atau Buddha.

o Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

o Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja terulung iaitu menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta.

Kerajaan Angkor Mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta atau dikenali

dengan nama orde kosmos Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat Dalam kerajaan Angkor juga dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya adalah satu

puncak system pemerintahan. Raja akan dibantu oleh pembesar contohnya di setiap daerah terdapat pembesar daerah

atau gabenor, sementara golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.

Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim.

Kerajaan Srivijaya System pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks Pangram India dalam system pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang

mengamalkan agama Buddha Maharayana. Struktur pentadbiran Srivijaya ialah seperti di bawah

Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja, prativaraja,

raja kumara, raja putra. Seorang daripada 3 orang anak raja yang awal itu boleh menggantikan raja kecuali raja

putra kerana ia merupakan anak gundik. Di bawah anak raja terdapat parwanda atau kadangkala disebut Senapati iaitu ketua

pentadbiran pusat. Dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupaka golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran. Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja. Datu dapat dibahagikan kepada dua iaitu yang bergelar parwanda ( berketurunan raja)

bhupat ( orang- orang kaya)

57

Page 59: sejarah lengkap

Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung dengan taat setia Setiap orang yang dilantik menjadi datu hedaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang

dilaksanakan di sebuah tempat suci yang dinamakan Telaga Batu di Palembang Ini dibuktikan dengan jumpaan sebuah batu bersurat bertarikh 683M dengan ular tedung

berkepala tujuh melambangkan Paiying yang melindungi tulisan P ( ada batu bersurat dan terdapat tempat air mengalir di bahagian bawahnya).

Masyarakat di daerah Asia Tenggara semenjak dari zaman awal lagi terlibat dalam perdagangan laut yang kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa luar seperti India.

Interaksi antarabangsa seperti ini membolehkan proses asimilasi budaya berlaku Kalau pada masa dahulu penganutan berunsur luar dapat disesuaikan dengan

keadaan setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini.

System beraja yang diamalkan di Negara kita adalah raja berperlembagaan yang memenuhi aspirasi dan peraturan moden dan menjadia asas kepada rakyat untuk mematuhi pemerintah agar Negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM KESENIAN DAN KESUSASTERAAN Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh kerajaan awal seluruh Asia

Tenggara yang mempunyai pangram Hindu dan Buddha. Antara peninggalan ini adalah berbentuk senibina iaitu monument

Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting. Monumen ini boleh berupa candi iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan patung.

Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Ianya berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga. Tempat menyimpan parung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal. Candi merupakan lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.

Angkor wat dan Candi Borobodur melambungkan orde kosmos Di Thailand, Kemboja dan Vietnam rumah ibadat dikenali sebagai wat tetapi

di Burma disebut stupa. Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah

mula diperkenalkan di Indonesia. Antara warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara termasuklah

Candi Dieng ( abad ke-6 M) Candi Borobodur ( abad ke- 8 M) Candi Prambanan ( abad ke-9 M) Angkor Wat ( abad ke-12) di Kemboja Candi di Chaiya dan Yarang ( antara abad ke-7 – 13M) Candi di Lembah Bujang ( antara abad ke-5 – 13M)

Candi Dieng dan Prambanan merujuk pada agama Bhindu sementara candi di Thailand hampir semuanya untuk agama Buddha.

Warisan tersebut melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dapat melahirkan monument keagamaan.

Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha sementara patung dewa Vishnu, Siva, Brahm, Durga dan Lingga merupakan patunga agama Hindu.

Terdapat juga patung jenis lain seperti Drawapala dan Nandiswara yang berperanan menjaga candi daripada dimasuki oleh roh jahat

58

Page 60: sejarah lengkap

Candi dan patung Hindu dan Buddha dijumpai di Asia Tenggara boleh diketegorikan kepada beberapa jenis dan gaya.

Jenis dan gaya melambangkan zaman penciptanya. Walaupun agama Hindu dan Buddha dating dari India tetapi gaya seni bina arca dan

patung tersebut menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara. Contohya arca Buddha yang ditemui di tapak 16A Lembah Bujang menunjukkan ciri campuran antara gaya Sarnath dari India dengan alanggam seni arca tempatan.

Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dapat diketegorikan kepada gaya yang didapati di Funan, Champa, Dvaravati, Srivijaya, Sailendra, Angkor dan Padang Lawas di Sumatera.

Gaya itu menggabungkan antara elemen India denagn elemen tempatan. Sekiranya patung dibuat sekitar bad ke-3 dan 5 M, maka terdapat pangram zaman Dinasti

Gupta.

Candi Angkor Wat Di Kemboja pula Angkor Wat dibina untuk agama Hindu Candi terletak 6KM ke utara Seim Reap dan melambang orde kosmos Tingginya ialah 213meter dan keluasan kawasannya ialah 208hektar. Candi ini mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar

39meter dengan teres bertingkat empat. Setiap sudutnya mempunyai menara. Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit dan batu pasir

dengan ukuran 850 meter lebar dan 1000 meter panjang Terdapat ukiran yang menggambarkan antara lain epik Ramayana dan Mahabrata

Candi Borobodur Terletak di Jawa Tengah, Indonesia Candi ini mewakili agama Buddha Mahayana Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang

diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, Samadhi dan panna.

Seperti yang terdapat dalam ajaran Buddha. Candi Borobodur ini dibina dalam masa 75tahun.

Candi Lembah Bujang Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low iaitu

Superintendent di Seberang Perai ( Province Wellesley) Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi

telah dikenalpasti. Walaubagaimanapun melalui kajian arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat

dibina semula struktur lantainya. Antara candi yang telah dibina semula di Lembah Bujang ialah

o candi yang dapat dilihat di Estet Sg. Batu di Bukit Batu Pahat, di Pendiat dan di Pengkalang Bujang.

Candi yang terdapat di lembah Bujang bersaiz kecil, kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja.

Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaituo Vimana- bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan.o Mandapa- bahagian luar candi.

Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

59

Page 61: sejarah lengkap

BAHASA DAN KESUSASTERAAN Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan Pencapaian dalam

bidang intelek masyarakat.contoh batu bersurat yang banyak di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang

o Agamao Pemerintahano Raja o Undang- undang

Antara batu bersurat itu termasuklah yang dijumpai di Kutei, Sg. Mas ( Kedah Tua ) dan Palembang.

Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja manakala batu bersurat Sg. Mas berkaitan dengan agama Buddha.

Sebahagian besar daripada inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno. Tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan

pembesar agar tidak menderhaka kepada raja. Apa yang menarik ialah sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu benar- benar

memerlukan kemahiran yang tinggi. Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit Ini juga menunjukan bahawa masyarakat tempatan telah mempunyai kemahiran yang

tinggi untuk memahat pada batu. Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca dan batu pula tidak pecah

sewaktu dipahat. Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah

Bujang dan tempat- tempat di Asia Tenggara jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah pada rakyat.

Bahasa Sanskrit menjadi bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab- kitab berkaitan dengan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu. Maka banyak perkataan tersebut masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara

Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.

Antara perkataan Sanskrit yang mengalami perubahan dalam bahasa Melayu termasuklah seperti berikut.

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayuo Dosao Dukkhao Dorhakao Manusao Phala o Rupa o Samsarao Aksara

o Dosao Dukao Derhakao Manusiao Pahalao Rupao Sengsarao huruf

Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh India terhadap Asia Tenggara dapat dikesan melalui peranan bahasa Sanskrit seperti yang terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil.

60

Page 62: sejarah lengkap

Bahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kesusasteraan India pula melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsure mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

Pangram awal kesusasteraan itu dapat dilihat dalm puisi dan prosa jawa seperti Nagarakertagama,sutasoma,Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.

Masyarakat Asia Tenggara kemudiannya turut terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya,penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.

Daripada Mahabharata lahir pula naskah yang kemudiannya diadun dengan unsur tempatan yang antara lainnya seperti

Hikayat Pendawa Lima Hikayat Pendawa Jaya Hikayat Sang Samba

Sementara daripada epik Ramayana pula lahir Hikayat Seri Rama

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat KeteranganBukti kemasukan pangram kebudayaan dari India

Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juda dapat dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.

Candi di Srivijaya yang menunjukkan cirri Buddha dan candi Angkor menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.

Perkembangan agama Buddha di Srivijaya juga didukung dengan data catatan I-tsing pada tahun 671 M yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Nalanda.

Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun.

Percampuran unsur tempatan dengan unsur dari India.

Jika dilihat daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara jelas menunjukkan terdapat campuran antara cirri luar dengan cirri tempatan dengan pengaruh India.

Antara contohnya termasuklah Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Watt di Kemboja, candi Lembah Bujang di Kedah dan candi Padang Lawas dan Muara Takas di Sumatera.

Maharaja Vespian ( ROM )

Merupakan maharaja Rom dan pengasas kepada dinasti Flavian.

Pemerintahan zaman Vespian bermula bermula dari tahun

61

Page 63: sejarah lengkap

69-79M\selepas kematiannya, beliau diganti oleh dua orang anaknya iaitu Titus dan Domitian.

Orde Kosmos Negara dianggap sebagai suatu alam semesta Sehubungan itu, raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan

pusat pemerintahan. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan

Negara dan rakyat selaras dengan Dharma.Mengangkat sumpah di Srivijaya

Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat itu.

Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum.

Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja.

Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiap sahaja yang mengkhianati persetujuan atau sumpah tersebut.

Telaga batu Merupakan tempat suci di Palembang. Di situ terdapatmonumen dnya sebuah perigi tua. Pada tahun 1979 dijumpai di situ arca agama Buddha

daripada tanah liat dan inskripsi.Inskripsi Srivijaya Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya kesemuanya

berjumlah 7 iaitui. Batu Bersurat Kedukaan Bukit 604 Saka (682 M)

ii. Batu bersurat Talang Tuwo 606 Saka ( 684 M)iii. Batu Bersurat Kota Kapur 608 Saka ( 686M)iv. Batu Bersurat Telaga Batuv. Batu Bersurat Karang Berahi

vi. Batu Bersurat Palas Pasemahvii. Batu Bersurat Bawang.

Monumen dan akta di Malaysia

Monument di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak di bawah Akta Benda Purba 1976.

Mana- mana monumen yang didaftar di bawah Akta Benda Purba tidak boleh diganggu tanpa kebenaran daripada pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan yang bertanggungjawab terhadap benda purba iaitu Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.

Pembuatan monumen keagamaan dan arca seni keagamaan India adalah berdasarkan kitab Slipasastera sebagai rujukan dan peraturan untuk membuatnya.

Gaya Patung Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambnagkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, Pala atau Cola.

Ini adalah kerana amaravati, gupta, pallava, Pala dan Cola merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama di India.

Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara.

Candi borobodur Casparis berpendapat nama Borobodur berasal daripada nama Bhumisambarrabrrabhudara daripada batu bersurat

62

Page 64: sejarah lengkap

tahun 842M. Nama ini bermaksud “ Gunung Timbunan Kebaikan Di atas

Sepuluh Peringkat Bodhisattva. Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar

langkah dengan relief lukisan Buddha. Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan

lambang kepda pencapaian tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan diri daripada nafsu.

Ajaran Buddha Ketiga- tiga aspek yang berikut berkaitan dengan ajaran Buddha dan dihubung kaitkan dengan konsep Lapan Jalan Kebenaran.

Panna (kebijaksanaan) – memahami dengan benar, berfikir dengan benar.

Samadhi (penumpuan)- bertindak dengan benar, bercakap dengan benar,mengamalkan cara hidup yang benar.

Sila (moral)- berusaha dengan benar, membuat pertimbangan dengan benar, member tumpuan dengan benar.

Lembah Bujang Keluasannya sekitar 400km persegi. Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung

Jerai, Bukit Chgoros dan bukit Batu Pahat. Lembah Bujang kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah. Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang

bermaksud Ular atau Cobra dan perkataan ini berasal daripada Phujangga yang beermaksud cerdik pandai.

Lembah ini diairi oleh dua sungai utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai Kuala.

Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, jabatan muzium dan intikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di bukit Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai muzium arkeologi Lembah Bujang.

Muzium ini telah dibuka pada tahun 1980.

Warisan monumen dan arca agama Hindu dan Buddha berasaskan kedua- dua agama yang datang dari India tetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan.

Oleh itu masyarakat di Asia Tenggara merupakan masyarakat yang inovatif dalam menerajui kehidupan dan dengan ini kerajaan awal kebanyakannya dapat mempertahankan kemerdekaannya sehingga kedatangan Barat.

Masyarakat Asia Tenggara memeprlihatkan dari dahulu lagi telah biasa dengan unsur kepelbagaian budaya.

Unsur kosmopolitan telah mnejadikan masyarakat di wilayah dan daerah kita terbuka mindanya dan mempunyai sikap toelransi yang tinggi. Keadaan ini telah memastikan kehidupan yang harmoni. Pergeseran dan perselisihan yang berlaku dahulu tidak berpanjangan dan dapat diatasi dengan bijaksana. Sejarah telah membentuk kepelbagaian unsur budaya Negara kita dari dahalu hingga sekarang.

63

Page 65: sejarah lengkap

BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

A. PENGENALAN Secara umumnya tamadun awal dunia bermula di lembah sungai seperti Sg. Tigris san

Sg. Euphrates, Sg. Nil, Sg. Indus dan Sg. Hwang Ho. Walaubagaimanapun berbeza dengan kemunculan tamadun Islam. Kemunculannya agak

unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering di Hijaz.

Pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikirandan ajaran agama di samping menerima anugerah Allah kepada umat manusia.

Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di Utara Semenanjung Tanah Arab.

B. MASYARAKAT ARAB JAHILIAH Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab jahala yang bermaksud

jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini digunakan oleh orang Islam mengambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam

dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah ialah:

o Hidup di semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Sehingga turunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w

o Jangka masanya lebih kurang 310 tahun ( 300-610M)o Masyarakat ini digelar masyarakat Arab Jahiliah kerana

Tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti nabi Sulaiman, nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain- lain.

64

Page 66: sejarah lengkap

Zamannya dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah ini

Tidak menyembah Allah yang Maha Esa Mereka menyembah berhala Mempercayai kepercayaan animisme Kehidupan yang kucar- kacir Tiada nabi dan rasul Tiada kitab suci sebagai petunjuk Mempunyai akhlak yang rendah- sentiasa bersifat kejam, angkuh

dan degil. Selepas kedatangan Islam barulah masyarakat ini mengalami proses perubahan

C. CIRI- CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH Dikategori kepada dua golongan iaitu

Masyarakat Badwi yang tinggal di kawasan gurun dan pedalaman iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.

Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab. Oleh kerana petempatan mereka berbeza, secara tidak langsung cara hidup dan

pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Cirri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi,

kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

SOSIAL Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, berzina, dan minum arak. Mengikut fahaman mereka lelaki yang minum arak sehingga mabuk menunjukkan

mereka telah sempurna sebagai lelaki. Kedudukan kaum wanita adalah sangat rendah. Kaum wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Terdapat dalam kalangan mereka menanam bayi perempuan hidup- hidup selepas lahir

kerana menganggap anak perempuan ini akan menjatuhkan maruah keluarga. Dalam soal perkahwinan, tiada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan. Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan

sesiapa sahaja yang disukai.

EKONOMI Aktiviti perniagaan dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata- mata Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada khalifah di padang pasir juga

merupakan punca mata pencarian. Merompak dikatakan sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu

dalamsetiap kabilah. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang

dilakukan oleh golongan berada.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN. Terdapat empat bentuk kepercayaan dalam masyarakat Arab Jahiliah iaitu:

Agama Wathani ( menyembah berhala) Animisme ( memuja alam seperti pokok) Agama Samawi ( Kristian dan Yahudi )

65

Page 67: sejarah lengkap

Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.

Berdasarkan catatan Al- Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif.

Setelah kira- kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur- ansur.

Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampur aduk ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masayarkat Arab Jahiliah.

NILAI HIDUP YANG DIPEGANG Mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak- puak dan

berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu. Mereka tinggal dalam sebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula

sangat tasaub dan fanatik terhadap kabilah masing- masing Sesuatu kabilah diketuai oleh seseorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan

kaum mereka. Perlantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Antaranya bakal syeikh mestilah:o Disukai oleh ahli kabilaho Dilantik atas persetujuan ramaio Beliau juga mestilah berfikiran matango Gagah, berani, pandai berpidato.

Amalan system kabilah ini mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.

Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiyah atau semangat kesukaan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

Kemunculan semangat assabiyah ini berpunca daripada struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan.

Dalam sistem ini setiap puak terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah masing- masing.

Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.

Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.

Untuk meneruskan kehidupan, sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.

Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaan hidup masyarakat Jahiliah kucar- kacir dan tidak aman.

Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan kabilah. Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab kecil Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

Kehidupan Nabi Muhammad S.Aw. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Baginda berasal daripada keluarga pemimpin Mekah yang terkenal iaitu Qasai bin Kilab. Namun keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang baginda.

66

Page 68: sejarah lengkap

Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira- kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad.

Dengan penguasaan terhadap Makkah, kaabah dan telaga zam- zam juga dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad S.A.W

Keturunan Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok- belok perniagaan.

Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Mutallib iaitu datuk nabi pernah menerajui Makkah pada zaman jahiliah.

Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah arab yang lain.

Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutallib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.

Nabi Muhammad dilahirkan 20 April tahun 570M iaitu pada malam isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun gajah.

Nabi Muhammad dilahirkan di rumah datuk baginda dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji

Bapa baginda meninggal dunia pada ketika nabi Muhammad dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w telah diserahkan kepada

Halimatul Saadia untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia 6 tahun, ibu baginda Aminah binti Wahab pula meninggal dunia. Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib, selepas Abdul Mutallib

meninggal dunia, baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya Abdul Mutallib. Nabi Muhammad telah menjadi yatim piatu sejak berusia 6 tahun. Kaum keluarga pula sangat prihatin terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula

membela dan memberi kasih sayang yang sewajarnya. Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi pekerjaan, baginda pernah menjadi pengembala kambing kepunyaan bapa

saudara baginda. Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperolehi sejak baginda berusia 12

tahun iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam. Sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab.

Selain itu kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramalkan oleh seorag pendeta nasrani bernama Buhaira semasa rombongan ini singgah di Basrah.

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman baginda.

Pada ketika berusia 20 tahun baginda telah giat berdagang dan baginda pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya.

Abu Talib bapa saudara baginda menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah

binti Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga

yang menjalakan urusan dengan Khadijah. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah iaitu hamba

Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan baginda menajalankan perniagaan

telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda.

Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.

67

Page 69: sejarah lengkap

Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan baginda telah menimbulkan perasan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan.

Peristiwa ini berlaku ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu;

Siddiq ( berkata benar ) Amanah ( dipercayai ) Tabliq ( menyampaikan ) Fatannah ( bijaksana)

Sifat Siddiq baginda diakui oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah islamiah dilakukan di Makkah

Baginda digelar al-Amin oleh oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong

Panggilan al – Amin terhadap Nabi Muhammad S.A.W telah sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan Muhammad tidak digunakan

Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda telah menyebabkan Khadijah menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagaan

Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh- sungguh walaupun mengahadapi pelbagap rintangan.

Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul.

Contohnya, semasa baginda 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.

Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad ( batu Hitam) ke tempat asalnya di penjuru timur kaabah.

Hajar Aswad itu terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah. Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta sifat

pengasihnya dan bertimbang rasa. Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan

anak dan membersihkan rumah. Anak- anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri

baginda teladan kepada anak- anak. Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat sama ada yang kaya

atau miskin. Selain itu, baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak- kanak. Semasa pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 M, baginda telah menunjukkan

sifat pemaaf. Contohnya orang Arab Quraisy Makkah. Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya

sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seteusnya. Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan

masyarakat di sekeliling yang tidak bermoral dan tasaub dengan amanlan jahiliah. Baginda berusaha mencari suatu cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh

masyarakat disekelilingnya. Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya dengan cara

bertahannuth( mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di puncak Bukit Nur.

Walaupun Gua Hirak terletak di Bukit Nur, baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata- mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang.

68

Page 70: sejarah lengkap

Dengan sepenuh jiwa raga, baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.

Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610M, bersamaan 17 Ramadan Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi malaikat Jibrail.

Pada wakti itu, baginda berusia 40 tahun. Dengan turunnya wahyu itu bermulalah era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab

jahiliah. Wahyu ini menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumat Keterangan

Empangan Maarib runtuh

Disebabkan berlakunya banjir besar. Disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk memperbaikinya semula.

Kerajaan Sabak Wujud dalam dua peringkat 950-650 S.M 650-115 S.M

Ekonomi berasaskan pertanian dan perdagangan. Pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Balqis.

Nabi Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri

Rasul Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai

Wahyu Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibrail.

S.A.W Merupakan singkatan bagi sallalah allaihi wasallam yang bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.

Kedudukan wanita pada zaman Jahiliah

Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaum keluarganya kerana keburukan cerita yang disampaikannya.

Kafilah Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan satu tujuan contohnya berniaga atau berpindah.

Khurafat Kepercayaan karut atau tahyul Antara kepercayan ini dalam masyarakat Jahiliah

Mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah berpandukan arah burung.

Mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum. Mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh

menjadikan seseorang itu kuat. Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh

Allah kepada nabi- nabi terdahulu. Agama Hanif disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail. Penganut agama ini digelar Hunafa. Pengikut ajaran agama Hanif pada zaman sebelum kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w ialah Waraqah bin Naufal Uthman bin Huwairith. Abdullah bin Jahsh Umaiyah bin Abi Sait.

69

Page 71: sejarah lengkap

Perang al- Bhasus Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar. Berlaku disebabkan oleh tindakan seseorang ahli Bani Bakar

membunuh ahli Bani Taghlib. Sungguhpun perang ini berpunca daripada perkara kecil tetapi perang

ini memakan masa 40 tahun.Telaga Zam-zam Kewujudan telaga berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi

Ismail a.s ke Makkah. Sumber air telaga ini menjadikan Kota Makkah terkenal kepada

pedagang yang singgah di situ. Sehingga kini telaga zam- zam masih terdapat berhampiran Kaabah

dalam Masjidil Haram.Tahun Gajah Mengambil sempena tahun berlakunya serangan bergajah yang

dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap Kota Makkah.Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

Pendeta Nasrani, Buhaira telah menyatakan kepada Abu Talib bahawa terdapat tanda- tanda kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w

Pendeta tersebut telah menasihati Abu talib supaya segera membawa Nabi Muhammad s.a.w ke Makkah kerana dikhuatiri Nabi Muhammad akan dibunuh oleh orang Yahudi.

Khadijah bt. Khuwailid

Digelar sebagai alotharah ( bersih ) kerana sifatnya yang sentiasa menjauhi segala perkara yang dilarang dan bertentangan dengan Islam.

Anak Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah ialah Zainab, Umi Kalthum, Ruqaiyah, Fatimah, Qassim, Abdullah dan Ibrahim.

Kesemua putera baginda meninggal dunia pada usia muda. Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib.

Peristiwa Perletakan semula Hajarul Aswad

Banjir menyebabkan Hajar aswad terjatuh dari posisi asalnya. Semasa hendak meletakkan semula, timbul pertelingkahan di kalangan

kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w

menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan Hajar aswad di atas rentangan kain serban. Maka, wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi

kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad s.a.w meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.

Tindakan baginda itu telah menyebabkan semua kabilah berpuas hati. Hajar Aswad Asal- usul- telah ada di sisi kaabah sebelum nabi Muhammad s.a.w

lahir. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak

mengubah posisi Hajar Aswad. Kepentingannya orang- orang Islam yang bertawaf di Kaabah

dianjurkan untuk menghormati batu ini sama ada dengan mencium atau member isyarat kepadanya .

Namun, mencium Hajar Aswad bukan perkara wajib haji.Gua Hirak Tempat Nabi Muhammad s.aw bertahannuth kepada Allah S.W.T

Menurut ajaran Nabi Ibrahim, sebelum baginda menerima wahyu. Gua ini terletak di puncak Bukit Nur ( Jabal Nur) Bukit ini terletak di Utara Makkah dan jaraknya dari kota Makkah

kira- kira 6km.

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

70

Page 72: sejarah lengkap

Wahyu pertama yabg diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah surah al- Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

Wahyu inilah yang menjadikan titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang.

Ini kerana melalui pembacaan, seseorang itunakan dapat ilmu atau menambahkan ilmunya.

Islam bukan sahaja mementingkan umatnya membaca malahan menggalakkan kajian terhadap sesuau perkara.

Dengan membaca dan membuat kajian, seseorang atau sesuatu bangsa itu akan berilmu dan dengan bangsa itu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya meningkatkan tamadunnya.

Dalam Islam, ilmu yang dituntut ialah ilmu yang dapat membina masyarakat dan bukan yang sebaliknya.

Wahyu kedua yang diturunkan kepada baginda ialah surah al –Muddasir ayat 1-7. Secara keseluruhannya wahyu nin merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w

sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.

Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana dan terancang.

Semenjak turunnya Al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w terus- menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy, Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.

Perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap ini ialah usaha membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.

Baginda menggesa masyarakat sekelilingnya meninggalkan amalan yang keji seperti menindas manusia, membunuh dan mencuri.

Penyebaran Islam Di Makkah Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat- peringkat iaitu secara rahsia

dan secara terbuka. Secara rahsia

Berjalan selama 3 tahun. Ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat

baginda. Mereka yang memeluk Islam ialah Khadijah bt. Khuwailid isteri baginda, Ali bin

Abi Talib yang berusia 10 tahun, sepupu baginda Zaid bin Harithah, anak amgkat baginda dan Abu Bakar Al- Siddiq, sahabat karib baginda.

Beberapa tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam antaranya termasuklah Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam dan Al- Arqam bin Abu Arqam.

Kemudian Al- Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam ini. Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam secara lebih meluas.

Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil. Walaubagaimanapun ini merupakan kejayaan yang sanagt besar pada baginda.

Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar.

Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal bukan sahaj terdiri daripada

71

Page 73: sejarah lengkap

golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah bt. Khuwailid dan Abu Bakar As- Siddiq.

Secara Terbuka Berjalan selama 10 tahun Dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t supaya dakwah

Islamiah kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang- terangan. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutallib iaitu kaum

kerabat banginda dilakukan setelah turunnya ayat Al- Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda.

Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat, dan hasilnya baginda telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abi Talib.

Dalam majlis ini, baginda telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga

menolak seruan baginda. Orang yang paling kuat menolak ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda. Dakwah islamiah secar terbuka kepada orang ramai dilakuakn di Bukit Safa,

Makkah setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al- Quran al Hijr ayat 94.

Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Mutallib, Bani Zuhrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.

Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab yang menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan terganggu.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam

kerana penyebaran ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda. Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebilabgan Arab Quraisy. Walaubagaimanapun, setelah dakwah Islam dilaksanakan secara terus terang dan

mendapat tempat di hati sebilangan ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya. Penerimaan terhadap Islam.

Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda di Makkah telah menimbulkan reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy.

Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah.

Pada tahap Nabi Muhammad s.a.w memeilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganutnya masih sedikit.

Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.

Kebanyakkan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.

Mereka memeluk Islam kerpada tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan sama rata kepada semua manusia.

Walaupun ada di kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap memilih Islam dengan penuh yakin.

Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam ialah Bilal bin Rabah, keluarga Yasir, Amir Bin Fuhairah dan Zunainah.

72

Page 74: sejarah lengkap

Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf. Manakala keluarga Yasir dan isterinya Sumaiyah mati syahid. Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi buta

dan gila. Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta. Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kemurniaan

ajarannya dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w berdakwah. Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmat. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi telah memujuk mereka

menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t Jasa dan perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana

dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini. Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan anta

nilai masyarakat Aran Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam. Selain itu, nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para

sahabat di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik. Dalam menyebarkan Islam baginda telah menanamka keimanan yang kuat kepada

pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi

dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi cara yang digunakan oleh baginda itu, orang ramai mudah tertarik kepada

Islam walaupun sebelum ini mereka terlalu taksub dengan amalan tradisi msyarakat mereka.

Selain itu juga, mereka telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai otang yang berakhlak mulia.

Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan dan perkembangan Islam di Makkah

Kesemua sifat positif baginda menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Untuk mencapai kejayaan, kita harus mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

Penentangan Terhadap Islam Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara. Selain dicemuh, baginda juga turut diganggu ketika beribadat contoh semasa baginda

bersembahyang, benda- benda kotor telah diletakkan di tengkuk baginda. Malah ada yang ingin membunuh baginda.

Penentangan terhadap dakwah Islam ini kerana: Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Quraisy dengan Islam. Ajaran Islamiah berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa

sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun mereka iaitu menyembah berhala dan mempercayai animisme.

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.

Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.

Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.

Begitu juga dengan amalan dan akhlak keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam

Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.

73

Page 75: sejarah lengkap

Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah.

Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w sedikit-sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.

Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal ini menjejaskan perusahaan mengukir patung beerhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka.

Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala.

Dengan penyebaran Islam secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan terjejas.

Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan secara berterusan dan menerusi pelbagai cara.

Penyair Arab Quraisy juga sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka. Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan kepada nabi

Muhammad s.a.w. , namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar. Inilah keistimewaan baginda sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang tidak

pernah kecewa dengan dugaan yang dihadapinya. Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi

Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah. Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik

dan harta. Walaubagaimanapun, Nabi Muhamammad s.a.w. dengan tegas menolak cubaan

untuk terus merasuah baginda. Orang Arab Jahiliah juga telah melakukan pemulauan terhadap baginda dan

keluarga baginda. Mereka telah menulis penyataan tentang pemulauan itu dan manggantungkannya

di Kaabah. Semasa pemulauan itu berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam sangat

terhimpit. Walaubagaimanapun, Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sentiasa melindungi

dan membantu baginda. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan di

kalangan orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan bantuan kepada orang Islam.

Golongan Islam yrang berkemampuan telah membantu golongan kurang berada. Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan hartanya demi membantu

perjuangan Islam yang suci. Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh

Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di Madinah.

Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usaha membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak tertentu.

Dengan bantuan dan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah.

Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah

74

Page 76: sejarah lengkap

Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara baginda Abu Talib dan isteri baginda Khadijah meninggal dunia.

Baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan dan penondasan tersebut.

Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

Baginda bersama Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk nmenyebarkan Islam ke tempat baru.

Malangnya usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan orang Arab Quraisy.

Baginda tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhi.

Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam.

Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah menyebabkan Islam seimakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy.

Sehingga akhirnya, Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.

Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam.

Oleh kerana menerima tentangan yang berterusan, baginda telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian.

Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, baginda memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M setelah menerima perintah dan untuk memenuhi suku Aus dan Khazraj.

Di Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul iaitu kerajaan Islam Madinah dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumat Keterangan

Al- Arqam bin Abu Arqam

Dilahirkan di Makkah pada tahun 594M Rumahnya menjadi pilihan Nabi Muhammad s.a.w untuk

menjalankan dakwah Islamiah. Kebanyakan para sahabat yang mendapat bimbingan di

rumahnya menjadi pemimpin Kerajaan Islam. Rumahnya berkekalan menjadi rumah yang diwakafkan dan

didiami oleh anak- anaknya sehingga peringkat Zaman Bani Umaiyah.

Abu Lahab Nama sebenarnya ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib Beliau adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w Sangat memusuhi baginda dan menentang dengan hebatnya. Isterinya, Arwa bt Harb memberikan sokongan padu kepada

Abu Lahab untuk menentang ajaran Islam. Allah menggambarkan balasan yang diterima oleh Abu Lahab

dalam surah al- Masad.Bukit Safa Tempat Siti Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s berlari- lari

mencari air untuk anaknya Ismail. Bukit ini ( selain Marwah ) menjadi tempat bagi umat Islam

75

Page 77: sejarah lengkap

mengerjakan Sai’ ( rukun haji dan umrah)Bilal bin Rabah Ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.

Telah diseksa oleh tuannya dengan kejam, misalnya dengan cara dijemur dan ditindih dengan batu, diselar dengan besi panas.

Walaupun diseksa beliau tetap beriman kepada Allah Abu Bakar telah membeli Bilal daripada tuannya semasa beliau

diseksa. Beliau juga merupakan Muazzin ( orang yang melaungkan

azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.Bentuk Pemulauan kepada keluarga Nabi ( bani Hasyim dan Bani Mutalib)

Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w

Mereka tidak mmeberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w

Mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w

Aisyah Nama sebenarnya ialah Aisyah bt. Abu Bakar merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w yang paling muda.

Aisyah ialah wanita yang bijak, kuat ingatan dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam.

Aisyah menjadi sumber rujukan utama bagi orang Islam tentang hukum-hukum Islam.

Hijrah ke Habsyah Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah merupakan hijrah yang pertama.

Nabi Muhammad s.a.w tidak turut ke Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.

Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah menyusuli Nabi Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang kembali semula ke Makkah.

