tabiat makanan haiwan

80
Sains Tahun 4 A Jom! Kita belajar …. T i B A T M A K A M A N N Haiwan

Upload: mohd-firdaus-zainal-abidin

Post on 19-Jun-2015

2.617 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tabiat makanan haiwan

Sains Tahun 4

AJom! Kita belajar ….

TiBAT

MAKA

MA

NN

Haiwan

Page 2: Tabiat makanan haiwan

MenuUTAMA

Page 3: Tabiat makanan haiwan

BANTUAN

OBJEKTIF

KREDIT

MenuUTAMA

Page 4: Tabiat makanan haiwan

NOTAMenu

UTAMA

Page 5: Tabiat makanan haiwan

LATIH TUBI

MenuUTAMA

Page 6: Tabiat makanan haiwan

PERMAINAN 1

PERMAINAN 2

LATIHAN

LATIH TUBI

MenuUTAMA

Page 7: Tabiat makanan haiwan

OBJEKTIF :Dengan menggunakan perisian kursus ini murid-murid akan dapat :

Memahami dan mendalami tentang tabiat makan haiwan.

Membezakan antara jenis tabiat makan haiwan yang terdiri dari haiwan karnivor, herbivor dan omnivor.

Page 8: Tabiat makanan haiwan

OMNIVOR

KARNIVOR

HERBIVOR

Page 9: Tabiat makanan haiwan

HAIWAN KARNIVOR

Page 10: Tabiat makanan haiwan

• Beruang kutub merupakan haiwan yang tinggal di kawasan sejuk atau berhawa sederhana. Bulunya yang tebal membolehkannya menyesuaikan diri dengan perubahan suhu persekitaran.

• Beruang kutub hidup secara berkumpulan dan mengawal habitatnya daripada diganggu oleh haiwan lain.

• Makanan utama beruang kutub ialah anjing laut, ikan dan haiwan kecil yang lain.

• Beruang ini akan menunggu di lubang pernafasan anjing laut, apabila anjing laut timbul, Ia akan mengenakan satu pukulan yang kuat terhadap anjing laut tersebut.

BERUANG KUTUB

1/2

Page 11: Tabiat makanan haiwan

• Kukunya yang tajam dan saiznya yang besar itulah yang digunakan untuk menewaskan mangsanya.

• Beruang kutub selalunya menjadi buruan manusia secara haram untuk mendapatkan kulitnya.

• Kulit beruang kutub merupakan pakaian yang amat berharga di kalangan jutawan dan hartawan yang menjadi penggemar pakaian berbulu.

• Beruang kutub adalag haiwan perlindungan yang dilindungi oleh pertubuhan pencinta haiwan contohnya WWF.

BERUANG KUTUB

2/2

Page 12: Tabiat makanan haiwan

• Buaya adalah haiwan karnivor.buaya mempunyai mulut yang lebar serta panjang dan penuh dengan gigi yang tajam.

• Buaya biasanya tinggal di sungai hutan khatulistiwa.

• Ia mempunyai rupa yang ganas dan sangat menakutkan.

• Buaya mempunyai empat kaki yang pendek serta berkuku tajam. Semua ini adalah senjata semasa ia berhadapan dengan musuh.

• Ia mempunyai rupa yang ganas dan menakutkan malah sememangnya ai bersifat ganas. Oleh itu ia dikenali sebagai ‘Syaitan Sungai’.

BUAYA

1/4

Page 13: Tabiat makanan haiwan

• Saiz badan yang besar dan ekornya yang panjang serta kuat digunakan untuk melibas mangsanya.

• Giginya yang tajam akan digunakan untuk mengoyak daging musuhnya dan memakannya.

• Reptilia besar ini terdapat di tasik dan sungai dikawasan beriklim panas.

• Buaya katak hampir terdapat didalam paya dan sungai di daerah yang beriklim panas. Rahangnya sangat besar dan kuat serta banyak giginya. Ekornya panjang dan berat.

