kajian kes tabiat murid disleksia dalam kelas

13
TINGKAHLAKU MURID DISLEKSIA DALAM KELAS BAB 1 1.1 PENGENALAN Kajian ini dijalankan bagi melihat tabiat belajar murid bermasalah pelajaran kategori murid disleksia. Tabiat belajar murid dalam kelas berbeza di antara satu sama lain. Tambahan pula jika murid terbabit merupakan murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Kajian kes ini akan memberi tumpuan kepada tabiat murid disleksia belajar ketika berada dalam kelas. 1.2 LATARBELAKANG KAJIAN Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Murid yang dikaji merupakan murid disleksia yang berada di kelas inklusif secara separuh masa. Pemerhatian dijalankan ke atas corak dan tabiat tingkahlaku murid disleksia ketika belajar dalam kelas pendidikan khas. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan senarai semak tingkahlaku murid berdasarkan aspek tingkahlaku agresif, tingkahlaku pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial. 1.3 SOALAN KAJIAN 1.3.1 Apakah tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh murid disleksia ketika berada dalam kelas? 1.3.2 Apakah aspek tingkahlaku yang dominan bagi murid disleksia? BATASAN KAJIAN Kajian hanya dijalankan ke atas murid disleksia di SK Sultan Yusuff dan tidak merangkumi keseluruhan populasi yang ada. Kekangan masa dalam menyiapkan kajian juga merupakan batasan dalam kajian. Walaupun

Upload: purplelista

Post on 15-Jan-2016

122 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

TINGKAHLAKU MURID DISLEKSIA DALAM KELAS

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan bagi melihat tabiat belajar murid bermasalah pelajaran kategori

murid disleksia. Tabiat belajar murid dalam kelas berbeza di antara satu sama lain.

Tambahan pula jika murid terbabit merupakan murid yang menghadapi masalah

pembelajaran. Kajian kes ini akan memberi tumpuan kepada tabiat murid disleksia

belajar ketika berada dalam kelas.

1.2 LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Murid

yang dikaji merupakan murid disleksia yang berada di kelas inklusif secara separuh masa.

Pemerhatian dijalankan ke atas corak dan tabiat tingkahlaku murid disleksia ketika

belajar dalam kelas pendidikan khas. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan

senarai semak tingkahlaku murid berdasarkan aspek tingkahlaku agresif, tingkahlaku

pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial.

1.3 SOALAN KAJIAN

1.3.1 Apakah tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh murid disleksia ketika berada dalam

kelas?

1.3.2 Apakah aspek tingkahlaku yang dominan bagi murid disleksia?

BATASAN KAJIAN

Kajian hanya dijalankan ke atas murid disleksia di SK Sultan Yusuff dan tidak merangkumi

keseluruhan populasi yang ada. Kekangan masa dalam menyiapkan kajian juga merupakan

batasan dalam kajian. Walaupun kajian ini dijalankan dalam kuantiti yang kecil, namun kajian

Page 2: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

ini penting bagi guru untuk mengetahui realiti sebenar tentang tingkahlaku murid disleksia.

Kajian ini juga dapat memberi gambaran mengenai kaedah pembelajaran yang bersesuaian

supaya pelajar disleksia dapat keluar dari kelompok pelajar-pelajar yang menghadapi

masalah pembelajaran yang lebih serius.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian adalah untuk melihat tabiat murid disleksia dalam kelas dan menjalankan

langkah-langkah intervensi bagi mengelakkan murid disleksia melakukan kesalahan yang

sama. Ia juga sebagai rujukan guru untuk mengetahui dan seterusnya memahami tabiat

murid disleksia belajar. Pendedahan ini dapat membantu guru memilih kaedah pengajaran

yang dapat menambahbaik pembelajaran murid disleksia. Dengan kajian ini juga adalah

diharapkan:

(i) Dapat memberikan gambaran dan pendedahan kepada guru mahu pun ibu bapa

untuk mengetahui secara mendalam mengenai tabiat tingkahlaku murid disleksia

kerana masalah ini akan menjadikan mereka mengalami kesukaran dalam

pembelajaran.