76

Page 78: sejarah lengkap

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

A) PENGENALAN Madinah terletak di utara Makkah dan merupakan kota yang penting bagi pedagang Arab

sebelum kemunculan Islam. Kedudukannya yang strategic di tengah- tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam

telah mendorong luar mengunjunginya. Terdapat tiga golongan penduduk di Madinah iaitu Nasrani, Yahudi dan Arab. Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir. Golongan Arab pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Suasana di Madinah kurang aman disebabkan pergerseran yang berlaku dalam kalangan

suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh Orang Yahudi. Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah pada

tahun 621M telah membuka lembarab baru dalam sejarah Madinah.

B) Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua. Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Kota Makkah,

baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.

Mereka telah menemui Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah dan kemudiannya memeluk Islam.

Sekembalinya mereka ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA Pada musim haji berikutnya iaitu tahun 621M, sekumpulan suku Aus dan Khazraj telah

mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi. Menerusi pertemuan ini terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan

orang Arab Madinah. Antara lain isi perjanjian ini ialah:

Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul Mereka juga berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan

membunuh bayi. Selepas perjanjian Aqabah I Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar pendakwah Islam

iaitu Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam. Dengan itu dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kelahiran Nabi

Muhammad s.a.w dan orang Islam di kota itu.

77

Page 79: sejarah lengkap

PERJANJIAN AQABAH KEDUA Pada tahun 622M, satu lagi perjanjian ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.w

dengan kaum suku kaum Aus dan Khazraj. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah kedua. Antara isi perjanjian ialah

Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w Mereka menjemput nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah

ke Madinah. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan

keselamatan baginda dan orang Islam. Kesediaan mempertahan Islam.

Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari Kota Makkah ke kota Madinah.

C) HIJRAH

Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M

Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat- peringkat. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar al- Siddiq

selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar al- Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih

kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-

terangan kerana sifat keberaniannya.

Konsep Hijrah Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya perpindahan berlaku dari satu tempat ke tempat lain. Namun dalam

konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam.

Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.

Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkahlaku.

Orientalis barat mentafsirkan hijrah secara negatif- iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat orientalis barat disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan

konsep hijrah barat dengan menggunakan empat hujah. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang

Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjijan Aqabah Kedua. Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah telah disambut dengan rela dan

meriahnya oleh orang Madinah. Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin

tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah Nabi Muhammad s.a.w pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan

baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuklah orang bukan Islam.

78

Page 80: sejarah lengkap

Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah bermula setelah baginda berjaya melepasi diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda.

Sebelum itu Ali bin Abi Talib telah menawarkan diri untuk tidur untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda.

Setelah keluar dari rumah beliau telah menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah.

Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat.

Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah.

Contohnya pada masa ini penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat peperangan dan mereka ini dianggap pelarian.

Kehadiran pelarian ini di sesebuah Negara adalah tidak diundang malah mereka dihantar pulang ke tempat asal masing- masing.

SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH Dakwah islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun. Dalam jangka masa tersebut, pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Nabi Muhammad

s.a.w Untuk meneruskan dakwah islamiah, Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil keputusan

untuk berhijrah ke Madinah. Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah

Faktor utama ialah perintah Allah s.w.t menerusi wahyu. Dalam wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintah baginda supaya segera berhijrah.

Perintah ini berasaskan ayat al- Quran iaitu surah al- Anfat telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Madinah.

Dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat Abu Bakar al- Siddiq selamat sampai ke Madinah.

Hijrah bertujuan meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran

islam. Penghijrahan bukanlah beerti yang orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut

tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam. Bagi Nabi Muhammad s.a.w suasana aman di tempat baru di tempat baru akan

memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah. Hijarah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat

Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik. Pada ketika itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan

ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi

Muhammad s.a.w untuk mengetuai kepimpinan mereja. Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan Madinah yang sentiasa bermusuhan.

KEPENTINGAN HIJRAH Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat

Arab. Pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah berlakunya hijrah ke Madinah,

Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.

79

Page 81: sejarah lengkap

Memberi peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa melalui semangat persaudaraan Islam( sebelum ini mereka sering bertelagah disebabkan perkara kecil)

Telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.

Hubungan terjalin melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah sehingga orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah.

Dapat menyatukan golongan Islam Madinah dengan orang Islam Makkah yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial.

Baginda memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada muhajirin digelar ansar.

Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.

Perpaduan telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Dengan perpaduan masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,

agama dan kegiatan lain dan menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah masjid iaitu Masjid al- Nabawi

dimana telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar disamping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.

Di kawasan persekitaran al- Nabawi dibolehkan orang islam menagadakan aktiviti harian seperti berjual beli.

Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-

Rasyidin kedua iaitu Khalifah Umar bin Al- Khattab. Pada masa ini takwim hijrah digunakan di Negara kita Malaysia. Nabi Muhammad s.a.w menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-

Munawwarah atau Kota Bercahaya. Perubahan nama ini merupakan salah satu usaha baginda untuk menjadikan

Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Hijrah juga menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang.

Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberi bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah.

Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.

Sikap sedia berkorban, bekerjasama, tolong- menolong untuk membangunkan Negara harus tersemat dalam jiwa kita.

Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat- sahabat nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Abu Bakar As- siddiq sanggup begadai nyawa dan harta semata- mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah.

Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan, semata- mata untuk mengelirukan orang Quraisy yang mengepung rumah baginda.

Abdul Rahman bin Aus saudagar yang kaya sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan.

80

Page 82: sejarah lengkap

Peristiwa hijrah telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara.

Contohya puteri Abu Bakar as- Siddiq, Asma’ beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w apabial beliau dengan beraninya menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur walaupun menyedari bahawa tindakan tersebut berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.

Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sanggup meninggalkan kesenangan hidup untuk menegakkan Islam.

Baginda juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif seperti ini patut dicontohi. Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi

perjuangan. Semasa berhijrah baginda tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua

Thur. bagind memilih jalan lain iaitu jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah.

Mereka berpendapat jalan ke Madinah menerusi Utara Makkah kurang selamat. Nabi Muhammad s.a.w menyedari bahawa orang Arab Quraisy untuk menyerang

Madinah untuk menyerang Madinah suatu masa kelak. Baginda merancang penubuhan sebuah Negara Islam di Madinah. Sebaik- baik berhijrah iaitu setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda

segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dikenali sebagai Piagam Madinah.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat KeteranganMadinah al- Munawwarah

Beerti bandar yang bercahaya. Dikenali sebagai dengan nama Yathrib sebelum ketibaan Nabi

Muhammad s.a.w\kota ini terletak di wilayah Hijaz pada masa sekarang dan ditadbir oleh kerajaan Arab Saudi.

Penduduk Madinah Suku Aus tinggal di selatan dan timur Madinah. Suku Khazraj tinggal di bahagian tengah Madinah. Orang Yahudi yang mula berhijrah ke Madinah ialah Yahudi

Qainuqa’ Ini diikuti dengan kedatangan suku Yahudi yang lain.

Aqabah Sebuah tempat yang terletak di antara Mina dan Makkah. Di tempat inilah termeterainya Perjanjian antara Nabi

Muhammad s.a.w dengan orang Madinah sebelum hijrah.Abdullah bin Arqat Beliau memeluk Islam semasa menjadi jurupandu hijrah.Gua Thur Gua Thur terletak di puncak Bukit Thur.

Jarak antara bukit ini dengan masjid al- haram di Makkah kira- kira 8 km.

Pada hari ini pelawat yang ingin mendaki ke puncak Bukit Thur terpaksa mengambil masa selama 1 jam dan menempuh jalan berliku dan berbatu tajam untuk sampai ke situ.

Luas muka gua ini muat untuk dimasuki oleh seorang sahaja. Melalui muka gua ini Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar

al-Siddiq masuk ke dalamnya untuk bersembunyi.

81

Page 83: sejarah lengkap

Semasa bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w dibantu oleh

Abdullah bin Abu Bakar yang mengintip kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejaki kehilangan baginda.

Asma’ bt Abu Bakar yang menghantar makanan untuk baginda dan Abu Bakar

Amir bin Fuhairah yang mengembala kambing berhapiran Gua Thur agar susu kambingnya boleh diberkan kepada baginda.

Ciri- ciri masjid Quba’

Berbentuk segi empat dengan keluasan kira- kira 50 meter persegi.

Tinggi dindingnya kira- kira 3.5 meter Bahan-bahan yang digunakan untuk membina masjid ini pada

peringkat awal ialah batang, pelepah dan daun poko tamar serta tanah liat.

Sikap orang Ansar terhadap orang Muhajirin

Menjaga keselamatan. Menyediakan modal untuk berniaga

Muhajirin Daripada perkataan Arab hajara yang bermaksud berpindahAnsar Daripada perkataan Arab nasara yang bermaksud menolong.Masjid al- Nabawi Masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w di

Madinah. Dibina atas tanah yang dibeli oleh Nabi Muhammad s.a.w

daripada Sahl dan Suhail. Dibina pada bulan Safar tahun ke-2 hijrah. Bentuk asalnya segi empat dan terdapat sebuah anjung bagi

kegunaan musafir.D) PIAGAM MADINAH.

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M berpandukan wahyu Allah.

Paigam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.

Piagam ini mencatatkan tentang peraturan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam ( Muhajirin dan Ansar) da bukan orang bukan Islam ( Yahudi dan suku Arab yang lain)

Kandungan Piagam Madinah ini lengkap menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Terjemahan Sebahagian Teks Piagam Madinah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Piagam ini daripada Nabi Muhammad antara orang- orang beriman dan yang memeluk Islam yang terdiri daripada orang Quraisy, Yathrib dan orang- orang yang mengikut mereka menyatukan diri dan berjuang bersama- sama mereka.Fasal 1Sesungguhnya mereka terdiri daripada satu ummah yang bebas daripada pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya.Fasal 2Orang Muhajirin yang terdiri daripada Quraisy mempunyai hak mereka, saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang tebusan daarh( diyat) antara mereka kerana suatu pembunuhan, dengan cara yang baik dan adil antara orang beriman.

82

Page 84: sejarah lengkap

Fasal 16Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada Negara kita ( Madinah ) berhak mendapat bantuan dan perlindungan tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum.Fasal 17Tidak diperkenankan segolongan orang beriman membuat perjanjian tanpa disertai segolongan lain didalamnya suatu peperangan di jalan Allah kecuali atas dasar persamaan dan adil sesama mereka. Sumber: Hassan Ibrahim Hassan, 1986.

Kandungan Piagam Madinah Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan bukan Islam

khususnya golongan Yahudi. Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam

dan tanggungjawab mereka. Sementara 24 fasal lagi tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuklah orang

Yahudi terhadap Negara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia

yang menjadi asas kepada sesebuah Negara yang berdaulat. Terdapat perlembagaan lain seperti perlembagaan Amerika Syarikat yang digubal pada

tahun 1787, Perlembagaan Peranchis pada tahun 1795, namun pembentukan kesemua perlembagaan ini agak lewat berbanding dengan perlembagaan Madinah yang telah dirangka pada tahun 622M bersamaan 1 Hijarah.

Kandungan Piagam Madinah boleh dirumus kepada tujuh aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial, dan ekonomi iaitu dalam aspek pentadbiran, agama, sosial, perundangan, pertahanan dan kedudukan kaum Yahudi seperti di bawah:

Bil Perkara Rumusan 1 Politik Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah

Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam

2 Agama Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing Mereka bebas mengamalkan adapt mereka masing-masing selagi

tidak bertentangan dengan Islam3 Sosial Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan

mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesame sendiri

4 Perundangan Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan islam.

5 Ekonomi Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi Negara.

Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan 6 Pertahanan Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan

Madinah daripada ancaman luar.7 Kedudukan

Yahudi Keselamatan orang bukan islam (khususnya Yahudi) terjamin

selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

83

Page 85: sejarah lengkap

Politik. Iaitu pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan

madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum; agama dan budaya. Kesemua masyarakat telah bersetuju untuk menerima baginda sebagai ketua Negara

Madinah. Baginda juga berperanan sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan kesemua

masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan.

Sebelum ini tiada hakim yang diiktiraf dapat menyelesaikan sesuatu masalah.Agama

Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing. Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu yang lain. Sikap buruk sangka dari segi agama seperti yang diamalkan sebelumnya dilarang sama

sekali. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memaksa mereka yang bukan islam supaya

memeluk islam,misalnya orang yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka.

Sosial Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatupadu,tolong menolong

dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Perasaan benci membenci dan mementingkan diri sendiri dielakkan demi menjaga

keharmonian negara.

Perundangan Undang-undang Islam telah digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan

kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan oleh masyarakat Madinah. Dengan adanya undang-undang ini peraturan dan cara hidup yang diamalkan menjadi

lebih tersusun dan diterima ramai. Sesuatu hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang bersalah dapat dilakukan

dengan adil dan diterima dengan senang hati.

Ekonomi Piagam Madinah menetapkan tiada diskriminasi untuk memperolehi peluang ekonomi. Untuk mengendalikan urusan ekonomi Islam melarang riba dan penindasan.

Pertahanan Nabi Muhammad s.a.w. mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan

Madinah daripada ancaman. Sikap bertanggungjawab menjaga negara amat penting dijunjungi demi kesejahteraan

rakyat.

Kedudukan Yahudi Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah. Mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati

keselamatan dan kebebasan. Mereka dibenarkan tinggal di Madinah,malah kedudukan mereka terjamin dan selamat

selagi mereka mematuhi Piagam Madinah. Mereka tidak dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara.

84

Page 86: sejarah lengkap

Keseluruhannya pembentukan Piagam Madinah menunjukkan betapa luasnya pandangan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah mengambilkira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalah sebuah Negara.

Dengan itu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.

Kepentingan Piagam Madinah

Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam.

Kerajaan ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.

Hal ini menunjukkan bahawa unsure-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbilangan bangsa dan agama.

Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. menggubal suatu piagam sangat dikagumi kerana baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.

Masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dari segi ekonomi amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan. Sifat bertimbang rasa dan amalan belah digalakkan. Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan. Berasaskan keadilan ini ekonomi kerajaan Islam d Madinah mula meningkat. Sesungguhnya pada awal peghijrahan orang Muhajirin menghadapi masalah ekonomi

tetapi masalah ini telah diatasi dengan segera oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela da

ikhlas. Berasaskan Piagam Madinah, kita dapati Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya

membentuk masyarakat baru berasaskan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatupadu dan aman.

Nilai hidup yang ditanam adalh berasaskan semangat ukhuwah islamiah. Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama dengan itu konsep keadilan sosial telah

dipraktikkan di Madinah. Dari segi hak, islam telah menekankan persamaaan hak dan persuadaraan Islam. Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat. Amalan dan sifat positif yang dipraktikkan oleh negara Madinah di bawah kepimpinan

Nabi Muhammad s.a.w. seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela bekorban tentu boleh dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Menerusi pembentukan perlembagaab ini, masyarakat Madinah dari[ada pelbagai keturunan budaya dan agama dapat mendiami sesebuah Negara dan mempunyai undang-undang yag lengkap dan sempurna.

Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil. Oleh itu, pembentukan satu perundangan yang sesuai dalam sebuah negara oleh kesemua masyarakat.

Cara Nabi Muhammad s.a.w.mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh pemimpin lain di dunia.

Baginda meyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan.

Di sini menunjukkan bahawa masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah satu pemerintahan.

Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.

Piagam Madinah itu berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik. Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan.

85

Page 87: sejarah lengkap

Orang Yahudi misalnya tidak boleh menindas kaum Arab yang lain. Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.

Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar.

Dengan adanya kerjasama daripada semua masyarakat, negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar sekitarnya dan Semenanjung Tanah Arab.

Beberapa ciri kerajaan Islam di Madinah sebenarnya memang terdapat di negara kita Malaysia

Keupayaa kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan.

Maklumat TambahanMaklumat KeteranganAgama-agama masyarakat Madinah

Sebelum kedatangan islam, orang Arab Madinah menyembah berhala dan menganut agama Nasrani

Orang Madinah telah mendengar tanda-tanda kenabian Muhammad daripada orang Yahudi

Keadilan Undang-undang Islam

Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah bukan menzalimi pesalah tetapi adalah untuk menginsafkan pesalah dan orang lain

Islam menetapkan beberapa syarat untuk menjatuhkan hukuman misalnya perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah tersebut

Ukhuwah Islamiah Semangat persaudaraan sesame orang Islam

D. PENYEBARAN ISLAM. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahu 622M telah menimbulkan perasaan iri

hati dalam kalangan orang Arab Quraisy. Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar

tanah Arab agar menghapuskan kerajaan Islam. Nabi Muhammad s.a.w telah menyedari tindak- tanduk orang Arab Quraisy telah berhati-

hati mengahdapinya. Pada masa yang sama, baginda mula menyusun strategi menyebarkan Islam dengan

menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, Wilayah sekitar Semenanjung Arab.

Nabi Muhammad s.a.w tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi menunjukkan nilai- nilai yang baik.

Selain menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah, baginda juga ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut.

Oleh kerana orang Arab Quraisy cenderung untuk melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu.

Mengikut ajaran islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara.

Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

86

Page 88: sejarah lengkap

Di Madinah sejak tahun 622M atau 1H sehinggalah pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630M ( 8H) beberapa siri peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam Madinah telah berlaku antaranya

Perang Badar ( 624 M/2H) Perang Uhud ( 625M/3H) Perang Khandak ( 627M/5H) Perang Tabuk ( 630M/8H)

Di Makkah setelah beberapa lama ditindas oleh orang Arab Quraisy Allah telah memberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang iaitu setelah orang Quraisy menyerang orang Islam.

Peperangan yang berlaku dalam Islam juga garus mengikut prinsip tertentu, antaranya. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh. Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanan supaya

tempat ibadat mereka terjaga. Peperangan yang berlaku pada masa ini lebih kepada menajga maruah negara serta

memusnahkan harta benda dan manusia yang tidak berdosa. Islam tidak melakukan sedemikian. Setiap pertempuran dan peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan

mempertahankan diri. Islam menganjurkan perdamaian seandainya musuh Islam inginkan perdamaian, maka

orang Islam harus memilih perdamaian. Dalam Islam, dakwah islamiah mestilah dilakukan dengan bijaksana dan menerusi

nasihat yang baik. Peperangan yang berlaku antara orang Islam Madinah dengan pihak Arab Quraisy

Makkah terbukti adalah untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa dan negara semata- mata.

Sungguhpun peperangan berlaku namun Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangannya adalah sukarela dan toleransi.

Contohnya dalam peperangan Badar walaupun pihak Islam memperolehi peperangan Nabi Muhammad telah mengampunkan tawanan Quraisy.

Tawanan wanita dan kanak- kanak telah dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri.

Tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira- kira sepuluh orang kanak- kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan.

Tentera Islam berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati amlah tumbuh- tumbuhan juga dilarang dimusnahkan.

Pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w adalah supaya ummat Islam mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik.

Selepas perang Badar bilangan orang Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah.

Perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun 628M, orang Islam bercadang untuk menziarahi Makkah. Kota Makkah sangat penting bagi mereka kerana di situlah letaknya Kaabah yang

menjadi pusat ibadat bagi orang Islam. Makkah juga merupakan tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat turunnya wahyu

pertama. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pada masa

yang sama baginda juga ingin mengerjakan umrah.

87

Page 89: sejarah lengkap

Walaubagaimanapun, kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah.

Mereka bertindak demikian kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan Islam.

Di Hudaibiyah orang Islam telah berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar melalui Uthman bin Affan, malangnya pihak Quraisy tidak mempedulikan hasrat orang Islam tersebut.

Walaubagaimanapun, setelah mendapat tahu bahawa orang Islam telah berikrar dan bersumpah setia untuk membela kematian Uthman bin Affan, orang Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding.

Setelah kata sepakakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam dengan Arab Quraisy di Hudaibiyah pada tahun 628 M bersamaan 6H.

Peristiwa Penting Ke Arah Termeterainya Perjanjian Hudaibiyah Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan

umrah. Mereka telah disekat di Hudaibiyah, Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bi

Affan ke Makkah untuk menerangkan keadaan sebenar kedatangan mereka. Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan telah

bersumpah setia yang dikenali sebagai “ Baaiah al- Ridwan”. Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam, lalu mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w

Baginda mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w ( Islam ) dengan Suhail bin Amru ( Quraisy )

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam di Madinah atau

orang Quraisy di Makkah. Orang Islam Madinah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya tidak

perlu dipulangkan. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu

dipulangkan semula. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya ( 7H)

Perjanjian Hudaibiyah yang telah dimeterai itu tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal.

Merka menganggap perjanjian itu menguntungkan pihak Arab Quraisy. Bagaimanapun akhirnya mereka dapat menerimanya sebagai satu pengajaran yang

besar. Demi untuk mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua

belah pihak,orang Islam menganjurkan perdamaian. Oleh itu,dengan wujudnya keamanan,misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah Menerusi Perjanjian Hudaibiyah orang Islam berpeluang menunaikan Haji pada tahun

berikutnya iaitu pada tahun 629M. Peluang ini juga memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah

dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. Tempoh perdamaian dalam perjanjian ini membolehkan Nabi Muhammad s.a.w.

merangka program dakwah Islamiah keseluruh semenanjung tanah arab secara aman.

88

Page 90: sejarah lengkap

Menerusi perjanjian ini,suku arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Dengan ini, Islam dapat berkembang dengan meluas. Sesetengah sejarahwan mengatakan bahawa selepas 2tahun perjanjian ini

dimerterai,mereka yang memeluk Islam telah berganda bilangannya. Kandungan perjanjian Huidaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman. Walaupun isi perjanjian yang ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab

Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w yakin Islam akan memperolehi keuntungan dari segi jangka panjang.

Ini terbukti dengan pengislaman tokoh panglima arab Quraisy yang berpengaruh iaitu Khalid bin Al-Walid,Amru bin Al-As dan Uthman bin Talha,sejurus selepas perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.

Selaku pemimpin mereka tentu telah mengkaji secara rasional tentang kebenaran Islam. Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

pemimpin yang unggul dan dikagumi. Persetujuan orang arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan bahawa

mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Sebelu ini mereka tidak mahu Langsung bekerjasama dengan orang Islam malah sentiasa mencari jalan menentang Islam.

Walaubagaimanapun pendamaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak ini bertahan selama 2tahun sahaja.

Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas dalam menangani hal itu dengan

menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah. Dapat dirumuskan bahawa perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan

semula kota Makkah.

Pembukaan Semula Kota Makkah Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat lahirnya agama

Islam. Oleh itu, dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orang Aarab Quraisy pada

masa itu. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Setelah hampir 8tahun Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di Madinah dan berjaya

mendirikan sebuah kerajaan Islam di situ baginda akhirnya dapat menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630M bersamaan 8 Hijrah.

Tindakan ini dilakukan oleh pihak Islam kerana mereka mendapati pihak Arab Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hah kebebasan yang telah dipersetujui bersama.

Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam. Pembukaan Kota Makkah juga merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan

penyebaran Islam. Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat jika Makkah dapat dikuasai,kedudukan kerajaan

Islam di Madinah tentu akan menjadi mantap. Oleh itu.baginda merancang untuk memasuki Kota Makkah secara bijak dan berpegang

pada prinsip aman tanpa kebebasan. Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikuatiri oleh Orang Arab Quraisy

khususnya pembesar Quraisy. Bapa saudara Nabi Muhammad, al Abbas dan ketua Arab Quraisy Abu Sufian telah

mengambil keputusab memeluk Islam sebelum tentera menguasai Makkah.

89

Page 91: sejarah lengkap

Mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut dengan kekuatan tentera tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyediakan 4 pasukan tentera yang terdiir daripada 10 ribu orang.

4 pasukan itu ialah pasukan Khalid bin Al- Walid Abu Ubaidah al- Jarrah. Saaad bin Ubaidah Zubair bin Al- Awwam

Keempat- empat pasukan ini bergerak masuk ke kota Makkah melalui 4 arah yang berlainan iaitu arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.

Taktik ini telah memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam untuk membuka semula kota Makkah secara mudah kerana orang Quraisy telah dikepong dengan rapi.

Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka semula kota Makkah tanpa mendapat apa- apa rintangan yang besar kecuali penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin Al-Walid daripada segelintir orang Quraisy.

Tetapi penentangan tersebut dengan mudah dapat ditewaskan oleh tentera Islam.KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH.

Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam.

Dengan pengislaman kedua- dua pembesar itu orang Arab Quraisy yang lain turut sama memeluk Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan Kota Makkah.

Jaminan keselamatan ini menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula Kota Makkah.

Setalah berjaya menguasai Kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertawaf sebanyak 7kali mengelilingi Kaabah dan kemudian berpidator kepada umat Islam dengan membacakan ayat Al-Quran yang menekankan kepentigan perpaduan diamalkan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah bersifat baik sangka dan Bantu membantu demi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negara kita.

Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. terhadap orang Quraisy yang dikepung begitu ketara.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak membalas dendam kepada panduduk Makkah yang selama ini memusuhi Islam, malah baginda memaafkan mereka.

Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya. Kejayaan pembukaan semula Kota Makkah menyebabkan Kaabah terpelihara daripada

unsure-unsur jahiliah. Agama penyembahan berhala yang selama ini menjadi amalan masyarakat arab jahiliah

dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam. Seterusnya masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam. Kota Makkah dijadikan sebagai Kota suci umat Islam. Dengan terdapatnya Kaabah di Makkah, kota ini menjadi tumpuan kesemua umat Islam

dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat. Pembukaan semula Kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di

Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakan sejarahwan mengatakan bahawa perisriwa pembukaan semula Kota Makkah

ini menjadi pembuka jala ke arah penyebaran Islam ke seluruh tanah Arab. Dakwah Islam telah tersebar secara aman sehingga masyarakat Islam negara kita

memeluk Islam secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

90

Page 92: sejarah lengkap

Penguasaan terhadap Kota Makkah telah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat.

Walaupun Makkah telah berjaya dikuasai, namun Nabi Muhammad s.a.w.tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam,manakala Makkah dijadikan sebagai sebuah wilayah Islam.

Di Makkah, baginda telah dilantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam. Sebalum wafat dalam Khutbah haji terakhir baginda,Nabi Muhammad s.a.w. telah

berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat. Pusaka yang dimaksudkan oleh baginda ialah Al-Quran dan sunnah baginda.

Keseluruhan pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara manyaluruh.

Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintahan Islam seterusnya.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632M bersamaan 11H dan tugas penyebaran Islam disambung oleh sahabat-sahabat baginda yang terpilih.

Pemerintahan Islam selepas Nabi Muhammad s.a.w. dinamakan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat KeteranganPerang Khandak ( 627M/5H)

Berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi.

Dalam peperangan ini pihak Islam telah menggunakan strategi menggali parit di sekeliling kota Madinah.

Islam memperolehi kemenangan kerana tenteranya mempunyai kesabaran dan ketahanan yang tinggi.

Reaksi terhadap Warkah Nabi Muhammad s.a.w

Raja Qibti Mesir al-Muqauqis telah menyambut bail warkah Nabi Muhammad s.aw

Walaubagaimanapun, dakwah islamiah yang disampaikan oleh baginda tidak diterima oleh al-Muqauqis.

Maharaja Rom Timur, Hercules telah membincangkan isi kandungan warkah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan pembesar-pembesarnya.

Wakil Nabi Muhammad s.a.w ke Parsi tidak dapat diterima oleh Raja Parsi malah telah dikoyakkan.

Garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan

Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang lemah seperti orang tua, kanak- kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri.

Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan tidak boleh memusnahkan tanam-tanaman.

Dilarang menceroboh tempat ibadah.Faktor- faktor Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah

Uthman mempunyai ramai daudara mara di Makkah. Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.

91

Page 93: sejarah lengkap

Percabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah

Selepas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, orang Quraisy telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.

Mereka member sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah genjatan senjata haruslah dikekalkan salama 10 tahun tetapi orang Quraisy telah mencabulinya.

Pembukaan semula Kota Makkah

Semasa memasuki kota Makkah baginda telah meminta sahabat mengumumkan kata- kata yang berunsurkan pengampunan kepada orang Quraisy yang ditawan. Antara kata- kata termasuklah ‘ wahai kaum Quraisy, sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian,

amka dia selamat. Sesiapa yang berada di rumah sendiri dia akan selamat, sesiapa yang memasuki masjid al-haram juga akan selamat”

Semasa berhadapan dengan orang Quraisy yang ditawan baginda juga bertanya kepada mereka, “ wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu apakah yang akan aku lakukan kepada kamu sekarang? Jawab orang Quraisy “ tentu baik kerana saudara orang baik, daripada anak orang yang baik-baik pemaaf lagi pemurah orangnya.

Selepas mendengar jawapan itu, baginda terus menyatakan “ kamu sekelian sekarang sudah bebas”

Dengan ucapan itu kesemua orang Quraisy dan penduduk Makkah telah diampunkan oleh Nabi Muhammad s..aw

Khutbah Haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w

“ Hai, sekelian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka.

Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara… hai manusia saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah.

92

Page 94: sejarah lengkap

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

A. PENGENALAN. Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w pada musim haji tahun ke 10H mempunyai

mesej penting kepada umat Islam. Antara intipati khutbah tersebut termasuklah menggesa umat Islam bersatu padu,

mencintai pendamaian dan berpegang pada agama Islam dengan berteraskan al-Quran dan sunnah.

Perkara ini jelas menjadi asas kekuatan umat Islam kemudiannya. Ini adalah kerana selepas nabi Muhammad s.a.w wafat, umat Islam menghadapi dugaan

besar terutamanya untuk mendapatkan calon bagi menggantikan baginda sebagai pemimpin kerana semasa hayatnya baginda tidak pernah menamakan bakal penggantinya.

Pada ketika itu juga muncul golongan yang mengambil kesempatan iaitu mengaku dirinya sebagai nabi, enggan membayar zakat dan golongan murtad. Golongan ini dikenali juga sebagai golongan al- Riddah.

B. KERAJAAN KHULAFA AL RASYIDIN Nabi Muhammad s.a.w setelah berhijrah ke Madinah pada tahin 622M tahun berjaya

membentuk sebuah pemerintahan Islam. Baginda berjaya menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Madinah digubal pada tahun 622Mlebih menyerlahkan peranan nabi

Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin kerajaan Islam sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan sebagai pusat perdagangan semata-mata.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa Al – Rashidin. Tokoh-tokoh yang memegang jawatan ini ialah:

1. Saidina Abu Bakar Al-Siddiq ( Bani Tamim – 632-634 M )2. Saidina Umar bin Al-Khattab ( Bani Adi – 634-644 M )3. Saidina Uthman bin affan ( Bani Umaiyyah – 644-656 M )4. Saidina Ali bin Abu Talib ( Bani Hashim – 656-661 M )

Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

C. KONSEP KHALIFAH Khalifah ialah yang perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata jamaknya

khulafa ). Dalam konteks ini khalifa bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab

pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

D. SYARAT DAN CARA PEMILIHAN KHALIFAH

93

Page 95: sejarah lengkap

Dalam pemilihan khalifah, beberapa syarat atau kriteria perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah :

Lelaki yang merdeka Beragama Islam Memiliki pengetahuan tentang Islam Mematuhi perintah Allah Sanggup melaksanakan hukum Allah Bersifat adil Mempunyai akhlak yang baik Mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna Berfikiran cerdas Warak Pandai mentadbir kerajaan

Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat : 1. Melalui musyawarah atau syura – berlaku sewaktu perlantikan Saidina

Abu Bakar . Pada waktu itu di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka.Namun atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah.

2. Dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

3. Melalui pemilihan daripada beberapa orang calon. Ini berlaku semasa perlantikan saidina Uthman bin Affan. Sejumlah 6 nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih.

4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti pencalonan Saidina Ali bin Abu Talib.

Walaubagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarahdi kalangan umat Islam dan diperkukuhkan dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon

itu dilantik sebagai khalifah.

Proses syura dan baiah ini dapat menjamin perlantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi.

Dengan itu pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar. Setiap pemerintahan yang dipilih pula hendaklah berusaha untuk menjadi pemimpin

yang cemerlang dan berkemampuan untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat.

Syura bermaksud sebagai permuafakatan atau konsensus. Di negara kita , para pemimpin kita memang telah sentiasa mengamalkan prinsip ini

malah prinsip ini telah diamalkan semenjak pemimpin kita menuntut kemerdekaan daripada British hinggalah kepada masa kini.

E. TUGAS KHALIFAH

Sebagai ketua negara. Memelihara kedudukan agama Islam. Mentadbir negara mengikut huklum syariah berpandukan Al-Quran dan sunnah. Berkewajipan menitik beratkan system politik, social dan ekonomi supaya berlaku

keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

94

Page 96: sejarah lengkap

Dalam bidang politik Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan

negara Islam daripada ancaman musuh. Bertanggungjawab melantik dan jika perlu melucutkan jawatan pegawai pentadbiran

negara.