BUAYA

2/4

Page 14: Tabiat makanan haiwan

• Buaya membuat sarang berhampiran dengan iar dan bertelur di situ.kemudian ibu buaya menimbus telurnya dengan daun-daun dan ranting kayunya.

• Ibu buaya mengawal telurnya dalam jangka masa tiga bulan untuk menetas.

• Telur itu akan menghasilkan anak betina jika suhunya 30⁰C atau kurang. Jika suhunya 34⁰C atau lebih, maka anak yang dihasilkan adalah anak jantan.

BUAYA

3/4

Page 15: Tabiat makanan haiwan

• Lain-lain spesies buaya :• Buaya jejulung adalah sejenis

spesies buaya yang hidup di sungai-sungai di India. Makanan utamanya ialah ikan.

• Aligator adalah spesies buaya yang kecil. Tinggal di kawasan paya. Makanannya ialah haiwan-haiwan kecil seperti ikan dan lain-lain.

• Buaya Nil kebanyakan terdapat di sungai dan tasik di Afrika.

• Buaya Tembaga banyak terdapat di sungai dan paya-paya kawasan Asia

BUAYA

4/4

Page 16: Tabiat makanan haiwan

• Termasuk ahli kumpulan anjing yang besar dan liar.

• Serigala terdapat di hutan-hutan sejuk di bahagian utara benua Amerika dan beberapa tempat di Eropah.

• Serigala memburu secara kumpulan pada waktu malam.

• Serigala makan mamalia lain serangga, moluska dan juga buah.

• Serigala merupakan haiwan yang sangat.

SERIGALA

1/3

Page 17: Tabiat makanan haiwan

• Setiap kelompok mempunyai wilayahnya sendiri. Disinilah kelompok ini memburu dan memelihara anak-anaknya.

• Serigala melolong untuk memberitahu kepada kumpulan lain tentang wilayahnya. Apabila terdengar lolongan ini, serigala lain akan menjauhi wilayah kelompok yang berkenaan. Jika tidak akan berlaku pergaduhan.

• Setiap kumpulan ada ketuanya. Semua ahli kumpulan mengenali ketua itu dan mematuhinya.

• Anak serigala dilahirkan pada musim bunga. Anak serigala bukan dibela oleh ibu sahaja, tetapi oleh semua ahli kumpulan.

SERIGALA

2/3

Page 18: Tabiat makanan haiwan

• Satu kumpulan serigala mempunyai bilangan yang boleh mencapai sehingga sebanyak 15 ekor serigala. Setiap kumpulan mempunyai wilayah selebar 10 hingga 20 km.

• Bunyi lolongan dapat didengar sejauh 10 km dan setiap kumpulan mungkin akan membalas lolongan kumpulan lain.

• Serigala lebih kerap melolong pada musim sejuk, iaitu mulanya musim mengawan. Serigala tunggal tidak membalas lolongan.

SERIGALA

3/3

Page 19: Tabiat makanan haiwan

• Harimau ialah ahli famili kucing yang paling besar. Panjangnya mencapai tiga meter. Harimau terdapat dalam hutan Benua Asia dan Benua Afrika.

• Bulu badannya berwarna kuning langsat kemerah-merahan dan berjalur hitam. Warna badannya itu menjadi samaran yang baik baginya.

• Harimau ialah binatang yang suka hidup bersendirian. Hanya pada musim persenyawaan dan pembiakan barulah mereka hidup secara berkelompok.

HARIMAU

1/3

Page 20: Tabiat makanan haiwan

• Ia merupakan hiawan darat yang sangat cekap. Pada siang hari, ia selalu berehat di bawah pokok. Ia tidak sukakan keadaan panas yang terlalu terik dan kerap berendam dalam air untuk menyejukkan badannya. Ia merupakan haiwan darat yang sangat pandai.

• Harimau memburu dengan menggunakan kuku dan giginya yang tajam. Ia mengoyak daging mangsanya, memotong dan mengisar menggunakan giginya yang tajam sebelum menelannya.