(ii) Dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada guru mengenali serta

memahami permasalahan murid disleksia.

(iii) Dapat membuat andaian dan merumuskan tahap masalah murid disleksia agar

langkah modifikasi tingkahlaku dapat dijalankan.

DAFTAR ISTILAH

Disleksia

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dari aspek bacaan, pertuturan, dan

tingkahlaku. Disleksia sering disalahtafsir sebagai tingkahlaku bermasalah. Disleksia

Page 3: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

merupakan masalah dalam perkembangan murid yang mempengaruhi kebolehan seseorang

untuk membaca dan menulis.

Tabiat

Sesuatu perlakuan yang sering dilakukan secara berulang-ulang. Tabiat merupakan tindakan

seseorang dalam melakukan sesuatu yang digemari atau menjadi rutin dalam kehidupannya.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Bagi mengenalpasti masalah murid disleksia, Rosana (1998) telah menyenaraikan ciri kanak-

kanak disleksia iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang berbanding kosa kata lisan, lambat

dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan

lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham

bahan pengajaan dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan

tidak terancang. Manakala menurut Jamilah Ahmad (1999), menyenaraikan pelbagai ciri

masalah tingkahlaku murid yang lemah dalam pelajaran:

1. Aspek mental

a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan

atau penulisan.

b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut berbagai-bagai situasi

pembelajaran.

c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau membentuk sesuatu

konsep.

2. Aspek fizikal

a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar.

b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.

c) Cepat letih

Page 4: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

3. Aspek sikap

Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p.

4. Aspek sosial

Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif.

5. Aspek emosi

Mempunyai masalah tingkah laku, malu dan cepat bosan.

Chow, 1992 menyatakan bahawa disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti:

(i) kesukaran berbahasa

(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual

(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak

(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam

atau buku).

(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan,

(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

BAB 3

METODOOGI

Metadologi kajian adalah dengan menjalankan pemerhatian ke atas lima orang murid

disleksia dengan menggunakan senarai semak tingkahlaku murid. Guru akan membuat

pemerhatian dan menyatakan skala bermula dari tiada hingga ke kerapkali/teruk. Tabiat

murid disenaraikan mengikut kategori berdasaarkan aspek perlakuan agresif, perlakuan

pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial. Senarai semak yang

digunakan adalah Senarai Semak Tingkahlaku yang dibuat oleh KDPK pada tahun 1997 dan

diubahsuai mengikut kesesuaian bagi mendapat hasil kajian yang lebih baik.

Page 5: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 : Perlakuan Agresif

Merosak

kan hart

a sen

diri / o

rang l

ain

Selal

u berkela

hi

Cepat

marah / m

eradan

g

Menga

cau / m

embuli

Menced

eraka

n diri sen

diri

Menced

eraka

n orang l

ain

Panas

baran

Perlak

uan neg

atif ti

ba-tiba

Hypera

ktif

Tantru

mDeg

il

2 2

1

2

0 0

1

2

1

3

4

PERLAKUAN AGRESIF

Perlakuan Agresif

Jadual 1 menunjukkan 2 dari 5 orang murid sering menunjukkan tingkahlaku seperti

merosakkan harta sendiri/ orang lain, selalu berkelahi, mengacau/membuli dan melakukan

perlakuan negatif secara tiba-tiba. 1 dari 5 orang murid menunjukkan tingkahlaku seperti

cepat marah, panas baran dan hyperaktif. Selain itu, 3 dari 5 murid disleksia sering

mempamerkan tingkahlaku tantrum. Tingkahlaku degil merupakan kekerapan paling tinggi di

mana 4 dari 5 orang murid disleksia mempamerkan sikap sedemikian ketika berada dalam

kelas. Melalui data yang telah dikumpul, didapati bahawa tiada murid disleksia yang

mempamerkan tingkahlaku mencederakan diri sendiri atau mencederakan orang lain.