Dalam bidang sosial Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang

sejahtera di dunia dan akhirat. Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan

melalui Nabi Muhammad s.a.w. Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.. Memantapkan system perundangan Islam.

Dalam bidang ekonomi Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitumal serta mengatur pungutan Kharaj,Jizyah dan zakat.

F. SUMBANGAN KHULAFA AL- RASYIDIN Khalifah Abu Bakar al- Siddiq.

Berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573M. Nama sebenar ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Beliau dikenali sebagai al- Siddiq yang bermaksud membenarkan kerana beliau sentiasa

meyakini kebenaran kata- kata Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu beliau juga bersifat ikhlas, jujur dan setia kepada baginda. Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin

Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Namun, apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk

membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua- dua belah pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu bakar

menjadi khalifah kerajaan Islam di Madinah. Sebagai pentadbir kerajaan Islam di Madinah, Abu bakar telah Berjaya mengatasi

masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad Perpecahan ini berpunca daripada

kewujudan orang Islam yang murtad kemunculan gerakan al- Riddah yang telah menylah

tafsirkan ayat al- Quran hingga tidak mahu bayar zakat. Ketegasan khalifah Abu Bakar yang telah mengambil tindakan terhadap mereka yang

terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat. Sebagai pemimpin, beliau telah menjadi sumber teladan kepada mereka. Pemerintahan khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau

mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar iaitu Kerajaan Parsi di sebelah timur Kerajaan Rom Timur ( Byzantine) di sebelah barat

Contohnya beliau telah menghantar panglima perang-Khalid bin al- Walid menentang angkatan tentera Parsi di Iraq.-Usamah bin Zaid ke Ghassan.

Kedua-dua ekspidisi itu telah Berjaya mengalahkan musuh Islam.

95

Page 97: sejarah lengkap

Khalifah Abu Bakar telah berusaha melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah dan melantik seorag ketua atau amir untuk mentadbir wilayah- wilayah tersebut iaitu Makkah, Taif, Yaman, Al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadharamaut dan Nijran.

Beliau juga memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang.

Undang- undang tanah Hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali Antara sumbangan beliau yang terbesar ialah usaha mengumpulkan tulisan al- Quran. Selepas kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al- Riddah telah

membimbabgkan beliau dan keadaan ini mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al- Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula.

Salinan ayat- ayat al- Quran yang dihimpunkan telah disimpan. Salinan itu seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar bin al- Khatab, Hafsah ( isteri Nabi

Muhammad s.a.w) dan khalifah Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah

digelar Penyelamat Umat Islam

Khalifah Umar bin al- Khatab Berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583M Nama sebenar beliau Umar bin al-Khatab bin Naufal berketurunan Quraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang. Perlantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar iaitu pada ketika Khalifah

Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai Jangkamasa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan Kerajaan

Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah Berjaya dilakukannya.

Dalam bidang politik. Telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin

dan Ansar Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah Melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan

panglima tentera. Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan

Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara Setiap jabatan diketuai oleh khatib atau setiausaha. Jabatan kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan

salah laku oleh hakim. Mereka telah dibayar gaji bulanan yang tinggi iaitu sekitar 500 dirham.

Dalam bidang ketenteraan. Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberi gaji dan pakaian seragam Markas tentera juga dibina di Bandar utama Kubu pertahanan dibina di semapadan yang menghadap Negara musuh seperti di

96

Page 98: sejarah lengkap

Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah

Dalam bidang ekonomi. Membina terusan dan tali air menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu

Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111km di Mesir. Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah

terbiar. Memperkenalkan beberapa jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan

zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanaman

-Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham.- Tanaman gandum dua dirham- Tanaman anggur sepuluh dirham

Bagi megawal aliran masuk pendapatan Negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka baitulmal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar.

Dengan kejayaan dan sumbangan ini Khalifah Umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

Khalifah Uthman bin Affan. Berasal daripada Bani Umaiyah. Lahir pada tahun 576M. Nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah Terkenal sebagai hartawan tang dermawan, bersifat lembah lembut, bertolak ansur dan

mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwinkan dua orang

puteri Nabi Muhammad s.a.w selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Perlantikan Saidina Uthman menjadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum khalifah Umar meninggal dunia, enam orang layak telah dicadangkan

termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abi Talib. Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali

dan saidina Uthman memperolehi undi yang banyak. Abdul Rahman bin Auf selaku pengerusi majlis itu telah meninjau pendapat orang ramai

tentang isu tersebut. Akhirnya dengan persetujuan orang ramai, Saidina Uthman telah dilantik menjadi

khalifah yang ketiga. Sumbangan beliau ialah

Berjaya meluaskan wilayah Islam ke Afghanistan Samarkand Cyprus Tripoli

Bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan Negara dengan membina angkatan tentera laut yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al- Rasyidin.

Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlaku kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al- Quran di pelbagai wilayah itu.

Untuk menyelaras bacaan tersebut, beliau telah mengisytiharkan sebuah naskah al- Quran yang dikenal sebagai Mushaf Uthmani

Semasa pemerintahannya, Khalifah Uthman telah membina Jalan raya Jambatan

97

Page 99: sejarah lengkap

Rumah rehat bagi kemudahan pengembara. Meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan

baitulmal dengan menggunakan peruntkan untuk membiayai pembangunan Negara.

Memperkuatkan angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal.

Penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

Khalifah Ali bin Abi Talib. Lahir pada tahun 602M. Berasal daripada Bani Hasyim berketurunan Quraisy dan

merupakan sepupu nabi Muhammad s.a.w Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan dan berwatak tegas serta

berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam. Dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia. Perlantikan beliau mendapat sokongan suara terbanyak. Sumbangan beliau:

Sesuai dengan kepakarannya dalam selok belok hokum, beliau telah membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang- undang Islam.

Dari sudut sosial, beliau sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan tetapi oleh kerana pihak lawan telah mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup untuk menghentikan perang tersebut dan memulakan proses perundingan.

Walaupun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, beliau tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.

Untuk mengembangkan sistem ekonomi Negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar Khalifah Ali telah meminta bantuan mengikat perjanjian dengan golongan zimmi

untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

Khulafa al- Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Kepimpinan empat khalifah amat menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan Negara.

Dengan perpaduan kukuh, kerajaan Islam di Madinah kemudiannya dapat berkembang menjadi sebuah Negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.

Kerajaan Islam di Madinah juga dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi yang kuat pada masa itu.

Keempat- empat khalifah ini telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjwab. Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.

Mereka telah berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata

Kejayaan dan keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik telah membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup

Maka sewajarnyalah mereka memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah dan Negara.

98

Page 100: sejarah lengkap

Maklumat Tambahan

Maklumat KeteranganWarak Seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan

menjauhi laranganNyaMusyawarah atau Syura Permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan

tentang sesuatu perkara.Baiah Perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang

yang telah dilantik sebagai pemimpin Terdapat juga baiah yang disertai dengan Nama Allah sebagai

sokonganKharaj cukai hasil tanah yang dikenakan kepada orang bukan IslamJizyah cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang

berlindung di negara IslamZakat pengeluaran sebahagian harta dab tanaman bagi orang IslamPidato Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu pelantikan jawatan khalifah

‘jika aku adil dalam urusanku, sokonglah aku. Akan tetapi jika aku bersalah, betulkanlah kembali. Kejujuran ialah amanat kedustaan pula suatu khianat…. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan rasulNya. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-Nya jangan ikut aku lagi.

Empayar Rom Amat besar dan berkuasa serta terbahagi kepada dua bahagian iaitu empayar Rom Timur yang menguasai wilayah di bahagian Asia Barat dan empayar Rom Barat yang meguasai wilayah Eropah Timur.

Khalid al- Walid Beliau telah diarahkan mengetuai tentera Islam hingga dapat menguasai Syria serta mengalahkan tentera Byzantine pada tahun 636M dan seterusnya menguasai Iraq pada tahun 637 M sementara Mesir pula ditawan daripada Empayar Byzantine pada tahun 639M

Mawali Orang bukan Arab yang memeluk Islam Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim

namun dikehendaki membayar cukai tambahan.Pidato awal khalifah Umar setelah dilantik menjadi khalifah

‘……demi Allah aku akan bawa umatku ke jalan yang lurus dan selamat’

Wilayah Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab

Telah membahagikan wilayah Islam kepada beberapa kawasan seperti Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra

Zimmi Golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam

Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat, namun mereka dikenakan jizyah

Ucapan saidina Uthman selepas dilantik menjadi khalifah

‘…..ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. Maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia. Contohilah mereka yang terdahulu daripada kamu.

Pidato saidina Ali selepas dilantik sebagai khalifah

‘….bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidahnya dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain. Patuhilah perintah Allah dan jangan sesekali derhaka

99

Page 101: sejarah lengkap

kepadaNya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah dan apabila kamu melihat kejahatan, amak tinggalkanlah.

Al- Asytar Nama sebenarnya ialah Malik bin al-Harith al Nakha Turut serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan

merupakan pejuang yang menyokong Saidina Ali. Saidina Ali melantik beliau menjadi gabenor di Mausil dan

Bandar-bandar lain di Iraq dan Syria. Beliau merupakan tokoh yang berani dan pedangnya bergelar al-

Lajju ( kilauan air mengalir)

KERAJAAN BANI UMAIYAH

Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah Pada tahun 661M setelah Khalifah Ali bin Abi Talib meninggal dunia, maka berakhirlah

kaedah perlantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem Syura. Kaedah ini telah digantikan dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara

turun temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki. Selepas pemerintahan khulafa al-rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah

dilaksanakan oleh kerajaan bani Umaiyah. Nama kerajaan ini mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abu Shams bin Abdul Manaf.

Beliau merupakan tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab pada waktu itu.

Pemerintahan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan berlaku berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.

Penyerahan kuasa ini dilakukan adalah untuk mengelakkan umat Islam pada waktu tersebut daripada terus berpecah belah.

Pemerintahan bani Umaiyah bermula dari tahun 661M-750M dan berpusat di Damsyik. Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah

menggunakan gelaran khalifah. Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol pula diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil

atau Abdul Rahman 1 dan berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi pengikutnya. Pemerintahan ini bermula dari tahun 756-1031 M. tahap ini dikatakan sebagai tahap

kedua. Pada tahap kedua ini pemimpin bani Umaiyah menggunakan gelaran Amir.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH.

Bidang Politik.

Dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapat empat aspek utama di dalam sistem pentadbirannya iaitu:

o Sistem khalifah- iaitu perlantikan Khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w

o Sistem wazarah- iaitu perlantikan wazir untuk menguasai sistem pentadbiran Negara di bahagian pusat sementara gabenor dilantik untuk menguasai pentadbiran wilayah.

o Sistem urus setia- iaitu beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, megurus surat menyurat dan sebagainya. Sistem urus setia ini telah membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian iaitu

100

Page 102: sejarah lengkap

Bahagian surat menyurat Bahagian cukai Bahagian ketenteraan Bahagian polis Bahagian kehakiman.

o Sistem hijabah – iaitu seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan juga pemegang amanah.

Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang sistematik kerana bagi setiap jawatan yang dibentuk, tugas dan fungsinya adalah jelas.

Sistem pentadbiran di atas diperkemaskan lagi dengan penubuhan empat buah jabatan iaitu

Jabatan cukai Jabatan Surat Menyurat Jabatan Urusan Am Jabatan Urusan Cap Mohor. Pemerintah jabatan ini diasaskan oleh

Muawiyah.

Bidang ketenteraan. Pada tahap pertama pemerintahan bani Umaiyah, sistem ketenteraan telah

diperkemaskan. Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan ) telah ditubuhkan untuk pertahankan Negara. Ini diikuti dengan penubuhan angkatan tentera laut.\

Bidang Sosial Memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan semakin maju dan kota Basrah telah dikenali sebagai pusat

pengajaran dan penyebaran ilmu. Hasil daripada kegiatan pendidikan ini lahirkan ilmuan seperti:Tokoh Hasil karya/kepakaranKhalid ibn Ahmad Bahasa dan filologi ArabSibbawayhi Nahu ArabAl-Farazdaq SasterawanJarir SasterawanUmair ibn abi Rabia’h SasterawanUrwah bin al- Zubayr HadisIbn Zihat al-Zuhri HadisIbn Jarih Tafsir al-QuranHasan al- Basri UsuluddinWasil ibn Ata UsuluddinIbn al- Naifis Pakar bedah

Bahasa Arab telah mencapai kemuncaknya apabila dijadikan bahasa rasmi Negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah daripda perkembangan ilmu ini apabila tanda

bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran. Kepesatan ilmu pengetahuan juga telah berlaku pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul

Aziz. Taraf kesihatan turut diberikan perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik

oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

101

Page 103: sejarah lengkap

Ibn al- Nafis telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah-al- Tabibiyah ( kajian umum profesion kedoktoran) yang membincangkan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah turut berkembang. Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu

Salamah al- Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim al- Khurasani yang menjadi ketua Khurasan.

Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w

Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki iaitu sistem pemerintahan berketurunan raja.

Pada ketika Abu Jaafar al- Mansur memerintah pusat pemerintahnnyatelah diubah dari Damsyik ke Baghdad.

Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah.

Bidang Imu Pengetahuan. Ilmu pengetahuan berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah Harun bin

al- Rasyid dan puteranya khaaaalifah al- Makmun. Kota Baghdad telah menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan ilmu berlaku melalui

o Bidang penulisano Bidang Penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab

Di Baghdad telah didirikan baitulhikmah sebagi institusi keilmuan yang telah diasaskan oleh Khalifah Harun al- Rasyid dan berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmum.

Kegiatan utama baitulhikmah ialah- penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani.

Usaha mempelajari bahasa asing adalah perlu untuk membolehkan kita menambah seberapa banyak maklumat daripada berkenaan untuk membina kekuatan tamadun kita sendiri.

Kegaiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap:1. Mencatat segala idea atau percakapan.2. Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s..aw

ke dalam sebuah buku.3. Mengarang.

Usaha terakhir iaitu mengarang lebih teliti kerana segala yang dicatatkan itu diaitur ke dalam bahagian dan bab tertentu serta berbeza antara satu sama lain.

Sesuatu yang amat menarik berkaitan dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Bani Abbasiyah ini ialah penglibatan golongan utama dalam penulisan.

Pada tahun 761M, ramai ulama mula menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.

Antara ulama terkenal pada era ini termasuklah

Tokoh Hasil karyaImam Malik Penyusunan buku al- MuwattaIbn Ishaq Penyusunan sejarah hidup Nabi

Muhammad s.a.w

102

Page 104: sejarah lengkap

Abu Hanifah Penyusunan Fikah dan pendapat ijtihad.

Imam yang terkenal antaranya ialah Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad Hanbal.

Pada zaman ini juga telah terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w) dan ilmu hadis.

Perkembangan intelektual pada zaman ini jelas turut bergantung pada usaha terjemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.

Terdapat dua perkara penting dalam hal ini iaitu:o Pertama: Orang Islam bukan sahaj menterjemah malah mencipta dan

membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Mereka menghiraukan an membuat penambahbaikan terhadap karya- karya tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat .

o Kedua: Orang islam memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia. Mereka memelihara warisn ilmu itu daripad lenyap atau terkubur kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda Zaman Gelap iaitu pada waktu masyarakatnya kurang menghargai ilmu pengetahuan

Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga terdapat hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah.

Sejumlah kajian itu juga telah diterjemah kr dalam bahasa asing dan dari sinilah sebenarnya bermulanya arus yang membawa kepada kebangkitan Eropah.

Tidak dapat dinafikan perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cardova. dan tempat lain telah Berjaya membuka mata ilmuan Eropah.

Perkembangan keilmuan di Eropah itu telah melahirkan zaman pemulihan budaya yang disebut Renaissance.

Kegigihan para ulama dan ilmuan Islam dalam penulisan bukan sahaja telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka tetapi yang lebih penting telah meninggalkan warisan yang sangat berniali kepada generasi kepada generasi kemudian.

Sifat keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing dengan cara menterjemahkan karya tersebut telah member banyak faedah kepada golongan Islam sendiri.

Golongan cendikiawan Islam telah membaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya. Dengan itu, berlakulah percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.

Seandainya generasi masa kini gagal mengambil telada daripada fasa kegemilangan ilmu dan tamadun yang dibincangkan, sudah tentu sukar untuk memupuk dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Latar Belakang

Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifa telah menjadi lemah kemudiannya telah embawa kepada kemunculan kerajaan- kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki

Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada tahun 1258M iaitu apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol.

103

Page 105: sejarah lengkap

Antara kerajaan kecil Turki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Annatolia ( Turki hari ini)

Walaupun di bawah pemerintahan pengaruh Saljuk, pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Walaupun kawasan barat Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran

Walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun kerajaan ini Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.

Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin

Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat

Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine ataupun dikenali sebagai

Rom Timur. Oleh itu kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih

tinggi berbanding dengan wilayah lain. Pada tahun 1301, Uthman telah Berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin

masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluaskan kawasan penaklukannya. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan Bandar

Bursa sebagai ibu negeri. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh

anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthamniayh yang seterusnya. Antara tahun 1336-1354, Orhan 1 berjaya menguasai kawasan.

Marmara Pantai Aegean Ankara Galipoli

Semasa pemerintahan Murad II dan Bayezid I pula kerajaan Uthmaniyah Berjaya menguasai kawasan

Balkan Selatan Utara Bulgaria Philippopolis Sofia Salonica Kosovo Utara Albania Wallachia

Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan Berjaya menawan Istanbul (Constantinople) ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453.

Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan terhadap Istanbul iaitu pada tahun

1453 hingga kematian Suleiman I pada tahun 1566. Empayar ini berlanjutan hingga ke awal abad ke-20 Namun begitu, penguasaan politik dan ekonominya terhadap seluruh empayarnya tidak

lagi sekuat seperti pada abad ke-16 Antara faktor yang mengakibatkan kemerosotan kuasa ini termasuklah:

Terdapatnya pemimpin yang lemah

104

Page 106: sejarah lengkap

Keruntuhan sistem pengutan cukai Pemberontakan Pertambahan penduduk yang sangat pesat sehingga sukar dikawal

sepenuhnya.

Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyan telah bermula sekitar abad ke-14 dan berakhir pada awalad ke-20 Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam pun yang mampu bertahan selama hampir

600 tahun dan meliputi kawasan seluas kerajaan Uthmaniyah. Tempoh pemerintahankerajaan Uthmniyah yang lama dan berterusan ini telah

membolehkannya membuat sumbangan yang besar. Kerajaan ini telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang

Islam di seluruh dunia. Istanbul juga telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I Berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517, kerajaan

Uthmaniyah juga dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.

Bidang Perundangan Suleiman I telah memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan

membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama. Undang- undang baru ini dikenali sebagai Kanun Suleiman. Kerajaan Uthmaniyah turut memberikan sumbanagn besar dalam sistem organisasi

pentadbiran agama Islam. Jawatan Shiekh ul- Islam iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan

fakta. Koleksi fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh ul-Islam pada zaman kerajaan Uthamniyah

merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan ini kepada agama dan sains undang- undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.

Bidang Ekonomi Banyak bergantung kepada kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat

pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dab Barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.

Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah yang besar meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.

Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan ini juga telah membentuk jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

Sebelum kedatangan Islam ke kawasan Balkan, golongan atasan Eropah mengamalkan sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat.

Penguasaan kerajaan Uthmaniyah di Eropah terutamanya di kawasan Balkan telah meperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu.

Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu.

Ini juga membawa kepada mobility social yang lebih luas dalam masayarakat Eropah.

Bidang Ilmu Pengetahuan Kerajaan Uthmaniyah berperanan besar dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan,

kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan

pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem Madrasah. Selain sistem madrasah, terdapat juga sistem pendidikan yang lain seperti

105

Page 107: sejarah lengkap

Sekolah pengetahuan akademik Sekolah sastera Maktab tentera dan maktab teknik Kolej perubatan.

Salah satu sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthamniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.

Kepentingan ilmu semasa zaman Uthmaniyah juga membawa kepada kepentingan perpustakaan. Kerajaan telah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, rumah.

Bidang Senibina Salah satu sumbangan kerajaan Uthamniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni

bina terutamanya seni bina masjid.

Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah. Islam mula tersebar secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah semasa zaman Bani

Umaiyah terutamanya Sicily dan Selatan Sepanyol. Kerajaan yang berpusat di Cardova itu telah diasaskan oleh khalifah Abdul Rahman I

pada tahun 756M. Penaklukan Constantinople oleh Mehmed Fatih pada tahun 1453 telah menandakan

penyebaran Islam di kawasan Eropah Timur juga dikenali sebagai kawasan Balkan. Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam merupakan

tunjang utama dalam penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Bani Umaiyah dan Uthmaniyah.

Faktor kejayaan penyebaran Islam.o Tentera Islam semasa zaman Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi iaitu semangat

kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam.o Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun.o Penggunaan peralatan senjata moden seperti seperti meriam besar ( peralatan senjata

moden sangat membantu perluasan kuasa buktinya semasa penaklukan Constantinople)

o Mempunyai tentera berkudao Memiliki kumpulan infantri yang kuat ( kumpulan tentera berjalan kaki)o Tenteranya memiliki kumpulan Janissari ( kumpulan elit yang sangat terlatih dalam

selok belok peperangan) semasa zaman Murad III ( 1574-1595) jumlah ahli kumpulan ini meningkat kepada 54 000 orang.

o Mempun yai armanda laut yang kuat. Semasa pemerintahan Suleiman al- Kanuni armanda tentera laut mempunyai 300 kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.

o Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat daripada pertelingkahan an peperangan di kalangan kerajaan- kerajaan kecil membantu dan memudahkan proses perluasan kuasa kerajaan Uthmaniyah. Contoh kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal adalah kerana permintaan Maharaja John VI Cantacuzens. Pada tahun 1346 Maharaja tersebut telah membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha beliau menuntut takhta kerajaan Byzantine.

o Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah member laluan kepada penyebaran Islam terutamanya di kalangan masyarat Balkan.

106

Page 108: sejarah lengkap

o Gereja Greek Ortodoks pada masa itu tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat. Institusi ini tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine.

o Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah memberi laluan kepada penyebaran Islam terutamanya di kalangan masyarakat Balkan.

o Gereja Greek Ortodoks pada masa itu tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat. Institusi ini tidak lagi mampu mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Byzantine.

o Pada masa yang sama, institusi gereja juga hancur disebabkan Terdapatnya penyalahgunaan kuasa Pergaduhan para pemimpin. Kekurangan kewangan untuk beroperasi sepenuhnya.

o Dalam keaaan sedemikian penganut agama Kristian tertarik kepa keistimewaan yang terdapat dalam agama Islam.

o Dari segi politik dan hubungan keagamaan di Eropah, kerajaan Uthmaniyah telah menjalinkan dasar berteraskan diplomasi dan orientasi.

o Perluasan kawasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna masyarakat Balkan dipaksa untuk memeluk Islam.

o Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks tetapi turut membenarkan institusi (Gereja Ortodoks) tersebut melindungi masyarakat Kristian di bawah Balkan.

o Secara umumnya kerajaan Uthmaniyah campurtangan dalam urusan keagamaan orang Kristian. Hal atau urusan tersebut dipertanggungjawabkan kepada orang Kristian sendiri.

o Dalam sosial Islam juga telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.o Ini kerana dasar sosial Islam yang bertersakan kecemerlangan individu dan

bukannya keturunan juga telah menarik minat orang Kristian.o Sistem ini membolehkan setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.

Ini berbeza sekali daripada sistem sosial sebelum kedatangan Islam yang menitikbertakan latarbelakang keturunan.

o Kerajaan Uthamaniyah juga membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat.

o Dasar sosial kerajaan Uthmaniyah yang progresif inilah yang telah menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat Islam terutamanya masyarakat bandar.

o Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para pendakwah juga memainkan peranan penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam ke Eropah semasa zaman Uthmaniyah.

o Ramai orang Rurki telah berhijrah ke Balkan terutamanya ke kawasan di bawah pada abad ke-14 dan ke-15.

Thrace Lembah Maritsa Utara Bulgaria Albania

o Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina petempatan reka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh Islam, iaitu kumpulan Sufi.

o Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka yang telah menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.

o Penyebaran Islam di Balkan yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah berterusan sehinggalah abad ke-17 dan abad ke-18 apabila Islam turut tersebar ke

107

Page 109: sejarah lengkap

Utara Albania Montenegro Selatan- Barat Mecedonia Crete.

Maklumat Tambahan

Maklumat Keterangan Perkembangan Bani Umaiyah di sepanyol ( tahap kedua)

Keruntuhan bani Umaiyah tahap pertama yang berpusat di Damsyik adalah akibat serangan daripada gerakan Abbasiyah.

Kesannya hampir keseluruhan kerabat ketrunan bani Umaiyah telah dibunuh.

Abdul Rahman pula telah Berjaya melarikan diri daripada tahanan di Fustat menuju ke Palestin, afrika Utara, maghribi dan kemudiannya ke Sepanyol hingga terdirinya Bani Umaiyah tahap kedua

Struktur Umum Pembentukan Pentadbiran wilayah Bani Umaiyah

Perlantikan beberapa orang gabenor adalah untuk memastikan keberkesanan sistem pentadbiran di wilayah yang besar.

Sementara itu perkhidmatan pos berkuda turut diperkenalkan Lima wilayah pentadbiran yang besar

o Hijaz, Yaman dan seluruh tanah Arab di bahagian tengah.

o Hulu dan hilir Mesiro Kedua- dua bahagian Arab ( babilonia dan Asyor)

bukan Arab ( Parsi dan lain-lain)o Al- jazirah, Aemenia, Azerbaijan dan negeri2 Asia

Minoro Afrika Utara hingga barat Mesir meliputi Andalusia,

Kepulauan di Laut Tengah.Hijabah Penyekatan

Pada zaman khulafa al- rasyidin tiada sekatan bagi sesiapa yang ingin menemui khalifah.

Namun untuk keselamatan dan langkah berjaga- jaga, muawiyah memulakan sistem kawalan keselamatan ini.

Ada tiga orang pegawai yang dikecualikan daripada sekatan ini iaitu Bilal, Ketua Pos dan Ketua penyedia makanan

Ibn al- nafis Galen menunjukkan bagaimana jantung menyebabkan darah bergerak dalam turun naik, tetapi beliau tidak tahu bahawa darah itu mengalir, kesilapan ini akhirnya dibetulkan oleh al- Nafis,

Ijtihad Menggunakan keupayaan berfikir semaksimumnya untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarat berdasarkan kaedah- kaedah tertentu.

Ijmak Kesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad tentang sesuatu hukum.

Syiah Golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib Muncul selepas peristiwa perang Siffin.

Khawarij Golongan orang Islam yang menentang khalifah Ali bin Abu Talib dan bani Umaiyah

Muncul selepas Perang Siffin.Hulagu Khan Hulagu (1217-1265M) adalah pengasas kerajaan Likhan di Iran dan cucu

kepada Genghiz Khan. Berjaya mengusir Khalifah al- Musta’sim daripada Baghdad dan

menakluk sementara bahagian Barat Syria yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Mamluk.

Beliau meninggal dunia di Pulau Shahi setelah memeluk agama Islam

108

Page 110: sejarah lengkap

Baitulhikmah Telah didirikan semasa Zaman Khalifah harun al- Rasyid (786-809M) Institusi ini mencapai kejayaan dan kegemilangan semasa zaman

Khalifah al makmum ( 813-833M) Semasa zaman inilah aktiviti penterjemhan mencapai kemucaknya. Kerja- kerja penterjemahan juga menjadi lebih sistematik. Penterjemah bekerja secara berkumpulan dan diawasi oleh seorang

penyelaras.Empayar Kerajaan atau pemerintahan yang tertinggi dan berdaulat serta menguasai

wilayah yang luasSultan Selim I Telah menggunakan gelaran “ Pelindung Dua Bandar Suci” Makkah dan

Madinah apabila beliau menguasai Makkah dan Madinah pada tahun 1517

Gelaran ini kemudiannya terus diwarisi oleh pemerintah Uthamaniyah hingga abad ke-18

Penulisan ensiklopedia Penulis seperti Mehmed al Fanari dan Molla Lutfi telah menulisa ensiklopedia sains islam yang dirangka untuk dijadikan rujukan bagi keperluan praktikal.

Hasil tulisan ensiklopedia oleh Katip Celebi ( 1609-1658) masih lagi menjadi rujukan hingga sekarang

Tokoh Seni Bina Turki Yang terkenal ialah Mimar Sinan ( 1490-1588) Hasil seni beliau yang paling terkenal ialah Masjid Sultan Ahmed

( Masjid Biru ) di Istanbul.Semangat ghazi Merujuk pada semangat untuk menjadi pahlawan yang sanggup

berkorban untuk menyebarkan Islam Kekuatan semangat inilah yang membolehkan kerajaan Uthmaniyah

memperluaskan kuasanya ke Eropah dan juga menjadi sebuah kerajaan Islam yang terbesar dan terkuat antara abad ke-14 hingga abad ke-17

Janisasri Kumpulan tentera infantry elit dalam sistem ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah.

Kumpulan kanak- kanak yang diambil melalui sistem devshirme tidak semua akan menjadi pentadbir.

Sebahagian daripada kumpulan tersebut akan diserap ke dalam sistem ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah.

Sebelum diserap ke dalam kumpulan Janisasri kanak- kanak akan diber latihan fizikal dan ketenteraan terutamanya selok belok dan taktik serta teknik peperangan.

Islam di Balkan Banci pendudk yang dibuat oleh Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1620-1530 menunjukkan hampir 19% penduduk Balkan adalah Islam. Orang Islam di Balkan tertumpu di kawasn Bandar seperti Bosnia yang mempunyai 45% penduduk beragama Islam.

Bandar Sofia dan Edime pula masing- masing mempunyai 66% dan 82% penduduk Islam

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Dunia yang lain. Sebelum penyebaran agama Islam oleh nabi Muhammad s.a.w taamdun lain di dunia

seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, China dan Rom telahpun wujud. Tamadun Islam yang lahir dari perkembangan agama Islam telah bertembung dengan

tamadun dunia yang lebih awal ini. Pada tahun 639M semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al – As telah menakluk

Mesir. Dengan itu tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Yunani- Rom yang sudah bertapak di Mesir.

Perluasan kawasan kerajaan Islam di Baghdad pula telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan tamadun Islam.

109

Page 111: sejarah lengkap

Kemudian pada tahun 670 M dan mula tiba di pantai Sepanyol pada tahun 711M, tamadun Islam bertembung pula dengan tamadun Eropah.

Cara Pertembungan Perdagangan dan Perniagaan

Perdagangan terutamanya perdagangan jarak jauh bukanlah sesuatu yang baru dalam tamadun Islam.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan aktiviti perniagaan apabila baginda berniaga ke Syam ( Syria)

Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi salah satu alat utama pertembungan Islam dengan tamadun lain.

Seawal akhir abad ke-7 M lagi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Ini telah membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Hubungan Diplomatik. Merupakan salah satu cara orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara

hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Kerajaan bani Umaiyah contohnya telah menghantar kumpulan peneroka ke utara

Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Kumpulan ini telah bertemu dengan beberapa petempatan orang bukan Islam seperti

di Cardova, Valencia dan Rhonda. Kumpulan peneroka Islam telah Berjaya membuat hubungan diplomatik dengan

kawasan- kawasn tersebut. Ini telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam

denga bukan Islam tentang cara hidup, pandanga politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.

Penaklukan dan Ketenteraan. Dalam usaha memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam, Khulafa al- Rasyidin,

bani Umaiyah, Abbasiyah,dan Uthmaniyah telah membentuk ekspidisi ketenteraan. Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam telah

bertembung dengan tamadun Parsi. Kedua-dua taamdun ini saling mempengaruhi. Oleh itu berlakula interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain

yang disebabkan oleh penaklukan dan ketenteraan. Apabila tentera Islam menakluk kawasn Mesir dan Afrika Utara, taamdun Islam juga

telah mula bertembung dengan tamadun Eropah terutamanya tamadun Rom iaitu empayar Byzantine.

Kebudayaaan. Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan

baru. Bahasa Arab telah menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah yang

berpusat di Cordova. Pada masa itu juga telah lahir golongan yang dikenali sebagai Mozarab iaitu orang

tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual Berlaku antara ahli fikir dalam Islam dengan bukan Islam. Penyebaran Islam di Eropah bukan sahaja telah membolehkan pedagang Islam

berniaga di Eropah tetapi juga telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam.

110

Page 112: sejarah lengkap

Ilmuan Islam telah Berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah dan seterusnya Berjaya memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut penadangan intelek Islam.

Kesan Pertembungan. Bidang keagamaan.

Islam mengubah kehidupan penganutnya dan juga mereka yang di bawah taklukannya.