• Harimau juga dikenali dengan gelaran ‘Raja Hutan’.

HARIMAU

2/3

Page 21: Tabiat makanan haiwan

• Jika harimau menegakkan cuping telinga tandanya ia akan menyerang mangsanya dan sekiranya ia merapatkan telinganya kebawah dan menyeringaikan giginya, ini bermakna ia berada di dalam keadaan mempertahankan dirinya.

HARIMAU

3/3

Page 22: Tabiat makanan haiwan

• Helang merupakan haiwan karnivor yang unik kerana ia dapat mengesan mangsanya dengan cepat walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

• Helang menangkap mangsanya dengan menggunakan kuku yang tajam dan menggunakan kuku yang tajam dan mengoyak daging mangsanya dengan menggunakan paruh.

• Helah tinggal di tempat yang tinggi. Ini memudahkannya melihat mangsa dan mengawal habitatnya dari diganggu oleh haiwan-haiwan pemangsa yang lai.

BURUNG HELANG

1/2

Page 23: Tabiat makanan haiwan

• Makanan helang terdiri daripada haiwan-haiwan kecil seperti tikus, arnab, ayam, ular, burung dan berbagai jenis serangga.

• Daya penglihatan helang amat tajam. Helang dapat melihat mangsanya dari jarak jauh, kemudian ia akan terbang tinggi sebelum menjunam untuk menangkap mangsanya.

• Selalunya mangsa yang dapat ditangkap oleh helang tidak dapat melepaskan dirinya lagi akibat cengkaman kuku yang tajam.

BURUNG HELANG

1/2

Page 24: Tabiat makanan haiwan

• Ahli kedua besar dalam famili kucing selepas harimau.

• Singa amat kuat badannya sangat tegap. Hanya dengan satu pukulan sahaja, singa mampu membunuh mangsanya.

• Singan jantan mempunyai bulu tengkuk yang kasar di sekeliling kepalanya.

• Singa hidup berkumpulan. Kebanyakan singa boleh ditemui di padang rumput yang terbuka di afrika, tetapi ada juga singa yang ditemui di negara India.

SINGA

1/3

Page 25: Tabiat makanan haiwan

• Singa memburu dengan menggunakan kuku dan gigi yang tajam untuk mengoyakkan daging sebelum menelannya.

• Kebanyakan pemburuan dilakukan oleh singa betina.

• Beberapa ekor singa betina bertindak bersama untuk menawan mangsa.

• Singa jantan bertindak mengawal kawasam kumpulannya daripada dicerobohi haiwan lain.

• Apabila singan betina membawa balik tangkapannya, singa jantanlah yang makan dahulu.

SINGA

2/3

Page 26: Tabiat makanan haiwan

• Sesudah singa jantan itu kenyang, barulah anak singa dan singa betina dapat makan.

• Semasa muda singa jantan sering hidup bersenderian dan memburu mangsanya sendiri.

SINGA

3/3

Page 27: Tabiat makanan haiwan

HAIWAN HERBIVOR

Page 28: Tabiat makanan haiwan

• Kijang adalah sejenis haiwan yang tergolong dalam keluarga rusa. Kulit dan badan kijang berbintik2-bintik. Kijang suka makan rumput dan sayur-sayuran.

• Oleh itu kijang telah menjadi salah satu haiwan yang dillindungi di Malaysia. Seekor kijang jantan mempunyai tanduk diatas kepala.

• Tanduk hanya akan tumbuh apabila ia berusia dua tahun. Tanduk ini akan mula bercabang pada usia tiga tahun.apabila seekor kijang terperanjat ia akan menaikkan ekornya.

KIJANG

1/2

Page 29: Tabiat makanan haiwan

• Reaksi ini memberi isyarat kepada kijang-kijang lain supaya melarikan diri.