Page 6: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Jadual 2 : Perlakuan Pasif

Memen

cilkan

diri

Sugu

l (tidak

ceria

)

Pendiam

Tiada r

espon

Malas

Tidur/m

enga

ntuk

Pemalu

Lembab

Cepat

letih

1

3

4

3 3

2

4

2 2

PERLAKUAN PASIF

Perlakuan Pasif

Jadual 2 menunjukkan 1 dari 5 orang murid menunjukkan tabiat memencilkan diri. Data juga

menunjukkan 2 dari 5 orang murid telah menunjukkan tabiat tidur/mengantuk ketika dalam

kelas, lembab dan cepat letih. Selain itu, 3 dari 5 murid mempamerkan perlakuan sugul

(tidak ceria), tiada respon ketika disoal, dan malas dalam menyertai aktiviti yang dijalankan

dalam kelas. Murid dilihat sering mempamerkan sikap pendiam dan pemalu dengan

kekerapan 4 dari 5 orang murid melakukan sikap tersebut ketika proses pembelajaran.

Page 7: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Jadual 3 : Perlakuan Negatif

Kurang t

umpuan

Suka

r mem

aham

i

Tidak

boleh m

enjaw

ab

Tidak

mem

aham

i arah

an

Tidak

boleh m

embaca

denga

n baik

Tidak

boleh m

enulis

Tidak

men

yiapka

n kerja

yang d

iberi

Tidak

men

ghan

tar ke

rja

Hasil k

erja y

ang ti

dak ke

mas

Gagal

dalam ujia

n/pep

eriksa

an

Tidak

mem

aham

i konsep

Cepat

lupa

3

4 4 4

2

0

3

2 2 2

1

4

PERLAKUAN KOGNITIF

Perlakuan Negatif

Jadual 3 menunjukkan perlakuan kognitif murid disleksia ketika berada dalam kelas. Tiada

murid disleksia tidak boleh menulis seperti yang diarahkan oleh guru. Hanya 1 dari 5 orang

murid tidak memahami konsep pelajaran yang telah diajar oleh guru. Murid dilihat

cenderung menunjukan ciri kognitif seperti tidak boleh membaca dengan baik seperti kanak-

kanak seusia dengannya, tidak menghantar kerja, hasil kerja yang tidak kemas dan gagal

dalam peperiksaan dengan 2 dari 5 orang murid melakukan sikap sedemikian ketika berada

dalam kelas. 3 dari 5 orang murid dilihat mempamerkan sikap kurang menumpukan

perhatian dan tidak menyiapkan kerja yang telah diberi. Kekerapan paling tinggi dengan 4

dari 5 orang murid menunjukkan sikap sukar memahami, tidak boleh menjawab soalan, tidak

memahami arahan dengan baik serta cepat lupa.

Page 8: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Jadual 4 : Perlakuan Masalah Emosi

Murung

Risau

Sedih

Term

enung

Cemas

Ketawa s

ecara

tiba-tiba

Menjer

it seca

ra tiba-ti

ba

Membeb

el

Menya

mpuk

Fobia/

takut

Gemuru

h

Cemburu

Penden

dam

Merajuk

Tersi

nggung /

cepat

berkeci

l hati

Engg

an berc

akap

Gagap

dalam pert

uturan

Tidak

yakin

Menari

k perh

atian

Menga

da-nga

da

Berbohong

Panik/

gelab

ah

0

2

1

3

1

0 0

1

2

3 3

1 1

2

3 3

0

3

1 1

2 2

MASALAH EMOSI

Perlakuan Masalah Emosi

Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri perlakuan negatif murid ketika berada dalam kelas. Data

mencatatkan bahawa tiada murid mempamerkan sikap muring, ketawa secara tiba-tiba,

menjerit secara tiba-tiba, dan gagap dalam pertuturan. Hanya seorang dari 5 murid

menunjukkan sikap sedih, cemas, membebel, cemburu, pendendam, menarik perhatian dan

mengada ketika guru mengajar dalam kelas. 2 dari 5 murid menunjukkan reaksi risau,

menyampuk ketika guru mengajar, merajuk, berbohong dan panik/gelabah. Menurut data,

tabiat murid disleksia dalam kelas adalah termenung, fobia/takut, gemuruh,

tersinggung/cepat terasa, enggan bercakap dan tidak yakin dengan kekerapan 3 dari 5 orang

murid melakukan sikap tersebut.