Islam membawa satu nilai akidah yang paling penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t

Islam telah berdasarkan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi.

Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat. Bidang perundangan

Islam telah menyediakan sistem perundangannya sendiri yang berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya.

Bidang Politik Dari segi politik, kesan pertembungan tamadun Islam telah mealhirkan pelbagai

bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam Dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India.

Walaubagaimanapun kerajaan Islam tidak wujud di China namun telah wujud masyarakat Islam yang berkekalan hingga ke hari ini.

Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan organisasi.

Walaupun sistem pemerintahan berbeza, namun terdapat persamaan dari segi amalan dala Dunia Islam iaitu sistem yang berasaskan akidah dan syariah.

Bidang Ekonomi Perluasan kawasan dan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang

Islam telah semakin berkembang luas. Perluasann kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan- kerajaan Islam juga

membolehkan orang Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan dengan lebih berkesan.

Pemerintah kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya.

Ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin. Kerajaan Uthmaniyah contohnya mampu mempunyai armanda laut bagi memastikan

keselamatan kapal- kapal pedagang di kawasn Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi.

Kawasan pusat ekonomi Islam meliputio Adeno Sirafo Istanbulo Iskandariah

Pedagang- pedagang Islam sejak abad ke-7M telah Berjaya berdagang ke kawasan seperti di sebelah timur

o Indiao Ceylono Kepualaun Melayuo China

111

Page 113: sejarah lengkap

Manakala di kawasan di sebelah barat pula sepertio Sepanyolo Selatan Peranciso Armeniao Kawasan Selatan Gurun Sahara di benua Afrika

Pedagang Islam bukan sahaja menguasai perdagangan di Laut Merah tetapi juga di Laut Mediterranean, Teluk Parsi lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Semasa zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan, sesuai dengan kedudukannya yang strategic sebagai jambatan di antara dunia Timur dan dunia Barat

Bidang perbandaran. Perkembangan Islam di Eropah turut mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi

social di Bandar dan kawasan sekitarnya. Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang- undang yang saksama di

kawasan naungannya seperti yang berlaku di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Bidang Sosial ( Ilmu pengetahuan ) Kesan utama pertembungan dunia adalah dari segi kebudayaan dan intelektual. Dari segi kebudayaan, orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan

membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja kepada pendidikan berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi.

Semasa zaman Abbasiah, para pelajar yang ditempatkan di institusi pembelajaran Islam diwajibkan juga mempelajari

o Ilmu mantik ( logik)o Matematiko Geografio Sejaraho Sains Fizikal dan biologi

Islam juga turut mempengaruhi tatatertib kehidupan seharian melaluio Cara berpakaiano Berfikiro Bertuturo Berdagango Berpolitik.

Semasa zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam. Selain bertutur dalam bahasa Arab, mereka juga telah berpakaian seperti orang Islam.

Tatasusila kehidupan harian orang Islam mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah dengan begitu kuat sehingga pengaruh itu berterusan ke pertengahan Zaman Renaiasance.

Golongan yang memainkan peranan penting dalam proses ini dikenali golongan Mudejar.

Perluasan kuasa penaklukan Islam juga telah membolehkan para cendikiawan Islam dan buka Islambertukar pendapat antara satu sama lain

Pada peringkat awal, cendikiwan islam lebih memberikan keutamaan kepada proses pengumpulan maklumat dan teks penulisan cara cendikiawan kepada zaman tamaduns sebelumnya.

112

Page 114: sejarah lengkap

Namun begitu, kebanyakkan hasil kerja yang diterjemah oleh cendikiwan Islam pada peringkat awal ini merupakan hasil karya penulis Greek seperti

o Aristotleo Platoo Galeno Hipocrates

Proses perkembangan penterjemahan dalam perkembangan intelektual orang Islam telah dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakaan iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al- Rasyidin. Semasa zaman Abbasiyah.

Penubuhan perpustakaan ini membolehkan bahan- bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh para cendikiawan Islam.

Proses penterjemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi di kalangan orang Islam.

Zaman kemuncak kegemilangan keilmuan Islam berlangsung antara abd ke-8 hingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahunn 1258.

Zaman ini telah melahirkan para cendikiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan contooh seperti di bawah yang mempunyai kepentingan yang amat tinggi nilai harganya terhadap perkembangan intelektual dunia.

Tokoh Hasil karyaZakarian al- Razi ( 865-925M)

Ilmu Perubatan-lah menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal dan telah menghasilkan lebih 20 karya termasuklah tab al- Hawi, sebuah ensiklopedia perubatan.

Juga menterjemah hasil karya Galen (ahli perubatan Greek yang terkemuka)

Al- Zahrawi ( 936-1013M)

Orang yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

Al – Khawarizmi

Matematik dan AstronomiAl- BattaniAbu IshaqAl- BirujiAl- BitrunilAl- Farabi Terkenal dalam bidang pemikiran politik dan undang- undang.

Tulisannya telah member kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang Islam dan dunia barat

Al- MiskawayhAl- Mawardi

Ibn Sina Terkenal dalam ilmu mantik dan falsafah. Mereka ini telah memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan pemikiran usuludin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.

Al- KhindiFakhr al-DinAl- RaziAbn al-FarabiIbn RushdImam Ghazali

Bidang Seni Bina Kesenian Islam terutamanya dalam seni bina turut memberikan sumbangan dalam

perkembangan ketamadunan di dunia ini. Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat Masjid Cordova di Sepanyol. Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada. Semua ini merupakan lambing ketinggian matbat tamadun Islam. Tema kebanyakan seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam

kepercayaan tauhid dan akidah.

113

Page 115: sejarah lengkap

Bidang Kesusasteraan. Antara penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia termasuklah:

o Omar Khayyam- menulis tentang Ruba’iyah.o Al-Jjahiz- terkenal dengan kitab al- Bayano Jalal ad- Din Rumi- menghasilkan puisi bertemakan ketuhanano Rabi’ah al Adawiyah- ( pemuisi Wanita- banyak menghasilkan puisi bertemakan

ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.o Semasa zaman kemuncak keagungan tamadun Islam, ramai cendikiawan Islam

telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambah ilmu pengetahuan.

o Antara pengembara yang dikenali ramai termasuklah Ibn Batutta ( 1304-1377M) yang telah mengembara ke China, India dan Afrika.

o Catatan yang dibuat oleh beliau sepanjang penerokaannya amat dihargai oleh sejarawan dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya.

o Hasil tulisan beliau masih menjadi rujukan sejarawan sehingga ke hari ini.o Pengembara lain yang terkenal ialah

Al- Mascudi (945M) – mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika.Ibn Fadlan- mengembara ke utara Eropah pada abab ke-12

Pada peringkat awal tamadun Islam banyak bergantung pada hasil karya daripada tamadun luar.

Namun mereka mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut sesuai dengan ajaran Islam ditambah dengan idea mereka sendiri yang mantap dan bernas.

Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam oleh ilmuan Islam ini telah Berjaya membawa tamadun Islam ke puncak kecemerlangan dari abad ke-8 hingga ke-13

Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan social.

Akhirnya masyarakat Eropah dapat memanfaatkan keilmuan Islam hingga Berjaya membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi sejarah Eropah seterusnya, contohnya Revolusi Perindustrian.

Kita perlu sedar bahawa kemajuan intelektual Islam hanya akan tercapai dengan penguasaan kerajaan atau pemerintah dalam aspek politik, ekonomi dan social.

Sikap bangga dengan zaman kegemilangan lampau sahaja tanpa berusaha untuk mengekalkannya tidak akan memberi makna.

Maka generasi kini perlu meneroka mempelajari dan membina ilmu daripada pelbagai sumber, serta adunan budaya dan tamadun untuk kecemerlagan Negara.

Maklumat Tambahan

Maklumat Keterangan Golongan Mudejar

Orang Islam setempat (minoriti) yang terus tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.

Ahli Fikir Yang paling awal menjalankan penyelidikan termasuklah Abu a-Aswad al-Duali pada abad ke-7M, Hunayn ibn Ishaq ( 837M) yang menterjemahkan hasil karya Greek dan al-Fazari yang telah menterjemah hasil karya daripada tamadun India.

Ibn Sina ( 980-1037M)

Nama sebenar- Abu Ali Hussain bin Abdullah. Dilahirkan di Bukhara Beliau bukan sahaja ahli falsafah tetapi juga terkenal dalam bidang

114

Page 116: sejarah lengkap

perubatan Beliau telah mengarang buku tentang falsafah seperti al-Mantiq,

Danesh Nameh dan Uyun al- Hikmah dan Mujiz Kabir waSaghir Beliau juga mengarang buku tentang perubatan seperti al-Shafa,

Qanun dan Saididyya. Kebanyakan buku perubatan beliau digunakan di Universiti di

Eropah hingga abad ke-19Ibn Rushd (1126-1198M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad bin Ahmad dan dilahirkan di Cardova.

Selain terkenal sebagai ahli falsafah Islam, beliau juga ialah ahli perubatan dan astronomi.

Beliau pernah menjadi kadi Antara tulisan beliau yang terkenal ialah Tahfut-al-Tahafut,

Mabadi’ al-Fallasifah dan Muwafaqati al- Hikmah Wa Shari’a. Idea falsafah Ibn Rushd yang banyak menekankan ilmu akal dan

mantik telah menjadi rujukan di Eropah dan banyak mempengaruhi Eropah yang membawa kepada Zaman Renaissance.

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA.

PENGENALAN. Asia Tenggara terletak dia antara China di sebelah Timur dan India di sebelah barat. Kedua- dua wilayah ini dihubungi oleh Selat Melaka yang juga terletak di Asia

Tenggara. Ini menjadikan Asia Tenggara amat strategik. Peranan penting Selat Melaka sebagai jalan penghubung di antara China dan India juga

telah melahirkan Bandar pelabuhan yang penting seperti: Srivijaya Perlak Pasai Melaka Bantam Cheribon Makasar Brunei Pattani.

115

Page 117: sejarah lengkap

Pelabuhan ini telah mempunyai hubungan pelabuhan yang penting di Lautan Hindi seperti

Mocha Hormuz Surat Goa Colombo Pattani Pantai Koromandel India seperti Masulipatam dan Pondechherry.

Seterusnya pelabuhan di Asia Tenggara juga turut menjalinkan hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China.

Faktor utama yang telah dapat mempertemukan pedagang dari pelbagai pelosok kawasan ini ialah tiupan angin monsun.

Angin ini bertiup mengikut musim dan ini telah menentukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka.

Selain jalan laut, tanah besar Asia juga dihubungkan dengan jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Jalan ini merentangi dari wilayah di Asia Barat Tengah dan seterusnya ke China.

Sebelum kemunculan Islam di Makkah, Asia Tenggara sememangnya telah menjadi kawasan perdagangan utama bagi pedagang Melayu, Arab, China, dan India.

Asia Tenggara menjadi tarikan utama kepada pedagang luar kerana kekayaan hasil buminya yang merangkumi pelbagai produk pertanian, logam, serta hasil hutan yang diperlukan oleh pedagang dari Barat atau Timur.

Apabila Islam telah berkembang di Makkah pada abad ke-7M para pedagang Islam yang keluar belayar telah berdakwah ke seluruh rantau Asia Tenggara.

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada umumnya, masyarakat di rantau ini menganut agama Hindu dan Buddha

Kebanyakan mereka ini menetap di Bandar pelabuhan sepertio Acheho Pasaio Perlako Melakao Bruneio Gerisiko Terengganuo Pattanio Makasar

Terdapat beberapa teori atau pendapat kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Secara umumnya sejarawan mengemukakan tiga teori atau pendapat tentang kedatangan

Islam ke Asia Tenggara iaitu:o Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arabo Teori Kedatangan Islam dari Chinao Teori Kedatangan Islam dari India.

Teori dan Bukti datang dari Semenanjung Tanah Arab. Telah dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan Profesor

Syed Muhammad Naquib al- Attas

116

Page 118: sejarah lengkap

Menurut John Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang.

Beliau menggunakan bukti catatan orang China yang menyatakan bahawa orang Arab dan Parsi.

Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah ke Mesir hingga ke China

Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7M

Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka.

Disebabkan kedudukan Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah- tengah laluan perdagangan, pelabuhan- pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsoon untuk ke China.

Kebanyakan pedagang Arab telah menetap seberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.

Perkembangan ini menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang- barang mewah yang datang dari China dan India.

Selain itu terdapat juga orang Arab di perkampungan ini berkahwin dengan wanita tempatan.

Dengan ini wujud aspek yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.

Masa menunggu perubahan angin monsun juga digunakan oleh para pedagang ini berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.

Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh pendakwah Islam serta pedagang Islam telah menarik minat orang Tempatan untuk mendalami agama Islam.

Ada beberapa perkara sifat Islam yang telah menarik pedagang tempat kepada Islam iaitu:o Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan.o Sifat mementingkan kebersihano Berhemah tinggi.

Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang menyatakan bahawa telah wujud perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M

Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak awal abad ke-7M

Professor Syed Muhammad Naquib al- Attas bersetuju dengan pendapat yang menyatakan Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab.

Beliau menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.

Selain itu perkataan Arab terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahas Arab. Tambahan pula adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh

budaya Arab. Contohnya amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.

Professor Syed Muhammad Naquib al- Attas juga menyatakan bahawa kebanyakkan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.

117

Page 119: sejarah lengkap

Contohnya Hikayat Raja- raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail.

Beliau Berjaya mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al-Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula diislamkan oleh Syed Said.

Teori dan Bukti Islam datang dari China. Pendapat ini dikemukakan oleh Emmanuel Gadinho Eradia dan S.Q Fatimi. Emmanuel memberikan alasan bahawa Khan Fo atau Canton ( sekarang dikenali sebagai

Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab yang beragama Islam sejak abad ke-9M

Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga China di Negara China.

Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

S.Q Fatimi pula memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan berama- ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada tahun 876M.

Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu.

Walaupun Batu Bersurat ini masih tidak diketahui asal usulnya, namun fakta sejarah tang tidak dapat dinafikan ialah Terengganu telahpun wujud sebuah kerajaan tua yanh juga bergantung pada perdagangan.

Seterusnya pendapat yang menyatakan bahawa Islam datang dari China diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya unsur seni bina pada masjid- masjid di Nusantara seperti di o Kelantano Melakao Pulau Jawa

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi menerusi Champa.

Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung ibadat China ( Pagoda) iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.

Selain terdapat pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid. Begitu juga pada jubin lantai, tangga dan kolam air di masjid.

Teori dan bukti Islam datang dari India.

Menyatakan Islam datang dari India terutamanya dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.

Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.

Gujerat merupakan pelabuhan penting India pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India.

Menerusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara.

Selain itu terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahin di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.

Dengan itu mengikut mereka wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan ke Kepulauan Melayu ini oleh pedagang India Islam.

118

Page 120: sejarah lengkap

Masyarakat Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutamanya dari segi budaya.

Kewujudan unsure kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua- dua Negara sejak dulu lagi.

Walaupun ada pelbagai tentang Islam ke Asia Tenggara, namun sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam di rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam.

Mereka terdiri daripada pedagang dari Arab, China dan India. Ada sebenarnya bahawa pedagang ini menyebarkan Islam semasa menjalankan aktiviti

perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam. Usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di

kalangan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam

menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Sebagai masyarakat rantau ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai- nilai yang

dibawa oleh Islam.

Maklumat Tambahan

Maklumat KeteranganTeori Prinsip yang merupakan asas pembentukan sesuatu ilmu

pengetahuan, pendapat atau pernyataan yang dikemukakan oleh seseorang untuk menerangkan sesuatu perkara.

Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Melayu

Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada peringkat awal menggunakan bahasa serta gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Contoh, Hikayat Nabi Bercukur.

Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal.

Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir, al-Quran dan hadis didapati menggunakan Bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

Catatan Karya Tempatan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara.

Hikayat Merong Mahawangsa: Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al- Yamani.

Hikayat Acheh: Syed Abdullah Arf telah berusaha mengembangkan Islam di Sumatera.

Sejarah Kepulauan Sulu: Mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awila telah menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu.

Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China

Pada tahun 1953, sepasang batu nisan yang mempunyai ayat-ayat al-Quran dan kalimah Allah bertarikh 1028M ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang.

Penemuan ini menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan Pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke-13.

Pandangan ini mendakwa bahawa Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China dan ke Pekan, Pahang.

Batu Bersurat Terengganu

Dijumpai pada tahun 1899M. Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari jumaat

4hb Rejab 702h bersamaan 22 Februari 1303M.

119

Page 121: sejarah lengkap

Tulisan ini telah ditafsirkan oleh intelek tempatan Syeikh Naqiub al-Attas, mengikut beliau catatan pada batu bersurat itu mengatakan tentang kewajiban menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukum terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Perdagangan Dakwah Islamiah disebarkan ke Asia Tenggara oleh para pedagang Arab, China dan

India. Mereka yang berketurunan Arab, China dan India telah lama menjalinkan hubungan

perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti di Selat Melaka Teluk Siam Indo-China Kepulauan rempah seperti Maluku dan Makasar. Laut Jawa.

Pelabuhan tersebut menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan.

Kepercayaan dan amalan baru sentiasa menjadi tajuk perbualan serta ikutan mereka yang berada di tempat ini.

Disebabkan kemurnian sikap serta tingkah laku pedagang Islam yang datang dari Semenanjung Tanah Arab, India dan China, maka perkara tersebut menjadi ikutan pendudukn setempat.

Perkampungan pedagang Islam ini juga telah menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ.

Semangat dakwah islamiah yang tertanam di hati pedagang Arab, India dan China ini telah dapat menarik minat masyarakat di Bandar- Bandar pelabuhan.

Selain dakwah, mereka juga membawa ulama untuk menyebarkan Islam. Mereka tinggal selama beberapa bulan atau sesetengahnya menetap di pelabuhan di

Asia Tenggara untuk menjalankan kegiatan dakwah Islamiah di bandar pelabuhan tersebut.

Islam lebih cepat tersebar apabila pedagang yang berdakwah mengamalkan sikap berhemah dan lembah lembut semasa menyampaikan ajaran Islam.

Sifat mahmudah yang ada pada pedagang ini juga telah dapat menarik ramai penduduk tempatan untuk memeluk Islam.

Selain itu Islam juga tersebar kerana adanya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.

Pemerintah tempatan biasanya memberikan keistimewaan tertentu kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka dan peluang ini digunakan oleh pedagang Islam untuk berdakwah kepada masyarakat tempatan.

Disebbakan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam ini ramai di kalangan mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa Bandar pelabuhan di Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar menerusi peranan syahbandar.

Perkahwinan Islam juga tersebar menerusi perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.

120

Page 122: sejarah lengkap

Perkahwinan siasah berlaku di kalangan kerabat di raja contohnya di Melaka Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi di Sumatera.

Selain itu, Raja Melaka juga dikahwinkan dengan raja Pahang dan Raja Kedah. Dengan perkahwinan itu negeri- negeri tersebut dapat diislamkan kemudiannya. Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam atau ulama Islam dari India

atau Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan. Menerusi perkahwinan ini Islam tersebar pula di kalangan keluarga orang yang baru

dikahwininya. Seterusnya Islam tersebar pula di kalangan masyarakat sekeliling keluarga yang

dikahwini oleh pedagang tersebut.

Pengislaman Raja dan Golongan Pembesar Islam seterusnya tersebar menerusi peranan raja dan golongan bangsawan. Masjatajat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu sangat mentaati golongan

pemerintah. Keadaan ini telah menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh

yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja di sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh

rakyatnya. Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar Syah telah diikuti oleh rakyatnya,

keluarga di raja dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai pengislaman Raja Malik al- Salih juga telah menyebabkan para pembesar

turut memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al- Salih juga telah menjadi sebuah kerajaan Islam

yang kuat dan seterusnya menerusi usaha yang dijalankan oleh pemerintah Islam tersebar dengan cepat.

Kelahiran Kerajaan Islam Antara kerajaan Islam awal di Asia Tenggara termasuklah kerajaan

o Perlako Samudera-Pasaio Melaka o Acheho Demak o Mataramo Suluo Mindanao

Kesemua kerajaan ini telah meluaskan Islam menerusi penguasaan terhadap kawasan baru.

Sejak abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal.

Salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ialah Tun Perak.

Tun Perak ialah bendaharan Melaka yang berpengaruh telah Berjaya menguasai beberapa kawasan baru seperti kawasan.

Pesissiran Pantai Sumatera Utara iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri.Penguasaan terhadap kawasan ini membolehkan rakyat kawsan baru yang dikuasai itu mendapat keistimewaan daripada Melaka.

121

Page 123: sejarah lengkap

Ini mendorong mereka memeluk Islam. Selepas rakyat di situ memeluk agama Islam, ulama telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam.

Kerajaan Johor- Riau merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka telah berusaha mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka.

Usaha kerajaan ini untuk menguasai Melaka telah dapat penyebaran Islam. Kerajaan ini telah berusaha menawan kembali Melaka daripda Portugis bagi

mengelakkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Setelah menguasai Majapahit, kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam ke

seluruh Pulau Jawa. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Demmak telah diikuti oleh kerajaan Islam lain di

Jawa seperti kerajaan Parang dan Mataram. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh telah menjadi

kuasa yang kuat di Asia Tenggara. Kedatangan barat dan pengaruh agama Kristian di Kepulauan Melayu telah

menyebabkan Acheh telah berusaha untuk menyekat perkembangan agama tersebut. Antara langkah yang dilakukan oleh Acheh termasuklah menaungi beberapa negeri

kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri- negeri Tanah Melayu. Tujuannya supaya agama Kristian berkembang ke kawasan pedalaman. Kerajaan Acheh ini juga merupakan sebuah kerajaan ynag kukuh dan menjadi pusat

perdagangan yang penting di bahagian Utara Selat Melaka yang juga digelar Serambi Makkah.

Kebanyakan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.

Selain itu, kerajaan Melayu tua di Asia Tenggara iaitu Pattani telah diislamkan pada tahun 1457.

Ini berlaku apabila rajanya Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan telah bertukar namanya kepada Sultan Mahmud Syah.

Walaupun raja Pattani diislamkan pada aband ke-15, tetapi Islam telah berkembang ke Pattani sejak abad ke-10 lagi dengan kedatangan para pendakwah serta pedagang Islam Arab dan Parsi ke Pattani.

Penyebaran Islam di Pattani kemudiannya telah dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Muzzafar Syah dengan pengislaman keseluruhannya wilayahnya.

Islam juga telah bertapak di Brunei menerusi peranan Brunei sebagai pusat perdagangan yang penting di Borneo.

Bukti tentang ketibaan Islam di Brunei adalah berdasarkan catatan China pada tahun 977M yang mengatakan Brunei telah mengantar seorang pembesar iaitu Pu Ali ke China.

Walaubagaimanapun Islam telah mula tersebar dengan meluas di Brunei dan di Pantau pulau Borneo hanya pada abad ke-15 dan abad ke-16.

Salah seorang pendakwah yang telah menyebarkan Islam di wilayah ini ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam atau Syariff Berkat yang berasal daripda ketrunan Nabi Muhammad s.a.w

Dengan pengislaman Brunei wilayah di sekitarnya seperti kepulauan Sulu dan juga Mindanao telah dapat diislamkan.

Namun bukti kukuh tentang kedatangan Islam dan Champa adalah agak lewat. Bukti tersebut ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1039M dan sebuah prasati

bertarikh 1025M yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.

Peranan Pusat kebudayaan.

122

Page 124: sejarah lengkap

Pusat kebudayaan di Asia Tenggara telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Ruai dan Acheh.

Pusat kebudayaan ini bukan sahaja bertindak sebagai pusat keilmuan tetapi juga sebagai pusat penyebaran Islam.

Di pusat kebudayaan ini terdapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai. Pada zaman keagungan kerajaan Samudera- Pasai pula, Bandar ini telah menjadi

penterjemahan di kepulauan Melayu. Banyak kitab Arab diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan Sultan Mansur Syah

yang memerintah Melaka telah mengirimkan Kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai.

Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai juga telah menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar.

Sultan Mahmud Syah daripada Melaka pernah merujuk ke Samudera-Pasai tentang kmusykilan berkaitan dengan masalah agama.

Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku kesusasteraan yang dipengaruhi oleh gaya tulisan Arab seperti:

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah Hikayat Amir Hamzah Hikayat Nabi Bercukur.

Hikayat Amir Hamzah dengan Hikayat Ali Hanafiah bukan sahaja menjadi bahan bacaan tetapi telah member semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di medan perang.

Di Acheh terdapat banyak karya puisi seperti syair yang dihasilkan oleh penulis tempatan yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam.

Karya seperti Bustanus Salatin yang mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman.

Di samping itu, terdapat juga ulama Islam yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam seperti:

Hamzah Fansuri Syeikh Nurudin al-Raniri Syeikh Syamsudin al-Sumaterani. Abdul Rauf Singkel.

Kesemua karya mereka ini telah memperkayakan lagi pemikiran dan kebudayaan rantau Asia Tenggara dan seterusnya membantu pekembangan Islam dalam jangka panjang.

Usaha- usaha begini juga telah dilakukan oleh kerajaan Johor- Riau yang turut memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam yang penting pada abad ke-18

Pelabuhan Johor- Riau pada masa ini merupakan pusat emporium yang penting di Asia Tenggara.

Banyak hasil kesusasteraan telah ditulis pada zaman kegemilangan kerajaan ini seperti Tuhfat al- Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.

Peranan Mubaligh. Mubaligh atau pendakwah, ulama dan ahlu sufi telah memainkan peranan secara

langsung untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah yang terawal berdakwah

di Asia Tenggara. Selepas itu, pendakwaah lain telah datang ke Asia Tenggara untuk meneruskan

penyebaran Islam. Pendakwah, ulama dan ahli sufi seperti Syarif Amir Sayyid al- Syirazi dan Tahuddi

al-Asfahani telah menyebarkan dakwah Islamiah di Pasai.

123

Page 125: sejarah lengkap

Di Melaka pula terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Azia. Maulana Abu Bakar Maulana Yusof.

Melaka memainkan peranan besar dalam kegiatan dakwah Islamiah. Pendakwah yang mempunyai keperibadia yang baik dan jujur dan berlemah lembut

tentu Berjaya mencapai matlamat masing-masing. Di Melaka, pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama mengajar perkara asas

tentang Islam secara tidak formal tetapi apabila Islam semakin berkembang, mereka telah mengajar perkara ini secara formal.

Mereka telah menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagi tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.

Institusi pendidikan awal itu kemudiannya berkembang menjadi pusat pendidikan seperti pondok dan pesantren.

Di Acheh, pondok juga wujud tetapi dikenali sebagai dayah. Dengan adanya pusat pendidikan ini, maka muncullah ulama tempatan seperti yang

disebut iaitu Hamzah Fansuri, Syamsudin al- Sumaterani dan Andul Rauf Singkel. Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat raja yang memerintah. Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan

bantuan kepada pentadbiran Acheh. Dengan itu, Islam dapat dipraktikkan dalam politik dan pentadbiran Acheh. Di Jawa kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah telah Berjaya

mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat tempatan. Pada masa pemerintahan kerajaan Islam Demak di Jawa, Wali Songo telah

menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah. Mereka telah mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadi

markas dakwah Islamiah. Keistimewaan Islam.

Keistimewaan ajaran Islam yang mencakupi ksemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganut agama Islam.

Ini termasuklah konsep Tuhan Yang maha Esa atau Tauhid Keadilan Hak Individu dan Masyarakat. Kehidupan yang harmoni Menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hal ini telah menyebabkan agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan agama yang

menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini Berjaya diterima oleh lapisan masyarakat di Asia Tenggara.

Maklumat Tambahan.Maklumat Keterangan Mahmudah Sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut.syahbandar Ialah pentadbir pelabuhan yang bertanggungjwab berurusan dengan

setiap pedagang tentang hal perdagangan Amat penting kerana beliaulah yang menentukan kemajuan

perdagangan. Kejujuran dan kebijaksanaan menguruskan para pedagang dari

pelbagai tempat inilah menentukan kejayaan pelabuhan tersebut.

124

Page 126: sejarah lengkap

Kerajaan Perlak Kesultanan Perlak ialah kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Kerajaan ini telah ditubuhkan pada tahun 840 dan sultan yang pertama ialah Sultan Sayyed Maulanna Abdul Aziz

Pada tahun 1292, kerajaan ini telah menjadi sebahagian kerajaan Samudera-Parsi di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Malik al- Zahir

Kitab al-Dur al-Manzun

Dikarang oleh Abu Ishaq ( al- Syirazi) Membincangkan tentang sifat- sifat Allah Didapati sesuai untuk disebarka kepada masyarakat. Kitab ini telah dihantar ke Pasai untuk diterjemah. Makhdun Patakan bertanggungjawab menterjemahkannya.

Hamzah al- Fansuri Telah mengarang beberapa buah buku dalam bentuk puisi dan prosa. Antara buku karangan beliau termasuklah Syarabul Asyikin dan

Asrarul Arifin Karya puisi beliau termasiklah Syair Burung Pingai, Syair Perahu,

Syair Dagang, Syair Burung dan Syair Sidang Fakir.Wali Songo Merujuk kepada 9 orang ulama.

Pada umumnya mereka hidup pada zaman yang sama iaitu pada sekitar awal abad ke-15M hingga awal abad ke-16M.

Cara Wali Songo Berdakwah

Menimbulkan kesedaran dan menanamkan semangat kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.

Berusaha menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malas. Mengelakkan hidup secara mewah dan membazir

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

Sebelum agama Islam berkembang di Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya Hindu.

Pengaruh tersebut dapat dikesan secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan social.

Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada zaman sebelumnya.

Unsur-unsur baru telah diperkenalkan oleh Islam kekal hingga ke hari ini dan dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek kehidupan yang merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup, kesenian dan juga ekonomi.

Pemerintah dan Pentadbiran. Institusi pemerintahan beraja memang terdapat di Asia Tenggara sebelum kedatanngan

Islam. Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem ini. Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan dan pentadbiran Institusi ketuhanan telah diperkenalkan dan diwarisi daripada amalan pemerintahan

kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua Negara.

Mufti dilantik sebagi penaihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran Negara.

125

Page 127: sejarah lengkap

Selain itu, wujud pegawai dan petugas seperti Kadi, Khatib Bilal Pemungut cukai Penyelia baitulmal Penjaga harta wakaf

Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja.

Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.

Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khaliffatul Mukminin yang bermaksud pemimpin yang mukmin.

Perkataan Khaliffatul Mukminin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, gelaran Zilulah fil’Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja- raja Melaka.

Islam telah dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara seperti Kerajaan Melayu Melaka Kerajaan Acheh Kerajaan Brunei

Dalam sesebuah kerajaan Islam, Sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah iaitu memerintah dengan adil.

Beberapa orang Sultan yang alim berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti Sultan Malik al- Zahir dari Samudera Pasai Sultan Ali Mughayat Syah dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh.

Sultan- sultan ini telah menerapkan unsur- unsur Islam dalam pemerintah mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan konsep dewaraja.

Selain unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam.

Nama raja juga menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah Sultan Mahmud Shah bermaksud sultan terpuji.

Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam di Asia Tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah.

Walaupun undang-undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya namun beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya dalam mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka misalnya mempunyai undang- undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang- undang syariah dan undang- undang adat.

Undang- undang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah.

Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang- undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.

Di Acheh terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlambagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.

Kedatangan Islam juga telah dapat meggerakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis.

Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip- prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.

126

Page 128: sejarah lengkap

Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu.

Menerusi kitab karangan mereka Syeikh Nurudin al- Raniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajiban berjihad bagi setiap orang Islam.

Menurut tulisan mereka sesiapa yang tidak berjihad akan berdosan besar. Syiekh Daud al-Pattani juga turut memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad

dalam kitab karangannya. Walaupun tidak menetap di Pattani, namun beliau sering menulis surat kepada pelajarnya

di Pattani supaya menentang penjajah Siam. Sungguhpun semangat jihad ini jelas digunakan oleh rakyat tempatan untuk menentang

musuh tetapi pengaruhnya dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Dalam Islam, jihad bukan sahaja merupakan usaha menentang musuh malah merupakan

usaha menentang kemiskinan dan mencapai sesuatu kehidupan yang sempurna.

SISTEM PENDIDIKAN. Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara golongan awam tidak berpeluang mendapat

pendidikan. Pendidikan pada masa itu hanya terbatas kepada golongan bangsawan. Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan ke dalam

jiwa ke semua golongan masyarakat. Ini berasaskan seruan Islam yang mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu. Sikap

mementingkan ilmu ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti:

Istana Pondok Pasentren Madrasah Surau

Pusat pendidikan Islam formal yang terawal di Asia Tenggara muncul dalam pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara.