• Kijang merupakan seekor haiwan yang sangat bernilai. Antara bahagia badannya yang menjadi rebutan aialah tanduk,tulang, daging, kulit dan bahagian dalamannya.

• Di Malaysia kegiatan memburur dan membunuh haiwan ni adalah menjadi satu kesalahan kerana kijang merupakan spesies yang semakin pupus.

• Oleh itu kijang telah menjadi satu haiwan yang dilindungi di Malaysia.

KIJANG

2/2

Page 30: Tabiat makanan haiwan

• Kuda belang juga dikenali sebagai ‘zebra’. Kulit kuda belang berbelang berselang-seli hitan dan putih. Belang pada kulit kuda belang ini dapat membantu mengelirukan musuh ketika ia berada dalam bahaya.

• Habitat kuda belang ialah kawasan padang rumput. Ini adalah kerana makanan utamanya ialah rumput dan daun tumbuhan.

• Kuda belang hidup secara berkelompok.

KUDA BELANG

1/2

Page 31: Tabiat makanan haiwan

• Biasanya burung kasawari akan hidup berjiran dengan sekumpulan kuda belang.

• Kuda belang adalah haiwan liar yang sukar dijinakkan. Ia tidak boleh ditunggang seperti kuda biasa.

KUDA BELANG

2/2

Page 32: Tabiat makanan haiwan

• Beruang panda adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh ditemui di sekitar kawasan pergunungan Shi Zuan di negara China.

• Panda suka makan daun buluh dan rebung.

• Panda adalah sejenis haiwan yang jinak. Kebiasaannya pada ketika cuaca sederhana, panda gemar tidur diatas pokok.

PANDA

1/3

Page 33: Tabiat makanan haiwan

• Panda suka bersendirian. Ia mencari satu tempat dan menetap secara bersenderian.

• Semasa cuaca sederhana, ia tidur di atas pokok dan apabila cuaca sejuk, ia akan mencari lubang pokok untuk dijadikan tempat berteduh.

• Panda merupakan haiwan liar yang paling bernilai di negara China.

PANDA

2/3

Page 34: Tabiat makanan haiwan

• Oleh kerana panda suka bersendirian, maka sangat sukar untuk haiwan ini mengawan. masalah ini bertambah rumit lagi akibat kekurangan daus buluh yang merupakan makanan utamanya. Keadaan ini menyebabkan panda diancam kepupusan.

PANDA

3/3

Page 35: Tabiat makanan haiwan

• Arnab adalah haiwan mamalia berbulu lebat. Telinganya panjang dan ekornya pendek. Arnab liar biasanya hidup dalam kumpulan yang besar. Mereka biasanya tinggal di dalam lubang bawah tanah.

• Makanan kesukaan arnab ialah lobak merah, pucuk pokok dan daun-daun hijau. Arnab biasanya makan sepanjang hari tanpa berhenti.

• Deria pendengaran arnab sangat baik. Apabila mengesan sesuatu bunyi ia akan menegakkan kedua-dua belah telinganya untuk mendengar dengan teliti.

ARNAB

1/2

Page 36: Tabiat makanan haiwan

• Arnab boleh dibahagikan kepada arnab belaan dab arnab liar. Arnab belaan ialah arnab liar yang telah dibela sehingga menjadi jinak.

• Bulu arnab liar yang tinggal di negara-negara yang mempunyai empat musim akan mengalami perubahan warna pada musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas bulunya berwarna perang dan pada musim sejuk pula bulunya berwarna putih. Perubahan warna ini dapat membantu mengelirukan penglihatan musuh.

• Musuh utama arnab liar ialah helang, burung nasar serta manusia.

ARNAB

2/2

Page 37: Tabiat makanan haiwan

• Zirafah adalah sejenis haiwan mamalia yang paling tinggi jika dibanding dengan haiwan-haiwan2 lain.

• Ketinggian zirafah boleh menjangkau sehingga 5 meter. Binaan tubuh badannya yang sebegini memudahkan zirafah untuk memakan daun serta pucuk pokok yang tinggi.