Page 9: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Jadual 5 : Perlakuan Negatif Sosial

Menga

sah pen

sil

Berjala

n-jalan

sewak

tu PdP

Mencar

i bara

ng

Ke tan

das

Tidak

senan

g duduk d

i keru

si

Mengh

isap ja

ri/men

gigit k

uku

Keluar

dari ke

las se

cara ti

ba-tiba

Bosan

3 3 3 3 3

1

0

1

PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL

Perlakuan Negatif Sosial

Jadual 5 mencatatkan perlakuan negatif sosial yang sering dilakukan oleh murid disleksia.

Tiada murid dilihat keluar secara tiba-tiba dari kelas ketika proses mengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Hanya seorang dari 5 murid menunjukkan perlakuan menghisap

jari/mengigit kuku dan bosan. Kekerapan paling tinggi yang dilihat sering dilakukan oleh

murid disleksia dengan 3 dari 5 murid telah menunjukkan perlakuan seperti berpura

mengasah pensil, berjalan-jalan sewaktu pengajaran dan pembelajaran, berpura-pura

mencari barang, sering keluar ke tandas dan tidak senang duduk di kerusi.

Page 10: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

BAB 5

PERBINCANGAN

Bibliografi

Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu

KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan

3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam

Bilik Darjah. Selangor: Longman.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru

Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan

Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun

daripada <http://eprints.usm.my/9988/1

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan

Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bold. 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang: Bureau on Learning.

Page 11: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Carolie, L.1998. Dyslexia: Petanda dan gejala. Buletin Persatuan Kesukaran Pembelajaran

Spesifik Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac 1998: 4. Institute Paediatric, Hospital

Kuala Lumpur.

Drake, C. 1989.The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly (pnyt) Learning

disability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other Language

Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of New

York.

Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome

specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.

Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference.

Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah 19

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kertas mesyuarat perancangan jangka panjang

dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian

Pendidikan Malaysia. Julai.

Mercer, C. D.1997. Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall.

Miles, T. R. 1983. Dyslexia: The pattern of difficulties. Blackwell: Oxford.

Mohd Annuar Abdullah. 2001. Tinjauan terhadap pengetahuan guru guru Pendidikan

Pemulihan Khas mengenai disleksia di Daerah Hilir Perak. Latihan Ilmiah Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan ciri-ciri disleksia di kalangan murid pemulihan di zon

Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nocolson, R. I, Fawcett, A. J. & Dean, P. 1995. Time estimation deficits in developmental

dyslexia: evidence for celebellar involvement. Proceedings of Royal Society of London,

Biological Sciences. 259: 43-421.

Page 12: Kajian Kes Tabiat Murid Disleksia Dalam Kelas

Norani Mohd. Salleh, Abdul Razak Habib, Nor Azizah Mohd Salleh, Adnan @ Nan

Khamis & Siti Esah Mohd. 1999. Educational provisions for preschool age of

special needs children in Malaysia. Kajian bersama Kementerian Pendidikan Malaysia

dan Unicef : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Rosana Awg. Bolhasan. 1998. Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching,

Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.

Smith, C. R. 1991. Learning disabilities. The interaction of learner, task, and setting.

U.S.A: Allyn and Bacon.

Sofiah. 2000. Anak Lembap…mungkin disleksia. Utusan Malaysia, 13 November.

Zabidi. 2000. Disleksia: kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20 November.

By: Michael Ryan, M.D. 2010 and International Dyslexia Association. Social and Emotional

Problems Related to Dyslexia on http://www.ldonline.org/article/19296/