Pusat pendidikan tersebut dikenali sebagai Dayah Bukit Ce Breek telah didirikan pada abad ke-9M. Di Samudera Pasai muncul pusat penterjemahan karya agama yang menjadi tempat rujukan Islam seperti Kerajaan Melayu Melaka.

Pendidikan Pondok yang muncul pada peringkat awal ini berkembang denga meluas ke Negara Asia Tenggara yang lain seperti Pattani, Acheh dan Jawa dengan menggunakan nama- nama tertentu.

Di Pattani pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.

Dalam Kesultanan Melayu Melaka, Institusi pondok masih wujud pada masa itu. Walaubagaimanapun masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu

pengetahuan di rumah ulama, masjid dan surau. Manakala istana pula merupakan pendidikan formal untuk golongan bangsawan.

Acheh menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka dikuasai oleh Portugis.

Sistem Pendidikan di Acheh lebih sistematik berbanding dengan kerajaan Perlak, Samudera- Pasai dan kerajaan Melayu Melaka.

Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh iaitu Peringkat rendah ( rangkang) Peringkat Menengah ( muenasah) Pengajian tinggi atau university ( jamiah bait-al-Rahman)

127

Page 129: sejarah lengkap

Kepesatan perkembangan institusi pendidikan ini telah menyebabkan ramai pelajar dari luar Acheh mendalami ulmu pengetahuan Islam Acheh sebagai Serambi Makkah.

Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.

Pendidikan Islam seterusnya tersebar luas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.

Ini menunjukkan bahawa telah wujud sistem pendidikan formal di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN Kedatangan Islam juga telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu. Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenalpasti dalam aspek tulisan khususnya

dengan kewujudan tulisan jawi. Angaka daripada tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab ( tulisan Al-Quran ) dan

ulama tempatan telah mengubahsuaikan huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan melayu.

Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan Palawa Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu Buddha.

Melalui tulisan jawi, istilah bahasa Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti Sultan Syukur Masjid Berkat Alam.

Dengan huruf jawi juga masyarakat melayu telah boleh menggunakannya untuk membaca dan menulis.

Dengan itu lahir sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al- Sumaterani dan Abdul Rauf Sangkel.

Seterusnya bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa Lingua Franca bagi kawasan kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.

Bahasa Melayu juga telah meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu. Sebelum kedatangan Islam, bahasa-bahasa lain tidak dapat berperanan menyampaikan

ilmu dengan berkesan. Kedatangan Islam juga menyebabkan bahasa Melayu menjadi lebih mantap misalnya

cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa telah disampaikan dalam bahasa Melayu.

Hasil kesusasteraan melayu turut terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa bahasa Arab. Begitu juga dengan bentuknya yang banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti

Syair, Gurindam, nazam dan cerita hikayat. Selain itu, fungsi sastera juga telah diubah iaitu daripada tujuan untuk berhibur kepada

tujuan untuk mengkritik. Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan tetapi merangkumi

bidang perdagangan seperti yang telah dinyatakan. Kedudukan Asia Tenggara yang strategic iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang

penting dan kebanyakan pedagang dari Asia Tenggara ialah pedagang Melayu. Menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan di kalangan

para pedagang dari Timur dan Barat. Pada masa itu, seseorang akan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai bertutur

dalam bahasa Melayu.

128

Page 130: sejarah lengkap

CARA HIDUP

Sebelum kedatangan Islam budaya dan cara hidup amsyarakat Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh animisme serta agama Hindu dan Buddha.

Tetapi setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan mempercayai keramat semakin berkurangan dan beransur- ansur hilang.

Dengan kedatangan Islam, cara hidup Islam telah diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Teggara.

Dengan itu, lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.

Perubahan ini juga dapat dilihat apabila Islam dijadikan sebagi ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Kedatangan Islam juga telah mengubah sistem social masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesame manusia.

Sifat tolong- menolong, hormat- menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat.

Kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang melayu seperti amalan gotong royang di kampung- kampung.

Ini menjadikan kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan secara bersama-sama. Sikap dan amalan bersatu padu di kalangan masyarakat kampong dapat dipupuk dan

diperkukuhkan.

KESENIAN Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya

dari segi seni khat, seni bina dan seni ukir. Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenalpasti pada batu nisan dan ukiran kayu. Pada batu nisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-

Quran dan hukum. Usaha dan kreativiti masyarakat tempatan menjadikan hiasan pada btu nisan ini lebih

menarik. Ini dapat dilihat pada batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat yang

mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Makam Naina Hisham al-Din yang meninggal dunia pada tahun 1420M yang ditemui di

Pasai juga mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi. Pada makam tersebut terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya dilukis dengan

pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan hiasan permaidani Parsi. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.

Selain tulisan khat pada batu nisan, terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris. Ayat suci al-Quran ditatahkan degan emas, batu permata dan perak.

Seni khat tertua di semenanjung terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303M

Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi. Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi. Terdapat juga unsur seni yang dicantumkan dengan unsur- unsur tumbuh- tumbuhan. Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman misalnya

terdapat rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama. Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar,

mihrab dan menara azan.

129

Page 131: sejarah lengkap

Bangunan masjid seperti masjid Ubaidiyah di Kuala kangsar, Perak dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik dan terserlah dengan kemurnian Islamnya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia Tenggara.

EKONOMI Islam juga telah mempengaruhi bidang ekonomi masyarakat Asia Tenggara. Institusi ekonomi seperti baitulmal telah dieprkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar

Muda Mahkota Alam. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperolehi daripada

zakat dan sedekah. Islam menggalakkna umatnya supaya rajin bekerja dan member rezeki halal dan

melarang perbuatan mengemis. Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsure-unsur yang halal

semasa berurusniaga. Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang. Selain itu, nilai- nilai murni dalam ekonomi turutbdisarankan seperti berjimat cermat dan

berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sebagai warganegara yang sentiasa menginginkan kemakmuran dan kemajuan setiap

usaha pembangunan harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi kemajuan sesebuah negara.

Maklumat Tambahan.

Maklumat Keterangan Zaman baru Asia Tenggara

Prof. Mohammad Naquib al-Attas memberikan istilah zaman baru kepasa Asian Tenggara setelah Asia Tenggara menerima Islam

Cara idup, kepercayaan, dan amalan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas Islam Berjaya mempengaruhi aktiviti kehidupan masyarakat Asia Tenggara.

Dewa Raja Menegaskan bahawa raja merupakan keturunan daripada tuhan-tuhan Hindu

Istilah raja diketepikan selepas kedatangan Islam,sebaliknya digunakan istilah sultan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kuasa, kewibawaan atau pemerintah.

Undang- undang Syariah

Undang-undang berdasarkan al-Quran sunah nabi Muhammad s.a.w

Kanun Mahkota Alam

Menerangkan tentang tanggungjawab raja sebagai pemerintah Mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh, misalnya

Balairung Seri dipimpin oleh sultan manakala Balai Majlis oleh sultan manakala balai Majlis Mahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi Malik al-Adi

Syeikh Daud Pattani Nama penuhnya ialah Syeikh Daud bin Abdullah bin idris al-Pattani

Menerusi kitab karangan beliau masyarakat Melayu dapat mempelajari agama Islam dan juga bahasa Melayu khususnya tulisan jawi.

Istana Merupakan tempat bagi ulama membicarakan hukum Islam dengan sultan dan pembesar negeri.

130

Page 132: sejarah lengkap

Di sini juga ulama menyampaikan ilmu pengetahuan Islam dan menasihati sultan.

Surau Tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal dan gurunya mengajar secara tidak tetap.

Madrasah Tempat melaksanakan sistem pendidikan formalSistem pendidikan pondok

Merupakan pusat pengajian Islam Di Pattani dan Tanah Melayu, pusat pengajaran ini dinamakan

pondok. Di Jawa dinamakan pesantren dan Acheh dinamakan dayah

Mata pelajaran yang diajar ialah Fikah, usuludin, tassuf, hadis dan tafsir.

Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Arab Keperluan asas di pondok seperti makan dan minum disediakan

oleh pelajar sendiri.Kedudukan wanita pada zaman pemerintahan Sultan Safiatudin

Seramai 22 orang wanita menganggotai majlis Rakyat Acheh yang mempunyai 73ahli

9 orang wanita menjadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat.

Terdapat undang-undang yang melindungi hak wanita sebagai anak, isteri dan ibu tunggal

Bahasa dan tulisan Pada abad ke-17, bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebagai bahasa Istana, bahasa surat-menyurat, bahasa perhubungan antara wilayah, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa untuk berdakwah dan bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran

Sebelum kedatangan Islam terdapat pelbagai tulisan yang digunakan di Asia Tenggara seperti Kawi, Jawa Kuno, Batak dan Rencong.

Di Melaka perkembangan tulisan jawi telah memajukan penulisan dan penterjemahan hasil kesusasteraan dan agama.

Antara hasil kesusasteraan Arab dan Parsi yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Perang Badar, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bula Berbelah, Hikayat Nabi wafat dan sebagainya

Sumber baitulmal Harta yang diperolehi daripada zakat seperti zakat fitrah dan zakat harta

Harta milik Negara iaitu sumber kekayaan alam seperti minyak Pelabuhan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui

institusi yang ditubuhkan oleh baitulmal

131

Page 133: sejarah lengkap

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

Pengenalan Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia

merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara. Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah- tengah perjalanan di antara timur dan

barat telah membolehkannya menjadi sebuah wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia sejak awal abad masihi lagi.

Kehadiran Islam dirantau ini turut memperlihatkan pembabitan pedagang Islam dalam perdagangan di wilayah ini sejak dahulu lagi

Pedagang Islam telah berdagang di pelabuhan sepertio Perlako Pasaio Acheho Pattanio Brunei

Di Tanah Melayu pula, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor juga merupakan pusat penting sama ada

pusat perdagangan mahupun sebagai pusat perkembangan Islam. Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar abad ke-13 abad k eke-14M. Walaubagaimanapun pengaruhnya dalam politik, ekonomi, social hanya menjadi lebih

ketara dan mantap teras penting kepada ekonomi, social dan politik Negara. Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Alam Melayu Peranan ini telah dilakukan melalui.

Perluasan kuasa Perkahwinan

132

Page 134: sejarah lengkap

Pendidikan Kegiatan intelektual

Pengaruh Islam terhadap Politik

Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baru kepada amalan pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu.

Ini telah berlaku terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan.

Pentadbiran.

Sebelum kedatangan Islam

Sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam ialah institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi tradisi Hindu- Buddha yang dikenali sebagai konsep dewa-raja

Dalam tradisi Hindu-Buddha seseorang pemerintah sering sahaja menggalurkan nasab keturunannya daripada penitisan dewa.

Setelah Kedatangan Islam Telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu. Golongan raja telah mula menitik beratkan konsep-konsep Islam contohnya istilah

sultan, Zillullah fi-alam dan Zilullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi telah mula digunakan.

Konsep ini menjdi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja tersebut.

Para pemerintah juga telah menggunakan gelaran seperti Khalifatul Mukminin yang bermakna pemimpin yang mukmin.contohnya gelaran ini telah digunakan oleh Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin yang memerintah Pahang pada tahun 1572-1614

Tokoh- tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain telah mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.

Keadaan ini telah meninggikan kedudukan seseorang raja atau sultan tersebut. Seterusnya selepas kedatangan Islam institusi sultan di Tanah Melayu kekal

sebagai institusi berdasarkan pewarisan. Sistem ini meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem

pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Sistem kesultanan yang wujud di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan

Selangor berbeza daripada sistem di Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih.

Di Negeri Sembilan tunjang kuasa bukanlah terletak pada sultan tetapi pada Yang Di Pertua Besar.

Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar sepertio Bendaharao Laksamana

133

Page 135: sejarah lengkap

o Penghulu bendahario Temenggung dan sebagainya.

Institusi Kesultanan Melayu juga mempunyai hubungan erat dengan golongan ulama.

Golongan pemerintah di Melaka, sering mendapatkan nasihat serta pandangan golongan ulama seperti

o Makhdum Sayid Abdul Azizo Maulana Abu Bakaro Maulana Sadar Jahano Maulana Jalaludino Qadi Yusof dan lain-lain

Hal yang sama juga berlaku dalam kerajaan lain seperti di Kelantan dan Terengganu hingga muncullah ulama terbilang seperti:

o Tuk Pulau Maniso Tuk Pulau Condongo Tuan Tabal

Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat iaitu:

o Pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep daulat ini tidak wujud secara bertulis, namun konsep ini dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya.

o Konsep ini telah mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.

o Adat istiadat ini membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan, tingkahlaku dan sebagainya.

o Antara adat istiadat yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan termasuklah istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikut cara aturan yang ditetapkan.

Perundangan Sistem perundangan sangat penting demi menjamin keharmonian hidup sesebuah

masyarakat. Masyarakat Melayu juga mempunyai cara hidup yang tersendiri. Peraturan tingkahlaku yang dipersetujui ini kemudiannya digunakan menajdi undang-

undang Undang- undang ini pula terbahagi kepada dua iaitu

Undang-undang Tidak Bertulis Undang-undang bertulis.

Undang- undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat. Terdapat dua adat iaitu Adat Perpatih Adat Temenggung

Adat Perpatiho Adat perpatih ini telah diasaskan oleh oleh datuk Perpatih Nan Sebatang yang

berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.o Diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di

Naning, utara Melaka.o Dalam adat ini, musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian

masalah.o Musyawarah ini dihadiri oleh perwakilan semua suku

134

Page 136: sejarah lengkap

o Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar.

o Ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama. Setiap suku ini mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga.

o Dari segi pemilihan ketua pula, ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah.

o Adat Perpatih bersifat matrilineal iaitu nasab keturunan yang lebih mengutamakan jurai keturunan. Oleh itu anak perempuan diber hak memiliki harta.

Adat Temenggungo Adat Temenggung ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah

Palembang, Sumatera.o Pada mulanya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu.o Kemudiannya adat ini telah disesuaikan dengan ajaran Islam oleh mazhab Shafie.o Berasaskan sistem parilineal iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa atau

keturunan bapa lebih diberi keutamaan daripada jurai keturunan ibu.o Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki lebih diutamakan daripada anak

perempuan iaitu bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.o Dalam soal perkahwinan pula seseorang individu bebas untuk mendirikan

rumahtangga dengan pasangan pilihannya ( termasuklah sepupu) asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam.

Undang- Undang Bertulis. Merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti

Hukum Kanun Melaka Undang- undang Laut Melaka.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu berpegang kepada perundangan yang dibentuk dalam tradisi Hindu- Buddha yang telah disesuaikan dengan adat resam tempatan.

Aspek perundangan dalam tradisi Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang secara jelas membezakan jenis hukuman berdasarkam kelas seseorang.

Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini. Hukum-hukum Islam mula dijadikan asas undang- undang yang dikuatkuasakan. Seorang sarjana tempatan iaitu Profesor Ahmad Ibrahim pernah mengatakan bahawa di

negeri- negeri Melayu sebelum wujudnya pengaruh kerajaan Britsih, undang- undang Islam dan adat Melayu.

Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang- undang bertulis seperti yang dipaparkan melalui

o Undang- undang Laut Melakao Hukum Kanun Melakao Undang- undang Pahango Undang- undang Kedaho Undang- undang Perako Undang- undang Johor.

Kesemua kitab perundangan ini menjadi pencorak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

135

Page 137: sejarah lengkap

Undang- undang bertulis manjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan.

Secara praktisnya, undang- undang ini mengecualikan diri raja atau sultan daripada sebarang tindakan.

Hal ini melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan.

o Hukum kanun Melaka Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar Pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukuman terhadap kesalahan jenayah Undang- undang keluarga Permasalahan ibadat Serta jenis- jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

o Undang- undang Laut Melaka dan Undang- Undang Pelabuhan Kedah Kerajaan Melayu aktif dalam aktiviti maritime dan perdagangan. Peraturan- peraturan khas di laut menerangkan seseorang nakhoda (kapten)

dalam sebuah kapal diertikan sebagai imam dan ana kapal sebagai makmum. Terdapat kesan daripada kekuatan agama Islam yang dipaparkan melalui

fasal- fasal yang terdapat dalam undang- undang ini. Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya.

Pendidikan Merupakan aspek social yang sangat penting dalam masyarakat Melayu. Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu iaitu

Pendidikan tidak formal Pendidikan formal

Pendidikan tidak Formal

o Merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga.o Masih diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.o Berlaku pada peringkat keluarga dan penekanannya adalah terhadap pengajran nilai-

nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, peglihatan dan pemerhatian. Melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian

o Kanak- kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.

o Ibu bapa juga mengajar anak- anak tentang hal- hal perhubungan dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap sopan santun, caar berkawan dan menjaga maruah.

Melalui cerita- cerita lisano Menerapkan nilai- nilai budaya yang murni.o Melalui cerita binatang dan cerita jenakao Pendidikan melalui kaedah bercerita merupakan kaedah yang paling berkesan dan

paling digemari kanak-kanak.o Cerita berbentuk teladan dan pengajaran selalunya diberikan penekanan.o Termasukaln cerita anjing dengan bayang- bayang yang memberikan pengajaran agar

seseorang itu tidak terlalu tamak.

136

Page 138: sejarah lengkap

o Cerita- cerita Sang Kancil menekankan hakikat bahawa kepandaian dan kebijaksanaan itu dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah.

Melalui pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan socialo Mereka dinasihatkan agar tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu di

hadapan orang, terutamanya orang yang lebih tua.

Melalui Pantun, Peribahasa dan Teka- Teki.o Pepatah seperti siakap senohong, gealam ikan duri, bercakap bohong lama-lama

mencuri- mengajar kank- kanak agar berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong kerana perbuatn itu boleh membawa kepada perbuatan tidak baik yang lain.

o Galakan sebegini sama ada untuk menjauhkan apa yang ditegah atau membuat apa yang disuruh juga menerapkan unsur- unsur pengajaran.

Pendidikan Formal Merupakan pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung atau melalui

perantaraan institusi tertentu. Pendidikan sebegini yang berlangsung sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi

berasaskan tradisi Hindu- Buddha. Pada masa itu bidang pendidikan dan ilmu penegtahuan hanya didominasikan oleh

golongan istana dan golongan atasan. Istana itu sendiri menjadi pusat pengajian. Pendidikan yang menekankan keagamaan ini dilaksanakan di beberapa tempat seperti

o Istanao Masjido Rumah o Surauo Madrasaho Pondok

Pendidikan di rumah memberikan penekanan kepada pengajaran al-Quran. Pengajian ini dilakukan di rumah guru al-Quraatau dikenali sebagai Tok Guru dengan

murid- muridnya terdiri daripada kanak- kanak yang berumur antara 7-15 tahun. Pengajran ini menjadi asas kepada pendidikan selanjutnya bagi kanak- kank tersebut.

Peranan Istana Kedatangan Islam tidak mengenepikan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu

pengetahuan. Sejarah Melayu misalnya ada mencatatkan tentang peranan istana Melaka sebagai pusat

pengajian agama. Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan. Perkembangan bidang pendidikan Islam di Melaka ini dipengaruhi oleh kewujudan ramai

ulama dan pendakwah asing seperti Bengali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya. Mereka ini datang ke Melaka kerajaan ini memberikan perhatian yang sewajarnya kepada

perkembangan ilmu pengetahuan. Malah minat pemerintahnya terhadap ilmu pengetahuan juga menjadi faktor penarik yang

penting. Seperti kitab al-Dur al- Manzun (mutiara tersusun) sebuah kitab tasawuf karangan

maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairung istana Melaka. Sultan Mnasur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf.

137

Page 139: sejarah lengkap

Keadaan yang sama juga berlaku di Johor apabila istana Johor menjadi pusat pengajian sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah antara tahun 1597-1602M.

Istana juga memainkan peranan sebagai tempat menyimpan hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang telah disimpan di istana Melaka.

Pendidikan di istana bukan sahaj menitik beratkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran Negara dan sistem politik.

Institusi pendidikan istana telah memainkan suatu peranan yang amat penting.

Peranan Masjid dan Surau. Sebagai pusat pengumpulan dan pertemuan masyarakat, masjid dan surau menjadiyang

paling ideal untuk mengembangkan ilmu- ilmu Islam. Dalam pengajian ini, kanak- kanak akan diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti

fikah dan tajwid. Mempelajari cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara- perkara penting yang

seharusnya diketahui oleh orang Islam. Pada sebelah malam, masjid atau surau menjadi pusat pengajian kepada orang dewasa. Kandungan pengajiannya masih lagi berlegar kepada aspek keagamaan ilmu fikah,

usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya namun tahapnya lebih tinggi. Pendidikan Pondok.

Pengajian ini memberikan penekanan kepada ilmu keagamaan dan menyediakan pelajar- pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat.

Sistem pengajian pondok begitu meluas di negeri Kedah, Kelantan , Terengganu, Perlis dan Pattani.

Pendidikan ini bemrula sejak abad ke-12 M di Pattani. Sistem ini kemudiannya berkembang ke negeri- negeri Melayu yang lain. Di Kelantan antara pondok yang terkenal

o Pondok Pulau Condong – dibuka oleh Haji Abu Samad bin Abdullah ( Tuk Pulau Condong)

o Pondok Kutan- dibuka oleh Haji Muhaman Salleh.

Di Terengganu pula pengajian secara pondok dijalankan dio Pondok Pulau Manis- dibuka oleh Syaikh Abdul Malik bin Abdullah ( Tok

Pulau Manis)

Di Kedah antara pondon yang penting termasuklaho Pondok Titi Gajah – dibuka oleh Haji Muhammad Taibo Pondok Langgar - dibuka oleh Haji Muhammad Nor.

Walaupun sistemnya lebih tersusun, pengajian pondok ini masih tidak mempunyai batasan waktu.

Biasanya pelajar akan mengambil masa yang agak panjang, sesetengahnya sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian mereka di sini.

Pendidikan Madrasah. Dari segi sejarah, madrasah mula diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk yang

memerintah Iraq pada tahun 447H/1056M. Sistem madrasah ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

138

Page 140: sejarah lengkap

Pendidikan madrasah ini diawasi oleh mudir iaitu guru besar. Perjalanan madrasah ini diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kwangan dan

sebagainya.

Bahasa dan Kesusasteraan Pengaruh Islam yang paling ketara ialah tulisan jawi. Sebelum tulisan jawi, beberapa tulisan lain telah digunakan seperti tulisan

o Palavao Kawi( Jawa Kuno)o Sunda Kunoo Batako Rencong.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu turut memperkenalkan huruf Arab dan ini dengan mudahnya telah diterima oleh orang Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.

Tulisan ini dikenali sbagai tulisan jawi kemudiannya telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan.

Keadaan in bermakna, tulisan jawi telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Melayu dan seterusnya tulisan ini menjadi milik orang Melayu.

Perbendaharaan kata bahasa Melayu yang bertambah dengan bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab al-Quran.

Istilah ini termasuklah perkataan seperti:o Adato Adilo Daulato Hakimo Hukum

Kemudian tersebar istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam misalnya fikah, tauhid dan tafsir.

Bidang kesusasteraan juga turut berkembang, Pada tahap awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan. Daripada satu generasi

kepada generasi yang lain. Jenis kesusasteraan ini yang terawal ialah

o Cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang Kejadian alam. Nama tempat Tumbuh- tumbuhan Binatang

o Ada juga cerita lisan yang menggunakan haiwan sebagai watak utama Binatang yang amat terkenal ialah sang kancil

o Ada juga cerita jenaka atau lucu yang memperkenalkan nama- nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing- masing seperti

Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan Pak Pandir menunjukkan watak lurus dan betul Pak Belalang dan Si Luncai menunjukkan kecerdikan dan kepintaran.

o Cerita rakyat

139

Page 141: sejarah lengkap

Batu Belah Batu Bertangkup Bawang Putih Bawang Merah

Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi seperti Pantun Teka-teki Gurindam Seloka

Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya telah berkembang Karya yang dihasilkan pada zaman ini terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi

Hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Terbelah.

Hikayat nabi- nabi lain seperti Hikayat Nabi yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s

Terdapat juga cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.

Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya ang penting dan disimpan di istana Mela.

Slain bentuk prosa terdapat karya berbentuk puisi contohnya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.

Perbendaharaan persuratan Melayu telah bertambah dengan terkarangnyakarya- karya tersebut serta terhasilnya hikayat saduran bercorak Arab- Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.

Kesenian.

Berasal daripada perkataan seni yang bermaksud sesuatu yang indah dan menyenangkan sama ada kepada penciptanya atau penatapnya.

Aktivis seni ini dikenali sebagai seniman. Bidang kesenian merupakan bidang yang sangat luas rangkumannya. Keindahan ini dapat dilihat dalam bentuk

o Seni halus, seni rupao Seni tampako Seni persembahano Seni tekstil dan busana dan sebagainya.

Orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam telah membabitkan diri dalam bidang kesenian.

Pembabitan mereka masih dalam lingkungan tradisi Hindu-Buddha.

Candi Contohnya memaparkan pengaruh Hindu-Buddha yang sangat ketara

o Penemuan candi- candi di Lembah Bujang terutamanya Candi Bukit Batu Pahat, Candi Sungai Batu, Candi Bukit Pendiat dan sebagainya telah memaparkan atau membuktikan terdapatnta pengaruh Hindu-Buddha.

o Candi-candi ini bentuknya kecil berbanding candi di Pulau Jawa yang terkenal iaitu Candi Borobodurnya atau Candi di Vietnam yang terkenal iaitu Angkor Watnya.

o Candi- candi ini masih tetap menunjukkan bahawa seni binanya pada waktu itu sangat dipengaruhi oleh tradisi Hindu- Buddha.

140

Page 142: sejarah lengkap

o Selain senibina, hasil ukiran dan arca seperti Avalokiesvara yang ditemui di Lembah Bujang juga menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.

o Kedatangan Islam telah mengubah scenario ini apabila bidang kesenian mula dikaitkan dengan agama tersebut.

o Kesenian ini memaparkan suatu penyataan tentang agama.o Ini bermakna hasil seni selepas kedatangan Islam merupakan gabungan antara

elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan.o Antara kesenian yang sangat menonjol dalam masyarakat Melayu termasuklah

senibina.o Dalam bidang ini orang Melayu telah menghasilkan binaan bukan sahaja tempat

berlindung tetapi turut menonjolkan wajah binaan sesuai dengan kegunaannya.o Antara binaan utama dalam masyarakat Islam termasuklah masjido Binaan ini menjadi tumpuan masyarakat sama ada sebagai tempat untuk menunaikan

solat atau sebagai tempat perkumpulan sosial.

Masjido Mempunyai ciri- ciri khas seperti mihrab mimbaro Telaga atau pencucur air.o Bumbung yang khusus. Semuanya melambangkan binaan tersebut sebagai masjid

dan membezakannya daripada binaan lain.o Antara masjid tertua di Tanah Melayu termasuklah

Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Peringgit dan Masjid Tengkara di Melaka.

Istana

o Ketinggian citarasa seni bina orang Melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.

o Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung.o Tempat persemayaman diraja.o Balai istiadat dan seumpamanya.o Keindahan seni bina ini dapat dilihat pada istana Melakao Setiap binaan sama ada rumah atau istana pula kan dilengkapi dengan berbagai-

bagai hiasan dalaman hasil daripada kemahiran seni ukiran.o Sebelum kedatangan Islam, motif ukiran berdasarkan binatang seperti burung, ayam

dan seumpamanya.o Setelah kedatangan Islam motif ukiran telah berubah kepada motif tumbuh-

tumbuhan, bunga- bungaan dan geometri.o Kemahiran tukang kayu Melayu ini terbukti pada tapak kebudayaan Hindu- Buddha

di Lembah Bujang.

Epigrafio Seperti batu bersurat dan batu nisan.o Batu Bersurat Terengganu contohnya boleh dilihat sebagai satu hasil seni

terutamanya dari sudut seni tulisannya.o Seni tulisan dalam Islam juga dikenali sebagai khat atau kaligrafi.o Pada asasnya tulisan khat ini digunakan sebagai hiasan terutamanya

Di masjid atau madrasah Pada batu nisan

141

Page 143: sejarah lengkap

Barang tembikar Mata wang Pakaian dan sebagainya.

o Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh.

o Tulisan khat yang terdapat di masjid, madrasah mahupun surau lebih merupakan petikan daripada ayat- ayat al-Quran terutamanya surah Yassin, surah al-Fatihah dan lain- lain.

Seni Persembahano Orang Melayu sangat meminati seni persembahan yang merangkumi tarian, drama,

muzik, nyanyian dan wayang kulit.o Malahan dalam banyak keadaan, ketiga- tiga segmen iaitu muzik, tarian dan nyanyian

disepadukan dalam satu-satu persembahan.o Kesenian ini telah berjalan sebelum kedatangan Islam, namun kegiatan ini tetap

diteruskan selepas kedatangan Islam dengan peyesuaian berasaskan ajaran agama.o Tarian dabus yang terkenal di Perak memaparkan pengaruh dari Asia Barat turut

berkembang dalam cabang kesenian ini.o Tarian dabus ini mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan

kepahlawanan Saidina Ali.o Tarain ini ditarikan oleh 22 orang penari mengikut pukulan rebana bebas, rebana

kecil serta gong.o Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga tarian mak inang telah ditarikan

di Istana Melayu pada majlis- majlis tertentu.o Antara nyanyian yang penting dan sanagt ketara menerima pengaruh Islam dan

seterusnya menjadi warisan tradisi orang Melayu ialah nazam atau naban.o Kesenian ini sangat terkenal di Pahang, Terengganu dan Melaka.o Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w para nabi dan

para sahabat.o Di Terengganu, kesenian ini dilakukan oleh kaum wanita dan dinyanyikan pada

majlis perkahwinan, berkhatan serta upacara lain yang bersifat keagamaan.o Pengaruh Islam juga sangat ketara dalam seni dikir yang dinyanyikan dengan

pukulan rebana dan kompang.o Pada kebiasaannya seni kata lagu bercampur antara bahasa Melayu dengan Bahasa

Arab.o Di negeri Johor, pula telah berkembang kesenian ghazal iaitu sejenis puisi Arab yang

memuji- muji kebesarn Islam.

Gaya Hidup. Kesan yang paling ketara kepada masyarakat Melayu Melaka ialah kesan Islam terhadap

sistem hidup orang Melayu secara keseluruhannya. Kesan ini bermula daripada perubahan prinsip kepercayaan atau akidah, membawa

kepada syariah atau seterusnya akhlak. Perubahan akhlak terpancar dalam semua aspek hidup. Di kalangan pemerintah, amalan protokol ( hijabah) yang dijalankan turut

menggambarkan pengaruh bani Umaiyah. Dalam perlantikan dan pertabalan raja sebelum kedatangan Islam salah satu adatnya ialah

pembacaan ciri itu telah dimansuhkan. Sebaliknya terdapat adat lain dalam pertabalan seperti lafaz ikrar oleh sultan dan pembesar.

142

Page 144: sejarah lengkap

Ini merupakn proses baiah yang diajar oleh Islam. Apabila sultan mangkat, pengganti baginda akan dilantik sebelum istiadat pemakaman.

Hal ini ditiru daripada peraturan yang dimulakan oleh para khalifah pada zaman Bani Umaiyah.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional kesan ajaran Islam itu dapat dilihat dari segi

Hubungan antara individu Pertalian kekeluargaan yang rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati. Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri. Terdapat panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga

contohnya Pak Long dan Mak Long. Mereka tidak boleh dipanggil dengan nama sahaja walaupunseringkas mungkin. Apabila teman bertutur itu lebih tua, maka teman yang lebih muda hendaklah

bertutur dengan suaran yang rendah. Para tetamu dilayan dengan hormat dan sering dihidangkan dengan minuman

dan makanan. Orang yang datang berziarah hendaklah member salam dan tuan rumah wajib

menjawabnya. Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam-

salaman. Pada ketika bersalaman, kanak- kanak hendaklah mencium tangan orang yang

lebih tua. Ungkapan Bismillah (dengan nama Allah) mestilah dibaca semasa hendak

makan dan minum. Majlis perkahwinan turut dijalankan secara Islam begitu juga majlis berkhatan

atau tamat mengaji Quran ( khatam ) Majlis- majlis sebegini dan yang lain selalunya dijalankan dengan semangat

gotong- royong di kalangan anggota masyarakat. Nilai perapduan amat ditekankan. Ahli masyarakat sentias berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai

roboh. Perpaduan ini diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan

sedencing seperti besi.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi.

Kedudukan Asia Tenggara di tengah- tengah lalua perjalanan antara Timur dan Barat membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan para pedagang.

Sejak abad pertama masihi lagi muncul kerajaan- kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan seperti

o Funano Srivijayao Kedah Tua dan sebagainya.

Kehadiran agama Islam memperlihatkan pembabitan kerajaan- kerajaan Islam seperti di bawah dalam urusan perdagangan utara-selatan

o Melakao Acheh

143

Page 145: sejarah lengkap

o Bruneio Suluo Johoro Kedaho Kelantano Terengganu

Sejarah ekonomiorang Melayu abad ke-4 hingga ke-15 seringkali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran Negara dan perkembangan agama Islam.

Aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang Melayu telah meransangkan perkembangan yang berkaitan dengannya seperti penggunaan mata wang, percukaian dan seumpamanya.

Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya, malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan ekonomi.

Perdagangan Sejak abad ke-12 hingga 18 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan

Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam. Hal ini mempengaruhi perkembangan di Alam Melayu. Pedagang Melayu turut membabitkan diri secara aktif dalam rangkaian perdagangan

timur dan barat ini. Perkembangan pesat sector perdagangan di kalangan orang Melayu ini sangat berkait

rapat dengan saranan Islam yang menegaskan bahawa aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti ini sewaktu hayat baginda.

Aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang memesatkan proses pengislaman Alam Melayu.

Melaka sebagai Pusat Perdagangan.o Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting.o Walaupun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang seperti rempah ratus, (lada,

bunga cengkih dan sebagainya) yang menjadi permintaan tinggi di kalangan pedagang namun kedudukannya yang sangat strategic membantu perkembangan Melaka.

o Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar perdagangan berjalan lancer.

o Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan Laksamana- menjaga urusan pelabuhan Syahbandar- ketua pelabuhan.

o Undang- undang laut Melaka telah digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutamanya dalam hal ehwal berkaitan dengan tugas- tugas nakhoda, juru audit dan seumpamanya.

o Kepesatan perdagangan di Melaka dapat dibuktikan dengan terdapatnya paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka.

o Dalam aktiviti perdagangan di Melaka, suatu sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan.

o Hal ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang ini diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar.

144

Page 146: sejarah lengkap

o Peratusan timbang dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati.o Antara barangan yang ditimbang dengan sistem ini termasuklah

Emas Perak Bahan wangian Batu permata

o Untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, sistem bahara digunakan iaitu bahara dikira sebagai bersamaan dengan 205 kati.

o Timbangan ini dilakukan dengan mengunakan dachim ( dacing)o Dalam urusan perdagangan, dua kaedah digunakan di Melaka iaitu

Kaedah pertukaran barang Kaedah jual beli.

o Kejatuhan Melaka kepada Melaka meruntuhkan semangat pedagang Melayu.o Sebaliknya aktiviti perdagangan telah diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor

sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu.o Keadaan ini terus berlangsung sepanjang abad ke-17 -18o Selain itu, negeri- negeri lain turut bergiat cergas dalam perdagangan.o Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu juga menjadi pusat perdagangan yang

penting sepanjang abad ke-17 hingga ke 18.

Mata wang.o Pengurusan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan

urusan perdagangan dan jual beli.o Sistem penggunaan mata wang merupakan alternative kepada sistem pertukaran barang

atau barter.o Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah.o Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan

tahil.o Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang tersebut.o Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka serta boleh

ditukarkan dengan mata wang tempatan.o Di Johor pula terdapat mata wang yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai

wang katun.o Mata wang ini berbentuk bulat atau segi enam.o Mata wang ini tidak mempunyai tarikh, namun mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti

Malik atau Sultan al-Adil.o Negeri Kedah juga mengeluarkan mata wang timahnya sendiri sejak abad ke-7o Mata wang ii boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan.o Ada juga matawang diperbuat daripada emas.o Mata wang emas adalah ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke-

16.o Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527 iaitu pada zaman

pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.o Mata wang emas yang digunakan di Kelantan pula dikenali sebagai kijang kerana

terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.o Mata wang emas Johor digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grain (0.65)

dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 graians (2.6 gram )

145

Page 147: sejarah lengkap

o Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.

o Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.

o Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin dan sebagainya.

o Pada masa tersebut, pedagang Eropah telah menggunakan wang perak manakala pedagang India, China dan Arab pula menggunakan emas atau mata wang emas.

Percukaian.o Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang

tertentu atau barang tertentu.o Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan

dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.o Perkembangan aktiviti perdagangan yang pesat di negeri- negeri Melayu turut

memperkembangkan bidang percukaian.o Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang

dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dapat dilakukan.o Cukai di Melaka pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu

Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import )yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.

Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa.

Pedagang dari Jepun dan China pula dikenakan cukai sebayak 5%. Terdapat barang tertentu yang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan. Setelah semua cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazaar-

bazaar yang disediakan di sepanjang Sungai Melaka. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai Orang asing yang datang pula dikenakan cukai diraja sebayak 6%.

Pengaruh Islam yang mendalam di negeri Melaka serta di negeri Melayu yang lain ialah mempengaruhi perkembangan ekonominya.

Amalan riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam. Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang telah dibenarkan menjalankan aktiviti

mereka. Penegasan bersabit amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka. Hal yang sama turut ditekankan dan diimplementasikan dalam Hukum Kanun Pahang. Sejajar dengan perkembangan pesat dalam sector perdagangan, amka pihak pemerintah

telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta. Kutipan zakat ini kemudiannya disimpan oleh baitulmal. Badan ini berfungsi untuk menguruskan harta kerajaan. Harta lain akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai

sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

Pengaruh Islam telah membawa perubahan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat.

Kehadiran Islam Berjaya mengatasi pengaruh tradisi politik, ekonomi dan sosial Hindu Buddha yang sebelumnyatelah bertapak dalam masyaraka tempatan.

Maklumat Tambahan

146

Page 148: sejarah lengkap

Maklumat Keterangan Gelaran “bayangan Allah di muka bumi’

Merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran

Terdapat 3 lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu iaitu:

1. Pemerintahan pusat yang diketuai oleh sultan2. Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh pembesar daerah.3. Pemerintahan kampung yang diketuai oleh penghulu.

Sultan Alaudin Riayat Shah (1477-1488)

Sangat diingati dan dihormati kerana baginda menangkap pencuri yang sangat berleluasa di Melaka pada waktu itu.

Tindakan ini telah membawa keamanan di negeri Melaka dan meninggikan kewibawaan beliau.

Daulat Bermaksud bahawa raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya ( derhaka) akan menerima akibat ( tulah )

Daulah Berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kuasa atau kerajaanAdat perpatih Anak buah memilih Buapak,, buapak memilih Lembaga, lembaga

memilih Undang dan Undang memilih Yamtuan atau Yang Dipertua Besar.

12 suku dalam Adat Perpatih

Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga Batu dan Tiga nenek

Diat Hukuman yang berbentuk denda atau ganti rugi berbentuk harta Hukuman ini dikenakan kepada pembunuh yang membunuh tanpa

sengajaHukum Kanun Melaka Terdapat 44 fasal dan mempunyai 46 naskhah salinan yang disebut

dengan pelbagai nama Undang- undang Laut pula mempunyai 24 fasal

Undang- undang Pahang Telah digubal sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhyidin yang memerintah antara tahun 1592-1614

Undang- undang Kedah Mempunyai 4 bahagian iaitu undang- undang pelabuhan, undang- undang tentera yang bertarikh 1667, Hukum Kanun Dato’Star dan Undang-undang 1784

Undang- undang Perak Juga dikenali sebagai Undang-undang 99 yang dibawa oleh seorang Arab bernama Sayyid Husain al-Furadz pada abad ke-17

Undang-undang Johor Bertarikh 1789 dan didasarkan pada Undang-undang laut dan Hukum Kanun Melaka

Tasawuf Perkataan tasawuf tidak mempunyai makna yang tetap. Namun demikian oleh sebab perkataan ini diambil daripada kata Safa, maka pengertian yang sering digunakan ialah jernih dan suci

Pondok Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab al- Funduq yang bermakna rumah tumpangan

Sistem pendidikan pondok dikenali sebagai pasentren di Jawa dan rangkang di Acheh.

Tokku Pulau Manis Nama sebenarnya Syaikh Abdul Malik bin Abdullah lahir di Kampung Pauh pada tahun 1650-an dan merupakan murid ulama terkenal Acheh iaitu Abdul Rauf Singkel

Selepas menamatkan pengajian di Acheh belai menyambung

147

Page 149: sejarah lengkap

pengajiannya di Makkah pada tahun 1680-an dan kembali ke Tanah Melayu pada 1690-an sewaktu berusia 40-an.

Beliau mempunyai hubungan erat dengan sultan TerengganuAvalokitesvara Digambarkan pada seni arca sebagai dewa yang dihiasi dengan

pakaian yang indah. Cirri utamanya ialah sebuah arca kecil bergelar Amitabha (bapa

rohani) yang terletak di bahagian tengah mahkotanya. Sekiranya dewa tersebut memegang sebuah teratai merah di

tangannya, dewa itu digelar PadmapaniMihrab Suatu ceruk atau tonjolan di hadapan yang menunjukkan arah

kiblat serta tempat untuk imam dalam solat jemaah.Mimbar Pentas di masjid iaitu tempat khatib atau imam khutbahBentuk rumah Melayu Boleh dibahagikan kepada beberapa jenis

1. Rumah perabung panjang merupakan reka bentuk rumah melayu yang tertua

2. Rumah Tiang 123. Rumah Perabung yang banyak terdapat di Melaka dan

Johor.4. Rumah Melaka5. Rumah Minangkabau6. Rumah Limas/Muar

Tulisan khat Antara jenis tulisan khat termasuklah khat thuluth, diwani (ad-diwani), kufi diwani Jali ( al-Jali ad-diwani), farisi ( al-Farisi) nasakh dan riq’ah ( rakaah ) dan al-ijazzah.

Tulisan kufi berasal dari Kufah, Iraq. Bentuk asasnya adalah lurus dan menegak sementara jenis nasakh

pula berbentuk melengkung dan geometri Jenis ini telah muncul pada abad ke-11 di Baghdad

Mata wang Portugis di Melaak telah memperkenalkan mata wang yang bernama bastardos, soldos, dan dinheiros

Sewaktu Belanda di Melaka pula mata wang yang digunakan ducats, lion dollars, rix dollars dan syling Belanda

Riba Faedah atau pemtambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang.

148

Page 150: sejarah lengkap

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

PENGENALAN

Sebelum ini dalam bab 2 kita telah didedahkan dengan usaha dan ketekunan masyarakat dalam membentuk tamadun Yunani dan Rom yang unggul

Kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 M telah membewa kepada berakhirnya zaman ini dan bermulanya Zaman Pertengahan di Eropah.

Zaman Pertengahan sangat penting kerana telah menjai asas bagi suatu usaha perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai Zaman Gelap iaitu

Merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :

Peringkat Awal (476 – 1050 M) Peringkat Kemuncak (1050 – 1300 M) Peringkat Akhir (1300 – 1450 M)

Pada peringkat akhir Zaman pertengahan ini telah muncul Zaman Renaissansce (1350 – 1600 M)

Pada zaman ini berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan mereka kepada perkembangan ilmu

Pada zaman ini orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah

149

Page 151: sejarah lengkap

Pengaruh Barat diteruskan semasa zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme

Zaman Gelap dan ciri-cirinya

Pada Zaman Gelap Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang Ilmu pengetahuan Perdagangan Kehidupan perbandaraan

Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan Pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya. Dunia Islam sebagaimana terbukti pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah dan

Bani Abbasiyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.

Dunia Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam dei meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.

Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah juga turut musnah.

Keadaan yang tidak menentu ini telah membawa kepada kemunculan golongan baron (Tuan tanah).

Dalam keadaan kehidupan yang tidak selamat, golongan petani telah terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.

Sebagai tukaran kepada perlindungan yang diharapkan itu, para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah yang telah memberikan perlindungan kepada mereka.

Para petani yang tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, telah mnyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah jadi mereka terpaksalah menjadi hamba.

Para petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah manakala golongan tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada golongan raja.

Sebagai tukaran (balasan) kepada perlindungan daripada golongan raja, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.

Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dan tuan tanah dan seterusnya raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah.

Ciri-ciri sistem feudal juga terdapat di Negara kita pada suatu masa dahulu Golongan raja merupakan golongan utama dalam sesebuah Negara.

o Contoh sistem feudal dinegara kita Seperti di Barat pada masa dahulu, raja-raja di Negara kita dan Negara

lain di luar Eropah memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.

Raja juga memiliki golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana.

Golongan pembesar tersebut akan memberikan khidmat kepada pihak raja

Rakyat biasa turut memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah. Terdapat juga rakyat yang tergolong dalam golongan hamba.

Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.

Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti

o Vikingo Magyar

150

Page 152: sejarah lengkap

Orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean pada masa itu dikuasai oleh orang Islam.

Orang Eropah tidak berupaya menyaingi penguasaan ini telah terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.

Perniagaan barangan pertanian pula dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana matawang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amatlah terhad.

Zaman Gelap berlaku kerana o Pusat pemerintahan yang lemaho Kegiatan ekonomi yang terhad o Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuano Sifat gereja yang mengongkong.

Zaman peralihan dari zaman gelap ke zaman Renaissance dikenali sebagai zaman kemuncak pertengahan. Pada zaman ini

o Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal serta menjadi egen penyatuan.

o Telah berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil Penambahan penduduk Peningkatan aktiviti pertanian Kemunculan perdagangan

o Keadaan ini telah membawa kepada kemunculan Bandar- Bandar seperti Venice Milan Florence

o Perkembangan Bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada

Artisan Pedagang Ahli perbankan Dengan kewujudan keadaan baru ini, status sosial seseorang itu tidak lagi

berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Perubahan politik pula berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam aktiviti

atau urusan politik. Penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang

diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat. Hal ini dengan sendirinya telah memberikan hak politik kepada rakyat

dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance (1350-1600) Zaman kemuncak pertengahan telah diikuti oleh zaman Renaissance. Istilah renaissance berasal dari perkataan Itali iaitu renisciment yang bermaksud ‘

kelahiran semula” Istilah ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh

cendikiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaamn gelap dan kegemilangannya

telah muncul dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance. Asas zaman ini ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk

menyelesaikan permasalahannya Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme

151

Page 153: sejarah lengkap

Bapa humanisme ialah Francisco Petrarch. Tokoh Renaissance yang lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio ( 1313-

1375) Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan

mereka untuk meneroka bidang dan kawasan baru menunjukkan bahawa manusia Renaissance sememangnya didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat.

Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan kemudiaanya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira- kira abad ke-17.

Zaman Renaissance di Itali Di Itali telah muncul Bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan

antarabangsa seperti Venice Genoa Florence Rom Milan

Dari segi geografi kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh laut Mediterranean

Kedudukan ini telah menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa.

Bandar pelabuhannya yang terkenal ialah Venice dan Genoa. Di sinilah pertembungan budaya, bahasa dan agama berlau yang terus menjadikan Itali

sebagi pusat perkembangan idea baru. Aktiviti perdagangan ini telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya. Mereka telah menggunkan kekayaan untuk mengindahkan Bandar dan menjadikannya

tumpuan para seniman dan cendikiawan. Golongan pedagang kaya ini kemudiannya patron atau penaung kepada para pelukis, ahli

muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence Golongan patron ini telah berusaha menarik seniman dan cendikiawan yang terbaik

dalam pelbagai bidang ke Bandar masing- masing. Maka berlakulah persaingan antara Bandar – Bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh

cendikiawan dan Renaissance. Pada masa yang sama bagi tujuan menyiapkan tugasana atau kerja masing- masing, para

seniman dan cendikiawan ini sering berkunjung dari Bandar ke Bandar. Jadi kegiatan mereka ini secara tidak langsung telah membantu menyebarkan idea

Renaissance ke merata tempat di Itali. Selain golongan kaya, Paus di Rom juga trut menjadi penaung kepada para seniman dan

cendikiawan. Golongan penguasa gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian Bandar seperti

Florence serta kuasa yang dipegang oleh kuasa Medici. Golongan gereja juga berhasrta untuk menjadikan Rom cantik dan menarik seperti

Florence. Tetapi pihak berkuasa gereja menghadapi masalah kerana mereka tidak bersedia

menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan sainstis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh gereja katolik.

Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirical serta penggunaan akal dan lojik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.

Sebaliknya pihak gereja terus menekankan penjelasan tradisional

152

Page 154: sejarah lengkap

Lantas konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti berlaku dalam kes Galilio Gallilei

Oleh kerana gereja mencurigai para saintis maka mereka telah memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja.

Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal pada masa itu seperti Leonardo da Vinci, Rathael dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan Katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan.

Pada masa inilah Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina. Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah ke Florence ke

Rom. Pada zaman pertengahan, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan pengukir

tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka bekerja secara sendirian. Bakat masing- masing mula dapat dilihat secara jelas. Kemahiran mereka mula dihargai dari segi nilai kesenian. Suasana sosial juga mempengaruhi para pelukis sendiri. Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelengelo ingin dikenali secara

individu iaitu sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan sebegini dikenali sebagai individualisme Pada masa yang sama penekanan ekpada keupayaan individu telah juga membawa

perubahan kepada konsep pendidikan Zaman gelap memberikan penekanan kepada pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu

tertentu. Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual seperti

fizikal pada kalangan individu. Leonardo Da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukira

agung, mereka juga disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.

Itali merupakan pusat Renaissance namun tokoh Renaissance juga muncul di beberap buah Negara Eropah yang lain.

Di England muncul tokoh pemikir seperti Thomas More ( 1478-1535) Francis Becon ( 1561-1626) William Shakespeare ( 1564-1616)

Kesan Zaman Renaissance

Zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri – semangat ini telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang iaitu bidang seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial.

Bidang Politik.o Perkembangan yang signifikan pada zaman ini ialah kemunculan monarki baru o Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan

pusat dan kesatuan kebangsaan.o Kekuasaan monarki ini telah diperkukuhkan lagi dengan amalan pembayaran

cukai secara langsung kepada kerajaan pusato Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka dengan sendirinya kuasa gereja dan

kuasa golongan bangsawan bertambah kurang.o Monarki baru terdapat di

153

Page 155: sejarah lengkap

Portugal Castile Aragon ( Sepanyol) England Peranchis Belanda

Bidang ekonomi.o Memperlihatkan kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.o Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluaso Kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang

berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi.

o Semangat Renaissance menekankan ciri- ciri inkuiri, keobjektifandan eksperimen jelas telah bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.

Bidang Sosial

o Zaman ini menampakkan unsur- unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia.

o Manusia pada zaman ini lebih bersedia menzahirkan emosi mereka o Pengzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam muzik, lukisan dan ukiran

yang dihasilkan.o Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang

menyuburkan keyakinan dirio Berlakunya perubahn sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran

logik, sainstifik, falsafah dan metafizik.o Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.o Zaman ini telah melahirkan “ manusia renaissance” yang mempergunakan sepenuhnya

keupayaan minda dan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan mereka.

Salah satu pengajaran yang dapat kita raih daripada zaman ini ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

Gerakan Reformation. Merupakan gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16 Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud ‘melaksanakan

perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru’

Gerakan ini mempunyai kaiatan dengan agama Kristian. Kritikan terhadap Gereja Katolik wujud sejak abad ke-10 lagi. Namun tanpa sokongan gereja, penentangan mereka tidak menimbulkan kesan yang

mendalam. Kritikan atau penentangan telah timbul lagi apabila pihak gereja telah meningkatkan

usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali.

154

Page 156: sejarah lengkap

Walaupun usaha gereja ini hampir menemui kejayaan namun dalam proses tersebut, banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan telah berlaku.

Ramai ahli masyarakat telah mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.

Mereka berpendapat cara hidup yang menjadia amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan apa yang disarankan oleh kitab Bible.

Golongan penguasa Gereja dikatakan lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan.

Gaya hidup mereka dianggap tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan. Terdapat unsur penyelewengan yang tidak disenangi oleh banyak pihak iaitu penjualan

sijil Indulgence iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.

Kegiatan penjualan sijil ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Reformation di Jerman.o Reformation yang bermula di Jerman kerana gerakan Renaissance di sini bersifat

keagamaan walhal gerakan di Itali bersifat keduniaano Kejayaan gerakan reformation di Jerman telah dibantu oleh mesin cetak ciptaan

ciptaan Johann Gutenbergo Dengan adanya mesin cetak, Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan

murah.o Pada tahun 1517, Martin Luther professor ilmu teologi di sebuah universiti

berhampiran Wittenburg di Jerman mula mengambil langkah menentang amalan indulgence.

o Dalam amalan pengibadatan pula Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya.

o Pendirian Luther ini mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud ‘membantah. Tindakan Luther mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman katolik dan golongan paderi dan kewujudan mazhab Protestan menandakan bermulanya Zaman reformation yang beterusan hingga pertengahan abad ke-16

o Dalam tempoh tersebut mazhab protestan pimpinan Luther itu ( juga dikenali mazhab Lutheran) telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

o Di Switzerland pula gerakan itu pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli ( 1484-1531)

o Tetapi setelah beliau meninggal dunia gerakan ini dipimpin oleh John Calvin ( 1509-1564)

o Dalam arus perkembangan aliran Protestan, masih ada yang mahu mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik.

o Golongan ini mengendalikan Counter Reformation sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.

o Counter Reformation ini bermaksud “menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru’

Kesan Zaman Reformation. Telah menimbulkan kesan yang mendalam terhadap Eropah.

Bidang Keagamaan.

155

Page 157: sejarah lengkap

o Zaman ini telah menyebabkan Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing- masing. Contohnya perang keagamaan yang berlaku di Peranchis antara tahun 1562-1598 dan perang 30 tahun ( 1618-1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden.

o Perbalahan agama telah mengakibatkan kemusnahandan peperangano Masyarakat Eropah pada masa itu tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.o Walaubagaimanapun, kesan jangka panjang peristiwa ini ialah timbulnya sikap toleransi

antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu dari segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka.

o Dari sini kita perlu menyedari bahawa hanya dengan wujudnya kesatuan pendapatlah, maka sebuah kehidupan yang murni dapat dibina dan tamadun dapat berkembang dengan sempurna.

o Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka.o Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurangan disebabkan monarki ingin

membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

Maklumat Tambahan

Maklumat Keterangan Magyar Suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara

suku kaum Urgila dengan Turki. Kaum ini menduduki Hungary mulai abad ke-9 dan menjadi ancaman

kepada Eropah Barat. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Raja Otto I dalam Pertempuran

Lechfeid pada tahun 955 M.Viking Suku kaum daripada Norway, Sweeden dan Denmark.

Mulai abad ke-9, gerombolan mereka ini mula bergerak ke arah Rusia dan Eropah Utara. Peringkat awal pergerakan itu mereka merompak dan mengancam pusat-

pusat pemerintahan yang ada pada ketika itu. Dalam pergerakan seterusnya, mereka telah melakukan penaklukan dan

penjajahan.

Francesco Petrarch ( 1304-1374)

Minat beliau terhadap ilmu membawa kepada penubuhan sebuah perpustakaan

Perpustakaan ini mengandungi koleksi karyaagung zaman Yunani dan Rom yang diterjemah oleh cendikiawan Islam dan sesetengahnya pula oleh paderi- paderi katolik.

Setelah membaca karya- karya tersebut, beliau menadapati wujud pelbagai pandangan dan pendapat yang bercanggah.

Dengan ini Petrarch memutuskan bahawa apabila terdapat percanggahan idea, penyelesaian terbaik adalah dengan memerhati sendiri perkara yang telah dan akan ditulis.

Dengan ini, wujud kaedah baru iaitu sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.

Niccolo Machiavelli

Dalam bukunya The Prince ( Penguasa ) beliau menyarankan seseorang raja harus mempunyai kuasa yang mutlak.

156

Page 158: sejarah lengkap

( 1469-1527) Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukannya disayangi oleh rakyat. Rakyat harus mmeberikan kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau

pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik. Falsafah politik beliau ini yang penuh konntroversi telah mnegukuhkan

nasionalisme dan membuka jalan ke arah pembentukan Negara bangsa di Eropah.

Patron Sumbangan penaung ini kepada warisan sejarah Bandar- Bandar di Eropah dapat kita lihat pada hari ini.

Sekiranya wujud penaung seperti itu di Malaysia kita akan dapat memulihara warisan Negara.

Perselisihan Galileo Galilei ( 1564-1642)

Beliau telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus ( 1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam.

Pertentangan ini telah menyebabkan belaiu dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1635.

Katedral Merupakan gereja besar di bawah bidang kuasa seorang bishop.Leonardo da Vinci ( 1452-1519)

Beliau menjadi contoh terbaik manusia Renaissance yang ideal dalam membangunkan dan membina bakat seseorang.

Beliau adalah versatile, menguasai kesemua bidang ilmu termasuklah seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi, serta perang dan strategi ketenteraan.

Beliau telah mendahului zamannya serta mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari jawapan bagi segala kejadian alam.

Beliau memenuhi buku catatannya dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal, antaranya termasuklah busur panah gergasi yang digerakkan dengan menggunakan roda.

Tokoh- tokoh Zaman Reinassance

Muzik- Johann Sebastian Bach ( 1685-1750) Lukisan – Minchelangelo ( 1475-1564) Raphael (1483-1520) Ukiraan- Ghiberti ( 1378-1455) Sains- Nicholas Copernicus ( 1473-1543), Galileo Galilei ( 1564-1642)

Tokoh Counter Reformation

St Ignatius Loyola (1491-1556)o Merupakan bekas askaro Beliau menjadi paderi setelah menghabiskan banyak masa

membaca tentang kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan kecederaan ketika berperang.

o Beliau telah mengamalkan disiplin diri dan hidup secara sederhana.

o Amalan ini menjadi ikutan paderi muda yang lain.o Mereka ini dikenali sebagai Jesuit dan menjadi pemimpin dalam

kerja kebajikan dan pendidikan.o Seorang tokoh Jesuit terkenal yang ditugaskan menyebarkan

agama tersebut ke Timur ialah St. Francis Xavier ( 1506-1552)

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur.

Pada abad ke-16, mereka telah aktif menjelajah ke beberapa buah kawasan di luar Eropah.

157

Page 159: sejarah lengkap

Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah.

Sebelum orang Eropah sendiri berjaya sampai ke Timur, barangan dari Timur hanya diperolehi dari Istanbul.

Penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453 menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melalui laluan ini.

Orang Eropah telah berikhtiar mencari laluan alternative ke Timut. Ini telah mendorong mereka meneroka Lautan Atlanti dan akhirnya mereka telah berjaya

menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur. Ini jelas menggambarkan kepada kita bagaimana masyarakat Eropah pada

masa itu begitu berani dan optimis sehinggakan mereka sanggup menyambut cabaran untuk mencari jalan penyelesaian apabila mereka berhadapan dengan masalah yang menyekat perkembangan ekonomi mereka.

Penemuan Jalan Laut dan Dunia Baru.

Sebab- sebab penjelajahan

Antara faktornya ialah desakan ekonomi dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan

rempah ratus dari timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang banyak

bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini. Sepanyol telah menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin, walaupun kuasa ini

turut menjelajah ke Timur. Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol. Kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin. Kedua- dua kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan

tanah jajahan. Persaingan ini akhirnya telah menyebabakn pihak Paus di Rom menggesa kedua- dua

kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh masing- masing. Termeterainya Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 di mana

o Kawasan ke Timur dari Kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik telah dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol

Antara pelaut unggul pada zaman itu termasuklah Christopher Columbus- beliau merupakan orang Eropah pertama sampai ke Amerika.

Dalam pelayaran ke Timur pula salah seorang pelayar terkenal pada masa itu ialah Ferdinand Magellan.

Beliau telah terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalanan menuju ke Kepulauan Maluku.

Pada masa itu perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan raja mereka.

Inilah satu-satunya faktor penting yang mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah ke Timur.

158

Page 160: sejarah lengkap

Sepanyol dan Portugal juga dua buah Negara Katolik yang mempunyai pengaruh gereja yang kuat.

Pihak penguasa gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut.

Sepanyol yang pernah dikuasai oleh Islam pada masa dulu begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.

Faktor keagamaan turut memainkan peranan dalam aktiviti penjelajahan ini. Monarki baru di England, Peranchis dan Belanda turut menggalakan penjelajahan

dunia di luar Eropah. Penjelajahan orang Eropah pada masa tersebut sering diuruskan dengan kata- kata

Gold, Glory, dan Gospel

Kesan- kesan Penjelajahan Terhadap Masyarakat Setempat.

Bidang Politiko Banyak pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil

kuasa Eropah.o Perjanjian itu secara langsung atau tidak telah mengiktiraf kekuatan kuasa

Eropah.o Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam telah diwujudkan

di1. Belanda2. Great Britain.3. Peranchis4. Denmark.

o Antara syarikat- syarikat berpiagam yang Berjaya termasuklah 1. Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC)2. Syarikat Hindia Barat Belanda ( WIC)3. Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC)

o Syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah ke 1. Carribean2. Latin Amerika3. Afrika4. India5. Asia Tenggara6. Asia Timur.

o Peranan syarikat berpiagam yang ditubuhkan di Peranchis dan Denmark tidak begitu terserlah seperti peranan VOC dan EIC.

Bidang Ekonomio Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat

Eropah.o Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal.o Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya

hidup masyarakat di Eropah.o Jalan pelayarn perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang

dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam dan Arab kini telah dikuasai oleh Portugal.

159

Page 161: sejarah lengkap

o Malah laluan yang dikuasai itu bukan sahaja meliputi jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi tetapi juga di Laut China Selatan iaitu di China dan Jepun.

Bidang Sosialo Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.o Di beberapa daerah, masyarakat pribumi juga menerima agama Kristian yang

dibawa oleh mubaligh Kristian.o Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di

Dunia Baru dan Asia.o Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan telah berjaya

menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.

o Penghijrahan beramai- ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.

o Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin ( Dunia Baru) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak.

o Bagi golongan gereja pula, Dunia Baru itu dianggap tempat untuk menyebarkan agama Kristian.

o Penyebaran itu berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat peribumi.o Para pemodal Sepanyol pula telah mengekploitasi buruh peribumi untuk bekerja

di lombong dan di ladang mereka.

Dalam bahasa Sepanyol penjelajahan dan penaklukan Sepanyol dikenali sebagai conquista dan para penaklukannya sebagai conquisadors.

Brazil telah dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal. Di Timur tidak terdapat petempatan orang Sepanyol atau orang Peranchis secara besar-

besaran. Di Filipina dipengaruhi oleh Sepanyol. Melaka dan Goa pula diduduki oleh Portugal. Segala perkembangan di Eropah dari zaman Reinassance hingga ke Zaman Penjelajahan

dan Penerokaan telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya penerokaan.o Ilmu pengetahuano Semangat inkuirio Kegigihan usahao Keberanian meneroka lautan serta daratan.

Segalanya dikendalikan oleh mereka tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi Sifat dan semangat inilah yang telah menyebabkan masyarakat Eropah pada masa itu

terutamanya Sepanyol dan Portugal telah dapat mengembangkan pengaruh mereka ke Amerika Latin dan Asia.

o Sifat dan semangat positif yang sedemikian itulah yang harus dijadikan iktibar dan amalan kehidupan generasi masa kini.

o Biarpun keadaan dunia sudah jaun berubah, semangat dan kegigihan seperti yang telah dipamerkan oleh peneroka dan penjelajahan masa lampau tetap boleh memanfaatkan ahli masyarakat kini dalam bidang masing- masing.

REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

160

Page 162: sejarah lengkap

Revolusi- merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh.

hal ini boleh berlaku dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Revolusi dalam sesuatu bidang akan memberikan kesan kepada bidang lain atau

kehidupan manusia secara keseluruhannya. Conntoh, revolusi politik ialah apabila terdapat satu kebangkitan yang menukarkan

sistem pemerintahan contohnya daripada zaman Kolonial kepada pemerintahan Pribumi. Kadang- kadang revolusi berlaku dalam masa yang agak lama dan secara berterusan. Revolusi Perindustrian, contohnya tidak berlaku secara mendadak dalam sehari dua atau

sebulan. Negara pertama di dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian ialah Britain. Sebelum itu terdapat Revolusi Pertanian. Revolusi Perindustrian telah dianggap sebagai saru revolusi yang menyediakan asas bagi

Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Bidang Pertanian. Sebelum berlakunya Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan telah dikendalikan secara

kecil- kecilan. Pengeluaran makanan secara besar- besaran semasa Revolusi Pertanian telah dapat

dilakukan kerana wujudnya beberapa faktoro Terdapatnya perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanaho Terdapatnya penggunaan kaedah atau teknik saintifik- teknik ini merangkumi

penanaman yang lebih efisien.o Terdapat kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Pemilikan Tanah Persendirian. Sebelum revolusi terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu

o Sistem Pemilikan Tanah Persendiriano Sistem Pemilikan Tanah Awam.

Tanah milik persendirian secara umumnya dipunyai oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya juga merupakan tanah yang dimiliki oleh orang

perseorangan Tetapi rakyat biasa di Britain diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan tanah

awam itu. Tanah tersebut digunakan untuk:

o Bercucuk tanam secara kecil- kecilano Memelihara ternakano Memburu binatango Memancing di tempat terdapatnya sungai dan tasik.