• Zirafah juga boleh mengangkangkan kedua belah kaki hadapannya untuk memudahkannya meminum di permukaan air.

ZIRAFAH

1/2

Page 38: Tabiat makanan haiwan

• Zirafah memiliki deria penglihatan yang sangat baik. Oleh itu kebanyakan haiwan suka berada bersama zirafah lain kerana keselamatn mereka lebih terjamin.

• Apabila zirafah lari untuk menyelamatka diri, haiwan lain juga akan turut berlari.

• Kulit zirafah yang bertompok keperang-perangan membantu zirafah untuk melindungi diri daripada ancaman musuh. Zirafah akan sukar untuk dikesan apabila ia berada di kawasan pokok-pokok besar dan tumbuhan kering.

ZIRAFAH

2/2

Page 39: Tabiat makanan haiwan

• Lembu tergolong di dalam kumpulan haiwan mamalia. Ia membiak secara melahirkan anak. Lembu adalah sejenis haiwan ternakan. Ia dipelihara kerana susu, daging dan kulitnya yang berguna kepada manusia.

• Makanan utama lembu ialah rumput. Selain dari itu ia juga memakan daun tumbuhan dan beberapa jenis buah.

• Perut lembu boleh dibahagikan kepada empat bahagian . Setelah rumput diragut, dikisar dan ditelan akan dihantar ke perut pertama untuk dilembutkan oleh cecair penghadaman.

LEMBU

1/2

Page 40: Tabiat makanan haiwan

• Rumput itu akan di tolak semula ke mulut dan dikunyah semula lalu dihantar ke perut kedua, ketiga dan keempat. Stetelah itu makanan akan dihantarkan ke usus kecil supaya khasiat makanan dapat diserap oleh badan.

• Di sesetengah negara, lembu diperlihara secara besar-besaran untuk mendapatkan daging dan susunya, misalnya di New Zealand.

• Di negara kita Malaysia, lembu biasanya diternak oleh orang perseorangan dan secara berkelompok di ladang-ladang

LEMBU

2/2

Page 41: Tabiat makanan haiwan

HAIWAN OMNIVOR

Page 42: Tabiat makanan haiwan

• Kucing adalah haiwan mamalia yang jinak dan menjadi haiwan peliharaan manusia.

• Kucing dikelaskan dalam kumpulan omnivor kerana makanannya terdiri dari sumber haiwan dan tumbuhan, antaranya tikus,cicak, nasi dan rumput.

KUCING

1/2

Page 43: Tabiat makanan haiwan

• Kucing menangkap mangsanya dengan menggunakan kukunya yang tajam. Otot-otot kaki belakangnya yang kuat memudahkannya menerkam dan memerangkap mangsanya.

• Kucing mengoyak makanannya dengan menggunakan gigi taring yang tajam.

KUCING

2/2

Page 44: Tabiat makanan haiwan

• Tikus adalah sejenis haiwan mamalia. Ianya membiak secara melahirkan dan menyusukan anaknya.

• Tikus digolongkan di dalam kumpulan omnivor kerana tabiatnta yang suka memakan pelbagai jenis makanan daripada tumbuhan dan haiwan seperti nasi, pakaian, sisa-sisa makanan, bangkai haiwan-haiwan kecil, plastik dan lain-lain lagi.

TIKUS

1/3

Page 45: Tabiat makanan haiwan

• Tikus dianggap sebagai haiwan perosak kerana tabiatnya yang suka menggigit pakaian, plastik dan barangan lain di dalam rumah.

• Di negara kita malaysia, tikus merupakan musuh utama kepada pesawah kerana ia akan memakan padi apabila ianya masak. Untuk mengatasi masalh ini, ada di antara petani yang memelihara burung hantu yang akan menangkap tikus-tikus di sawah.