Dalam masyarakat lama, penggunaan tanah awam secara beramai- ramai tidaklah merupakan satu masalah.

Malah amalan tersebut juga mempunyai fungsi sosial kerana amalan ini member peluang kepada orang biasa untuk menampung kehidupan harian mereka.

Dalam keadaan Negara Britain menghadapi masalah pertambahan pemduduk, hasil pertanian perlulah ditingkatkan.

Oleh sebab itu tuan- tuan tanah yang dahulunya membiarkan tanah mereka digunakan oelh rakyat jelata kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar- besaran.

Pada masa itu iaitu pada abad ke-18 harga gandum kian meningkat. Terdapatlah usaha daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut.

161

Page 163: sejarah lengkap

Tuan-tuan tanah telah mendapatkan kelulusan daripada daripada parlimen bagi menguatkuasakan proses tersebut.

Antara tahun 1761-1792 hampir 500 000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.

Terdapat beberapa implikasi penting daripada peristiwa ini. Kini telah tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman

besar- besaran. Kawasan pertanian inilah dinamakan ladang. Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung

kehidupan mereka, kini telah kehilangan punca rezeki. Golongan petani- petani kecil ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Apabila berlakunya Revolusi Perindutrian di Britain, mereka telah berhijtah ke

kawasan Bandar dan menjadi buruh kilang. Kegiatan pertanian dikendalikan secara besar- besaran bagi memaksimumkan

keuntungan.

Kaedah dan Ciptaan Baru Dalam Pertanian.

Kaedah dan ciptaan peralatan telah membolehkan penanaman dilakukan secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan.

Kaedah baru yang digunakan ialaho Penanaman Secara Bergilir.

Sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim.

Tanaman yang berbeza menggunkan nutrient tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur.

Tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya. Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

o Penanaman dicipta oleh Jethro Tull Untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini membolehkan lubang digali secara serentak. Ini telah dengan sendirinya membolehkan penugalan serta penanaman biji

benih dilakukan dengan lebih pantas.

Pertanian Komersial. Apabila cara menanam telah direvolusikan, maka kuantiti hasil pertanian telah dapat

dipertingkatkan. Seterusnya baja asli juga digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman

lebih subur dan hasil pertanian bertambah. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan

produk Setelah para peladang menggunakan produk yang telah dihasilkan itu untuk keperluan

harian mereka, masih terdapat bakinya. Oleh itu baki atau lebihan tersebut telah diperdagangkan.

Maklumat Tambahan.Maklumat Penerangan. Pemerintahan Raja Sepanyol- Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon.

162

Page 164: sejarah lengkap

Sepanyol dan Portugal

Raja Portugal- Putera Henry yang terkenal sebagai Henry Pelaut ( 1394-1460)

Pangakalan Penjajah

Bandar pelabuhan utama di sepanjang lalaun kapal dari Timur ke Barat dan bangsa Eropah yang menguasainya

o Goa- Portugiso Madras – Inggeriso Calcutta- Inggeriso Pulau Pinang- Inggeriso Singapura- Inggeriso Melaka- Portugal/Belanda/Britain.o Batavia- Inggeriso Macao- Portugis

Contoh Revolusi Politik

1789- Revolusi Peranchis: perubahan daripada sistem monarki kepada demokrasi Borjuis.

1911- Revolusi China: perubahan daripada sistem monarki kepada sistem republik.

1917- Revolusi Rusia: perubahan daripada sistem monarki kepada sistem komunis.

1949- Revolusi Indonesia: perubahan daripada sistem kolonial keapada sistem pribumi.

Sistem Penggiliran Tanaman

Lord Townshend (1674-1738) tuan punya ladang yang luas telah mengubah kaedah perladangannya dengan mencuba sistem tanaman giliran.

Daripada percubaannya, beliau mendapati Semanggi, Clocver dan Turnip amat sesuai ditanam secara bergilir dan beliau memperolehi pulangan yang lumayan daripada sistem tersebut.

Beliau juga mendapati turnip merupakan tanaman terbaik berbanding semanggi.

Beliau telah menggalakkan para petani menggunakan sistem ini dengan menanam turnip sebagai salah satu tanaman yang digilirkan.

Thomas William Coke ( 1752- 1842) pula telah memperbaiki sistem penggiliran itu dan mendapati hasil pertanian dan pulangannya berlipat ganda.

Rekaan Mesin dalam Industri Tekstil

1733- Flying Shuttle rekaan John Kay (1704-1764) telah mempercepatkan kerja menenun kain. Rekaan ini menyebabkan bekalan benang untuk kerja tenunan perlu dipertingkatkan. Oleh itu, mesin pemintal berikut telah direka.

1765- Spinning Jenny rekaan James Hargreaves ( 1720-1778) 1765- Water Frame rekaan Sir Richard Arkwright ( 1732-1792) 1790- Mule rekaan Samuel Crompton ( 1753-1827) Menjelang tahun 1790 dengan perantaraan mesin-mesin di atas

pengeluaran tekstil telah meningkat sepuluh kali ganda dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 1770.

PERKEMBANGAN BIDANG PERINDUTRIAN.

Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain adalah dari segi penyediaan modal.

163

Page 165: sejarah lengkap

Para peladang menjadi hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian.

Kesediaan mereka untuk melaburkan modal ini juga menggambarkan perubahan sikap. Mereka sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru

yang belum pasti menjamin pulangan. Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan untuk menampung

permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan terdapatnya bekalan makanan ini, Britain tidak perlu terlali bergantung pada

pengimportan bahan tersebut dari luar. Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan

perkembangan industri dalam Negara. Revolusi Pertanian telah menyediakan asas pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta semangat dan kegiatan keusahawanan

juga membantu perkembangan perindustrian. Gabungan antara kedua- dua faktor ini dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan

Boulton. Data kreativiti semangat inovatif serta kegiatan keusahawanan ini terdapat ramai lagi

tokoh di Britain sepanjang Revolusi Perindustrian. Inilah ciri- ciri yang telah mendasari dan mendinamiskan kemajuan di Britain pada masa

tersebut.

Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan Kegiatan pertanian telah banyak berubah setelah terdapatnya kaedah dan ciptaan baru. Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-

kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin, maka pengeluaran barangan telah

dapat dihasilkan secara besar- besaran melebihi paras keperluan penguasaha itu sendiri. Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah

diperdagangkan atau dikomersialkan. Revolusi Perindustrian ini merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala

pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Pengkhususan Pengeluaran. Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industry mereka

dalam terlalu banyak bidang. Ini telah mendorong mereka untuk menjurus atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja

seperti bidang tekstil. Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri kerana para

majikan dan pekerja menjadi kian mahir dalam bidang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing- masing dalam bidang tersebut.

Hasil daripada usaha membaiki prestasi ini, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan.

Apabila kuantiti produk industry dapat ditingkatkan, maka produk tersebut telah dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Penggunaan Teknologi. Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran telah

dikendalikan dengan menggunakan

164

Page 166: sejarah lengkap

o Tenaga manusiao Tenaga binatango Air

Contohnya sebelum enjin berkuasa wap untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya.

Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak. Manusia dan binatang boleh mengalami kepenatan yang mengakibatkan kerja atau

tugasnya tidak boleh dikendalikan secara berterusan. Apabial mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan

atau di darat, masalah keletihan ini dapat diatasi. Ini bermakna apabila para penguasaha menggunakan mesin, barangan dapat dikeluarkan

dalam kuantiti yang banyak. Kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah. Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut mudah dipasarkan kepada

masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi. Barangan tersebut boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa. Apabila sesuatu barangan tersebut dapat menembusi pasaran antarabangsa, para

usahawan boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan. Dengan keuntungan tersebut, para usahawan bukan sahaja dapat menampung segala kos

pelaburannya, tetapi juga boleh menggunakan sebahagian daripada keuntungan itu untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka.

Pelbagai mesin yang telah direka pada Zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi awal ialah tenaga wap.

Penghasilan tenaga wap telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu. Dari segi ini, Negara Britain beruntung kerana mempunyai sumber atau bekalan arang

batu yang banyak. Kepentingan arang batu pada peringkat permulaan Revolusi Perindustrian boleh

dibandingakn dengan kepentingan minyak pada zaman sekarang. Arang batu itu sendiri hanya dapat dilombong atau digali dengan mudah dan efisien

apabila terdapat rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai. Mesin tersebut yang direka oleh John Newcomen telah memanfaatkan tenaga wap hasil

pembakaran arang batu. Satu perubahan boleh mendatangkan atau mengakibatkan beberapa perubahan lain. Penggunaan kuasa wap juga amat membantu perkembangan sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan semasa permulaan industry ialah

keretapi dan kapal laut. Jentera dan enjin yang mengendalikan keretapi dan kapal laut para era Revolusi

Perindustrian. Jentera yang mengendalikan keretapi dan kapal laut menggunakan tenaga yang dihasilkan

daripada pembakaran petrol.

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

o Pertanian sebagai Punca Ekonomi. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan. Kegiatan utama ekonomi pada masa itu ialah penanaman bijiran seperti gandum,

jagung dan sebagainya. Lebihan produk pertanian yang dihasilkan telah dieksport dan ini membolehkan para

peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.

165

Page 167: sejarah lengkap

Revolusi Pertanian juga telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian.

Pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada masa itu. Apabila Revolusi Perindustrian tercetus beberapa kesana atau perubahan lain telah

berlaku dalam bidang sosial dan ekonomi. Revolusi Perindustrian, kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula

menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang ekonomi Negara. Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding

sebagai buruh pertanian. Perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai lapisan

rakyat Britain. Seiring dengan perubahan ekonomi ini terdapat juga perubahan sosial. Contohnya

kedudukan tuan- tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah digantikan oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

o Peningkatan Perdagangan Antarabangsa Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian dan revolusi Perindustrian tidak

dapat dipasarkan semuanya di dalam Negara. Produk tersebut terpaksa diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan

keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antabangsa ini dengan agak mudah

kerana negara ini merupakan negara penjajah yang utama serta kuasa maritime yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19.

Perdagangan antarabangsa mempunyai dua komponen yang penting dan saling melengkapi iaitu eksport dan eksport.

Bagi membolehkan indsutri Britain berkembang maju, negara ini memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan.

Bagi menampung keperluan perdagangan import dan eksport ini sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan.

Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi. Pada masa yang sama sumbangan sektor pertanian berkurangan.

o Kemajuan Bidang Pengangkutan. Pengangkutan domestik di Britain bergantung kepada kereta kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan raya telah dibaiki dari

masa ke masa. Oleh sebab baj juga digunakan, maka kilang- kilang awal di Britain juga terdapat

berhampiran dengan sungai dan sistem pengairan atau terusan. Perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan

penggunaan keretapi. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak tersebut boleh dipacu dengan lebih laju

dan enjin itu boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan juga pekerja kilang.

Pada mulanya rek keretapi diperbuatkan daripada kayu, kemudian daripada besi dan selepas itu daripada keluli.

Para pemodal yang berwawasan telah melabur dalam sector ini dan akhirnya mendapat keuntungan yang besar.

Kejayaan sector ini juga mencerminkan kepada kita peri perlunya kombinasi antara ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang pelaburan modal.

166

Page 168: sejarah lengkap

Sekiranya sistem pengangkutan darat telah direvolusikan oleh kemunculan keretapi, sistem pengangkutan laut pula telah direvolusi oleh kemunculan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Revolusi pengangkutan yang dicerminkan oleh keretapi dan kapal berkuasa wap ini membuktikan dengan jelasnya betapa luas dan dinamiknya kesan rekaan enjin berkuasa wap.

o Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan. Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam bidang

pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian bertambah kurang.

Sebaliknya, muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin- mesin.

Penggunaan mesin memerlukan pembinaan kilang. Jadi revolusi Perindustrianlah yang telah memperkenalkan sistem perkilangan.

Pada peringkat awal Revolusi Perindustrian, kilang yang paling banyak terdapat ialah kilang tekstil.

Pada peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.

Golongan pekerja atau golongan bawahan ini tidak semestinya dapat menyesuaikan diri mereka secara mudah dengan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.

Contohnya, selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit tradisional tidak lagi diperlukan.

Apabial berdepan dengan keadaan yang mencabar, sebahagian daripada para pekerja mahir ini telah memprotes dan memusnahkan mesin- mesin pemidang yang digunakan dalam pembutan stoking dan renda.

Salah satu kegiata memprotes begini pada awal abad ke-19 dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

Lama- kelamaan semua pihak mula sedar bahawa penggunaan mesin dalam industry pembuatan tidak dapat disekat lagi.

Seterusnya dari masa ke masa mesin yang lebih besar dan kompleks telah kian bertambah hingga ke hari ini.

Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat Akta Antipenggabungan (Anti Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.

Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.

Larangan ini telah menyulitkan para pekerja kerana tidak semua majikan bersikap timbangrasa kepada pekerja mereka.

Pada masa ini kanak- kanak di bawah umur 10 tahun seing dieksploitasi di kilang dan di lombong arang batu.

Mereka bekerja melebihi 10 jam sehari. Pada zaman itu, majikan yang terpengaruh dengan falsafah dan sistem ekonomi

bebes bekerja keras agar campurtangan kerajaan dihindarkan daripada kegiatan ekonomi.

Bagi mereka tara gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata- mata.

Keadaan perburuhankian bertambah baik apabila terdapatnya peningkatan kesedaran tentang hal ini di kalangan lapisan masyarakat.

167

Page 169: sejarah lengkap

Pada tahun 1824, Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.

Pada dekad- dekad yang berikutnya, pelbagai akta telah diluluskan oleh parlimen demi memastikan kesejahteraan turut terbela.

Dengan ini, para majikan tidak boleh lagi bertindak sewenang- wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata.

IMPREALISME BARAT DI ASIA.

Imprealisme boleh diertikan sebagai penguasaasesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah.

Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Fenomena sebegini memang boleh dikatakan telah berlaku dari zaman awal Eropah,

semenjak zaman Rom. Pada abad ke-15 dan ke-16 didapati kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah menakluk

daerah di Asia dan Amerika Latin. Kegiatan negara kuat mengeksploitasi negara lemah ini berlaku dengan lebih rancak lagi

selepas Revolusi Perindustrian di Eropah. Pengeksploitasian ini walau bagaiamanapun turut membawa suatu unsure baru. Sebelum Revolusi Perindustrian ekonomi negara di luar Eropah yang dijajah tidak

distrukturkan semula untuk memenuhi kehendak ekonomi negara penjajah. Kuasa barat pula pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah ratus,

emas dan perak sahaja. Sebaliknya pada Zaman Revolusi Perindustrian negara seperti Britain kemudian Belanda

dan negara Eropah yang lain mempunyai matlamat atau dasar untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.

Mereka mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dan dalam kuantiti yang banyak serta secar berterusan daripada tanah jajahan.

Struktur ekonomi di daerah yang dijajah telah diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial.

Sesetengah pengkaji mahu membezakan dasar baru daripada dasar yang terdapat pada abad ke-14 dan ke-15.

Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 juga diistilahkan sebagai Imprealisme Baru.

Faktor- Faktor Yang Mendorong Kedatangan Kuasa- Kuasa Barat Ke Asia. Selain matlamat untuk mendapatkan bahan mentah seperti yang diperkatakan di atas,

negara perindustrian Barat menjelajah Afrika dan Asia untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing- masing.

Britain merupakan negara perindustrian dan kuasa maritim yang terulung pada masa itu, Britain telah mendahului negara- negara Eropah yang lain.

Setelah Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah, negara seperti Jerman, Belanda, Perancis dan Itali juga menjadi kuasa Imperealis.

Revolusi pengangkutan yang berlaku dengan kewujudan sistem jalan keretapi dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.

Hasil kedua- dua revolusi ini, negara Eropah yang mempunyai teknologi yang jauh melebihi negara di Asia dan Afika ini telah berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan daerah masing- amsing di Asia dan Afrika.

Menjelang tahun 1830, saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat kian kritikal kerana negara- negara tersebut telah melindungi industri mereka dengan peraturan tarif masing- masing.

168

Page 170: sejarah lengkap

Jadi Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan juga Afrika memandangkan barangan Britain tidak lagi dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah seperti dahulu.

Terdapat di kalangan ahli masyarakat Barat yang juga berhasrta untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.

Wujud semangat berlumba- lumba di kalangan negara Barat untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah di luar Eropah.

Kuasa Barat seolah- olah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai status atau simbol yang menandakan bahawa mereka sudah menjaadi sebuah kuasa yang kuat.

Orang- orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab bersama.

Inggeris menyebut sebagai : The White man’s burden. Peranchis menyebut sebagai: Mission Civilisatrice. Jerman menyebut sebagai: Tugas menyebarkan budaya. Amerika menyebut sebagai: The Blessing of the Anglo- Saxon Protection.

Kesan- Kesan Imprealisme Terhadap Asia Tenggara

o Kesan Politik. Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami

perubahan yang drastik Para pemerintahan tempatan telah terpaksa menerima para penasihat dan juga

pentadbir dari barat. Sstem politik termasuklah perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar

agar menyerupai sistem barat Persaingan kuasa-kuasa barat telah berlaku di Asia Kuasa inggreis telah campurtangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China. Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat iautu

Ingggreis di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. Perancis yang menjaid saingan Britain telah menjajah Indo-China (Laos,

Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula menduduki Filipna

o Kesan Ekonomi Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat member manfaat

kepada ekonomi Negara Metropolitan Ekonomi Tanah Melayu contohnya, kegiatan penanaman getah dan

perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industry di Britain.

o Kesan Sosial Dengan pertapakan Barat ke atas Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris telah

diperkenalkan. Sistem pendidikan Inggeris tidak disebarkan secara meluas dan berkesan. Sistem tersebut hanya terhad di kawasan Bandar dan di khususkan untuk

memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British sahaja.

Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pendidikan inilah kemudian terpaksa diperbaiki oleh kerajaan pribumu yang ebrkuasa selepas merdeka. Inilah satu - satunya perkara yang harus mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini.

Kuasa Barat telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.

169

Page 171: sejarah lengkap

Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat.

Kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.

Sekali lagi tugas untuk meransang dan menjalinkan hubungan baik di kalangan pelnbagai kaum telah terpaksa di pikul olej pemerintah pribumi selepas merdeka. Ini merupakan hasil peninggalan dan kesan daripada era penjajahan.

Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah yang perlu disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang.

Kesedaran tersebut tentunya kaan mendorong seseorang itu memahami sistuasi selepas penjajahan secara menyeluruh. Kita menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalm pelbagai bidang yang terpaksa dilakukan oleh pemerintah pribumi selepas merdeka.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumat Keterangan

Gabungan Daya Rekaan dan kegiatan Keusahawanan

James Wat (1736-1819) pada tahun 1763 telah berupaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen (1663-1729). Hasilnya enjin tersebut dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.

Kemudian beliau telah menubuhkan syarikat bersama Matthew Boulton (1728-1808).

Menjelang lewat tahun 1780-an syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Usaha mencipta, kegigihan menyelidik dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh Watt ini yang patut diteladani oleh generasi masa kini.

Enjin berkuasa wap Newwcomen

Pada tahun 1702, Thomas Newcoman telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya telah digunakan dengan meluas dalam bidang perlombongan arang batu.

Dengan rekaan ini, pam telah dapat digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air.

Lantas kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat dipertingkat.

Implikasi dan faedah rekaan Newcoman

Peningkatan hasil arang batu amat membantu proses Revolusi Perindustrian di Britain.

Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.

Peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan.

Kegunaan kuasa enjin wap dan perkembangan pengangkutan keretapi.

Awal tahun 1800-an enjin berkuasa wap untuk memacu bot di air. Tahun 1820-an enjin berkuasa wap mula digunakan untuk memacu

kenderaan di darat. Tahun 1829: lokomatif rekaan George Stephenson dengan jayanya

dipacu menggunakan enjin berkuasa wap. Lokomatif tersebut Rocket bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel

yang baru dibina di antara Liverpooldan Manchester. Tahun 1840-an: menjelang dekad ini era pembinaan keretapi dan rel

telah bermula di Eropah dan Amerika Syarikat. Tahun 1879: keretapi pertama beroperasi di Tanah Melayu di antara

Port Weld ke Taiping.Pergerakan Gerakan pekerja di Britain pada tahun 1810 yang membantah

170

Page 172: sejarah lengkap

luddite penggunaan kaedah pengeluaran baru di kilang- kilang dan yang ingin mengekalkan kaedah tradisional.

Akta Parlimen bagi membela nasib pekerja

Pada tahun 1833 Akta Kilang telah digubal mengikut akta ini kanak- kanak di bawah umur 9 tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah.

Bagi kanak- kanak yang layak bekerja, had masa bekerja mereka ditetapkan tidak melebihi 9 jam sehari.

Para majikan dikehendaki memastikan keselamatan pekerja mereka di kilang.

Akta Lombong Diperkenalkan pada tahun 1842. Akta ini telah melarang penglibatan kanak- kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan tekstil bekerja lebih daripada 10 jam sehari.

Tariff Cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan import.

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

PENGENALAN Sejak awal tahun lagi, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi

( Bumi Emas). Terdapat banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka yang menjadi

tumpuan pedagang India, China dan Eropah. Kadatangan para pedagang ini berbeza daripada kedatangan kuasa- kuasa Eropah pada

abad ke-18. Perubahan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Peranchis,

Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan perindustrian mereka.

Pertapakan kuasa- kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti

Getah Tebu Tembakau Kelapa sawit.

Kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan penguasaan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Francis Light.

Diikuti dengan Singapura pada tahun 1819 dan pengambil alihan Melaka daripada kuasa Belanda pada tahun 1824.

Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824 mengukuhkan lingkungan perngaruh British di Alam Melayu.

Pada masa itu, kuasa British melalui syarikat dagang Borneo Utara telah bertapak di Sabah dan James Brooke telah mengasaskan pemerintahan British di Sarawak.

Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak telah memberikan kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan sosial masyarakat tempatan.

Ekonomi Tradisional.

Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi iaitu seperti

Melombong Bercucuk tanam

171

Page 173: sejarah lengkap

Memungut binatang Menangkap ikan secara kecil- kecilan.

Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri iaitu Pengeluaran dilakukan dalam skala kecil Menggunakan teknologi yang mudah Modal yang kecil Jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.

Bagi masyarakat Melayu lebihan pengeluaran sekiranya ada, biasanya digunakan oleh keluarga atau kumpulan masyarakat unutk tujuan pertukaran barang, kenduri- kendara, pembayaran zakat, sedekah serta hadiah.

Ada kalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk tempoh tertentu. Ini berlaku terutama dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi. Tujuannya untuk memastikan bekalan makan mencukupi. Selain itu, masyarakat Melayu turut mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan

kelapa. Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk

menambah sumber makanan. Binatang ternakan biasanya diternak bagi memenuhi keperluan sesebuah keluarga sahaja. Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu adalah pelbagai, namun kebanyakan

aktiviti ekonomi yang diusahakan bertujuan memenuhi keperluan sendiri. Dalam menjalankan aktiviti ekonomi, masyarakat Melayu menggunakan teknologi

mudah iaitu, Menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada bahan yang ada di

sekitar kita. Contohnya dalam penanaman padi, masyarakat Melayu menggunakan

peralatan seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala. Sistem pengairan yang mudah berasaskan sumbera air sari sungai atau

hujan yang bermusim turur digunakan. Dalam aktiviti penangkapan ikan, walaupun teknologi mudah digunakan

namun kaedah menangkap ikan berbeza- beza iaitu bergantung pada kawasan pengangkapan sama ada di laut, sungai atau sawah padi.

Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan tali kail, bubu dan jala. Justeru, teknologi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam konteks ekonomi sara

diri lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia sendiri, bukannya mesin. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu juga tidak berasaskan penggunaan sumber tenaga

yang banyak dan bermodal besar. Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli kelaurga sahaja. Ini menyebabkan tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas dalam masyarakat

Melayu. Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan umur dan jantina.

Ekonomi Dagangan.

Merujuk kepada kegiatan pertanian dan perlombongan yang melibatkan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.

Pengeluaran juga adalah skala yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar, teknologi yang bermutu tinggi dan pemasaran yang lebih luas.

Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India sebelum kedatangan British.

Selain dipasarkan, bijih juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat.

172

Page 174: sejarah lengkap

Gendang gangsa Alatan senjata Alatan Muzik seperti gong.

Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatab.

Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran. Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah

Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Perak. Raja Jumaat di Selangor. Datuk Kelana Putera, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi di Sungai

Ujong ( Negeri Sembilan )

Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat terutamanya di kawasan- kawasan yang kaya dengan bijih timah dan sesuai dengan tanaman pertanian seperti getah.

Kepesatan ekonomi dan dasar pertanian yang mereka laksanakan menyebbakan aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar Bandar terpinggir dan ketinggalan.

Perkembangan ini seterusnya mewujudkan bentuk ekonomi duaan ( dwi ekonomi) yang bermaksud wujud dua bentk ekonomi secara serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial )

Pada masa yang sama, penemuan aktiviti ekonomi di negeri- negeri pantai Barat juga mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri- negeri pantai Timur.

Dengan wujudnya permintaan yang besar terhadap bijih timah, keuntungan hasil daripada perlombongan tersebut dilaburkan semula untuk meningkatkan industry perlombongan.

Dengan itu, buruh luar khususnya dari China terpaksa dibawa masuk pada pertengahan abad ke-19.

Buruh China juga diperlukan untuk memenuhi keperluan sektor pertanian yang juga berkembang pada masa itu.

Sistem Pertanian Komersial. Pihak British telah memberikan penekanan terhadap sektor pertanian berasaskan eksport. Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan

kerajaan British di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Tanaman komersial yang telah digalakkan oleh British di Tanah Melayu termasuk Sabah

dan Sarawak pada abad ke-19 iaitu Ubi kayu Tebu Lada hitam Gambir Tembakau Kopi.

Contohnya di Johor, semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar- besaran melalui Sistem Kangcu.

Pada tahun 1860-an, Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir. Secara keseluruhannya, para pemodal dari Eropah dan China lebih banyak melibatkan

diri dengan tanaman komersial pada era kolonialisme British. Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial ini kerana mereka

Mempunyai modal Teknologi Mendapat konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

173

Page 175: sejarah lengkap

Sebaliknya, masyarakat Melayu masih lagi terikat dengan ekonomi pertanian sara diri. Inilah punca kewujudan dwiekonomi. Pada abad ke-19, British hanya memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan

tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir, lada hitam, dan ubi kayu. Pada abad ke-20, pemodak British telah mula menguasahakan setah untuk tujuan eksport.

Perusahaan Getah

Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industry terutamanya industry kereta.

Bagi memenuhi permintaan ini, pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu.

Tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Pada awalnya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanamah hiasan.

Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888.

Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.

Beliau juga berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibedem atau seperti tulang ikan hering yang tidak merosakkan pokok getah.

Perkembangan industry pembuatan barangan pengguna seperti di bawah telah meningkatkan permintaan getah.

Kasut Tayar basikal. Peralatan elektrik.

Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi. Keadaan ini menyebabkan perusahaan getah semakin mendapat tumpuan umum sehingga

menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Kemasukan modal asing iaitu modal milik Eropah juga merupakan salah satu faktor

utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui penubuhan

syarikat perwakilan di Tanah Melayu. Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka ladang serta menguruskan

eksport getah termasuklah Harissons dan Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

Kemasukan syarikat dan modal asing ini menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka di Tanah Melayu.

Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan peranan dalam perluasan kawasan penanaman getah di Tanah Melayu.

Pihak British menyediakan kadar sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada peladang yang ingin menguasahakan perladangan getah.

Contohnya, pihak British memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905 serta pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.

Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api turut dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat perdagangan untuk memudahkan golongan pengusaha.

174

Page 176: sejarah lengkap

Golongan penguasaha ini boleh diistilahkan sebagai golongan komprador kepada penjajah British.

Tambahan pula, kerajaan British turut membawa masuk pekerja asing terutamanya dari India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.

Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang- ladang getah.

Industri getah telah mengalami kemerosotan semasa zaman Kemelesetan ekonomi dunia. Jadual di bawah menunjukkan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah mengalami

kemerosotan antara tahun 1929-1932. Peristiwa ini menunjukkan bahawa ekonomi Tanah Melayu pada era kolonialisme British

telahpun terikat dan dirangkumkan dalam satu jaringan ekonomi dunia yang besar. Oleh yang demikian, perubahan ekonomi yang berlaku pada peringkat global akan turut

memberikan kesan kepada ekonomi sesebuah Negara. Nilai eksport getah mula stabil selepas tahun 1934 disebabkan oleh peningkatan

permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar. Harga getah jatuh secara berterusan mulai tahun 1920. Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah

yang bermula pada tahun 1920 secara berterusan. Prinsip asas rancangan ini adalah untuk menghadkan pengeluaran getah oleh negara

pengeluar. Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.

Jadual Jumlah Eksport Getah Tanah Melayu antara tahun 1929-1934Tahun Nilai ( dalam paund sterling)1929 50 785 0001930 28 208 0001931 13 806 0001932 9 077 0001933 14 253 0001934 32 557 000

Industri Perlombongan

Perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu dan telah menjadi kegiatan ekonomi dagangan yang penting.

Tanah Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai hasil galian seperti Emas Bijih timah Arang batu Bauksit Antimoni Bijih besi.

Sehingga digelar sebagai Suvanabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India pada zaman silam.

Antara pelbagai bahan galian tersebut, bijih timah adalah yang terpenting dan telah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.

Selain bijih timah, emas jug turut dilombong oleh masyarakat Melayu sebelum abad ke-20 namun secara kecil – kecilan

175

Page 177: sejarah lengkap

Perusahaan bijih timah ini telah mendapat perhatian daripada pihak British kerana sektor ini telah mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.

Keadaan ini telah membawa kepada penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan yang telah pun sedia diusahakan oleh orang Melayu.

Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19.

Pada peringkat awal kedatangan mereka, pemgusaha dari China ini dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.

Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah ini dapat dilihat melalui bebarapa perkara antaranya:

Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.

Para pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih timah yang dilombong, dijual semula kepada mereka.

Harga bijih timah akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.

Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.

Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.

Pemodal dari Eropah berupaya bersaing dengan pemodal dari China kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek yang memerlukan aktiviti perlombongan yang dijalankan secara besar- besaran.

Kelebihan yang ada pada pedagang Eropah telah menyebabkan mereka berjaya menguasai sektor pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20

Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. Di damping itu, beberapa enakmen dan undang- undang telah digubal dan diluluskan bagi

mewujudkan penguasaan kerajaan Kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.

Terdapat juga pembesar Melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong- lombong mereka kepada saudagar- saudagar China dari Neger- negeri Selat disebabkan para pembesar tidak berupaya menyediakan modal.

Penguasaan pemodal British terhadap sektor perlombongan bijih timah boleh dijelaskan menerusi berikut:

Tahun Pemodal Eropah Pemodal China1910 22% 78%1915 28% 72%1920 36% 64%1925 44% 56%1930 63% 37%1935 66% 34%1937 68% 32%

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa penguasaan pemodal dari China dalam sektor perlombongan bijih timah terus merosot pada abad ke-20, terutamanya dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi dalam perlombongan bijih timah.

176

Page 178: sejarah lengkap

Pengajaran yang jelas di sini ialah sesuatu masyarakat harus sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi, berpengetahuan, bertindak positif dan mempunyai perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas.

Penguasaan smeua aspek ini akan membolehkan ekonomi sesebuah negara terus maju, makmur, dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila berhadapan dengan pelbagai cabarab di peringkat global.

Golongan pemodal tidak boleh mengambil jalan mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada.

Penggunaan Tenaga Buruh Luar.

Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh kolonial Britsih telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak British telah membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.

Buruh dari India telah dibawa secara beramai- ramai untuk bekerja di ladang getah. Tenaga dari China pula dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah. Kedatangan buruh China dan India ke Tanah Melayu sedikit sebanyak telah dipengaruhi

oleh faktor- faktor yang mendoorng mereka untuk meninggalkan negara masing- masing. Selain galakan kerajaan Kolonial British agar mereka berhijrah ke Tanah Melayu,

penghijrahan mereka juga tidak pernah ditentang oleh orang Melayu. Kedatangan buruh dari China secara besar- besaran bermula sejak awal abad ke-19 lagi. Kebanyakan buruh China yang datang ke Tanah Melayu berasal dari wilayah selatan

China seperti: Kwangtung Kwangsi Fukien.

Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran.

Pemerintahan British telah mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu yang bukan sahaja telah menarik pemodal tetapi buruh asing juga untuk ke sini.

Kemasukan Buruh dari China.

Kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu telah berlaku melalui beberapa cara seperti:

Sistem tiket kredit Sistem pengambilan kakitangan Sistem pengambilan rumah kongsi.