TIKUS

2/3

Page 46: Tabiat makanan haiwan

• Terdapat berbagai spesies tikus di dunia ini. Dua spesies tikus yang biasanya ditemui di negara ialah keturi dan tikus mondok.

• Tikus juga merupakan ancaman kepada kesihatan manusia kerana ia dikatakan pembawa kuman penyakit hawar.

TIKUS

3/3

Page 47: Tabiat makanan haiwan

• Beruang adalah sejenis haiwan mamalia. Ia membiak dengan cara melahirkan anak. Seluruh tubuh beruang diselaputi bulu-bulu halus sama seperti haiwan-haiwan mamalia yang lain.

• Beruang digolongkan ke dalam kumpulan omnivor kerana ia makan pelbagai jenis makanan daripada tumbuhan dan antaranya ikan, madu lebah dan buah-buahan.

• .

BERUANG

1/3

Page 48: Tabiat makanan haiwan

• Beruang menggunakan kukunya yang tajam untuk menangkap ikan dari tebing sungai. Ketika meranduk didalam sungai pula, ia akan menggunakan giginya untuk menangkap ikan.

• Selain daripada ikan, beruang juga memakan madu lebah.

• Terdapat berbagai spesies beruang di dunia ini, antaranya beruang perang

BERUANG

2/3

Page 49: Tabiat makanan haiwan

• Beratnya boleh mencapai 500kg. Berat beruang ada kaitan dengan habitatnya.

• Di habitat yang terdapat banyak ikan solomon, saiz beruang adalah lebih besar berbanding dengan saiz beruang yang tinggal di kawasan yang jauh dari sungai.

BERUANG

3/3

Page 50: Tabiat makanan haiwan

• Ayam merupakan sejenis haiwan peliharaan manusia. Ayam boleh dikelaskan ke dalam keluarga ‘burung’ berdasarkan sifat fizikalnya yang berbulu pelepah dan berkepak.

• Makanan ayam terdiri dari pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan antaranya jagung, padi, dedak, cacing, serangga, najis haiwan dan sebagainya.

• Dibahagian kepala ayam terdapat aparuh yang digunakan untuk mematuk makanan.

AYAM

1/2

Page 51: Tabiat makanan haiwan

• Di bahagian kaki ayam pula terdapat kuku keras yang digunakan untuk mencakar tanah ketika mencari bahan makanan, seperti cacing.

• Ayam membaik secara bertelur. Terdapat beberapa simpulan bahasa yang berkaitan dengan ayam, anatranya kaki ayam, tidur ayam, rabun ayam dan ajak-ajak ayam.

AYAM

2/2

Page 52: Tabiat makanan haiwan

• Lipas adalah sejenis serangga yang boleh digolongkan ke dalam kumpulan omnivor.

• Biasanya lipas makan pelbagai jenis makanan terutamanya yang terdapat di dapur atau stor makanan dan sebagainya. Lipas juga dikenali sebagai haiwan perosak kerana memakan pakaian dan kertas.

LIPAS

1/3

Page 53: Tabiat makanan haiwan

• Lipas biasanya keluar mencari makanan pada waktu malam.

• Lipas suka tinggal di tempat-tempat gelap dan lembap, contohnya didalam almari pakaian, didalam kabinet, di celah-celah rekahan kayu dan simen serta didalam lubang di atas tanah.

• Terdapat berbagai spesies lipas di alam ini, contohnya lipas meerah.lipas liar dan lain-lain.

LIPAS

2/3

Page 54: Tabiat makanan haiwan

• Lipas yang paling kecil ialah ‘ black beetle’ dan paling besar ialah ‘American Coacroach’.

• Lipas membiak secara bertelur. Hasil dari penyelidikan perubatan, lipas juga boleh menyebarkan kuman wabak penyakit taun sekiranya ia hinggap pada makanan yang terdedah.

LIPAS

3/3

Page 55: Tabiat makanan haiwan

• Memerang ialah sejenis haiwan mamalia yang melahirkan dan menyusukan anaknya.