Melalui Sistem Tiket Kredit. Bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung- kampung di

Negara China oleh Kheh-thau ( ketua) Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa Bakal- bakal imigran ini dikenali sebagai Sn Kheh

177

Page 179: sejarah lengkap

Golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya terlebih dahulu telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.

Golongan Sin Kheh ini pula membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan tentang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu masa tempoh tertentu.

Mereka kemudiannya akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

Melalui Pengambilan Kakitangan Pada Mac 872, jawatan pegawai pelindung China telah diwujudkan di Tanah

Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China. Sehubungan itu, beberapa undang- undang dan tindakan telah diluluskan untuk

membaiki sistem pengambilan buruh. Bagaimanapun, pada 30 Jun 1914 sistem ini telah digantikan oleh kerajaan

British dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun sistem pengambilan umah kongsi.

Melalui pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainyake China untuk mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut dibiayai oleh majikan.

Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh- buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikan.

Melalui Pengambilan Rumah Kongsi Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah

rumah kongsi Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh- buruh tersebut

sehingga mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. Apabila buruh itu diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh

akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh dibawanya.

Menjelang abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.

Di Sarawak misalnya, kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana ekoran wujudnya persetiaan antara ketua Foochow di Sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.

Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan Januari hingga Mac 1901.

Imigran Foochow ini diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam bagi menampung keperluan penduduk Sarawak yang semakin meningkat.

Kemasukan Buruh dari India.

Buruh dari India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu diselenggarakan melalui beberapa cara. Iaitu antara tahun 1857 hingga 1938 kemasukan buruh India melalui:

Sistem buruh bebas atau merdeka Sistem kontrak Sistem kangani.

178

Page 180: sejarah lengkap

Melalui Sistem Buruh Bebas atau Merdeka. Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem ini datang sendiri

dengan bayaran amsing- masing. Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana

kepentingan ekonomi. Setelah tiba di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang

mereka kehendaki.

Melalui Sistem Kontrak. Mengikut sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah

Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum iaitu sehingga 9 hingga 13 sen sehari.

Keadaan ini menyebabkan sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh dan sistem ini pernah disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan namun tidak ketara.

Melalui Sistem Kangani. Akhirnya, sistem kontrak digantikan dengan sistem Kangani pada tahun 1907

dengan berkuatuasanya Undang- undang Tabung Imigresen India. Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur. Melalui sistem ini, seseorang kangani yang diberi kepercayan oleh majikan, akan

diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh

tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. Sistem ini kemudiannya menjadikan seseorang kangani itu seperti pengurus

agensi yang membawa masuk pekerja asing. Akhirnya, pada tahun 1938, sistem ini telah diharamkan kerana wujudnya

penyelewengan oleh kangani itu sendiri.

Ringkasnya, kemajuan dan kemakmura Tanah Melayu telah Berjaya menarik minat imigran untuk datang ke sini dan keadaan ini berterusan hingga kini.

Kita seharusnya berbangga dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing kerana kekayaan dan kemakmurannya.

Di satu sudut yang lain, masyarakat tempatan seharusnya lebih giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan sendiri kekayaan negara, terutamanya bagi mereka yang tidak bermodal besar.

Jika tidak, orang asing yang sentiasa mengintai peluang untuk mengambil ruang tersebut akan mengambil alih peranan kita seperti yang berlaku hari ini.

Institusi Kewangan

Masyarakat Melayu telah lama menjalankan sistem ekonomi yang teratur dan mula menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang mas, perak, dan timah yang dikeluarkan di Melakatelah digunakan bagi tujuan melicinkan urusan perdagangan.

Selain mata wang yang digunakan di Melaka, terdapat pelbagai jenis mata wang primitive tyang lain digunakan di Tanah Melayu seperti

179

Page 181: sejarah lengkap

- Penggunaan dinar emas di negeri Kelantan.- Wang dan kupang emas di Terengganu.- Jongkong tampang di Pahang.

Namun, kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.

Mata wang perak Sepanyol telah diperkenalkan pada tahun 1580 mmapu bertahan sehingga 300 tahun.

Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Selat. Pada tahun 1897, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya yang dikenali

sebagai Lembaga Pesuruhjaya wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.

Wang kertas Negeri- negeri Selat ini mulai diperkenalkan pada tahun 1906. Hanya mata wang ini yang sah digunakan untuk perdagangan di Negeri- Negeri Selat dan

menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah mendorong pihak penjajah

memperkenalkan beberapa perubahan bagi mempercepatkan dan melicinkan lagi urusan kewangan.

Ini membawa kepada penubuhan institusi kewangan atau bank. Institusi kewangan ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur. Sistem pinjaman yang diperkenalkan ini telah memajukan dan memesatkan lagi industri

getah dan bijih timah secara tidak langsung. Penubuhan bank telah turut memperkanalkan

Sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.

Dengan adanya sistem kewangan, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.

Dengan ini, bank dapat bertindak sebagai egen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang kemudiannya menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin.

Mercantile Bank merupakan bank pertma di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1859.

Selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Junuari 1874 lebih banyak bank Eropah membuka cawangannya di Tanah Melayu seperti

The Chartered Bank yang ditubuhkan pada tahun 1875 Hong Kong Shanghai Bank pada tahun 1894. Algemene Bank Nederland pada tahun 1899.

Bank- bank Eropah ini menguntungkan pedagang Eropah. Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah

atai golongan komprador Mereka terdiri daripada ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank dan

menjadi penaja kepada pinjaman. Pada awal abad ke-20, pemodal tempatan telah mengambil inisiatif menubuhkan bank

mereka sendiri. Pada tahun 1913, Kwong Yik Bank iaitu bank tempatan yang pertama telah

ditubuhkan di Kuala Lumpur. Bank of Malaya pada tahun 1920 di Ipoh. Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang pada tahun 1935. Bank Perdagangan juga telah ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Le

Bank 1905.

180

Page 182: sejarah lengkap

Chinese Banking Corporation Limited 1913 dan Ban Chiang 1924 di Sarawak.

Orang Melayu juga turut menubuhkan banknya yang pertama pada tahun 1947 di Kuala Lumpur dan dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

Walaupun Berjaya menubuhkan cawangannya di Temerloh dan Rembau tetapi bbank ini tidak dapat bertahan lama.

Bank dilihat sebagai satu institusi yang begitu penting untuk menjana pertumbuhan dan operasi bank wajar dipantau oleh pihak pemerintahan seperti yang berlaku pada masa kini.

Perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa ditingkatkan hasil perkhidmatan insuran.

Insurans. Antara perkhidmatan insuran yang penting pada masa itu ialah

Insurans maritime atau kelautan. Insurans kebakaran Insuran harta Insuran perniagaan dan kemalangan Insurans nyawa.

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama dalam sektor perdagangan.

Oleh itu, timbul perkhidmatan insurans maritime untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.

Insuran kebakaran pula menjadipenting kerana kebakaran sering berlaku sehingga menadtangkan masalah.

Pada tahun 1881 berlakunya kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur dan pada tahun 1892 kebakaran yang berlaku di Ipoh telah memusnahkan 100 buah kedai.

Pada peringkat awal syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.

Salah satu syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah Boustead dan Company yang ditubuhkan di Pulau Pinang yang mewakili Syarikat Royal Insurance dai England.

Hanay pada kahir abad ke-19, barulah ditubuhkan beberapa syarikat insurans tempatan seperti Starits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited yang masing- masing berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.

Undang- undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskini oleh kerajaan British pada tahun 1917.

Pada tahun ini, enakmen- enakmen ini digantikan dengan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.

Pihak British dalam usaha mereka untuk mengaut keuntungan di Tanah Melayu telah memperkenalkan dasar- dasar yang secara tidak langsung meningkatkan kesan positif kepada masyarakat Melayu.

Dalam sektor pertanian, orang Melayu telah diperkenalkan kepada tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa oleh kerajaan British seperti

181

Page 183: sejarah lengkap

Kopi Tembakau Getah.

Kerajaan penjajah British turut berusaha mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

Tanaman komersial ini telah diusahakan secara langsung dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.

Untuk meneruskan penguasaan kerajaan penjajah British terhadap ekonomi, undang- undang berhubung dengan pemilikan tanah turut diperkenalkan.

Secara umum undang- undang ini bertujuan melindungi orang Melayu dan mengekalkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

Terdapat beberapa apek undang- undang ini yang menindas golongan Melayu.

Undang- Undang Berhubung Tanah

Sebelum kedatangan British, hal berkaitan denga pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Ini disebabkan wujud kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu.

Segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang mahu diusahakan di atas tanah berkenaan mestilah mendapat kebenaran daripada para pembesar.

Kebenaran yang sama mesti juga diperolehi oleh mana- mana golongan yang mahu menguasahakan sesuatu bidang tanah.

Ini juga bermakna tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.

Menurut undang- undang adat, sebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut dan tanah itu boleh diwarisi oleh generasi tang terkemudian.

Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah dan tatacara hak pemilikannya kemudian telah diubah.

Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum ini tidak sesuai dengan sistem tanah di barat.

Ini kerana sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

Bagi pihak penjajah British, rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

Rekod ini juga dapat memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti Cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan

dan pembelian. Mengikut konsep Barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal. Pemilikan tanah menjadi tunjang dalam sistem penjajah. Pihak British telah memperkenalkan undang- undang tanah berkonsepkan sistem barat

bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi. Perak merupakan negeri Melayu pertama diperkenalkan dengan undang- undang tanah

Barat. Ini dilakukan melalui Peraturan Tanah Perak 1879. Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan di Selangor pada tahun 1891. Di Sungai Ujong ( Seremban ) pula peraturan Tanah Sungai Ujong telah diperkenalkan

pada tahun 1887.

182

Page 184: sejarah lengkap

British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti Tanah Ladang Tanah Pribumi Tanah Perlombongan.

Kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.

Tentunya pengenalan undang- undang tanah Barat telah membawa kepada masyarakat Melayu keseluruhannya.

Undang- undang Tanah menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu tanah perlu mendapatkan kebenaran daripada pembesar Melayu tetapi mereka mestilah membuat permohonan di Pejabat Tanah.

Selain itu, masyarakat tempatan pula perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, dammar dan rotan.

Dengan kata lain, undang- undang Tanah British memberikan kuasa besar kepada Residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.

Dengan membuat keputusannya, Residen akan mengambil kira faktor seperti modal, teknologi yang akan digunakan dan bilangan tenaga manusia yang akan menjalankan sesuatu aktiviti ekonomi.

Dasar kerajaan British juga membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu.

Orang Melayu mesti membayar cukai yang dikenakan terhadap hasil hutan. Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan

perkhidmatan dibayar dengan wang. Masyarakat Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan Bandar

terpaksa bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang. Melalui cara ini ramai orang melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk

melangsaikan hutang mereka.

Akta Tanah Simpanan Melayu. Pada 25 November 1913, Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Persekutuan. Kerajaan penjajah British mengatakan bahawa perundangan ini diperlukan demi

menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang melayu di Tanah Melayu.

- Akta ini bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.

- Melalui akta ini, Residen berkuasa mengisyitiharkan mana- mana kawasan taanh orang Melayu sebagai tanah Simpanan Melayu ( TSM)

- Pengisytiharan sebegitu akan menyelamatkan tanah kawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadai atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu.

Sila rujuk Jadual 1 bagi statistic TSM di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( NMB) dari tahun 1931-1941.

Jadual 11: TSM di NNMB dari tahun 1931-1941Negeri Tahun

1931( hektar) 19419 ( hektar) Pertambahan ( hektar) Perak 703922 728596 24674

183

Page 185: sejarah lengkap

Selangor 86961 108793 21832N.Sembilan 28503 237259 28756

Pahang 275587 299393 23806Jumlah 1274973 1374041 99068

Jadual 11: TSM yang sesuai untuk pertanian pada tahun 1923Negeri Keseluruhan Kawasan

TSM ( hektar )Kawasan TSM yang sesuai untuk pertanian ( hektar)

Perak 794403 3002834Selangor 66303 48141

N. Sembilan 184605 85558Pahang 121893 101468Jumlah 1167204 538001

Akta Tanah Simpanan Melayu sebenarnya bertujuan Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah Orang Melayu tidak dibenarkan sama sekali menanam sebarang tanaman

komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu. Kebanyakan kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu

juga tidak subur.

Walaupun kawasannya besar, namun tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan.

Sekiranya terdapat kawasan yang subur, keluasannya pula kecil. Jaduan II di atas menunjukkan hanya 46.09% daripada TSM yang diperuntukan sesuai

untuk pertanian.

Settlement Order

Akta yang melindungi hak milik tanah masyarakat pribumi dan milik komuniti daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian juga telah diperkenalkan di Sarawak.

Akta yang dikenal sebagai Settlement Order telah dikuatkuasa. Akta ini memberikan perlindungan kepada tanah milik masyarakat

pribumi. Melalui undang- undang ini pemindahan hak tanah hanya boleh dilakukan

melalui pewarisan. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pemajakan

1. Pemecahan2. Penjualan tanah tersebut kepada orang luar.

Berdasarkan undang- undang tahun 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan

Undang-undang ini telah membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu

- Kawasan tanah campuran.- Kawasan tanah simpanan- Kawasan tanah pedalaman.

Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.

184

Page 186: sejarah lengkap

Dengan ini kepentingan pribumi terhadap tanah simpanan dan tanah pedalaman dapat dilindungi.

Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi.

Di Sabah, Proklamasi III Perlidungan Haka Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh kerajaan British pada tahun 1889.

Peraturan ini menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.

Segala urusan niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi.

Dalam pada itu, penduduk pribumi berhak menuntut ganti terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL.

Kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada orang Melayu pada era pemerintahan penjajah British.

Kerajaan penjajah British sememangnya mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam rangka ekonomi penjajah.

Oleh itu, mereka telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917. Yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi. Bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil terutamanya

daripada kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah. Selain itu, premium untuk permohonan tanah baru untuk penanaman getah turut

dinaikkan. Pada tahun 1930-an pembukaan tanah- tanah baru untuk penanaman getah dilarang sama

sekali oleh kerajaan British. Maka, dengan itu pada peringkat awal penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah

berlaku secara kecil- kecilan dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan di kalangan pengusaha Eropah dan kerajaan penjajah British.

Walau bagaimanapun, sentiment ini berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah di pasaran dunia pada awal tahun 1930-an.

Akibat kejatuhan harga getah, kerajaan British mula mengamalkan dasar yang memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.

Prinsip asas rancangan ini adalah menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar. Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928. Perlaksanaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 apabila

pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah. Sebaliknya, kumpulan pekebun kecil telah ditekan kerana mereka dilihat sebagai suatu

ancaman kepada pengusaha ladang. Di samping memperkenalkan undang- undang, kerajaan British juga mengambil tindakan

lain untuk meningkatkan harga getah di pasaran. Langkah atau tindakan ini turut memberikan kesan negative kepada pekebun kecil getah. Walaupun rakyat Tanah Melayu menghadapi masalah dalam usaha penanaman getah,

namun kegiatan tersebut telah mendatangkan peluang atau keuntungan yang lebih daripada usaha penanaman padi.

Oleh itu, rakyat tempatan tidak begitu berminat untuk mengerjakan sawah atau bendang.

185

Page 187: sejarah lengkap

Ini telah menyebabkan Tanah Melayu begiti bergantung pada pengimportan beras dari luar negara seperti dari Thailand, Indo- China dan Myanmar.

Keadaan ini tidak begitu disenangi oleh pihak penjajah. Lagipun, bekalan beras dari luar negara sentiasa terjamin.

Pada suatu masa berlaku kekuranganberas dari Myanmar dan ini meninggalkan kesan buruk terhadap Tanah Melayu.

Bagi menggalakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap beras yang diimport pihak penjajah telah memperkenalkan beberapa langkah dan dasar.

Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di kawasan sawah. Kerajaan British telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada tahun

1930 bagi membaiki sistem perparitan dan tali air demi membantu kegiatan penanaman padi.

Sekali lagi kita dipaparkan dengan bukti jelas bahawa semasa pemerintahan penjajah, nasib rakyat tempatan bukannya sesuatu yang diberi keutamaan oleh kerajaan penjajah.

Perkara yang diutamakan oleh kerajaan penjajah ialah ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang sama- sama mengaut keuntungan Negara.

Keadaan sebegini sepatutnya menyedarkan kita agar menghargai dan mempertahankan kemerdekaan dan pemerintahan kita sendiri agar kehidupan rakyat di negara ini lebih terjamin.

Jadi, kita semua bukan hanya mesti menghargai kemerdekaan negara kita, tetapi juga bersedia mempertahankannya baik dari segi politik ataupun ekonomi.

Polisi kerajaan British yang menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan telah memikirkan golongan pekebun kecil di Tanah Melayu.

Ini menyebabkan golongan pekebun kecil terpinggir dari aliran ekonomi. Tanpa bantuan modal dan kemahiran teknik, golongan pekebun kecil jauh tertinggal

berbanding golongan yang mendapat bantuan kerajaan Kolonial. Polisi kerajaan kolonial telah tidak mengambil kira kepentingan pekebun kecil dalam

sektor pertanian di Tanah Melayu contohnya Sekatan Stevenson yang diperkenalkan oleh mereka.

Kesan- Kesan Dasar Ekonomi.

Dasar- dasar pentadbiran British di Tanah Melayu tidak lari daripada tujuan atau percubaan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan.

Pencapaian matlamat tersebut memerlukan kecekapan ekonomi dan pengekploitasian sumber- sumber semulajadi Tanah Melayu secara berkesan.

Ini membawa kepada kemunculan bandar baru dan memerlukan agenda mereka sendiri dalam melaksanakan pembangunan di Tanah Melayu.

Pembandaran. Pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung sebuah bandar

hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya. Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses pembandaran terutama di

kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat kegitan ekonomi penjajah.

Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan mengalami pertambahan penduduk serta berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong.

Pelombong- pelombong di kawasan tersebut akan mnejadikannya sebagi pusat untuk mereka mendapatkan keperluan harian.

186

Page 188: sejarah lengkap

Perkembangan perusahaan perlombongan telah menambah fungsi bandar. Pekan ini akan berkembang menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya. Antara bandar yang wujud ekoran kegiatan perlombongan bijih timah termasuklah

Kuala Lumpur Taiping Seremban.

Bandar Miri di Sarawak pula muncul hasil daripada perkembangan perlombongan petroleum.

Kemunculan bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban telah menyebabkan pusat kehidupan kini tertumpu di bandar.

Bandar-bandar yang baru muncul berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik seperti

Jalan raya Bekalan Air Bersih Sekolah Pusat Kesihatan Institusi Kewangan, seperti bank.

Namun begitu, bandar-bandar baru ini banyak dihuni oleh masyarakat di China berbanding masyarakat India dan Melayu.

Masyarakat Melayu masih kuat terikat dengan kawasan perkampungan yang terletak di pesisir sungai.

Masyarakat India pula lebih tertumpu di kawasan ladang getah. Perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial

turut mempengaruhi kewujudan bandar-bandar baru contohnya Kuala Lumpur. Bandar ini berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang

strategik Lokasi bandar ini membolehkannya menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar

dan kawasan lain. Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pengleuaran infrstruktur terutamanya jalan

raya dan jalan keretapi utama. Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah pula telah menjadikan

pelabuhan Klang, Melaka, dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan yang penting di Tanah Melayu.

Bandar Kuching pula muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir serta lada hitam sejak tahun 1840-an.

Aktiviti pembinaan infrastruktur oleh kerajaan penjajah British hanya ditumpukan di kawasan yang boleh memberikan keuntungan ekonomi kepad mereka sahaja.

Jadi, kawasan di Pantai Barat Tanah Melayu akhirnya lebih dibangunkan berbanding di Pantai Timur Tanah Melayu.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum. Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat

lebih ramai imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.

Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan imigran Chin dan India.

Imigran China di Negeri- negeri Melayu Bersekutu telah bertambah dua kali ganda iaitu daripada 163 000 orang pada tahun 1891 kepada 300 000 orang pada tahun 1901.

187

Page 189: sejarah lengkap

Data ini semua dengan sendirinya menjelaskan kemunculan dan pembentukan dua jenis pekerjaan berbanding kaum di Tanah Melayu.

Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.

Orang Melayu yang bertani misalnya tinggal di kawasan luar bandar. Buruh dari India yang kebanyakannya penoreh getah tinggal di kawasan estet. Imigran dan buruh dari China yang bernilai dan bekerja di lombong tinggal di

kawasan bandar. Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kerangka kehidupan sosial juga berbeza antara

satu sama lain. Secara keseluruhannya, nyatalah tidak terdapat kesepaduan antara kaum yang

meluas dan bermakna semasa zaman penjajah. Perkara ini kemudiannya telah menyulitkan proses mewujudkan perpaduan

nasional dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka. Oleh itu, pihak pemerintah kita telah bertungkus-lumus berusaha untuk

menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan kesepaduan rakyat dan negara.

Sistem Pendidikan Vernakular.

Sistem pendidikan yang wujud semasa zaman penjajah telah mengubah sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu.

Masyarakat berbilang bangsa yang terdapat pada ketika itu telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.

Vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing- masing sebagai bahasa pengantar.

Sekolah vernakular di Tanah Melayu tidak mampu untu memupuk unsure perpaduan bangsa di Tanah Melayu pada ketika itu kerana murid- murid daripada pelbagai kaum itu telah dipisahkan.

Mereka tidak melalui sistem pendidikan yang sama. Sebelum kedatangan penjajah, kanak- kanak Melayu mendapat pendidikan di surau,

masjid dan sekolah pondok. Pendidikan mereka tertumpu kepada aspek membaca al-Quran, menulis dan mengira. Namun, setelah kedatangan Britsih, sistem ini tidak terbela dan tidak dipertingkatkan. Malah sistem pendidikan Inggeris tidak pula dilaksanakan sepenuhnya sehingga ke

peringkat tinggi apatah lagi kepentingan universiti Setelah kedatangan British, sekolah vernakular Melayu telah ditubuhkan di Negeri-

Negeri Selat. Sekolah Melayu didirikan di Singapura iaitu di Teluk Belanga pada tahun 1856. Sekolah Melayu seterusnya telah didirikan di Seberang Perai pada tahun 1871. Di Perak pula sekolah Melayu ditubuhkan pada tahun 1884 di Kuala Kangsar dan Batu

Gajah. Sementara itu, sekolah Melayu untuk murid perempuan pula telah dibina di Negeri –

Negeri Selat pada tahun 1885. Walaubagaimanapun, sekolah- sekolah Melayu yang ditubuhkan itu hanya pada peringkat

sekolah rendah dan kurikulum yang disediakan terbatas dan bersesuaian dengan cita- cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik dari bapanya.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang bertujuan melatih guru sekolah Melayu yang ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922 dan menjadi satu-satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu.

188

Page 190: sejarah lengkap

Di samping itu, ditubuhkan sekolah khusus untuk golongan elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar 1905.

Bagi masyarakat dari India, pendidikan Tamil disediakan oleh pihak British di kawasan bandar.

Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan sekolah Tamil seperti Sekolah Vivekananda yang ditubuhkan pada tahun

1914 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India dengan menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

Kewujudan sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China contohnya Sekolah Chung Hwa (1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah (1929).

Mereka menggunakan dialek masing- masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran datang dari China.

Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan enakmen pendaftaran sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.

Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cinatelah dikawal oleh kerajaan British.

Selain pendidikan vernakular, pendidikan Inggeris telah digunakan di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah Inggeris pada peringkat awal merupakan usaha mubaligh Kristian

dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar sahaja

dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan. Kurikulum sekolah Inggeris disusunkan berasaskan sistem pendidikan di England. British ada mengusahakan penubuhan sebuah universiti tetapi agak terlewat iaitu

Universiti Malaya di Singapura. Oleh itu, rakyat hanya mendapat pendidikan tinggi di dalam negara apabila adanya

inisitif pemerintah selepas merdeka untuk menubuhkan universiti.

Bilangan Sekolah Rendah Aliran di Tanah Melayu Pada Tahun 1938

Aliran Sekolah Pelajar Guru Melayu 788 56904 2810Inggeris 271 41917 2350

Cina 996 86147 3556Tamil 607 26271 864

Sektor Perkilangan.

Sebelum abad ke-20, aktiviti ekonomi British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pengeluaran bijih timah dan getah.

Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport. Ini telah mempertahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu

kerana barangan yang diimport mewujudkan saingan yang hebat kepada barangan tempatan.

Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang untuk menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.

Syarikat Kasut Bata turut menubuhakn kilang di Selangor. Syarikat United Engineer telah mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan

mesin memproses getah.

189

Page 191: sejarah lengkap

Perusahaan lain iaitu perusahaan mengetin nenas yang diasaskan oleh seorang berbangsa Peranchis. Perusahaan ini berpusat di Johor dan menghasilkan nenas di dalam tin untuk dieksport.

Kebanyakan kilang dimiliki oleh orang asing iaitu pemodal dari Eropah atau China dan akhirnya masyarakat Melayu terus tercicir.

Penglibatan orang melayu dalam sektor perindustrian dan perniagaan bermula pada tahun 1970-an terpaksa dilakukan bagi mengimbangi kedudukan ekonomi di antara kaum di Negara ini.

Dengan pengimbangan sedemikian perasaan tidak senang hati yang boleh mendatangkan unsur ketidakstabilan dapat dielakkan.

Masyarakat tempatan khususnya masyarakat Melayu di pantai timur Sabah dan Sarawak terus terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi perdana.

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.

Kepesatan pertanian dan perlombongan menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.

Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari pelabuhan untuk dieksport.

Jalan kereta api pertama menghubungkan Taipinng dengan Port Weld dibina pada tahun 1895.

Jalan kereta api menghubungkan di Kuala Lumpur dengan Port Sweetenham (1889).

Menghubungkan kawasan perlombongan Seremban dengan Port Dickson (1891). Menghubungkan kawasan perlombongan di Ipoh dan Tapah Road dengan Teluk

Anson 1895. Pada tahun 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan

Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api. Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah

disiapkan pada tahun 1918. Pada tahun 1931, jalan kereta api dari bahagian timur yang menghubungkan Gemas,

Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina. Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambungkan sehingga ke

Singapura. Pembinaan jalan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah- tanah baru di kawasan

pedalaman untuk penanaman getah. Di Johor misalnya, orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas

terdapatnya pembinaan jalan kereta api. Perkhidmatan kereta pai bukan sahaja mempercepatkan pengangkutan malah dapat

sekaligus membawa muatan banyak. Sementara itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih

timah dan getah ke pengkalan sungai telah diganti dengan jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah.

Oleh itu, pembinaan jalan raya semakin berkembang terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah.

Menjelang tahun 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400 kilometer.

Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.

Pada tahun 1911, jalan raya menghubungkan Perlis dan Singapura juga telah dibina.

190

Page 192: sejarah lengkap

Jalan raya di antara negeri- negeri di pantai timur tidaklah sepesat negeri- negeri di pantai barat.

Selain sistem perhubungan, perkembangan pesat ekonomi di Tanah Melayu turut menyebabkan berkembangnya sistem perhubungan seperti

Telegram Telefon Perkhidmatan Pos. Radio dan perkhidmatan udara turut diwujudkan.

Dengan adanya sistem perhubungan ini, perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dijalankan dengan cekap.

Perkhidmatan Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan merupakan salah satu keperluan yang mendesak pada zaman penjajahan British.

Kemasukan bermai-ramai buruh asing telah menambah lagi jumlah penduduk. Ini menyebabkan tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi dan

tidak diurus dengan baik. Selain itu, bekalan air bersih juga tidak mencukupi. Semua keadaan ini telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak sama ada di

kawasan bandar atau luar bandar. Kerajaan British telah menubuhkan hospital serta pusat kesihatan dalam mengawal

wabak penyakit tersebut. Hospital kerajaan yang terawal telah dibina di Taiping dan di Kuala Lumpur pada tahun

1898. Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang 29 buah pusat perubatan di Perak dan di

Kuala Lumpur. Di Perak, hospital telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala

Kangsar. Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri- negeri lain misalnya,

14 buah pusat kesihatan di Selangor. 2 buah di Pahang 3 buah di Negeri Sembilan.

Pada tahun 1913, beberapa buah hospital telah dibina di Sabah iaitu Di daerah Jesselton ( Kota Kinabalu) Sandakan Beufort Kudat Tawau

Di Sarawak pula, perkhidmatan perubatan tertumpu ke bahagian Kuching sahaja. Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Seri Aman dan Sibu. Terdapat juga hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan. Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur misalnya telah memberikan perkhidmatan

kesihatan khususnya kepada pekerjaan lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.

Selain membina hospital dan pusat perubatan, usaha untuk mengawal wabak penyakit juga dilakukan penyelidikan.

Untuk itu, institut penyelidikan perubatan (institute for medical research) telah didirikan pada tahun 1900 oleh pihak British di Kuala Lumpur.

Bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit dan langkah- langkah pencegahan yang patut diambil.

191

Page 193: sejarah lengkap

Kebersihan dan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar turut dititik beratkan. Sebuah lembaga telah ditubuhkan pada tahun 1890-an untuk mengawal kebersihan

bandar di Kuala Lumpur. Lembaga tersebut di kenali sebagai Sanitary Board. Lembaga seperti ini turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak. Pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board telah dipecahkan kepada dua

bahagian. Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar terus dijalankan oleh Sanitary Board

sehinggalah perang dunia kedua. Tanggungjawab dari aspek kesihatan telah diambil alih oleh jabatan kesihatan.

Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan bahawa rakyat tempatan terutamanya golongan bumiputera yang selama ini jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi moden berupaya mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global.

Kejayaan Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Petronas dan Permodalan Nasional Berhad menjadi petanda jelas tentang hal ini dan juga sumber kebanggaan rakyat negara ini pada masa kini.

Namun begitu, masih banyak tindakan yang perlu dirancang dan kejayaan yang perlu dicapai.

Untuk mengisi kemerdekaan bukan sesuatu yang mudah dan dapat dikendalikan dengan serta merta.

Kita harus bersama- sama berganding bahu dan berusaha demi masa depan negara kerana perjuangan kita sebenar belum selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN.Maklumat Keterangan Ekonomi Sara diri Merujuk pada aktiviti yang tidak menghasilkan lebihan produk

untuk tujuan pemasaran.Amalan sebelum melombong

Adakalanya sebelum sesuatu kawasan diusahakan untuk tujuan perlombongan bijih, kawasan ini akan disembah terlebih dahulu oleh pawang.

Kononnya untuk mengelakkan perkra yang tidak baik seperti kecederaan, malapetaka berlaku semasa melombong.

Sistem Kangcu Sistem pajakan taanh kepada penguasaha dari China di Johor. Setiap ladang dikenali sebagai kangkar yang setiapnya bersaiz

2500-20 000 ekar. Setiap kangkar dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil

antara 50-250ekar. Setiap kawasan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Perlombongan Emas Lombong emas yang terawal terdapat di Kuala Selinsing, di Sungai Jelai Pahang dan diusahakan secara kecil- kecilan.

Kaedah melombong dan mendulang digunakan pada masa itu. Aktiviti ini mula diusahakan secara komersial di Raub, Pahang. Di Sarawak, emas dilombong di Bau pada tahun 1820-an pleh

orang China yang kemudiannya diambil oleh Syarikat Borneo milik British.

Kheh-Thau Individu yang betanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan.

Sin kheh Imigran miskin dari China yang tidak mampu membiayai

192

Page 194: sejarah lengkap

perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.Komprador Pemodal yang mempunyai talian yang rapat dengan British.Sistem pentadbiran Tanah.

Sebelum pembentukan Negeri-negeri Melayu( NNM )Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri Melayu yang mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan.

Hanya tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens yang dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan dan peraturan tanah di NNM.

Undang-undang Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada 25 November 1913 dan menjadi Enakmen Tanah Simpanan n0.15 tahun 1913. Undang- undang ini mempunyai 16 Seksyen kesemuanya.

Sekolah aliran Inggeris Mula ditubuhakn di NNS. Antaranya termasuklah Penang Free School yang telah dibuka

pada tahun 1816, Malacca Free School ( 1826) Sekolah aliran Inggeris di negeri Melayu yang lain dibuka agak

lewat. Contohnya, King Edward VII School di Taiping dibuka pada

tahun 1883. Victoria Institution pula ditubuhkan pada tahun 1894 di Kuala

Lumpur.Ekonomi Perdana. Merujuk kepada kegiatan ekonomi yang utama dalam sesebuah

negara contohnya perindustrian dan pertanian.Penyakit berjangkit Antara penyakit berjangkit yang mudah berjangkit termasuklah

malaria, taun, beri- beri, demam campak dan batuk kering. Antara tahun 1910-1920 penyakit malaria telah mengorbankan

sekitar 200 000 di NNMB.

193