• Habitatnya di air. Hampir keseluruhan makanannya boleh diperolehi di kawasan ini, terumata ikan.

• Selain ikan, memerang juga memakan buah-buahan yang terdapat di sekitar habitatnya.

MEMERANG

1/2

Page 56: Tabiat makanan haiwan

• Memerang menggunakan gigi dan kuku yang tajam untuk menangkap mangsanya.

• Memerang hidup dalam kumpulan yang kecil.

MEMERANG

2/2

Page 57: Tabiat makanan haiwan

LATIHAN

Bahagian ini mengandungi 6 soalan dan hendaklah menjawab mengikut turutan nombor soalan yang telah

disediakan. Soalan ini akan menguji tahap kefahaman anda mengenai enjin. Klik “START” untuk mula.

START

Page 58: Tabiat makanan haiwan

Think first !!

SOALAN 2

SOALAN 6

SOALAN 5

SOALAN 4 Good Luck

SOALAN 3

SOALAN 1

Page 59: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 1

Selain daripada lalat, terdapat sejenis haiwan omnivor yang berupaya menyebarkan kuman penyakit taun.Haiwan tersebut ialah ……………….. .

KucingA Semut

Lipas TikusC

B

D

Page 60: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 2

Manakah di antara haiwan di bawah ini merupakan haiwan karnivor ?

Singa Ayam

Kuda Beruang Panda

A

DC

B

Page 61: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 3

Antara berikut, haiwan manakahmenangkap mangsanya dengan menggunakan lidah ?

Katak Angsa

Helang.

Burung Bangau

A

C D

B

Page 62: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 4

Makanan utama haiwan karnivor ialah ………………… .

Cacing Daun

Daging haiwan lain Madu lebah

C

A B

D

Page 63: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 5

Manakah di antara kumpulan haiwan di atas terdiri daripada haiwan-haiwan omnivor

KucingItik

TikusLipas

BeruangKijangAyamTikus

Itik AyamLipasSinga

KucingAyam

MemerangSerigala

A B C D

A

C D

B

Page 64: Tabiat makanan haiwan

SOALAN 6

Jadual di atas menunjukkan kumpulan pemakanan haiwan. Antara haiwan yang berikut yang manakah boleh dimasukkan dalam kumpulan B ?

Anjing Buaya

Monyet Angsa

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

Rusa

Gajah Harimau

Serigala

Ayam

Kucing

BA

C D

Page 65: Tabiat makanan haiwan

6

ANDA

SALAH

SILA CUBA LAGI !!!

54

3

21

Page 66: Tabiat makanan haiwan

ANDA

BETUL

TAHNIAH !!!

6

54

3

21

Page 67: Tabiat makanan haiwan

L H A H J K H C X S B O L O

A E S P A Q E T C I G E E M

E L M U W U I A V N H U J N

U A J B A K Y X S G C T J I

O N A B U J S V N A D R S V

E G Z S C X Z W I P R I A O

F D A D A C R G F T A R B R

L B P L O W Q C R A L U O B

I K A R N I V O R D Z V P E

C E N E C B U S Q S I T Z C

I D D U H E A L P B R P D A

G R A F A I O P R P A X Q W

V W D S X J Q E E B F W C D

R B Q C R Q H G A U A I H J

B E R U A N G S C D H T O B

C A A D P A Q A N G D L P R

I J K A M B I N G R S Z C T

LEMBU

HELANG

SINGA

OMNIVOR

HERBIVOR

KARNIVOR

ZIRAFAH

BERUANG

TIKUS

KAMBING

PANDA

PERMAINAN 1 JAWAPAN

Page 68: Tabiat makanan haiwan

L H A H J K H C X S B O L O

A E S P A Q E T C I G E E M

E L M U W U I A V N H U J N

U A J B A K Y X S G C T J I

O N A B U J S V N A D R S V

E G Z S C X Z W I P R I A O

F D A D A C R G F T A R B R

L B P L O W Q C R A L U O B

I K A R N I V O R D Z V P E

C E N E C B U S Q S I T Z C

I D D U H E A L P B R P D A

G R A F A I O P R P A X Q W

V W D S X J Q E E B F W C D

R B Q C R Q H G A U A I H J

B E R U A N G S C D H T O B

C A A D P A Q A N G D L P R

I J K A M B I N G R S Z C T

LEMBU

HELANG

SINGA

OMNIVOR

HERBIVOR

KARNIVOR

ZIRAFAH

BERUANG

TIKUS

KAMBING

PANDA

Page 69: Tabiat makanan haiwan

2

2

1

1

3

4

3 5

4

5

1. Haiwan yang hanya memakan daging dikenali sebagai

_____________ .

2. Haiwan ini tinggal di dalam lubang bawah tanah.

3. Haiwan yang memburu pada waktu malam.

4. Raja haiwan.

5. Haiwan yang hanya memakan tumbuhan dikenali sebagai

_____________.

MELINTANG

JAWAPAN

PERMAINAN 2

Page 70: Tabiat makanan haiwan

2

2

1

1

3

4

3 5

4

5

1. Haiwan karnivor ini mempunyai corak belang oren dengan hitam

pada badannya.

2. Haiwan mamalia yang boleh ditemui di sekitar kawasan

pergunungan Shi Zuan di negara China.

3. "Syaitan Sungai"

4. Haiwan ini makan ikan dan buah-buahan pada sekitar habitatnya.

5. Haiwan ini mempunyai 4 bahagian perut.

MENEGAK

JAWAPAN

Page 71: Tabiat makanan haiwan

P

A

N

D

A

R N I ROVK

H

U

A

M

I

A

BANR

A

Y

A

U

S I N G

S E R I G A L

G

N

A

R

E

M

M

U

B

M

E

OVIH RE RJAW

AP

AN

Page 72: Tabiat makanan haiwan

BANTUAN

•Komputer/laptop yang sesuai•Penti um IV keatas

•Microsoft Windows XP/Vista/7•Microsoft Office 2007

•1 GB RAM•CD-ROM / DVD-ROM

KEPERLUAN MINIMUM SISTEM

Page 73: Tabiat makanan haiwan

BANTUAN

Ke bahagian bantuan, objektif

dan kredit

Ke bahagian soalan dan latih

tubi

Ke bahagian nota

Page 74: Tabiat makanan haiwan

BANTUAN

Ke bahagian Haiwan Omnivor

Ke bahagian Haiwan Karnivor

Ke bahagian Haiwan Herbivor

Ke bahagian Menu Utama

Page 75: Tabiat makanan haiwan

Ke bahagianSelepas

Ke bahagian Sebelum

BANTUAN

Page 76: Tabiat makanan haiwan

BANTUAN

Ke Bahagian soalan 1

Ke Bahagian soalan 2

Ke Bahagian soalan 3

Ke Bahagian soalan 4

Ke Bahagian soalan 5

Ke Bahagian soalan 6

Page 77: Tabiat makanan haiwan

Kembali pada soalan

yang dipilih

BANTUAN

Page 78: Tabiat makanan haiwan

Untuk bahagian latihan 1 dan latihan 2, pelajar perlu

membuat latihan secara manual iaitu dengan

menulis jawapan pada kertas kosong.

BANTUAN

Page 79: Tabiat makanan haiwan

KREDIT

PenghargaanUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pensyarah Penasihat

PN. ROZNIM BT. MOHAMAD

Penerbit

Pengurus Projek

ZAKARIA B. MOHAMAD

MUZLI B. MUSTAPHA

Montaj/Muzik

W. SHAMSULBAHARI B. MAMAT

Pengarangan/Grapik/Kandungan

AHMAD SHAHDAN B. ISHAK

© Hak cipta terpelihara PPGB

2008/2009

Page 80: Tabiat makanan haiwan

Adakah anda ingin keluar!!!

YA TIDAK